hoki memukul

12
PENGGUNAAN MODEL “TGfU” BAGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMUKUL DALAM PERMAINAN HOKI Oleh: Nor Sahidah Binti Mohamad Ali, Mek Yam Binti Yusof Institusi Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengkaji penggunaan Model TGfU bagi meningkatkan kemahiran memukul dalam permainan hoki. Subjek terdiri daripada 20 orang murid tahun 4 SK Padang Hiliran Kuala Terengganu. Data diperoleh secara kuatitatif dan kualitatif melalui instrumen Ujian Pukulan Leret 12 Meter menerusi Ujian Pra dan Pasca dan pemerhatian berstruktur. Data dianalisis menggunakan program berbantukan komputer untuk mendapatkan min, sisihan piawai, peratusan dan Ujian-T. Hasil analisis data mendapati peningkatan skor min sebanyak 3.10 ± 0.79 bagi Ujian Pukulan Leret 12 meter. Ujian-T Sampel Berpasangan digunakan bagi menilai perbezaan data Ujian Pra dan Pasca dengan aras signifikan p < 0.05. Hasilnya, nilai p = 0.00 kurang daripada aras yang ditetapkan jelas memperlihatkan perbezaan prestasi bagi kedua-dua ujian. Nilai skor min yang lebih tinggi setelah menggunakan Model TGfU membuktikan Model TGfU dapat meningkatkan prestasi murid bagi kemahiran memukul dalam permainan hoki. Dapatan kajian melalui pemerhatian berstruktur membuktikan peningkatan tahap keseronokan berdasarkan perubahan tingkah laku responden yang berjaya mencapai kesemua aspek pemerhatian keseronokan diakhir sesi rawatan. Melihat kepada keberkesanaan Model TGfU ini, guru boleh mengaplikasikan model pengajaran ini dalam pengajaran bagi sukan dan permainan yang lain. Kata kunci: Model TGfU, meningkatkan, kemahiran memukul, permainan hoki. PENGENALAN: Di Malaysia permainan menjadi tunjang utama dalam sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (2006). Guru pendidikan jasmani di Malaysia boleh berperanan sebagai jurulatih sebagai salah satu cara peningkatan mutu sukan negara.Justeru, jurulatih harus menghayati falsafah kejurulatihan dan melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan serta berusaha meningkatkan prestasi sukan dan permainan murid-murid (Connel.1993; Kindlon & Thompson, 2000). Guru yang bertindak sebagai jurulatih boleh menyulami waktu pendidikan jasmani dengan memperkenalkan program latihan permainan untuk meningkatkan prestasi permainan. serta kecergasan murid-murid dapat ditingkatkan sepanjang hayat (Corbin, 2002; Dodds, Griffin & Placek, 2001; Holt et al., 2002; Oslin, Mitchell & Griffin,1998). Terdapat kajian di Barat mendapati kemerosotan minat dan penyertaan dalam aktiviti permainan pada masa pendidikan jasmani di sekolah, di luar waktu sekolah dan selepas murid menamatkan alam persekolahan (Capel & Piotrowski, 2000; Condon & Collier, 2002). Kemerosotan mutu sukan Malaysia terutamanya dalam bidang permainan telah mendapat perhatian kerajaan. Kemerosotan ini cuba diatasi melalui Kementerian Pendidikan Malaysia dengan menggunakan beberapa strategi latihan dan pengajaran bagi meningkatkan kualiti kurikulum pendidikan jasmani. Menurut Disney dan Adlan (2003), mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dapat dijadikan asas untuk menyelesaikan masalah kemerosotan mutu sukan dan permainan negara, menggalakkan murid menyertai aktiviti permainan melalui program latihan seterusnya meningkatkan prestasi permainan, tahap kesihatan dan kecergasan mereka. Globalisasi yang wujud dalam bidang pendidikan negara menjadi pencetus inisiatif kepada pengkaji untuk merangka program bagi menyelesaikan sesuatu permasalahan kajian. Kesedaran yang wujud dalam diri pengkaji tentang betapa pentingnya untuk mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi membangunkan pendidikan negara setaraf dengan negara membangun yang lain. Perubahan perlu dilakukan seiring dengan perkembangan pendidikan secara global bagi menghasilkan kualiti pendidikan yang bermutu. Bermula dari situ, satu perancangan tentang perubahan dalam arus pendidikan direncanakan. Model TGfU merupakan satu kaedah

Upload: uthaya-chanthira-kumar

Post on 24-Oct-2015

242 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

-

TRANSCRIPT

Page 1: Hoki Memukul

PENGGUNAAN MODEL “TGfU” BAGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMUKUL DALAM PERMAINAN HOKI

Oleh:

Nor Sahidah Binti Mohamad Ali, Mek Yam Binti Yusof Institusi Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail

ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengkaji penggunaan Model TGfU bagi meningkatkan kemahiran memukul dalam permainan hoki. Subjek terdiri daripada 20 orang murid tahun 4 SK Padang Hiliran Kuala Terengganu. Data diperoleh secara kuatitatif dan kualitatif melalui instrumen Ujian Pukulan Leret 12 Meter menerusi Ujian Pra dan Pasca dan pemerhatian berstruktur. Data dianalisis menggunakan program berbantukan komputer untuk mendapatkan min, sisihan piawai, peratusan dan Ujian-T. Hasil analisis data mendapati peningkatan skor min sebanyak 3.10 ± 0.79 bagi Ujian Pukulan Leret 12 meter. Ujian-T Sampel Berpasangan digunakan bagi menilai perbezaan data Ujian Pra dan Pasca dengan aras signifikan p < 0.05. Hasilnya, nilai p = 0.00 kurang daripada aras yang ditetapkan jelas memperlihatkan perbezaan prestasi bagi kedua-dua ujian. Nilai skor min yang lebih tinggi setelah menggunakan Model TGfU membuktikan Model TGfU dapat meningkatkan prestasi murid bagi kemahiran memukul dalam permainan hoki. Dapatan kajian melalui pemerhatian berstruktur membuktikan peningkatan tahap keseronokan berdasarkan perubahan tingkah laku responden yang berjaya mencapai kesemua aspek pemerhatian keseronokan diakhir sesi rawatan. Melihat kepada keberkesanaan Model TGfU ini, guru boleh mengaplikasikan model pengajaran ini dalam pengajaran bagi sukan dan permainan yang lain.

Kata kunci: Model TGfU, meningkatkan, kemahiran memukul, permainan hoki.

PENGENALAN: Di Malaysia permainan menjadi tunjang utama dalam sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (2006). Guru pendidikan jasmani di Malaysia boleh berperanan sebagai jurulatih sebagai salah satu cara peningkatan mutu sukan negara.Justeru, jurulatih harus menghayati falsafah kejurulatihan dan melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan serta berusaha meningkatkan prestasi sukan dan permainan murid-murid (Connel.1993; Kindlon & Thompson, 2000). Guru yang bertindak sebagai jurulatih boleh menyulami waktu pendidikan jasmani dengan memperkenalkan program latihan permainan untuk meningkatkan prestasi permainan. serta kecergasan murid-murid dapat ditingkatkan sepanjang hayat (Corbin, 2002; Dodds, Griffin & Placek, 2001; Holt et al., 2002; Oslin, Mitchell & Griffin,1998). Terdapat kajian di Barat mendapati kemerosotan minat dan penyertaan dalam aktiviti permainan pada masa pendidikan jasmani di sekolah, di luar waktu sekolah dan selepas murid menamatkan alam persekolahan (Capel & Piotrowski, 2000; Condon & Collier, 2002). Kemerosotan mutu sukan Malaysia terutamanya dalam bidang permainan telah mendapat perhatian kerajaan. Kemerosotan ini cuba diatasi melalui Kementerian Pendidikan Malaysia dengan menggunakan beberapa strategi latihan dan pengajaran bagi meningkatkan kualiti kurikulum pendidikan jasmani. Menurut Disney dan Adlan (2003), mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dapat dijadikan asas untuk menyelesaikan masalah kemerosotan mutu sukan dan permainan negara, menggalakkan murid menyertai aktiviti permainan melalui program latihan seterusnya meningkatkan prestasi permainan, tahap kesihatan dan kecergasan mereka. Globalisasi yang wujud dalam bidang pendidikan negara menjadi pencetus inisiatif kepada pengkaji untuk merangka program bagi menyelesaikan sesuatu permasalahan kajian. Kesedaran yang wujud dalam diri pengkaji tentang betapa pentingnya untuk mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi membangunkan pendidikan negara setaraf dengan negara membangun yang lain. Perubahan perlu dilakukan seiring dengan perkembangan pendidikan secara global bagi menghasilkan kualiti pendidikan yang bermutu. Bermula dari situ, satu perancangan tentang perubahan dalam arus pendidikan direncanakan. Model TGfU merupakan satu kaedah

Page 2: Hoki Memukul

pengajaran yang masih baru dalam arena pendidikan negara. Namun begitu, model pengajaran ini sudah lama dipraktikkan di negara-negara maju dalam dunia pendidikan seperti Australia, New Zealand, Canada, England dan sebagainya. Perkembangan peningkatan dan kelemahan prestasi sukan mempunyai hubungkait dengan program latihan dan pengajaran kurikulum pendidikan jasmani. Prinsip-prinsip latihan menekan bahawa program latihan perlu dijalankan secara beransur maju seiring dengan perkembangan psikomotor, kognitif, afektif serta sosial (Bompa, 2009; Sanderson, 1989). Sehubungan itu, program latihan permainan ini dilatih dan diuji menggunakan komponen permainan seperti taktikal, kemahiran serta membuat keputusan (menggunakan pengetahuan deklaratif dan prosedural) secara beransur maju melalui permainan mini. Program latihan permainan yang berkesan dan diminati oleh murid boleh memberi kesan positif untuk meningkatkan prestasi dan penglibatan diri dalam permainan sepanjang hayat bagi menjaga tahap kecergasan dan kesihatan iaitu selari dengan Play Theory (Siedentop, 2002). Sebagai mencontohi yang terbaik untuk diberikan kepada anak bangsa, warga pendidik perlu sedar betapa dunia pendidikan di Malaysia ini perlu kepada perubahan. Perubahan yang dimaksudkan ialah kepada pendidik mahupun jurulatih supaya bertukar stail pengajaran. Stail pengajaran berbentuk tradisional yang sudah sebati pada diri guru–guru ini haruslah diubah dengan mengaplikasikan stail pengajaran yang baru seperti Model TGfU. Ini akan memberikan kesan jangka panjang kepada murid–murid dalam mempelajari subjek Pendidikan Jasmani dengan lebih berkesan. Seterusnya pengalaman di peringkat awal murid–murid ini pasti lebih menyeronokkan bagi mereka yang mempelajarinya.

Objektif Kajian:

Untuk kajian yang dijalankan ini, pengkaji mengharapkan agar objektifnya tercapai. Pengkaji membahagikan kepada dua bahagian dan mensasarkannya seperti berikut :-

Objektif Umum Meningkatkan prestasi murid bagi kemahiran memukul dalam permainan hoki. Objektif Khusus Berikut merupakan objektif khusus yang ingin dicapai :- 1. Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran memukul dalam permainan hoki melalui Model

TGfU 2. Mewujudkan suasana yang menyeronokkan semasa menjalani proses pembelajaran hoki. Persoalan Kajian : 1. Adakah pengajaran dan pembelajaran menggunakan Model TGfU dapat meningkatkan

penguasaan kemahiran memukul dalam permainan hoki? 2. Adakah murid seronok menjalani proses pembelajaran hoki?

Page 3: Hoki Memukul

METODOLOGI KAJIAN : Kumpulan Sasaran Kajian yang dijalankan ini melibatkan 20 orang murid iaitu 10 orang murid lelaki dan 10 orang murid perempuan Tahun 4 Karisma, Sekolah Kebangsaan Padang Hiliran, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Kesemua mereka berusia 10 tahun, berbangsa Melayu dan beragama Islam. Pelaksanaan Kajian

i. Tinjauan masalah Pengkaji meninjau permasalahan yang dihadapi oleh murid – murid dengan melakukan pemerhatian pada sesi pengajaran yang pertama dan temubual. Di dapati, terdapat masalah dari aspek pengajaran dan pembelajaran murid – murid yang sukar difahami oleh mereka dan mereka bosan semasa aktiviti dijalankan.

ii. Analisis Tinjauan Masalah Pengkaji menganalisis hasil pemerhatian yang dijalankan setelah melakukan tinjauan masalah pada sesi pengajaran yang pertama. Pemerhatian dijalankan. Keseluruhan murid-murid tidak dapat melakukan pukulan lurus tepat kearah sasaran walaupun jarak antara sasaran dengan tempat pukulan sudah dipendekkan. Pengkaji mengambil inisiatif untuk melakukan kajian dengan menggunakan teknik sasaran (TGFU) kepada murid – murid tersebut. Instrumen Kajian Kajian ini menggunakan Ujian Pra dan Pasca sebagai alat untuk mencapai objektif kajian. Ujian Pra dan Pasca ini merujuk kepada Ujian Pukulan Lurus 12 meter yang yang dikendalikan oleh pengkaji bagi menilai tahap kemahiran memukul responden. Ujian ini merujuk kepada Manual TID Spesifik Hoki (Unit Mengenalpasti Bakat ISN,2007) yang mengambil kira umur kronologi responden di mana ujian ini sesuai untuk dijalankan ke atas kanak-kanak berumur 7-12 tahun. Pemerhatian berstruktur berdasarkan 5 aspek keseronokan iaitu murid nampak gembira semasa beraktiviti (Shaharudin, 2001), aktif melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan (Disman, 1985), murid rajin bertanya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (Mokhtar Nawawi, 2011), murid bekerjasama semasa aktiviti dijalankan (Boucher, 2011) dan murid menunjukkan minat dalam melaksanakan aktiviti yang dijalankan (Shaharudin, 2001).

Prosedur Pelaksanaan Ujian Pukulan Leret 12 Meter

murid penguji bola kon

Page 4: Hoki Memukul

Ujian Pasca dijalankan sebaik sahaja tamat pengajaran bagi ketiga-tiga sesi pengajaran menggunakan Model TGfU. Keputusan bagi kedua – dua Ujian Pra dan Pasca direkod,

dibanding dan dianalisis.

Ujian Pra dilakukan sebelum pengajaran dijalankan. Hasil dari ujian tersebut, direkodkan.

Pemerhatian dianalisis berdasarkan 5 aspek bagi melihat tahap keseronokan murid semasa beraktiviti selepas berakhirnya sesi rawatan.

Kajian dijalankan selama 4 minggu, pengajaran untuk sampel dijalankan mengikut jadualyang telah dibuat berdasarkan rancangan pengajaran harian menggunakan Model TGfU.

Pemerhatian dijalankan sepanjang satu sesi pengajaran tanpa menggunakan Model TGfU dan 3 sesi pengajaran menggunakan Model TGfU.

Responden dipilih 20 daripada 38 orang murid tahun 4 Karisma yang terdiri daripada 10 lelaki dan 10 perempuan.

Prosedur Pengumpulan Data

Kerangka Konseptual Pelaksanaan Tindakan

DAPATAN KAJIAN:

Responden

Model Pengajaran TGfU

i. Peningkatan Kemahiran. ii. Penentuan Keberkesanan Kaedah Yang Digunakan

Perbandingan min ujian pra dan ujian pasca

Ujian Pra :

Ujian Pukulan Leret 12 Meter

Ujian Pasca :

Ujian Pukulan Leret 12 Meter

Analisis Pemerhatian Berstruktur

Perbandingan pemerhatian 4 sesi

Pemerhatian

Page 5: Hoki Memukul

1. Persoalan Kajian 1 : Adakah pengajaran menggunakan Model TGfU dapat membantu

meningkatkan kemahiran memukul hoki murid?

Bagi menjawab persoalan “Adakah pengajaran menggunakan Model TGfU dapat membantu meningkatkan kemahiran memukul hoki murid?”, pengkaji telah menggunakan instrumen ujian pukulan leret 12 meter bagi menunjukkan peningkatan kemahiran yang telah berlaku ke atas responden sebelum dan selepas menjalani rawatan menggunakan Model TGfU. Setiap satu data yang dikumpul menggunakan instrumen yang telah ditentukan akan dibentangkan di dalam bentuk jadual, graf dan carta pai. Analisis data bagi instrumen ujian melaporkan dapatan yang diperoleh daripada perlaksanaan Ujian Pra dan Pasca. Ia dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama ialah laporan analisis deskriptif bagi Ujian Pra dan Pasca yang dijalankan, dan bahagian kedua pula ialah laporan analisis inferensi bagi perbandingan perbezaan min Ujian Pra dan Pasca menggunakan Ujian-T untuk menilai hubungkait antara keputusan ujian yang diperoleh.

Jadual 1 : Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca

UJIAN PUKULAN LERET 12 METER SKOR UJIAN PRA % UJIAN PASCA %

1 13 65% 0 0% 2 5 25% 0 0% 3 2 10% 0 0% 4 0 0% 9 45% 5 0 0% 11 55%

JUMLAH 20 100% 20 100% Jadual 1 menunjukkan keputusan terkumpul bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca bagi Ujian Pukulan Leret 12 Meter. Berdasarkan jadual tersebut, peratusan Ujian Pra bagi Ujian Pukulan Leret 12 Meter menunjukkan peratus tertinggi berada pada skor rendah iaitu 65% untuk skor 1 dan 25% untuk skor 2. Ini jelas menunjukkan tahap kemahiran memukul murid dalam permainan hoki berada di tahap yang sangat lemah. Hanya dua orang murid sahaja yang didapati berada di tahap sederhana pada Ujian Pra. Berbanding dengan peratusan Ujian Pasca yang mempunyai peratusan tertinggi pada skor 4 dan skor 5. Dapatan ini menjadikan peratusan bagi skor yang rendah iaitu skor 1 dan 2 berada pada nilai sifar. Peningkatan skor bagi Ujian Pasca menunjukkan peningkatan tahap kemahiran memukul dalam permainan hoki responden berbanding sebelum menerima rawatan pengajaran menggunakan Model TGfU.

Rajah 1 : Graf Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca

Rajah 1 menunjukkan graf bar keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca bagi Ujian Pukulan Leret 12 Meter, murid Tahun Empat (4) Karisma berdasarkan kekerapan skor yang diperolehi dalam Jadual 1.

05

101520

1 2 3 4 5KEKERAPAN

SKOR

KEPUTUSAN UJIAN PRA DAN UJIAN PASCA

Ujian Pra Ujian Pukulan Leret 12 MeterUjian Pasca Ujian Pukulan Leret 12 Meter

Page 6: Hoki Memukul

Rajah 2 : Carta Pai Peratus Ujian Pra dan Pasca bagi Ujian Pukulan Leret 12 Meter.

Rajah 2 menunjukkan carta pai peratus keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca bagi Ujian Pukulan Leret 12 Meter murid Tahun Empat (4) Karisma berdasarkan kekerapan skor yang diperolehi dalam Jadual 6.2. Analisis Deskriptif Ujian Pra dan Ujian Pasca

Jadual 3 : Analisis Statistik Deskriptif Ujian Pra dan Ujian Pasca

Mata Tertinggi bagi Ujian Pra

(Pukulan Leret 12 Meter)

Mata Tertinggi bagi Ujian Pasca

(Pukulan Leret 12 Meter) Min 1.45 4.55

Sisihan Piawai 0.69 0.51 Minimum 1 4

Maksimum 3 5 Skor Terkumpul 29 91

N 20 20 Jadual 3 di atas menunjukkan perbandingan skor min Ujian Pra dan Ujian Pasca bagi Ujian Pukulan Leret 12 Meter. Catatan menerusi jadual di atas mendapati skor minimum dan maksimum bagi Ujian Pra, Ujian Pukulan Leret 12 Meter ialah 1 dan 3. Manakala skor minimum dan maksimum bagi Ujian Pasca, Ujian Pukulan Leret 12 Meter ialah 4 dan 5. Daripada rajah, mendapati jumlah skor terkumpul untuk Ujian Pra bagi Ujian Pukulan Leret 12 Meter ialah 29 dan skor terkumpul bagi Ujian Pasca sebanyak 9. Dari statistik tersebut, terdapat peningkatan yang ketara selepas Ujian Pasca dijalankan terhadap responden. Rajah tersebut juga menunjukkan skor min dan sisihan piawai bagi Ujian Pra, Ujian Pukulan Leret 12 Meter iaitu 1.46 ± 0.69 dan Ujian Pasca ialah 4.55 ± 0.51. Untuk Ujian Pasca yang dijalankan ini berlaku peningkatan min sebanyak 3.09 dan sisihan piawainya semakin mengecil sebanyak 0.18. Ini jelas menunjukkan berlakunya peningkatan terhadap kemahiran memukul dalam permainan hoki subjek. Berlakunya peningkatan tahap prestasi daripada Ujian Pra dan Ujian Pasca adalah latihan yang dilakukan memberi kesan dalam tempoh ujian.

Page 7: Hoki Memukul

Rajah 4 : Graf Perbandingan Skor Min Ujian Pra dan Ujian Pasca

Rajah 4 menunjukkan skor min antara Ujian Pukulan Leret 12 Meter bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca. Skor min Ujian Pra untuk Ujian Pukulan Leret 12 Meter ialah 1.45 dan Ujian Pasca ialah 4.55. Rajah 4 di atas menunjukkan terdapat peningkatan pada Ujian Pra dan Pasca bagi Ujian Pukulan Leret 12 Meter. Analisis Inferensi Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pasca Ujian-T untuk pengukuran berulangan dilakukan bagi penganalisisan inferensi pada nilai tahap signifikan p < 0.05 dalam Standart Critical Value T-Test. Ini digunakan bagi mengukur sampel dua kali dan kedua-dua data pengukuran digunakan untuk di buat perbandingan. Ujian Pra dan Ujian Pasca bagi Ujian Pukulan Leret 12 Meter di analisis dan dibuat perbandingan.

Jadual 4 : Perbandingan keputusan Ujian- T untuk Ujian Pra dan Ujian Pasca Bagi Ujian Pukulan

Leret 12 Meter

Statistik Sampel Berpasangan

Min N Sisihan Piawai Pasangan 1 Mata Tertinggi Bagi Ujian Pasca

(Pukulan Leret 12 Meter) 4.55 20 .51

Mata Tertinggi Bagi Ujian Pra (Pukulan Leret 12 Meter)

1.45 20 .69

Ujian Sampel Berpasangan Perbezaan

Pasangan

Min Sisihan Piawai t df P

Pasangan 1 Mata Tertinggi Bagi Ujian Pasca (Pukulan Leret 12 Meter) - Mata Tertinggi Bagi Ujian Pra (Pukulan Leret 12 Meter)

3.10 .79 17.592 19 .000

P = 0.000, signifikan pada aras 0.05 Jadual 4 menunjukkan keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca bagi Ujian Pukulan Leret 12 Meter. Keputusan kajian adalah signifikan (t = 17.592, df = 19, p < .05). Ini menunjukkan terdapat perbezaan signifikan bagi Ujian Pasca iaitu min 4.55 ± 0.51 dengan Ujian Pra iaitu min 1.45 ± 0.69. Nilai min untuk Ujian Pasca meningkat sebanyak 3.10 ± 0.79. Bagi nilai t = 17.592, p = 0.000 adalah lebih kecil daripada aras signifikan yang ditetapkan iaitu p < 0.05. Dari keputusan Ujian-T yang dijalankan adalah signifikan dengan terdapatnya perubahan prestasi kemahiran memukul murid sebelum dan

Ujian Pra

Ujian Pasca

12345

Ujian Pukulan Leret 12 Meter

MIN

Ujian Pukulan Leret 12 MeterUjian Pra 1.45

1.45

4.55

Page 8: Hoki Memukul

selepas pengajaran menggunakan Model TGfU. Nilai skor min yang lebih tinggi setelah pengajaran menggunakan Model TGfU menunjukkan kaedah pengajaran menggunakan Model TGfU dapat meningkatkan prestasi murid. 2. Persoalan kajian 2 : Adakah murid seronok menjalani proses pembelajaran hoki? Bagi menjawab persoalan kedua kajian ini “Adakah murid seronok menjalani proses pembelajaran hoki?”, pengkaji telah menjalankan kaedah pengumpulan data secara pemerhatian berstruktur sebagai bukti dan pengukuran terhadap keseronokan responden semasa menjalani aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan Model TGfU. Pemerhatian yang dijalankan keatas 10 orang sampel yang diambil secara rawak daripada sampel kajian 20 orang. Pemerhatian ini berdasarkan lima aspek pemboleh ubah iaitu aspek pertama yang dilihat ialah ekspresi muka yang ceria semasa beraktiviti. Aspek kedua ialah melibatkan diri dalam semua aktiviti yang dijalankan. Seterusnya aspek ketiga ialah murid menumpukan perhatian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Aspek keempat pula murid sentiasa menunjukkan minat dengan aktiviti yang dijalankan dan aspek terakhir ialah murid menunjukkan respon yang positif dalam menerima arahan daripada guru.

Rajah 5 : Jadual kekerapan bagi aspek pemerhatian berstruktur elemen keseronokan

Rajah 5 menunjukkan kekerapan bagi lima aspek pemerhatian berstruktur untuk elemen keseronokan. Berdasarkan dapatan keseluruhan pemerhatian yang dijalankan didapati terdapat perubahan tingkah laku responden sebelum rawatan menggunakan Model TGfU dan selepas tiga minggu rawatan menggunakan Model TGfU. Dapatan ini dibuktikan dengan peningkatan kekerapan sebanyak 9 orang bagi aspek 1 iaitu murid nampak gembira semasa beraktiviti, 6 orang bagi aspek 2 aktif melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan, 6 orang bagi aspek 3 iaitu murid rajin bertanya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, 8 orang bagi aspek 4 di mana murid bekerjasama semasa aktiviti dijalankan dan peningkatan 5 orang bagi aspek terakhir iaitu murid menunjukkan minat dalam melaksanakan aktiviti yang dijalankan. Perubahan tingkah laku yang positif ini terbukti jelas menjawab persoalan kajian bahawa murid seronok menjalani pembelajaran hoki menggunakan Model TGfU.

0123456789

10

ASPEK 1

ASPEK 2

ASPEK 3

ASPEK 4

ASPEK 5

Pemerhatian tanpa Menggunakan Model TGfU 1 4 4 2 5

Pemerhatian 1 Menggunakan Model TGfU 10 8 7 10 9

Pemerhatian 2 Menggunakan Model TGfU 10 8 9 10 9

Pemerhatian 3 Menggunakan Model TGfU 10 10 10 10 10

KEKERAPAN

Page 9: Hoki Memukul

PERBINCANGAN :

1. Persoalan 1 : Adakah pengajaran menggunakan Model TGfU dapat membantu meningkatkan kemahiran memukul hoki murid?

Berdasarkan keputusan analisis ujian yang dilakukan, dapat dirumus bahawa kemahiran memukul bagi permainan hoki murid telah dapat dipertingkatkan dengan penggunaan Model TGfU dalam proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran memukul hoki. Ini dibuktikan dengan perbezaan skor min dan sisihan piawai menggunakan Ujian-T bagi kedua-dua ujian yang ditadbirkan iaitu Ujian Pra dan Ujian Pasca. Hasil analisis data ujian, perbezaan skor min dan sisihan piawai Ujian Pasca dan Ujian Pra sebanyak 3.10 ± 0.79 bagi Ujian Pukulan Leret 12 Meter. Peratusan peningkatan skor min bagi Ujian Pukulan Leret 12 Meter adalah sebanyak 62%. Keadaan ini bertepatan dengan kajian yang dijalankan, iaitu TGfU dapat meningkatkan aktiviti fizikal, tahap pemikiran, penglibatan, motivasi dan kenikmatan dalam mempelajari subjek Pendidikan Jasmani (Webb et al., 2007). Perbezaan skor tertinggi bagi kedua-dua Ujian Pra dan Ujian Pasca jelas menunjukkan peningkatan pemahaman daripada semua aspek permainan di samping meningkatkan tahap aktiviti fizikal murid bertepatan dengan dakwaan di dalam kajian terkini Forrest et. AL (2006). Berdasarkan keputusan ujian ini, dapat dibuktikan bahawa sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan Model TGfU membuahkan hasil seperti yang dikehendaki di dalam objektif kajian seterusnya mencapai objektif kajian ini. Selain itu, penggunaan Model TGfU ini membolehkan murid untuk melihat hubungan di antara latihan kemahiran memukul yang dijalankan dengan pengaplikasian kemahiran memukul di dalam situasi permainan yang sebenar dan kenyataan ini di sokong oleh Mitchell et al. (2003). Ini kerana Model TGfU mengetengahkan komponen pengetahuan kognitif dan membuat keputusan di dalam model supaya murid memperoleh kefahaman yang lebih baik terhadap sesuatu kemahiran. Kajian awal oleh French dan Thomas (1987) menunjukkan komponen pengetahuan kognitif dan membuat keputusan adalah penentu penting prestasi permainan yang berkesan kepada pemain bola keranjang berusia 8 hingga 12 tahun. Kajian berikutnya telah menyokong kepentingan faktor-faktor kognitif dalam menyumbang kepada prestasi permainan kanak-kanak di sekolah rendah. Kajian Ishee (2004), menunjukkan murid akan menggemari program latihan dalam Pendidikan Jasmani apabila mereka berjaya melakukan aktiviti. Pengajaran menggunakan Model TGfU juga membuktikan pendekatan latihan taktikal adalah lebih menyeluruh bagi mewujudkan permainan yang berkesan dan sesuai untuk murid dalam pelbagai kumpulan kemahiran serta dapat menggalakkan murid berfikir secara kreatif, bijak membuat keputusan tentang pemilihan taktik, bekerjasama sesama pemain dan dapat menguasai kemahiran sukan (Light & Fawns, 2003).

2. Persoalan 2 : Adakah murid seronok menjalani proses pembelajaran hoki? Persoalan kajian kedua yang perlu dijawab melalui kajian ini ialah, adakah murid seronok menjalani proses pembelajaran hoki. Bagi menjawab persoalan kajian ini, satu pemerhatian berstruktur telah dijalankan. Berdasarkan analisis pemerhatian berstruktur bagi elemen keseronokan terdapat peningkatan dari segi pencapaian keseronokan dan minat murid di mana 10 orang responden yang dipilih secara rawak dapat menepati kriteria lima pemboleh ubah yang ditetapkan bagi dianalisis semasa sesi pengajaran dan pembelajaran kemahiran memukul hoki menggunakan Model TGfU. Pemerhatian awal menunjukkan kesemua 10 responden yang terpilih tidak dapat memenuhi kesemua aspek pemerhatian yang dinilai terutamanya bagi aspek pertama iaitu murid nampak gembira semasa beraktiviti di mana hanya seorang sahaja responden yang mampu memenuhi aspek pertama ini. Menurut Shaharudin (2001), keseronokan bersifat intrinsik kerana tiada ganjaran yang boleh diberikan kerana keseronokan melakukan sesuatu boleh dinilai berdasarkan rasa puas dan kegembiraan yang terbayang semasa melakukan sesuatu aktiviti. Berdasarkan kenyataan ini jelas menunjukkan responden tidak gembira semasa beraktiviti. Seterusnya, kerjasama dari kanak-kanak perlu dimenangi dan keseronokan dan minat adalah faktor-faktor yang kuat dalam memujuk kanak-kanak untuk bekerjasama (Boucher, 2011). Di dalam pemerhatian awal jelas menunjukkan kurangnya kerjasama di antara murid-murid semasa aktiviti dijalankan di mana aspek 4 hanya mampu dipenuhi oleh dua orang responden sahaja di sebabkan kurang keseronokan semasa beraktiviti. Perbezaan

Page 10: Hoki Memukul

perubahan tingkah laku responden jelas dilihat berdasarkan analisis pemerhatian terakhir yang mendapati kesemua 10 orang responden yang terpilih dapat menunjukkan mereka gembira semasa beraktiviti, aktif melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan, murid rajin bertanya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, murid bekerjasama semasa aktiviti dijalankan dan murid menunjukkan minat dalam melaksanakan aktiviti yang dijalankan. Ini membuktikan Model TGfU mampu meningkatkan tahap keseronokan murid semasa beraktiviti. Keputusan pemerhatian ini juga disokong oleh Kajian dari McKeen, Webb dan Pearson (2005), di mana kajian mereka menyokong peningkatkan keseronokan murid yang didedahkan dengan kaedah Model TGfU berbanding kaedah pengajaran tradisional. Selain itu, TGfU juga menawarkan situasi sebenar permainan yang diubahsuai bagi menyediakan persekitaran pembelajaran yang melibatkan kanak-kanak dalam permainan dan memberi peluang membangunkan rasa keyakinan diri mengikut teori keyakinan kendiri oleh Ryan dan Deci (2000). Dapatan ini jelas membuktikan Model TGfU dapat meningkatkan keseronokan murid semasa proses pembelajaran hoki seterusnya mencapai objektif kajian ini dengan dapatan yang diperolehi. Secara keseluruhan kajian yang dijalankan, didapati bahawa kedua-dua persoalan kajian yang diketengahkan di awal kajian telah dapat dirungkai satu persatu berdasarkan dapatan kajian yang dilakukan. Masalah tahap kemahiran dan keseronokan murid yang terlalu rendah serta skor ujian yang tidak memuaskan semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang pertama telah berjaya diselesaikan dengan penggunaan Model TGfU. Ternyata Model TGfU telah dapat meningkatkan kemahiran memukul dalam permainan hoki dan keseronokan murid dan secara tidak langsung telah meningkatkan skor ujian murid bagi kemahiran memukul permainan hoki. Kenyataan ini telah disokong dengan keputusan daripada instrumen-instrumen kajian yang dilaksanakan. Hasil daripada analisis data instrumen kajian yang juga dikukuhkan dengan pendapat-pendapat daripada tinjauan literatur, telah menjadikan kajian ini sebuah kajian yang berjaya menyelesaikan masalah yang dikenal pasti. Bersesuaian dengan tujuan kajian tindakan diadakan iaitu untuk menyelesaikan suatu permasalahan dengan menggunakan kaedah tertentu. Kesimpulannya, Model TGfU sememangnya suatu kaedah yang disukai oleh murid-murid di sekolah rendah. Ini kerana ia menggabungkan unsur bermain dan latihan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Semasa bermain mereka akan berasa seronok dan secara tidak langsung akan dapat memberikan tumpuan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Berbeza dengan kaedah tradisional yang biasa digunakan oleh guru Pendidkan Jasmani dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani yang lebih berfokus ke arah kaedah arahan dan berpusatkan guru. Situasi ini menyebabkan murid hanya menjadi pendengar dan menimbulkan rasa bosan di dalam diri murid. Kebosanan murid telah memberi kesan ke atas tahap kemahiran dan keseronokan murid terhadap pengajaran guru. Ini boleh dilihat berdasarkan tahap kemahiran memukul murid dalam permainan hoki yang lemah. Model TGfU adalah satu kaedah di mana ia menyediakan kanak-kanak untuk mengaplikasikan kemahiran di dalam persekitaran pembelajaran yang bermakna dan melalui proses eksperimentasi, minat boleh dibangunkan. Hopper (1998) menyatakan bahawa TGfU mencadangkan cara bagi membolehkan murid menghargai keseronokan dalam permainan yang membawa kepada keinginan untuk belajar teknik yang akan meningkatkan prestasi permainan. CADANGAN : Bagi kajian yang seterusnya, saya akan cuba menjalankan kajian mengenai pembentukan motivasi intrinsik murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Jasmani melalui Model TGfU yang dijalankan. Ini kerana saya dapati murid sangat tertarik dengan penerapan Model TGfU dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian yang saya jalankan ini hanya ingin melihat sejauhmana penggunaan Model TGfU dapat meningkatkan kemahiran memukul bagi permainan hoki murid. Oleh itu saya hanya memfokus kepada keputusan instrumen-instrumen kajian seperti ujian, soal selidik dan pemerhatian. Berlainan dengan kajian yang ingin melihat pembentukan motivasi intrinsik murid terhadap sesuatu mata pelajaran yang mana kajian seperti ini akan dapat melihat penerimaan murid terhadap pembelajaran menggunakan Model TGfU. Dengan melakukan kajian mengenai motivasi intrinsik ini juga, seseorang pengkaji akan dapat membuktikan lagi keberkesanan Model TGfU ini dalam pembelajaran murid. Ini kerana kajian akan memfokus kepada tingkah laku murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan Model TGfU. Ini bersesuaian dengan pendapat beberapa tokoh yang menyatakan

Page 11: Hoki Memukul

Model TGfU akan dapat memberikan pelbagai manfaat kepada murid dan guru secara tidak langsung. Selain itu, guru Pendidikan Jasmani juga boleh mengaplikasikan Model TGfU ini dalam mengajar kemahiran-kemahiran di dalam sukan dan permainan yang lain. BIBLIOGRAFI: Bompa, T. O. (2009). Periodization Theory and methodology of training. Champaign, IL, Human

Kinetics. Boucher, A. and Wiseman, E. (2011). Movement Discovery: Physical Education for Children. London,

UK: Jones & Bartlett Publisher. Capel, S. and Piotrowski, S. (eds) (2000). Issues in physical education. London: RoutledgeFalmer. Condon, R., & Collier, C. (2002). Student choice makes a difference in physical education. The

Journal of Teaching in Physical Education, 73, 26-31. Connell, R. W. (1993). Disruptions: Improper masculinities and schooling. In L. Weis & M. Fine (Eds.),

Beyond silenced voices: Class, race, and gender in the United States schools (pp. 191-208). Albany: State University of New York Press.

Corbin, C.B. (2002). Physical activity for everyone: What every physical educator know about

promoting lifelong physical activity. Journal of Teaching Physical Education, 21, 128-144. Dishman, R.K, Sallis, J.F., & Orenstein, D.R. (1985). The determinants of physical activity and

exercise. Public Health Reports, 100, 158-171. Disney, M. & Adlan. N. (2003). What exactly are my options? Education Quarterly 13, November/

December, p. 6. Dodds, P., Griffin, L. L., & Pacek, J.H. (2001). Selected review of the literature on development of

learners” domain-specific knowledge. Journal of Teaching Physical Education, 20, 301-313. Forrest, G., Webb, P., and Pearson, P., (2006). Teaching games for understanding: a model for pre

service teachers. Paper presented at ICHPERSD International Conference for Health, Physical Education, Recreation, Sport and Dance, 1st Oceanic Congress Wellington, New Zealand, 2006 (14 October), Available from <http:www.penz.org.nz> [20 April 2011].

French, K., & Thomas, J.R. (1989). Relation of knowledge and performance in boys’ tennis : Age and

expertise. Journal of Experimental Child Psychology, 48, 190-211. Holt, N.L., Strean, W.B., & Bengoechea, E.G. (2002). Expanding the teaching games for

understanding model: New avenues for future research and practice. Journal of Teaching Physical Education, 21, 162-176.

Hopper, T (1998). Teaching Games for Understanding Using Progressive Principles of Play,

CAHPERD Journal de I’ACSEPLD. Ishee, J. H. (2004). Are physical education classes encouraging students to be physically active.

Journal of Physical Education, Recreation & Dance, 75(2), 1-2. Kindlon, D., & Thompson, M. (2000). Raising Cain: Protecting the emotional life of boys. New York:

Ballantine. Light, R. & Fawns, R. (2003). Knowing the game: Integrating speech and action in games teaching

through TGFU. QUEST. National Association for Kinesiology and Physical Education in Higher Education, 55, 161-176.

Page 12: Hoki Memukul

McKeen, K., Webb, P., & Pearson, P. (2005). Promoting physical activity through teaching games for understanding in undergraduate teacher education. AISEP, 2005 World Congress Proceedings. Active Lifestyles. The Impact of Education and Sport, Lisbon, 251258.

Mokhtar Nawawi (2011). Pengaruh Amalan Jenaka Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Murid.

Universiti Putra Malaysia. Mitchell, S., Oslin, J., & Griffin, L. (2003). Sport foundations for elementary physical education : A

tactical games approach. Champaign, IL: Human Kinetics. Oslin, J.L., Mitchell, S.A., & Griffin, L.L. (1998) The game performance assessment instrument

(GPAI): Development and preliminary validation. Journal of teaching in physical education, 17, 231-243.

Ryan, R. M dan Deci, E.L (2000) Self-Determination Theory and The Facilitation of Intrinsic

Motivation, Social Development, and Well-Being, Vol.55, No.1, 68-78 retrieved 02.08.11 from http://www.selfdeterminationtheory.org/SDT/documents/2000_RyanDeci_SDT.pdf.

Sanderson, L. (1989). Growth and development considerations for the design of training plans for

young athletes. Ottawa: CAC, SPORTS, 10(2). Shaharudin Abd Aziz (2001). Mengaplikasi teori psikologi dalam sukan. Utusan Publication &

Distributors Sdn Bhd : Selangor. Siedentop, D. (2002). Sport education: A retrospective. Journal of Teaching in Physical Education,

2,409-18. Sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (2006). Pusat Perkembangan

Kurikulum: Kementerian Pelajaran Malaysia. Unit Mengenalpasti Bakat (2007) Manual TID spesifik hoki. Institut Sukan Negara Malaysia (ISN). Webb, P. and Pearson, P., (2004). The Game Centred Approach in Primary and Secondary

Education. Unpublished Paper. University of Wollongong, Australia. Webb, P., Greg F., Pearson, P., (2007). Teaching Games for Understanding (TGfU): A Model for Pre

Service Teachers. University of Wollongong, Australia.