tutorial waj

Download Tutorial WAJ

Post on 21-Oct-2015

242 views

Category:

Documents

5 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

PJK

TRANSCRIPT

Interaksi 2:1. Nyatakan fasa-fasa dan teknik lari pecut.

Teknik-teknik laripecut

Fasa-fasa lari pecut.

2. Perkara-perkara yang pembatalan acara lari barganti-ganti 4x100meter.

a) Larian tidak mengganggu atlit lain.b) Pertukaran baton berlaku di luar zon pertukaran baton.c) Peserta yang selesai menyerahkan baton dengan sengaja keluar dari zon pertukaran baton dan menggangu peserta lain.d) Mengambil baton peserta lain.e) Sengaja masuk ke lorong peserta lain.

Interaksi 1:1. Senaraikan semua acara olahraga yang dijalankan di peringkat sekolah.

a. 80 mb. 100mc. 200md. 80 m lari berpagar(0.762m)( Jarak pagar 12m/8m/ 12m)e. 4x100mf. 4x200mg. Lompat tinggih. Lompat jauhi. Lontar peluruj. Lari berganti-ganti 4x100 k.Lari berganti-ganti 4x200

2. Cuba rujuk peraturan KOM, perkara yang menyebabkan lompat jauh dibatalkan.a. Kaki menyentuh kawasan melepasi papan lonjak.b. Melonjak di luar kawasan lonjak.c. Selepas mendarat berjalan keluar melalui bahagian terdekat dari titik pendaratan.d. Melakukan apa jenis balik kuang semasa membuat larian atau melompat.e. Menyentuh bumi selepas garisan lonjakan dengan mana-mana bahagian badannya, sama ada membuat larian tanpa melompat atau semasa membuat lompatan.

Interaksi 3: Acara Lontaran : Lontar Peluru.1. Senaraikan dan jelaskan perbezaan antara teknik lontaran berdiri dan gaya Perry OBrien.Fasa/PerkaraLontaran Gaya berdiriLontaran Gaya Perry OBrien

Lakuan sedia-Berdiri di bahagian hadapan bulatan.-Bahu kiri menghadap arah lontaran.- Peluru diletak hampir leher dan di bawah telinga.- Lengan tangan diangkat hampir mendatar dan siku ke luar. Berdiri di bahagian belakang bulatan membelakangkan kawasan lontaran. Peluru diletak hampr leher dan di bawah telinga Lengan tangan diangkat hampir mendatar dan siku ke luar.

Lungsuran

-Tiada Dalam keadaan badan condong kaki tangan dibengkokkan dan kaki kiri ditendang ke bahagian depan bulatan. Kaki kanan bergerak ke tengah bulatan.

Pulihan Kedudukan kaki depan belakang seperti semasa lontaran. Kaki belakang di bawa ke hadapan bulatan dan pada masa yang sama kaki hadapan di bawa ke belakang.

2. Rujuk peraturan KOM dan jelaskan perkara-perkara yang menyebabkan lontaran seseorang dibatalkan.

a. Pelontar dikira batal apabila menyentuh kawasan luar bulatan atau memijak bahagian atas kayu penghadang berukuran 10cm tinggi itu semasa dan selepas peluru dilepaskan.b. Pelontar keluar dari kawasan hadapan lontaran.c. Pelepasan peluru yang tidak betul iaitu kedudukan tangan lebih rendah daripada kedudukan tangan sebelum lontaran dibuat.d. Peluru di bawa ke belakang bahu tangan melontar.e. Pelontar menyentuh bahagian atas penyendal di hadapan bulatan.

Interaksi 4: Kepegawaian.PEGAWAI TEKNIKAL KEJOHANAN PADANG

Tanggungjawab pegawai teknik secara amnya semasa kejohanan olahraga ialah:Semua pegawai yang bertugas hendaklah hadir 20 minit sebelum kejohanan dimulakan bagi sesi taklimat.Ketua pegawai teknikal perlu memberi taklimat kepada pegawai tentang masalah dan etika.Ketua pegawai teknikal perlu memastikan dan mencatat kehadiran pegawai. Sekiranya ada pegawai yang tidak dapat hadir ketua pegawai teknikal boleh merujuk kepada urus setia untuk penggantian pegawai.Ketua pegawai teknikal perlu memastikan bahawa pegawai bertugas di setiap tempatpertandingan adalah mencukupi bagi melancarkan lagi kejohanan.Bidang Tugas Pegawai Teknikal Pegawai teknik biasanya di lantik daripada individu yang bertauliah, berpengetahuan dan mempunyai pengalaman luas dalam satu temasya olahraga. Sekiranya perlu pegawai yang dilantik hendaklah menjalani kursus sebelum kejohanan bagi melicinkan lagi pengelolaan kejohanan. Berikut di antara bidang tugas pegawai teknik:

1.Pengurus KejohananBertanggungjawab terhadap kelicinan dan kelancaran perjalanan kejohanan olahraga.Berkuasa dalam menentukan dan mengendali keseluruhan perjalanan majlis.Memastikan kehadiran pegawai teknikal yang bertugas serta mendapat pengganti sekiranya ada di antara pegawai teknikal tidak dapat hadir.Memastikan keselamatan perjalanan kejohanan.Mengaturkan perjumpaan dan taklimat dengan pegawai-pegawai pengurusan dan teknikal kejohanan olahraga.Menentukan hanya mereka yang berkenaan sahaja dibenarkan berada di arena.

2.Penolong Pengurus KejohananMembantu tugas-tugas Pengurus KejohananMencatatkan kedatangan pegawai pada setiap sesiMencatat masa mula dan berakhirnya setiap sesiMenilai tugas pegawai, kekuatan dan kelemahan-kelemahannyaMembantu pengelolaan Majlis Penyampaian HadiahMembantu pengagihan cenderamata jika adaMengagihkan kain lengan pegawai

3.Pengurus teknik

Memastikan gelanggang balapan dan padang dalam keadaan baik dan boleh digunakan

Memastikan ukuran gelanggang balapan dan padang menepati piawaian

Memastikan alatan gelanggang balapan dan padang dalam keadaan baik dan boleh digunakan

Memastikan borang-borang teknikal untuk kegunaan pegawai-pegawai teknikal tersedia.

4.Setiausaha Kejohanan

Bertanggungjawab menguruskan urusan mesyuarat-mesyuarat jawatan kuasa induk dan mesyuarat yang berkaitan dengan pengelolaan kejohananMembuat catatan dan penyediaan minit mesyuaratMenguruskan perjalanan surat-menyurat.Menyediakan laporan perjalanan mesyuarat

5.Juri Rayuan

Menerima masalah, bantahan dan rayuan daripada peserta danpasukan yang bertanding

Menyelesaikan masalah bantahan dan rayuan yang dikemukakan daripada peserta dan pasukan yang bertanding

Keputusan juri rayuan adalah muktamad

6.Pengadil

Memastikan dan menentukan peraturan pertandingan dipatuhi di dalam kejohanan olahraga

Membuat keputusan dari aspek teknikal yang berbangkit terutama sekiranya masalah ini tiada terdapat dalam peraturan-peraturan pertandingan

Merupakan orang yang di rujukan dan seterusnya membuat keputusan dalam satu pertelingkahan teknikal sekiranya hakim tidak dapat membuat keputusan

Pengadil perlu memastikan terdapat hakim yang bertugas bagi acara-acara tertentu, sekiranya belum terdapat lantikan hakim bagi acara-acara tertentu pengadil perlu membuat pelantikan.Membuat taklimat kepada hakim-hakim dan pegawai teknikal tentang aspek teknikal sebelum memulakan kejohananMengawasi pengukuran yang dilakukan dalam acara padang dan memeriksa keputusan-keputusan akhir serta menyelesaikan pertelingkahanMengawasi cara mengambil masa dalam acara balapan dan seterusnya memeriksa keputusan-keputusan akhir serta menyelesaikan pertelingkahanMengesahkan semua catatan rekod dan menandatanganinya.Memastikan semua keputusan dicatat dengan betul sebelum diserahkan kepada pencatat. (Ketua Hakim perlu membantu)Pengadil berkuasa memberi amaran kad kuning dan kad merah dengan itu pengadil berkuasa untuk menyingkirkan peserta dari kejohanan atas sebab-sebab tertentuPengadil berkuasa membatalkan acara dan mengatur semula pertandingan pada masa yang

sama mengikut budi bicara.Pengadil berkuasa menukarkan tempat pertandingan dalam acara padang jika pada pendapatnya keadaan memerlukan dengan syarat sesuatu pusingan itu ditamatkan dahulu

Berkuasa menyingkirkan mana-mana peserta yang tidak bersopan dan memutuskan semua bantahan mengenai seseorang peserta pada ketika itu juga

7.Ketua Hakim

Bagi membantu pengadil menjalankan tugas yang agak berat dari segi teknikal ketua hakim

biasanya dilantik bagi membantu pengadil. Ketua hakim akan membantu pengadil dari segi

memantau dan memastikan perjalanan kejohanan olahraga di laksanakan dengan licin serta

mengurangkan masalah teknikal. Di balapan ketua hakim akan mengumpulkan keputusan sebelum diserahkan kepada pengadil untuk ditandatangani.

8.Hakim Padang

Hakim padang akan bertugas di bawah seorang ketua hakim, di antara tugasnya hakim padang ialah:

Menghakimi acara padang mengikut peraturan

Mengukur dan mencatat setiap percubaan oleh peserta

Menyemak catatan pada akhir setiap pusingan

Mengesahkan balingan atau lompatan

9.Perakam

Perakam bertugas untuk membuat catatan terhadap keputusan dalam kejohanan olahraga. Antara tugas perakam ialah:Mendapatkan keputusan semua pertandingan daripada Ketua Hakim yang telah disahkan oleh Pengadil.Menerima dan mencaat keputusan setiap acara ke dalam borang keputusan rasmi yang akan menunjukkan masa, jarak atau ketinggian setelah menerima maklumat daripada pengadil atau ketua hakim dan maklumat dari juru teknik dan penyukat anginMenyediakan carta pungutan mata danpingat bagi setiap pasukan yang bertandingMenyediakan carta pungutan mata mengikut tiap-tiap peringkat umur dan jantina bagi acara yang di pertandingkan.Mencatat rekod baru kejohanan yang telah di pecahkan mengikut peringkat umur dan jantinaMenyediakan senarai nama peserta yang layak ke peringkat seterusnya dan di edarkan kepada pengurus pasukan. Menyediakan semua keputusan dari peringkat saringan ke peringkat akhir dan kedudukan peserta tersebut. Menyediakan Buku Keputusan Rasmi keseluruhan kejohanan dan edarkan kepada semua pengurus pasukanMenyediakan rekod pencapaian individu bagi setiap bahagian untuk memudahkan pemilihan olahragawan dan olahragawati kejohanan.Setelah membuat catatan perakam hendaklah menyampai keputusan rasmi itu kepada juru acara

10.Pengawas Pembantu PadangPengawas pembantu padang bertanggungjawab mengagihkan tugas kepada pembantu padang yang biasanya terdiri daripada pelajar sekolah atau pertubuhan sukarela. Pembantu padang ini akan membantu menguruskan hal-hal berkaitan dengan penyediaan perkakasan dan alatan untuk pertandingan dan menyimpannya selepas pertandingan.

Interaksi 5: Kejurulatihan

Pilih satu RPH bagi masa pengajaran 60 minit dengan berpand