waj 1

4
Politik permuafakatan adalah salah satu kaedah yang di amalkan dalam sistem politik Malaysia semenjak kemerdekaan. Kebiasaannya politik permuafakatan atau consosional politik ini berlaku di nagara yang mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa atau majmuk. Malaysia telah mengamalkan politik permuafakatan ini dengan bergabungnya UMNO, MCA dan MIC membentuk Perikatan. Politik permuafakatan ini pertama kalinya diperkenalkan oleh Arend Lijpart semasa Persidangan Sains politik Antarabangsa di Brussel . Antara negara maju yang melakukan politik permuafakatan ini adalah Belanda ,Swizerland dan Austria. Manakala bagi negara sedang membangun yang menjalankan politik permuafakatan ini termasuk Pakistan, India dan Malaysia adalah negara sedang membangun yang paling berjaya dalam pengamalan politik permuafakatan. Walau bagaimana pun berlaku sedikit gangguan terhadap kejayaan politik permuafakatan apabila berlakunya rusuhan kaum selepas 13 Mei 1969. Tetapi keberkesanan Politik Permuafakatan di Malaysia ini berlangsung dengan jayanya selepas itu sehingga kini yang membawa tertubuhnya Barisan Nasional sebagai kesinambungan daripada Parti Perikatan. Antara elemen utama yang terdapat dalam politik permuafakatan ini adalah melalui perkongsian kuasa. Perkongsian kuasa ini akan melibatkan setiap ketua dan pemimpin daripada setiap kaum untuk terlibat dalam pemerintahan. Selain itu melalui perkongsian kuasa yang berlaku setiap kaum yang diwakili perlu dapat untuk mencapai kata sepakat dan bertolak ansur bagi mencapai keputusan yang dibuat iaitu tanpa mendiskriminasikan hak kaum-kaum yang lain. Pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971 telah melakar sejarah dalam pembentukan dasar ekonomi Malaysia. DEB menekankan kepentingan mencapai sasaran sosioekonomi seiring dengan pertumbuhan ekonomi sebagai satu cara mewujudkan keharmonian dan perpaduan di dalam negara yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik dan agama.

Upload: gwen-wen-jing

Post on 27-Sep-2015

233 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

hubungan etnik

TRANSCRIPT

Politik permuafakatan adalah salah satu kaedah yang di amalkan dalam sistem politik Malaysia semenjak kemerdekaan. Kebiasaannya politik permuafakatan atau consosional politik ini berlaku di nagara yang mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa atau majmuk. Malaysia telah mengamalkan politik permuafakatan ini dengan bergabungnya UMNO, MCA dan MIC membentuk Perikatan. Politik permuafakatan ini pertama kalinya diperkenalkan oleh Arend Lijpart semasa Persidangan Sains politik Antarabangsa di Brussel .

Antara negara maju yang melakukan politik permuafakatan ini adalah Belanda ,Swizerland dan Austria. Manakala bagi negara sedang membangun yang menjalankan politik permuafakatan ini termasuk Pakistan, India dan Malaysia adalah negara sedang membangun yang paling berjaya dalam pengamalan politik permuafakatan. Walau bagaimana pun berlaku sedikit gangguan terhadap kejayaan politik permuafakatan apabila berlakunya rusuhan kaum selepas 13 Mei 1969. Tetapi keberkesanan Politik Permuafakatan di Malaysia ini berlangsung dengan jayanya selepas itu sehingga kini yang membawa tertubuhnya Barisan Nasional sebagai kesinambungan daripada Parti Perikatan.

Antara elemen utama yang terdapat dalam politik permuafakatan ini adalah melalui perkongsian kuasa. Perkongsian kuasa ini akan melibatkan setiap ketua dan pemimpin daripada setiap kaum untuk terlibat dalam pemerintahan. Selain itu melalui perkongsian kuasa yang berlaku setiap kaum yang diwakili perlu dapat untuk mencapai kata sepakat dan bertolak ansur bagi mencapai keputusan yang dibuat iaitu tanpa mendiskriminasikan hak kaum-kaum yang lain.

Pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971 telah melakar sejarah dalam pembentukan dasar ekonomi Malaysia. DEB menekankan kepentingan mencapai sasaran sosioekonomi seiring dengan pertumbuhan ekonomi sebagai satu cara mewujudkan keharmonian dan perpaduan di dalam negara yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik dan agama. Matlamat utama DEB adalah untuk mewujudkan perpaduan negara. Bagi mencapai sasaran ini, dua strategi utama telah diwujudkan:

Untuk mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan melalui peningkatan pendapatan dan penambahan peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum;.danUntuk menyusun semula masyarakat bagi memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.Salah satu aspek penting DEB adalah berteraskan premis ekonomi yang berkembang pesat. Ini memandangkan pertumbuhan ekonomi adalah satu keperluan bagi menyediakan peluang kepada golongan miskin dan kurang bernasib baik untuk membolehkan mereka keluar dari kemiskinan dan turut serta dalam aktiviti ekonomi. Aspek ini juga memastikan bahawa pengagihan tidak diperuntukkan dari kekayaan sedia ada tetapi dari pengembangan dan punca baru kekayaan. Pelaksanaan strategi pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyakat menghasilkan kemajuan yang ketara menjelang 1990. Kadar kemiskinan berkurangan dari 49.3 peratus pada tahun 1970 kepada 16.5 peratus pada tahun 1990 dan seterusnya kepada 1.7 peratus pada 2012.

Dalam istilah penstrukturan ekuiti korporat, 66.3 peratus ekuiti korporat di Malaysia dimiliki oleh warga asing pada tahun 1970, sementara Bumiputera memiliki hanya 2.4 peratus. DEB menetapkan sasaran penstrukturan berupa 30:40:30, di mana menjelang 1990, pegangan kaum Bumiputera patut mencapai 30 peratus, rakyat Malaysia yang lain 40 peratus dan warga asing 30 peratus, di dalam konteks ekonomi yang berkembang. Pada tahun 1990, bahagian ekuiti Bumiputera bertambah kepada 19.3 peratus dari keseluruhan jumlah ekuiti korporat, dan pegangan rakyat Malaysia yang lain bertambah kepada 46.8 peratus dan 33.9 peratus untuk warga asing dan nomini. Walaupun Bumiputera tidak mencapai sasaran 30 peratus pegangan ekuiti menjelang 1990, kemajuan yang dihasilkan oleh mereka adalah cukup besar berbanding dengan kedudukan mereka pada tahun 1970. Menjelang 2010, jumlah nilai ekuiti telah berkembang dengan pesat dan meningkatkan nilai pegangan mutlak semua kumpulan.

Untuk memahami kronologi kepada wujudnya DEB, maka perlu untuk kita kembali menyelak semula tirai sejarah negara Malaysia dalam konteks awal penubuhannya. Malaysia ketika awal merdeka, masih lagi sebuah negara yang muda tetapi perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran utama seperti pembangunan ekonomi, pemerintahan dan kestabilan politik, hubungan antara kaum dan juga perang dingin antara blok komunis dan blok kapitalis. Beliau menambah, cabaran-cabaran besar ini membawa kepada wujudnya krisis-krisis seperti isu pembangunan ekonomi di kawasan bandar dan luar bandar. Ini kerana terdapat perbezaan ketara di antara pembangunan kawasan bandar dan luar bandar. Kawasan bandar yang dimonopoli oleh kaum Cina mendapat agihan pembangunan yang lebih baik dan tersusun berbanding dengan kawasan kampung dan pendalaman yang mana majoriti didiami oleh masyarakat Melayu dan India. Tampuk pemerintahan dan kestabilan politik ketika itu masih lagi mencari rentak, kuasa federalisme juga kelihatan masih belum cukup stabil. Krisis hubungan kaum ketika itu walaupun masih belum dikategorikan sebagai darurat, namun boleh disifatkan cukup membimbangkan. Masing-masing bertikam lidah tentang kepentingan kaum masing-masing. Situasi ini cukup menyamai dengan apa yang sedang berlaku dewasa ini di Malaysia. Bermula dari cabaran, kemudian krisis, akhirnya berlakulah peristiwa 13 Mei 1969 hasil gabungan pelbagai krisis dan diterjemahkan dalam satu konflik terbuka. Kelahiran DEB selepas konflik 13 Mei 1969 dilihat sebagai satu usaha penyelesaian untuk semua masalah yang dihadapi ketika itu

Abdul Latiff Abu Bakar. (1996). Melaka dan Arus Gerakan Kebangsaan Malaysia. Institut Kajian Sejarah Malaysia Cawangan Melaka dan Kerajaan Negeri Melaka (diterbitkan bersama Universiti Malaya, Kuala Lumpur)2.Abdul Rahim Abu Bakar. (2001). Kelangsungan Hidup Bahasa Melayu Sebagai Tonggak Negara Barat Dalam Gelombang Globalisasi. Dewan Bahasa. Oktober 2001, Jilid 1 Bil.103.Ann Wan Seng. (1994). Perayaan Orang Cina. Kuala Lumpur. Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.Arena Wati. (1978). Pribumi Sabah (Kadazan/Dusun). Yayasan Sabah. Kota Kinabalu.4.Asmad. (1990). Seni Kehidupan & Kemasyarakatan. Melaka. Associated Educational Distributors (m) Sdn. Bhd.5.Asnarulkhadi Abu Samah & Jayum A. Jawan. (1997). Kenegaraan Malaysia. Serdang. Penerbit Universiti Putra Malaysia6.Azman Anuar. (2009). Lebih 50 Tahun Pupuk Perpaduan.