rph waj 3073

7
SENI DALAM PENDIDIKAN (WAJ3073) RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 3 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) Tarikh : 7 Mac 2013 Masa : 9.05 pagi 10.05 pagi Kelas : 3 Wawasan Bilangan Murid : 27 orang Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Tema : Kesihatan dan Kebersihan Tajuk : Jaga Kesihatan Diri Standard Kandungan : 4.1 Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur Standard Pembelajaran : 4.1.1 Menyebut dan memahami lirik lagu yang mengandungi mesej dalam nyanyian yang dipersembahkan secara didik hibur Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat ; i. Menyebut lirik lagu Senaman Si Ceria dalam nyanyian yang dipersembahkan secara didik hibur ii. Menyatakan mesej yang terdapat dalam lagu Senaman Si CeriaPengisian Kurikulum : i. Ilmu - Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ii. Nilai - Bertanggungjawab dan bersyukur iii. Kemahiran Bernilai Tambah : a. Kemahiran berfikir menjana idea b. Kemahiran belajar cara belajar Kemahiran membaca secara luncuran 35

Upload: nazril-hasina-ahmad

Post on 18-Dec-2015

65 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

bahasa melayu

TRANSCRIPT

SENI DALAM PENDIDIKAN (WAJ3073)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 3KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)Tarikh : 7 Mac 2013

Masa: 9.05 pagi 10.05 pagi

Kelas: 3 Wawasan

Bilangan Murid: 27 orang

Mata Pelajaran: Bahasa Melayu

Tema: Kesihatan dan Kebersihan

Tajuk: Jaga Kesihatan Diri

Standard Kandungan: 4.1 Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur

StandardPembelajaran: 4.1.1 Menyebut dan memahami lirik lagu yang mengandungi mesej dalam nyanyian yang dipersembahkan secara didik hibur

Objektif Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran, murid dapat ; i. Menyebut lirik lagu Senaman Si Ceria dalam nyanyian yang dipersembahkan secara didik hibur ii. Menyatakan mesej yang terdapat dalam lagu Senaman Si Ceria

Pengisian Kurikulum: i. Ilmu - Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ii. Nilai - Bertanggungjawab dan bersyukur iii. Kemahiran Bernilai Tambah : a. Kemahiran berfikir menjana idea b. Kemahiran belajar cara belajar Kemahiran membaca secara luncuran c. Kecerdasan Pelbagai- Muzik

Pengetahuan Sedia Adai. Murid pernah melakukan senaman di rumah.ii. Murid mengetahui contoh makanan yang berkhasiat.iii. Murid mampu menjaga kebersihan dirinya sendiri.

Bahan Bantu Mengajar(i) Video Senaman Si Tommy(ii)Kad Manilla Lirik Lagu Sesuka Hati(iii) Penanda Buku Sesuka Hati(iv) Borang Penilaian Persembahan(v) Kad Peta Minda (vi)Sampul Kepingan Puzzle(vii) Kadbod(viii) Papan Markah (viiii) Lembaran Kerja

SENI DALAM PENDIDIKAN (WAJ3073)

35

Langkah/ MasaIsi PelajaranAktiviti Pengajaran dan PembelajaranCatatan

Set Induksi(5 minit)09.05 - 09.10 Video Senaman Si Tommy:

Contoh soalan :1- Siapa yang suka bersenam?2- Bila waktu paling sesuai kamu melakukan senaman ?3 - Apakah perasaan kamu selepas melakukan senaman? Tajuk : Jaga Kesihatan Diri1 Murid bersama-sama guru melakukan senaman dengan iringan lagu dan video rangsangan.2. Murid menjawab soalan-soalan yang dikemukakan guru.3. Guru menceritakan faedah-faedah melakukan senaman.4. Guru mengaitkan set induksi dengan tajuk hari ini iaitu Jaga Kesihatan Diri.BBM : Video Senaman SI Tommy

Teknik : Soal jawab

KBT: Menjana idea

Langkah 1(20 minit)09.10 09.30 Kad Manila Lirik Lagu Senaman Si Ceria Penanda Buku Lirik Lagu Senaman Si Ceria (Lihat Lampiran 1)Senaman Si Ceria..

Borang Penilaian (Lihat Lampiran 2 )NAMA:___________KELAS:__________

BORANG PENILAIAN

Papan Pemarkahan

MERAHHIJAUBIRU

1 Murid menerima lirik lagu Senaman Si Ceria yang berbentuk penanda buku.2 Murid diberi masa selama 1 minit untuk melakukan bacaan pantas lirik lagu tersebut.3 Murid beramai-ramai menyebut lirik lagu Senaman Si Ceria dengan bimbingan guru.4 Guru membuat demonstrasi cara menyebut lirik lagu Senaman Si Ceria dalam nyanyian secara didik hibur.

5 Murid menyanyikan lagu bertajuk Senaman Si Ceria bersama-sama dengan guru.6 Murid diagihkan kepada 3 kumpulan berdasarkan gambar penanda buku.7 Setiap kumpulan dikehendaki berbincang untuk membuat persembahan nyanyian lagu Senaman Si Ceria sambil beraksi.8 Setiap kumpulan dibekalkan borang penilaian untuk menilai kumpulan yang sedang membuat persembahan. 9 Kumpulan yang menjadi penonton akan bertindak sebagai penilai dengan bimbingan guru.10 Guru akan memberi komen atau rangsangan positif kepada setiap kumpulan selepas semua persembahan selesai.11 Markah setiap kumpulan dikumpul hingga akhir pengajaran dan akan dipaparkan pada papan pemarkahan yang ditampal pada papan putih.

HP: S.P.4.1.1 Objektif 1

KBT : BCB Kemahiran membaca pantas

Teknik : Nyanyian

BBM : Kad Manila Lirik Lagu Senaman Si Ceria Penanda Buku Lirik Lagu Senaman Si Ceria Borang Penilaian Papan Markah

Langkah 2( 15 minit)09.30 09.45

Langkah 3( 10 minit)09.45 09.55

Edaran Peta minda :Kumpulan : ......................

Cara Menjaga Kesihatan

3 Mesej utama daripada lagu :

-Cara jaga kesihatan :1) Melakukan Senaman2) Menjaga Pemakanan3) Menjaga Kebersihan

Contoh Soalan :1- Bagaimana cara menjaga kesihatan?2- Siapa yang bertanggungjawab atas kesihatan diri kita ?

Nilai murni - Bertanggungjawab Puzzle bergambar dan kad imbasan mesej:

MELAKUKAN SENAMAN

MENJAGA PEMAKANAN

MENJAGA KEBERSIHAN

Nilai murni Bersyukur

1 Guru mengedarkan edaran peta minda kepada setiap kumpulan.2 Setiap kumpulan perlu berbincang dan mencari 3 mesej utama daripada lirik lagu Senaman Si Ceria ,kemudian diisi ke dalam peta minda yang telah disediakan.3 Setiap ahli kumpulan perlu menyatakan mesej yang terdapat dalam lirik lagu Senaman Si Ceria seperti yang telah ditulis dalam peta minda tadi.3 Murid dan guru berbincang mengenai mesej sebenar yang cuba disampaikan daripada lirik lagu Senaman Si Ceria.4 Guru menyebut ketiga-tiga mesej sebenar yang cuba disampaikan melalui lirik lagu Senaman Si Ceria.5 Guru dan murid bersoal jawab mengenai kepentingan menjaga kesihatan diri.6 Guru mengaplikasikan nilai murni berkaitan tanggungjawab murid terhadap dirinya sendiri ketika sesi P&P berlangsung.7 Papan markah masih digunakan sepanjang Pengajaran dan Pembelajaran.

1 Setiap kumpulan akan diberikan 1 sampul berlainan warna dan sekeping kad manila2 Dalam sampul tersebut mengandungi kepingan gambar yang perlu disusun dan kad mesej3 Setelah selesai menyusun kesemua kepingan gambar menjadi gambar yang sempurna, wakil daripada setiap kumpulan perlu menyebut dengan kuat mesej yang terdapat daripada sampul surat tadi.4 Guru dan murid berbincang mengenai hasil kerja murid.5 Guru mengaplikasikan nilai murni berkaitan bersyukur atas nikmat diberi tubuh badan yang sihat ketika sesi P&P berlangsung.6 Papan markah masih digunakan sepanjang Pengajaran dan Pembelajaran.

HP: S.P.4.1.1 Objektif 2KBT : KB menjana idea Teknik : Perbincangan Soal JawabBBM : Kad Peta Minda Papan Markah

Nilai murni : Bertanggungjawab

Teknik : PermainanBBM : Kadbod Kepingan Puzzle Papan Markah

Nilai murni : Bersyukur

Langkah 4(5 minit)09.55 10.00

Pengayaan Lembaran Kerja (Lihat Lampiran 3)

1 Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid.2 Murid menyiapkan lembaran kerja yang diberi.3 Murid dan guru berbincang tentang jawapan lemabaran kerja.BBM : Lembaran Kerja

Teknik : Latih Tubi

Penutup(5 minit)10.00 10.05

Penutup Kognitif Rumusan isi pelajaran 1 Guru merumuskan isi pelajaran pada hari ini secara soal jawab dengan murid.Teknik : Soal Jawab

Penutup Sosial Rumusan nilai murni1 Guru merumuskan semula nilai yang dipelajari hari ini. 2 Guru bersama-sama murid mengira jumlah markah pada Papan Markah.3 Guru memberi hadiah kepada setiap kumpulan berdasarkan markah sebagai peneguhan.Nilai Murni : Bertanggungjawab Bersyukur

BBM : Papan Markah