assignment hubunhan etnik waj 3106 semestar 3

23

Upload: siti-arbaiah-kabeb

Post on 30-Nov-2015

49 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment Hubunhan Etnik Waj 3106 Semestar 3
Page 2: Assignment Hubunhan Etnik Waj 3106 Semestar 3
Page 3: Assignment Hubunhan Etnik Waj 3106 Semestar 3

BORANG PENGAKUAN

“ Saya mengaku bahawa tugasan ini adalah kerja saya sendiri kecuali petikan dan

ringkasan setiap perkara adalah menerangkan tentang sumber”

Tandatangan : ………………………..

NAMA : SITI ARBAIAH BINTI HJ KABEB

Tandatangan : …………………………

NAMA : NAZIAH BINTI ZAILANI

Tandatangan : ………………………..

NAMA : SURIA BINTI SUDIN

Tandatangan : ………………………..

NAMA : FAUZIAH BINTI ALIAS

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

Page 4: Assignment Hubunhan Etnik Waj 3106 Semestar 3

BORANG PENGAKUAN i

ISI KANDUNGAN ii

PENGHARGAAN v

PENDAHULUAN 1-2

TAJUK TUGASAN:

1. Kepentingan Perlembagaan dan bagaimana perlembagaan memainkan peranan dalam memupuk integrasi dan perpaduan nasional di Malaysia 3-6

2.Sediakaan satu carta garis masa untuk menunjukkan sejarah penggubalan perlembagaan sehingga penubuhan Malaysia 7-14

REFLEKSI KENDIRI

BORANG KOLABORASI

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

PENGHARGAAN

Page 5: Assignment Hubunhan Etnik Waj 3106 Semestar 3

Syukur Alhamdulilah dengan limpah dan kurniaNya yang telah memberi taufik

dan hidayah yang melimpah ruah sehingga rancangan dan penulisan serta

penyusunan kerja khusus ini terhasil jua akhirnya, walaupun dibatasi masa yang terhad

lantaran kesibukan tugas seharian sebagai seorang pendidik sekali gus sebagai

seorang pelajar.

Ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pensyarah Mata

Pelajaran Hubungan Etnik (WAJ 3106) iaitu Encik Wan Azhar Bin Wan Yaakob yang

telah banyak membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini, Tanpa bimbingan dan

tunjuk ajar tuan, tentu kami gagal menyiapkan tugasan ini dengan baik dan jayanya.

Selain, kerjasama antara ahli kumpulan yang sentiasa memberi komitmen yang amat

memberangsangkan dan sentisa bertoleranrasi antara ahli menjadikan kami dapat

melaksanakan tugasan dengan baik tanpa sebarang masalah.

Apa yang kami harapkan agar segala ilmu yang kami peroleh ini dapat kami

manfaatkan dalam mendidik anak bangsa ke arah pencapaian yang lebih cemerlang,

serta pembinaan modal insan yang tinggi sahsiah dan moralnya untuk berbakti kepada

agama, bangsa dan negara,Ini juga dapat memupuk samangat patriotik terhadap

negara selain tidak mengabaikan tanggungjaawab terhadap bidang pelajaran mereka

khususnya dalam mata pelajaran Sejarah.

Semoga jasa baik tuan, Allah jua yang membalasnya. Insyallah

Para prajurit pergi berperang,

Menentang musuh di kawasan sempadan,

Jasamu tuan, akan kami kenang,

Sepanjang masa, sepanjang zaman.

Sekian, terima kasih.

DARI KAMI:SITI ARBAIAH BINTI HJ KABEB (660703016476)NAZIAH BINTI ZAILANI (701228015666)SURYA BINTI SUDIN (740816-0-5904)FAUZIAH BINTI ALIAS (820904-01-6106)

PENDAHULUAN

Page 6: Assignment Hubunhan Etnik Waj 3106 Semestar 3

Malaysia mengamalkan Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran bercirikan Demokrasi Berpalimen atau Sistem Raja Berperlembagaan. Raja Berperlembagaan bermaksud sistem pemerintahan yang mengekalkan Raja sebagai pemerintah tertinggi dengan dibantu oleh Perdana Menteri. Sementara corak pemerintahan yang diamalkan bercorak demokrasi .

Antara ciri-ciri demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia adalah seperti berikut:

Rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan Negara, manakala Raja-raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat.

Raja menjadi pemerintah tertinggi negara dan negeri. Kuasa Pemerintahan Negara dibahagikan kepada tiga cabang iaitu Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman.

Rakyat berpeluang membantuk negara dan rakyat bebas memilih perwakilan melalui Pilihan raya. Pilihan raya pula diadakan untuk memilih Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri. Parti-parti politik ditubuhkan untuk menyatukan dan memelihara kepentingan kaum masing-masing.

Mereka juga berhak menyokong, mengekalkan atau menukar kerajaan yang sedia ada melalui pilihanraya. Semuanya terkandung dalam Perlembagaan Negara demi menjamin kebebasan asasi rakyat serta keharmonian kaum.

Perlembagaan Malaysia mengandungi 183 perkara seperti Senarai Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, Senarai Bersama, Institusi Yang di-Pertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Badan Kehakiman.

Seterusnya, sesuatu Perlembagaan haruslah luhur. Keluhuran Perlembagaan bermaksud Keagungan dan ketinggian undang-undang atau Perlembagaan itu sendiri. Perlembagaan Negara dianggap luhur dan tinggi kerana Perlembagaan Malaysia mengatasi kuasa Yang di-Pertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Mahkamah. Semua jenis undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia adalah tidak sah. Undang-undang negeri mestilah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan terdapat. Perkara 75 menyatakan, undang-undang negeri yang bertentangan dengan Perlembagagn Persekutuan adalah terbatal dengan sendirinya.

Selain itu, Perlembagaan Perserkutuan memperuntukakan kuasa kepada mahkamah untuk membatalkan akta yang diluluskan di luar bidang kuasa Perlimen atau bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia.

Mahkamah juga berkuasa menentukan kesahihan setiap undang-undang bagi menjamin keluhuran dan kertertinggain Perlembagaan Malaysia. Parlimen memperolehi kuasa daripada perlambagaan dan Yang di- Pertuan Agong tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan Malaysia menjamin kebebasan asasi rakyat Malaysia.

Page 7: Assignment Hubunhan Etnik Waj 3106 Semestar 3

TAJUK: Perlembagaan Malaysia dan Kepentingan Perlembagaan dan bagaimana Perlembagaan memainkan peranan dalam memupuk intergerasi dan perpaduan nasional di Malaysia.

Perlembagaan Persekutuan bermula apabila Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu digubal oleh sebuah Suruhanjaya Perlembagaan yang ditubuhkan pada bulan Mac 1956. Suruhanjaya ini diketuai oleh Lord Reid dan dianggotai oleh empat orang hakim dari negara Komanwel, iaitu Sir Ivor Jennings (Britain), Sir William McKell (Australia), Hakim B. Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan).

Suruhanjaya ini mengemukakan rangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka pada bulan Februari 1957. Rangka Perlembagaan itu seterusnya dikaji oleh sebuah Jawatankuasa Kerja yang mengandungi 11 orang ahli, iaitu empat orang wakil raja Melayu, empat orang wakil Parti Perikatan, Pesuruhjaya Tinggi British, Setiausaha Persekutuan dan Peguam Negara. Setelah melalui pelbagai proses perbincangan dan penelitian, rangka perlembagaan itu kemudiannya dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Undangan Persekutuan dan diluluskan pada 15 Ogos 1957. Akhirnya, perlembagaan telah dikuatkuasakan pada 27 Ogos 1957.

Perlembagaan Persekutuan kini mengandungi 183 perkara yang terbahagi kepada 15 bahagian. Perlembagaan ini mengandungi pelbagai perkara seperti kuasa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, bentuk dan tugas Yang di-Pertuan Agung, Parlimen, Kabinet dan Badan Kehakiman serta beberapa peruntukan tentang kewarganegaraan, agama rasmi, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu, perkhidmatan awam, hak asasi rakyat dan pilihan raya. Perlembagaan ini dibahagikan kepada 15 Bahagian yang mengandungi 183 Perkara menyentuh pelbagai aspek pemerintahan iaitu :

Bahagian 1 : Negeri-Negeri, Agama dan Undang-Undang Bagi Persekutuan

Malaysia adalah sebuah persekutuan yang dianggotai 13 negeri dan 3 Wilayah Persekutuan. Islam diiktiraf sebagai agama persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan secara aman dan harmoni. Perlembagaan adalah undang-undang utama persekutuan. Mana-mana undang-undang yang tidak mengikut Perlembagaan adalah tidak sah.

Bahagian 2 : Kebebasan Asasi

Kebebasan Asasi ialah hak yang kita miliki iaitu hak untuk hidup, kebebasan daripada perhambaan dan menjadi buruh paksaan, keseramatan di sisi undang-undang, kebebasan bergerak, kebebasan bercakap, berhimpun dan bersekutu, kebebasan agama, hak untuk pendidikan dan hak untuk memiliki harta.

Bahagian 3 : Kewarganegaraan

Seseorang itu menjadi warganegara dengan cara dilahirkan disini, berkahwin dengan seorang lelaki warganegara Malaysia atau mempunyai seorang ibu atau bapa warganegara Malaysia dan tinggal secara sah di dalam negara ini untuk suatu masa yang ditetapkan. Bahagian ini juga menyatakan bagaimana seseorang itu boleh menamatkan dan dilucutkan kewarganegaraan.

Page 8: Assignment Hubunhan Etnik Waj 3106 Semestar 3

Bahagian 4 : Persekutuan

Bahagian ini memberi panduan sistem kerajaan di Malaysia. Ketua utama persekutuan adalah Yang Di-Pertuan Agong yang dipilih oleh Majlis Raja-Raja untuk lima tahun. Majlis Raja-Raja dianggotai oleh kesemua Raja-Raja negeri-negeri dan Yang Di-Pertua bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja. Bahagian ini juga mewujudkan Kabinet dan Pejabat Perdana Menteri serta Parlimen yang terdiri daripada Yang Di-Pertuan Agong dan dua Majlis Parlimen yang dikenali sebagai Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Bahagian 5 : Negeri-Negeri

Setiap negeri mempunyai perlembagaannnya sendiri dan badan perundangan dikenali sebagai Dewan Undangan Negeri. Dewan Undangan Negeri mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang tertentu. Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri mempunyai hak dan keistimewaan masing-masing. Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-Negeri bahagian ini menyatakan pembahagian kuasa di antara persekutuan dan negeri-negeri. Terdapat perkara yang membolehkan Parlimen menggubal undang-undang dan terdapat pula perkara yang membolehkan Dewan Undangan Negeri menggubal undang-undang. Terdapat juga perkara tertentu di mana kedua-dua boleh menggubal undang-undang.

Bahagian 6 : Peruntukan Kewangan

Bahagian ini menyatakan bahawa kerajaan tidak boleh mengenakan cukai atau membelanjakan wang kecuali melalui kuasa undang-undang.

Bahagian 7 : Pilihan Raya

Bahagian ini menyatakan hak-hak kita sebagai warganegara untuk mengundi pemimpin-pemimpin kita. Badan yang ditugaskan untuk menjalankan kesemua pilihan raya dan menyediakan daftar pemilih dikenali sebagai Suruhanjaya Pilihanraya yang dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong.

Bahagian 8 : Badan Kehakiman

Bahagian ini mewujudkan sistem kehakiman di Malaysia dan menyatakan perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh ditentukan oleh mahkamah-mahkamah di Malaysia. Bahagian ini juga menyatakan bagaimana hakim-hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan dilantik.

Bahagian 9 : Perkhidmatan Awam

Bahagian ini mengenalpasti perkhidmatan awam di Malaysia, termasuk Pasukan Polis, Angkatan Tentera dan Perkhidmatan Pelajaran. Ia juga merangkumi anggota perkhidmatan awam seperti yang berkhidmat untuk kementerian serta kerajaan-kerajaan persekutuan dan negeri-negeri. Pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan khidmat anggota perkhidmatan awam ditentukan oleh 'Suruhanjaya-Suruhajaya'.

Page 9: Assignment Hubunhan Etnik Waj 3106 Semestar 3

Bahagian 10 : Kuasa Khas Menentang Kuasa Subversif dan Darurat

Parlimen mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang yang boleh membelakangi hak-hak lain dalam Perlembagaan semasa darurat atau atas sebab-sebab keselamatan awam.

Bahagian 11 : Am dan Pelbagai

Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Yang Di-Pertuan Agong bertanggungjawab untuk memelihara kedudukan istimewa orang melayu dan peribumi Sabah dan Serawak serta memelihara kepentingan sah komuniti-komuniti lain.

Bahagian 12 : Perlindungan Tambahan bagi Negeri Sabah dan Serawak

Terdapat peruntukan khas untuk Sabah dan Serawak, contohnya perizaban tanah peribumi bagi masyarakat peribumi Sabah dan Serawak.

Bahagian 13 : Peruntukan Sementara dan Peralihan

Bahagian ini menerangkan bagaimana undang-undang yang digubal sebelum merdeka masih berkuat kuasa sehinggalah Parlimen menggubal undang-undang baru bagi menggantikan mereka.

Bahagian 14 : Perkecualian Bagi Kedaulatan Raja-Raja dan Sebagainya

Kedaulatan, kuasa, perogratif dan bidang kuasa Raja-Raja dipelihara dalam bahagian ini.

Bahagian 15 : Prosiding Terhadap Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja

Di bawah bahagian ini, prosiding oleh atau terhadap Yang Di-Pertuan Agong atau Raja-Raja harus dibawa di hadapan 'Mahkamah Khas’ Mahkamah berkuasa menentukan kesahihan setiap undang-undang yang digubal bagi menjamin keluhuran dan ketertinggian Perlembagaan Malaysia.

Perlembagaan secara umumnya merujuk kepada satu dokumen rasmi yang mengandungi himpunan peratura, undang-undang dasar tentang prinsip-prinsip asas yang dianggap penting untuk pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara.

Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan. Pembahagian kuasa antara semua badan dengan institusi yang terlibat dengan pemerintahan dan pentadbiran Negara, serta bagaimana kuasa tersebut dilaksanakan dinyatakn secara jelas di dalam Perlembagaan. Perlembagaan mengandungi prinsip-prinsip tentang perkaitan antara satu badan pemerintah dengan badan pemerintah yang lainseperti eksekutif, perundasngna dan kehakiman dengan memp[erincikan secar khusus bidang kuasa , serta peranan setiap badan itu dalam kerangka pemerintahan sesebuah Negara.

Dalam Perlembagaan Malaysia negeri-negeri yang bergabung dalam Persekutuan Malaysia diberi hak, kuasa dan tenggungjawab seperti yang diperuntukan dalam Perlembagaan Malaysia.

Page 10: Assignment Hubunhan Etnik Waj 3106 Semestar 3

Perlembagaan Malaysia diperkenalkan pada 16 September 1963.Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan yang mengandungi 183 perkara. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957.Perlembagaan rasmi dan di dalamnya terkandung segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara. Parti politik yang menrintah mendapat panduan hala tuju pentadbiran Negara, menjamin dan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat.

Perlembagaan mengandungi pelbagai peruntukan. Antaranya Senarai Kerajaan Persekutuan dan Kerajaaqn Negeri, Institusi Yang di-Pertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Badan Kehakiman.

Di Malaysia Perlembagaan secara umumnya dapat dibahagikan kepada duajenis iaitu Perlembagaan Bertulis dan Perlembagaan Tidak Bertulis.

1. Perlembagaan Bertulis ialah undang-undang perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu kanun atau naskah . Peelrmbagaan jenis ini sukar dipinda, kecuali wujud peruntukan tertentu dalam perlembagaan itu yang membolehkan pindaan tersbut dilakukan.

2. Perlembagaaan Tidak Bertulis- ialah perlembagaaan yang semua prinsip undang-undang perlembagaan tidak terkumpul dalam satu kanun atau naskah, tetapi terkandung dalam adat resam dan tradisi, keputusan mahkamah, akta Parlimen dan pandangan para ilmuan undang-undang yang terkemuka. Contohnya negara yang mengamalkan perlembagaan jenis ini ialah United Kingdom.

Perlembagaan mempunyai beberapa peranan tertentu dalam sesebuah negara, iaitu untuk menentukan cara pemerintahan sesebuah negara itu dilakukan, membataskan bidang kuasa pemerintah, menetapkan sistem kerajaan yang diamalkan serta menjelaskan hak-hak yang diperuntukan kepada rakyat. Perlembagaan digubal untuk menjadi panduan tentang corak pemerintahan, sistem politik dan pentadbiran negara. Serta memberikan jaminan perlindungan kepada rakyat. Perlembagaan menyatakan secara jelas tentang tanggungjawab dan kewajipan setiap warganegara terhadap pemerintah dan negara.

Perlembagaan yang digubal Suruhanjaya Reid diiktiraf Jawatankuasa Kerja sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mulai tarikh kemerdekaan negara iaitu pada 31 Ogos 1957.

Kepentingan Perlembagaan dan bagaimana Perlembagaan memainkan peranan dalam memupuk intergerasi dan perpaduan nasional di Malaysia.

Selain mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Kepentingan perlembagaan di sesebuah negara itu juga mempunyai haluan tertentu. Hal ini demikian

Page 11: Assignment Hubunhan Etnik Waj 3106 Semestar 3

kerana, perlembagaan mempunyai undang-undang dasar yang menentukan arah politik negara tersebut. Menerusi perlembagaan, arena politik negara dapat ditentukan dan parti-parti politik pula mengetahui hala tuju semasa memegang kuasa dan mentadbir negara

Antara kepentingan perlembagaan adalah seperti berikut:

i.Menjamin kestabilan sesebuah negara- Perlembagaan berperanan untuk menjamin kestabilan sesebuah negara dengan menentukan rangka dan bentuk pentadbiran sesebuah negara. Menjamin kestabilan politik dan sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan. Perlembagaan menentukan corak pemerintahan, pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan serta prinsip-prinsip umum cara kuasa tersebut dilaksanakan. Tanpa ada perlembagaan tentu pentadbiaran sesebuah negara gagal diurus dengan baik dan sempurna.

ii. Menjadi panduan setiap pemerintah – Perlembagaan membantu dan menjamin kecekapan, kejujuran, keadilan, ketelusan serta kelicinan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara. Perlembagaan juga menentukan cara pemerintahan sesebuah negara itu dilakukan, membataskan bidang kuasa pemerintah dan menetapkan sistem kerajaan yang diamalkan. Perlembagaan digubal untuk menjadi panduan tentang corak pemerintahan, sistem politik dan pentadbiran negara.Sekiranya tiada perlembagaan tentunya para pentradbir negara tidak ada panduan untuk mengurus atau mentadbir negara dengan baik.

iii.Tanda taat setia rakyat kepada pemerintah - Perlembagaan mengariskan panduan kepada rakyat agar sentiasa taat setia kepada pemerintah dan negara. Perlembagaan Malaysia menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bahagi kepada raja dan negara.

iv. Menyatakan akan kerakyatan seseorang- Perlembagaan Malaysia menyatakan seseorang yang mempunyai kerakyataan negara lain akan dilucutkan kewarganegaraannya dan boleh dilucutkan kerakyataannya jika terbukti tidak setia atau belot kepada raja dan negaranya. Perlembagaan Malaysia juga menjamin hak istemewa orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah tidak persoalkan oleh sesiapa pun. Perlembagaan juga menentukan tanggungjawab rakyat dan batasan atau larangan seperti hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak yang tidak boleh dipersoalkan. Hal ini adalah penting untuk mengelakkan persengketaan kaum.

v. Hak asasi dan kebebasan rakyat – Perlembagaan Malaysia menjamin hak asasi dan kekebasan rakyat di negara ini. Setiap warganegara mempunyai hak asasi dan kebebasan seperti berpersatuan, beragama dan memilik harta. Perlembagaan juga memberikan jaminan perlindungan kepada rakyat agar rakyat hidup dalam keadaan yang harmoni. Menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Perlembagaan menentukan hak asasi rakyat seperti kebebasan bercakap, kebebasan beragama dan pemilikan harta. Perlembagaan dapat mengelakkan penyalahgunaan kuasa pemerintahan.

Page 12: Assignment Hubunhan Etnik Waj 3106 Semestar 3

vi. Keistimewaan Yang di-Pertuan Agong – Dalam Perlambagaan Malaysia Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab menjaga dan memelihara hak keistimewaan serta kedudukan orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah. Perlembagaan menjamin kedudukan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah tidak boleh dipersoal atau dipertikaikan oleh kaum-kaum lain di negara ini. Yang di-Pertuan Agong adalah ketua Pentadbiran Negara.

Hak istimewa dalam pemberian jawataan dalam perkhidmastan awam, biasiswa, kemudahan pendidikan serta pemberian lesen perniagaan dan perdagagan juga terdapat dalam perlembagaan. Perlembagaan Malaysia juga tidak mengabaikan kepentingan kaum-kaum lain di negara ini. Ini dilakukan demi menjamin kesejahteraan dan kemakmuran rakyat yang berbilang kaum.

vii. Menjamin kerjasama antara Kerajaan Persekutuan danKerajaan Negeri – Perlembagaan Malaysia menjamin sikap saling berkerjasama, kesepakatan, keadilan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri untuk diselaraskan tanpa sebarang pertelingkahan atau perbalahan. Pembahagian ini menjelaskan Perlembagaan Negeri pula tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia. Kerajaan Persekutuan menggunakan senarai kuasanya dalam bidang pendidikan dan kesihatan untuk membantu memesatkan pembangunan di negeri Sarawak dan Sabah.

viii.Memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan negara. Perlembagaan melindungi kepentingan semua kaum. Perlembagaan juga menjamin keadilan sosial antara kaum. Hal ini dapat memupuk perpaduan nasional dan mempertingkatkan pembangunan negara

Perlembagaan sangat penting kepada sesebuah negara kerana tanpa Perlembagaan kestabilan politik dan sistem pemerintahan sesebuah negara tidak akan terjamin. Terdapat beberapa kepentingan Perlembagaan kepada sesebuah negara. Contohnya Perlembagaan Malaysia mempunyai kepentingan terhadap negara ini.

Perlembagaan Malaysia mempunyai beberapa peranan tertentu dalam sesebuah negara, iaitu untuk menentukan cara pemerintahan sesebuah negara dilakukan dan membataskan bidang kuasa pemerintahan, boleh menetapkan bentuk sistem kerajaan yang diamalkan, serta menjelaskan hak-hak yang diperuntukkan kepada rakyat.Peranan Perlembagaan adalah seperti berikut:

1. Setiap perkara dalam Perlembagaan boleh diperhalusi sebagai sumber undang-undang.

2. Perlu dirujuk apabila hendak mengubal sesuatu peraturan undang-undang. 3. Mengatur pemerintahan sesebuah negara. Perlembagaan digubal untuk menjadi

panduan tentang corak pemerintahan, sistem politik dan pentadbiran negara, serta memberikan jaminan perlindungan kepada rakyat agar mereka berada dalam keadaan aman dan selamat kerana negara mengamalkan Perlembagaan yang berunsur demokratik, adil dan saksama. Perlembagaan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab dan kewajipan setiap warganegara

Page 13: Assignment Hubunhan Etnik Waj 3106 Semestar 3

terhadap pemerintah dan juga tanggungjawab negara dalam menjaga hak-hak dan keistimewaan rakyatnya.

Tujuan Perlembagaan adalah seperti berikut:

1. Mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil2. Mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah3. Mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat4. Sebagai alat untuk myelesaikan masalah5. Menjamin riwayat negara bangsaMenjamin keamanan dan kestabilan negara

Sejarah Pengubalan perlembagaan sehingga Penubuhan Malaysia pada tahun 1963.

Asas Perlembagaan Persekutuan Malaysia ialah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Berikutan Kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihanraya Persekutuan pertama pada tahun 1955, Tunku Abdul Rahman Putra telah dipilih sebagai Ketua Menteri Pertama. Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merupakan langkah pertama ke arah membentuk kerajaan sendiri. selepas Britain bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada tahun 1956. Untuk tugas penggubalan Perlembagaan, kerajaan British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada wakil Kerajaan British, penadihat Majlis Raja-Raja dan Pemimpin-Pemimpin parti.

Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan ke London untuk membincangkan soal penggubalan Perlembagaan Persekutuan dan merundingkan tarikh kemerdekaan untuk negara Pada Januari 1956. Satu Suruhanjaya Perlembagaan diketuai Lord Reid telah ditubuhkan untuk merangka dan meneliti Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu Pada Mac 1956. Suruhanjaya tersebut telah mendapatkan pandangan parti-parti politik, persatuan bukan politik dan individu tentang bentuk negara dan bangsa bagi negara ini. Dalam proses rundingcara itu, satu memorandum daripada parti Perikatan telah mendapat keutamaan. Memorandum yang disebut sebagai Pakatan Murni iaitu persetujuan secara bertolak ansur demi kepentingan bersama serta persetujuan menghormati hak-hak orang lain, menyentuh lima perkara utama iaitu kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama islam, kedudukan bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan sama rata.

REFLEKSI KENDIRI

Saya panjatkan kesyukuran kehadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Tugasan kali ini kami diminta untuk menyiapkan tentang:

Page 14: Assignment Hubunhan Etnik Waj 3106 Semestar 3

1.Kepentingan Perlembagaan dan bagaimana perlembagaan memainkan peranan dalam memupuk integrasi dan perpaduan nasional di Malaysia2. Sediakan satu carta garis masa untuk menunjukkan sejarah pengubalan perlembagaan sehingga Penubuhan Malaysia.. Pada mulanya, apabila menerima tugasan WAJ 3106 Hubungan Etnik ini, saya

agak kabur dengan kehendak soalan. Namun, setelah mendapatkan penerangan secara terepeinci daripada pensyarah Encik Wan Azhar Bin Wan Yaakob Kumpulan saya yang sangat berdedikasi dan kolaborasi sihat daripada ahli kumpulan, ia menjadi satu momentum untuk menyempurnakan tugasan ini.Sememang tugasan ini saya anggap sebagai rutin harian yang wajib diselesaikan dengan kadar yang telah ditetapkan. Walauapa pun masalah yang harus saya dan rakan-rakan tempuhi dalam menyiapkan tugasan ini, namun semua itu tidak menjadi masalah dan membebankan buat saya dan rakan-rakan.

Saya juga amat bersyukur kerana mempunyai kumpulan kerja (team work) yang amat prihatin serta komited dalam melaksanankan dan menyiapkan tugasan ini. Sesungguhnya, tanpa kerjasama dari rakan-rakan saya iaitu Puan Fauziah, Puan Suria dan Puan Naziah tentu saya tidak dapat menyiapkan tugasan ini dengan baik.

Setelah menyiapkan tugasan ini, saya telah memperolehi pelbagai ilmu yang bermanfaat. Antaranya adalah tentang kepentingan memelihara hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu di negara ini, di samping tidak mengenepikan hak-hak bangsa-bagsa lain yang terdapat di negara ini demi mewujudkan sebuah negara yang aman damai.Ini sejajar dengan matlamat yang terkandung dalam slogan yang sering dilaung-laungkan oleh para pemimpin kita iaitu “1 Malaysia”. Dalam hal ini, semua kaum di negara ini berhak untuk menikmati dan memperolehi peluang yang sama rata seperti kaum-kaum lain yang terdapat di negara ini. Hubungan yang baik antara pelbagai etnik di negara ini dapat membantu membangun negara kerana kestabilan politik negara. Keamanan memainkan peranan penting dalam meningkatakan kemajuan ekonomi negara serta mengukuhkan sistem pentadbiran negara. Ini sejajar Banyak ilmu pengetahuan yang saya timba sewaktu menyiapkan tugasan ini, sewajarnya, ilmu yang saya peroleh, dapat garap ini akan dan diaplikasikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolahdalam memupuk perpaduan antar kaum di negara ini. Mudah-mudahan, ilmu yang saya peroleh ini dapat saya kongsikan bersama anak didik dan rakan-rakan dalam mengembling tenaga mencurah bakti sebagai seorang pendidik anak bangsa.

Saya sedar, sesungguhnya tugasan sebegini memang wajar untuk saya demi menigkatkan mutu ilmu pemgetahuan yang sedia ada. Tanpa tugasan sebegini mungkin saya tidak berpeluang menimba ilmu dalam usaha meningkatakan kualiti dan taraf pendidikan saya.

Selain itu, saya juga ingin menyampaikan sejuta penghargaan dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah Pembimbing iaitu Encik Wan Azhar Bin Wan Yaakob, yang telah banyak memberi dorongan dan bimbingan semasa saya dan rakan-rakan menyiapkan tugasan ini. Sesungguhnya budimu tuan tidak terbalas oleh kami.

Page 15: Assignment Hubunhan Etnik Waj 3106 Semestar 3

Sekian, terima kasih.

Ikhlas Dari Saya,

SITI ARBAIAH BINTI HJ KABEB (660703016476)

REFLEKSI : NAZIAH BINTI ZAILANI ( 701228-01-5666 )

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya,tugasan ini dapat diselesaikan. Banyak yang saya pelajari untuk menyiapkan tugasan ini. Saya berpeluang untuk lebih mengenali Malaysia melalui proses pencarian maklumat dan perbincangan dalam kalangan kumpulan. Justeru, pengetahuan saya terhadap Negara tercinta lebih mendalam berbanding dahulu. Saya berharap saya dapat memanfaatkan ilmu pengetahuan ini.

Untuk menghasilkan tugasan ini, terdapat pelbagai masalah yang saya hadapi. Maklumat yang diperoleh begitu mendalam hingga sukar difahami dan ditafsirkan tambahan pula dengan kelemahan saya yang kurang meminati subjek Sejarah. Namun, perbincangan antara rakan dalam kumpulan dan kelas serta kolaborasi bersama pensyarah, dapat juga tugasan ini diselesaikan.

Dengan tugasan ini, kita dapat membina kekuatan jati diri serta menanamkan rasa cinta kepada bangsa dan Negara Malaysia. Tugasan ini memberi kesedaran betapa pentingnya peranan perlembagaan dalam memupuk perpaduan. Sebagai seorang rakyat adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk menjaga dan mengekalkan keharmonian dan kedaulatan negara dengan semangat pluralism masing-masing.

Carta garis masa memberi kesedaran kepada saya akan kesungguhan dan kesukaran yang dialami dalam pembentukan negara yang merdeka. Walaupun terdapat factor yang menyulitkan proses pencapaian perpaduan, namun dengan kebijaksanaan dan pemuafakatan akhirnya penubuhan Malaysia tercapai dengan jayanya. Semua ini memberi suntikan semangat patriotism yang tinggi kepada saya sebagai rakyat merdeka. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kerana dilahirkan di bumi Malaysia yang aman makmur dan merdeka.

Sebagai kesimpulan, dapatlah dikatakan integrasi dan perpaduan ini haruslah dipelihara bersama. Sebagai rakyat Malaysia, kita bertanggungjawab menjaga kedaulatan negara seterusnya memastikan perpaduan terus terpelihara

LAMPIRAN A

Borang Rekod Kolaborasi Kerja Kursus

Page 16: Assignment Hubunhan Etnik Waj 3106 Semestar 3

NAMA PELAJAR : SITI ARBAIAH BINTI KABEB (660703016476) : NAZIAH BINTI ZAILANI (701228015666)

: SURYA BINTI SUDIN: FAUZIAH BINTI ALIAS

AMBILAN : FEBRUARI 2012 (SEMESTAR 3)KUMPULAN : PPG BAHASA MELAYU 1 MATA PELAJARAN : WAJ3106 ( HUBUNGAN ETNIK)PENSYARAH PEMBIMBING : ENCIK WAN AZHAR BIN WAN YAAKOB

TARIKH PERKARA YANG DIBINCANGKAN

CATATAN TANDATANGAN

23/02/13 Menerima soaln tugasan dan taklimat dariupada Pensyarah mata pelajaran En. Wan Azhar

- Tugasan perlu dihantar pada 2 April 2013 EN. WAN AZHAR

BIN WAN YAAKOB

28/02/13 Berbincang serta memahami kehendak soalan bersama ahli kumpulan

- Membuat perbincangan kumpulan -Membuat catatan tentang tugasan -Membuat rujukan di perpustakaan Pontian -Mengumpul maklumat dari buku-buku dan internet

SITI ARBAIAH

NAZIAH

SURYA

FAUZIAH

05/03/13 Mencari maklumat dari pelbagai sumber

-Maklumat dikumpul -Mencatat nota ringkas SITI ARBAIAH

NAZIAH

SURYA

FAUZIAH

TARIKH PERKARA YANG DIBINCANGKAN

CATATAN TANDATANGAN

09/03/13 Perjumaan dengan Pensyarah Pembimbing

-Perjumaan dengan pensyarah pembimbing

EN. WAN AZHAR BIN WAN YAAKOB

Page 17: Assignment Hubunhan Etnik Waj 3106 Semestar 3

Menyediakan draf kerja kursusMerujuk dan mencari maklumat tambahan

-Mendapatkan maklumat dari pensyarah pembimbing-Mendapat maklum balas tentang draf tugasan yang telah dibuat- Maklumat tambah diperolehi daripada rakan-rakan dan buku rujukan dan internet.

SITI ARBAIAH

NAZIAH

SURYA

FAUZIAH

18/03/13 Memurnikan draf yang telah dibuat.

-Memurnikan draf setelah mendapat maklum balas daripada pensyarah

SITI ARBAIAH

NAZIAH

SURYA

FAUZIAH

29/03/13 Menaip tugasan -Menaip tugasan -Menyiapkan tugasan - Tugasan selesai ditaip dan diprint untuk dihantar

SITI ARBAIAH

NAZIAH

SURYA

FAUZIAH

01/04/13 Menghantar tugasan -Menghantar tugasan kepada Pensyarah

EN. WAN AZHAR BIN WAN YAAKOB

SITI ARBAIAH

NAZIAH

SURYA

FAUZIAH

BIBLIOGRAFI

1. Zaid Ahmad, Ruslan Zainuddin, Ho Hui Ling, Ku Halim Ku Arifin, Lee Yok Fee, Najeemah Mohd Yusof, Sarjit Singh Gill, Ahmad Tarmizi Talib, Nazri Muslim, Hubungan Etnik di Malaysia Edisi Kedua, Oxford Fajar Sdn Bhd.

Page 18: Assignment Hubunhan Etnik Waj 3106 Semestar 3

2. Shamsul Amri Baharuddin, Modul Hubungan Etnik, Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, (2011)

3. Ruslan Zainuddin , MOhd Mahadee Ismail, Zaini Othman, Kenegaraan Malaysia, Edisi Kedua, Oxford Fajar Sdn. Bhd. (2010)

4. Junaidah Salehudin, Rosnah Rifin, Nor Aslina Mamat, Sejarah SPM, PNI Neuron (M) Sdn Bhd. (2007)

5. Nor Swaalleh Ngatimin, Sejarah Tingkatan 4 KBSM, Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd, (2002)

6. Panel Perunding Sejarah JPNJ, Modul Nota Berpandu Sejarah Tingkatan 5,( 2010).

7. Mohd Shariefudin Abdullah, Mohamad Kamal Kamaruddin dan Ahmad Sohaimi Lazim, Kenegaraan dan Ketamadunan. Diterbitkan oleh Oxford Fajar Sdn. Bhd. (2009)

8. Faridah Jaafar, Perdana Menteri dan Dasar Luar Malaysia 1957-2995,

Diterbitkan oleh Universiti Malaya. (2007).

9. Wu Min Aun, Pengenalan kepada Sistem Perundangan Malaysia,Diterbitkan oleh Heinemann Educational Book (Asia) Ltd. Singapura. Hong Kong. (1981).

10.http://pewariskeamanan.blogspot.com/2010/08/2-kepentingan- perlembagaan.html

11.http://www.docstoc.com/docs/120293300/PERLEMBAGAAN-MALAYSIA- DALAM-KONTEKS-HUBUNGAN-ETNIK-DI-MALAYSIA