wacana berformat aplikasi dalam pengajaran penulisan bahasa melayu

17
Senarai Kandungan. Bil. Tajuk Muka Surat 1.0 Pengenalan 2 2.0 Wacana Berformat 3 2.1 Jenis-Jenis Wacana Berformat 3 2.1.1 Surat Kiriman Tidak Rasmi 4 2.1.2 Surat Kiriman Rasmi 4 2.1.3 Dialog 5 2.1.4 Syarahan, Ucapan, Perbahasan 6 2.1.5 Laporan 6 2.1.6 Berita 7 2.1.7 Catatan Harian 7 3.0 Aplikasi Wacana Berformat Dalam Pengajaran Penulisan Bahasa Melayu 8 4.0 Kesimpulan 10 Rujukan 11 1

Upload: jamil-jasin

Post on 29-Sep-2015

37 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

penggunaan wacana berformat dalam pengajaran bahasa melayu di sekolah

TRANSCRIPT

Senarai Kandungan.Bil.Tajuk

Muka Surat

1.0Pengenalan

2

2.0Wacana Berformat

3

2.1 Jenis-Jenis Wacana Berformat

3

2.1.1 Surat Kiriman Tidak Rasmi

4

2.1.2 Surat Kiriman Rasmi

4

2.1.3 Dialog

5

2.1.4 Syarahan, Ucapan, Perbahasan

6

2.1.5 Laporan

6

2.1.6 Berita

7

2.1.7 Catatan Harian

7

3.0Aplikasi Wacana Berformat Dalam Pengajaran Penulisan Bahasa Melayu

8

4.0Kesimpulan

10

Rujukan

11

1.0 Pengenalan Wacana seperti yang ditakrifkan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat dapat dibahagikan kepada tiga pengertian di mana yang pertama adalah wacana merupakan keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, dan percakapan. Pengertian yang kedua pula adalah wacana dilihat sebagai suatu perbincangan atau pertukaran idea secara lisan manakala pengertian yang ketiga adalah wacana diertikan sebagai kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan seperti pidato dan khutbah atau dalam bentuk tulisan seperti surat, artikel, novel, dan juga cerpen. Wacana boleh terdiri daripada sejumlah ayat, sebuah karangan, suatu bab atau bahagian daripada teks, suatu petikan daripada sebuah penulisan yang panjang, dialog, cerita, buku atau sebagainya yang memperlihatkan ciri-ciri yang telah dinyatakan. Wacana juga boleh berbentuk lisan atau pun tulisan dan juga boleh terdiri daripada satu ayat yang terdiri daripada beberapa bahagian yang mengandungi satu idea yang lengkap (Raminah Hj. Sabran, 1989). Menurut Ab. Rahman Ab. Rashid dan Hajah Wan Som Mamat (1995) yang memetik tafsiran (Asmah Haji Omar, 1986) wacana ialah keseluruhan penglahiran bahasa oleh penutur atau penulis, iaitu penglahiran sistem bahasa dan unsur-unsur luar daripada sistem bahasa yang menyumbang ke arah menjadikan pertuturan atau tulisan berkenaan sebagai sesuatu yang bermakna dalam berkomunikasi. Selain itu, Ab. Rahman dan Hajah Wan Som Mamat (1995) juga memetik tafsiran (Harimurti Kridalaksana, 1982) wacana ini direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh, paragraf, kalimat atau kata yang membawa amanat yang lengkap.Wacana sama ada berbentuk lisan mahupun tulisan digolongkan dalam dua kelompok iaitu wacana berformat dan wacana tidak berformat. Menurut Dr. Adenan Ayob dan Mohd Rain Shaari (2013) yang memetik tafsiran (Kamarudin Husin, 1988) konsep wacana berformat ialah penulisan berkesinambungan yang mengandungi format-format tertentu untuk menggariskan penampilan wacana tatabahasa secara kohesif dan koheren. Terdapat sembilan jenis wacana berformat seperti mana yang dinyatakan oleh (Dr. Adenan Ayob, 2013) iaitu yang pertama adalah surat kiriman tidak rasmi, surat kiriman rasmi, dialog, syarahan, ucapan, laporan, berita, catatan harian, dan perbahasan. Selain itu, wacana berformat menurut (Dr. Adenan Ayob, 2013) mempunyai lapan komponen yang bersepadu. Komponen-komponen tersebut adalah penggunaan kata, rangkai kata dan ayat yang tepat untuk menyampaikan maklumat secara tersusun dan kohesif. Keduanya adalah penentuan format penyampaian dan jenis penulisan yang sesuai untuk memberikan maklumat. Seterusnya, pengenalpastian gaya bahasa dan penggunaannya dalam penulisan manakala komponen yang keempat adalah penganalisisan gaya bahasa dan penggunaannya secara koheren dalam penulisan. Selain itu, komponen lain wacana berformat adalah penyampaian isi yang bernas dalam membina kerangka penulisan manakala komponen yang keenam diterangkan sebagai pembinaan ayat utama dan huraian untuk membina perenggan yang kohesif. Selain daripada itu, komponen yang ketujuh menjelaskan bahawa wacana berformat mempunyai penyusunan isi dan penggunaan penanda wacana untuk menghasilkan perenggan yang kohesif dan koheren. Akhir sekali komponen kelapan wacana berformat menerangkan bahawa tatabahasa adalah dasar dalam kecekapan berbahasa. Ia perlu diajar dengan terancang agar ketetapan berbahasa dengan berasaskan penggunaan wacana yang jelas dapat dikuasai.2.0 Wacana BerformatMenurut (Adenan Ayob, 2009) wacana berformat dalam konteks karangan, wacana wujud apabila berlaku interaksi antara penulis dengan pembaca. Selain itu, menurut (Raminah Hj. Sabran, 1989) wacana berformat dalam apa juga bahasa terdapat beberapa ciri universal bagi sesebuah wacana dan kalau ciri-ciri itu diterapkan di dalam sesebuah penulisan maka akan terhasil sebuah penulisan atau wacana yang kukuh binaannya dan mudah difahami.. Menurut Dr. Adenan Ayob dan Mohd Rain Shaari (2013) yang memetik tafsiran (Sulaiman Masri, 1988) penulisan wacana berformat mesti ditulis mengikut cara tertentu. Penulisan berformat yang tidak ditulis mengikut format yang ditetapkan, maka boleh menjejaskan konsep wacana. Selain itu Dr. Ayob dan Mohd Rain Shaari (2013) juga memetik tafsiran (Zainol Ismail, 2003) ciri wacana berformat melibatkan perincian yang berasaskan beberapa penulisan yang berformat. 2.1 Jenis-Jenis Wacana Berformat.Wacana berformat seperti yang telah dinyatakan dalam perenggan yang terdahulu terdiri daripada sembilan jenis. Dalam menulis sesuatu wacana berformat terdapat format atau tatacara dan peraturan yang telah ditetapkan bagi menghasilkan wacana berformat yang berkualiti dan mudah untuk diterima umum. Format-format ini harus diambil kira dalam penulisan wacana berformat kerana apa yang ingin disampaikan mungkin tidak dapat difahami oleh khalayak yang membaca, merujuk, atau mengkaji sesuatu wacana berformat yang telah dihasilkan. Sesuatu penulisan yang dihasilkan adalah untuk dikongsi dengan umum bukannya untuk disimpan seperti mana catatan diari. 2.1.1 Surat Kiriman Tidak Rasmi.Surat kiriman tidak rasmi seperti yang dinyatakan oleh (Dr. Adenan Ayob dan Mohd Rain Shaari, 2013) terdiri daripada lima format yang utama. Pertamanya alamat pengirim hendaklah ditulis di sebelah atas bahagian kanan surat. Alamat lazimnya ditulis antara empat hingga lima baris. Selain itu, tarikah surat hendaklah ditulis di bawah alamat pengirim. Seterusnya, tidak perlu menulis alamat penerima, sebaliknya dimulai dengan pendahuluan surat. Contohnya, Ke hadapan saudara Amri yang kini berada di Terengganu semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera. Format yang keempat adalah ada kata ganti nama diri yang lazim digunakan dalam surat iaitu saudara atau saudari. Akhir sekali adalah surat diakhiri dengan tandatangan dan nama pengirim.Surat kiriman tidak rasmi lazimnya digunakan untuk menunjukkan rasa kita terhadap rakan serta saudara mara yang mencapai sesuatu kejayaan atau ditimpa sesuatu musibah. Lazimnya soalan-soalan di sekolah yang berkehendakkan pelajar menulis surat kiriman tidak rasmi adalah untuk menyampaikan perasaan gembira kita atas sesuatu kejayaan yang dicapai. Dalam kehidupan sehari-hari sebagai manusia biasa, surat kiriman tidak rasmi dilihat tidak begitu lagi digunakan kerana wujudnya media elektronik dan media sosial yang memudahkan manusia itu sendiri. Email dilihat telah lama menggantikan surat kiriman tidak rasmi dalam hubungan antara manusia. Selain itu, pelbagai aplikasi atas talian yang disediakan oleh pelantar atas talian terkemuka dunia seperti WhatsApp dan sistem pesanan ringkas yang lainnya juga telah mengikis peranan surat kiriman tidak rasmi dalam kehidupan manusia. Persoalan yang ingin diutarakan adalah bilakah kali terakhir kita menulis surat kiriman tidak rasmi dalam perhubungan kita dengan manusia lain? 2.1.2 Surat Kiriman Rasmi.Surat kiriman rasmi adalah yang paling kompleks formatnya antara semua sembilan jenis wacana berformat yang ada. Surat kiriman rasmi seperti yang dinyatakan oleh (Dr. Adenan Ayob dan Mohd Rain Shaari, 2013) merangkumi sembilan format utama yang harus diikuti dalam menulis sesuatu surat kiriman rasmi. Pertama-tamanya alamat pengirim hendaklah ditulis di sebelah kiri bahagian atas surat diikuti dengan garisan memanjang dari kiri ke kanan surat, di bawah alamat pengirim. Selepas itu, alamat penerima pula ditulis di sebelah kanan surat, di bawah alamat pengirim. Tarikh ditulis di sebelah kanan, sebaris dengan barisan akhir alamat penerima. Nama bulan hendaklah ditulis dengan huruf besar. Dalam surat kiriman rasmi mesti mempunyai kata ganti nama diri sama ada Tuan ataupun Puan. Surat rasmi mestilah mempunyai tajuk yang sesuai. Surat dimulakan dengan perenggan pertama tanpa menulis nombor. Perenggan yang berikutnya hendaklah di tanda dengan nombor yang lurus dengan permulaan perenggan pertama. Seterusnya perenggan penutup tidak perlu diberikan nombor. Akhir sekali adalah tandatangan ditulis di bahagian kiri bawah surat. Nama pengirim ditulis dalam kurungan di bawah tandatangan dengan huruf besar. Dinyatakan juga jawatan atau tanggungjawab penulis misalnya, Setiausaha, Persatuan Bulan Sabit Merah.Surat kiriman rasmi masih lagi digunakan secara meluas dalam kehidupan seharian pada hari ini. Apa yang sedikit berbeza adalah kepala surat rasmi sudah ditetapkan mengikut sesuatu jabatan lazimnya berada di bahagian tengah surat rasmi dan diikuti dengan garisan melintang. Surat rasmi dalam kehidupan sehari-hari manusia digunakan umumnya sebagai aduan, laporan, dan permohonan terhadap sesuatu perkara. Para pelajar perlu diajar dengan cara yang betul untuk menulis surat rasmi kerana ini memudahkan mereka untuk berurusan dengan sesiapa sahaja dalam kehidupan seharian bukan sekadar diajar untuk wajib lulus Bahasa Melayu dalam Sijil Pelajaran Malaysia sahaja. Surat rasmi adalah penting contohnya pada masa hadapan kelak bilamana memohon bantuan atau sumbangan untuk memasuki universiti. Surat rasmi perlu diajar dengan betul bukan sekadar melepaskan batok di tangga.2.1.3 Dialog.Dialog dilihat agak ringkas dan senang berbanding yang lainnya. Dialog seperti yang dinyatakan oleh (Dr. Adenan Ayob dan Mohd Rain Shaari, 2013) hanya mempunyai dua benda iaitu nama watak sekurang-kurangnya dua orang dan juga titik bertindih ditulis selepas nama watak. Contohnya, Ahmad:. Dialog dalam bidang penulisan yang di luar konteks pengajaran dan pembelajaran di sekolah biasanya ditulis oleh para pengkarya yang menulis sesuatu drama ataupun para penulis skip yang menulis skrip atau mengadaptasi naskah-naskah sastera ke dalam bentuk skrip untuk dijadikan filem mahupun drama. Jika dalam kehidupan seharian dialog hanyalah ucapan perbualan semata-mata bukannya dalam bentuk penulisan.

2.1.4 Syarahan, Ucapan, Perbahasan.Syarahan, ucapan, dan perbahasan dirangkumkan sekali kerana mempunyai format yang sama antara satu sama lain. Syarahan, ucapan, dan perbahasan seperti yang dinyatakan oleh (Dr. Adenan Ayob dan Mohd Rain Shaari, 2013) merangkumi tiga format yang utama iaitu hendaklah memulakan penulisan dengan kata-kata atau ucapan alu-aluan. Seterusnya, ada kata ganti nama diri seperti Sidang hadirin yang dihormati sekalian. Akhirnya adalah penegasan tajuk syarahan, ucapan, dan perbahasan. Wacana berformat jenis ini biasanya dilakukan oleh orang-orang yang berjawatan-jawatan tertentu seperti Pengetua, Menteri, Perdana Menteri dan sebagainya. Golongan-golongan ini biasanya mempunyai pembantu untuk menyediakan teks ucapan perasmian sesuatu majlis yang dihadiri ataupun dianjurkan. Syarahan atau perbahasan biasanya dipertandingkan secara lisan seperti mana bahas ala parlimen yang sering kali dianjurkan untuk para penuntut institusi pendidikan bermula dari peringkat sekolah menengah hinggalah ke universiti. Pertandingan-pertandingan seperti ini perlu untuk mencungkil dan menonjolkan jati diri yang terdapat dalam kalangan pelajar di Malaysia.2.1.5 Laporan.Laporan seperti mana surat kiriman rasmi juga masih lagi digunakan secara meluas dalam kehidupan seharian seorang manusia. Laporan pada hari ini adalah penting sebagai bukti apa yang telah berlaku, dilaksanakan, terjadi, dan sebagainya. Laporan adalah penting dan merupakan sebahagian daripada sistem pendokumentasian yang diguna secara meluas di Malaysia.Laporan seperti yang dinyatakan oleh (Dr. Adenan Ayob dan Mohd Rain Shaari, 2013) mempunyai empat format yang perlu diikuti. Pertamanya tajuk di mana huruf pertama setiap perkataan mesti ditulis dalam huruf besar dan digariskan di bawahnya. Seterusnya penulisan mestilah mengikut urutan peristiwa atau perkara yang dilaporkan. Selain itu, tandatangan dan nama pelapor ditulis di sebelah kiri bahagian bawah laporan. Akhir sekali tarikh laporan ditulis di sebelah kanan bahagian bawah laporan, iaitu sebaris dengan Laporan disediakan oleh.

2.1.6 Berita.Berita seperti mana laporan juga hanya mempunyai empat format yang utama. Menurut seperti apa yang dinyatakan oleh (Dr. Adenan Ayob dan Mohd Rain Shaari, 2013) berita dimulakan dengan tanda sempang yang ditulis selepas nama hari dan tarikh. Seterusnya, tanda koma ditulis selepas nama tempat atau bandar. Akhir sekali tanda sempang ditulis selepas nama hari atau tarikh.Berita lazimnya dapat kita lihat dalam lembaran-lembaran akhbar. Penting untuk para wartawan yang menulis sesuatu berita untuk menyatakan dengan tepat tarikh dan tempat sesuatu kejadian itu berlaku agar tidak mengelirukan para pembaca. Ini juga penting untuk mengelakkan timbulnya fitnah terhadap sesuatu berita yang ditulis sehingga boleh mengakibatkan pihak yang berkaitan dengan sesuatu berita itu mengemukakan saman malu atau saman fitnah. Maka beringatlah sebelum menulis dan menerbitkan sesuatu.2.1.7 Catatan Harian.Catatan harian mungkin dilihat remeh oleh sesetengah pihak. Mungkin ia dipandang hanya sebagai diari yang tidak mempunyai apa-apa makna. Ya itu mungkin sesuai jika seseorang itu tidak mempunyai apa-apa kepentingan kepada masyarakat. Maksudnya adalah seseorang itu hanya marhaen biasa yang tidak melakukan sesuatu di luar batas kebiasaan marhaen yang lainnya. Namun jika catatan harian itu melibatkan orang-orang tertentu seperti para sarjana dan juga pemimpin masyarakat sesuatu zaman ia mungkin benda yang amat berharga yang menjadi sumber pertama dalam melakukan sesuatu kajian. Namun tidak salah seorang manusia biasa untuk mempunyai catatan harian agar memudahkan kehidupan seharian dan legasi kepada generasi yang seterusnya.Berita seperti yang dinyatakan oleh (Dr. Adenan Ayob dan Mohd Rain Shaari, 2013) hanya terdiri daripada tarikh, nama hari dan masa mengikut kesesuaian contohnya, Sabtu 9.00 pagi.. Daripada perbincangan yang telah dinyatakan di atas wacana berformat adalah penulisan yang dihasilkan oleh seseorang untuk disampaikan kepada orang yang lainnya sama ada secara individu ataupun khalayak yang ramai. Wacana berformat juga bolehlah diertikan sebagai penulisan yang mempunyai garis panduan yang sudah mantap dan jitu di mana tidak boleh diubah dengan sesuka hati yang jika diubah akan menghilangkan kemurnian sesuatu penulisan wacana berformat itu sendiri.3.0 Aplikasi Wacana Berformat Dalam Pengajaran Penulisan Bahasa Melayu.Wacana berformat yang dipilih untuk diaplikasikan dalam pengajaran penulisan Bahasa Melayu adalah Surat Kiriman Rasmi. Surat kiriman rasmi dipilih kerana kepentingannya dalam kehidupan sehari-harian sebagai marhaen biasa di mana birokrasi amat mementingkan surat yang ditulis dengan betul dalam apa jua perkara. Surat rasmi menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011) merupakan teks yang berformat kerana surat rasmi mempunyai peraturan dan gaya persembahan yang perlu dipatuhi. Selain itu, surat rasmi menyatakan atau menggambarkan sesuatu perkara untuk diketahui oleh orang yang menerima atau membaca surat tersebut.Dalam merencanakan aplikasi surat kiriman rasmi dalam pengajaran penulisan Bahasa Melayu di sekolah terdapat lima langkah yang telah dikenal pasti untuk diketengahkan dalam hal ini. Yang pertama adalah mengisi tempat kosong. Kedua pula menyusun perenggan. Seterusnya pula menulis semula apabila diberikan tajuk manakala yang keempat adalah membuat aduan berdasarkan pengalaman pelajar sendiri dan yang kelima dengan menyusun semula surat rasmi yang telah diceraikan mengikut bahagian-bahagian yang tertentu. Langkah-langkah yang dikenal pasti ini boleh diguna pakai oleh semua lapisan pelajar bermula dari kelas peralihan sehinggalah yang berada di kelas paling hadapan.Pertamanya adalah dengan mengisi tempat kosong. Guru menyediakan surat kiriman rasmi yang separa siap dengan meninggalkan ruang kosong di bahagian-bahagian yang tertentu. Ruang kosong yang ditinggalkan bolehlah terdiri daripada bahagian yang penting di mana tempat biasanya format-format surat rasmi lazimnya ditulis. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung guru boleh menyediakan bahan edaran untuk diedarkan secara individu kepada setiap pelajar atau dengan menulis di atas beberapa kertas mahjung untuk diletakkan di hadapan kelas supaya dapat dilihat oleh setiap pelajar. Hal ini bergantung pada kesesuaian setiap kelas.Kaedah ini boleh digunakan dalam set induksi sebelum berlakunya sesi pengajaran dan pembelajaran kerana dapat menyediakan murid untuk sesi pembelajaran yang akan berlaku. Murid pasti akan tertanya-tanya dan cuba mengingati semula apa yang mereka pernah tahu dan belajar sebelum ini. Oleh itu, kaedah ini dilihat sesuai untuk digunakan dalam aplikasi pengajaran penulisan wacana berformat di sekolahSeterusnya adalah dengan menggunakan kaedah menyusun perenggan yang terdapat dalam surat kiriman rasmi. Surat kiriman rasmi menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011) terdiri daripada tiga perenggan yang utama iaitu perenggan pertama, perenggan isi dan perenggan penutup. Perenggan pertama lazimnya hanya satu perenggan sama dengan perenggan penutup. Walau bagaimanapun, perenggan isi terdiri daripada dua hingga empat perenggan bergantung pada isi yang ingin disampaikan oleh penulis surat kiriman rasmi tersebut. Guru boleh mengambil contoh surat kiriman rasmi yang sedia ada atau mengarang sendiri surat rasmi mengikut kesesuaian pelajar. Aktiviti dalam kaedah ini adalah guru menceraikan perenggan-perenggan surat rasmi dan pelajar perlu menyusun semula perenggan tersebut mengikut kronologi surat. Guru juga boleh membuat menggunakan aplikasi power point yang akan lebih menarik minat pelajar. Apa yang penting adalah bukan seberapa banyak guru dapat ajar tetapi yang lebih penting adalah seberapa banyak yang murid dapat belajar?Selain itu, langkah ketiga yang dirasakan sesuai untuk diguna pakai ketika berlangsungnya sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas adalah dengan menulis semula surat kiriman apabila diberikan tajuk. Tidak semestinya pelajar perlu menulis keseluruhan surat tetapi cukup sekadar alamat penerima iaitu kepada siapa surat itu dituju dan atas sebab apa surat itu ditujukan iaitu di bahagian pendahuluan surat. Hal ini kerana lazimnya pelajar yang berada di kelas belakang mempunyai kesukaran untuk menyiapkan satu muka penuh sebarang bentuk penulisan. Kaedah ini tiada masalah jika mahu digunakan di kelas hadapan. Guru perlu menyediakan tajuk yang lebih dekat dengan pelajar misalnya surat rayuan untuk memohon biasiswa ataupun surat untuk menyampaikan sesuatu aduan. Tajuk-tajuk yang dekat dengan pelajar adalah perlu agar mereka dapat mempraktikkan apa yang mereka pelajari dalam kehidupan sehari-harian sebagai manusia biasa.Langkah keempat yang boleh diguna pakai dalam mengaplikasikan pengajaran wacana berformat surat kiriman rasmi di sekolah adalah dengan membuat aduan berdasarkan kepada pengalaman pelajar. Guru boleh mengemukakan soalan yang berbentuk terbuka iaitu pelajar boleh membuat sebarang jenis aduan yang melibatkan apa jua perkara yang para pelajar ingin adukan. Semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung guru boleh membantu pelajar dengan memberitahu pelajar dengan tepat kepada siapa surat aduan mereka perlu ditujukan berdasarkan apa yang mereka ingin adukan. Surat aduan sesuai dapat meraih perhatian penerima aduan untuk membacanya dan mengambil langkah yang seterusnya. Jika ada pelajar yang ingin mengadukan tentang harga barang di pasar yang difikirkan terlalu mahal guru perlu memberitahu kepada siapa surat itu ditujukan iaitu sama ada kepada persatuan pengguna ataupun kepada cawangan kementerian perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna yang berdekatan. Soalan dan latihan yang sebegini dapat menyediakan pelajar untuk menghadapi ragam dan rencah kehidupan sebagai manusia.Akhir sekali adalah dengan menyusun semula surat rasmi mengikut kronologi yang betul. Jika dilangkah yang kedua adalah dengan menyusun perenggan namun lain pula dengan langkah yang akhir ini iaitu dengan menyusun semula keseluruhan surat kiriman rasmi yang telah lengkap. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung guru boleh memisahkan surat kiriman rasmi kepada bahagian-bahagian yang tertentu manakala pelajar perlu menyusun semula surat tersebut mengikut aturan yang betul bermula dengan alamat pengirim dan diakhiri dengan nama pengirim. Kaedah ini boleh dilakukan selalu agar pelajar menjadi biasa dengan format surat kiriman rasmi. Seperti yang ditegaskan dan ingin sekali lagi ditegaskan bahawa surat kiriman rasmi amat penting dalam kehidupan seharian sebagai marhaen biasa mahupun luar biasa.4.0 Kesimpulan.Wacana berformat adalah satu bentuk pemikiran yang diluahkan dalam bentuk penulisan. Wacana berformat perlu ditulis dalam laras bahasa yang mudah difahami kerana wacana berformat lazimnya digunakan untuk tujuan yang penting maka bahasa yang berbunga-bunga dan bombastik adalah tidak perlu. Hal ini kerana mungkin apa yang ingin kita sampaikan contohnya dalam surat rasmi kita tidak difahami oleh orang yang menerima atau disalahertikan oleh orang yang membaca. Maklumat yang ingin disampaikan dalam surat kiriman rasmi perlulah padat dan tepat terus kepada apa yang ingin kita sampaikan.Wacana berformat yang diajar melalui sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah sama ada surat kiriman rasmi atau apa sahaja perlu diajar agar murid dapat belajar bukannya seberapa banyak yang guru dapat mengajar. Hal ini bergantung sama ada guru tersebut mengajar kelas hadapan atau kelas belakang. Kaedah dan cara untuk mengajar kedua-dua kelas ini adalah berbeza dan tidak sama. Guru pada masa kini perlu kreatif dan kritis serta memiliki kemahiran berfikir aras tinggi yang lebih tinggi daripada pelajar. Hal ini agar guru dapat menangani dengan segera permasalahan yang timbul semasa berlakunya sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru cemerlang murid gemilang sekolah terbilang. (2979 patah perkataan)

Rujukan.Ab. Rahman Ab. Rashid & Hajah Wan Som Mamat, (1995) Bahasa Melayu : Bahasa dalam komunikasi dan proses komunikasi. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd.Adenan Ayob & Mohd Rain Shaari, (2013) HBML3203 Tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu. Kuala Lumpur: Open University Malaysia.Adenan Ayob, (2009) Bahasa Kebangsaan. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.Raminah Hj. Sabran, (1989) Kecekapan berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia untuk pelatih maktab perguruan. Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Melayu.Siti Hajar Abdul Aziz, (2011) Bahasa Melayu I edisi kedua. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

11