fungsi wacana

23
WACANA ANALISIS RENCANA PENGARANG : AHLI KUMPULAN : NOR HANIZA KHALID NUR ZURAINIE MOHD FAUZI NURUL AIN ZELKIFLE

Upload: aisya-humaira

Post on 30-Jun-2015

16.965 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Fungsi Wacana

WACANAANALISIS RENCANA PENGARANG :

AHLI KUMPULAN :NOR HANIZA KHALID

NUR ZURAINIE MOHD FAUZINURUL AIN ZELKIFLE

Page 2: Fungsi Wacana

FUNGSI - FUNGSI PENANDA WACANA

Page 3: Fungsi Wacana

1) Sebagai penghubung tambahan.contoh:“ Apatah lagi sejak kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel berkuatkuasa 6 Jun lalu, rakyat tertunggu-tunggu apakah pelan perlindungan dan jaringan keselamatan untuk mereka. ”

Page 4: Fungsi Wacana

2) Sebagai penghubung urutan contoh:“ Selepas dua tahun dan tiga bulan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK) dibentangkan, semalam rakyat diberitahu mengenai perkembangan yang dicapai sepanjang tempoh tersebut. ”

Page 5: Fungsi Wacana

3) Sebagai penghubung contoh contoh:“ Penyediaan kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, kemudahan kesihatan, program pembasmi kemiskinan, pendidikan, perumahan kos rendah dan keselamatan awam mendahului senarai keutamaan. ”

Page 6: Fungsi Wacana

4) sebagai penghubung waktu contoh: “ Kini segala-galanya terpulang kepada rakyat untuk menilai sejauh mana komitmen kerajaan mengangkat taraf hidup mereka dan menyatakan sokongan supaya projek-projek tersebut dapat diteruskan. ”

Page 7: Fungsi Wacana

5) Sebagai penghubung pertentangancontoh: “ Biarpun belum menjangkau tiga tahun namun ada kejayaan yang dilakar dalam laporan Kajian Separuh Penggal yang diperincikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Rakyat. ”

Page 8: Fungsi Wacana

JENIS PENANDA WACANA

Page 9: Fungsi Wacana

1) Penanda leksikal

i ) pengulangan penuh:“ Di sebalik perit jerih kerajaan melaksanakan program kesejahteraan rakyat dan menangani krisis harga minyak, sokongan padu rakyat amat diperlukan. Tanpa sokongan rakyat, segala projek serta program yang amat sempurna di atas kertas tidak akan dapat dilaksanakan dengan berkesan. ”

- Dalam ayat di atas, berlaku pengulangan secara penuh bagi perkataan rakyat.

Page 10: Fungsi Wacana

ii) Pengulangan kata bersinonim“ Sememangnya memilih projek berjiwa rakyat sebagai keutamaan adalah tepat terutama dalam keadaan rakyat terpaksa menanggung kesan kenaikan harga minyak global yang sedikit sebanyak menjejaskan rutin perbelanjaan mereka. Apatah lagi sejak kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel berkuatkuasa 6 Jun lalu, rakyat tertunggu-tunggu apakah pelan perlindungan atau jaringan keselamatan untuk mereka.”

Perkataan minyak serta perkataan petrol dan diesel merupakan perulangan kata yang bersinonim atau sama makna.

Page 11: Fungsi Wacana

iii) pengulangan hiponim

“ Sememangnya memilih projek berjiwa rakyat sebagai keutamaan adalah tepat terutama dalam keadaan rakyat terpaksa menanggung kesan kenaikan harga minyak global yang sedikit sebanyak menjejaskan rutin perbelanjaan mereka. Apatah lagi sejak kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel berkuatkuasa 6 Jun lalu, rakyat tertunggu-tunggu apakah pelan perlindungan atau jaringan keselamatan untuk mereka.”

Berdasarkan contoh di atas, minyak merupakan superordinat, manakala petrol dan diesel merupakan hiponim.

Page 12: Fungsi Wacana

iv) Pengulangan kolokasi “ Antaranya kejayaan mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi negara pada kadar yang membanggakan iaitu 6.1 peratus setahun. Begitu juga dengan peningkatan pendapatan perkapita, pengurangan defisit fiskal negara, penurunan kadar kemiskinan serta pengurangan jurang ekonomi antara wilayah dan antara Bandar dan luar bandar. ”

Pendapatan perkapita, pengurangan defisit fiskal negara, kadar kemiskinan dan jurang ekonomi antara wilayah dan antara Bandar dan luar Bandar merupakan perkataan yang berkolokasi kerana mempunyai lingkungan yang sama, iaitu ekonomi.

Page 13: Fungsi Wacana

2) Penanda penghubung

i) Penghubung tambahan

“ Begitu juga dengan peningkatan pendapatan perkapita, pengurangan defisit fiskal Negara, penurunan kadar kemiskinan serta pengurangan jurang ekonomi antara kumpulan etnik, antara wilayah dan antara Bandar dan luar Bandar. ”

Page 14: Fungsi Wacana

ii) Penghubung tentangan“ Ternyata komitmen kerajaan untuk terus memberi keutamaan kepada projek rakyat termasuk menyediakan jaringan keselamatan sosial yang lebih luas adalah jawapan bagi meringankan beban rakyat dan memelihara kualiti hidup yang baik. Di sebalik perit jerih kerajaan melaksanakan program kesejahteraan rakyat dan menangani krisis harga minyak, sokongan padu rakyat amat diperlukan. ”

Page 15: Fungsi Wacana

iii) Penghubung tempoh

“ Kini segala-galanya terpulang kepada rakyat untuk menilai sejauh mana komitmen kerajaan mengangkat taraf hidup mereka dan menyatakan sokongan supaya projek-projek tersebut dapat diteruskan. ”

Page 16: Fungsi Wacana

KEUTUHAN WACANA

Page 17: Fungsi Wacana

Berdasarkan analisis keutuhan wacana yang pertama ialah berdasarkan petikan yang terdapat dalam rencana pengarang dapat dilihat seperti contoh : “ Biarpun belum menjangkau tiga tahun namun ada kejayaan yang dilakar dalam laporan Kajian Separuh Penggal yang diperincikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Rakyat. Antaranya kejayaan mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi negara pada kadar yang membanggakan iaitu 6.1 peratus setahun. ” Contoh ayat di atas dianggap sebagai satu wacana yang utuh kerana ayat ini mempunyai hubungan dari aspek semantik iaitu kaitan sebab dan hasil. Hubungan ini dapat dilihat daripada contoh ayat iaitu “ laporan Kajian Separuh Penggal. ” merupakan sebab manakala ayat “ mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi negara ” merupakan hasil.

Page 18: Fungsi Wacana

“ Di sebalik perit jerih kerajaan melaksanakan program kesejahteraan rakyat dan menangani krisis harga minyak, sokongan padu rakyat amat diperlukan. Tanpa sokongan rakyat, segala projek serta program yang amat sempurna di atas kertas tidak akan dilaksanakan dengan berkesan. ” Contoh ayat di atas dianggap sebagai satu wacana yang utuh kerana ayat ini mempunyai hubungan dari aspek semantik iaitu kaitan syarat dan hasil. Hubungan ini dapat dilihat daripada contoh ayat di atas “ sokongan padu rakyat amat diperlukan ” merupakan syarat manakala contoh hasil ialah “ segala projek serta program yang amat sempurna di atas kertas tidak akan dilaksanakan dengan berkesan. ”

Page 19: Fungsi Wacana

“ Sememangnya memilih projek berjiwa rakyat sebagai keutamaan adalah tepat terutama dalam keadaan rakyat terpaksa menanggung kesan kenaikan harga minyak global yang sedikit sebanyak menjejaskan rutin perbelanjaan mereka. Apatah lagi sejak kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel berkuatkuasa 6 Jun lalu, rakyat tertunggu-tunggu apakah pelan perlindungan atau jaringan keselamatan untuk mereka.” Contoh ayat di atas dianggap sebagai satu wacana yang utuh kerana ayat ini mempunyai hubungan dari aspek semantik iaitu hubungan memperkuatkan isi. Hubungan ini dapat dilihat daripada contoh ayat di atas.

Page 20: Fungsi Wacana

“ Begitu juga dengan peningkatan pendapatan perkapita, pengurangan defisit fiskal Negara, penurunan kadar kemiskinan serta pengurangan jurang ekonomi antara kumpulan etnik, antara wilayah dan antara Bandar dan luar Bandar. ” Berdasarkan ayat di atas, terdapat penanda wacana yang digunakan yang menjadikan ayat ini dianggap sebagai wacana yang dilihat berdasarkan hubungan dari aspek gramatikal. Kata serta dan dan ialah penanda wacana jenis tambahan yang berperanan sebagai penghubung ayat dengan ayat yang sebelumnya.

Page 21: Fungsi Wacana

“ Rakyat juga mesti bijak menilai kesungguhan kerajaan untuk memastikan keharmonian Negara yang rakyatnya berbilang kaum ini terus dipelihara. ”

Contoh ayat di atas adalah sebuah wacana yang dilihat melalui hubungan dari aspek fonologis. Perkataan mesti menunjukkan penegasan dalam ayat.

Page 22: Fungsi Wacana

KESIMPULAN

Page 23: Fungsi Wacana

Berdasarkan analisis keutuhan wacana dari petikan rencana pengarang Utusan Malaysia, saya dapati petikan ini adalah sebuah wacana yang utuh. Ini kerana petikan ini mempunyai ciri-ciri wacana yang utuh. Terdapat lima keutuhan wacana di dalam petikan rencana pengarang ini. Antaranya, mempunyai hubungan dari aspek semantik iaitu kaitan sebab dan hasil serta kaitan syarat dan hasil. Selain itu, terdapat juga hubungan memperkuatkan isi, hubungan dari aspek gramatikal dan hubungan dari aspek fonologis. Rencana ini mempunyai wacana yang utuh kerana rencana ini dikarang dengan kemas dan tersusun lancar.Setiap ayat dan perenggan terjalin rapi dan kait-mengait.Selain itu, ketepatan isi-isi yang dikemukakan dalam petikan erat pertautannya dengan tajuk perbincangan.