perbezaan karangan berformat karangan umum dan penulisan ilmiah

25
KETRAMPILAN MENGARANG LAB 2013 TAJUK: PERBANDINGAN ASPEK ANTARA KARANGAN UMUM, BERFORMAT DAN ILMIAH DISEDIAKAN OLEH : DISEDIAKAN UNTUK: DR. SITI SANIAH ABU BAKAR NEXJACK SAKIM D20071029809 WAN NORHAYATI WAN IBRAHIM D20072031484

Upload: nexjack-onek-sakim

Post on 24-Jun-2015

3.206 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

serba sedikit mengenai ciri-ciri karangan/ pengelasan jenis karangan dan perbezaan utama jenis-jenis karangan.

TRANSCRIPT

Page 1: Perbezaan Karangan Berformat Karangan Umum Dan Penulisan Ilmiah

KETRAMPILAN MENGARANGLAB 2013

TAJUK: PERBANDINGAN ASPEK ANTARA KARANGAN UMUM, BERFORMAT DAN ILMIAH

DISEDIAKAN OLEH :

DISEDIAKAN UNTUK:DR. SITI SANIAH ABU BAKAR

NEXJACK SAKIM D20071029809

WAN NORHAYATI WAN IBRAHIM

D20072031484

Page 2: Perbezaan Karangan Berformat Karangan Umum Dan Penulisan Ilmiah

Karangan~~~Penglahiran perasaan dan fikiran

secara bertulis.Kata-kata yang bermula dari

kehidupan fikir dan rasa (W.S Rendra).Terbahagi kepada tiga yang utama

iaitu, karangan berformat, karangan tidak berformat dan penulisan ilmiah / akademik.

Page 3: Perbezaan Karangan Berformat Karangan Umum Dan Penulisan Ilmiah

Pengelasan karanganKarangan berformat

Karangan tidak berformat

Penulisan ilmiah / akademik

Surat kiriman rasmi

Karangan naratif Esei ilmiah

Surat kiriman tidak rasmi

Karangan ekspositori

Kertas kerja

Dialog Karangan deskriptif

Laporan kajian /amali

Syarahan Karangan rencana Tesis

Laporan Karangan jenis bagaimana

Disertasi

Ucapan Karangan jenis sejarah

Berita Karangan ulasan DSB.

Page 4: Perbezaan Karangan Berformat Karangan Umum Dan Penulisan Ilmiah

KARANGAN BERFORMATKarangan yang mesti ditulis mengikut

karangan yang mesti ditulis mengikut format-format tertentu seperti:

Surat kiriman tidak rasmi

/Rasmi

Dialog

Syarahan Ucapan Laporan Berita

Catatan harian

Page 5: Perbezaan Karangan Berformat Karangan Umum Dan Penulisan Ilmiah

karangan tidak berformat Ditulis tanpa mengikut format yang tertentu :Karangan Naratif (narrator) - Menceritakan sesuatuKarangan Ekspositoriti (expose) - Mendedahkan sesuatu Karangan Deskriptif (description) - Memerikan sesuatu

Karangan Deskriptif Karangan Subjek yang menjadi pemerian perlulah hasil Subjek yang menjadi pemerian, perlulah hasil pengalaman emosi dan fikiran penulis. Di samping menerapkan perihal yang menarik, Penulis harus mencari keunikan subjeknya. Permulaan harus mengisi keterangan yang bermakna sebelum menyampaikan keterangan- bermakna sebelum menyampaikan keterangan keterangan utama dan sampingan. untuk memerikan keperihalan sesuatu. Sesuatu boleh bermaksud seseorang, benda, tempat, majlis, pengalaman dan sebagainya.

Page 6: Perbezaan Karangan Berformat Karangan Umum Dan Penulisan Ilmiah

KARANGAN UMUM(TIDAK BERFORMAT)

• Merupakan karangan yang tidak memerlukan format tertentu sebagaimana semestinya bagi penulisan karangan berbentuk surat kiriman rasmi, syarahan, laporan atau wawancara.

•Bentuk persembahan teks yang meliputi perenggan pendahuluan, perenggan isi dan perenggan kesimpulan tetap diperlihatkan sebagaimana bentuk persembahan karangan berformat.

•Karangan tidak berformat ini terdiri daripada karangan berbentuk rencana, penerangan, profil, penghujahan, pendapat, perbincangan, peribahasa, cogan kata dan ulasan.

Page 7: Perbezaan Karangan Berformat Karangan Umum Dan Penulisan Ilmiah

KARANGAN BERBENTUK RENCANA

Biasanya bersifat umum dan lebih menonjolkan sikap dan pandangan penulis.

Penulis mempunyai banyak ruang untuk mengolah idea dan bermain dengan perkataan untuk menarik minat pembaca.

Perenggan pendahuluan, kemuncak dan kesinambungan perenggan merupakan 3 perkara utama dalam penulisan rencana.

Dalam penulisan rencana, penggabungan idea perlu diserlahkan. Penulis perlu berhati-hati agar selalu ada hubungan antara fakta tersebut dengan maklumat lain.

Dalam penulisan rencana seterusnya, penulis perlu berhati-hati agar kesinambungan sentiasa wujud antara ayat dan idea penulis.

Page 8: Perbezaan Karangan Berformat Karangan Umum Dan Penulisan Ilmiah

Kesinambungan itu berfungsi sebagai jambatan pembaca menyeberang.

Apabila rencana hampir berakhir, penulis perlu menyedarkan pembaca terhadap perkara tersebut supaya pembaca tidak sesat di tengah-tengah perjalanan.

Rencana biasanya memuatkan unsur jenaka, kasihan dan khayalan. Penulis boleh menerapkan segala daya khayal, daya cipta dan keupayaan lain.

Contoh rencana :-

Bahasa Melayu menjelang tahun 2020

Page 9: Perbezaan Karangan Berformat Karangan Umum Dan Penulisan Ilmiah

KARANGAN BERBENTUK SEJARAH

Mengandungi fakta dan peristiwa terkenal. Biasanya sudah diketahui oleh pembaca di samping kerap ada perkara yang tidak diketahui umum.

Umumnya, pembaca suka membaca karangan tentang peristiwa sejarah asalkan pengolahan dan persembahannya menarik.

Oleh sebab yang melibatkan sejarah, penulis perlu melakukan penyelidikan sebelum mulai menulis. Penulis perlu memastikan nama orang, nama tempat, nama peristiwa dan tarikh adalah betul dan jelas.

Contoh karangan berbentuk sejarah :- Peranan PBB dalam usaha memelihara Hak Asasi

Manusia dan memelihara keamanan dunia.

Page 10: Perbezaan Karangan Berformat Karangan Umum Dan Penulisan Ilmiah

KARANGAN BERBENTUK BAGAIMANA

Penulisan karangan berbentuk bagaimana menceritakan kepada pembaca perkara yang mereka perlukan dalam kehidupan seharian.

Contohnya, bagaimana menjadi guru?, cara belajar untuk berjaya, teknik memandu kereta, bagaimana belajar di IPT? dan lain-lain.

Karangan ini perlu memikat perhatian pembaca dan jangan membosankan.

Akhiri karangan ini dengan ungkapan yang menaikkan semangat dan dorongan pembaca untuk mengikut petunjuk yang penulis berikan.

Page 11: Perbezaan Karangan Berformat Karangan Umum Dan Penulisan Ilmiah

KARANGAN BERBENTUK PENDAPATMaksudnya, terjemahan pendapat ke dalam bentuk

penulisan.Beberapa peraturan penulisan rencana :-i) Persembahan yang bersahaja.ii) Pendapat dan pandangan lebih menyakinkan

sekiranya penghujahan penulis diselitkan beberapa fakta luar yang boleh dipegang.

Contoh : Peraturan daripada pihak berkuasaJika penulis mengemukakan pendapat, berikan

angka atau data baharu dan betul untuk menyokong pendapat penulis.

Contoh : Bahaya makanan segera

Page 12: Perbezaan Karangan Berformat Karangan Umum Dan Penulisan Ilmiah

KARANGAN BERBENTUK PERBAHASANDari sudut persembahan, sama sahaja dengan

karangan berbentuk lain iaitu terdiri daripada perenggan pengenalan, beberapa perenggan isi dan 1 perenggan penutup.

Dari sudut pengolahan, dalam karangan berbentuk perbahasan, penulis perlu menyatakan di peringkat perenggan pengenalan sama ada bersikap menyokong atau bersikap membangkang atau juga bersikap seimbang iaitu menyokong dan membangkang terhadap tajuk yang berbentuk perbahasan.

Contoh : Era globalisasi mendatangkan beberapa kebaikkan dan keburukkan terhadap negara membangun. Bahaskan, kebenaran kepada pelajar menggunakan telefon bimbit dalam kawasan sekolah boleh menimbulkan pelbagai kesan negatif dan positif.

Page 13: Perbezaan Karangan Berformat Karangan Umum Dan Penulisan Ilmiah

KARANGAN PELBAGAI BENTUK

Antaranya berbentuk perbincangan, peribahasa, ulasan cogan kata dan iklan.

Contoh karangan jenis perbincangan :- Sistem pemungutan sampah-sarap yang tidak

teratur menyebabkan sesetengah kawasan perumahan di bandar terdedah dengan masalah pencemaran bau dan tikus. Bincangkan.

Contoh karangan jenis ulasan :-anda baru sahaja menonton filem Rempit. Anda ingin menulis ulasan tentang filem tersebut. Tulis ulasan itu selengkapnya.

Page 14: Perbezaan Karangan Berformat Karangan Umum Dan Penulisan Ilmiah

PENULISAN ILMIAHMerujuk penulisan yang berlandaskan

metodologi keilmuan atau metodologi saintifik. Metodologi saintifik ialah pendekatan

mengungkapkan fakta dan bukti bagi menyokong kebenaran melalui beberapa langkah seperti perumusan masalah, pembentukan hipotesis, deduksi hipotesis dan pengujian kebenaran.

Bahasa penulisan ilmiah, biasanya memilih kata, istilah, ungkapan dan ayat yang maknanya bersifat denotasi, iaitu tepat dan jelas supaya tidak disalahertikan dengan makna-makna lain.

Dengan demikian karangan ilmiah harus bersifat objektif, jujur dan tepat.

Page 15: Perbezaan Karangan Berformat Karangan Umum Dan Penulisan Ilmiah

Jenis-jenis penulisan ilmiah Esei ilmiah merujuk karangan ilmiah yang pendek

tentang topik atau permasalahan berdasarkan data yang diperolehi melalui rujukan perpustakaan dan / atau kerja lapangan. Penghuraiannya bersifat rasional-empiris dan objektif.

Kertas kerja ialah penulisan ilmiah yang memaparkan sesuatu fakta atau permasalahan berdasarkan data kerja lapangan dan / atau rujukan perpustakaan. Analisis dalam kertas kerja adalah lebih serius serta bersifat rasional-empiris dan objektif. Kertas kerja biasanya ditulis untuk diterbitkan dalam jurnal akademik atau dibentangkan dalam pertemuan ilmiah seperti seminar, bengikel dan sebagainya.

Page 16: Perbezaan Karangan Berformat Karangan Umum Dan Penulisan Ilmiah

Laporan kajian atau penyelidikan serta laporan amali ialah penulisan ilmiah yang menyampaikan maklumat atau fakta tentang sesuatu kepada pihak lain. Penghuraiannya juga bersandarkan kepada metodologi saintifik dan berdasarkan data kerja lapangan dan / atau rujukan perpustakaan.

Tesis ialah penulisan ilmiah yang sifatnya lebih mendalam. Tesis mengungkapkan pengetahuan baru yang diperoleh daripada pengamatan atau penyelidikan sendiri. Penulisan ilmiah ini melibatkan pengujian hipotesis bagi membuktikan kebenaran. Tesis biasanya ditulis oleh pelajar peringkat Sarjana Muda Kepujian dan peringkat Sarjana serta perlu dipertahankan di hadapan panel viva-você.

Page 17: Perbezaan Karangan Berformat Karangan Umum Dan Penulisan Ilmiah

Disertasi ialah penulisan ilmiah tahap tertinggi dalam hierarki pancapaian akademik, iaitu untuk mendapatkan gelaran Doktor Falsafah (Ph.D). Disertasi melibatkan fakta berupa penemuan penulis sendiri berdasarkan metodologi saintifik dan analisis yang terperinci. Seperti tesis, disertasi juga perlu dibentangkan dan dipertahankan di hadapan panel atau lembaga viva-você.

Page 18: Perbezaan Karangan Berformat Karangan Umum Dan Penulisan Ilmiah

Ciri-ciri Khusus Penulisan (karangan) jenis IlmiahTerdapat beberapa ciri khusus dalm

penulisan ilmiah yang perlu diberi perhatian:Catatan PustakaContoh catatan pustaka :

Menurut Mohd. Nor Daud (1997 : 63), ayat yang berkesan ialah satu bentuk ayat yang disokong oleh kepelbagaian dalam struktur ayat.atau

Hassan Ahmad (2000), juga sependapat dengan....

Page 19: Perbezaan Karangan Berformat Karangan Umum Dan Penulisan Ilmiah

Catatan Kaki / nota kaki :.....kajian etimologi1 tidak dapat dipisahkan daripada kajian linguistik...________________________________________________1.Etimologi ialah kajian tentang kata serta perubahan bentuk dan makna.

Catatan Kaki Singkat / nota kaki singkat ibid.(singkatan daripada ibidum, ertinya sama

dengan yang di atas).Digunakan untuk catatan kaki yang sumbernya sama dengan catatan kaki yang telah disenaraikan di atasnya.

atauIbid, hal. 45John Dewey, op.cit., hal 89.

Page 20: Perbezaan Karangan Berformat Karangan Umum Dan Penulisan Ilmiah

Petikan Langsung dan Tak LangsungContoh petikan langsung ;“segala sesuatu cakap yang pendek yang melekat di

mulut orang ramai semenjak beberapa lama oleh sebab sedap dan bijak perkataannya, luas dan besar tujuannya dipakainya sebagai sebutan-esbutan orang sebagai bandingan teladan dan pengajaran”.

(Za’ba, 1965 : 165)

Petikan Tak LangsungPetikan tak langsung merupakan pengungkapan kembali pendapat, ringksan atau kesimpulan daripada sebuah tulisan dengan gaya penulis sendiri. Teknik menyatakan sumber informasi dalam petikan tak langsung adalah sama seperti teknik catatan pustaka.

Page 21: Perbezaan Karangan Berformat Karangan Umum Dan Penulisan Ilmiah

Bibliografi / Rujukan Panduan semasa menulis bahagian ini;Bibliografi tidak diberi nomborUrutan nama penulis mengikut urutan

hurufGelaran penulis tidak dimasukkanBibliografi diletakkan pada bahagian

terakhir tulisanNama pengarang Melayu, Cina dan India

ditulis penuh dalam susunan asal tetapi pengarang Barat, hanya nama keluarga sahaja yang ditulis.

Page 22: Perbezaan Karangan Berformat Karangan Umum Dan Penulisan Ilmiah

Perbezaan aspek karanganAspek /ciri umum

Karangan tidak berformat

Karangan berformat

penulisan ilmiah/ akademik

Format / susunan

Bebas mengikut idea penulis

Harus ditulis mengikut format

Harus menepati standard sebagai penulisan ilmiah

Pendahuluan/ pengenalan

Terpulang kepada kreativiti penulis

Alamat, ucapan selamat, tarikh dsb

Lebih kepada penerangan kepada tujuan penulisan

Page 23: Perbezaan Karangan Berformat Karangan Umum Dan Penulisan Ilmiah

Aspek/ ciri Karangan tidak berformat

Karangan berformat

penulisan/ karangan ilmiah / akademik

Isi / idea/ fakta

Mengikut topik yang dipilih oleh penulis dan kesahihan fakta yang

ditulis boleh dipertikaikan

.

Bergantung kepada isu atau topik yang dibincangkan dan fakta yang diberikan masih boleh diragui.

Fakta yang jelas dan terbukti. Kesahihan data dan fakta tidak boleh dipertikaikan lagi

Penutup / rumusan

Penulis selalunya akan mempertahan-kan pendiriannya.

Biasanya merujuk kepada harapan penulis

Lebih kepada penyataan hasil atau dapatan kajian

Page 24: Perbezaan Karangan Berformat Karangan Umum Dan Penulisan Ilmiah

Aspek / ciri Karangan tidak berformat

Karangan berformat

Penulisan ilmiah/ akademik

Bahasa digunakan

Laras bahasa adalah terbuka dan boleh bercampur aduk dalam karangan terbuka.

Laras bahsa adalah berdasarkan tajuk penulisan

Laras bahsa khusus akan digunakan dalam setiap jenis-jenis penulisan

Rujukan/ sumber

selalunya sumber tidak dinyatakan dalam penulisan

Sumber adalah semasa tetapi biasanya rujukan tidak dimasukkan dalam penulisan

Sumber rujukan harus dinyatakan dalam penulisan terutama sekali bagi penulisan aras tinggi.

Page 25: Perbezaan Karangan Berformat Karangan Umum Dan Penulisan Ilmiah

Kesimpulan Kenali ciri karangan dan jenis serta

teknik untuk menulisnya.Memudahkan kita untuk memeriksa

kertas dan mengetahui konsep yang cuba disampaikan oleh pelajar.

Mengetahui bagaimana kita selalu terkeliru dengan kehendak soalan atau kehendak tugasan.