55533760 wacana berformat dalam tatabahasa

14
   PENGENALAN Topik ini mengupas konsep wacana berformat dalam bahasa Melayu. Selain itu diulas juga tentang pengertian serta ciri-cirinya, di samping aplikasi dalam penulisan. KONSEP WACANA BERFORMAT DALAM TATABAHASA BAHASA MELAYU Konsep wacana berformat ialah penulisan berkesinambungan yang mengandung format-format tertentu untuk menggariskan penampilan wacana tatabahasa secara kohesif dan koheren (Kamarudin Husin, 1988). Penulisan yang dimaksudkan adalah seperti berikut: 5.1 T T o o p p i i k k 5 5    Wacana Berformat dalam Tatabahasa HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menghuraikan konsep wacana berformat; 2. Menjelaskan pengertian wacana berformat; 3. Membincangkan ciri-ciri wacana berformat; 4. Mengaplikasikan wacana berformat dalam penulisan; dan 5. Membincangkan wacana berformat secara menyeluruh.

Upload: baden

Post on 03-Nov-2015

283 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

wacana berformat

TRANSCRIPT

  • PENGENALAN

    Topik ini mengupas konsep wacana berformat dalam bahasa Melayu. Selain itu diulas juga tentang pengertian serta ciri-cirinya, di samping aplikasi dalam penulisan.

    KONSEP WACANA BERFORMAT DALAM TATABAHASA BAHASA MELAYU

    Konsep wacana berformat ialah penulisan berkesinambungan yang mengandung format-format tertentu untuk menggariskan penampilan wacana tatabahasa secara kohesif dan koheren (Kamarudin Husin, 1988). Penulisan yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

    5.1

    TTooppiikk

    55 Wacana

    Berformat

    dalam

    Tatabahasa

    HASIL PEMBELAJARAN

    Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Menghuraikan konsep wacana berformat;

    2. Menjelaskan pengertian wacana berformat;

    3. Membincangkan ciri-ciri wacana berformat;

    4. Mengaplikasikan wacana berformat dalam penulisan; dan

    5. Membincangkan wacana berformat secara menyeluruh.

  • TOPIK 5 WACANA BERFORMAT DALAM TATABAHASA ! 79

    (a) Surat kiriman tidak rasmi;

    (b) Surat kiriman rasmi;

    (c) Dialog;

    (d) Syarahan;

    (e) Ucapan;

    (f) Laporan;

    (g) Berita;

    (h) Catatan harian; dan

    (i) Perbahasan. Bagi pengetahuan anda, dapat dirumuskan bahawa konsep wacana berformat dalam tatabahasa bahasa Melayu merangkumi komponen-komponen yang bersepadu. Komponen-komponen berkenaan adalah seperti berikut:

    (i) Penggunaan kata, rangkai kata dan ayat yang tepat untuk menyampaikan maklumat secara tersusun dan kohesif.

    (ii) Penentuan format penyampaian dan jenis penulisan yang sesuai untuk memberikan maklumat.

    (iii) Pengenalpastian gaya bahasa dan penggunaannya dalam penulisan.

    (iv) Penganalisisan gaya bahasa dan penggunaannya secara koheren dalam penulisan.

    (v) Penyampaian isi yang bernas dalam membina kerangka penulisan.

    (vi) Pembinaan ayat utama dan huraian untuk membina perenggan yang kohesif.

    (vii) Penyusunan isi dan penggunaan penanda wacana untuk menghasilkan perenggan yang kohesif dan koheren.

    (viii) Tatabahasa dijadikan dasar dalam kecekapan berbahasa dan diajarkan dengan terancang dalam konteks untuk ketepatan berbahasa dengan berasaskan penggunaan wacana yang jelas.

  • TOPIK 5 WACANA BERFORMAT DALAM TATABAHASA 80

    PENGERTIAN WACANA BERFORMAT DALAM TATABAHASA BAHASA MELAYU

    Penulisan wacana berformat mesti ditulis mengikut cara tertentu. Penulisan berformat yang tidak ditulis mengikut format yang ditetapkan, maka boleh menjejaskan konsep wacana (Sulaiman Masri, 1988).

    5.2.1 Ciri-ciri Wacana Berformat dalam Bahasa Melayu

    Ciri-ciri wacana berformat melibatkan perincian yang berasaskan beberapa penulisan berformat (Zainol Ismail, 2003). Berdasarkan beberapa penulisan berformat, dipaparkan contoh-contoh yang lazim dipraktikkan di sekolah. (a) Format Surat Kiriman Tidak Rasmi

    (i) Alamat pengirim hendaklah ditulis di sebelah atas bahagian kanan surat.

    (ii) Tarikh surat hendaklah ditulis di bawah alamat pengirim.

    (iii) Tidak perlu menulis alamat penerima, sebaliknya dimulai dengan pendahuluan surat.

    Contohnya:

    Ke hadapan saudara Amri yang kini berada di Terengganu semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera.

    (iv) Ada ganti nama diri. Contohnya, saudara/saudari.

    (v) Surat diakhiri dengan tandatangan dan nama pengirim. (b) Format Surat Kiriman Rasmi

    (i) Alamat pengirim hendaklah ditulis di sebelah kiri bahagian atas surat.

    (ii) Garisan memanjang dari kiri ke kanan surat, di bawah alamat pengirim.

    (iii) Alamat penerima ditulis di bawah garisan panjang.

    (iv) Tarikh ditulis di sebelah kanan, sebaris dengan barisan akhir alamat penerima. Nama bulan hendaklah ditulis dengan huruf besar.

    (vi) Ada ganti nama diri.

    Contohnya: Tuan/Puan.

    5.2

  • TOPIK 5 WACANA BERFORMAT DALAM TATABAHASA ! 81

    (vii) Ada tajuk surat.

    (viii) Surat dimulai dengan perenggan pertama tanpa menulis nombor. Perenggan yang berikutnya hendaklah ditanda dengan nombor yang lurus dengan permulaan perenggan pertama.

    (ix) Perenggan penutup tidak perlu diberikan nombor.

    (x) Tandatangan ditulis di bahagian kiri bawah surat. Nama pengirim ditulis dalam kurungan di bawah tandatangan dengan huruf besar. Nyatakan juga jawatan atau tanggungjawab penulis, misalnya, Setiausaha, Persatuan Bulan Sabit Merah.

    (c) Format Dialog

    (i) Ada nama watak.

    (ii) Titik bertindih ditulis selepas nama watak.

    Contoh: Ahmad: .....

    (d) Format Syarahan / Ucapan / Perbahasan

    (i) Memulakan penulisan dengan kata-kata atau ucapan alu-aluan.

    (ii) Ada ganti nama diri. Contohnya: Sidang hadirin yang dihormati sekalian.

    (iii) Ada penegasan tajuk syarahan / ucapan / perbahasan.

    (e) Format Laporan

    (i) Ada tajuk. Huruf awal setiap perkataan perlu ditulis dengan huruf besar dan gariskan di bawahnya.

    (ii) Penulisan mestilah mengikut urutan peristiwa / perkara yang dilaporkan.

    (iii) Tandatangan dan nama pelapor ditulis di sebelah kiri bahagian bawah laporan.

    (iv) Tarikh laporan ditulis di sebelah kanan bahagian bawah laporan, iaitu sebaris dengan Laporan disediakan oleh.

    (f) Format Berita

    (i) Tanda sempang ditulis selepas nama hari atau tarikh.

    (ii) Tanda koma ditulis selepas nama tempat / bandar.

    (iii) Nama hari atau tarikh ditulis selepas nama tempat / bandar.

    (iv) Tanda sempang ditulis selepas nama hari atau tarikh.

  • TOPIK 5 WACANA BERFORMAT DALAM TATABAHASA 82

    Contohnya: KUALA LUMPUR, Isnin -

    (g) Format Catatan Harian

    Ada tarikh, nama hari dan masa (mengikut kesesuaian).

    Contoh:

    Sabtu

    8.00 pagi:

    9.00 pagi: Penulisan yang tidak berformat ialah penulisan yang ditulis tanpa mengikut sesuatu cara yang khusus. Walau bagaimanapun, penulisan jenis ini juga hendaklah secara berperenggan.

    APLIKASI WACANA DALAM PENGAJARAN PENULISAN

    Pengaplikasian wacana berformat dalam pengajaran penulisan bagi sekolah rendah dan menengah membabitkan kehendak atau peraturan sesuatu penulisan, proses penulisan dan rangka kasar pencerakinan idea supaya wujud kesinambungan.

    5.3.1 Wacana Berformat dalam Pengajaran Penulisan Sekolah Rendah dan Menengah

    (a) Peraturan yang perlu diikuti

    Sebagai memenuhi peraturannya, perkara-perkara berikut perlu diteliti, iaitu:

    (i) Penulisan mestilah lengkap dan sempurna serta mempunyai tiga isi minimum yang dikembangkan dengan huraian dan contoh atau bukti kukuh yang relevan dengan isu-isu semasa yang dikemukakan, selain bertepatan dengan tajuk dipilih.

    5.3

    AKTIVITI 5.1

    Apakah maksud dan konsep wacana berformat dalam tatabahasa? Mengapakah wacana berformat sering dipraktikkan di sekolah?

  • TOPIK 5 WACANA BERFORMAT DALAM TATABAHASA ! 83

    (ii) Murid perlu matang menghuraikan isi pokok yang diberikan.

    (iii) Murid perlu menghubungkaitkan pertalian idea semasa mengolah isi agar wujud kesinambungan idea antara ayat.

    (iv) Murid juga perlu menggunakan penanda wacana dengan betul.

    (v) Murid juga harus menggunakan bahasa yang baik dan lancar supaya tidak menampakkan ketergantungan idea.

    (vi) Pemerengganan dalam penulisan hendaklah seimbang. Pemerengganan yang dicadangkan antara lima hingga tujuh dengan menggunakan tanda baca yang betul dan tepat.

    (vii) Tiada kesalahan ejaan atau hanya terdapat satu atau dua kesalahan bahasa sahaja.

    (viii) Murid harus menggunakan kepelbagaian ragam dan struktur ayat yang betul.

    (ix) Gariskan perkara-perkara penting dan tentukan format yang dikehendaki jika penulisan berkehendakkan format.

    (x) Hasilkan peta minda atau menyediakan rangka penulisan sebelum menulis agar dapat membimbing pelajar dalam menyusun isi / idea.

    (b) Proses menulis pula adalah seperti berikut.

    Ketika memilih tajuk / soalan:

    (i) Pilih tajuk yang benar-benar difahami dan sesuai dengan pengetahuan, pemahaman dan keupayaan pengolahan, selain berupaya mengembangkan isi. Pengetahuan tentang tajuk yang dipilih adalah dari segi:

    Bentuk atau Format Penulisan;

    Isi-isi; dan

    Laras Bahasa.

    (ii) Daripada penguasaan perkara-perkara tersebut, barulah boleh melakukan pemilihan yang terbaik dan sekali gus mampu untuk menghasilkan penulisan yang sempurna.

    (iii) Walau bagaimanapun, jika mempunyai pengetahuan tentang tajuk atau soalan yang diberikan, tetapi tidak tahu kehendaknya, itu juga bukanlah satu pilihan yang baik. Tindakan tersebut akan memerangkap diri sendiri.

  • TOPIK 5 WACANA BERFORMAT DALAM TATABAHASA 84

    (iv) Begitu juga jika memiliki pengetahuan dan kefahaman tentang kehendak soalan atau tajuk, tetapi tidak yakin akan kemampuan untuk menghurai atau mengembangkannya, maka itu juga bukan merupakan pilihan yang tepat.

    (v) Oleh sebab itu, pilihlah tajuk atau soalan yang benar-benar difahami dan yakin boleh menguasainya.

    (vi) Untuk menguasai kemahiran tentang format penulisan dan laras bahasa, perlu difahami perbezaan format dan laras bahasa bagi penulisan yang pelbagai jenisnya.

    (vii) Untuk mengetahui dan mengolah isi-isi tentang sesuatu tajuk penulisan, murid perlu banyak membaca bahan bacaan seperti buku ilmu pengetahuan, majalah, surat khabar dan sebagainya.

    (viii) Catatlah fakta daripada bahan bacaan yang dibaca, kemudian simpan dengan baik. Dengan cara ini, murid boleh membuat rujukan pada bila-bila masa.

    (c) Dalam pada itu, susunan juga perlu diberikan perhatian:

    (i) Rangka ialah garis kasar untuk membentuk penulisan yang lengkap.

    (ii) Rangka penulisan berfungsi sebagai panduan untuk murid menulis.

    (iii) Rangka penulisan membantu murid bagi perkara berikut:

    Memastikan bahawa perkara-perkara yang dikemukakan tidak lari / terpesong daripada tajuk atau soalan.

    Menyusun isi-isi / fakta mengikut susunan yang betul.

    Menghasilkan perenggan yang cemerlang.

    Menganggarkan bilangan patah perkataan dalam setiap isi yang dihuraikan / diolah.

    Memastikan had penulisan mengikut arahan melebihi jumlah patah perkataan dikehendaki.

    Mengelakkan pengulangan fakta.

    (iv) Rangka penulisan itu mestilah ringkas. Sebaik-baiknya ditulis dalam bentuk isi-isi penting untuk menjimatkan masa.

    (v) Secara umumnya, rangka sesuatu penulisan mestilah terdiri daripada:

  • TOPIK 5 WACANA BERFORMAT DALAM TATABAHASA ! 85

    Pendahuluan Isi Utama Huraian Huraian

    Pemaparan Wacana

    Isi tidak langsung

    Fokus Wacana Penjelasan

    Terperinci bagi

    Fokus Wacana

    Kesimpulan Fokus

    Wacana

    (d) Pembinaan perenggan pula perlu disesuaikan dengan perkara-perkara

    berikut:

    (i) Satu perenggan mestilah mengandungi sekurang-kurangnya satu isi yang lengkap dengan huraian dan contoh untuk mengukuhkan isi.

    (ii) Huraian yang dimaksudkan ini merupakan keterangan atau penjelasan berupa maklumat tambahan, ulasan dan sokongan tentang isi-isi tersebut.

    (iii) Struktur perenggan yang baik adalah dengan memulakan perenggan secara menyatakan isi pokok, diikuti oleh huraian lanjut serta contoh yang dapat memperkukuh isi penting.

    (iv) Walau bagaimanapun, binaan perenggan tidak semestinya tetap. Murid juga boleh memulakan perenggan itu dengan isi pokok.

    (v) Setiap isi dalam setiap perenggan mestilah mempunyai pertalian. Gunakan penanda wacana yang sesuai untuk mewujudkan kesinambungan isi.

    (vi) Panjang setiap perenggan perlu seimbang. Sebaik-baiknya panjang pendahuluan dan penutup harus seimbang dengan isi.

    Proses melibatkan penyemakan pula adalah seperti berikut:

    Proses akhir selepas menulis ialah menyemak atau menyunting. Perkara ini perlu dilakukan untuk memastikan segala aspek dalam penulisan dipatuhi.

    Aspek yang perlu disemak atau disunting ialah kesalahan bahasa, jumlah perkataan dan pemerengganan.

    Semasa menyemak, pastikan tidak ada isi penting yang tertinggal.

    Seandainya terdapat isi-isi penting yang tidak disertai contoh atau contoh yang disertakan itu agak lemah, tambahlah contoh yang lebih tepat.

    Aspek bahasa yang perlu disemak ialah ejaan, tanda baca dan tatabahasa.

  • TOPIK 5 WACANA BERFORMAT DALAM TATABAHASA 86

    Jika ada kata-kata yang kurang jelas tulisannya, maka kemaskanlah tulisan kata-kata tersebut.

    Penulisan yang disunting dengan baik akan memudahkan pembaca untuk membaca dan mengesan isi. Oleh yang demikian, penulisan akan menjadi mantap.

    Rangka penulisan meliputi contoh berikut: Pendahuluan

    Kata alu-aluan kepada hadirin.

    Tajuk perbahasan sebagai pihak pencadang. Isi-Isi

    Menghargai penghantaran pulang buruh asing dapat mengurangkan pengaliran wang keluar dapat membantu mengatasi kegawatan ekonomi.

    Membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan pengambilan pekerja tempatan oleh majikan.

    Pengangguran dapat dikurangkan diisi oleh rakyat tempatan meningkatkan ekonomi.

    Langkah-langkah mengetatkan permohonan meninggikan bayaran bertujuan untuk menggalakkan majikan mengambil pekerja tempatan.

    Penutup

    Menegaskan penghantaran pulang buruh asing membuka peluang pekerjaan.

    Kata-kata penamat.

    AKTIVITI 5.2

    Bincangkan secara menyeluruh wacana berformat dan komponennya dalam penulisan.

  • TOPIK 5 WACANA BERFORMAT DALAM TATABAHASA ! 87

    Konsep wacana berformat ialah penulisan berkesinambungan yang mengandung format-format tertentu.

    Penulisan tersebut adalah seperti berikut:

    (a) Surat kiriman tidak rasmi;

    (b) Surat kiriman rasmi;

    (c) Dialog;

    (d) Syarahan;

    (e) Ucapan;

    (f) Laporan;

    (g) Berita;

    (h) Catatan harian; dan

    (i) Perbahasan. Penulisan wacana berformat mesti ditulis mengikut cara tertentu. Penulisan

    berformat yang ditulis tidak mengikut format yang ditetapkan, boleh menjejaskan konsep wacana.

    Pengaplikasian wacana berformat dalam pengajaran penulisan sekolah rendah dan menengah membabitkan kehendak atau peraturan penulisan, proses penulisan dan rangka kasar pencerakinan idea supaya wujud kesinambungan.

    Peraturan wacana berformat:

    (a) Penulisan mestilah lengkap dan sempurna serta mempunyai sekurang-kurangnya tiga isi minimum yang dikembangkan dengan huraian dan contoh atau bukti yang kukuh dan relevan dengan isu-isu semasa yang dikemukakan dan bertepatan dengan tajuk yang dipilih.

    (b) Murid perlu matang menghuraikan isi pokok yang diberi.

    SEMAK KENDIRI 5.1

    1. Huraikan konsep wacana berformat.

    2. Apakah ciri-ciri penting wacana berformat? Nyatakan.

  • TOPIK 5 WACANA BERFORMAT DALAM TATABAHASA 88

    (c) Murid perlu menghubungkaitkan pertalian idea semasa mengolah isi agar terlihat kesinambungan idea antara ayat.

    (d) Murid juga perlu menggunakan penanda wacana dengan betul.

    (e) Murid juga harus menggunakan bahasa yang baik dan lancar agar tidak menampakkan ketergantungan idea.

    (f) Pemerengganan dalam penulisan hendaklah seimbang. Pemerengganan yang dicadangkan antara lima hingga tujuh perenggan dan menggunakan tanda baca yang betul dan tepat.

    (g) Tiada kesalahan ejaan atau hanya terdapat satu atau dua kesalahan bahasa sahaja.

    (h) Murid harus menggunakan kepelbagaian ragam ayat dan penggunaan struktur ayat yang betul.

    (i) Gariskan perkara-perkara penting dan tentukan format yang dikehendaki jika penulisan berkehendakkan format.

    (j) Hasilkan peta minda atau membuat rangka penulisan sebelum menulis agar dapat membimbing pelajar/memberi contoh dalam menyusun isi/idea.

    Proses menulis pula adalah seperti berikut:

    (a) Pilihlah tajuk yang benar-benar difahami, sesuai dengan pengetahuan, pemahaman dan keupayaan mengolah dan mengembangkan isinya. Pengetahuan tentang tajuk yang dipilih adalah dari segi:

    (i) Bentuk atau format penulisan

    (ii) Isi-isi

    (iii) Laras bahasa

    (b) Daripada penguasaan perkara-perkara tersebut, barulah dapat membuat pemilihan yang terbaik dan sekali gus mampu menghasilkan penulisan yang sempurna.

    (c) Walau bagaimanapun, jika mempunyai pengetahuan tentang tajuk atau soalan yang diberi, tetapi tidak tahu kehendaknya, ini juga bukanlah satu pilihan yang baik dan tepat kerana ini akan memerangkap diri sendiri.

    (d) Begitu juga jika memiliki pengetahuan dan faham dengan kehendak soalan atau tajuk, tetapi tidak yakin akan kemampuan untuk menghurai atau mengembangkannya, maka itu juga bukan satu pilihan yang tepat.

  • TOPIK 5 WACANA BERFORMAT DALAM TATABAHASA ! 89

    (e) Oleh sebab itu, pilihlah tajuk atau soalan yang benar-benar difahami dan yakin boleh menguasainya.

    (f) Untuk menguasai kemahiran tentang format karangan dan laras bahasanya, perlu memahami perbezaan format dan laras bahasa bagi penulisan yang pelbagai jenisnya dan perlulah rajin membuat latihan pelbagai jenis penulisan.

    (g) Untuk mengetahui dan mengolah isi-isi tentang sesuatu tajuk penulisan, murid perlu banyak membaca bahan bacaan, seperti buku ilmu pengetahuan, majalah, surat khabar dan sebagainya.

    (h) Catatlah fakta daripada bahan bacaan yang dibaca, kemudian simpan dengan baik. Dengan cara ini, murid boleh membuat rujukan pada bila-bila masa.

    Susunan penulisan berformat ialah:

    (a) Rangka ialah garis kasar bagi membentuk penulisan yang lengkap.

    (b) Rangka penulisan berfungsi sebagai panduan untuk murid menulis.

    (c) Rangka penulisan membantu murid:

    (i) Memastikan bahawa perkara-perkara yang dikemukakan tidak lari/terpesong daripada tajuk atau soalan.

    (ii) Menyusun isi-isi/fakta mengikut susunan yang betul.

    (iii) Menghasilkan perenggan yang cemerlang.

    (iv) Menganggarkan bilangan patah perkataan dalam setiap isi yang dihuraikan/diolah.

    (v) Memastikan had karangan ditulis mengikut arahan melebihi jumlah patah perkataan dikehendaki.

    (vi) Mengelakkan pengulangan fakta.

    (d) Rangka penulisan itu mestilah ringkas. Sebaik-baiknya ditulis dalam bentuk isi-isi penting untuk menjimatkan masa.

    Secara umumnya, rangka sesuatu penulisan mestilah terdiri daripada:

    (a) Pendahuluan

    (b) Isi-isi penting

    (c) Penutup

  • TOPIK 5 WACANA BERFORMAT DALAM TATABAHASA 90

    Pembinaan perenggan pula perlu disesuaikan dengan perkara-perkara berikut:

    (a) Satu perenggan mestilah mengandungi sekurang-kurangnya satu isi yang lengkap dengan huraian dan contoh untuk mengukuhkan isi.

    (b) Huraian yang dimaksudkan ini ialah keterangan atau penjelasan berupa maklumat tambahan, ulasan dan sokongan tentang isi-isi tersebut.

    (c) Struktur perenggan yang baik ialah memulakan perenggan dengan menyatakan isi pokok, diikuti oleh huraian lanjut serta contoh yang dapat memperkukuh isi penting.

    (d) Walau bagaimanapun, binaan perenggan tidak semestinya tetap. Anda boleh juga memulakan perenggan itu dengan isi pokok.

    (e) Setiap isi dalam setiap perenggan mestilah mempunyai pertalian. Gunakan penanda wacana yang sesuai untuk mewujudkan kesinambungan isi.

    (f) Panjang setiap perenggan perlu seimbang. Sebaik-baiknya panjang pendahuluan dan penutup harus seimbang dengan isi.

    Proses penyemakan adalah seperti berikut:

    (a) Proses akhir selepas menulis ialah menyemak atau menyunting. Perkara ini perlu dilakukan untuk memastikan segala aspek dalam penulisan dipatuhi.

    (b) Aspek yang perlu disemak atau disunting ialah kesalahan bahasa, jumlah perkataan, pemerengganan.

    (c) Ketika menyemak, pastikan tidak ada isi penting yang tertinggal.

    (d) Seandainya terdapat isi-isi penting yang tidak disertai contoh atau contoh yang disertakan itu agak lemah, tambahlah contoh yang lebih tepat.

    (e) Aspek bahasa yang perlu disemak ialah ejaan, tanda baca dan tatabahasa.

    (f) Jika ada kata-kata yang kurang jelas tulisannya, maka kemaskanlah tulisan kata-kata tersebut.

    (g) Penulisan yang disunting dengan baik akan memudahkan pembaca membaca dan mengesan isi; oleh yang demikian, penulisan akan menjadi mantap.

    Rangka penulisan meliputi contoh tentang pendahuluan, isi-isi dan penutup.

  • TOPIK 5 WACANA BERFORMAT DALAM TATABAHASA ! 91

    Berkesinambungan

    Format

    Garis Kasar

    Huraian dan contoh

    Isi-isi Penting

    Pemerengganan

    Penanda Wacana

    Pencerakinan

    Perincian Berformat

    Peraturan

    Perenggan

    Proses

    Rangka

    Susunan

    Kamarudin Husin. (1988). Pedagogi bahasa. Longman Malaysia Sdn. Bhd: Petaling Jaya.

    Sulaiman Masri. (1988). Penulisan dalam Bahasa Malaysia baku. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

    Zainol Ismail. (2003). Fokus unggul / penulisan dalam UPSR. Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd: Johor Baharu.