maksud wacana

Upload: ani-ahwai

Post on 16-Jul-2015

2.292 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Maksud Wacana

Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat (Harimurthi, 1982). Unit bahasa ini juga mengandung satu penyatuan bahasa yang lengkap kerana sesuatu wacana mungkin terdiri daripada dua atau beberapa gabungan ayat, satu perenggan, satu bab, sebuah buku atau satu siri buku. Wacana turut menunjukkan perkembangan fikiran berurutan yang tersusun dengan sempurna, selain menghasilkan satu pemikiran yang utuh. Dalam tatabahasa, wacana terletak dalam hierarki tertinggi yang hadir selepas tingkat ayat. 2.1.1 Jenis-jenis Wacana

Terdapat dua jenis wacana dalam unit bahasa, iaitu wacana lisan dan tulisan. Wacana lisan dihasilkan secara lisan yang melibatkan komunikasi secara langsung antara penutur dengan pendengar. Dalam wacana jenis ini, ekspresi wajah, nada suara, gerak badan dan sebagainya berfungsi untuk menyampaikan sesuatu perkara kepada pendengar. Contohnya ialah perbualan harian, temu ramah, ceramah, ucapan, khutbah, siaran televisyen dan radio.

Wacana tulisan pula ialah wacana yang disampaikan secara bertulis yang melibatkan hubungan antara penulis dengan pembaca. Komunikasi yang berlaku ialah komunikasi satu arah atau tidak langsung. Penulis tidak mendapat reaksi pembaca pada masa itu kerana penulis tidak berdepan dengan pembaca. Contoh wacana tulisan ialah rencana, akhbar, majalah, buku dan novel.

Wacana boleh dianggap sebagai kesatuan bahasa yang paling tinggi, iaitu kumpulan kalimat yang tertera dan berkesinambungan sehingga membentuk kesatuan yang utuh.

Wacana terdiri daripada pendahuluan, isi dan penutup. Jenis-jenis wacana adalah seperti berikut: Berdasarkan Fungsi Bahasa:

Wacana ekspresif; Wacana fatis; Wacana informasional; Wacana estetik; dan

Wacana direktif. Berdasarkan Saluran Komunikasi (wacana lisan dan wacana penulisan), Tanggapan Mitra Tutur atau Pembaca (wacana transaksional dan wacana interaksional) dan Pemaparan

Wacana deskriptif; Wacana ekspositoris; Wacana argumentatif; Wacana persuasif; Wacana hurtatoris; dan Wacana prosedural. Berdasarkan Bilangan Peserta Komunikasi Wacana monolog; Wacana dialog; dan Wacana polilog. Namun demikian, ada juga kalangan sarjana bahasa yang membahagikannya kepada empat, iaitu:

Wacana narasi; Wacana eksposisi; Wacana deskripsi; dan Wacana argumentasi. Ciri-ciri Wacana

a.

Apakah ciri-ciri wacana?

Sebagai unit bahasa yang lengkap, wacana mempunyai beberapa ciri penting. Lazimnya, setiap wacana mempunyai struktur, iaitu terdapatnya pendahuluan, isi dan penutup. Justeru, wacana mempunyai tujuan-tujuan berikut: b.

Apakah tujuan wacana?

Setiap wacana yang hendak dihasilkan mestilah mempunyai tujuan kerana dengannya dapat menentukan jenis wacana yang ingin digunakan. Tujuan wacana penting untuk memilih teknik penyampaian wacana, sama ada secara naratif, deskriptif, eksposisi atau penghujahan. Tujuan juga menentukan bentuk wacana, sama ada ucapan, ceramah, surat rasmi atau tidak rasmi dan sebagainya. Jika tujuan wacana adalah untuk mendapatkan maklumat, ayat yang digunakan ialah ayat tanya. Jika maklumat pula yang hendak disampaikan, ayat penyata digunakan.

Apakah maksud-maksud berikut: Tautan

Tautan atau kohesi bermaksud keserasian hubungan antara unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain dalam sesebuah wacana. Keserasian ditinjau daripada hubungan antara sesuatu perkataan, frasa atau ayat dengan sesuatu perkataan dalam wacana tersebut. Tautan dapat mewujudkan kesinambungan antara sebahagian teks dengan sebahagian teks yang lain sehingga membentuk satu kesatuan.

Runtutan

Runtutan atau koheren merupakan kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga menjadi satu teks yang bermakna. Runtutan merupakan asas dalam pembinaan wacana. Tanpa makna, teks tidak dianggap sebagai wacana.

i.

PenerimaanSesuatu wacana perlu mempunyai pendengar atau pembaca yang merupakan penerima sesuatu wacana.Tahap penerimaan seseorang itu tinggi jika pendengar atau pembaca memahami sepenuhnya wacana yang disampaikan. Sebaliknya tahap penerimaan adalah rendah jika wacana tersebut tidak difahami oleh pendengar atau pembaca.

ii.

Maklumat Setiap wacana juga perlu mempunyai maklumat, iaitu maklumat baharu dan maklumat lama. Maklumat lama adalah maklumat yang telah dinyatakan pada peringkat awal dan diulang dalam konteks berikutnya, manakala maklumat baharu adalah maklumat yang baharu sahaja dinyatakan dalam wacana tersebut.

iii.

Keadaan Sesuatu wacana juga perlulah sesuai dengan keadaan. Kesesuaian itu menjadikan sesuatu wacana relevan dengan situasi ujaran. Pemilihan kata, frasa dan susunan ayat yang tepat amat penting untuk menjadikan sesuatu wacana itu sesuai dengan keadaan.

iv.

Interteks Interteks bermaksud sesuatu wacana bergantung pada wacana yang lain. Dengan adanya interteks, sesuatu wacana akan lebih mudah difahami oleh pembaca atau pendengar. Kefahaman seseorang terhadap sesuatu wacana yang dibaca atau didengar akan membantu menghasilkan wacana.

2.1.3 Makna dalam Wacana

Keutuhan sesuatu wacana adalah penting dan dapat dilihat daripada kewujudan hubungannya dengan aspek makna dengan berdasarkan penggunaan tatabahasa yang betul dan tepat.

Hubungan wacana dari aspek makna dapat ditinjau daripada kesepaduan makna yang wujud dalam sesuatu wacana dengan berdasarkan aspek tatabahasa yang digunakan. Hubungan makna antara bahagian bagi sesebuah wacana dengan berpandukan penggunaan tatabahasa yang betul dan tepat dapat ditunjukkan seperti pernyataan dan contoh-contoh berikut:

Hubungan sebab dan akibat, iaitu sebagai contoh: Ahmad tidak bersungguh-sungguh berlatih. Dia gagal dalam setiap pertandingan yang disertainya. Hubungan sebab dan tujuan, iaitu sebagai contoh: Siti sangat rajin menelaah buku. Dia ingin berjaya dalam pelajaran. Hubungan sebab dan hasil, iaitu sebagai contoh: Salmah begitu rajin belajar. Dia lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan akhir. Hubungan latar dan kesimpulan, iaitu sebagai contoh: Rosmah menangis. Rupa-rupanya dia terlalu gembira kerana lulus peperiksaan dengan cemerlang.

Hubungan syarat dan hasil, iaitu sebagai contoh: Pelajar-pelajar mestilah belajar bersungguh-sungguh. Kesungguhan akan menghasilkan kejayaan. Hubungan perbandingan, iaitu sebagai contoh: Rumah Romzi besar. Rumah Rosli lebih besar. Hubungan penjelasan, iaitu sebagai contoh, Tsunami yang berlaku baru-baru ini sungguh dahsyat. Bencana tersebut bukan sahaja telah mengorbankan nyawa, tetapi banyak harta benda telah musnah. Konsep Kohesi dalam Wacana

Sebelum anda diberikan penerangan serta huraian tentang konsep kohesi dalam wacana, ada baiknya anda meneliti semula makna definisi yang berhubung dengan wacana. Wacana adalah sebagai kesinambungan cerita dengan bahasa mudah yang ditunjang oleh jalinan maklumat. Dalam bidang pendidikan, bahasa Melayu telah diperkenalkan dengan beberapa definisi wacana seperti berikut:

Harimurti (1982:204) "Wacana atau dalam bahasa Inggerisnya ialah 'Discourse'. Wacana merupakan satuan bahasa yang lengkap, iaitu dalam hierarki gramatikal merupakan satuan gramatikal tertinggi ataupun terbesar. Wacana ini direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh seperti novel, buku siri ensiklopedia dan sebagainya, paragraf, kalimat atau ayat yang membawa amanat yang lengkap."

Anton M. Moeliono (1995:407) "Wacana adalah rentetan kalimat yang berkaitan sehingga terbentuklah makna yang serasi di antara kalimat itu."

Wacana tidak mempunyai satu-satu jenis ayat yang terdiri dengan utuhnya tanpa dipengaruhi oleh proses-proses kelahiran ayat. Ini bermaksud bahawa ayat yang selalu didapati dalam struktur dan sistem adalah secara teratur. Asmah tahun telah membezakan ayat sistem daripada ayat wacana. Ayat sistem ialah ayat atau tutur yang dikeluarkan dan diasingkan daripada konteks wacana, sedangkan ayat wacana yang juga disebut ayat teks ialah ayat yang betul-betul terdapat dalam wacana teks dan wacana lisan. Hubungan kesinambungan cerita itu dapat menunjukkan secara nahuan, iaitu perujukan, kata-kata penghubung dan pengguguran. Kesatuan makna dalam wacana seperti yang diterangkan di atas akan dilihat dari segi makna logik dan makna tautan. Makna tautan inilah yang merupakan konsep semantik dan merujuk kepada perkaitan kebahasaan yang didapati pada suatu ujaran yang membentuk wacana. Setelah anda lihat dan teliti beberapa huraian tentang beberapa definisi mengenai wacana yang diambil daripada berbagai-bagai sumber, dapat ditegaskan bahawa adanya persamaan dan perbezaan pendapat tentang definisi wacana yang diperoleh daripada ahli-ahli linguistik ataupun penulis.

Di samping itu juga, wacana letaknya lebih tinggi daripada ayat pada skala tatatingkat tatabahasa dan mempunyai keteraturan fikiran logik (coherence) dan juga tautan (cohesion) dalam strukturnya. Wacana dicirikan oleh kesinambungan maklumat. Makna kesinambungan di sini diertikan sebagai kesatuan makna.

Unsur-unsur penting dalam wacana adalah seperti, satuan bahasa, terlengkap, mengatasi ayat atau klausa, teratur atau tersusun rapi, berkesinambungan, kohesi, lisan atau tulisan awal dan juga akhir yang nyata.

a.

Kohesi (Cohesion)

Kohesi merupakan aspek formal bahasa dalam wacana. Dengan itu kohesi adalah 'organisasi sintaktik'. Organisasi sintaktik ini adalah merupakan wadah ayat-ayat yang disusun secara padu dan juga padat. Dengan susunan sebegitu organisasi tersebut adalah untuk menghasilkan tuturan.

Ini bermaksud bahawa kohesi merupakan hubungan di antara ayat di dalam sebuah wacana, tidak kira sama ada dari segi strata gramatikal mahupun strata leksikal tertentu. Dengan penguasaan dan juga pengetahuan kohesi yang begitu baik, ia akan dapat menghasilkan wacana yang baik.

Dalam kohesi, kaedah-kaedah yang digunakan berdasarkan penyampaian maklumat lama dan maklumat baru. Kaedah-kaedah itu adalah seperti kaedah perujukan, kaedah penggantian, kaedah pengguguran, kaedah konjungsi dan kohesi leksikal. Wacana juga dicirikan oleh kesinambungan maklumat yang diertikan sebagai kesatuan makna. Kesatuan makna dalam wacana ini pula dapat dilihat dari segi makna logik dan makna tautan.

Tautan (cohesion) berbeza dengan keteraturan fikiran, ini bermaksud bahawa kohesi ataupun tautan merupakan konsep semantik yang juga merujuk kepada perkaitan kebahasaan yang didapati pada suatu ujaran yang membentuk wacana. Manakala menurut Halliday dan Hasan (1976), tautan merupakan satu set kemungkinan yang wujud dalam bahasa untuk menjadikan suatu 'teks' itu berkesatuan.

Ini bermakna bahawa hubungan makna sama ada makna leksikal mahupun makna nahuan, perlu diwujudkan secara terpadu dalam kesatuan yang membentuk teks. Menurut Halliday dan Hasan seterusnya: "Cohesion is expressed through the strata organization of language. Language can be explained as a multiple coding system comprising three levels of coding or 'strata'. The semantic (meaning), the lexicogrammatical (forms) and the phonological and orthographic (expression). Meanings are realized (coded) as forms, and the forms are realized in turn (recoded) as expressions. To put this in everyday terminology, meaning is put into wording and wording into sound or writing."

Tautan makna itu dapat dilihat daripada dua sudut, iatu tautan nahuan dan tautan leksikal. Kedua-dua tautan ini wujud dalam sesuatu kesatuan teks. Tautan ataupun kohesi ini juga memperlihatkan jalinan ujaran dalam bentuk ayat bagi membentuk suatu teks atau konteks dengan cara menghubungkan makna yang terkandung di dalam unsur. Kaedah pertautan ini lebih dikenali dalam istilah perujukan, penggantian, pengguguran, konjungsi dan nahuan leksikal.

Kohesi juga dikenali sebagai tetenunan, tautan, kesepaduan dan sebagainya.

b.

Perujukan

Perujukan ataupun rujukan ini merujuk kepada unsur sebelum atau selepas yang berkaitan dengan hubungan semantik. Perujukan ini dilihat dari dua sudut, iaitu Perujukan Eksoforik dan Perujukan Endoforik. c.

Perujukan Eksoforik

Perujukan Eksoforik ini digunakan untuk merujuk kepada hal-hal yang mempunyai kaitan dengan situasi yang berkembang di depan penutur ataupun pendengar yang menerima mesej ataupun maklumat yang telah disampaikan kepadanya. Ann (1995) menyatakan bahawa perujukan eksoforik ini menerangkan tentang situasi yang merujuk kepada sesuatu yang telah diidentifikasi dalam sesuatu konteks bagi sesebuah situasi. Manakala, Harimurti Kridalaksana (1982) memberikan pengertian bahawa perujukan eksoforik ini adalah hal ataupun fungsi yang menunjukkan kembali kepada sesuatu yang ada di luar daripada sesebuah situasi. Perujukan eksoforik merujuk kepada hal-hal yang di luar daripada konteks. Dalam situasi ini kaedah perujukan eksoforik digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang telah berlaku pada ketika sesuatu ujaran itu berlaku. Perujukan eksoforik ini kadangkala digunakan dalam hal yang menunjukkan sesuatu itu secara langsung, iaitu eksofora (exophora) kerana ungkapan eksofora mempunyai fungsi perujukan yang telah diperlihatkan oleh kata ganti. Perujukan eksoforik ini mengandungi tiga perkara iaitu, konteks segera, pengetahuan bersama dan pengetahuan satu dunia wacana.

Penanda Wacana Banyak pelajar tidak mendapat markah yang baik kerana pembentukan ayat yang lemah. Hal ini demikian kerana pembinaan ayat tidak berkesinambungan dan tidak mempunyai hubung kait yang rapat dan mesra. Oleh hal yang demikian, saya telah menyediakan senarai peribahasa untuk para pelajar yang amat saya kasihi. Dalam catatan blog akan datang, saya akan mengajar anda cara menggunakan penanda wacana yang kurang anda fahami. Oleh itu, jika anda mempunyai masalah untuk menggunakan mana-mana penanda wacana, saya bersedia untuk menerangkannya.

Penanda Wacana i) Penanda permulaan karangan a) Pada era globalisasi ini, b) Pada zaman pascakemerdekaan ini, c) Dalam meniti arus kemodenan ini, d) Dewasa ini, e) Pada masa ini, f) Kini, g) Dasawarsa ini, h) Dalam meniti kehidupan pada marcapada, i) Sejak sedekad yang lalu, j) Sejak negara menikmati arus kemerdekaan, k) Kebelakangan ini, l) Belakangan ini, m) Sejak akhir-akhir ini, ii) Penanda memulakan isi baharu a) Selain itu, b) Di samping itu, c) Sementara itu,

d) Lebih-lebih lagi, e) Dalam pada itu, f) Lain daripada itu, g) Pada waktu yang sama, h) Dalam pada itu, i) Seterusnya,

iii) Penanda huraian isi karangan a) Hal ini demikian kerana b) Hal ini berlaku kerana c) Hal ini terjadi kerana d) Hal ini disebabkan oleh e) Hal ini wujud akibat daripada f) Hal ini bersangkut-paut dengan g) Hal ini berpunca daripada h) Hal ini tercetus apabila i) Hal ini timbul apakala

iv) Penanda memberi contoh dalam karangan a) Misalnya, b) Contohnya, c) Sebagai contoh, d) Tamsilnya, e) Sebagaimana yang kita sedia maklum, f) Antaranya adalah seperti

v) Penanda menghuraikan contoh a) Hal ini mengakibatkan b) Hal ini menyebabkan c) Oleh itu, d) Maka, e) Oleh hal yang demikian, f) Oleh sebab itu, g) Jelaslah bahawa h) Justifikasinya,

vi) Penanda menutup isi a) Kesannya, b) Natijahnya, c) Akibatnya, d) Akhirnya, e) Dengan itu, f) Dengan berbuat demikian, g) Dengan keadaan sedemikian,

vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat Contoh: Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang memeningkan kepala (Huraian 1) _(x)_ membimbangkan semua pihak. (Huraian 2)

a) justeru

b) malah c) malahan d) tambahan pula e) sementelahan f) sekali gus g) di samping h) bahkan i) malar-malar

viii) Penanda memulakan perenggan penutup a) Kesimpulannya, b) Intihanya, c) Secara tuntas, d) Konklusinya, e) Sebagai penutup wacana, f) Sebagai penghias bicara akhir, g) Sebelum mengakhiri wacana ini, h) Secara keseluruhan, i) Secara total,

ix) Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza a) Walau bagaimanapun, b) Walakin begitu, c) Namun demikian, d) Daripada perspektif yang berbeza,

e) Jika dilihat dari sudut lain, f) Dengan kata lain, g) Kontradiksinya, i) Di sebalik itu, j) Dalam pada itu, k) Dari sudut lain,

x) Penanda memulakan atau memasukkan peribahasa a) Bak kata peribahasa, ....... b) Bak kata peribahasa Melayu, ............ c) Bak kata orang tua-tua, ........... d) Bak kata mutiara, ......... e) Bak peribahasa, ............ f) Bak kata cendekiawan, ............. g) Persis kata peribahasa, ............ h) Persis kata peribahasa Melayu, ............. i) Persis kata orang tua-tua, ............ j) Persis kata mutiara, ............ k) Persis peribahasa, ............... l) Persis kata cendekiawan, ............. m) Hal ini sama dengan peribahasa .......... n) Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni ....... o) Fenomena ini dikatakan p) Masalah ini sama dengan peribahasa ........... q) Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa ..........

Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi merangkai ayat untuk melanjutkan sesuatu maklumat. Kegagalan dalam penggunaan penanda wacana yang tepat akan menyebabkan seluruh wacana tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap. [sunting]Contoh

Kata penghubung -tetapi -lalu -jika -serta -agar -supaya -sungguhpun -kerana -walaupun Penambahan -dan -sebenarnya -juga -sekali lagi -bertitik tolak -hal ini -tambah lagi -lebih-lebih lagi -selain juga Perbandingan/ Perbezaan -tetapi -dalam nada yang berbeza -selain itu -walaupun -sehubungan dengan - sebagaimana -sebaliknya -jika dibandingkan dengan -sama dengan -berbeza dengan -walau bagaimana sekalipun -selari dengan -walau bagaimanapun -setelah dibandingkan dengan -namun demikian Turutan -pertamanya -akhirnya -selain itu -keduanya -seterusnya -pertama sekali -selepas itu -lebih awal dari itu -lebih penting lagi Contoh -contohnya -biar kita ambil contoh -khususnya -misalnya -mari kita mengambil contoh -terutamanya

-umpamanya -apa yang dimaksudkan -seperti Masa -akhirnya -pada masa yang sama -sesekali -dewasa ini -pada ketika itu -sebelum ini -selepas itu -pada mulanya -semenjak itu -sementara itu -serentak dengan -ada ketikanya Kesimpulan -oleh itu -jadi -kesimpulannya -jika kita tidak -jelaslah -dapatlah disimpulkan bahawa -kesudahannya -sesungguhnya -tanpa (penglibatan/ usaha, dsb.) -pendek kata -walaupun -oleh hal yang demikian -ringkasnya -marilah kita -komitmen semua pihak -sebagai rumusan -demikianlah -dapatkah kita membayangkan.. -kejayaan...bergantung pada -pada keseluruhannya -sebagai menggulung hujah -keengganan... bakal menyaksikan -(peribahasa) -sebelum saya mengakhiri, saya menegaskan sekali lagi... Penanda wacana umum -dengan ini -banyak pihak yang berpendapat -amnya -sememangnya -selaras dengan -lazimnya -sejajar dengan sering kali kita -justeru itu -sementelahan pula -secara khususnya -pada kebiasaannya PENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN

Kita dapat menyaksikan betapa Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana

Lazimnya, dalam keadaan Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah Pada hemat saya Pada pandangan saya Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa Sebagaimana yang kita ketahui Sebagaimana yang kita maklumi Sejak awal lagi Sejak kebelakangan ini Selain itu, pada masa ini juga Seperti yang telah dinyatakan Umum mengetahui bahawa Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas

PENANDA WACANA UNTUK AYAT 2 DAN SETERUSNYA DALAM KARANGAN

Bagi sesetengah orang Begitu juga dengan Begitu juga halnya dengan Bertitik tolak daripada itu Bukan itu sahaja Dalam hal ini Dalam konteks ini .. Dalam zaman yang serba canggih ini Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa

Dengan adanya Dengan berbuat demikian Dengan perkataan lain .. Disebabkan hal itu Disebabkan keistimewaan inilah kita .. Hal ini berlaku disebabkan Hal ini penting dalam Hal ini serupa dengan Hal yang serupa berlaku apabila Ini disebabkan Ini membuktikan bahawa Ini menggambarkan bahawa Ini secara tidak langsung akan Ini semua meninggalkan kesan kerana Ini tentu sekali membuatkan Jadi kita perlu Jadi kita hendaklah Keadaan ini tentunya Lantaran itu sehingga kini Kesemua ini menyumbang kepada Kita mengakui hakikat bahawa Kita sering menonton di kaca televisyen Kita sering membaca di dada-dada akhbar Memandangkan keadaan yang sedemikian Namun sejak kebelakangan ini

Oleh itu, bolehlah dikatakan Secara logiknya masa yang Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita Keadaan ini seharusnya boleh Walaupun demikian, sejak akhir-akhir ini Kendatipun demikian, kita masih Yang paling nyata ialah Yang perlu kita pastikan ialah

PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN STATISTIK

Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati sebanyak Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementerian .. pada tahun menunjukkan bahawa sebanyak

PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN CONTOH

Sebagai contohnya Biar kita lihat Biar kita ambil contoh Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah Sebagai analoginya, Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah

PENANDA WACANA UNTUK KESIMPULAN KARANGAN

Intihanya, Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas Konklusinya, Dengan ini diharapkan Bukan itu sahaja Mudah-mudahan perkara ini Dengan keizinan Tuhan yang maha esa, kita yakin dan percaya bahawa Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, insyallah perkara ini akan Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama

KATA-KATA HIKMAT DIGUNAKAN DALAM KARANGAN

01. baik kaya ialah kaya hati,sebaik-baik bekal ialah takwa,seburuk-buruk buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta. 02. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka). 03. Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. ~Horne 04. Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu. 05. Kalau hidup ingin merdeka, Tiada tercapai hanya berkata, Ke muka maju sekata, maju kita, Melemparkan jauh jiwa hamba. ~Usman Awang 06. "Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." ~Surah al-Hajj:77 07. "Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sajalah tempat meminta pertolongan" ~Surah Yusuf:18 08. Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.

09. Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. ~Davey John Schwartz 10. "Peristiwa itu memberi pengajaran kepada saya mengenai bagaimana guru besar perlu bersikap profesional dan tidak menggunakan emosi dalam melakukan tindakan." ~Tengku Habsah Tengku Petera (Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan) 11. "Satu perkara yang menakutkan saya pada masa ini ialah peningkatan gejala rasuah. Secara umumnya, lebih tinggi rasuah yang ada, lebih kurang kemerdekaan yang dimiliki." ~Profesor Diraja Ungku Aziz 12. Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat. 13. Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai. 14. Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari. 15. Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit. 16. Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. ~ Saidina Ali Abu Talib 17. Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu." 18. Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok. 19. Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (surah Al-Baqarah:214) 20. Kekitaan yang erat tiada yang berat. 21. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari. 22. Orang bakhil tidak akan terlepas daripada salah satu daripada empat sifat yang membinasakan iaitu; dia akan mati dan hartanya akan diambil warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau; hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau; hartanya menjadi rebutan orangorang jahat dan akan digunakan untuk kejahatan atau; adakalanya harta itu akan dicuri dan digunakan untuk berfoya-foya. - SAIDINA ABU BAKAR 23. Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Kesihatan yang hilang boleh diperolehi dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang. 24. Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.

25. Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati.

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=wacana&d=10 Penanda wancana Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat yang boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, dialog dsb. yang memperlihatkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan dan lengkap. Ciri wacana ialah kohesi dan koheran. Penanda wacana wujud adalah untuk mewujudkan kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana. Cth. penada penghubung, penanda rujukan,penggantian,leksikaldan elipsis atau pengguguran. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 523. definisi wacana,ungkapan wacana, jenis-jenis wacana, contoh ungkapan wacana dan juga kesesuaian penggunaan wacana dalam penulisan atau ucapan,terima kasih. Wacana bermaksud kesatuan fikiran yg utuh, sama ada dlm bentuk lisan (spt pidato, khutbah) atau tulisan (spt surat, artikel, novel, cerpen). Untuk maklumat lanjut sila rujuk tulisan/buku yang berkaitan. apakah wacana dan penanda wacana? Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat yang boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian,dialog,bab,buku,siri buku dan sebagainya yang memperlihatkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan dan lengkap. Bagi mewujudkan kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana, penanda wacana digunakan. Terdapat lima jenis penanda wacana: penanda penghubung, rujukan,penggantian,leksikal dan elipsis atau pengguguran. Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Apakah maksud penanda wacana? 2. Apakah fungsi-fungsi penanda wacana? 3. Bagaimanakah caranya untuk meningkatkan penggunaan penanda wacana di kalangan pelajar Bagi mewujudkan kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana, penanda wacana digunakan. Penanda wacana wujud sebagai isyarat bagi berlakunya (sudah berlaku, sedang berlaku atau akan berlakunya) sesuatu peristiwa. Ungkapan-ungkapan yang digunakan selain mempunyai makna tersendiri juga berfungsi sebagai pemberi isyarat bagi makna keseluruhan surat rasmi itu. Penanda wacana dibahagikan menurut jenis makna dan kata yang ditimbulkannya seperti penanda rujukan, penanda penyertaan, penanda makluman dsb. Kekeliruan berlaku apabila penulis tidak menggunakan penanda wacana yang betul dan tepat mengikut konteks dan makna yang hendak disampaikan. Untuk maklumat lanjut tentang penanda wacana sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 525. Apakah definisi wacana?

Merujuk Kamus Dewan wacana ialah keseluruhan tutur yg merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang wacana, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi terbaharu. PERTANYAAN BERKAITAN WACANA DALAM PENGGUNAAN BAHASA MELAYU..TERANGKAN SECARA TERPERINCI Wacana ialah keseluruhan tutur yg merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan. Wacana juga merupakan perbincangan atau pertukaran idea secara lisan. Contoh ayat: Mereka mengadakan wacana ilmu. Wacana juga dapat ditakrifkan sebagai kesatuan fikiran yg utuh, sama ada dlm bentuk lisan spt pidato, khutbah atau tulisan (spt surat, artikel, novel, cerpen. Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat terperinci berkaitan wacana, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan. Apakah yang dimaksudkan dengan konsep penanda wacana? Penanda wacana wujud sebagai isyarat bagi berlakunya (sudah berlaku, sedang berlaku atau akan berlakunya) sesuatu peristiwa. Bagi mewujudkan kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana, maka penanda wacana digunakan. Terdapat lima jenis penanda wacana: penanda penghubung, rujukan,penggantian,leksikal dan elipsis atau pengguguran. Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 525. Dengan menggunakan sebuah artikel/majalah yang anda dikehendakki menganalisia petikan itu mengikut: 1. Bincangkan kesepaduan wacana 2. Kerapian Wacana Soalan saya apa yang harus saya bincangkan, apakah maksud kesepaduan dan kerapian wacana dlm artikal...tolonglah tuan saya amat buntu.tqvm Dalam perkara ini sdr perlu memahami apa yg dikatakan wacana. Setelah memahami maksud wacana, barulah sdr dapat merungkaikan apa yg diperlukan dalam soalan tersebut. Wacana ialah perbincangan atau pertukaran idea secara lisan, kesatuan fikiran yg utuh, sama ada dlm bentuk lisan (spt pidato, khutbah) atau tulisan (spt surat, artikel, novel, cerpen). Misalnya wacana tersebut berbentuk satu rencana tentang baik buruknya peperangan. Dalam hal ini sdr perlu membaca keseluruhan isi rencana tersebut. Dalam hal ini persoalan seperti siapa, mengapa, bila, di mana dan apa sering menjadi perbincangan dalam rencana tersebut. Maksudnya di sini ialah, artikel atau rencana tersebut berkaitan atau berurutan antara satu perenggan dengan perenggan lain menceritakan tentang peperangan. Oleh yg demikian persolan yg dinyatakan di atas sebenarnya menggambarkan kesepaduan sebuah wacana yg menceritakan tentang peperangan. Apa yg penting ialah pandangan atau pendirian pembaca tentang kesan atau sebab akibat dari peperangan itu kepada manusia. T.kasih. apakah maksud penanda wacana dan apakah fungsi penanda wacana. terima kasih Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat yang boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian,dialog,bab,buku,siri buku dan sebagainya yang memperlihatkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan dan lengkap. Bagi mewujudkan kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam

sesuatu wacana, penanda wacana digunakan. Penanda wacana wujud sebagai isyarat bagi berlakunya (sudah berlaku, sedang berlaku atau akan berlakunya) sesuatu peristiwa. Ungkapan-ungkapan yang digunakan selain mempunyai makna tersendiri juga berfungsi sebagai pemberi isyarat bagi makna keseluruhan surat rasmi itu. Penanda wacana dibahagikan menurut jenis makna dan kata yang ditimbulkannya seperti penanda rujukan, penanda penyertaan, penanda makluman dsb. Kekeliruan berlaku apabila penulis tidak menggunakan penanda wacana yang betul dan tepat mengikut konteks dan makna yang hendak disampaikan. Untuk maklumat lanjut tentang penanda wacana sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, edisi Ketiga. Abdul Rahman Haji Abdullah . (2005).Wacana falsafah ilmu: analisis konsep-konsep asas dan falsafah pendidikan Negara.Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Eriyanto .(2001)Analisis Wacana.Tiada maklumat ___________Analisis wacana : dari linguistik sampai dekonstruksi.(2002)Penerbit Kanal