ciri-ciri wacana

Click here to load reader

Download CIRI-CIRI WACANA

Post on 10-Jun-2015

8.429 views

Category:

Documents

8 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

WACANAIkmal, Azhan, Kamarul, Noriza & Nazariah

Konsep & Definisi Wacana ialah semua perkara yang melibatkan bahasa. Kamus Dewan (1996) Wacana sebagai keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan dan percakapan. Wacana mempunyai tubuh teks seperti berikut: Pendahuluan Tubuh Isi-isi Penutup

Wacana boleh ditulis dalam pelbagai bentuk penulisan, iaitu sama ada naratif (pemberian), deskriptif (pengambaran), eksposisi (pendedahan) atau penghujahan. Wacana dapat digambarkan seperti berikut:paralinguistik gaya Wacana susunan isi tujuan khalayak

Kosa kata

tatabahasa

CIRI-CIRI WACANA1. Setiap wacana perlu dikaji kaitan penutur dalam masyarakat secara amnya yang akan menentukan gaya wacana sama ada gaya formal atau tidak formal. Wacana harus ada tujuan yang menentukan sesuatu jenis ayat, perbuatan, jenis ayat yang terbentuk ialah ayat perintah.Begitu juga jika tujuan penutur adalah untuk mendapatkan maklumat, jadi ayat yang terbentuk ialah ayat tanya. Sesuatu wacana mesti berdasarkan kaitan antara penutur dengan pendengar dalam bahasa lisan dan penulis dengan pembaca dalam bahasa tulisan. Setiap wacana tidak boleh dimaksukkan maklumat yang bertentangan dengan maklumat yang terdapat dalam ayat

2.

3.

4.

CIRI-CIRI WACANA Dalam wacana perlu ada unsur-unsur susun atur menurut sebab, akibat, tempat, waktu, keutamaan dan sebagainya.Ayat-ayat ini harus mempunyai urutan yang sangat rapat Wacana harus mempunyai andaian dan inferensi.Maklumat pertama dalam wacana digelar andaian manakala maklumat berikutnya disebut inferensi. Andaian disebut judul dan inferensi disebut ulasan.Inferensi menambah maklumat kepada andaian da lazimnya bahagian ini diberi tekanan suara yang tinggi. Setiap ayat dalam wacana harus ada maklumat baru yang ada dalam ayat yang sebelumnya.Ayat-ayat yang mengesahkan

Takrifan Penanda Wacana Ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfugsi menghubungkan sesuatu idea,hujah, dan pandangan semasa menulis dan berucap Penting kerana dapat mewujudkan pertautan atau kesinambungan antara

Pengelasan Penanda Wacana Tambahan Urutan Penyataan semula Contoh Rumusan Tempat Waktu Sebab dan kesan Bandingan Pertentangan Pengesahan

Penanda Wacana TambahanContohnya: Dan Serta Lagi Tambahan lagi Tambahan pula Selanjutnya Seterusnya

Penanda Wacana urutanContohnya: Pertama Kedua Seterusnya Selepas itu kemudian

Penyataan semulaContohnya: Iaitu Yakni Dengan kata lain Seperti yang diterangkan

Penanda Wacana contohContohnya: Seperti Ibarat laksana Macam Umpama Bagai Bak kata

Penanda Wacana rumusanContohnya: Rumusannya Kesimpulannya Sebagai kesimpulan Akhir kata

Penanda Wacana tempatContohnya: Berhampiran dengan Bersebelahan dengan Bertentangan dengan

Penanda Wacana waktuContohnya: Apabila Ketika Semasa Kemudian Pada mulanya Lama-kelamaan

Penanda Wacana sebab & kesanContohnya: Oleh itu Sebab itu Justeru Lantaran Jadi

Penanda Wacana bandinganContonnya: Seperti juga Serupa dengan Sesuai dengan Sama juga dengan

Penanda Wacana pertentanganContohnya: Tetapi Sebaliknya Sungguhpun Walaubagaimana pun Namun begitu Bertentangan dengan

Penanda Wacana pengesahanContohnya: Sebenarnya Sesungguhnya Sewajarnya Pastilah Tentulah

Jenis-jenis Penanda WacanaSecara umumnya terbahagi kepada : Wacana bertulis/tulisan Wacana lisan

Wacana lisan Disampaikan melalui ujaran/media lisan Melibatkan hubungan pembicara dan pendengar Melibatkan komunikasi interaktif Perlu mendengar untuk dapatkan maklumat Contoh perbualan, temuramah, ceramah, khutbah, tv & radio

Wacana bertulis/tulisan Disampaikan secara bertulis Melibatkan hubungan diantara penulis dengan pembaca Melibatkan komunikasi tidak langsung/ komunikasi satu arah Perlu membaca untuk memahami maklumat contoh puisi, surat,akhbar, majalah,buku

Aspek Wacana1. Aspek fonologi 2. Aspek semantik 3. Aspek gramatis

Aspek Fonologi Hentian atau kesenyapan suara, nada suara, intonasi dan tinggi rendah. Contoh ayat : Kau makan lembu ? Kau makan, lembu ?

Cuba tuturkan dengan nada yang berbeza nada lembut nada keras.

Keutuhan WacanaSatu aspek penting kerana ini akan memastikan sama ada sesuatu kesatuan itu boleh dikatakan wacana atau hanya satu kumpulan ayat yang tidak teratur.

Aspek Semantik Antara bahagian-bahagian wacana dari segi konteks atau latar wacana. Kaitankaitan antara bahagian wacana : Kaitan sebab & tujuan : Guru itu rajin mengajar. Ia mengharapkan semua muridnya lulus cemerlang dalam UPSR. Kaitan sebab & akibat : Ahmad keletihan berjalan jauh. Dia pengsan.

3. Kaitan sebab dan hasil : En Ahmand seorang yang rajin dan tekun semasa mengajar. Dia mempunyai sijil pengiktirafan guru cemerlang dari KPM. 4. Kaitan syarat & hasil : Kita mesti mengajar dengan belajar bersungguhsungguh. Kesungguhan menghasilkan keputusan yang cemerlang. 5. Kaitan perbandingan : Siti Nurhaliza pandai menyanyi. Adiknya lebih pandai lagi.

Kaitan kaitan antara bahagian wacana

Kaitan-kaitan antara bahagian wacana6. Kaitan latar & kesimpulan :

Pesembahan kumpulan A sangat baik. Sebenarnya En. Ahmad adalah pengarahnya. 7. Kaitan sampingan : Saya sudah membuat tugasan. Saya letih, jadi biarlah saya berehat sekarang. 8. Kaitan memperkuatkan isi : Sungguh sopan pelajar itu. Berbudi bahasa dan lemah lembut tutur katanya.

Kaitan-kaitan dari segi konteks atau latar wacana Laras bahasa yang digunakan : Cara menyediakan makanan. Kesepaduan tajuk : Kehidupannya senang. Dia berumah besar dan memiliki kereta mewah. Perubahannya sungguh tidak disangka. Kaitan sosial antara peutur dan pendengar : Abu : sudah siap ? Ali : Belum. Masa tidak cukup.

Aspek Gramatis Pengunaan penanda gramatis Kata Hubung : perkataan yang menghubung klausa dengan klausa : Contoh atau, dan, lalu. Pelenyap (penghilang) : Elak ulang maklumat dalam 1 pernyataan : Contoh Fatin datang petang semalam, ibunya pagi ini.