tatabahasa - penanda wacana

Click here to load reader

Post on 02-Aug-2015

406 views

Category:

Documents

16 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASASEMESTER JANUARI 2012HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYUPUSAT PEMBELAJARAN:PUSAT PEMBELAJARAN NEGERI SEMBILANHBML 3203ISI KANDUNGAN Abstrak 1.0 Pengenalan 1.1 Maksud Penanda Wacana 1.2 Konsep Penanda Wacana 1.3 Kesimpulan 2.0 Empat Fungsi Penan

TRANSCRIPT

(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA)

(MUKA SURAT HADAPAN)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI 2012

HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN: NO. TELEFON E-MEL

: : :

830706055058002 012-2305360 [email protected]

830706-05-5058

PUSAT PEMBELAJARAN

:

PUSAT PEMBELAJARAN NEGERI SEMBILAN

HBML 3203

ISI KANDUNGAN Abstrak 1.0 Pengenalan 1.1 Maksud Penanda Wacana 1.2 Konsep Penanda Wacana 1.3 Kesimpulan 2.0 Empat Fungsi Penanda Wacana 2.1 Fungsi Pertama 2.2 Fungsi Kedua 2.3 Fungsi Ketiga 2.4 Fungsi Keempat 2.5 Huraian Fungsi Penanda Wacana 3.0 Penggunaan Penanda Wacana dalam Perenggan 3.1 Contoh Perenggan Pertama 3.2 Contoh Perenggan Kedua 3.3 Contoh Perenggan Ketiga 4.0 Cadangan Meningkatkan Penggunaan Penanda Wacana 5.0 Kesimpulan 6.0 Bibliografi 12 13 14 15 16 11 9 3 3 4 5 5 6 7 8 2 2

2

HBML 3203

Abstrak Penulisan ini dihasilkan untuk mengetahui definisi penanda wacana daripada beberapa tokoh bahasa dari dalam dan luar negara. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengetahui konsep sebenar penanda wacana dalam bahasa Melayu. Bukan itu sahaja, penulisan ini juga dibuat untuk mengetahui empat fungsi utama penanda wacana dan penggunaannya dalam perenggan. Tujuan penulisan ini juga untuk mengetahui bagaimana fungsifungsi penanda wacana dapat mewujudkan keseimbangan antara ayat dengan frasa. Penulis juga akan memberi beberapa cadangan untuk memantapkan kemahiran penggunaan penanda wacana dalam kalangan pelajar sekolah. 1.0 Pengenalan Dalam satu-satu ayat, terkandung idea atau pandangan seseorang terhadap sesuatu perkara atau topik tertentu. Namun, kesemua idea atau pandangan ini dianggap tidak lengkap sebagai satu kesatuan bahasa, jika ia tidak dihubungkan dengan menggunakan penanda wacana yang betul. Ini kerana, penanda wacana merupakan perangkai ayat untuk menentukan perkaitan atau kesinambungan antara satu idea dengan satu idea yang lain dalam satu-satu perenggan atau ayat. Penanda wacana juga wujud sebagai isyarat berlakunya sesuatu peristiwa sama ada ia sedang berlaku, sudah berlaku atau pun akan berlaku. Ungkapan yang digunakan selain mempunyai makna yang tersendiri, ia juga berfungsi sebagai pemberi isyarat bagi makna keseluruhan ayat yang dibina. Namun begitu, di kalangan pelajar sekolah penggunaan penanda wacana dalam penulisan seolah-olah menjadi satu masalah besar kepada mereka. Acapkali terdapat rungutan daripada guru-guru yang menyatakan bahawa hampir setiap karangan yang dibina oleh pelajar mereka mempunyai kesilapan dalam penggunaan penanda wacana. Hal ini terjadi kerana mereka tidak mahir menggunakan penanda wacana untuk mewujudkan kesinambungan idea yang ingin dikemukakan. Ada juga di antara mereka yang tersilap menggunakan penanda wacana sehingga hilang pertautan isi dalam sesebuah karangan. Keadaan ini akan melemahkan pengolahan ayat seterusnya mengakibatkan penyampaian ayat yang ingin mereka hasilkan menjadi kabur. Ini akan 3

HBML 3203

menyebabkan guru yang membacanya keliru untuk memahami hasil tulisan dan idea yang ingin mereka sampaikan.

1.1

Maksud Penanda Wacana Sesebuah karangan yang dibina akan menjadi sebuah karangan yang sempurna sekiranya ia menepati topik yang dikehendaki. Walau bagaimanapun, sekiranya sesebuah karangan itu tidak menggunakan penanda wacana yang sesuai, karangan tersebut akan menjadi tidak sempurna disebabkan binaan ayatnya yang tidak gramatis. Oleh yang demikian, penanda wacana merupakan antara beberapa perkara yang penting untuk dititik beratkan oleh penulis supaya karangan yang dibina tidak janggal untuk dibaca. Menurut Kamus Pelajar edisi kedua (2009), penanda bermaksud sesuatu yang digunakan sebagai tanda. Manakala menurut kamus Zaba (2004), wacana bermaksud pengucapan, pertuturan, percakapan, tutur kata yang keseluruhannya merupakan satu kesatuan. Manakala menurut Tatabahasa Dewan edisi ketiga, penanda wacana bermaksud kata, rangkai kata atau frasa yang menunjukkan pertalian hujah dan buah fikiran semasa menulis atau berucap.

1.2

Konsep Penanda Wacana Menurut laman sesawang pusat rujukan persuratan melayu @ DBP, konsep penanda wacana wujud sebagai isyarat bagi berlakunya (sudah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku) sesuatu peristiwa. Bagi mewujudkan kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana, maka penanda wacana digunakan. Penanda wacana juga dikenali sebagai perangkai ayat kerana ia merangkaikan ayat dengan ayat. Penanda wacana sangat penting dalam sesebuah teks kerana penanda wacana dapat mewujudkan pertautan atau kesinambungan antara satu bahagian teks dengan bahagian teks yang lain sehingga membentuk kesatuan. Selain itu, penanda wacana juga mewujudkan kohesi dan keheren antara satu teks dengan teks yang lain sehingga membentuk kesatuan yang jitu.

4

HBML 3203

Menurut Bender (1980), penanda wacana boleh digunakan dalam perenggan atau yang mengikut perenggan-perenggan itu. Harimurti Kridalaksana (1982), seandainya sesuatu wacana berkenaan tidak mempunyai penanda wacana yang tepat, kesannya seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap. Raminah Hj Sidek (1984) pula menyatakan bahawa, wacana adalah unit bahasa yang melebihi batas ayat, kerana itu ia boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, dialog, siri buku dan sebagainya yang di dalamnya memperlihatkan hubunganhubungan dan perkembangan fikiran yang berturutan. Terdapat lima jenis penanda wacana yang boleh digunakan. Penanda wacana yang pertama ialah penanda penghubung, penanda rujukan, penanda penggantian, penanda leksikal dan penanda elipsis atau pengguguran. Selain itu, terdapat empat fungsi utama penanda wacana iaitu penanda wacana untuk menunjukkan maksud tambahan, penanda wacana untuk menunjukkan maksud sebaliknya, penanda wacana untuk menunjukkan sebab dan penanda wacana yang menunjukkan maksud ketika.

1.3

Kesimpulan Kesimpulannya, penanda wacana merupakan perkataan yang memainkan peranan penting dalam satu-satu ayat atau perbualan. Ia membolehkan pembaca atau pendengar memahami apa yang ingin diberitahu oleh penulis atau pencerita dengan lebih baik lagi. Penanda wacana juga dapat membantu pembaca mengaitkan apa yang dibaca pada baris awal ayat dengan baris-baris yang seterusnya. Tanpa penanda wacana, ayat tersebut akan dianggap sebagai pincang dan idea yang ingin disampaikan akan menjadi satu persoalan atau tanda tanya kepada mereka yang membaca dan mendengarnya.

5

HBML 3203

2.0 Empat Fungsi Penanda Wacana Dalam penanda wacana, terdapat empat fungsi dalam penanda wacana yang perlu diberi perhatian. Antara fungsi-fungsi tersebut ialah penanda wacana untuk menunjukkan maksud tambahan, penanda wacana untuk menunjukkan maksud sebaliknya, penanda wacana untuk menunjukkan sebab dan penanda wacana yang menunjukkan maksud ketika. 2.1 Fungsi Pertama Fungsi penanda wacana yang pertama ialah penanda wacana untuk menunjukkan maksud tambahan. Antara contoh penanda wacana yang membawa maksud tambahan ialah: a) b) c) d) e) Ini bererti Sejajar dengan ini Pendek kata Justeru Sebagai tambahan Kelima-lima penanda wacana di atas jika digunakan dalam ayat, akan membawa maksud tambahan kepada ayat tersebut. Contoh-contoh ayat yang menggunakan penanda wacana yang membawa maksud tambahan ialah: a) Ini bererti, disamping pergi mengembara di dalam hutan pelajar-pelajar diwajibkan untuk membuat satu cerita pendek tentang pengembaraan mereka. b) Sejajar dengan ini, semua pensyarah diwajibkan untuk mengadakan kelas tambahan pada hujung minggu bagi membantu pelajar yang lemah untuk menghadapi peperiksaan akhir dengan baik.

6

HBML 3203

c) Pendek kata, kita perlu berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu tindakan supaya tidak menyesal dikemudian hari. d) Justeru, semua penjawat awam dinasihatkan untuk merebut peluang keemasan ini supaya mereka dapat memperoleh manfaat daripada program tersebut. e) Sebagai tambahan kepada aktiviti yang telah kamu lakukan tadi, semua murid dikehendaki membuat latihan secara individu di dalam buku tulis.

2.2

Fungsi Kedua Fungsi penanda wacana yang kedua ialah penanda wacana untuk menunjukkan maksud sebaliknya. Antara contoh penanda wacana yang menunjukkan maksud sebaliknya ialah: a) Sungguhpun b) Berbanding dengan c) Dalam masa yang sama d) Sebaliknya e) Walau bagaimana sekalipun Kelima-lima penanda wacana di atas jika digunakan dalam ayat, akan membawa maksud sebaliknya kepada ayat tersebut. Contoh-contoh ayat yang menggunakan penanda wacana yang membawa maksud sebaliknya ialah: a) Sungguhpun Nazmi hidup serba kekurangan, tetapi dia tidak pernah lupa untuk membantu insan yang memerlukan. b) Berbanding dengan Encik Kamil, Encik Azmi lebih cekap dalam mengendalikan mesin pencetak di pejabat. 7

HBML 3203

c) Dalam masa yang sama, Siti menjaga ibunya yang sakit sebelum keluar bekerja di gerai Pak Ali. d) Sebaliknya, Ramlah tetap bekerja keras supaya cita-citanya untuk menjadi doktor tercapai. e) Walau bagaimana sekalipun cabaran yang datang, Zubaidah tetap berazam untuk membuka butik pengantin yang diidam-idamkannya.

2.3

Fungsi Ketiga Fungsi penanda wacana yang ketiga ialah penanda wacana untuk menunjukkan maksud sebab. Antara contoh penanda wacana yang menunjukkan maksud sebab ialah: a) b) c) d) e) Berdasarkan Berpegang pada Sekiranya begitu Akibatnya Kesudahannya Kelima-lima penanda wacana di atas jika digunakan dalam ayat, akan membawa maksud sebab kepada maksud ayat tersebut. Contoh-contoh ayat yang menggunakan penanda wacana yang membawa maksud sebab ialah: a) Berdasarkan prestasi syarikat bagi tiga suku terakhir tahun ini, pihak atasan yakin syarikat akan mencapai keuntungan yang telah disasarkan. b) Berpegang pada amanat terakhir allahyarham ayahnya, Sud