keutuhan wacana

22
Keutuhan Wacana Keutuhan Wacana Definisi SATU ASPEK YANG PENTING KERANA INI MENENTUKAN APAKAH SESUATU ITU BOLEH DIANGGAP SEBAGAI WACANA ATAU HANYA MERUPAKAN KUMPULAN AYAT YANG TIDAK TERATUR. Keseluruhan pelahiran bahasa oleh penutur atau penulis yang menyumbang ke arah menjadikan pertuturan atau tulisan berkenaan sebagai sesuatu yang bermakna dalam berkomunikasi (Asmah Haji Omar, 1986) Keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan (Kamus Dewan, 1996) Aspek-aspek Keutuhan Wacana: 1. Hubungan Dari Segi Semantik. Dapat dilihat daripada kepaduan makna yang wujud dalam sesuatu wacana. Hubungan ini dapat dilihat dari dua segi iaitu : 1. Hubungan semantik di antara bahagian-bahagian wacana. 2. Hubungan semantik yang dilihat dari segi konteks atau latar wacana. 2. Hubungan semantik di antara bahagian-bahagian wacana. Hubungan Sebab Dan Akibat . Contoh : * Amir tidak bersungguh-sungguh semasa belajar. Dia gagal dalam peperiksaan. * Dia sangat mengantuk. Dia tertidur. Hubungan Sebab Dan Tujuan . Contoh : * Nabila sangat rajin belajar. Dia ingin berjaya dalam pelajaran. * Murid ini rajin. Ia mahukan kejayaan yang cemerlang. Hubungan Sebab Dan Hasil . Contoh : * Aisyah sangat rajin belajar. Dia lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah * Dia seorang yang amat rajin bekerja. Pendapatannya melebihi pendapatan seorang menteri.

Upload: albert

Post on 17-Nov-2015

195 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Keutuhan WacanaKeutuhan Wacana

DefinisiSATU ASPEK YANG PENTING KERANA INI MENENTUKAN APAKAH SESUATU ITU BOLEH DIANGGAP SEBAGAI WACANA ATAU HANYA MERUPAKAN KUMPULAN AYAT YANG TIDAK TERATUR.

Keseluruhan pelahiran bahasa oleh penutur atau penulis yang menyumbang ke arah menjadikan pertuturan atau tulisan berkenaan sebagai sesuatu yang bermakna dalam berkomunikasi(Asmah Haji Omar, 1986)

Keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan(Kamus Dewan, 1996)

Aspek-aspek Keutuhan Wacana:

1. Hubungan Dari Segi Semantik.Dapat dilihat daripada kepaduan makna yang wujud dalam sesuatu wacana. Hubungan ini dapat dilihat dari dua segi iaitu : 1. Hubungan semantik di antara bahagian-bahagian wacana.2. Hubungan semantik yang dilihat dari segi konteks atau latar wacana.

2. Hubungan semantik di antara bahagian-bahagian wacana.Hubungan Sebab Dan Akibat . Contoh : * Amir tidak bersungguh-sungguh semasa belajar. Dia gagal dalam peperiksaan. * Dia sangat mengantuk. Dia tertidur.

Hubungan Sebab Dan Tujuan . Contoh : * Nabila sangat rajin belajar. Dia ingin berjaya dalam pelajaran.* Murid ini rajin. Ia mahukan kejayaan yang cemerlang.

Hubungan Sebab Dan Hasil . Contoh : * Aisyah sangat rajin belajar. Dia lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah * Dia seorang yang amat rajin bekerja. Pendapatannya melebihi pendapatan seorang menteri.

Hubungan semantik dari segi konteks atau latar wacana.Kesatuan Tajuk Atau Topik . Contoh : * Wajahnya berseri-seri. Dia amat gembira sekarang. Perubahannya sungguh-sungguh di luar dugaan. (Orang yang dimaksudkan itu dahulunya muram dan sering bersedih.)

Hubungan Sosial Antara Penutur Dan Pendengar . Contoh : A. Sudah siap?B. Belum. Bekalan tidak mencukupi. (Kedua-dua penutur memahami apa yang dimaksudkan walaupun orang lain mungkin tidak memahaminya.)

Laras Bahasa Yang Digunakan. Contoh : Laras bahasa dalam iklan walaupun ayat-ayatnya diucapkan secara terputus-putus tetapi kita dapat memahaminya dan dapat menganggapnya sebagai wacana kerana itu adalah cara penyampaiannya.

3. Hubungan Aspek FonologiHubungan wacana dariaspek fonologiberdasarkanhentian,intonasiataunadasuara. Unsur-unsur tersebut dapat membezakan sesuatu wacana.Contohnya hubungan antara ayat penyata, Dia sudah pergi ? Perbezaan antara kedua-duanya wujud melalui nada suara semasa penutur menuturkannya.Unsur-unsur paralinguistikjuga membantu pemahaman tentang sesuatu wacana. Dalam wacana tulisan, unsur-unsur paralinguistik ini ialahalat-alat yang digunakanuntuk memperjelaskan persembahan wacana.Dalamwacana tulisan, alat-alat tersebut ialahtanda bacaseperti noktah, koma, tanda soal, titik bertindih dan sebagainya. Dalamwacana lisanpula,ekspresi wajah, iaitu keadaan air muka sertagerakan tangandanbadanmerupakan alat-alat untuk membantu memahami ujaran.

4. Hubungan Aspek TatbahasaPenanda gramatikalyang mewujudkan keutuhan wacana ialah :*Penanda Rujukan*Penanda Penggantian*Penanda Penghubung*Elipsisa)PENANDA RUJUKAN1.Penanda rujukanmenggunakankata ganti nama diri orangdankata gantinama tunjukuntuk menghasilkan perkaitan. 2. Contoh penggunaankata ganti nama diri orang:Radiahmerupakan pelajar yang amat rajin.Diatelah lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan. (Kata ganti nama diri orang yang digunakan sebagai penanda rujukan ialahdia.)3. Contoh penggunaankata ganti nama tunjuk: Mangsa-mangsa banjir di Kampung Seri Murni itu telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Seri Murni. Mereka tinggaldi sanasejak seminggu yang lalu.(Penandarujukan yang digunakan ialahdisana.)b)PENANDA PENGGANTIAN1.Penanda penggantianbermaksudmenggantikansesuatu unsur bahasa dengan unsur yang lain. 2. Contoh penggunaan penanda penggantian ialah : Pelajar-pelajar itu seringponteng sekolah.Perbuatan tersebuthanya merugikan mereka.c)PENANDA PENGHUBUNG1. Penanda penghubung digunakan bertujuan menghubungkankatadengankata,frasadenganfrasa, danayatdenganayat. 2. Contoh penggunaan penanda penghubung :Rencana ini bertujuan melihat perkaitan antara kepakaran individudenganpembahagian tugas di tempat kerja.Selain itu, rencana ini juga akan menghuraikan amalan pengurusandanpentadbiran di pejabat.d)ELIPSIS1.Elipsisialahpengguguran kata,frasa, danklausayang telah disebut dalam ayat sebelumnya. Pengguguran dilakukan kerana pendengar atau pembaca sudah memahami maklumat tersebut. 2. Contoh elipsis : Ani : Awak kerja di mana ? (Awak bekerja di mana ?) Abu : Taman Universiti. (Saya bekerja di Taman Universiti.) Ani : Dah lama ? (Sudah berapa lama ?) Abu : Tiga tahun. (Saya sudah bekerja di sana selama tiga tahun.)

5. Hubungan Aspek Leksikal1.Hubungan ini dilihat berdasarkan wujudnyapertalian antara perkataan atau kosa katadalam sesuatu wacana.2.Hubungan ini dapat diperincikan sebagai hubungan berdasarkan aspek :(a)SinonimPerkataan yang mempunyaimaksud yang sama.Contoh : Pelakon jelita itu semakin popular. Hal ini tidak menghairankan kerana wajahnya dapat menambat hati ramai jejaka.(b)AntonimPerkataan yangberlawanan maksud.Contoh : Wajah yang cantik dan hodoh bukan ukurannya tetapi yang paling penting ialah hati budinya.(c)HiponimMakna sesuatu perkataan merupakansebahagiandaripadamakna perkataanlain.Contoh : Dia menjaga motorsikalnya dengan baik kerana itulah sahaja kenderaan yang dimilkinya.(d)Pengulangan kata yang samaContoh : Aminah memang mudahmenangis. Disebabkan perkara kecil pun diamenangis. Semasa gembira pun diamenangis.(e) KolokasiDua perkataanataulebihyang masing-masing merupakanperkataan tersendiri, tetapi kebiasaannyadikaitkan antara satu sama lain.Contoh : Pembalakan haram itu menggugat habitat flora dan fauna. Banyak haiwan liar sepertiharimau,gajah,badak sumbu, dan lain-lain kehilangan tempat tinggal.(f) Unsur bersambutContoh : Pihakkerajaanmengemukakan hujah manakala pihakpembangkangmembidas hujah tersebut.

BAB 2: KEUTUHAN WACANA

2.1 Konsep keutuhan wacana

Dalam hierarki bahasa, wacana terletak pada tingkat tertinggi sekali, iaitu hadir selepas tingkat ayat.

Gambar rajah 1: Hierarki bahasa

Dalam sesebuah wacana, perkaitan antara unit-unit bahasa atau unsur-unsur seperti kata, frasa, klausa, dan ayat disusun dan dijalin dengan sempurna sehingga memperlihatkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berkesinambungan dapat melahirkan kesatuan fikiran yang utuh. Kesatuan yang utuh itulah yang menunjukkan ianya sebuah wacana yang baik.

Wacana yang baik dikenali sebagai keutuhan wacana. Keutuhan wacana terhasil apabila wujudnya susunan yang teratur dan berurutan dalam sesuatu wacana. Keutuhan wacana penting bagi menentukan sesuatu satuan itu dianggap sebagai wacana atau hanya merupakan kumpulan ayat yang tidak teratur. (Raminah Hj. Sabran et. al., (1987). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan, hal. 221)

Keutuhan wacana boleh dinilai dengan melihat wujudnya hubungan-hubungan dari aspek semantik, leksikal, gramatikal atau tatabahasa dan fonologis.

2.2 Ciri-ciri keutuhan wacana

Dalam Pengajian Melayu 2: Ketrampilan Bahasa oleh Kamaruddin Hj. Husin dan Siti Hajar Abd. Aziz, (1997) dinyatakan bahawa suatu wacana yang utuh secara umumnya mempunyai empat ciri iaitu:1. Hubungan dari segi semantik2. Hubungan dari segi fonologi3. Hubungan dari segi leksikal4. Hubungan dari segi tatabahasa atau gramatikal

2.2.1 Hubungan dari segi semantikKeutuhan wacana juga dapat dilihat dari aspek hubungan semantik iaitu berdasarkan kepada kesepaduan makna yang wujud dalam sesuatu wacana. Kaitan dari aspek ini boleh dilihat antara bahagian-bahagian wacana dan dari segi konteks atau latar wacana. Hubungan dari segi semantik mengikut Winifred Crombie (1985), menyatakan secara umumnya terdapat dua bentuk hubungan semantik iaitu:a. Hubungan semantik umumb. Hubungan semantik interaktif

(Sumber: Kamaruddin Hj. Husin, et. al., (1997). Pengajian Melayu 2: Ketrampilan Bahasa, hal. 79)

2.2.1.1 Hubungan semantik umumHubungan semantik umum juga dikenali sebagai kaitan semantik antara bahagian-bahagian wacana yang merujuk kepada penggunaan bentuk-bentuk pernyataan yang memperlihatkan hubungan dalam bentuk berikut:a. Hubungan yang berkaitan sebab dan akibatHubungan sebab dan akibat. Contohnya:i. Siti tidak bersungguh-sungguh semasa belajar.(sebab) Dia gagal dalam peperiksaan.(akibat)

Hubungan sebab dan tujuan. Contohnya:i. Anwari belajar bersungguh-sungguh.(sebab) Dia ingin berjaya dalam pelajaran.(tujuan)ii. Guru itu rajin mengajar. Dia mengharapkan semua muridnya lulus cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Hubungan sebab dan hasil. Contohnya:i. Adli seorang usahawan yang gigih.(sebab) Dia memiliki sebuah syarikat keselamatan terbesar di Brunei.(hasil)ii. Ibrahim sangat rajin bekerja. Dia dinaikkan pangkat.

Hubungan alasan dan kesan. Contohnya:i. Oleh kerana dia hantar tugasan lambat.(alasan) Saya dimarahi guru.(kesan)ii. Gara-gara Ibrahim jalan lambat. Saya tertinggal bas untuk pulang.

Hubungan syarat dan hasil. Contohnya:i. Jika anda bekerja keras. Anda akan berjaya dalam perniagaan nanti.

Hubungan sebab dan kesan. Contohnya:i. Pintu rumah Razi tidak dikunci semalaman. Beberapa barang berharga telah dicuri.

b. Hubungan pasanganHubungan pasangan boleh dilihat berdasarkan dua bentuk, iaitu:a) PerbezaanContoh: Semua pelajar menangis kecuali Intan.

b) PerbandinganContoh: Kalau ayah pun berperangai buruk, apatah lagi si anak.

c. Hubungan tempoh masaHubungan tempoh masa dalam ayat boleh dilihat berdasarkan dua jenis hubungan yang menunjukkan perkaitan dengan tempoh masa iaitu:

i. Mengikut turutan kronologiContoh: Syafik akan melawat adiknya yang sakit di hospital, kemudian ke rumah abangnya, dan selepas itu bertolak ke Thailand.

ii. Pertindanan masaContoh: Ketika dia bertolak meninggalkan Merbok, hujan turun.

d. Hubungan kebenaran kesahihanBermaksud perkaitan yang menggambarkan pertentangan fakta. Berdasarkan Pengajian Melayu 2: Ketrampilan Bahasa oleh Kamaruddin Hj. Husin dan Siti Hajar Abd. Aziz, (1997) dinyatakan bahawa terdapat empat bentuk pernyataan yang dikaitkan dengan hubungan ini iaitu:a. Pernyataan pengesahan.Contoh: Ali perlu meneruskan pengajiannya, saya percaya dia boleh berjaya.b. Pernyataan penafianContoh: Dia memang lemah, itu semua tidak benar sama sekali.c. Penafian pembetulanContoh: Dia bukannya lemah. Dia cuma dia tidak sihat ketika itu.d. Luar jangkaanContoh: Mereka bercadang hendak menyerang tetapi sebaliknya terpaksa bertahan.

e. Hubungan ikatanHubungan ini menunjukkan perkaitan makna antara ayat-ayat. Ia terdapat dalam beberapa bentuk, iaitu:1. Berpasangan. Contoh: Dia memakai seluar merah dan baju biru.2. Pasangan bertentangan. Contoh: Dia cuba mengingat kembali, tetapi dia seorang pelupa.3. Pengecualian penyataan. Contoh: Kemiskinan menyebabkan manusia tidak bermoral. Dia telah mula mencari pekerjaan untuk menampung belanja.

f. Hubungan prafrasaMerujuk kepada bentuk pernyataan yang menyatakan semula kenyataan awal. Contoh:Dia bukan seorang yang baik. Dia jahat.Bakar memulakan serangan. Dia mula melawan.

g. Hubungan penekananIa boleh dilihat berdasarkan bentuk-bentuk berikut:a. Penekanan istilah. Contoh: Inilah pahlawan yang dibunuhnya.b. Penekanan predikat. Contoh: Dia menyesali atas apa yang telah berlaku.

h. Hubungan suasana dan perlakuanMenunjukkan perkaitan makna dalam ayat yang merujuk kepada tempat. Contoh berkenaan dengan hubungan ini adalah seperti berikut:a. Lokasi perlakuan. Contoh: Arif dikurung di dalam biliknya.b. Arah perlakuan. Contoh: Dia menghalau lembu itu ke padang.c. Keadaan perlakuan. Contoh: Dia merawat pesakit itu dengan baik.

2.2.1.2 Hubungan semantik interaktifHubungan semantik interaktif banyak berfungsi dalam wacana lisan. Ia bertujuan bagi menimbulkan respon atau tindak balas daripada pendengar. Menurut Winfred Crombie (1985) lagi, terdapat tiga bentuk asas aplikasi semantik dalam pertuturan atau perbualan iaitu:a. Inisiatif : Contoh; Ke mana awak pergi?b. Respon : Contoh; Ke sekolah.c. Susulan : Contoh; Baguslah.

Hubungan semantik interaktif juga boleh dilihat dalam bentuk ayat-ayat atau ujaran. Contoh:a. Penyoalan : Contoh; Di manakah buku saya?b. Arahan : Contoh; Nyah kau dari sini!c. Persetujuan : Contoh; Ya, baiklah.d. Pemberitahuan : Contoh; Buku Sejarah ada di atas meja.Dalam Pengajian Melayu 1, ditulis oleh Ab. Rahman Ab. Rashid, et. al., (2003) dan juga dalam Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan oleh Raminah Hj. Sabran, et. al., (1987) ada menyatakan ciri-ciri keutuhan wacana dari segi konteks atau latar wacana, ia dapat dilihat dalam tiga bentuk iaitu:

a. Laras bahasa. Misalnya:Laras bahasa dalam iklan. Cepat, cepat! Jangan lambat! Jualan pengahabisan stok. (Walaupun ayat-ayat yang diungkapkan terputus-putus, tetapi kita masih dapat memahaminya. Oleh demikian, ia masih dianggap sebagai wacana.)

b. Kesepaduan tajuk. Misalnya:Muka Aishah semakin berseri-seri. Dia kini gembira dan tenang. Perubahannya sungguh di luar dugaan. (Orang yang dimaksudkan dahulunya sering dalam keadaan muram dan kesedihan.)

c. Hubungan sosial antara penutur dengan pendengar. Misalnya:Ali : Dah siap?Abu : Belum. Dakwat habis. (Kedua-dua orang penutur memahami apa yang dimaksudkan, walaupun orang lain mungkin tidak memahaminya.)

2.2.2 Hubungan dari segi fonologiHubungan dari aspek fonologi dapat dilihat melalui hentian atau kesenyapan suara, intonasi, tinggi rendah tekanan suara dan nada suara. Sebagai contoh:

1. Abang Ali sudah makan nasi.(Ayat ini mengandungi ketaksaan makna, bergantung kepada hentian atau kesenyapan suara yang berlaku. Sekiranya kesenyapan suara berlaku selepas perkataan abang, maka ayat ini membawa maksud Ali yang sudah makan nasi. Tetapi, jika kesenyapan suara berhenti selepas perkataan Ali, maka ayat ini bermaksud abang Ali yang sudah makan nasi.)

2. Begitu juga halnya dengan intonasi dan nada suara yang berbeza. Misalnya perkataan makan. Jika ia diungkapkan dengan nada suara yang keras dan intonasi yang tinggi di akhir kata, ia akan menjadi ayat paksaan, arahan atau suruhan yang tidak boleh ditentang ataupun ia juga boleh menjadi ayat soal, makan? Tetapi, jika ianya disebut dengan nada yang lembut, ia akan berubah menjadi ayat silaan, ajakan atau pelawaan yang ikhlas.

2.2.3 Hubungan dari aspek leksikalHubungan ini dapat dilihat dari aspek wujudnya pertalian antara perkataan dalam sesuatu wacana. Hubungan leksikal dalam wacana tercapai melalui penggunaan kosa kata yang serasi dan sesuai. Terdapat beberapa cara memperoleh hubungan leksikal. Antaranya ialah:1) Mengulang kata yang sama (Pengulangan).Semalam dia menelaah pelajaran. Hari ini dia menelaah lagi. Tampaknya dia memang seorang yang rajin menelaah.

2) Menggunakan sinonim atau ekuivalensi leksikal.Sindrom skim cepat kaya semakin menular dalam kalangan masyarakat kini. Gejala ini sungguh membimbangkan.

3) Menggunakan antonim.Hidup segan, mati tak mahu.

4) Menggunakan hiponim.Terdapat pelbagai jenis baju wanita di butik itu antaranya baju kebaya, kurung, kebaya nyonya, sari, jubah dan cheongsam.

5) Menggunakan kolokasi (hubungan kedudukan).Pencemaran sungai semakin berleluasa. Hal ini telah menyebabkan hidupan akuatik semakin pupus dan hilang tempat tinggal.

6) Memanfaatkan unsur bersambut.Guru mengemukakan soalan. Pelajar memberikan jawapan.7. Pembuka dan penutup wacana.Contoh diambil daripada buku Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan iaitu alkisah, sebermula, maka dengan hormatnya (dalam karya klasik), dengan bangga, dukacita dan juga kata-kata seperti sekalian, wasalam, hormat dari kami dan sebagainya.

2.2.4 Hubungan dari aspek tatabahasa atau gramatikalKeutuhan wacana seharusnya memperlihatkan hubungan berdasarkan binaan tatabahasanya. Michael McCarthy (1991), menyatakan terdapat tiga faktor yang mempengaruhi pertautan tatabahasa dalam sesebuah wacana yang utuh, iaitu:i. Kata rujukanIanya boleh disamakan dengan kata ganti nama dalam bahasa Melayu kerana fungsinya yang menjadi rujukan dalam pembinaan sesebuah wacana. Penggunaan kata ini akan menyebabkan makna yang cuba dimaksudkan lebih tepat dan menjadikan wacana itu sendiri lebih rapi dan utuh. Contohnya:Pengetua telah keluar dari biliknya. Dia nampak begitu cemas. Di luar, beberapa orang murid sedia menunggunya. Mereka bertiga semuanya.

ii. Peleburan atau pelenyapan (elipsis) dan penggantianMerupakan satu konsep apabila perkataan yang sama tidak diulang dalam ayat yang sama walhal biasanya ia akan diulang. Proses ini akan menjadikan sesebuah wacana yang dipersembahkan itu lebih utuh dan jelas. Contohnya adalah seperti berikut:1. Individu A: Nampaknya saudara menyokong semua pendapatnya. Ini bererti saudara telah menyebelahi pihaknya.Individu B: Memang. (Sepatutnya: Memang, saya telah menyebelahi pihaknya.)2. Kanak-kanak mengangkat kotak kecil, dewasa mengangkat yang besar. (Perkataan kotak tidak diulang dalam ayat itu, tetapi masih boleh difahami)3. Ali suka kereta Proton Saga, adiknya suka Perodua Kancil. (Perkataan kereta tidak diulang dalam ayat)iii. Kata penghubungKata penghubung yang digunakan dapat memperlihatkan pertalian dan pertautan antara ayat-ayat atau perenggan-perenggan dalam wacana dan menjadikan wacana tersebut bermakna dan utuh. Michael McCarthy (1991) telah menggariskan tiga fungsi kata penghubung iaitu:

1. Fungsi penghuraianFungsi penghuraian dalam bahasa Melayu boleh dibuat dengan menggunakan perkataan-perkataan seperti seterusnya, pada sudut yang lain, selain itu, sebaliknya dan sebagainya. Contoh:Dia bukan malas, sebaliknya dia terpaksa begitu untuk menyelamatkan diri.

2. Fungsi pengembanganIanya sering kali digunakan bagi mengembangkan idea. Contoh perkataan ialah seperti, dan, tetapi, oleh itu, sebab dan sebagainya. Contoh ayat adalah seperti berikut:a) Dia tidak hadir kerana hujanb) Kereta itu sudah lama, tetapi enjinnya masih baik.

3. Fungsi penambahanIanya sering digunakan bagi menyatakan masa atau kejadian. Contoh perkataan ialah kemudian, berikutnya, sebelum, selepas, pada masa, dalam hal itu, dan sebagainya. Contoh:a) Sebelum mereka datang semua tetamu telah pulang.b) Mereka datang, kemudian cuba mencari ayah.

Pendahuluan

Wacana merupakan satuan bahasa terlengkap yang dibentuk dari rentetan kalimat yang kontinuitas, kohesif, dan koheren sesuai dengan konteks situasi. (Yayat Sudaryat, 2009 : 111). Wacana sebagai dasar dalam pemahaman teks sangat diperlukan oleh penutur dan mitra tutur dalam berkomunikasi dengan informasi yang utuh. Dengan wacana seorang penutur bisa menyampaikan gagasannya secara urut dan utuh sehingga akan tercipta satu kesatuan bahasa yang bisa dengan mudah dipahami oleh mitra tuturnya. Dengan wacana pula, seseorang dapat memperoleh informasi tentang segala aspek kehidupan yang ada di sekitar.Analisis wacana merupakan salah satu cara yang sangat dibutuhkan untuk mengimbangi perkembangan ilmu kajian wacana yang dewasa ini berkembang di berbagai aspek kehidupan. Dan Rubrik Pangudarasa pada majalah Panjebar Semangat ini merupakan salah satu wacana yang perlu untuk dianalisis karena dengan analisis tersebut para pembaca selaku mitra tutur dalam kegiatan berbahasa akan lebih memahami aspek kekohesian yang menjadikan sebuah wacana menjadi lebih padu. Wacana yang padu akan lebih mudah dipahami oleh pembaca sehingga meminimalisr terjadinya kesalahpahaman atau penyimpangan terhadap maksud yang ingin disampaikan oleh penulis atau mitra tutur. Rubrik yang berisi pendapat, opini, maupun kritik seseorang terhadap fenomena-fenomena yang terjadi ini sebagai bentuk media masyarakat untuk menyampaikan aspirasinya. Begitu pula, dengan salah satu rubrik pangudarasa yang berjudulJurang saya Amba lan Jerosebagai objek analisis wacana ini menggambarkan keprihatinan seseorang akan kondisi masyarakat yang dirasa terpisah jauh dengan para anggota legislatif yang sebenarnya wakil dari masyarakat itu sendiri sebagai penampung aspirasi mereka. Adapun analisis wacana ini meliputi aspek-aspek gramatikal dan aspek-aspek leksikal yang merupakan unsur kesatuan dalam sebuah wacana.

B.Analisis Aspek Gramatikal Wacana

Aspek gramatikal suatu wacana merupakan analisi wacana dari segi bentuk atau strukturlahir wacana. Analisis wacana dari aspek gramatikal atau kohesi gramatikal meliputi referensi (pengacuan), substitusi (penyulihan), elipsis (pelesapan), dan konjungsi (perangkaian).

1.Referensi (Pengacuan)Referensi adalah salah satu jenis kohesi gramatikal yang berupa satuan lingual tertentu yang menunjuk satuan lingual yang mendahului atau mengikutinya. Referensi dapat dibedakan menjadi tiga, yaitu referensi persona, referensi demonstratif, dan referensi komparatif.Sedangkan berdasarkan arah penunjukannya, kohesi referensi dibedakan menjadi dua jenis yaitu referensi anaforis dan referensi kataforis. Referensi anaforis ditandai oleh adanya unsur lingual yang menunjuk unsur lingual di sebelah kiri, sedangkan referensi kataforis ditandai oleh adanya unsur lingual yang mengacu unsur lingual di sebelah kanan.Sebagai alat yang berfungsi untuk menciptakan kepaduan wacana, referensi banyak ditemukan dalam wacana Pangudarasa pada Panjebar Semangat Jurang saya Amba lan Jero ini.a.Referensi PersonalReferensi Personal direalisasikan melalui pronomina persona (kata ganti orang), yang meliputi persona pertama (persona I), persona kedua (persona II), dan persona ketiga (persona III), baik tunggal maupun jamak.Pada wacana ini, katakita(paragraf 5 kalimat 1) merupakan referensi persona, yaitu pronomina persona I jamak yang menggantikanrakyat biasayang telah disebutkan pada paragraf sebelumnya.b.Referensi DemonstratifReferensi Demonstratif (kata ganti penunjuk) dapat dibedakan menjadi dua, yaitu pronomina waktu (temporal) dan pronomina tempat (lokasional).Katabiyen(paragraf 1 kalimat 1) merupakan referensi demonstratif temporal yang bersifat eksoforis, karena mengacu pada zaman dahulu sebelummasa reformasiyang tidak disebutkan secara langsung dalam wacana tersebut.Katasaiki(paragraf1 kalimat 2) merupakan referensi demonstratif temporal yang bersifat endoforis kataforis karena mengacu pada katasawise reformasiyang terletak di sebelah kanannya.Sedangkan katasaiki(paragraf 9 kalimat 2) merupakan referensi temporal yang bersifat endoforis anaforis yang mengacu pada keadaan di masyarakat dan DPR pada saat ini yang telah disebutkan pada kalimat sebelumnya.c.Referensi komparatifReferensi komparatif (perbandingan) ialah salah satu jenis kohesi gramatikal yang bersifat memdandingkan dua hal atau lebih yang mempunyai kemiripan atau kesamaan dari segi bentuk atau wujud.Katasaumpama diibaratake(paragraf 1 kalimat 1) merupakan referensi komparatif yang berfungsi membandingkan antara kondisi hubungan rakyat dengan para anggota DPR dengan ungkapanjuglanganatau lubang.

Selain, ketiga jenis referensi tersebut, terdapat juga bentuk referensi endoforis kataforis yang terdapat pada bentuknepada katakesusahane(paragraf 2 kalimat 1) yang mengacu pada frasarakyat cilik, pengasilane(paragraf 5 kalimat 1) yang mengacu padaanggota DPRD Provinsi, DPRD Kabupaten/Kota, serta pada katakemaslahatane(paragraf 7 kalimat 4) denganmasyarakatsebagai acuannya. Sedangkan referensi endoforis anaforis juga ditemukan pada bentukneyang terdapat pada katagolongane(paragraf 9 kalimat 2) yang mengacu padawakil-wakil rakyat.

2.Substitusi (penyulihan)Substitusi merupakan salah satu kohesi gramatikal yang berupa penggantian unsur lingual tertentu (yang telah disebut) dengan unsur lingual yang lain. Substitusi dalam wacana digunakan untuk menambah variasi bentuk, dinamisasi narasi, menghilangkan kemonotonan dan memperoleh unsur pembeda. Dilihat dari segi lingualnya, substitusi dibedakan menjadi substitusi nominal, verbal, frasal, dan klausal.Adapun substitusi yang terdapat dalam wacana ini, yaitu :a.Substitusi NominalSubstitusi nominal adalah penggantian satuan lingual yang berkategori nomina (kata benda) dengan satuan lingual lain yang juga berkategori nomina dalam wacana untuk memperoleh unsur pembeda.Katawong-wong(paragraf 9 kalimat 2) merupakan jenis substitusi nominal yang menggantikanwakil-wakil rakyat.b.Substitusi VerbalSubstitusi verbal merupakan penggantian satuan lingual yang berkategori verba (kata kerja) dengan satuan lingual lainnya yang juga berkategori verba.Katademo(paragraf 2 kalimat 2) merupakan substitusi verbal yang menggantikan kataunjuk rasa.c.Substitusi KlausalSubstitusi klausal adalah penggantian satuan lingual tertentu yang berupa klausa atau kalimat dengan satuan lingual lainnya yang berupa kata atau frasa.Katajurang(paragraf 1 kalimat 2) merupakan substitusi klausal yang menggantikan klausajuglangan sing saya suwe saya amba lan jero.

3.Elipsis (Pelesapan)Elipsis merupakan salah satu jenis kohesi gramatikal yang berupa penghilangan unsur (konstituen) tertentu yang telah disebutkan. Unsur yang dilesapkan bisa berupa kata, frasa, klausa, maupun kalimat. Elipsis dalam wacana ini terdapat pada paragraf 2, yaitu :Kosokbaline, perwakilan DPRD kang rumangsa diuntungake kanthi anane PP kasebut, uga nggelardemo tandhingan,kang wose nintut supaya PP 37/2006 ora dibatalake.Pada kalimat tersebut katademo tandhingandilesapkan pada kalimat berikutnya yang ditunjukkan dengan tanda.

4.Konjungsi (Perangkaian)Konjungsi merupakan salah satu kohesi gramatikal yang dilakukan dengan cara menghubungkan unsur yang satu dengan unsur yang lain. Unsur-unsur yang dirangkaikan dapat berupa kata, frasa, klausa, kalimat, alinea, topik pembicaraan dan alih topik atau pemarkah disjungtif.a.Konjungsi Penambahan (Aditif)Konjungsi penambahan berfungsi menghubungkan secara koordinatif antara klausa yang berada di sebelah kirinya dengan klausa yang mengandung kata konjungsi aditif itu sendiri.Katakaro(paragraf 1 kalimat 1) menyatakan konjugsi penambahan yaiturakyat umumeyang kemudian ditambahkan denganpara anggota DPR.Sedangkan katakaro(paragraph 5 kalimat 2) juga memberikan makna penambahan antara unsurDPRD Prov Jatengdenganisi PP 21/2007.Begitu pula dengan katakaroyang terdapat pada paragraf 9 kalimat 2 yang merangkaikan unsurwakil rakyatdenganrakyat yang katanya diwakili.Konjugsi penambahan juga ditemukan pada penggunaan katalanpada wacana. Katalan(paragraf 1 kalimat 2) merangkaikan katasaya ambadengansayajeroyang mempunyai makna menambahkan.Sedangkanlanpada paragraf pertama kalimat 3 juga merupakan konjungsi penambahan yang merangkaikan kalimat sebelumnya tentang hubungan masyarakat dengan anggota DPR yang diibaratkanjurangyang kemudian dirangkaikan dengan kalimat berikutnya yang menyatakan bahwa jurang yang terbentuk semakin dalam.Begitu pula dengan penggunaan katalanpada kalimat dan paragraf lain yang merupakan konjungsi penambahan yang berfungsi merangkaikan antara dua unsur.Pengggunaan kataugajuga merupakan konjungsi panambahan, yaitu katauga(paragraf 3 kalimat 1) yang menambahkan pernyataanperwakilan DPR kang rumangsa diunthungakedengannggelar demo tandhingan. Begitu pula dengan katauga(paragraf 3 kalimat 5) yang berfungsi menambahkan pernyataanPP 21/2007 kang wis diselarasakedengan pernyataan bahwaPP 21/2007 pranyata wis dileksanakake.b.Konjungsi PertentanganKonjungsi pertentangan ditunjukkan dengan penggunaan katanangingsebagai penghubung dalam beberapa kalimat dalam wacana ini.Konjungsinanging(paragraf 1 kalimat 2) memberikan makna pertentangan antara kondisi rakyat sebelum masa reformasi yang bertentangan dengan kondisi rakyat setelah reformasi.Begitu pula dengan penggunaan katananging(paragraf 8 kalimat 2) untuk menghubungkan kalimatpanggawene peraturan kudune para panyusun mikirake lan nggatekake ati sanubarine rakyatyang memiliki makna bertentangan dengan kalimating rerangken iki sajake ora.c.Konjungsi Kelebihan (eksesif)Konjungsimalah(paragraf 1 kalimat 2) memberikan makna melebihkan. Pernyataanjuglangan mau saya suwe saya amba lan saya jeroyang dilebihkan dengan pernyataankena diarani ora mung trima juglangan. Konjungsimalahjuga digunakan pada kalimat 1 paragraf 9 yang memberikan makna melebihkan.d.Konjungsi Sebab-AkibatKonjungsimula(paragraf 2 kalimat 2) menyatakan hubungan sebab akibat, yakni kalimattema demo isine uga mung tuntutan supaya PP 37/2006 dibatalakesebagai akibat dari kalimatlogikane masyarakat sing ngajak pamarentah lan kalangan legislative gelema melu ngrasakake kesusahane rakyat cilik.Konjungsiamarga(paragraf 7 kalimat 2) memberikan makna sebab akibat, yakniDana BPO kabare ora bisa dirapelyang disebabkan olahproses metune awewaton kinerja.e.Konjungsi TujuanKonjungsisupaya(paragraf 2 kalimat 2) memberikan makna tujuan yaknitema demo isine mung tuntutandenganPP 37/2006 dibatalakesebagai tujuannya.f.Konjungsi PerlawananKonjungsi yang menyatakan perlawanan terdapat pada penggunaan katakosokbaline(paragraf 3 kalimat 1) yang memberikan hubungan antara pernyataan rakyat yang ingin PP 37/2006 dibatalkan yang bertentangan dengan perwakilan DPRD yang merasa diuntungkan dengan PP tersebut.g.Konjungsi Pilihan (alternatif)Katautawa(paragraf 4 kalimat 1) merupakan konjungsi yang memberikan makna pilhan yaitu antarakeputusanataukebijakan.Begitu pula, konjungsiutawayang terdapat pada paragraf 9 kalimat 2 yang memberikan makna pilihan antaramentingake awake dhewedengankepentingan golongan.h.Konjungsi Urutan (sekuensial)Konjungsibanjur(paragraf 4 kalimat 1) memberikan makna urutan kejadianrakyat kaya-kayayang dilanjutkan dengankelangan kalodhangan.Katasadurunge iku(paragraf 6 kalimat 3) juga merupakan konjungsi yang memberikan makna urutan kejadian.i.Konjungsi SyaratKonjungsi yang menyatakan hubungan syarat ditunjukkan dengan penggunaan katamenawa(paragraf 5 kalimat 1) dan juga konjungsiyen(paragraf 8 kalimat 1).

Analisis Aspek Leksikal Wacana

Aspek leksikal wacana atau kohesi leksikal merupakan alat kohesi dalam wacana yang berkaitan dengan hubungan antarunsur dalam wacan secara secara sistematis dan bukan secara gramatikal. Secara semantik, terdapat sejumlah piranti kohesi leksikal untuk mewujudkan keutuhan sebuah wacana, yaitu repetisi (pengulangan), sinonimi (padan kata), antonimi (lawan kata), hiponimi (hubungan atas bawah), dan kolokasi (sanding kata).

1.Repetisi (pengulangan)Repetisi adalah pengulangan satuan lingual (bunyi, suku kata, kata, maupun bagian kalimat) yang dianggap penting untuk member tekanan dalam sebuah konteks yang sesuai. Berdasarkan tempat satuan lingual yang diulang dalam baris, klausa atau kalimat, repetisi dapat dibedakan menjadi delapan macam, yaitu repetisi epizueksis, tautotes, anafora, episfora, simploke, mesodiplosis, epanalepsis, dan anadiplosis.Dalam wacana ini terdapat jenis repetisi tautotes. Repetisi tautotes merupakan pengulangan satuan lingual (sebuah kata) beberapa kali dalam sebuah konstruksi.Juglangan mausayasuwesayaamba lansayajero.(paragraf 1 kalimat 2).Katasaya(makin) diulang sebanyak tiga kali dalam sebuah konstruksi.

2.Sinonimi (Padan Kata)Sinonimi atau padan kata merupakan alat kohesi leksikal dalam wacana yang menunjukkan pemakaian lebih dari satu bentuk bahasa yang secara semantik memiliki kesamaan atau kemiripan. Sinonimi dapat terjadi pada tataran morfem (bebas) dengan morfem (terikat), kata dengan kata, kata dengan frasa atau sebaliknya, frasa dengan frasa, dan klausa/kalimat dengan klausa/kalimat.Dalam wacana Jurang saya Amba lan Jero ini terdapat beberapa jenis sinonimi, yaitu sebagai berikut :Kataisine(paragraf 2 kalimat 2) memiliki kesamaan arti dengan katawose(paragraf 3 kalimat pertama) yang berarti isi, dimana dalam wacana ini dimaksudkan isi dari PP no 37 tahun 2006.Kataunjuk rasa(paragraf 2 kalimat 1) bersinonim dengan katademo(paragraf 2 kalimat 2). Sedangkan katamligine(paragraf 5 kalimat 3) memiliki kemiripan arti dengan katautamane(paragraf 9 kalimat 2).Sinonimi juga terdapat pada katanuwuhake(paragraf 1 kalimat 1)dengan katamujudake(paragraf 5 kalimat 1) yang berarti memunculkan.

3.Antonimi (Lawan Kata)Antonimi atau lawan kata disebut juga dengan oposisi makna. Oposisi makna merupakan konsep yang betul-betul berlawanan sampai kepada yang hanya kontras makna saja.Berdasarkan sifatnya, oposisi makna dapat dibedakan menjadi lima macam, yaitu oposisi mutlak, oposisi kutub, oposisi hubungan, oposisi hirarkial, dan oposisi majemuk.Adapun oposisi yang terdapat dalam wacana Jurang saya Amba lan Jero ini, yaitu sebagai berikut :a.Oposisi MutlakOposisi mutlak merupakan pertentangan makna secara mutlak. Misalnya dalam wacana ini terdapat katabiyen(paragraf 1 kalimat 1) yang berartidahuluberlawanan makna dengan katasaiki(paragraf 1 kalimat 2) yang memiliki artisekarang.b.Oposisi kutubOposisi kutub merupakan oposisi makna yang tidak bersifat mutlak, tetapi bersifat gradasi. Pada wacana ini terdapat oposisi kutub antara katakasusahan(paragraf 2 kalimat 1) dengan katakemaslahatan(paragraf 8 kalimat 4 ).c.Oposisi MajemukOposisi majemuk merupakan oposisi makna yang terjadi pada beberapa kata (lebih dari dua). Oposisi majemuk terdapat pada katanulak(paragraf 2 kalimat satu) yang berartimenolak,berlawanan makna dengan katanampa(paragraf 7 kalimat 1) yang berartimenerima.

4.Kolokasi (Sanding Kata)Kolokasi merupakan asosiasi tertentu dalam menggunakan pilihan kata yang cenderung digunakan secara berdampingan. Kata-kata yang berkolokasi adalah kata-kata yang cenderung dipakai dalam sautu domain atau jaringan tertentu.Dalam wacana Jurang saya Amba lan Jero ini terdapat hubungan kolokasi yaitu kata-kata yang berada dalam lingkungan pemerintahan diantaranyaanggota Dewan Perwakilan Rakyat, anggota legislatif, dananggota DPRD.

5.Hiponimi (Hubungan Atas Bawah)Hiponimi merupakan alat kohesi leksikal yang makna kata-katanya merupakan bagian dari makna kata yang lain. Kata yang mencakupi beberapa kata yang berhiponim disebut hipernim atau superordinat. Dalam wacana ini, terdapat kata Dewan Perwakilan Rakyat sebagai hipernimnya. Sedangkan hiponimnya terdapatanggota DPRD ProvinsidanDPRD Kabupaten/Kota.

6.Ekuivalensi (Kesepadanan)Ekuivalensi merupakan hubungan kesepadanan antara satuan lingual tertentu dengan satuan lingual yang lain dalam dalam sebuah paradigma.Ekuivalensi dalam wacana ini ditunjukkan dengan katarapelan(paragraf 1 kalimat 4) dan katadirapel(paragraf 7 kalimat 2). Kata rapelan dan dirapel memiliki hubungan kesepadanan karena berasal dari satuan lingual asalrapel.

D.Simpulan

Berdasarkan analisis wacana yang telah dilakukan pada wacana rubrik Pangudarasa Jurang saya Amba lan Jero pada majalah Panjebar Semangat yang mengkaji aspek-aspek gramatikal dan aspek-aspek leksikal suatu wacana didapatkan kesimpulan sebagai berikut :1.Aspek gramatikal yang terdapat dalam wacana meliputi pengacuan (referensi), penyulihan (substitusi), pelesapan (ellipsis), serta perangkaian (konjungsi)2.Aspek leksikal yang terdapat dalam wacana meliputi: pengulangan (repetisi), padan kata (sinonimi), lawan kata (antonimi), hubungan atas bawah (hiponimi), sanding kata (kolokasi), serta kesepadanan (ekuivalensi).Dengan kedua aspek tersebut suatu wacana akan memiliki keterpaduan jika dilihat dari segi hubungan bentuk atau struktur lahirnya.