unsur bahasa dlm karya sastera

10
UNSUR-UNSUR BAHASA DALAM LARAS SASTERA 3.0 UNSUR-UNSUR BAHASA DALAM LARAS SASTERA Unsur-unsur bahasa dalam laras sastera adalah bersinonim dan berkait dengan keindahan berbahasa. Kebijaksanaan pengarang menggunakan kreativiti dan imaginasinya dalam berkarya akan dapat meninggalkan kesan kepada pembaca apabila mereka menghayati karya sastera yang di baca. Hal ini disebabkan pembaca kesusasteraan sentiasa sensitif dan merupakan pembaca yang sudah terbekal dengan intuisi stilistik (Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz, 1998: 71). Terdapat beberapa elemen bahasa dalam laras sastera iaitu diksi, bahasa ambiguiti,bahasa ekonomis,bahasa konotatif,bahasa perbandingan,dialog dan unsur monolog. Diksi Diksi ialah pemilihan dan penyusunan kata dalam puisi dan prosa. Ada penulis yang menggunakan istilah "diksi" untuk merujuk kepada pemilihan kata semata-mata sementara cara kata disusun menjadi baris dinamai "sintaks". Perkara yang diutamakan dalam pemilihan dan penyusunan itu ialah ketepatan, tekanan, dan keistimewaan.. Diksi dianggap penting kerana harus bersesuaian denga tema dan persoalan cerita yang diutarakan oleh pengarang. Pemilihan kata-kata hendaklah selaras dengan nada cerita serta watak-watak dalam cerita. Contohnya dalam Cerpen Tina karya Aminhad , pengarang telah memasukkan kata-kata yang bersesuaian dengan isi cerita yang bertemakan kasih sayang dan kerinduan seorang abang kepada adiknya yang telah meninggal dunia . Antara kata yang digunakan ialah teringatkan, kacaunya perasaan, terbujur, sakit jantung dan mati. Pemilihan diksi dalam cerpen Sekuntum Senyum di Sayap Jibril adalah puitis dan menarik serta bersesuaian dengan temanya iaitu cinta kepada manusia, agama dan Pencipta Nya. Perkataan laila,majnun,cinta,Tuhan,putih,manis,sufi syahid dan lain-lain menggambarkan mesej cinta yang terpendam dan kesanggupan untuk mati syahid kerana mempertahankan cinta kepada agama dan negara. Wujudnya puisi Laila dan Majnun yang puitis menguatkan jalinan cerita cerpen ini dan memberi kesan emosi yang romantis kepada pembaca. Pemilihan diksi dalam Sajak Manusia dan Kesejahteraan ini adalah bersesuaian dengan temanya iaitu kerosakan akhlak manusia pada zaman

Upload: epul-aqil-mikail

Post on 20-Oct-2015

106 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

sem 4 subjek bmm

TRANSCRIPT

Page 1: UNSUR Bahasa Dlm Karya Sastera

UNSUR-UNSUR BAHASA DALAM LARAS SASTERA

3.0 UNSUR-UNSUR BAHASA DALAM LARAS SASTERA

Unsur-unsur bahasa dalam laras sastera adalah bersinonim dan berkait dengan

keindahan berbahasa. Kebijaksanaan pengarang menggunakan kreativiti dan

imaginasinya dalam berkarya akan dapat meninggalkan kesan kepada pembaca

apabila mereka menghayati karya sastera yang di baca. Hal ini disebabkan pembaca

kesusasteraan sentiasa sensitif dan merupakan pembaca yang sudah 

terbekal dengan intuisi stilistik (Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz,

1998: 71). 

Terdapat beberapa elemen bahasa dalam laras sastera iaitu diksi, bahasa

ambiguiti,bahasa ekonomis,bahasa konotatif,bahasa perbandingan,dialog dan unsur

monolog.

Diksi 

Diksi ialah pemilihan dan penyusunan kata dalam puisi dan prosa. Ada penulis yang

menggunakan istilah "diksi" untuk merujuk kepada pemilihan kata semata-mata

sementara cara kata disusun menjadi baris dinamai "sintaks". Perkara yang 

diutamakan dalam pemilihan dan penyusunan itu ialah ketepatan, tekanan, dan

keistimewaan..

Diksi dianggap penting kerana harus bersesuaian denga tema dan persoalan cerita

yang diutarakan oleh pengarang. Pemilihan kata-kata hendaklah selaras dengan

nada cerita serta watak-watak dalam cerita.

Contohnya dalam Cerpen Tina karya Aminhad , pengarang telah memasukkan kata-

kata yang bersesuaian dengan isi cerita yang bertemakan kasih sayang dan

kerinduan seorang abang kepada adiknya yang telah meninggal dunia . Antara kata

yang digunakan ialah teringatkan, kacaunya perasaan, terbujur, sakit jantung dan

mati.

Pemilihan diksi dalam cerpen ‘Sekuntum Senyum di Sayap Jibril’ adalah puitis dan

menarik serta bersesuaian dengan temanya iaitu cinta kepada manusia, agama dan

Pencipta Nya. Perkataan laila,majnun,cinta,Tuhan,putih,manis,sufi syahid dan lain-

lain menggambarkan mesej cinta yang terpendam dan kesanggupan untuk mati

syahid kerana mempertahankan cinta kepada agama dan negara. Wujudnya puisi

Laila dan Majnun yang puitis menguatkan jalinan cerita cerpen ini dan memberi

Page 2: UNSUR Bahasa Dlm Karya Sastera

kesan emosi yang romantis kepada pembaca.

Pemilihan diksi dalam Sajak Manusia dan Kesejahteraan ini adalah bersesuaian

dengan temanya iaitu kerosakan akhlak manusia pada zaman ini. Antara perkataan

yang digunakan ialah kekejaman mengatasi kedamaian (1:2), 

tak siapa mau beralah (1:4), kejujuran mati di hati (2:4) menunjukkan pengarang

bijak memilih diksi yang dapat menggambarkan kesejahteraan kehidupan manusia

yang semakin terhakis di tengah-tengah perlumbaan mengejar kuasa dan kekayaan.

Rangkaikata daripada bahasa Inggeris juga digunakan iaitu ‘Run through’ untuk

menunjukkan situasi latihan pementasan

Ambiguiti bermaksud kepelbagaian makna dan disebut juga sebagai ketaksaan.

Hasil penulisan yang berunsurkan ambiguiti mempunyai kemungkinan pelbagai

tafsiran iaitu lebih daripada satu tafsiran. Ambiguiti atau ketaksaan bermaksud unsur

kekaburan dan ketidakjelasan.Penggunaan imejan boleh menimbulkan 

unsur ambiguiti. Melalui penggunaan unsur imejan, mesej disampaikan lebih jelas.

Unsur imejan kadang kala berbentuk imejan mental iaitu membicarakan tentang

perasaan dan perkaitannya dengan indera seseorang.

Contoh dalam Sajak Manusia dan Kesejahteraan unsur ambiguti dapat dilihat pada

ayat Kelelahan kita semakin parah tenatnya .( rangkap 1 baris 1 )

Langit berbau zaitun dalam cerpen ‘Sekuntum Kembang Di Sayap Jibril’m/s 72

(perenggan 2 baris 4).

Pembaca boleh mentafsirkan baris ini mengikut andaian-andaian mereka sendiri

berdasarkan pemahaman masing-masing.

Bahasa Ekonomis

Bahasa ekonomis ialah bentuk gaya bahasa yang ringkas, padat, tepat dan pendek-

pendek. Pemilihan perkataan walaupun agak pendek tetapi masih berupaya

menjelaskan isi cerita atau peristiwa dengan tepat dan menarik. Bahasa ekonomis

dapat mengelakkan rasa bosan atau jemu pembaca jika dibandingkan 

dengan bahasa yang meleret-leret. Dalam cerpen ‘Tina’ pengarang menggunakan

ayat , ‘Tina terlopong’ m/s 55,baris 3 dan ‘Belajarlah bersabar’

(m /s 57 baris 2).

Page 3: UNSUR Bahasa Dlm Karya Sastera

Dalam cerpen Sekuntum Kembang di Sayap Jibril, contoh bahasa ekonomis ialah ,

‘Cintamu Nizami ?’(m/s 71, perenggan 7 baris 1)

Bahasa Konotatif ialah bahasa yang mempunyai maksud perbandingan. Pengertian

dalam bahasa ini merupakan pengertian yang tersirat . Dalam cerpen ‘Sekuntum

Kembang di Sayap Jibril’ ,bahasa konotatifnya ialah:

a)Langit kurasakan mati ketika redup matamu hilang (m/s 63 ,baris 2)

b) Di atas langit berjelaga. Di bawah bumi merah saljinya.(m/s 69,

perenggan 6 baris 1 ).

Keistimewaan penggunaan bahasa konotatif ialah ia dapat menimbulkan kesan

emosi kepada para pembaca.

Unsur laras bahasa seterusnya ialah bahasa perbandingan. Elemen dalam bahasa

perbandingan ialah metafora,simile,hiperbola,personifikasi, dan perlambangan.

Penggunaan unsur bahasa perbandingan ini dapat meninggalkan kesan dan jalan

cerita dalam sesebuah cerpen. Antara unsur bahasa perbandingan dalam cerpen ini

ialah metafora,personifikasi,hiperbola,peribahasa

Bahasa Perbandingan:

Metafora

Metafora merupakan bahasa kiasan dalam laras sastera yang tidak menggunakan

kata-kata bandingan seperti simile. Kiasan jenis metafora merupakan kiasan yang

menyebut terus kepada benda atau binatang yang hendak diumpamakannya.

Perbandingan metafora lebih ringkas dan padat.

Dalam cerpen Sekuntum Kembang di Sayang Jibril’ unsur metaforanya ialah bibirmu

menjadi darah kepada rinduku (m/s 63 perenggan 4:5)

Contoh metafora dalam cerpen ‘Tina’ ialah:

Getar dan debar hatiku menggila pada kali pertama aku melihat dia, dalam cerpen

Tina ( m/s 52 Perenggan 1, baris 1)

Personifikasi 

Unsur yang menggunakan kiasan untuk memberikan sifat manusia daripada segi

perasaan, perlakuan dan sebagainya kepada benda-benda mati, idea, binatang dan

lain-lain yang mujarad. Kata yang menjadikan benda atau binatang seolah-olah

manusia. Sifat-sifat manusia seperti perasaan dan keinginan diberikan kepada

Page 4: UNSUR Bahasa Dlm Karya Sastera

benda, binatang dan seumpamanya menjadikannya seperti manusia. 

Contoh unsur personifikasi dalam cerpen Tina ialah:

Dalam kesepian itu, seolah-olah aku melihat pokok-pokok yang longlai dipuput bayu

melihat kemurungan yang menyerang jiwaku( m/s 52,perenggan 4:1)

Hiperbola

Hiperbola menggambarkan karya sastera yang mempunyai unsur yang agak

keterlaluan atau berlebih-lebihan seoalah-olah tidak masuk akal. 

Namun demikian, perbandingan atau cerita yang digambarkan itu masih menarik dan

indah. Tujuannya adalah untuk memperhebat serta meningkatkan kesan dan

pengaruh dalam kalangan pembaca. Gaya bahasa ini melibatkan kata-kata dan

kalimat. Unsur hiperbola dalam Cerpen Tina ialah :

Tina mungkin terfikir dengan cara itu sahaja layang-layang akan naik kembali.

Menegak dan akan mencapai awan. (m/s 55 perenggan 1,baris 3

Unsur Perlambangan

Merupakan kata-kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu benda, keadaan

atau peristiwa yang membawa maksud yang lain atau maknanya lebih mendalam. 

Dalam cerpen ‘Sekuntum Kembang di Sayang Jibril’ unsur perlambangannya ialah

dalam ayat apakah cinta juga seputih ini ? (m/s 63 p2:b 2 ) 

Perkataan putih (m/s 63 p2:b 2 ) melambangkan cinta yang rohani dan suci .

Langit nya yang putih dan buminya yang putih bertukar menjadi merah dan hitam.

(m/s 63 p3:b 5) Perkataan merah melambangkan darah dan perkataan hitam

melambangkan keadaan yang sengsara.

Peribahasa

Peribahasa adalah sejenis ungkapan yang membawa maksud kiasan ataupun

maksud yang berbunga-bunga. Ia sering digunakan oleh nenek moyang kita untuk

menyampaikan maksud dengan cara yang lebih terselindung atau untuk 

menyindir dengan bicara yang lebih sopan. Kini, masyarakat moden menggunakan

peribahasa dalam pertuturan atau penulisan untuk mengindahkan lagi penggunaan

Bahasa Melayu.

Page 5: UNSUR Bahasa Dlm Karya Sastera

Peribahasa yang terdapat dalam Cerpen ‘Tina’ ialah:

Masuk bakul angkat sendiri (m/s 57,perenggan 4 baris 1)

Kan sabar itu separuh daripada iman ! (m/s 57,perenggan 2, baris 2)

Dalam sajak Manusia dan Kesejahteraan terdapat peribahasa seperti:

.......... bermuka dua (3:4)

.......... titik pertemuan ((1:3)

Tujuan pengarang memasukkan unsur bahasa perbandingan untuk menjelaskan lagi

maksud yang hendak disampaikannya dan seterusnya dapat menarik minat

pembaca untuk meneruskan pembacaan mereka. Jelasnya bahasa perbandingan ini

dapat memperlembutkan makna percakapan dan mengindahkan bahasa.

(Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz,1998 : 74)

Unsur Penegasan

Unsur penegasan boleh didefinisikan sebagai unsur yang dapat menjelaskan makna

sesuatu agar menjadi lebih nyata hasil daripada pemikiran pengarang. Jelasnya

unsur penegasan dalam sesebuah karya kesusasteraan merujuk kepada penjelasan,

penentuan atau penerangan yang nyata untuk menjelaskan sesuatu hal. Unsur-

unsur perulangan,anafora dan epifora termasuk dalam unsur penegasan ini.Menurut

Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz, 1998: 79, ketiga-tiga unsur ini

mempunyai kekuatan yang tersendiri untuk menegaskan sesuatu maksud.

Unsur penegasan dalam kesusasteraan selalunya digarap oleh pengarang dalam

bentuk puisi. Penulisan kata (atau bahagian kata), ungkapan, baris (atau bahagian

baris), atau rangkap secara lebih daripada sekali. Tujuannya ialah untuk

menegaskan maksud atau menimbulkan pengucapan yang berirama dan

indah.Unsur perulangan bentuk anafora dalam Sajak Manusia dan Kesejahteraan

ialah :

“tambah mengimbau sorotan kitab .... (5 : 1 )

“tambah mengimbau sorotan kitab..... (5 : 2)

Tujuan penggunaan unsur perulangan adalah untuk menegaskan maksud dan

menimbulkan nilai estetik melalui bunyi yang berirama dan indah. 

Page 6: UNSUR Bahasa Dlm Karya Sastera

Dialog

Dialog boleh didefinisikan sebagai kata-kata yang dituturkan oleh watak-watak dalam

drama atau fiksyen. (Kamus Dewan,1994:302). Dialog adalah kata-kata perbualan

antara dua watak atau lebih sama ada berbentuk lisan ataupun bertulis dalam karya-

karya sastera dalam sesebuah drama atau fiksyen.Contoh dialog dalam cerpen ‘

Sekuntum Kembang di Sayap Jibril ialah’, pada halaman 66, perenggan 7 baris 1

dan 2 iaitu :

“ Najwa. Penjiwaanmu sungguh hebat.”

“ Semuanya kerana puisimu, Farith.”

Dalam cerpen Tina dialognya pada muka surat 58, perenggan 6:

“ Nak beri apa kalau saya dapat jadi johan? ”

“ Lima ringgitt,” aku mencabar.

“ Betul lima ringgit?”

Monolog

Unsur monolog adalah salah satu unsur yang biasa digunakan dalam karya

kesusasteraan. Umar Junus dalam bukunya Stilistik, Satu Pengantar 

mendefinisikan monolog adalah lawan kepada dialog iaitu hanya seorang yang

bercakap. Daripada definisi ini dapatlah dirumuskan bahawa monolog bermakna

hanya seorang watak yang bercakap seorang diiri, biasanya watak utama dalam

karya tersebut tanpa ada tindak balas daripada orang lain. Percakapannya itu

diluahkan dan didengari oleh watak tersebut dan mungkin juga watak-watak di

sekelilingnya (Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz, 1998: 88)

Umumnya monolog boleh dibahagi kepad dua jenis iaitu monolog luaran dan

monolog dalaman . Monolog luaran bermaksud monolog yang dilafazkan sementara

monolog dalaman adalah monolog di dalam hati.( Kamarudin Husin dan Siti Hajar

Abdul Aziz, 1998:90).

Unsur monolog dalam cerpen ‘Tina’ ialah :

a) ‘Tinaaa!’ ‘ Abang rindu!’ m/s 57 (perenggan 8 baris 2)

b) Aku tak mahu, dia yang kukenal akan melalui peristiwa yang sama.

Oh, Tuhanku.Jangan! ( m/s 61 perenggan 6 baris 2 )

Dalam cerpen ‘ Sekuntum Kembang di Sayap Jibril’ unsur monolognya ialah:

Page 7: UNSUR Bahasa Dlm Karya Sastera

Cintamu Nizami? m/s 71 perenggan 7 baris 1

Rumusannya, laras bahasa adalah variasi bahasa yang berlainan berdasarkan

fungsinya.Laras bahasa sastera atau disebut juga sebagai laras kreatif yang bermutu

memerlukan kejelasan, perpautan, kesatuan serta bentuk stailistik yang

dipelbagaikan. Huraian di atas menunjukkan beberapa contoh unsur dalam laras

bahasa yang menjadi aksesori dalam sesebuah penulisan. 

4.0 BAHASA PERBANDINGAN

Salah satu gaya bahasa yang sering digunakan di dalam penulisan mahu pun

pertuturan seharian ialah bahasa perbandingan. Bahasa perbandingan boleh

dibahagikan kepada dua, iaitu bahasa perbandingan yang menunjukkan persamaan

dan pertentangan. Menurut Kamus Dewan, ‘bahasa’ boleh ditakrifkan sebagai suatu

sistem lambang bunyi suara yang digunakan sebagai alat perhubungan di dalam

sesuatu kelompok manusia untuk melahirkan perasaan dan fikiran. Bahasa juga

bermaksud kata-kata yang disusun menurut tatabahasa dan digunakan oleh

seseorang di dalam percakapan atau tulisan.

Kamus Pelajar mendefinisikan , ‘perbandingan’ sebagai persamaan. Oleh itu, bahasa

perbandingan boleh ditafsirkan sebagai satu bentuk bahasa yang digunakan untuk

memerihalkan sesuatu perkara atau kejadian tanpa memberitahu secara terus.

Penyampaian sesuatu maklumat dan perasaan serta mesej yang hendak

disampaikan. diungkap melalui beberapa rangkai kata atau pun perkataan. Elemen-

elemen yang terkandung di dalam bahasa perbandingan

ialah gaya bahasa personifikasi, metafora, simile dan banyak lagi.

Fungsi Bahasa Perbandingan

Bahasa perbandingan berfungsi untuk menerangkan sesuatu secara berkias. Secara

tidak langsung ia akan dapat menjaga perasaan terhadap sesuatu yang ingin

disampaikan. Ini bersesuaian sekali dengan situasi masyarakat kita yang tidak suka

berterus-terang dalam berbicara. 

Selain itu, bahasa perbandingan digunakan untuk menyamakan sesuatu benda

dengan sesuatu keadaan atau peristiwa yang lain. Unsur metafora misalnya,

digunakan untuk membandingkan sesuatu benda dengan keadaan atau pun

Page 8: UNSUR Bahasa Dlm Karya Sastera

peristiwa yang lain dengan cara menyatukan sesuatu perkataan yang maujud

dengan keadaan yang abstrak. Di sini secara tidak langsung, pembaca akan

mengetahui maksud perkataan tersebut dengan melihat unsur yang telah

digabungkan. Bahasa perbandingan juga dapat membangkitkan jalan cerita atau plot

dan huraian sesebuah karya dan sebagai penyeri terhadap sesuatu hasil karya

tersebut. Ia juga adalah sebagai penyeri jalan terhadap isi cerita. Seterusnya bahasa

perbandingan ini dapat menjadi penambah daya tarikan 

kepada cerita supaya ceritanya tidak kering atau hambar dan menjemukan 

pembaca.

Bahasa perbandingan juga digunakan untuk menggambarkan atau melukiskan watak

dalam sesuatu karya dan memberi pengajaran kepada pembaca tentang akibat

daripada sesuatu perbuatan yang tidak baik. Contoh bahasa perbandingan ialah

bagaikan harimau kehilangan belangnya boleh membawa maksud seseorang yang

berkuasa dalam sesuatu hal, tetapi telah kehilangan kuasa akibat daripada

tindakannya yang tidak baik.

Terdapat beberapa contoh bahasa yang menunjukkan perbandingan yang sering

digunakan di dalam sesebuah penulisan karya. Antaranya ialah seperti berikut:

(a) Simile

Unsur simile dalam cerpen Tina ialah :

‘bagai kuntum bunga yang mulai mekar (m/s 54 p8 b1)

Unsur similie dalam cerpen ‘Sekuntum Kembang di Sayap Jibril ialah , 

‘ Kata-kata itu membakar tubuhnya seperti api yang membakar Ibrahim a.s ’

(m/s 63, 5:2)

(b) Personifikasi

Personifikasi ialah perlambangan sifat-sifat manusia yang diberikan kepada

benda tidak bernyawa atau sesuatu yang abstrak. Contoh dalam Sajak Manusia dan

Kesejahteraan ialah ketuaan dunia akan tenggelam juga (3:2) dan

kejujuran mati di hati (1: 4)

Dalam cerpen Tina .....pokok-pokok yang longlai (m/s 1 perenggan 4: baris 2)

Sifat tua, jujur dan longlai adalah sifat manusia, Namun sifat tersebut dipadankan

dengan objek bukan manusia iaitu dunia , hati dan pokok-pokok.

Kesannya pembaca dapat merasai elemen-elemen tersebut hidup seperti manusia.

Page 9: UNSUR Bahasa Dlm Karya Sastera

Unsur personifikasi ialah yang kedua ialah menjadikan benda atau binatang seolah-

olah manusia. Sifat-sifat manusia seperti perasaan dan keinginan diberikan kepada

benda, binatang dan seumpamanya menjadikannya seperti manusia. Contohnya

ialah seperti di bawah ini :

Dalam cerpen Tina contoh personifikasi ialah pada ayat basikal yang sudah terbaring

(m/s 55 : 7) dan tersambar oleh cuping telingaku suara ambulans (m/s 61:4) dan

layang-layang kematian angin ( m/s 54: )

Daripada contoh di atas basikal terbaring, ambulans bersuara dan layang-layang

mati menjadikan benda itu seolah-olah seperti manusia.

Dalam cerpen ‘Sekuntum Kembang di Sayap Jibril unsur personifikasinya

ialah :

i)......rebah di kolam cinta ( m/s 65 p5: b7 )

ii) Puisinya bukan sahaja membakar seluruh manusia di sangkar cintanya 

(m/s 66 p7:3)

Dua contoh unsur personifikasi di atas menggunakan kiasan untuk memberikan sifat

manusia daripada segi perasaan, perlakuan dan sebagainya kepada benda-benda

mati. 

(c) Metafora

Gaya bahasa metafora adalah perbandingan secara langsung, iaitu ia memberi sifat

sesuatu objek itu secara perbandingan terus. Terdapat dua jenis metafora 

iaitu:

(i) Metafora yang tidak memerlukan kata-kata perbandingan seperti

bagaikan,laksana dan bagai. Contohnya dalam Cerpen ‘Sekuntum Kembang di

Sayap Jibril’ ialah Cinta Majnun adalah sekuntum kembang yang tersisip di Sayap

Jibril (m/s 71 p7:b 5)

Dalam sajak ‘Manusia dan Kesejahteraan’ metaforanya ialah :

kelelahan kita semakin parah tenatnya (1 : 1)

(ii) Metafora yang menggabungkan unsur konkrit dan abstrak. Contohnya serpihan

harapan (m/s p b )dalam Cerpen ‘Sekuntum Kembang di Sayap Jibril’ dan neraka

Page 10: UNSUR Bahasa Dlm Karya Sastera

kecintaan (4:3)dalam sajak ‘Manusia

dan Kesejahteraan’ 

d) Eufemisme

Bahasa yang digunakan untuk tujuan memperhaluskan kata atau ucapan disebut

sebagai eufemisme. Ia juga dikenali sebagai ucapan atau ungkapan lembut. 

Misalnya, perkataan merogol akan lebih indah dan sopan digantikan dengan

memperkosa. Contoh dalam cerpen Tina bahasa eufemise ialah :

‘Tapi sekarang, Tina dah tak ada lagi. ’m/s 61 Perkataan dah tak ada lagi digunakan

bagi menggantikan perkataan mati yang bersifat bahasa kasar.

e)Alegori

Alegori adalah cerita yang digunakan sebagai lambang yang digunakan

untuk pendidikan. Watak binatang dijadikan sebagai objek untuk menonjolkan gaya

bahasa ini. Contohnya, . watak Sang kancil selalu digunakan untuk melambangkan

seseorang yang bijaksana. Elemen alegori ini menggunakan watak binatang sebagai

pelakon utama di dalam sesebuah cerita. Antara watak yang biasa digunakan ialah

seperti monyet, kura-kura, ular, kucing dan anjing. Tidak ada contoh alegori dalam

petikan pengkaji dalam kajian ini.

(f) Antilesis

Gaya bahasa ini adalah bahasa yang membandingkan dua perkara yang

berlainan di dalam masa yang sama. Setiap ayat yang dibina mesti terdiri

daripada dua frasa ayat yang mempunyai makna yang bertentangan. Gaya

bahasa ini banyak digunakan di dalam sesebuah penulisan karya sastera

mahu pun di dalam perbualan seharian. 

Dalam Sajak Manusia dan Kesejahteraan, unsur antilesisnya ialah hanya

kesejahteraan membunga api (5:3)

Kesimpulannya, bahasa perbandingan terdiri daripada unsur gaya bahasa

yang membandingkan sesuatu perkara yang mempunyai pertalian yang

sama dan berbeza. Sebagai contoh, gaya bahasa simile digunakan untuk

Page 11: UNSUR Bahasa Dlm Karya Sastera

membandingkan dua perkara yang mempunyai persamaan. Gaya bahasa ini amat

penting dalam membentuk ayat yang gramatis di dalam penulisan sesebuah karya.

Di samping itu, ia juga digunakan di dalam kehidupan kita seharian. 

Sesebuah penulisan itu tidak akan menarik pembaca untuk menghayatinya secara

efektif sekiranya tidak ada unsur-unsur perbandingan di dalamnya