unsur-unsur kumpulan 1

11
UNSUR-UNSUR KUMPULAN 1 Nabilah Farhanah Laili Izzati Nurul Atikah

Upload: cg-adura

Post on 15-Jan-2016

112 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

SSP, Adura

TRANSCRIPT

Page 1: Unsur-unsur Kumpulan 1

UNSUR-UNSUR KUMPULAN 1

Nabilah FarhanahLaili Izzati

Nurul Atikah

Page 2: Unsur-unsur Kumpulan 1

Senarai Unsur Kumpulan 1

LitiumNatriumKaliumRubidiumSesiumFransium (unsur-unsur kumpulan 1 disebut sebagai

logam alkali)

Page 3: Unsur-unsur Kumpulan 1

Sifat Fizik

Litium, natrium dan kalium ialah logam tetapi mempunyai beberapa sifat fizik yang luar biasa.

Kumpulan 1 ialah logam lembut dengan ketumpatan dan takat lebur yang rendah berbanding dengan logam lain seperti ferum dan kuprum.

Logam-logam alkali ini mempunyai permukaan kelabu yang berkilat

Page 4: Unsur-unsur Kumpulan 1

Unsur-unsur kumpulan ini ialah konduktor haba dan elektrik yang baik.

Apabila menuruni kumpulan 1,

kekerasan, takat lebur, dan takat didih berkurang.

LiNaK

Apabila menuruni kumpulan 1 saiz atom bertambah.

Page 5: Unsur-unsur Kumpulan 1

Sifat Kimia

Litium, natrium, dan kalium mempunyai sifat kimia yang serupa tetapi berbeza dari segi kereaktifannya.

Logam alkali bertindak balas dengan air secara cergas untuk menghasilkan larutan hidroksida logam berakali dan gas hidrogen, H2.

2Li(p) + 2H2O(ce) 2LiOH(ak) + H2(g) Litium Air Litium Hidroksida Gas Hidrogen

Page 6: Unsur-unsur Kumpulan 1

Logam alkali terbakar dalam gas oksigen, O2 dengan cepat

untuk menghasilkan pepejal putih oksida logam. 4Li(p) + O2(g) 2Li2O(p) Litium Gas Oksigen Litium Oksida

Logam alkali terbakar dengan semakin cergas daripada litium kepada kalium. Pepejal oksida logam yang terbentuk larut di dalam air untuk membentuk larutan hidroksida logam yang beralkali.

Li2O(p) + H2O(ce) 2LiOH(ak) Litium Oksida Air Litium Hidroksida

Page 7: Unsur-unsur Kumpulan 1

Logam alkali terbakar dalam gas klorin, Cl2 untuk membentuk pepejal putih klorida logam.

2Na(p) + Cl2(g) 2NaCl(p) Natrium Gas Klorin Natrium klorida

Logam alkali terbakar dalam gas bromin, Br2 untuk membentuk bromida logam.

2K(p) + Br2(g) 2KBr(p) Kalium Gas Bromin Kalium Bromida

Page 8: Unsur-unsur Kumpulan 1

Litium, natrium dan kalium mempunyai sifat kimia yang serupa.

Logam alkali mempunyai satu elektron di dalam petala terluarnya.

Logam Alkali Susunan Elektron

Li 2.1

Na 2.8.1

K 2.8.8.1

Rb 2.8.18.8.1

Cs 2.8.18.18.8.1

Fr 2.8.18.32.18.8.1

Page 9: Unsur-unsur Kumpulan 1

Semasa tindak balas berlaku, setiap atom unsur ini menderma satu elektron daripada petala terluarnya untuk membentuk satu ion yang bercas +1 supaya mencapai susunan elektron oktet atau duplet yang stabil.

Page 10: Unsur-unsur Kumpulan 1

Langkah Keselamatan Dalam Mengendalikan Unsur Kumpulan Satu

Litium, natrium dan kalium mesti disimpan di dalam botol yang mengandungi minyak parafin.

Gunakan forseps apabila mengambil logam alkali.

Mesti memakai cermin mata keselamatan dan sarung tangan.

Pastikan hanya seketul logam alkali yang bersaiz kecil digunakan.

Page 11: Unsur-unsur Kumpulan 1

Kesimpulan

Kereaktifan unsur kumpulan satu bertambah apabila menuruni kumpulan. Hal ini demikian kerana, saiz atom unsur kumpulan satu bertambah daripada litium kepada fransium. Apabila menuruni kumpulan satu, elektron valens tunggal di dalam petala terluar menjadi semakin jauh dari nukleus. Oleh itu, daya tarikan antara nukleus dengan elektron valens menjadi semakin lemah. Oleh itu, atomnya menjadi semakin mudah melepaskan elektron valens tunggal untuk mencapai susunan elektron oktet atau duplet yang stabil.