pengenalan unsur-unsur kos

29
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 2 / 1 UNSUR-UNSUR KOS: PENGENALAN OBJEKTIF OBJEKTIF AM: Memahami unsur-unsur kos dan pengkelasannya serta perkaitan perakaunan kos dengan fungsi- fungsi dijabatan perkilangan. OBJEKTIF KHUSUS: Diakhir unit ini anda sepatutnya dapat: 1. mengkelaskan unsur-unsur kos. 2. membuat perkaitan perakaunan kos dengan fungsi-fungsi jabatan-jabatan dalam organisasi yang berorientasikan

Upload: chris

Post on 23-Jun-2015

1.011 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan Unsur-Unsur Kos

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 2 / 1

UNSUR-UNSUR KOS: PENGENALANOBJEKTIF

OBJEKTIF AM:

Memahami unsur-unsur kos dan pengkelasannya serta perkaitan perakaunan kos dengan fungsi-fungsi dijabatan perkilangan.

OBJEKTIF KHUSUS:

Diakhir unit ini anda sepatutnya dapat:

1. mengkelaskan unsur-unsur kos.

2. membuat perkaitan perakaunan kos dengan

fungsi-fungsi jabatan-jabatan dalam organisasi

yang berorientasikan perkilangan.

Page 2: Pengenalan Unsur-Unsur Kos

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 2 / 2

2.0 PENGENALAN

Dalam unit satu anda telah pelajari dan fahami definisi dan kepentingan perakaunan kos serta perbezaan perakaunan kos dengan perakaunan kewangan, untuk mendalaminya lagi apa kata jika kita lihat dari sudut unsur-unsur kos.

Penting bagi pihak pengurusan mengkelaskan unsur-unsur kos-kos mengikut jabatan, proses, tempahan keluaran, kerja atau perakaunan kos-kos unit yang lain, supaya proses mengawal dan membuat keputusan akan lebih cekap dan tepat dengan ini matlamat organisasi dapat dicapai.

2.1 UNSUR-UNSUR KOS DAN PENGKELASANNYA.

Unsur-unsur kos adalah terdiri daripada beberapa unsur kos yang utama yang kita boleh perolehi daripada jabatan-jabatan yang berbeza dan unsur-unsur kos ini dikelaskan bergantung kepada tujuan kos diperlukan.

2.1.1 UNSUR-UNSUR KOS.

Unsur-unsur kos adalah terdiri daripada:a. Bahan langsungb. Buruh langsungc. Belanja langsungd. Overhed.

i. Pengeluaran.ii. Pentadbiran.iii. Jualan dan pengagihan.

2.1.1.1 BAHAN LANGSUNG.

Bahan langsung terdiri daripada bahan yang boleh diperolehi secara fizikal daripada keluaran tertentu. Contohnya adalah bagi kilang perabot, kayu yang digunakan untuk membuat perabot adalah merupakan bahan langsung bagi industri tersebut.

UNSUR-UNSUR KOS: PENGENALAN

INPUT

Page 3: Pengenalan Unsur-Unsur Kos

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 2 / 3

2.1.1.2 BURUH LANGSUNG.

Buruh langsung terdiri daripada buruh yang boleh dikenalpasti bekerja untuk produk tersebut. Contohnya adalah kos buruh langsung adalah daripada upah yang diperolehi oleh buruh tersebut untuk kerja melengkapkan bahagian meja untuk dijadikan meja siap. Atau upah yang dibayar kepada buruh yang bekerja dalam proses pengeluaran.

Walaubagaimana pun gaji yang dibayar kepada penyelia atau staf daripada jabatan stor tidak boleh dikenalpasti daripada barang siap maka ia dikelaskan sebagai buruh tidak langsung.

2.1.1.3 BELANJA LANGSUNG.

Belanja langsung adalah terlibat secara langsung dengan pengeluaran. Contohnya kos untuk menyewa mesin untuk pengeluaran keluaran tertentu.

2.1.1.4 OVERHED PERKILANGAN/ PENGELUARAN.

Overhed pengeluaran merupakan kos bahan tak langsung, buruh tak langsung dan belanja tak langsung. Contohnya bahan tak langsung adalah bahan yang digunakan untuk membaiki mesin bagi pelbagai jenis keluaran, Buruh tak langsung pula merupakan penjaga stor, penyelia kilang dan lain-lain dan belanja tak langsung adalah susutnilai mesin, sewa kilang dan lain-lain.

2.1.2 PENGKELASAN UNSUR-UNSUR KOS.

Unsur-unsur kos boleh dikelaskan mengikut objektif kos iaitu boleh kita lihat dalam jadual 2.1.

OBJEKTIF KOS PENGKELASAN KOSa. Kos untuk penilaian

stoki. Kos tempoh dan kos keluaran.ii. Unsur-unsur kos perkilangan.iii. Kos kerja dan kos proses.

b. Kos untuk pembuatan keputusan

i. Gelagat kos.ii. Kos releven dan tidak relevan.iii. Kos dapat dihindari dan tidak dapat

dihindari. (avoidable and unavoidable cost)iv. Kos melepas.(Sunk kos)v. Kos peluang. (Opportunity cost)

vi. Kos marginal .c. Kos untuk kawalan Kos dapat dikawal dan tidak dapat dikawal

Page 4: Pengenalan Unsur-Unsur Kos

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 2 / 4

Jadual 2.1 : Pengkelasan kos

2.1.2.1 KOS UNTUK PENILAIAN STOK.

Terdapat beberapa kos untuk penilaian stok iaitu:

i. Kos tempoh dan kos keluaran. (Period and product kos)

Kos tempoh – Kos yang tidak terlibat dengan penilaian stok, ia dikira sebagai belanja dalam tempoh ia berlaku.

Kos keluaran – Merupakan kos yang tidak terlibat dengan penilaian stok diperolehi daripada belian barangan atau pun keluaran barangan untuk dijual.

Untuk lebih memahaminya mari kita rujuk rajah 2.1

Rajah 2.1: Kos tempoh dan kos keluaran.

ii. Unsur-unsur kos daripada perkilangan. Untuk pengiraan kos keluaran mengandungi 3 unsur:

a. Bahan langsung.b. Buruh langsung.c.Overhed perkilangan/pengeluaran.

Walaubagaimana pun untuk penilaian stok unsur-unsur kos dikira seperti berikut:

RMBahan langsung XXBuruh langsung XXBelanja langsung XXKos utama/keluaran XXXOverhed pengeluaran XXJumlah kos perkilangan XXX

Kos perkilangan Kos keluaran

Direkodkan sebagai belanja dalam AUR dalam tempoh perakaunan semasa.

Kos bukan perkilangan Kos tempoh

Direkodkan sebagai belanja dalam AUR dalam tempoh perakaunan semasa.

Page 5: Pengenalan Unsur-Unsur Kos

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 2 / 5

iii. Kos kerja dan kos proses.

Kos kerja 1. Pengkelasan kos ini sesuai untuk perkilangan yang mengeluarkan keluaran

mengikut tempahan atau pun mengeluarkan keluaran mengikut keluaran yang spesifik.

2. Contoh: industri pembinaan, percetakan, pembinaan kapal dan lain-lain.3. Disebabkan tempahan pelanggan tidak sama untuk setiap keluaran maka

pengiraan kos keluaran purata untuk setiap unit keluaran adalah tidak sesuai.

4. Kos kerja memberikan pengiraan yang lebih tepat kerana ia mengumpulkan kos untuk setiap tempahan yang spesifik.

Kos proses.1. Pengkelasan kos ini sesuai untuk industri yang mengeluarkan keluaran yang

berbentuk bahan kimia, simen, minyak, cat dan textile. Yang mana ia melibatkan pengeluaran melalui proses siri yang berturutan.

2. Jumlah kos dikira disetiap tempoh bagi setiap proses dan purata kos dikira untuk setiap tempoh proses.

2.1.2.2 KOS UNTUK PEMBUATAN KEPUTUSAN.

Terdapat beberapa kos yang digunakan untuk membuat keputusan iaitu:

i. Gelagat kos Kos berubah: Kos ini berubah jumlahnya mengikut volum kegiatan tertentu

dan ia berubah secara langsung.(rujuk rajah 2.2)

kos kos berubah(Cth: Bahan mentah, komisen, buruh langsung dll)

Operasi(Pengeluaran/jualan)

Kos tetap: Kos yang tidak akan berubah dari segi jumlah mengikut paras operasi.(Rujuk rajah 2.3)

kos

kos tetap (Cth: sewa,

gaji dll)

Operasi(Pengeluaran/jualan)

Cth: tingkatkan pengeluaran sebanyak 10% maka bekalan bahan mentah perlu ditingkatkan 10%

Cth: tingkatkan pengeluran sebanyak 10% walaubagaimana pun sewa kilang tetap tidak berubah.

Rajah 2.2: Kos

Rajah 2.3: Kos

Page 6: Pengenalan Unsur-Unsur Kos

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 2 / 6

Kos separa berubah: Kos ini mengandungi jumlah tetap di dalam sesuatu julat berkenaan dan kemudian bertambah atau berkurang mengikut paras kegiatan. (Rujuk rajah 2.4).

kos (Cth: kos air, elektrik Kos berubah

talifon dll)Kos tetap

Operasi(Pengeluaran/jualan)

ii. Kos relevan dan tidak relevan (Relevant dan irrelevant cost) Untuk proses pembuatan keputusan kos dikelaskan kepada adakah ia relevan

untuk pembuatan keputusan tertentu atau kos tidak relevan untuk pembuatan keputusan tertentu.

Kos relevan merupakan kos masa depan yang boleh diubah daripada keputusan yang diambil manakala kos tidak relevan tidak dapat diubah walau apapun keputusan yang diambil.

Contohnya; kalau kita mempunyai 2 pilihan sama ada untuk memilih belajar dikolej swasta atau pun dikolej awam kos yuran merupakan kos relevan kerana kos yuran ini mempengaruhi kita dalam membuat pemilihan. Manakala kos untuk pakaian dan makan merupakan kos tidak relevan kerana dikolej mana pun kita belajar kos pakaian dan makanan adalah sama.

iii. kos dapat dihindari dan kos tidak dapat dihindari (Avoidable and unavoidable cost)

Ia mempunyai persamaan dengan kos relevan dan tidak relevan. Kos dapat dihindari - Kos yang dapat diselamatkan sekiranya tidak

memilih pilihan tertentu. Kos tidak dapat dihindari - Kos yang tidak dapat diselamatkan sekiranya

memilih pilihan tertentu. Contoh; Kita mempunyai stok lama digudang sebanyak RM100 dan baru-

baru ini kita menerima tempahan pada harga RM250 yang melibatkan stok lama tersebut maka kita sekarang ini mempunyai 2 pilihan untuk menerima tempahan atau tidak

Tidak menerima Menerimatempahan tempahan

Bahan 100 100 (kos tidak dapat dihindari)Kos kerja - 200 (Kos dapat dihindari)Hasil - (250)

_____ _____Kerugian 100 50

===== =====

Cth: kos telefon mengandungi suatu jumlah tetap iaitu sewa untuk suatu tempoh dan kos berubah untuk panggilan bermeter.

Rajah 2.4: Kos separa tetap

Page 7: Pengenalan Unsur-Unsur Kos

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 2 / 7

Kesimpulannya; sekiranya kita menerima tempahan kita akan mempunyai kerugian sebanyak RM50 dan sekiranya kita tidak menerima tempahan kita akan mempunyai stok lama yang mungkin akan dilupuskan bernilai RM100.

iv. Kos melepas (sunk kos). Kos nilai faedah yang terpaksa dilepaskan kerana keputusan yang lain dibuat. Contoh: 3 tahun belajar di Politeknik untuk mendapatkan diploma bagi

pelajar akan menimbulkan kos melepas, mungkin kalau mereka bekerja di kilang/firma, mereka mendapat pendapatan yang lumayan tetapi sekiranya dalam tempoh ini mereka mengganggur beliau tidak mengalami kos melepas.

v. Kos peluang (Opportunity cost) kos yang dilepaskan apabila memilih satu pilihan tindakan daripada beberapa

pilihan. Contoh: Jika seseorang itu mempunyai 2 pilihan iaitu sama ada pergi melihat

wayang atau pergi melihat teater dan sekiranya beliau mengambil keputusan untuk melihat teater maka beliau telah melepaskan peluang untuk melihat wayang.

vi. Kos sut/marginal. Dari segi perakaunan, kos sut adalah kos berubah satu unit keluaran atau

perkhidmatan iaitu kos yang boleh dielakkan jika unit tidak dikeluarkan atau disediakan.

2.1.2.3 KOS UNTUK KAWALAN

Kos boleh kawal dan kos tidak boleh kawal. Kos boleh kawal

Kos yang dipengaruhi oleh tindakan atau keputusan pengurus. Contohnya; Kos gaji pekerja ditambah atau dikurangkan.

Kos tidak boleh kawal Kos yang tidak dipengarauhi oleh tindakan atau keputusan pengurus. Contohnya; Kenaikan harga bahan mentah disebabkan inflasi.

UNSUR-UNSUR KOS: PENGENALAN

Unsur-unsur kos:Bahan LangsungBuruh LangsungBelanja LangsungOverhed PengeluaranPentadbiranJualan dan pengagihan.

Fakta Kunci

Page 8: Pengenalan Unsur-Unsur Kos

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 2 / 8

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA.SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN

BERIKUTNYA.

2.1 Maklumat di bawah adalah dikumpul bagi tahun berakhir pada 31 Dis 2001 bagi syarikat perkilangan Wau Bulan Sdn Bhd.:

Butiran RMJualan 200 000Inventori pada awal tahun:

o Barang siapo Kerja dalam proses

5 000 2 000

Belian bahan 100 000Inventori bahan:

o Awal tahuno Akhir tahun

4 000 3 000

Buruh langsung 50 000Inventori akhir tahun:

o Kerja dalam proseso Barang siap

5 000 8 000

Lain-lain perbelanjaan pada tahun tersebut:

o Belanja jualan 10% daripada jualan

o Belanja pentadbiran 5% daripada jualan.

o Overhed pengeluaran/pengilangan 60% daripada buruh langsung.

Sediakan penyata kos bagi Syarikat Perkilangan Wau Bulan Sdn. Bhd. bagi tahun berakhir pada 31 Dis 2001.

AKTIVITI 2A

Page 9: Pengenalan Unsur-Unsur Kos

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 2 / 9

Perhatian! Anda hanya boleh berpindah ke input

selanjutnyajika anda dapat menjawab kesemua

soalan dalam aktiviti 2A

2.1 Penyata kos bagi Syarikat Perkilangan Wau Bulan Sdn. Bhd. bagi tahun berakhir pada 31 Dis 2001. RM RM

Bahan langsung;Inventory awal 4 000Belian bahan 100 000

________104 000

Tolak: Inventory bahan akhir (3 000)________ 101 000

Buruh langsung 50 000________

Kos utama/kos keluaran 151 000

Overhed perkilangan/pengeluaran @ 60% daripada kos buruh 30 000

________Kos perkilangan/pengeluaran kasar 181 000

Tambah: Kerja dalam proses 2 000________

183 000

Tolak: Kerja dalam proses akhir (5 000)________

Kos perkilangan 178 000

Tambah; Overhed pentadbiran @ 5% daripada jualan 10 000Overhed jualan @ 10% daripada jualan 20 000

_________

MAKLUMBALAS 2A

UNSUR-UNSUR KOS: PENGENALAN

Page 10: Pengenalan Unsur-Unsur Kos

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 2 / 10

Jumlah kos jualan 208 000========

2.2 Fungsi jabatan-jabatan dalam organisasi yang berorientasikan perkilangan dan perkaitannya dalam perakaunan kos.

Maklumat perakaunan diperlukan di dalam sesuatu organisasi untuk proses pembuatan keputusan. Yang mana faktor ini mempengaruhi pembentukkan struktur organisasi dan ia juga mempengaruhi pembentukkan jabatan perakaunan. Contoh struktur organisasi boleh anda rujuk di dalam Carta 2-1

Carta 2-1: Contoh struktur organisasi syarikat pengilangan.

Jabatan perakaunan memainkan peranan yang penting bagi organisasi perkilangan yang mana ia merekodkan berkaitan bahan, buruh dan overhed yang diperolehi daripada pelbagai jabatan, yang merupakan sumber bagi jabatan lain untuk mendapatkan maklumat bagi tujuan perancangan, kawalan dan pembuatan keputusan. Perakaunan kos berada di dalam jabatan perakaunan seperti di dalam contoh Carta 2-2.

UNSUR-UNSUR KOS: PENGENALAN

INPUT

Page 11: Pengenalan Unsur-Unsur Kos

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 2 / 11

Carta 2-2: Contoh jabatan perakaunan bagi syarikat perkilangan.

Jabatan perakaunan dibahagikan kepada beberapa komponen yang tertentu seperti di dalam Carta 2-3, ini adalah untuk mempastikan ia lebih cekap dan laporan yang cepat diperolehi. Ini kerana perakaunan kos memerlukan pelaporan yang lebih kerap berbanding dengan perakaunan kewangan untuk memudahkan proses perancangan, kawalan dan pembuatan keputusan yang dilakukan oleh pihak pengurusan.

Carta2-3: Contoh jabatan perakaunan kos dan perakaunan pengurusan di sebuah syarikat pengilangan.

Page 12: Pengenalan Unsur-Unsur Kos

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 2 / 12

Jabatan perakaunan kos secara tidak langsung mempunyai perkaitan dengan jabatan-jabatan lain. Dalam jadual 2.2 disediakan contoh perkaitan antara jabatan perakaunan kos dengan jabatan-jabatan lain.

Jabatan-jabatan Perkaitan dengan jabatan perakaunan kos

1 Jabatan pengeluaran bertanggung jawab untuk merekabentuk, merancang dan mengeluarkan produk

Jabatan Pengeluaran akan mendapatkan maklumat yang telah dianalisis oleh Jabatan Perakaunan Kos berkaitan bahan langsung, buruh langsung dan overhed yang merupakan sumber kepada proses tersebut.

2 Jabatan Personel bertanggung jawab berkaitan kecekapan pekerja, pusing ganti pekerja, menyediakan kadar gaji dan kaedah bonus.

Jabatan Perakaunan Kos akan mengumpul maklumat daripada pelbagai jabatan yang berkaitan dan menganalisa perkara-perkara tersebut untuk diserahkan kepada Jabatan Personel.

3 Jabatan Pemasaran memerlukan harga yang boleh bersaing untuk menarik pelanggan.

Jabatan Perakaunan Kos akan menganalisa kos keluaran dan kos pengilangan dengan jumlah keluaran dan seterusnya menetapkan berapa harga jualan yang sesuai untuk sesuatu produk.

4 Jabatan Jualan tentukan dasar-dasar jualan berdasarkan kos produk yang membantu jabatan menentukan keluaran mana yang menguntungkan dan yang tidak menguntungkan.

Jabatan Perakaunan Kos menganalisa kos-kos produk untuk memudahkan jabatan jualan membuat keputusan keluaran mana yang menguntungkan dan yang mana tidak menguntungkan dan dasar-dasar jualan yang sesuai.

Jadual 2.2: Perkaitan jabatan perakaunan kos dengan jabatan-jabatan lain.

Page 13: Pengenalan Unsur-Unsur Kos

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 2 / 13

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA……..SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA.

2.2 Anda dikehendaki menyediakan perkaitan jabatan perakaunan kos dengan jabatan – jabatan yang wujud dalam sesuatu organisasi mengikut pendapat anda.

Contohnya organisasi kilang perabot:Jabatan-jabatan yang mungkin - Jabatan perakaunan kos

Jabatan perkhidmatanJabatan pemasaranJabatan jualan.

UNSUR-UNSUR KOS: PENGENALAN

AKTIVITI 2B

Page 14: Pengenalan Unsur-Unsur Kos

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 2 / 14

Perhatian! Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya

jika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 2B

2.2 Cadangan jawapan bagi perkaitan jabatan perakaunan kos dengan jabatan-jabatan lain di dalam organisasi perkilangan perabot.

Jabatan-jabatan Perkaitan dengan jabatan perakaunan kos

1 Jabatan pengeluaran perabot bertanggung jawab untuk merekabentuk, merancang dan mengeluarkan produk

Jabatan Pengeluaran akan mendapatkan maklumat yang telah dianalisis oleh Jabatan Perakaunan Kos berkaitan bahan langsung, buruh langsung dan overhed yang merupakan sumber kepada proses tersebut.

2 Jabatan Personel bertanggung jawab berkaitan kecekapan pekerja, pusing ganti pekerja, menyediakan kadar gaji dan kaedah bonus.

Jabatan Perakaunan Kos akan mengumpul maklumat daripada pelbagai jabatan yang berkaitan dan menganalisa perkara-perkara tersebut untuk diserahkan kepada Jabatan Personel.

3 Jabatan Pemasaran memerlukan harga yang boleh bersaing untuk menarik pelanggan.

Jabatan Perakaunan Kos akan menganalisa kos keluaran dan kos pengilangan dengan jumlah keluaran dan seterusnya menetapkan berapa harga jualan yang sesuai untuk sesuatu produk.

4 Jabatan Jualan tentukan dasar-dasar jualan berdasarkan kos produk yang membantu jabatan menentukan keluaran mana yang menguntungkan dan yang tidak menguntungkan.

Jabatan Perakaunan Kos menganalisa kos-kos produk untuk memudahkan jabatan jualan membuat keputusan keluaran mana yang menguntungkan dan yang mana tidak menguntungkan dan dasar-dasar jualan yang sesuai.

UNSUR-UNSUR KOS: PENGENALAN

MAKLUMBALAS 2B

Page 15: Pengenalan Unsur-Unsur Kos

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 2 / 15

2.3 Perkaitan sistem pengkosan dengan organisasi kilang.

Perakaunan Kos bertanggung jawab secara langsung kepada Pengurus Am (General manager), walaubagaimana pun ia juga mempunyai perkaitan yang rapat dengan jabatan-jabatan lain di dalam sesuatu organisasi perkilangan.

Jabatan Perakaunan Kos bertanggung jawab menyediakan akaun-akaun kos, analisa-analisa dan penyata-penyata kos yang menjadi garis panduan kepada jabatan-jabatan lain untuk mengesan kerugian, pembaziran dan ketidak cekapan yang berlaku dan akan berlaku.

UNSUR-UNSUR KOS: PENGENALAN

INPUT

Page 16: Pengenalan Unsur-Unsur Kos

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 2 / 16

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA……..

SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA.

2.3 Anda dikehendaki pergi ke sebuah organisasi yang berdekatan dengan politeknik anda dan dapatkan perkaitan system pengkosan syarikat tersebut dengan jabatan-jabatan di dalam organisasi tersebut.

Cadangan: Lakukan tugasan ini dalam bentuk kumpulan. Laporan yang diperolehi boleh dibandingkan dengan kumpulan-kumpulan lain.

UNSUR-UNSUR KOS: PENGENALAN

AKTIVITI 2C

Page 17: Pengenalan Unsur-Unsur Kos

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 2 / 17

Perhatian! Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya

jika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 2C.

2.3 Cadangan jawapan seperti dimaklumbalas 2b dan bincangkan bersama kumpulan-kumpulan lain daripada kelas anda.

UNSUR-UNSUR KOS: PENGENALAN

MAKLUMBALAS 2C

Page 18: Pengenalan Unsur-Unsur Kos

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 2 / 18

Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan

anda pada maklumbalas yang disediakan. Jika ada masalah yang

timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.

Selamat mencuba dan selamat berjaya!!!

Soalan 2-1

Padankan contoh dan penerangan dibawah ini dengan kelas-kelas kos yang sesuai.

Contoh/penerangan Kelas-kelas kos

1. Sewa bangunan kilang Kos pentadbiran

2. Gempa bumi yang melanda Kos tetap menyebabkan kilang ABC s/b mempunyai banyak kos yang terpaksa ditanggung disebabkan kerosakan barangan dan bangunan.

3. Gaji pengarah kewangan. Kos belanja langsung

4. Kos membaiki mesin untuk pengeluaran barangan. Kos tidak boleh kawal.

UNSUR-UNSUR KOS: PENGENALAN

PENILAIAN KENDIRI

Page 19: Pengenalan Unsur-Unsur Kos

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 2 / 19

Soalan 2-2

Maklumat di bawah adalah dikumpul bagi tahun berakhir pada 31 Dis 2001 bagi Syarikat Perkilangan Ulik Mayang Sdn Bhd.:

Butiran RMBahan langsung 300 000Buruh langsung 150 000Susut nilai bangunan kilang 20 000Susut nilai bangunan pejabat 15 000Susutnilai kereta staf 10 000Belanja baiki mesin 1 000Insuran kenderaan staf 1 500Insuran bangunan pejabat 1 200Insuran Kilang 1 200Gaji: Pengurus Jurutera kilang

25 000 25 000

Elektrik (termasuk pejabat pentadbiran RM 3 000.)

10 000

Pengiklanan 5 000Promosi 6 000Belanja pelbagai kilang 150 000Belanja pelbagai pejabat 50 000

Dikehendaki menyediakan penyata kos untuk mendapatkan kos utama/ kos keluaran, kos pengilangan dan jumlah kos jualan.

Soalan 2-3

Andaikan setelah keluar daripada politeknik anda telah membuka sebuah kilang perabot. Sediakan struktur organisasi kilang perabot anda ini dan terangkan perkaitan jabatan perakaunan kos dengan jabatan lain di dalam organisasi anda ini.

Page 20: Pengenalan Unsur-Unsur Kos

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 2 / 20

Adakah anda telah mencuba dahulu?Jika ‘ya’, sila semak jawapan anda.

Jawapan 2-1

1. Kos tetap2. Kos tidak boleh kawal3. Kos pentadbiran.4. Kos belanja langsung.

Jawapan 2-2

Penyata kos bagi tahun berakhir pada 31 Dis 2001 bagi Syarikat Perkilangan Ulik Mayang Sdn Bhd.:RM RM

Bahan Langsung 300 000Buruh Langsung 150 000Belanja Langsung:

Belanja Baiki Mesin 1 000-----------

Kos utama /keluaran 451 000Overhed Pengeluar:

Susutnilai Kilang 20 000Insuran Kilang 1 200Gaji jurutera kilang 25 000Elektrik 7 000Belanja Pelbagai Kilang 150 000 203 200

____________ _________Kos pengilangan/pengeluaran 654 200

Overhed pentadbiran:Susutnilai pejabat 15 000Susurnilai Kenderaan staf 10 000Insurans kenderaan staf 1 500Insuran bangunan pejabat 1 200Gaji pengurus 25 000Elektrik 3 000Belanja Pelbagai pejabat 50 000

MAKLUM BALASPENILAIAN KENDIRI

UNSUR-UNSUR KOS: PENGENALAN

Page 21: Pengenalan Unsur-Unsur Kos

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 2 / 21

Overhed jualan dan pengagihan:Iklan 5 000Promosi 6 000 116 700

______________ ___________ Jumlah kos jualan 770 900

==========

Jawapan 2-3

Jabatan perakaunan merupakan pusat atau sumber bagi jabatan lain mendapatkan maklumat-maklumat kos daripada jabatan perakaunan kos yang mana jabatan perakaunan kos akan mengumpul maklumat kos yang diperolehi daripada jabatan-jabatan lain dari pelbagai jabatan dan akan menganalisa kos-kos tersebut. Jabatan-jabatan lain akan mendapat maklumat kos ini untuk proses perancangan, kawalan dan pembuatan keputusan.

Contohnya; Jabatan jualan tentukan dasar-dasar jualan berdasarkan kos produk yang membantu jabatan menentukan keluaran mana yang menguntungkan dan yang tidak menguntungkan. Jabatan perakaunan kos menganalisa kos-kos produk yang diperolehi daripada jabatan stor dan jabatan pengeluaran untuk memudahkan jabatan jualan

membuat keputusan keluaran mana yang menguntungkan dan yang mana tidak menguntungkan dan dasar-dasar jualan yang sesuai.

Contoh struktur organisasi pengilangan adalah seperti di bawah.

Page 22: Pengenalan Unsur-Unsur Kos

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 2 / 22

Syabas!.