pengenalan asas dlm seni visual.ppt|pengenalan asas dlm seni visual

70
Pengenalan Asas Seni Visual

Upload: halimahtun-saadiah

Post on 30-Sep-2015

355 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

Pengenalan Asas Dlm Seni Visual.ppt|

TRANSCRIPT

  • Pengenalan Asas Seni Visual

  • Pengenalan asas Seni Visual

  • Sambungan

  • Difinasi Garisan

  • Kesan dan Fungsi GarisanKita boleh menggunakan garisan untuk menggambarkan bentuk, rupa, ton, jalinan dan ruang pada hasil karya.Pelbagai alat dan media yang boleh digunakan untuk menghasilkan garisan dengan kesan yang berbeza. Sebagai contoh arang, pastel, berus dan dakwat boleh menghasilkan kesan kasar, pensil pula garisan nipis dan marker pen menghasilkan garisan tebal. Kedudukan garisan juga boleh menggambarkan sesuatu emosi atau gambaran dalam sesebuah karya. Contohnya garisan melintang memberi kesan tenang, garisan menegak menunjukkan sesuatu yang teguh dan stabil, garisan berpenjuru menggambarkan seolah sesuatu pergerakan sedang berlaku (lihat GAMBAR PERSPEKTIF di atas) dan garisan pancaran menggambarkan wujud suatu tenaga.

  • sambungan

  • Olahan garisanOlahan garisan boleh menimbulkan nilai ton dengan cara garisan yang dilukis nipis dan jarak-jarak memperlihatkan ton cerah. Manakala garisan yang dilukis rapat dan tebal pula menghasilkan ton gelap. Ton sangat penting untuk menghasilkan kesan cahaya dan bayang pada sesuatu objek. Ia berfungsi untuk menimbulkan bentuk objek yang dilukis (Ching & Juroszek, 1998).

  • Garisan membentuk perspektif

  • CONTOH

  • Ruang, objek dan perspektif

  • Garisan boleh dihasilkan dengan menggunakan pelbagai teknik seperti teknik gosokan, koyak dan tampal, anyaman, tiupan straw, pualaman dan pen teknikal.Jenis-jenis garisan pula ialah garisan nipis, garisan kasar, garisan tebal, garisan berlingkar, garisan berbulu, garisan pancaran, garisan putus-putus, garisanberalun, garisan titik-titik, garisan berserabut, garisan berduri dan garisan zig-zag.TEKNIK PENGHASILAN GARISAN

  • Olahan garisan - sambung Olahan garisan boleh menunjukkan sesuatu benda yang bergerak seperti garisan beralun berfungsi menggambarkan pergerakan ombak. Manakala garisan berlingkar pula menggambarkan pergerakkan air hasil daripada titisan air ke dalam sebuahbekas. Garisan juga boleh menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai fungsi seperti corak pada badan harimau berfungsi sebagai penyamaran dengan alam sekeliling. Gambar di bawah menunjukkan satu lagi contoh garisan pada fauna.

  • Karya Johari Said Katak ingin menjadi lembu Jenis cetakan Kayu

  • Garisan menunjukkan ruangKesan garisan yang terdapat pada permukaan juga boleh menghasilkan jalinan seperti garisan pada kelarai bukan sahaja mewujudkan corak malah mengurangkan kesan licin pada permukaan tikar. Garisan dalam lukisan dapat mewujudkan kesan ruang perspektif iaitu garisan halus menunjukkan ruang jauh dan garisan kasar dan besar pula ruang dekat. Gambar di bawah menunjukkan kegunaan garisan dalam ruang.

  • RUPAHasil pertemuan di antara dua titik iaitu titik permulaan dengan penghujung titik dalam satu garisan dan menghasilkan satu kawasan. Sifat rupa ialah mempunyai permukaan yang rata dan berbentuk dua dimensi. Rupa yang terdapat di sekeliling kita terbahagikepada dua jenis iaitu rupa geometrik dan rupa organik.

  • Contoh Rupa

    Rupa organik pada bendabuatan manusiaRupa organik pada alam semulajadiRupa geometrik pada arca

  • Sifat RupaSifat rupa geometrik adalah rupa yang mempunyai sudut, direka dengan sengaja seperti rupa bulat, segi empat, tiga segi dan sebagainya. Sifat rupa organik adalah rupa yang bebas, tidak bersudut seperti rupa manusia, binatang, buah-buahan dansebagainya. Kita juga boleh melihat rupa secara rupa positif dan rupa negatif

  • 3 cara rupa boleh diubah

    Rupa boleh diubah-ubah dengan beberapa cara. Sebagai contoh, rupa asal ditambah dengan rupa lain di bahagian sisi rupa asal. Kedua, rupa asal dipotong sedikit dan cara ini juga dinamakan cara luakan. Ketiga pula ialah menindanrupa asal dengan rupa yang lain.

  • Rupa Muka taip, simbol dan corak

    Rupa juga mempunyai hubung kait dengan bidang seni grafik iaitu penciptaan muka taip dan lambang. Muka taip adalah jenis-jenis rupa bentuk huruf. Rupa muka taip paling asas ialah huruf blok 3x5 unit.Lambang adalah bentuk objek yang diolah menjadi rupa yang ringkas. Ia juga dikenali sebagai simbol yang berfungsi memberi arahan kepada pengguna seperti simbol restoran menggunakan rupa sudu dan garfu. Rupa yang disusun berulang kali akan menghasilkan corak.Rupa yang disusun berulang kali akan menghasilkan corak. Dalam aktiviti mencorak rupa dijadikan sebagai motif dan ia boleh disusun beberapa cara seperti susunan batu bata,susunan turun separa, susunan turun sesuku, susunan selang seli, susunan cerminan dan susunan orgee.

  • Bentuk

    Bentuk dikenal pasti mempunyai empat ciri iaitu:(a) Lebih daripada satu permukaan;(b) Berstruktur (rangka);(c) Mempunyai jisim; dan(d) Isi padu.

  • Arca ikon bulu tangkis karya Claes Oldenburg dan Coosje van Bruggen di hadapan Muzium Nelson-Arkins, bandar raya Kansas

  • Bentuk Geometri

  • Contoh terbaik bentuk adalah badan manusia yang mempunyai empat ciri bentuk tadi. Bentuk terbahagi kepada dua jenis. Pertamanya ialah bentuk konkrit iaitu bentuk sebenar yang boleh dirasai, disentuh dan dilihat dengan pancaindera. Sebagai contoh, bentuk alam semula jadi dan bentuk buatan manusia

  • Bentuk kedua ialah bentuk ilusi iaitu bentuk yang dilukis dengan menggunakan elemen seni dan prinsip rekaan. Gabungan ini dapat menghasilkan karya seni seperti bentuk asal namun ia tidak dapat dinikmati oleh pancaindera yang lain kecuali penglihatan sahaja

    Tahukah anda ton juga boleh menimbulkan bentuk?

  • Jalinan

  • Jenis jalinanJalinan SentuhJalinan yang dapat dirasai oleh deria sentuh kita dan dapat dilihat dengan mata

    Jalinan TampakJalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasai dengan deria sentuhan.

  • Contoh jalinan sentuh dan jalinan tampak

  • Fungsi Jalinan

    Ramai antara kita sememangnya tidak menyedari fungsi jalinan pada sesuatu objek. Sebagai contoh kulit buah durian yang tajam berfungsi menyerap hentakan kuat apabila buah durian gugur ke bumi. Apakah akan terjadi jika buah durian licin tidak berduri dan gugur ke bumi? Jalinan juga berfungsi sebagai keselamatan dan penyamaran bagi sesetengah haiwan atau objek. Akhir sekali jalinan juga berfungsi sebagai hiasan mengindahkan lagi sesuatu permukaan seperti corak pada kain atau ira pada kayu.

  • Ruang

  • Ruang- Jarak antara objek

  • Perbezaan RuangRuang FizikalRuang yang terdapat di sekelilingRuang IlusiRuang yang terdapat di sekeliling kitaRuang yang terdapat dalam karya seni seperti lukisan, catan dan cetakanTerbahagi kepada tiga jenis iaitu : ruang dalam, ruang cetek dan ruang rata

  • Apakah maksud ruang dalam? Ruang dalam ialah ruang yang menggambarkan kesan garisan perspektif, perubahan saiz dan ton warna. Kesan ini boleh mewujudkan ilusi ruang dalam yang berbeza sama ada bergerak ke dalam atau ke luar. Contohnya, objek di ruang hadapan bersaiz besar tetapi semakin mengecil apabila ilusi bergerak jauh ke belakang. Bagi ton warna pula objek di ruang hadapan warnanya terang dan semakin pudar bila berada di ruang belakang (Wallschlaeger & Busic-Snyder, 1992).

  • Jenis Ruang (sambungan)

    Jenis ruang ilusi kedua ialah ruang cetek. Ruang cetek merupakan ruang yang terhad seperti dari dinding ke dinding.Ketiga ialah ruang rata yang terdapat pada catan. Ruang ini mengutamakan olahan objek di ruang hadapan sahaja dan mempunyai satah yang sama. Contohnya seperti lukisan menggambarkan susunan komposisi pelbagai jenis buah-buahan di atas meja.

  • SambunganRuang buatan manusiaSumber: ttp://us1.webpublications.com.auRuang alam semula jadiSumber: http://www.ezthemes.com

  • Nyatakan unsur seni yang jelas dalam arca ini

  • WarnaWarna adalah elemen paling penting dalam seni tampak kerana tanpa penggunaannya karya seni akan kelihatan pudar dan tidak menarik.Bagaimanakah warna terhasil? Warna terhasil daripada serapan dan pembalikan cahaya ke atas sesuatu permukaan. Bagi anda yang ingin menjadi seorang pelukis, adalah wajib bagi anda memahami lebih mendalam tentang perihal warna. Ini kerana olahan warna mampu menghasilkan komunikasi visual secara langsung antara pelukis dengan pemerhati.Pigmen warna telah dikesan sejak Zaman Pra-sejarah lagi, namun begitu pola warna telah wujud pada pertengahan abad ke 17. Pada tahun 1660, Sir Isaac Newton merupakan manusia pertama yang memisahkan tujuh warna spektrum bermula merah paling atas dan ungu terakhir sekali. Selain itu, Newton juga telah mencipta konsep roda warna pertama di mana apabila roda warna-warna spektrum diputarkan laju, ia akan menghasilkan satu permukaan berwarna putih.

  • sambunganTahun 1731 di mana J.C.Le Blon menemui teori warna primer dan sekunder. Carta roda warnan pula telah diperkenalkan pada tahun 1766 oleh Morris Harris dalam bukunya bertajuk The Natural System of Colours. Beliau seorang pelukis yang menghasilkan karya dalam bentuk cetakan. 1916, seorang ahli kimia dan fizik Jerman, Wilhelm Ostwald memperkenalkan hubungan warna dengan psikologi dan gubahan warna. 1936, seorang pelukis dari Amerika, Albert Munsell mencipta teori jenis warna ketiga iaitu warna tertier dan seterusnya melengkapkan cartaroda warna seperti hari ini. 1970, tercipta konsep tindanan empat blok warna iaitu kuning, magenta, biru dan hitam dalam proses cetakan untuk menghasilkan satu imej berwarna.Konsep ini diperkenalkan oleh dua saintis bernama Hermann von Helmholtz (Jerman) dan James Clerk Maxwell (Great Britain) (Ocvirk, 1990).

  • Roda WarnaWarna terbahagi kepada 3 jenis iaitu warna primer, warna sekunder dan warna tertier. Warna primer ialah merah, biru dan kuning. Warna ini juga dikenali sebagai warna asas kerana ia tidak boleh dihasilkan dengan campuran mana-mana jenis warna. Jenis warna kedua dinamakan warna sekunder iaitu campuran dua warna primer maka terhasil warna hijau, jingga dan ungu. Akhir sekali, warna tertier pula terhasil dengan campuran satu warna primer dan satu warna sekunder. Ini mewujudkan warnakuning-hijau, kuning-jingga, merah-jingga, merah-ungu, biru-hijau dan biru-ungu.

  • Warna

  • Warna

  • Ton warna dan MonokromTahukah anda tentang ton warna? Ton warna adalah nilai kecerahan dan kegelapan sesuatu warna. Ia boleh dihasilkan dengan mencampurkan warna putih untuk mendapatkan ton cerah manakala campuran hitam untuk ton gelap.Warna monokrom atau warna neutral adalah warna hitam, putih atau campuran kedua-dua warna ini dan menghasilkan carta warna kelabu. Tahukah anda warna juga boleh diolah untuk menimbulkan bentuk?

  • Warna menimbulkan bentuk

  • Gubahan Warna Gubahan warna dalam seni tampak merupakan warna-warna yang diolah untuk menimbulkan kesan yang berbeza dan boleh disesuaikan dengan aktiviti seni tampak seperti catan, poster cetakan, arca dan sebagainya. Sewarna adalah gubahan warna menggunakan satu warna asal dicampurkan dengan warna hitam atau putih untuk menghasilkan ton atau kroma warna. Sebagai contoh catan landskap yang diwarnakan dengan warna biru sahaja tetapi ton dari biru cerah ke biru gelap memainkan peranan untuk mewujudkan ruang hadapan, tengah dan belakang. Selain itu, ton juga mampu menimbulkan perspektif warna apabila ton berubah mengikut jarak ruang

  • Ruang Warna

  • Gubahan warnaWarna harmoni atau warna sekeluarga dalam gubahan warna adalah warna primer diapit dengan warna lain di kiri dan kanannya dalam roda warna seperti biru-ungu/biru/biru-hijau. Selain itu warna harmoni juga boleh wujud dengan cara gandingan pasangan warna tidak kontra seperti putih dengan kuning. Gabungan warna-warna harmoni boleh menimbulkan perasaan tenang dan selesa. Warna penggenap pula warna yang bertentangan dalam roda warna seperti kuning-ungu, merah-hijau dan biru-jingga. Gubahan warna ini dapat menarik perhatian orang ramai kerana memberi kesan kontra dan sesuai untuk poster atau kain rentang. Warna imbangan ialah gabungan warna harmoni dan kontra, namun begitu olahan gabungan mestilah menampakkan harmoni dari aspek susunan atau gabungan warna.

  • Warna pada buatan manusiaSumber: http://image.orientaltrading.com

  • Psikologi Warna

    Konsep psikologi warna merupakan kumpulan warna yang dapat memberi gambaran emosi, simbol idea atau ekspresi pelukis dalam mempersembahkan suasana yang berbeza dalam hasil karyanya. Sebagai contoh, suhu warna yang terdiri daripada dua jenis iaitu warna panas dan warna sejuk. Warna panas mempunyai kesan cahaya atau haba yang tinggi seperti merah, jingga dan kuning .Warna ini dapat membangkitkan mood suasana garang, gembira, ceria dan bertenaga seperti catan bertemakan peperangan.Warna sejuk pula seperti hijau, biru, hitam dan ungu, ia dapat mewujudkan mood suasana tenang, damai, dingin , sedih, sunyi dan aman.Sebagai contoh, catan bertemakan keheningan waktu subuh (Lauer & Pentax, 2002).

  • Stimulasi Warna

    Konsep warna stimulasi adalah warna yang mempunyai tindak balas apabila dua atau lebih warna duduk bersebelahan. Contohnya dalam penghasilan poster, warna latar putih dan warna muka taip kuning tidak sesuai digunakan kerana tiada kesan perbezaan warna yang wujud. Keadaan ini dikatakan sebagai warna bertindak lemah atau tiada stimulasi.Bagi mengatasi masalah ini dan untuk mewujudkan warna bertindak aktif ialah dengan cara menggunakan warna latar putih kekal manakala warna muka taip diubah kepada warna hitam. Oleh itu bagi memilih warna supaya ada kesan warna bertindak aktif dalam hasil karya, elakkan menggunakan warna-warna harmoni atau sewarna. Seeloknya gunakan warna-warna kontra untuk tampak menonjol.

  • PRINSIP REKAAN

  • 7 Prinsip RekaanHarmoniPenegasanImbanganKontraPergerakanKesatuanKepelbagaian

  • 1. HARMONI

  • Harmoni dapat menimbulkan kesan suasana Tenang, selesa, seragam dan rasa sesuai dalam sesuatu gubahan. Contoh harmoni dalam alam semula jadi ialah sekumpulan sejenis ikan dalam lautan, berlaku mengulang bentuk ikan yang sama walaupun saiz yang berlainan. Walaupun ikan berenang sama ada secara satu arah atau berlainan arah, ini masih dalam keadaan harmoni. Penggunaan dari kumpulan warna yang sama seperti kumpulan warna panas, warna sejuk dan sewarna juga boleh memberi kesan harmoni pada warna

  • Contoh HarmoniHarmoni RUPAHarmoni BENTUKHarmoni rupa pada arca mobail

  • 2. Penegasan

  • Fungsi utama penegasan ialah supaya dapat menarik perhatian pancaindera penglihatan. Cara menimbulkan penegasan ialah menggunakan elemen yang kontra dari segi saiz, warna (Rajah 1), jalinan, bentuk (Rajah 2) atau rupa. Sebagai contoh, dalam gubahan sejambak bunga ros merah, diselitkan sekuntum ros putih yang menjadi penegasan kepada gubahan tersebut. Rajah 3 menunjukkan Menara Eiffel sebagai satu contoh penegasan pada alam sekeliling. Selain itu, boleh juga mengasingkan elemen yang harus ditonjolkan atau meletakkan objek penegasan di pusat dengan menggunakan garisan grid berpancaran. Dalam seni visual, aktiviti seni grafik seperti poster, logo, papan iklan dan sebagainya mengutamakan prinsip rekaan ini. Tujuannya sebagai alat omunikasi visual yang dapat menarik perhatian orang ramai untuk menyampaikan maklumat.

  • ImbanganImbangan bermaksud suatu keadaan yang sama atau sepadanImbangan wujud pada alam sekeliling

  • Ada 2 jenis imbangan iaitu imbangan simetri dan imbangan tidak simetri.Imbangan simetri ialah bahagian kanan dan kiri adalah sama. Objek atau komposisi gubahan yang menggunakan jenis imbangan ini akan kelihatan kukuh, damai, harmoni, kesatuan dan stabilImbangan simetri pada objek alam semula jadi

  • Imbangan tidak simetriImbangan tidak simetri adalah gubahan atau objek yang tidak samaatau tidak kelihatan serupa antara bahagian kiri dan kanan. mbangan ini puladapat memberi kesan kepelbagaian, tumpuan, spontan, bebas dan penegasanpada gubahan atau objekImbangan tidak simetri padaobjek buatan manusiaImbangan tidak simetripada arca

  • KontraKontra wujud apabila satu daripada unsur-unsur seni mempunyai ciri-ciri bertentangan antara satu sama lain. Sebagai contoh dalam aktiviti mencorak berselang-seli, rupa motif yang dipilih adalah bulat dan empat segi, oleh itu dua rupa yang bercanggah ini inamakan kontra rupa. Hasil karya atau ciptaan Tuhan yang ada prinsip rekaan ini akan mempamerkan ciri-ciri penegasan yang seterusnya dapat mengelakkan rasa bosan dan stereotaip.

  • Contoh kontraKontra warna dan rupa padaalam semula jadiKontra warnaKontra warna pada benda buatan manusiaKontra rupa pada arca

  • Irama dan PergerakanSesuatu yang bergerak biasanya akan menghasilkan irama tertentu. Irama adalah suatu prinsip reka bentuk yang dapat menunjukkan pergerakan sesuatu elemen apabila irama diulang-ulang. Sebagai contoh dalam reka corak, rupa motif diulang-ulang sama ada dalam susunan formal atau tidak formal. Pergerakan tubuh badan manusia boleh menghasilkan irama

  • Ada lima jenis irama iaitu irama rawak, irama biasa, irama berselang-seli (alternating), irama aliran dan irama progresif. Irama rawak ialah motif yang diulangi tanpa susunan. Corak garisan pada badan kuda belang adalah contoh untuk menyatakan prinsip irama rawak yang berfungsi sebagai penyelamat. Haiwan ini yang hidup secara berkumpulan akan bergerak atau berlari apabila dirasakan ada ancaman kepada nyawanya. Kuda belang yang berlari akan menghasilkan pergerakan dan irama rawak sehingga musuh dalam keadaan kekeliruan melihat gerakan garisan di badannya. Irama biasa adalah irama bertentangan dengan konsep irama rawak iaitu susunan motif yang sama dan konsisten. Kesan daripada irama ini wujud suasana yang membosankan.Pergerakan irama biasa

  • Irama berselang-seli dapat diwujudkan dengan cara mengubah posisi motif dan menyusunnya secara berselang-seli. Irama aliran adalah garisan beralun yang diulang-ulang seperti rangkaian gunung-ganang, wayar elektrik pada tiang-tiang lampu, langsir bentuk scallop dan sebagainya. Irama progresif pula adalah perubahan saiz atau warna yang berlaku secara beransur-ansur setiap kali elemen seni diulang-ulang. Contohnya susunan sebaris pasu bunga dari bentuk atau saiz kecil, sederhana dan besar. Irama dan pergerakan dalam arca

  • KepelbagaianApakah maksud kepelbagaian? Kepelbagaian adalah prinsip rekaan yang menggunakan semua unsur seni, gaya, idea semasa proses menghasilkan karya dengan tujuan untuk menimbulkan nilai estetika yang tidak membosankan. Sesebuah karya yang baik akan terhasil jika pelbagai unsur seni dan prinsip rekaan diaplikasikan dalam karya. Penegasan amat penting dalam mempertingkatkan kepelbagaian kerana ia sebagai penentu dapat menarik perhatian atau hambar dalam sesuatu karyaKepelbagaian dalam alam semula jadi

  • Kepelbagaian warnaSumber: http://www.rightfoods.comKepelbagaian rupa dan garisan dalam arcaSumber: http://artstreamstudios.com

  • KesatuanApakah makna kesatuan? Kesatuan merupakan kayu pengukur sejauh mana berkesannya unsur seni dan prinsip rekaan yang digunakan pada sesuatu hasil seni. Kesan tampak yang lebih sempurna boleh berlaku apabila unsur seni dan prinsip rekaan berjaya disepadukan dan seterusnya dapat menyampaikan mesej dengan jelas. Di samping itu, kemahiran pelukis semasa mengolah teknik serta media semasa menghasilkan karya juga diambil kira untuk melahirkan sesuatu hasil seni visual yang baik. Olahan unsur-unsur seni secara harmoni dapat membantu mempertingkatkan kesan kesatuan dalam sesuatu karya (Knobler,1985).

  • Contoh kesatuanKesatuan dalam bentuk dan fungsiKesatuan dalam alam semula jadiKesatuan dalam arcaSumber: http://www.oppl.org/about

    *****************