unit plan biologi pbl smktbb

7

Click here to load reader

Upload: aidatul-shima-ismail

Post on 20-Aug-2015

141 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Unit plan biologi pbl smktbb

Rancangan Pembelajaran Rancangan Pembelajaran Biologi Tingkatan 4Biologi Tingkatan 4

Pengarang

Nama: Pn. Aidatul Shima Binti Ismail

Sekolah/Institut: SMK Tunku Besar Burhanuddin

Negeri: Negeri Sembilan

Gambaran Keseluruhan Rancangan Pembelajaran

Tajuk Pelajaran: Pencemaran Air (Bab 9 – Ekosistem Terancam)

Soalan Kurikulum

Soalan Penting Apakah yang akan berlaku pada organisma hidup sekiranya tiada air?

Soalan Unit Apakah jenis bahan yang mencemarkan air? Apakah punca-punca pencemaran air? Apakah maksud eutrofikasi? Apakah yang dimaksudkan dengan keperluan

oksigen biokimia (B.O.D)?

Soalan Kandungan Apakah air bersih? Apakah kesan pencemaran air kepada organisma

hidup? Bagaimanakah tahap pencemaran air di beberapa

sungai tertentu dan inferens yang boleh dibuat mengenai sumber pencemarannya?

Ramalkan tahap pencemaran air di kawasan tertentu untuk 10 tahun akan datang dan strategi untuk menyelesaikan masalah ini?

Mata Pelajaran: Biologi

Tahun/Tingkatan: Tingkatan 4

Piawaian Kandungan/Penanda Aras Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Biologi Tingkatan 4

Page 2: Unit plan biologi pbl smktbb

Objektif Pelajar/Hasil Pembelajaran

2.1 Menganalisis data mengenai pencemaran air iaitu nilai keperluan oksigen biokimia (B.O.D) dan bahan pencemar dari pelbagai sumber air dan membuat inferens mengenai punca pencemaran tersebut.

2.2 Merangka strategi untuk mengurangkan tahap pencemaran air di kawasan tertentu dengan menganalisis maklumat mengenai tahap pencemaran air serta meramalkan paras pencemaran air untuk 10 tahun akan datang.

Ringkasan Pelajaran:

1. Tujuan

Projek ini bertujuan untuk memberi kesedaran serta rasa tanggungjawab kepada pelajar dan masyarakat tentang isu-isu:

a) Kepentingan air bersih daripada pencemaranb) Bahan-bahan yang mencemarkan air.c) Punca-punca pencemaran air.d) Tahap pencemaran air di beberapa sungai dan sumber utama pencemarannya.e) Strategi untuk mengurangkan tahap pencemaran air di kawasan tertentu.

2. Peranan

Ahli Sains Alam Sekitar Pakar Biologi Pegawai Jabatan Alam Sekitar Wartawan

3. Tugasan

Murid perlu mengumpulkan maklumat berdasarkan soal selidik berkaitan pencemaran air, bahan-bahan yang menyebabkan pencemaran air, faktor-faktor pencemaran air, sumber-sumber pencemaran air, maksud eutrofikasi dan keperluan oksigen biokimia (B.O.D), kesan-kesan pencemaran air pada organisma hidup dan langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengatasi masalah pencemaran air daripada majalah, surat khabar, risalah, brosur, cakera padat (CD) dan internet.

Murid menjalankan penyiasatan mengenai tahap pencemaran air daripada beberapa sumber air dan mengumpulkan maklumat berkaitan pencemaran yang berlaku di kawasan kajian.

Murid mencari dan mencatat maklumat tentang pencemaran air dengan menemu bual Pegawai Jabatan Alam Sekitar.

Murid menghasilkan persembahan Microsoft Power Point dan video bagi memaparkan punca, implikasi dan strategi menangani pencemaran air.

Murid menghasilkan pelbagai bahan secara kumpulan; brosur, risalah, buletin, poster, penanda buku, model, sajak, buku skrap, paparan maklumat dan maskot mengenai pencemaran air

4. Penyelesaian

Murid-murid akan menggunakan maklumat yang diperoleh untuk membuat analisis dan rumusan tentang bahan-bahan dan sumber-sumber yang menyebabkan berlakunya pencemaran air, membuat anggaran paras pencemaran air untuk 10 tahun akan datang

Page 3: Unit plan biologi pbl smktbb

serta strategi bagi menangani isu-isu pencemaran air.

5. Hasil / Sasaran

Murid-murid akan menjalankan penyiasatan mengenai tahap pencemaran air daripada beberapa sampel air yang diambil di kawasan tertentu, mengendalikan pembentangan dan laporan tentang pencemaran air untuk memberi kesedaran kepada masyarakat supaya menghargai kewujudan air yang bersih untuk kemandirian organisma hidup.

Prosedur Pelaksanaan:

Minggu 1

Penyediaan Bahan

o Persembahan Multimedia guru untuk menerangkan pembelajaran berasaskan projek.

o Lembaran tugasan untuk mencatat maklumat dari majalah, keratan akhbar, buku, laman web yang diakses tentang isu pencemaran air.

o Pembahagian lembaran tugas bagi setiap kumpulan berkaitan isu pencemaran air.

o Menyediakan senarai semak bagi melancarkan lagi projek dan gerak kerja.

o Berbincang dan bekerjasama dengan guru pembimbing untuk aktiviti-aktiviti seterusnya.

Minggu 2

Persediaan melaksanakan projek

o Surat Kebenaran daripada ibu bapa untuk menjalankan kajian mengenai tahap pencemaran air daripada sampel air di kawasan tertentu dan temubual dengan pihak yang terbabit (Jabatan Alam Sekitar).

o Menyenaraikan radas dan bahan yang akan digunakan semasa aktiviti penyiasatan tahap pencemaran air dijalankan di dalam makmal sains.

o Memastikan alat rakaman seperti video dan kamera disediakan dan berfungsi.

Minggu 3

o Melawat tempat kajian dengan melakukan pemerhatian mengenai tahap pencemaran air dan mengambil sampel air untuk dikaji di dalam makmal sains.

o Menyiasat tahap pencemaran air terhadap beberapa sampel yang diambil di kawasan kajian dengan menggunakan larutan metilena biru. Tahap pencemaran air boleh diuji dengan mengenalpasti nilai keperluan oksigen biokimia (B.O.D).

o Merekodkan keputusan uji kaji yang diperolehi di dalam bentuk jadual, mengintepretasikan data yang diperolehi dan membuat kesimpulan.

o Mengakses dan mengumpul maklumat melalui buku, majalah, akhbar, secara offline dan online.

o Menganalisa dan menyusun segala maklumat yang berkaitan dengan Pencemaran Air.

o Menambahbaik maklumat yang diperolehi dan memastikan hanya maklumat yang relevan dengan topik yang dikaji sahaja digunakan.

Minggu 4

o Menyediakan soalan-soalan untuk sesi temu bual dengan pihak Jabatan Alam Sekitar.

Page 4: Unit plan biologi pbl smktbb

o Mengambil gambar, membuat rakaman video dan mengadakan sesi temubual dengan pihak tersebut.

o Meneliti dan menganalisa maklumat yang diperolehi selepas dari sesi temubual tersebut.

o Mengedit rakaman video yang diperolehi untuk dimasukkan ke dalam Microsoft Power Point semasa sesi pembentangan.

Minggu 5

o Memasukkan semua maklumat yang diperolehi ke dalam bentuk Microsoft Power Point.

o Menyusun maklumat mengikut aturan yang sesuai.

o Melakukan penambahbaikan pada maklumat.

o Mengadakan latihan pembentangan.

o Melakukan sesi pembentangan di hadapan pengetua, guru-guru dan rakan-rakan.

o Mendapatkan maklum balas hasil pembentangan tersebut untuk menambahbaik pembentangan agar lebih berkesan.

Minggu 6

o Membina pelbagai bahan (artifak) untuk pameran seperti brosur, penanda buku, model pencemaran air, maskot, buku skrap, video, persembahan multi media berasaskan Microsoft Power Point, paparan maklumat, mengikut hasil kreativiti murid.

o Memastikan artifak yang dihasilkan menepati topik yang dikaji iaitu Pencemaran Air.

o Penilaian hasil kerja

Tempoh Masa: 6 Minggu

Pengetahuan/Kemahiran Sedia Ada:

Pengetahuan am tentang isu pencemaran air yang berlaku di Malaysia.

Kemahiran mengakses internet yang perlu ada pada pelajar sebelum memulakan pelajaran

Intregrasi Kemahiran Generik:

Kemahiran Berfikir (Lembaran Pengurusan Grafik terdiri daripada Alternatives, Possiblities and Choices (APC), First Important Priorities (FIP) dan Consider All Factors (CAF), kemahiran membuat ramalan.

Kemahiran Proses Sains (kemahiran membuat inferens) Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kemahiran Mentaksir dan Menilai Kemahiran Fasilitator

Ciri-ciri Pelajar:

Gaya Pembelajaran Kecerdasan Pelajar

Bahan Bantu Belajar/Sumber Pembelajaran:

Page 5: Unit plan biologi pbl smktbb

Teknologi – Peralatan:

Komputer Kamera digital Capaian internet Pencetak Alat Pengimbas Kamera video digital Perakam suara digital Radas dan bahan di dalam makmal biologi

Teknologi – Perisian

Penerbitan Emel Perisian suntingan imej Perisian suntingan video Perisian penerbitan institusi (publishing) Pelayar Internet Multimedia Perisian Membangun Laman Web Pemproses perkataan

Bahan Bercetak :

Gan Wan Yeat, Manoharan a/l Subramaniam, Azimah Binti Rajion, 2006. Biologi Form 4. Selangor : Bakaprep Sdn. Bhd.

Gan Wan Yeat, Manoharan a/l Subramaniam, Azimah Binti Rajion, 2006. Biologi Form 4 Practical Book. Selangor : Bakaprep Sdn. Bhd.

Betsy Teh Lay Hong, 2012. Esensi Biologi Tingkatan 4. Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Mah Chee Wai, Dr Tina Lim Swee Kim, 2011. NEXUS Edisi Khas SPM Biology. Selangor : Sasbadi Sdn. Bhd.

Gan Wan Yeat, 2011. Success Biology SPM. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Haliza Abdul Rahman, Suatu Tinjauan Terhadap Isu Pencemaran Sungai Di Malaysia, 8-9 September 2007, dibentangkan di Persidangan Geografi 2007, anjuran UPSI.

Risalah, brosur dan buletin terbitan Jabatan Alam Sekitar.

Sumber Internet:

http://en.wikipedia.org/wiki/

http://mazlan66.wordpress.com/2009/05/25/punca-berlakunya-pencemaran-air/

http://www.nural.com.my/BM/water_pollution.html

www.scribd.com/doc/13498969/ Pencemaran - Air

www.pitt.edu/~super4/35011-36001/35891.ppt

Page 6: Unit plan biologi pbl smktbb

Lain-lain :

Sesi temubual dengan pegawai Jabatan Alam Sekitar daerah Kuala Pilah

Pentaksiran:

Rubric Pameran

Kata Kunci:

Pencemaran Air