unit plan biologi pbl smktbb 2012

9
Rancangan Pembelajaran Rancangan Pembelajaran Biologi Tingkatan 4 Biologi Tingkatan 4 Pengarang Nama: Pn. Aidatul Shima Binti Ismail Sekolah/Institut: SMK Tunku Besar Burhanuddin Negeri: Negeri Sembilan Gambaran Keseluruhan Rancangan Pembelajaran Tajuk Pelajaran: Kesan Merokok Terhadap Peparu – ( Bab 7 Respirasi : Kepentingan Mengekalkan Sistem Respirasi yang Sihat) Soalan Kurikulum Soalan Penting Apakah yang akan berlaku pada manusia sekiranya peparu rosak? Soalan Unit Apakah organ respirasi manusia? Apakah sebatian kimia utama yang terkandung di dalam asap rokok? Bagaimanakah sebatian kimia utama yang dijumpai di dalam asap rokok merosakkan peparu? Soalan Kandungan Apakah kesan merokok terhadap peparu? Apakah tabiat yang perlu dielakkan bagi memastikan fungsi efektif organ respirasi? Apakah cara untuk menjaga dan mengekalkan kesihatan organ respirasi? Mata Pelajaran: Biologi

Upload: aidatul-shima-ismail

Post on 29-Jul-2015

291 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Unit plan biologi pbl smktbb 2012

Rancangan Pembelajaran Rancangan Pembelajaran Biologi Tingkatan 4Biologi Tingkatan 4

Pengarang

Nama: Pn. Aidatul Shima Binti Ismail

Sekolah/Institut: SMK Tunku Besar Burhanuddin

Negeri: Negeri Sembilan

Gambaran Keseluruhan Rancangan Pembelajaran

Tajuk Pelajaran:Kesan Merokok Terhadap Peparu – ( Bab 7 Respirasi : Kepentingan Mengekalkan Sistem Respirasi yang Sihat)

Soalan Kurikulum

Soalan Penting Apakah yang akan berlaku pada manusia sekiranya peparu rosak?

Soalan Unit Apakah organ respirasi manusia? Apakah sebatian kimia utama yang terkandung

di dalam asap rokok? Bagaimanakah sebatian kimia utama yang

dijumpai di dalam asap rokok merosakkan peparu?

Soalan Kandungan Apakah kesan merokok terhadap peparu? Apakah tabiat yang perlu dielakkan bagi

memastikan fungsi efektif organ respirasi? Apakah cara untuk menjaga dan mengekalkan

kesihatan organ respirasi?

Mata Pelajaran: Biologi

Tahun/Tingkatan: Tingkatan 4

Piawaian Kandungan/Penanda Aras Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Biologi Tingkatan 4

Page 2: Unit plan biologi pbl smktbb 2012

Objektif Pelajar/Hasil Pembelajaran

Memahami kepentingan mengekalkan sistem respirasi yang sihat di mana pelajar dapat:

Menjaga dan mengekalkan fungsi efisen organ respirasi

Ringkasan Pelajaran:

1. Tujuan

Projek ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pelajar SMK Tunku Besar Burhanuddin (SMKTBB) dan penduduk Seri Menanti tentang:

a) Sebatian kimia utama yang terkandung di dalam asap rokokb) Bagaimana sebatian kimia utama yang dijumpai di dalam asap rokok itu

merosakkan peparu.c) Kesan merokok terhadap peparud) Tabiat yang perlu dielakkan bagi memastikan fungsi efektif organ respirasie) Cara untuk menjaga dan mengekalkan kesihatan organ respirasi.

2. Peranan

Pegawai Kesihatan Saintis Wartawan

3. Tugasan

Murid perlu mengumpulkan maklumat berdasarkan sebatian kimia utama yang terkandung di dalam asap rokok, bagaimana sebatian kimia utama yang dijumpai di dalam asap rokok itu merosakkan peparu, kesan merokok terhadap peparu, tabiat yang perlu dielakkan bagi memastikan fungsi efektif organ respirasi dan cara untuk menjaga dan mengekalkan kesihatan organ respirasi daripada buku, majalah, surat khabar, risalah, brosur, cakera padat (CD) dan internet.

Murid menjalankan aktiviti makmal mengenai kesan asap rokok terhadap kapas putih dan mengkaji analogi antara peparu dengan kapas putih.

Murid menjalankan soal selidik tentang kesan merokok terhadap peparu di kalangan pelajar-pelajar SMKTBB dan penduduk Seri Menanti.

Murid mencari dan mencatat maklumat tentang kesan merokok terhadap peparu dengan menemu bual pihak Kementerian Kesihatan.

Murid menghasilkan persembahan Microsoft Power Point dan video bagi memaparkan kesan merokok terhadap peparu.

Murid menghasilkan pelbagai bahan secara kumpulan; brosur, buletin, poster, penanda buku, model rokok, buku skrap dan maskot mengenai kesan merokok terhadap peparu

Page 3: Unit plan biologi pbl smktbb 2012

4. Penyelesaian

Murid-murid akan menggunakan maklumat yang diperoleh untuk membuat analisis dan rumusan tentang sebatian kimia utama yang terkandung di dalam asap rokok, dan bagaimana ia merosakkan peparu, kesan merokok terhadap peparu, tabiat yang perlu dielakkan bagi memastikan fungsi efektif organ respirasi dan cara untuk menjaga dan mengekalkan kesihatan organ respirasi.

5. Hasil / Sasaran

Murid-murid akan mengendalikan sebuah pembentangan dan laporan tentang kesan merokok terhadap peparu untuk memberi kesedaran kepada masyarakat supaya menjaga organ respirasi supaya sentiasa sihat dan berfungsi.

Prosedur Pelaksanaan:

Minggu 1

Penyediaan Bahan

o Persembahan Multimedia guru untuk menerangkan pembelajaran berasaskan projek.

o Lembaran tugasan untuk mencatat maklumat dari majalah, keratan akhbar, buku, laman web yang diakses tentang kesan merokok terhadap peparu.

o Pembahagian lembaran tugas bagi setiap kumpulan berkaitan tajuk projek.

o Menyediakan senarai semak bagi melancarkan lagi projek dan gerak kerja.

o Berbincang dan bekerjasama dengan guru pembimbing untuk aktiviti-aktiviti seterusnya.

Minggu 2

Persediaan melaksanakan projek

o Surat Kebenaran daripada ibu bapa untuk menjalankan kajian mengenai kesan merokok terhadap peparu dan temubual dengan pihak yang terbabit (Kementerian Kesihatan) dan penduduk Seri Menanti.

o Menyenaraikan radas dan bahan yang akan digunakan semasa aktiviti penyiasatan kesan asap rokok terhadap kapas putih dijalankan di dalam makmal sains.

o Menyediakan soalan-soalan untuk sesi temu bual dengan Pegawai Kesihatan.

o Menyediakan kertas soal selidik bagi mendapatkan maklumat berkaitan kesan merokok terhadap peparu daripada pelajar-pelajar SMKTBB dan penduduk Seri Menanti.

o Memastikan alat rakaman seperti video dan kamera disediakan dan berfungsi.

Minggu 3

Page 4: Unit plan biologi pbl smktbb 2012

o Menyiasat kesan asap rokok terhadap kapas putih dan mengkaji analogi

antara peparu dengan kapas putih.

o Merekodkan keputusan uji kaji yang diperolehi, mengintepretasikan data yang diperolehi dan membuat kesimpulan.

o Mengakses dan mengumpul maklumat melalui buku, majalah, akhbar, secara offline dan online.

o Menganalisa dan menyusun segala maklumat yang berkaitan dengan tajuk projek.

o Menambahbaik maklumat yang diperolehi dan memastikan hanya maklumat yang relevan dengan topik yang dikaji sahaja digunakan.

Minggu 4

o Mengambil gambar, membuat rakaman video dan mengadakan sesi temubual dengan pegawai kesihatan.

o Meneliti dan menganalisa maklumat yang diperolehi selepas dari sesi temubual tersebut.

o Mengedit rakaman video yang diperolehi untuk dimasukkan ke dalam Microsoft Power Point semasa sesi pembentangan.

o Mengedarkan borang soal selidik kepada pelajar-pelajar SMKTBB dan penduduk Seri Menanti.

o Membuat analisa dan menghuraikan data hasil soal selidik.

o Mengadakan Kempen Tak Nak Merokok kepada pelajar-pelajar SMKTBB dengan mengedarkan risalah dan ceramah oleh Pegawai Kesihatan.

Minggu 5

o Memasukkan semua maklumat yang diperolehi ke dalam bentuk Microsoft Power Point.

o Menyusun maklumat mengikut aturan yang sesuai.

o Melakukan penambahbaikan pada maklumat.

o Mengadakan latihan pembentangan.

o Melakukan sesi pembentangan di hadapan pengetua, guru-guru dan rakan-rakan.

o Mendapatkan maklum balas hasil pembentangan tersebut untuk menambahbaik pembentangan agar lebih berkesan.

Minggu 6

o Membina pelbagai bahan (artifak) untuk pameran seperti brosur, penanda buku, model rokok, maskot, buku skrap, video, persembahan multi media berasaskan Microsoft Power Point, paparan maklumat, mengikut hasil kreativiti murid.

o Memastikan artifak yang dihasilkan menepati topik yang dikaji iaitu Kesan Merokok Terhadap Peparu.

Page 5: Unit plan biologi pbl smktbb 2012

o Penilaian hasil kerja

Tempoh Masa: 6 Minggu

Pengetahuan/Kemahiran Sedia Ada:

Pengetahuan am tentang kesan asap rokok terhadap organ respirasi manusia.

Kemahiran mengakses internet yang perlu ada pada pelajar sebelum memulakan pelajaran

Intregrasi Kemahiran Generik:

Kemahiran Berfikir (Lembaran Pengurusan Grafik terdiri daripada Alternatives, Possiblities and Choices (APC), First Important Priorities (FIP) dan Consider All Factors (CAF), kemahiran membuat ramalan.

Kemahiran Proses Sains (kemahiran membuat inferens, memerhati) Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kemahiran Mentaksir dan Menilai Kemahiran Fasilitator

Ciri-ciri Pelajar:

Gaya Pembelajaran Kecerdasan Pelajar

Bahan Bantu Belajar/Sumber Pembelajaran:

Page 6: Unit plan biologi pbl smktbb 2012

Teknologi – Peralatan:

Komputer Kamera digital Capaian internet Pencetak Alat Pengimbas Kamera video digital Perakam suara digital Radas dan bahan di dalam makmal biologi

Teknologi – Perisian

Penerbitan Emel Perisian suntingan imej Perisian suntingan video Perisian penerbitan institusi (publishing) Pelayar Internet Multimedia Perisian Membangun Laman Web Pemproses perkataan

Bahan Bercetak :

Gan Wan Yeat, Manoharan a/l Subramaniam, Azimah Binti Rajion, 2006. Biologi Form 4. Selangor : Bakaprep Sdn. Bhd.

Gan Wan Yeat, Manoharan a/l Subramaniam, Azimah Binti Rajion, 2006. Biologi Form 4 Practical Book. Selangor : Bakaprep Sdn. Bhd.

Betsy Teh Lay Hong, 2012. Esensi Biologi Tingkatan 4. Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Mah Chee Wai, Dr Tina Lim Swee Kim, 2011. NEXUS Edisi Khas SPM Biology. Selangor : Sasbadi Sdn. Bhd.

Gan Wan Yeat, 2011. Success Biology SPM. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Risalah, brosur dan buletin terbitan Kementerian Kesihatan.

Sumber Internet:

Lain-lain :

Sesi temubual dengan Pegawai Kesihatan daerah Kuala Pilah

Page 7: Unit plan biologi pbl smktbb 2012

Pentaksiran:

Rubric Pameran

Kata Kunci:

Kesan Merokok