ulasan jurnal edu

13
8/12/2019 Ulasan Jurnal Edu http://slidepdf.com/reader/full/ulasan-jurnal-edu 1/13 ULASAN JURNAL TAJUK JURNAL : PENGURUSAN BILIK DARJAH PENULIS : MOHD HASANI DALI (UNIVERSITI UTARA MALAYSIA, KEDAH) MOHAMAD JOHDI SALLEH (INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA) Pengurusan bilik darjah tajuk jurnal yang telah dipilih oleh saya. Melihat kepada tajuk sudah cukup memberi gambaran kepada pembaca mengenai apa yang akan ditulis oleh penulis jurnal ini. Jurnal ini telah di tulis oleh Mohd Hasani Dali dari Universiti Utara Malaysia, Kedah dan Mohamad Johdi Salleh dari International Islamic University Malaysia. Bagi mengulas jurnal pengurusan bilik darjah ini, saya memilih sab tajuk asas-asas kemahiran pengurusan bilik darjah yang terdapat dalam jurnal ini. Asas-asas kemahiran pengurusan bilik darjah berfokuskan kepada guru-guru pelatih. Seseorang guru banyak dibebani dengan pelbagai tugas yang rencam dan tidak profesional. Beban tugas yang dipertanggungjawabkan ini mungkin akan memberi kesan postitif dan negatif kepada kerjaya sesorang guru khususnya guru pelatih. Di dalam bilik darjah, selain mengajar, guru pelatih juga memainkan peranannya sebagai pengurus. Tugas guru pelatih sebagai pengurus ialah mengurus bilik darjah, mengurus

Upload: ariff-daud

Post on 03-Jun-2018

289 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ulasan Jurnal Edu

8/12/2019 Ulasan Jurnal Edu

http://slidepdf.com/reader/full/ulasan-jurnal-edu 1/13

ULASAN JURNAL

TAJUK JURNAL : PENGURUSAN BILIK DARJAH

PENULIS : MOHD HASANI DALI

(UNIVERSITI UTARA MALAYSIA, KEDAH)

MOHAMAD JOHDI SALLEH

(INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA)

Pengurusan bilik darjah tajuk jurnal yang telah dipilih oleh saya. Melihat kepada tajuk

sudah cukup memberi gambaran kepada pembaca mengenai apa yang akan ditulis

oleh penulis jurnal ini. Jurnal ini telah di tulis oleh Mohd Hasani Dali dari Universiti Utara

Malaysia, Kedah dan Mohamad Johdi Salleh dari International Islamic University

Malaysia. Bagi mengulas jurnal pengurusan bilik darjah ini, saya memilih sab tajuk

asas-asas kemahiran pengurusan bilik darjah yang terdapat dalam jurnal ini. Asas-asas

kemahiran pengurusan bilik darjah berfokuskan kepada guru-guru pelatih.

Seseorang guru banyak dibebani dengan pelbagai tugas yang rencam dan tidak

profesional. Beban tugas yang dipertanggungjawabkan ini mungkin akan memberi

kesan postitif dan negatif kepada kerjaya sesorang guru khususnya guru pelatih. Di

dalam bilik darjah, selain mengajar, guru pelatih juga memainkan peranannya sebagai

pengurus. Tugas guru pelatih sebagai pengurus ialah mengurus bilik darjah, mengurus

Page 2: Ulasan Jurnal Edu

8/12/2019 Ulasan Jurnal Edu

http://slidepdf.com/reader/full/ulasan-jurnal-edu 2/13

murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas, mengurus

keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif, mengurus bahan- bahan

pengajaran dan sebagainya. Kecekapan guru pelatih dalam menjalankan tugas sebagai

pengurus akan mewujudkan sosioemosi yang selesa, disiplin kelas yanag baik dan

keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai bagi meningkatkan keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai kekangan dan permasalahan yang akan wujud

dalam bilik darjah. Oleh itu keperluan dan kesedaran tentang pentingnya pengurusan

bilik darjah perlu ada dan ditanam di dalam dada semua insan yang bergelar pendidik

Pelbagai kekangan dan permasalahan akan ujud dalam bilik darjah, kebiasaannya guru

berhadapan dengan tiga cabaran yang besar iaitu kerenah murid, memastikan hasil

pembelajaran tercapai dan hambatan masa. Guru pelatih yang berwibawa bijak

bertindak sebagai penyelesaian masalah, memperjelaskan objektif-objektif setiap

perkara yang melibatkan bilik darjah termasuk pengajaran dan pembelajaran serta

penilaian, keceriaan, dan pengurusan murid sebagai pelanggan utama. Apapun tugas

yang perlu dilakukan, seorang guru, mereka harus bijak mengurus dan mengatur masa

dalam memastikan segala tugas sampingan yang dipertanggungjawabkan ini tidak

menggangu tugas utama mereka mengurus bilik darjah dengan baik.

Perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh guru pelatih bagi mengurus bilik

darjah ialah seseorang guru pelatih perlu lebih bersedia dan merancang apakah yang

akan dilakukan pada kali pertama melangkah masuk ke dalam bilik darjah.   Mengikut

Model Disiplin Asertif Canter, guru-guru perlu membuat perancangan disiplin secara

bertulis dan formal yang menyatakan dengan jelas peraturan dan rutin, pengiktirafan

dan akibat daripada salah laku. Guru pelatih perlu merancang dalam pengajaran

Page 3: Ulasan Jurnal Edu

8/12/2019 Ulasan Jurnal Edu

http://slidepdf.com/reader/full/ulasan-jurnal-edu 3/13

dengan baik di dalam bilik darjah sebelum sesi pengajaran bemula. Perancangan

tersebuat melibatkan peraturan dalam bilik darjah. Hasil kajian mendapati punca

kegawatan tingkah laku pelajar, prestasi rendah pelajar di sekolah-sekolah adalah

berakar umbi daripada pengajaran tidak diselengara atau dirancang dengan baik di

dalam bilik darjah kerana peraturan bilik darjah yang tidak mantap. Di sini kemahiran

dan kecekapan guru pelatih dalam perancangan menguruskan bilik darjah dikatakan

dapat menghindari perkara yang tidak efektif dalam sesuatu proses pengajaran dan

pembelajaran.  Apabila murid-murid mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan,

guru pelatih boleh memberikan peneguhan seperti penghargaan dan pujian.

Pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah sebenar-benarnya pemangkin

kecemerlangan anak-anak didik sebagaimana yang diimpikan semua pihak untuk

bersaing dalam pendidikan global masa kini setearusnya hasrat melahirkan modal

insan kelas pertama akan tercapai (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan  –PIPP

2006-2010). Semua yang telah dirancang mesti dilaksanakan sepenuhnya. Inilah aspek

paling penting dan kritikal kerana pada peringkat inilah yang menentukan kejayaan

setiap perancangan itu. Apa makna dan apa gunanya jika perancangan tinggal

perancangan sahaja? Soal balik diri sendiri apakah perancangan yang kita buat telah

semuanya dilaksanakan? Jujurlah kepada diri sendiri, dan jika belum, nah inilah

puncanya mengapa kita begitu sukar mengatasi kelemahan dan kemerosotan.

Perkara yang seterusnya yang perlu guru pelatih titik beratkan bagi mengurus

bilik darjah ialah seseorang guru pelatih perlu menampilkan penampilan yang kemas,

menyakinkan, tenang dan profesional. Penampilan guru pelatih sudah timbul sejak

berlakunya peningkatan di dalam profesionalisme keguruan. Penampilan sebagai tret-

Page 4: Ulasan Jurnal Edu

8/12/2019 Ulasan Jurnal Edu

http://slidepdf.com/reader/full/ulasan-jurnal-edu 4/13

tret perwatakan dan personaliti yang dianggap perlu untuk kejayaan sebagai seorang

guru. Penampilan yang ditunjukkan atau dihasilkan oleh guru membolehkan murid

menjadikannya contoh dan ikutan. Etika pakaian guru menjadi fokus di dalam isu

penampilan guru ini. Ini adalah kerana pelajar menilai guru secara nyata dan apa yang

mereka nampak. Nilai tanggungjawab, kepimpinan dan lain-lain nilai yang melibatkan

dalaman seorang guru tidak dapat dilihat oleh murid malah ia memerlukan masa untuk

seseorang mengenali nilai dalaman seseorang. Empat ciri utama yang merangkumi

penampilan guru serta sahsiah yang secara signifikannya dapat menghasilkan hasil

pembelajaran yang lebih baik. Penampilan untuk perbezaan adalah ciri pertama yang

dinyatakan di mana sebagai seorang guru, kita perlulah mempunyai tahap keterampilan

berasaskan budaya. Guru pelatih perlulah sentiasa mencari penyelesaian yang tidak

memihak kepada satu pihak sahaja. Yang kedua ialah penampilan untuk berdialog.  Dalam Model Akibat Logikal Dreikus, Dreikus mengatakan guru perlu mempunyai cara

komunikasi yang berkesan Pakaian adalah salah satu cara berdialog tanpa suara yang

ditunjukkan oleh guru. Pakaian yang kemas dan teratur menjadikan orang disekeliling

lebih yakin untuk berbincang dan berdialog. Ketiga ialah disilusi di mana guru

hendaklah mengawal emosi kekecewaan di sekolah. Jika guru berasa kecewa pada

hari tersebut, guru hendaklah lebih bersikap profesional dan jangan menunjukkan

perasaan kecewa itu dengan pakaian yang kusut dan tidak teratur. Yang terakhir ialah

demokrasi di mana guru tersebut bersikap lebih terbuka dan memberi peluang

melibatkan diri di dalam perkembangan diri masing-masing sama ada perkembangan

guru ataupun murid. Hal ini dapat di lihat dalam Model Akibat Logikal Dreikus yang

mana disiplin yang berkualiti terbentuk di dalam bilik darjah yang mengamalkan

Page 5: Ulasan Jurnal Edu

8/12/2019 Ulasan Jurnal Edu

http://slidepdf.com/reader/full/ulasan-jurnal-edu 5/13

demokrasi, iaitu guru dan murid dapat berkerjasama membuat keputusan dalam

pengurusan bilik darjah. Oleh itu sifat demikrasi harus diwujudkan agar sifat autokratik

tidak akan terlaksana bagi seorang guru.

Pengetahuan guru pelatih mengenai nama dan latar belakang pelajar akan dapat

membantu mengeratkan lagi hubungan dengan pelajar sekali gus dapat membantu

guru pelatih mengawal bilik darjah dengan baik dan cekap. Model terapi realiti oleh

William Glasser mengatakan di dalam bilik darjah, murid-murid perlu mempunyai

perasaan yang mereka adalah sebahagian daripada komuniti bilik darjah. Mereka

memerlukan guru perhatian dan mengambil berat ke atas diri mereka. Sebagai seorang

guru, kita perlulah berusaha untuk mengenali dan mengingati nama murid-murid

bermula dari hari pertama persekolahan. Elakkan memanggil murid dengan

menggunakan nombor pendaftaran atau nama-nama ganti diri am, contohnya, ‘awak...’, 

’kamu...’, atau berdasarkan posisi di dalam kelas contohnya ‘awak yang duduk di

belakang sekali...’. kebanyakan murd berasa bangga apabila guru mengingati nama

mereka. Situasi itu menandakan guru ingat dan mereka wujud dimata guru disamping

menunjukkan usaha guru yang bersungunh-sungguh untuk mengenali murid-muridnya.

Guru pelatih yang mengingati nama murid-muridnya akan lebih cepat menjalankan

hubungan dengan murid-muridnya. Hal ini juga dapat menolong guru mengawal tingkah

laku murid di dalam kelasnya. Apabila berlaku salah laku guru boleh memanggil nama

murid dan menegurnya. Guru pelatih juga menyebut nama murid dengan betul.

Sekiranya tidak pasti akan sebutan nama murid itu, beliau perlu mendekati murid

tersebut dan bertanya tentang sebutan yang betul. Elakkan daripada menyebut nama

dengan salah kerana situasi ini akan mengakibatkan murid tersebut diketawakan atau

Page 6: Ulasan Jurnal Edu

8/12/2019 Ulasan Jurnal Edu

http://slidepdf.com/reader/full/ulasan-jurnal-edu 6/13

dijadikan nama gelaran oleh murid-murid yang lain. Perkara ini boleh menyebabkan

murid berasa malu dan membenci guru. Guru juga dinasihatkan tidak menunding jari,

‘awak... bangun’, ‘kamu... dengar sini’. Cara ini agak kasar dan tidak membantu dalam

membina hubungan guru-murid.

Prosedur menetapkan peraturan di bilik darjah sangat penting sebagai garis

panduan kepada tingkah laku pelajar di bilik darjah yang diharapkan oleh guru pelatih.

Peraturan di bilik darjah yang telah dipersetujui bersama oleh pelajar sebagai kontrak

yang dapat mengawal tingkah laku mereka. Model akibat logikal Dreikurs menekankan

kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid

untuk bersama-sama menjaga disiplin didalam bilik darjah. Tambah pula, disipilin yang

berkualiti di bilik darjah yang mengamalkan demokrasi, iaitu guru dan murid dapat

berkerjasama membuat keputusan dalam pengurusan bilik darjah . Melibatkan murid

dalam membuat keputusan dan bersama memikul tanggungjawab melibatkan kelas dan

P&P merupakan salah satu strategi untuk membina hubungan antara guru-murid. Beri

peluang kepada murid-murid untuk memikul tanggungjawab untuk menjaga

kesejahteraan kelas, iaitu bermula dengan bersama-sama membuat peraturan bilik

darjah. Guru dengan murid berbincang dan menentukan peraturan, matlamat, harapan

dan sebagainya. Hal ini berupaya mengekalkan hubungan kerja yang sempurna dalam

sesebuah bilik darjah. Faktor personaliti yang berbeza perlu diambil kira yang mana

usaha ini boleh dilakukan dengan dua cara iaitu guru mesti menunjukkan bahawa

beliau tidak menyimpan perasaan dendam sebaliknya menunjukkan teladan yang

berkualiti. Mengikis perasaan dendam terhadap pelajar yang telah membuat kesilapan

sinonim dengan perlakuan guru menerima kesilapan yang dilakukan sebagai kelainan

Page 7: Ulasan Jurnal Edu

8/12/2019 Ulasan Jurnal Edu

http://slidepdf.com/reader/full/ulasan-jurnal-edu 7/13

yang terdapat pada setiap pelajar.Guru menunjukkan teladan terutamanya

menggunakan kuasa yang diperuntukkan dan jelas dalam pengurusan penyelesaian

konfiik di kalangan pelajar. Oleh itu, guru pelatih perIu rnenggerakkan keinginan pelajar

rnelibatkan diri dalam suasana bilik darjah rnengikut hasrat hati sernulajadi. Mereka

mengharapkan peranan rnereka dipuji dan diperhatikan. Interaksi sekurang-kurangnya

dua hala adalah amat diperlukan dalam sesuatu pengajaran dan pernbelajaran.

Sehubungan itu, murid-murid berasa diri mereka adalah sebahagian daripada bilik

darjah tersebut. Hal ini boleh membina hubungan yang positif antara guru-murid.

Mengikut Model Pengurusan Kounin, asas kepada keberkesanan pengurusan disiplin

bilik darjah bergantung kepada pengawasan dan penyeliaan yang teliti guru terhadap

bilik darjah. Faktor utama dalam menguruskan tingkah laku di dalam bilim darjah

menurut Kounin adalah berkaitan dengan kebolehan guru untuk mengawasi semua

perkara yang berlaku di dalam bilik darjah. Contohnya, dalam gerak kerja kumpulan,

seorang guru berjaya mengawasi dan berinteraksi dengan semua kumpulan kecil

walaupun pada ketika itu dia sedang mengajar kumpulan yang tertentu. Dengan

kepekaan ini, seorang guru berupaya menjangka masalah yang akan timbul dan

selalunya dapat menghalang masalah daripada menjadi semakin serius.

Guru pelatih juga perlu membuat perancangan yang rapi berkaitan dengan

susun atur bilik darjah Bilik darjah merupakan tempat berlakunya pengajaran dan

pembelajaran yang melibatkan guru dan pelajar. Biasanya sebuah bilik darjah

mempunyai perabot seperti kerusi, meja, almari dan papan hitam. Seiring dengan

pembangunan pesat Negara, sepatutnya susunan bilik yang lebih fleksibel bagi manfaat

guru dan pelajar. Susunan bilik darjah fleksibel merupakan konsep baru yang

Page 8: Ulasan Jurnal Edu

8/12/2019 Ulasan Jurnal Edu

http://slidepdf.com/reader/full/ulasan-jurnal-edu 8/13

diaplikasikan di Negara kita. Bilik darjah ini adalah berasaskan konsep pendidikan

terbuka yang memberi peluang kepada pelajar untuk menentukan dan merancang

aktiviti pelajar sendiri. Bilik darjah fleksibel atau bercirikan KBSR merujuk kepada susun

atur kelas yang bercirikan KBSR. Bilik darjah ini telah dilaksanakan disekolah-sekolah

terpilih sahaja. Menerusi bilik darjah ini, kerusi dan meja pelajar disusun dalam bentuk

kumpulan iaitu seramai 6 hingga 8 orang. Murid akan duduk dalm kumpulan masing-

masingberdasarkan kebolehan setiap individu. Terdapat ruang-ruang pembelajaran

seperti ruang aktiviti dan ruang bacaan bagi kegunaan pelajar. Selain itu, beberapa

sudut diadakan sebagai sudut bahasa dan alat bantuan mengajar serta hasil kerja

pelajar dipaparkan disebahagian sudut. Pengajaran dan pembelajaran dalam bilik

darjah berkonsepkan KBSR ini, memfokuskan kepada pelajar-pelajar. Aktiviti yang

dijalankan dalam bilik darjah ini banyak berorientasikan aktiviti kumpulan. Interaksi tiga

hala amat digalakkan antara guru-pelajar, pelajar-guru dan pelajar-pelajar. Suasana

dalam bilik darjah adalah agak bising kerana wujudnya pergerakkan dan interaksi

pelajar-pelajar secara tiga hala. Melalui bilik darjah ini juga, pelajar-pelajar dilihat sangat

aktif dan kondusif. Pendekatan pengajaran guru dalam bilik darjah KBSR adalah

berpusat kepada pelajar. Kerusi dan meja pelajar disusun atur mengikut kumpulan akan

memberikan penekanan kepada aktiviti bercorak kumpulan seperti sumbang saran,

perbincangan, pengayaan dan pemulihan. Interaksi dua hala guru-pelajar, pelajar-guru

dan pelajar-bahan pengajaran dimaksimumkan, menjadikan pelajar lebih aktif. Bahan

pengajaran perlu banyak dan dipamerkan. Hasil kerja pelajar dipamerkann bagi

menggalakkan persaingan yang sihat di kalangan pelajar. Susun atur perabot dan

bahan disertai dengan hiasan dalaman yang mudah dan menarik untuk menjadikan bilik

Page 9: Ulasan Jurnal Edu

8/12/2019 Ulasan Jurnal Edu

http://slidepdf.com/reader/full/ulasan-jurnal-edu 9/13

darjah ini kondusif bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Suasana bilik darjah

menjadi bising dengan kehadiran interaktiviti antara pelajar kerana pelajar lebih bebas

untuk bergerak dan berbincang sesama rakan-rakan. Situasi sebegini amat baik bagi

perkembangan kognitif, emosi, bahasa dan sosial pelajar di mana kesemua item yang

tersebut akan berkembang secara pesat dan maksimum.

Guru pelatih juga perlu membina dan menjaga hubungan baik dengan pelajar.

Dalam menguruskan pelajar, guru pelatih perlu bersabar dan banyak bertolak ansur

untuk memenangi hati pelajar agar pelajar menghormati guru sebagai pendidik mereka.

Pujian dari guru merupakan salah satu kaedah yang bernilai dan berkesan uantuk

membantu pelajar mengubah tingkah laku mereka seterusnya meningkatkan proses

pembelajaran di bilik darjah. Mengikut Model Modifikasi Tingkah Laku B.F. Skinner

mengatakan terdapat dua jenis peneguhan, iaitu peneguhan positif dan peneguhan

negatif. Peneguhan postif berlaku apabila rangsangan diberikan seperti hadiah, pujian,

markah merit dan sebagainya. Peneguhan ini bertujuan untuk meningkatkan tingkah

laku murid yang diingini. Manakala peneguhan negatif berlaku apabila rangsangan

seperti majalah, komik dikelurkan supaya murid-murid kembali menunjukkan tingkah

laku yang diingini. Guru yang memberi ganjaran dan disusuli dengan motivasi,

dorongan, sokongan, bimbingan serta pujian secara berterusan akan membuahkan

hasil yang membanggakan. Ganjaran ada pelbagai jenis termasuklah sikap mengambil

berat seseorang pelajar. Pelajar akan rasa dikasihani dan disayangi apabila guru selalu

bertanya mengenai pencapaian akademik dan permasalahannya. Jangan wujudkan

 jurang atau ruang pemisah yang terlalu jauh dengan pelajar sendiri kerana boleh

menyebabkan terbinanya tembok kebencian yang menyukarkan tugas guru. Untuk

Page 10: Ulasan Jurnal Edu

8/12/2019 Ulasan Jurnal Edu

http://slidepdf.com/reader/full/ulasan-jurnal-edu 10/13

memulihkan hubungan yang renggang itu, akan memakan masa yang lama kerana hati

dan jiwa manusia yang sudah tercalar tetap akan ada parutnya walaupun sudah

sembuh. Apabila diberikan pujian, murid-murid yang gembira ini lebih terdorong dan

mudah mengikut arahan, berbanding apabila dimarahi. Mereka cenderung membuat

sesuatu secara rela dan mencuba yang terbaik. Walaupun tidak dinafikan, marah itu

perlu apabila tiba masanya. Mereka inginkan juga mahukan pengiktirafan dari guru.

Contohnya apabila memenangi pertandingan. Cuma caranya agak berbeza.

Kemahiran set induksi merupakan kemahiran utama yang perlu dikuasai seorang

guru pelatih. Guru akan memulakan sesi pengajaran dengan memberikan set induksi

yang dapat menarik minat murid-murid untuk meneruskan aktiviti P&P. Contohnya,

selepas memberi salam, guru meminta murid-murid memeriksa sampah di bawah

kerusi masing-masing dan meminta mereka memunggut dan membuang sampah yang

berdekatan dengan mereka. Selepas itu, guru mengucapkan tahniah dan memberikan

pujian kepada murid-murid atas kesudian mereka membuang sampah tersebut.

Kesannya, emosi murid akan berada dalam gembira dan bersemangat untuk

meneruskan P&P. Menurut teori pelaziman klasik J.B. Watson (1878-1958) dalam

Noriati (2009), emosi kanak-kanak dapat dibentuk melalui proses pelaziman. Jadi,

pembentukan emosi yang positif sebelum memulakan P&P amatlah penting bagi

memastikan murid-murid bersedia untuk meneruskan pembelajaran. Seterusnya, guru

mengaitkan perbuatan murid tadi dengan kepentingan menjaga alam sekitar serta

menceritakan senario yang berlaku di Malaysia tentang masalah pencemaran alam

sekitar. Kemudian, guru membentuk beberapa kumpulan kecil dan seterusnya sesi

pengajaran diteruskan oleh guru. Set induksi yang dijalankan ini perlulah menarik,

Page 11: Ulasan Jurnal Edu

8/12/2019 Ulasan Jurnal Edu

http://slidepdf.com/reader/full/ulasan-jurnal-edu 11/13

bersesuaian dengan tahap pelajar dan berkaitan dengan isi pelajaran serta

pengetahuan sedia ada pelajar. Kesannya, pelajar akan bersedia, aktif dan seronok

dalam meneruskan aktiviti pembelajaran mereka

 Akhir sekali, kemahiran penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) merupakan

satu kemahiran yang penting untuk dikuasai oleh seorang guru pelatih. Penggunaan

bahan bantu mengajar (BBM) sememangnya akan memberikan impak yang positif

terhadap murid sekiranya guru telah membuat persediaan rapi untuk setiap langkah

pengajaran yang ingin disampaikan dalam objektif pembelajaran. Salah satu daripada

implikasi positif penggunaan BBM dalam proses pembelajaran ialah ianya akan

mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dimana semua murid melibatkan diri

dalam pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Contohnya semasa melaksanakan aktiviti

menggunakan BBM ini guru akan memberi peluang kepada semua murid untuk pergi ke

hadapan dan mengeja perkataan yang terdapat pada papan carta pusing yang telah

disediakan. Ini akan menambahkan perbendaharaan kata murid sekaligus mereka akan

mendapat pengetahuan baru.Jika dilihat dari segi interaksi pula, penggunaan BBM

yang berpusatkan murid ini akan menggalakan interaksi yang lebih berkesan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Murid tidak akan berasa takut dan malu dengan

murid sebaliknya mencuba segala aktiviti yang diadakan berdasarkan kepada panduan

yang telah diberikan oleh guru. Murid akan bertanya kepada guru sekiranya mereka

kurang jelas tentang isi pelajaran yang diajar. Di samping itu, melalui aktiviti

penggunaan BBM ini juga akan memupuk semangat kerjasama di kalangan murid.

Belajar secara berkumpulan dalam bilik darjah memerlukan kerjasama yang tinggi di

kalangan ahli kerana ianya akan memberikan impak yang besar terhadap suasana

Page 12: Ulasan Jurnal Edu

8/12/2019 Ulasan Jurnal Edu

http://slidepdf.com/reader/full/ulasan-jurnal-edu 12/13

pembelajaran. Semua murid memainkan peranan penting dalam menjaga disiplin diri

dan perlu peka terhadap pengajaran yang diajar oleh guru di semasa proses

pengajaran dan pembelajaran. Contohnya semasa belajar suku kata ini murid yang

sudah fasih membaca boleh membantu rakan yang masih lemah penguasaan

membaca mereka mengeja perkataan yang diberikan dalam kad suku kata pada BBM

yang telah disediakan oleh guru

Pengurusan bilik darjah yang baik tidak akan berlaku tanpa perancangan. Setiap

aktiviti pengajaran akan berlaku dengan lancar sekiranya bilik darjah mempunyai

aktiviti pembelajaran yang tidak ada gangguan tingkah laku yang tidak menyenangkan.

Jelaslah bahawa pengurusan bilik darjah merupakan tugas penting yang memerlukan

pengetahuan, kemahiran, kesabaran dan komitmen yang optimum bagi memperoleh

kesan yang maksimum. Harus diingat bahawa guru perlu mendapat maklumat

secukupnya tentang bilik darjah dan pelajar-pelajarnya terlebih dahulu sebelum

menjejakkan buat pertama kali ke dalam bilik darjah berkenaan.  Kejayaan seseorang

guru sebagai pengurus di bilik darjah tidak semata-mata dinilai daripada aspek

kemahiran dan teknik pengajaran dan pembelajaran semata-mata, malah kualiti

peribadi dan sahsiah diri juga menjadi tarikan kepada murid-murid. Untuk menjadi guru

yang berdedikasi dan di sukai murid guru mestilah bijak memainkan peranannya

sebagai pengurus dalam bilik darjah dengan mewujudkan bilik darjah yang kondusif

dengan memasukkan faktor-faktor fizikal, sosial, emosi, dan teknikal yang telah

dibincangkan demi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran

sehingga ke peringkat optimum.  Guru harus bertindak termasuk merefleksi diri; cuba

melaksanakan pembelajaran secara kolaboratif dan penyelesaian masalah dalam

Page 13: Ulasan Jurnal Edu

8/12/2019 Ulasan Jurnal Edu

http://slidepdf.com/reader/full/ulasan-jurnal-edu 13/13

menuju ke arah kepimpinan bilik darjah yang berkesan.Persediaan JERISAH (Jasmani,

Emosi, Rohani, Intelek, Sosialisasi, Alam, Hamba-Allah) guru yang lengkap akan

membolehkan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan jaya, ceria dan

cemerlang.