ulasan jurnal terkini

Upload: fatin-nazurah

Post on 20-Jul-2015

1.470 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

FAKULTI PENGURUSAN DAN EKONOMI

PEMBANGUNAN SAHSIAH ( KKD 2063 ) KUMPULAN LULASAN JOURNAL TEACHERS DISCIPLINARY APPROACHES TO STUDENTS DISCIPLINE PROBLEMS IN NIGERIAN SECONDARY SCHOOLS

NO 1 2 3 4

NAMAPERANIKA BINTI HERIRANTO NOOR AZLIZA BINTI PANGILON FATIN NAZURAH BINTI MOHAMED KASSIM NORASHIKIN BINTI FHAUZI

NO.MATRIKD20111048253 (AT21 ) D20111048254 (AT 21 ) D20111048256 (AT 21 ) D20111048752 (AT 45 )

SEMESTER : 2 SESI 2011 / 2012 NAMA PENSYARAH : CHE ANUAR BIN CHE ABDULLAH

ISI KANDUNGAN

BIL

PERKARA

MUKA SURAT

1.0

PENGENALAN SAHSIAH

2.0

PANDANGAN TOKOH MENGENAI SAHSIAH

3.0

PENGENALAN JURNAL

4.0

ABSTRAK

5.0

HASIL KAJIAN

6.0

DAPATAN KAJIAN

7.0

PENERANGAN MENGENAI PENDEKATAN IMAM AL GHAZALI

8.0

KAITAN JURNAL DENGAN PENDEKATAN

9.0

CADANGAN MENGATASI MASALAH

10.0

RUMUSAN

11.0

LAMPIRAN

1.0 PENGENALAN SAHSIAH

Pembangunan sahsiah adalah suatu proses membangunkan diri manusia secara berperingkt mengikut proses perkembangan kea rah tingkah laku yang sesui dan boleh di terima oleh masyarakat secara umum. Menurur Burger (2000) mengemukakan tiga proses yang perlu di beri perhatian dalam memeastikan pembangunan sahsiah yang positif iaitu proses interpersonal, proses intrapersonal dan pengaruh sumber luar. Menurut Friedman dan Schustac (2009) yang menyatakan bahawa sahsiah boleh berubah mengikut situasi dan persekitaran . Sahsiah boleh dinilai dan diklasifikasikan kepad dua kategori iaitu sahsiah yang positif dan sahsiah negative. Individu yang mempunyai shsiah yng baik selalu menunujukkan penampilan fizikal yang kemas , sikap ramah dan esra, tingkah laku yang boleh di terima oleh masyrakat , dpat mengawal emosi diri serta berpegang kepada nilai agama. Sebaliknya individu yang mempunyai sahsiah diri yang bermasalah lebih cenderung dikaitkan dengan masalah disiplin, salah laku , penyalahgunaan dadah, melanggar etika profesion perguruan dan mengamalkan nilai-nilai atau budaya yang bercanggah dengan kehidupan masyarakat. Istilah sahsiah berasal daripada bahasa Arab yang membawa maksud keperibadian atau peribadi ( Kamus Dewan, 2011). Ia merujuk kepada sifat-sifat seseorang yang sebati dengan diri sendiri untuk membentuk watak sendiri. Menurut Imam Al- Ghazali sahsiah di gambarkaan dengan menggunakan perkataan akhlak. Ia merujuk kepada budi pekerti, perngai, tingkah laku dan tabiat seseorang. Terdapat empat asas utama aklah mulia menurut Imam Al- Ghazali iaitu kebijaksanaan, keberanian, kebersihan jiwa dan keadilan. Dapat dirumuska bahawa sahsiah merangkumi ciri-ciri dalaman iaitu kualiti emosi, kualiti mental dan kognitif, nilai keagamaan dan kepercayaan dan cirri-ciri luaran seperti seperti penampilan fizikal, tingkah laku, perhubungan dan cara interaksi yang menggambarkan personality dan khlak individu yng unik. Pembangunan sahsiah pula merupakan proses perubahan dalam diri individu untuk membentuk diri individu menjadi lebih baik atau buruk. Memandangkn guru adalah penggerak utama dalam membangunkan sahsiah peljar, maka sahsiah guru harus di corakkan terlebih dahulu untuk membentuk guru tang memiliki towering personality dan mempunyai world view kearah melahirkan guru yang bersahsiah unggul ( Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009). Guru harus menyemai dan mengamalkan sahsiah diri yang baik untuk di contohi oleh pelajar-pelajar.

2.0 PANDANGAN TOKOH - TOKOH MENGENAI SAHSIAH

Terdapat pandangan yang berbeza antara pelbagai tokoh , dan kita boleh lihat daripda dua aspek iaitu pandangan islam dan juga pandangan barat . Hai ini demikian kerana ,setiap manusia mempunyai pandangan yang berbeza dalam sesuatu idea yang ingin dibahaskan dan diperkatakan .

Menurut pandangan tokoh islam , imam Al- Ghazali berpendapat bahawa sahsiah ini menggunakan perkataan akhlak yang merujuk kepada budi pekerti , perangai , tingkah laku dan tabiat seseorang . Dengan itu terdapat empat asas pokok akhlak yang mulia menurut imam Al- Ghazali (1999) iaitu kebijaksanaan , keberanian , kebersihan jiwa dan keadilan . Imam AL- Ghazali mengatakan jika keempat- empat sifat tersebut dimiliki oleh setiap individu , individu itu baru dikatakan lengkap dengan semua akhlakdan budi pekerti yang indah . Selain itu , menurut imam Al Ghazali (1989) pembangunan sahsiah merangkumi keseluruhan aspek diri individu iaitu melibatkan pengetahuan agama , akidah , penghayatan Al- Quran , adab kehidupan berkeluarga dan sebagainya . Selain itu juga , konsep sahsiah ini juga merupakan keadaan yang stabil kepada jiwa yang membolehkan seseorang memerlukan kerja kerja baik dengan segera . Kepentingan aspek meliputi niat yang iklhlas , kejujuran

dalam menyucikan niat seseorang yang melakukan sesuatu yang tidak bercanggah dengan kehendak Allah .Al- Ghazali percaya niat lebih penting daripada tindakan .

Menurut pandangan tokoh barat , Allport (dlm Cloninger , 2008 ) , mengatakan sahsiah adalah organisasi dinamik dari sistem psikofizikal dalam diri individu yang menentukan tingkah laku dan fikirannya yang khusus .Ia menggambarkan pembentukan psikologi seseorang individu secara keseluruhan dan antara konstruk psikologi yang termasuk dalam sahsiah adalah perangai , kecerdasan , penilaian , emosi , sikap dan tingkah laku individu . Setiap konstruk ini adalah berhubung antara satu sama lain untuk membentuk keperibadian individu yang unik . Tambahan itu pula terdapat juga pandangan para pemikir seperti Mark (1818-1883) , Weber ( 1864-1920) dan Maslow (1908-1970), sahsiah ini diperjuangkan untuk memenuhi keperluan jasmani manusia sendiri . Antara keperluan jasmani yang penting mengikut perspektif barat ialah keperluan fizikal dan keperluan psikologi manusia , meningkatkan status kuasa dan agama serta meningkatkan kelas sosial ekonomi yang dianggap tunjang dalam menentukan pembentukan dan perkembangan struktur sosial masyarakat manusia ( Kamarul Azmi , 2002) . Justeru , jelas menunjukkan bahawa terdapat pandangan yang berbeza antara tokoh islam dan pemikir barat mengenai sahsiah ini . Dengan itu kita dapat bezakan antara setiap pandangan yang telah mereka berikan .

3.0 PENGENALAN JURNAL

Tajuk Jurnal : Teachers disciplinary approaches to students discipline problems in Nigerian secondary schools Oleh : E. D. Nakpodia

Jurnal ini mengisukan tentang pendekatan yang diambil oleh guru disiplin keatas para pelajar yang terdapat di dalam sekolah berkenaan iaitu sekolah-sekolah yang terdapat di Nigeria. Kuasa disiplin yang dipunyai oleh para guru dapat dibuktikan melalui tindakan yang dilakukan dan ianya adalah keperluan asas di dalam setiap organisasi masyarakat yang sememangnya mempunyai peraturan-peraturan utnuk setiap tindakan yang dilakukan. Masalah disiplin pelajar telah lama wujud dan saban tahun cara untuk menghadapi masalah ini semakin berbeza dan agak kompleks. Gejala masalah yang ditimbulkan oleh para pelajar pada masa kini adalah lebih berat dan semakin meruncing dan ia memerlukan perhatian yang lebih. Pelajar adalah asset yang paling penting dalam elemen pendidikan. Sudah sepatutnya para pelajar ini diberikan tunjuk ajar tentang tingkahlaku yang diterima oleh masyarakat. Beberapa pendapat yang dikemukakan oleh tokoh berkenaan dengan disiplin pelajar. (Selfert dan Vornberg, 2002) mengatakan bahawa disiplin pelajar adalah bertindak sebagai prasyarat untuk hampir keseluruhan perkara yang ditawarkan kepada pelajar semasa mereka berada disekolah. Mereka juga menambah bahawasanya sekiranya ingin memastikan suasana pembelajaran yang baik disekolah, maka satu tahap disiplin perlu diwujudkan. Sekolah merupakan satu tempat dimana kebanyakan kejadian masalah disiplin kerap dilaporkan berlaku. Masalah yang dibawa oleh pelajar berkemungkinan akan memberi kesan kepada guru itu sendiri terutama sekali dalam membuat keputusan untuk melaksanakan hukuman. Namun begitu, menurut Dreikurs, 1998 mengatakan bahawa hukuman bukanlah dapat membendung masalah displin yang dilakukan oleh pelajar malahan akan memburukkan lagi keadaan disiplin pelajar tersebut. Ini kerana hukuman tidak akan mendorong kearah salah laku murid tetapi membentuk pandangan para pelajar terhadaporang yang lebih dewasa daripada mereka. Disiplin pelajar di sekolah-sekolah yang terdapat di Nigeria dilihat semakin berleluasa kini. Dengan peningkatan jumlah masalah disiplin pelajar, perkara ini dilihat membebankan pihak guru dan juga pihak pengurusan. Perkara ini dipandang serius dimana satu cadangan telah diusulkan untuk melaksanakan stratergi disiplin. Keadaan ini telah menjadi perhatian utama kepada ibu bapa dan orang dalam komuniti sekolah yang menyarankan bahawa strategi disiplin yang diguna pakai oleh guru-guru dan hubungan diwujudkan antara pelajar dan guru sebagai cara yang sistematik untuk menyelesaikan masalah.

Terdapat beberapa kes yang mendakwa guru diancam oleh pelajar-pelajar sedangkan mereka hanyalah menjalankan tugas sebagai seorang guru. Dalam sesetengah kes, serangan dilihat telah menjadi ganas. Walau apa pun kes itu, adalah jelas bahawa masalah disiplin sekolah-sekolah menengah Nigeria adalah perkara yang harus dibimbangkan oleh setiap pihak. Oleh itu jurnal ini, menunjukkan bahawa selain daripada menyampaikan pengetahuan dan memudahkan pembelajaran pelajar, guru juga dijangka untuk mengekalkan keselamatan dan ketenteraman dalam bilik darjah mereka (Bogdan, 2004). Isu kelakuan pelajar adalah faktor kepuasan kerja mereka dan mereka boleh meletakkan profesion mereka jika salah laku pelajar adalah sangat teruk (Mclntyre dan Silva, 1992). Salah laku pelajar bukan memberikan ganggunan kepada guru-guru; tetapi seluruh masyarakat juga akan terkesan. Melalui penerangan di atas, jurnal ini akan menangani disiplin guru mengikut pendekatan seperti hukuman sebat, penggantungan dan pembuangan, dan beberapa isu-isu hak sivil.

4.0 ABSTRAK

Masalah disiplin dalam kalangan pelajar merupakan sesuatu yang lumrah dalam dunia pendidikan. Oleh itu, peranan guru- guru disiplin amat penting bagi menjamin kemajuan dan keharmonian sesebuah sekolah. Jurnal tersebut menyatakan tindakan sewajarnya perlu dilaksanakan secepat mungkin agar masalah disiplin tidak mendatangkan kesan negatif kepada sekolah dan juga pelajar. Segala langkah pencegahan yang terdapat dalam jurnal tersebut dicadangkan mengikut kefahaman Imam Al-Ghazali iaitu perspektif islam. Menurut Imam Al- Ghazali, segala masalah disiplin yang timbul disebabkan iman yang lemah dalam diri pelajar itu sendiri. Imam Al- Ghazali berpendapat tindakan-tindakan yang berunsurkan islam (kerohanian) amat berkesan bagi mengawal disiplin pelajar kerana keimanan seseorang yang tinggi dapat mencegah daripada melakukan kejahatan. Kejayaan tersebut dapat dicapai apabila semua pihak iaitu pentadbir sekolah bersama-sama para guru, kakitangan, pelajar, ibu bapa serta masyarakat bekerjasama dan berganding bahu bagi meningkatkan tahap disiplin dalam kalangan para pelajarnya. Perlu diberi perhatian dengan sedalamnya tentang hukuman yang akan dikenakan kepada pelajar yang bermasalah dengan memberi hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Hukuman tersebut mestilah meliputi tiga asas utama sahsiah iaitu bijaksana, keadilan, dan keberanian. Asas ini dapat membangunkan sifatsifat terpuji dalam diri pelajar. Pokoknya, semua pihak terutamanya para guru disiplin perlu bertindak bijak dalam mengatur langkah bagi mengatasi masalah disiplin mengikut cadangan Al-Ghazali dalam proses pembentukan sahsiah mulia.

5.0 HASIL KAJIAN Jurnal ini menggunakan telah kaedah kajian perpustakaan. Menerusi kaedah ini, tiada soal selidik yang dilaksanakan untuk mendapat maklumat berkenaan dengan fakta-fakta yang diperlukan. Ianya dilaksanakan dengan menggunakan maklumat dan juga pandangan yang diterima daripada ahli-ahli kumpulan itu sendiri. Mereka akan memilih suatu isu yang bagus untuk diperbahaskan dan kemudian setiap ahli akan melontarkan pandangan masing-masing berkenaan dengan isu tersebut. Pandangan-pandangan yang dilontarkan itu selalunya diperkukuhkan dengan rujukan dari beberapa bahan bacaan yang boleh didapati dari perpustakaan. Sebagai satu contoh, jurnal ini sendiri mengambil satu isu yang harus dicari jalan penyelesaiannyaiaitu isu masalah disiplin para pelajar. Melalui perkongsian maklumat diantara ahli berkenaan dengan isu ini mereka bersepakat bahawa untuk menangani masalah ini dengan cara yang bijak, guru seharusnya tidak mengenakan hukuman yang terlalu keras kepada pelajar yang bermasalah itu. Ini kerana hukuman bukanlah akamn membendung masalah tetapi hanya akan memburukkan lagi keadaan tersebut.

6.0 DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian yang diperoleh mendapati bahawa guru Sekolah Menengah Nigeria telah menggunakan tiga pendekatan dalam menangani masalah disiplin pelajar di sekoalah mereka. Antara pendekatan yang dilakukan oleh guru disiplin ialah seperti pengenaan hukuman sebat, penggantungan dan pembuangan dan beberapa isu isu hak sivil , yang mana pendekatan ini dilakukan disebabkan oleh berlakunya gelombang yang semakin meningkat terhadap masalah disiplin pelajar sehingga mengundang masalah dalam pengurusan pentadbiran dan mengalami kekacauan di sekolah berkenaan . Bagi pelajar yang bermasalah , keadaan ini akan menyebabkan emosi guru terganggu dan mengakibatkan guru bertindak dengan mengenakan hukuman kepada pelajar . Namun demikian , hukuman ini bukannya membendung tingkah laku pelajar yang bermasalah , malahan akan lebih memburukkan lagi keadaan , sedangkan niat guru adalah untuk membendung masalah itu menjadi lebih teruk lagi . Menjadi kebimbangan kepada Sekolah Menengah Nigeria apabila mempunyai masalah disiplin yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak agar masalah ini tidak menular dengan lebih dahsyat lagi . Guru mempuyai hak untuk menghukum pelajar apabila mereka melanggar disiplin sekolah yang telah ditetapkan . Pendekatan penggantungan dan pembuangan pelajar pula dilakukan sekiranya pelajar telah melanggar peraturan sekolah . Namun yang demikian , nasihat perlu diberikan kepada pelajar yang bermasalah sebelum tindakan pengantungan dan pembuangan ini dilakukan . Selain itu juga , ibu bapa juga perlu tampil ke sekolah untuk mendengar segala masalah yang berlaku keatas anaknya itu , Hal ini demikian kerana , jika tindakan ini dilakukan dengan serta merta akan menyebabkan sesetengah pihak tidak berpuas hati dengan tindakan yang dilakukan dengan melulu itu . Melalui jurnal ini juga mengatakan bahawa terdapat pengecualian kepada pelajar terhadap beberapa kes yang mendapat rayuan . Misalnya , pelajar hanya dibenarkan masuk ke sekolah semata mata untuk menduduki peperiksaan dan juga perkara yang boleh dipertimbangkan oleh pihak sekolah . Tuntutan hak sivil juga digunakan dalam pendekatan guru Sekolah Menengah Nigeria dalam menangani maslah disiplin pelajar di sekolahnya . Antaranya ialah guru sekolah tersebut telah menggunakan kuasa ganjaran , kuasa paksaan , kuasa rujukan dan kuasa yang sah dalam

membimbing pelajar bermasalah di sekolah berkenaan . Dengan adanya pendekatan sedemikian , sudah pasti dapat menangani masalah disiplin ini dengan segera dan berkesan . Justeru , dapat disimpulkan bahawa guru disiplin di Sekolah Menengah Nigeria telah

menggunakan ketiga tiga pendekatan sedemikian iaitu hukuman , penggantungan dan pembuangan serta tuntutan hak sivil keatas kes kes yang tertentu . Dengan adanya pendekatan yang dilakukan ini , masalah disiplin pelajar sekolah berkenaan akan dapat ditangani dengan mudah dan berkesan .

7.0 PENERANGAN MENGENAI PENDEKATAN IMAM AL- GHAZALI

Matlamat membentuk sahsiah mengikut Al-Ghazali ialah untuk melakukan sesuatu sehingga boleh membaiki jiwa dan mendapat keredhaan Ilahi. Al-Ghazali telah mengemukakan dua komponen tindkan iaitu tindakan luaran dan dalaman dalam ilmu sahsiah. Tindakan luaran mencakupi aspek kepercayaan seperti ibadat (ritual) tetapi tidak melahirkan insan yang hebat manakala tindakan dalaman merujuk kepada ilmu sahsiah yang berkaitan dengan jiwa. Tindakan dalaman adalah sains mengeni jiwa yang boleh membawa seseorang kepada diri yang sempurna dan melakukan kebaikan. Terdapat empat asas utama bagi mencpai kesempurnaan insan dan membangunkan sifat-sifat terpuji iaitu bijaksana, kedilan, keberanian dan mencegah diri daripada melakukan perbuatan maksiat Di dalam jurnal yang telah kami kaji kebijksanaan seorang guru adalah penting dalam mengawal tingkah laku pelajar yang bermasalah. Bijaksana adalah ilmu yang memandu seseorang agar boleh membezakan perkara buruk dan baik. Ilmu member kesan yyang baik kepada diri seseorang dimana ia dapat menghasilkan nikmat dan mendatangkan kebaikan pada diri. Menurut jurnal ini, pelajar di Nigeria ramai daripada kalangan mereka melakuakn tindakan membuli. Jadi sebagai seorang guru walaupun kita tidak dapat menghentikan perbuatan tersebut tetapi kita perlu bijak dalam mengatasi dan menurangkan masalah tersebut dalam kalangan pelajar. Ia dapat di buktika melalui petikan ; the school environment will be unsafe for the good and right hearted because of the activities of the bullies . Therefore , even if the teacher cannot turn the wayward to the path of rectitude , they should at least rescue the quiet and peaceable from the incorrigible . ( Imaguezor.1997 ).... Selain itu, seorang guru sepatutnya mempunyai sifat adil dimana apabila jiwa dapat mencegah kemarahan dan hawa nafsu untuk mencapai nikmat tersebut. Aspek ini membimbing manusia kearah keselamatan ketenteraman, kedamaian dan kebahagiaan. Keadilan ini dapat dikaitkan denagn jurnal diman bagaimana seseorang menjtuhkan hukuman sebat kepada pelajar di Nigeria. Seseorang guru tidak boleh sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman sebat kepada pelajar dan perlu menyiasat terlebih dahulu siapa yng benar-benar bersalah dan ada caranya untuk menjatuhkan hukuman sebat kepada pelajar. Dapat dibuktikan melalui petikan;

However , punishement must be reasonable and properly meted out to the student on account of the offence committed , it should be moderated and commensurate with the offence committed ... Tindakan guru menyebat pelajar mestilah bertujuan untuk mengajar bukan untuk mendera dan tindakan guru menjatuhkan hukuman kepada pelajar mestilah bersebab. Melalui jurnal ini, dapat dilihat pelajar di Nigeria mengetahui bahawa seseorang guru tidak mudah untuk menjatuhkan hukuman sebat kepada pelajar menyebabkan pelajar-pelajar ini semakin berani untuk melakukan tindakan yang menyalahi undang-undang sekolah. Jadi seorang guru perlu mempunyai keberanian untuk menghadapi pelajar-pelajar yan bermasalah ini. Keberanian adalah keteguhan hati bagi mempertahankan dan membela kebenaran. Tiada sifat ingin mengundur walaupun di cela dan tidak mudah alpa ketika mendpat sanjungan. Melalui petikan ; classroom control has become somehow cumbersome for teachers . This is because student are prone to misconduct for they know that teacher are not allowed to administer corporal punishment , and the one who is designated ti do so can never be omnipresent Menunjukkan seorang guru perlu berani menegakkan kebenaran sekiranya seseorang pelajar itu benar-benar bersalah untuk member pengajaran kepada mereka di samping dapat mengurangkan masalah disiplin di sekolah. Selain itu, Imam Al- Ghazali juga telah memperkenalkan satu peikiran mengenai sahsiah falsafah iaitu sifat hikmah, kesungguhn, keadilan, budi pekerti dan kemuliaan perlu di kekalkan dan dikuasai oleh diri dan tidak menjadi hamba kepada adab buruk seperti marah dan nafsu syahwat. Al- Ghaali juga telah menggambarkan tiga jenis tingkah laku manusia iaitu wajib, hasan dan qabih. Melalui jurnal ini, dapat di jelaskan bahawa seoarng guru perlu mempunyi sifat hasan seperti baik hati, sabar, pemurah, kejujuran dan kesyukuran. Tindakan guru dalam tindakan menjatuhkan hukuman sebat, pembuangan dan penggantungan pelajar serta tindakan sivil yang lain mestilah telus. Kebanyakan guru di Nigeria telah meletakkan jawatan daripada menjadi seseorang guru kerana tidak mmpu bertahan dengan sikap pelajar di Nigeria yang sukar untuk di kawal yang di petik daripada ;

This paper therefore, points out that apart from imparting knowledge and facilitating student learning, teachers are expected to maintain security and order in their classrooms (Bogdan, 2004). Thus, the issue of student conduct is a factor in their job satisfaction and they can resign from the profession if students misbehaviour is unbearable (Mclntyre and Silva, 1992). Students misconduct is not only a nuisance to teachers; but the whole society also gets concerned. In the light of the above, the paper will address teachers disciplinary approaches such as imposition of corporal punishment, suspension and expulsion, and some civil right issues Melalui pendektan Imam Al Ghazali seorang guru perlu menerapkan nilai hasan di dalam diri supaya sesuatu keadaan di sekolah dapat diatasi dengan baik dengan mengambil tindakan yng bijak. Seorang guru perlu ada sifat sabar untuk menghadapi kerenah pelajar yang pelbagai. Selain itu, seorang guru juga bukan sahaja bertanggungjawab untuk mengajar tetpi juga guru perlu memudahkan pembelajaran pelajar serta menjaga keamanan dan keselamatan bilik darjah. Manusia adalah makhluk terbaik diciptakan oleh Allah S.W.T kerana manusia mempunyai dua peranan utama iaitu sebagi khalifah dan hamba untuk beribadah kepadanya. Terdapat dua unsure dalam kejadian manusia iaitu jasad dan kerohanian. Unsur kerohanian terdiri daripada hati(Al-Qalb), roh(Ar-Ruh), nafsu(Al-nafs) dan akal(Al-Aql). Melalui kajian yang di buat daripada jurnal ini, pelajar di Nigeria akan melakukan serangan dan tindakan ganas terhadap guru mereka apabila mereka berasa merasa tidak puas hati terhadap guru mereka. Berdasarka petikan dapat di lihat bagaimana seseorang murid mengancam gurunya. There are alleged cases of teachers being threatened by students in course of discharging their lawful duties. In some cases, the attacks have been violent. In the midst of these problems, there is a growing debate over the declining standard of education due to incessant students unrest and the attendant blame on teachers.Whatever the case, it is obvious that the indiscipline in Nigerian secondary schools is a matter that should be of concern to every individual who has the interest of the youths at heart. Melalui pendekatan Al Ghazali pada awal kelahiran, manuia bersifat suci. Setelah membesar manusia mempunyai empat sifat iaitu kehiwanan, kebuasan, kesyitanan dan ketuhanan. Melalui jurnal ini dapat dilihat pelajar di Nigeria menunjukkan sifat kebuasan

kepada guru mereka apabila sifat marah dan perasaan benci menguasai diri mereka. Hati ( AlQalb) mendorong mereka untuk melakukan tindakan ganas kepada guru mereka. Selain itu, unsur kerohanian nafsu (Al- Nafs) juga dapat dikaitkan dengan jurnal ini dan dibahagikan kepda empat peringkat iaitu Nafs Al-Ammarah, Al-Mulhamah, Al-Lawwamah dan Al-Muthminnah. Berdasarkan jurnal, masyarakat di Nigeria , golongan ibu bapa khususnya mengmalkan loco parentis iaitu ibu bpa meletakkan sepenuhnya tanggungjawab untuk mengajar anak mereka di sekolah yang dapat dibuktikan melalui petikan ; The doctrine of school discipline according to Nolte (1980) and Barrell (1978) is based on the concept of loco parentis which allows school authorities full responsibility for childrens upbringing, the right of discipline and control. In effect, teachers have the right to punish students who contravene school laws. Jadi, seorang guru perlu mempunyai sifat Nafs Al-Mutmainnah iaitu nafsu yang mengandungi kebaikan sahaja. Nafsu ini merupakan nafu yang tenang dan selamat daripada nafsu syahwat serta mempunyai segala sifat kemulian. Di peringkat ini nafsu manusia yang paling mulia dan di peringkat ini nfsu manusia sentiasa terdorong untuk melakukan kebaikan. Jika seorang guru itu mempunyai sifat ini di dalam jiwa mereka, mereka akan melaksanakan tanggungjawab seorang guru dengan penuh komitmen , dedikasi ,bertanggungjawab dan ikhlas . Tambahan pula, ibu bapa mengharapkan sepenuhnya daripada pihak sekolah untuk mengajar anak mereka di sekolah. Selain itu, unsur Al-Aql juga penting di dalam menyelesaikn sesuatu masalah. Dari segi kerohaniaanya akal merupakan satu keupayaan untuk menggarap ilmu tentng hakikat sesuatu perkara dan akal adalah daya kekuatan untuk menimbang sesuatu yang baik dan buruk. Di dalam usaha mencegah dan menyelesaikan masalah disiplin pelajar, guru perlu memastikan prosedur untuk mengambil tindakan kepada pelajar mengikut pertimbangan wajar dan mengikut prosedur sekolah yang telah di tetapkan. Gunakan pelbagai kaedah untuk selesaikan masalah pelajar, bukan sekadar hukuman sebat sahaja. Dalam kajian di dalam jurnal ini, di dapati bahawa guru Nigeria menggunakan pelbagai kaedah untuk menyelesaikan masalah pelajar di sekolah seperti menggantung atau membuang pelajar, sebat dan hukuman sivil yang lain. In an effort to prevent and resolve students discipline problems and ensure efficient functioning of schools, there has to be reasonable disciplinary policies and procedures. In

addition, various disciplinary approach such as corporal punishment, suspension and expulsion,and civil right issues: Selain itu, seorang guru juga perlu menjadi contoh yang baik kepada pelajarnya sekiranya inginkan pelajar memiliki sahsiah yang baik. Melalui petikan ; Consequently, in the field of child development, discipline refers to methods of modelingcharacter and of teaching self control and acceptable behaviour. To be disciplined is then, subject to content, either a virtue, which may be referred to as discipline procedure or a euphemism for punishment, which may also be referred to as disciplinary procedure (Reyes,2006). Guru di Nigeria membentuk disiplin pelajarnya melalui tingkah laku guru. Guru yang boleh menjadai contoh yang baik akan di hormati oleh para pelajar. Selain itu, dalam mendidik guru juga guru perlu mematuhi dan mengikut garis panduan yang telah di tetapkn di sekolah dalam mengatasi masalah disiplin pelajar di sekolah. Di dalam jurnl ada menceritakn bahawa terdapat tiga kaedah seseorang guru untuk menyelesaikan masalah disiplin pelajar di sekolah melalui petikannyaa ; A teacher involved in handling any of the above disciplinary matters must do it within the limit of the law. To do this, three guidelines are given. These are that: i) The teacher must adopt the appropriate code of conduct when dealing with the student. ii) The method adopted to ensure discipline, must be authorized by the Ministry of Education. iii) The action of the teacher must be protected by the vicarious liability, that is, he is working within the scope of his employment. Di Nigeria, seorang guru perlu menggunkan kod untuk mengawal pelajar yang bermasalah, menggunakan undang-undang yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran dan guru hanya boleh bertindak mengikut skop kerjanya sahaja. Kesimpulannya, seseorang pendidik itu tidak banyak mewujudkan tingkah laku kepada muridnya tetapi muridnya yang akan memperkembangkan keupayaannya masing-msing. Pendidik hanyalah sebagai pemudah cara. Pendidik perlu menggunakan pelbagai pendekatan dalam menghadapi masalah pelajar dengan mengatasinya dengan cara yang bijak.

8.0 KAITAN JURNAL DENGAN PENDEKATAN IMAM AL GHAZALI

9.0 CADANGAN MENGATASI MASALAH

Dalam zaman perkembangan pendidikan kini, masalah disiplin sekolah telah menjadi topik hangat yang dibincangkan di dalam seminar-seminar, persidangan dan konvensyen sama ada di peringkat negeri mahupun di peringkat antarabangsa. Namun semakin hari masalah disiplin dalam kalangan pelajar terutamanya pelajar-pelajar sekolah menengah masih berterusan. Proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan dan guru-guru dibebankan dengan dua tanggungjawab iaitu mendidik anak bangsa dan di

masa yang sama mengatasi masalah disiplin pelajar. Oleh itu beberapa langkah perlu dilaksanakan. 1. Guru perlu bersikap mursyid/ baik Guru yang mursyid serta pandai mendidik dapat menunjukkan jalan yang betul untuk menghapuskan tingkah laku pelajar yang jahat. Menurut Al-Ghazali, guru adalah seperti seorang petani yang mencabut duri dan rumput di celah tanaman agar tumbuhan dapat hidup subur dan mendapat hasil yang banyak. Oleh itu, guru perlu pandai mendekati para pelajar.

Guru perlu bijaksana dalam mewujudkan keserasian diantara ilmu dan amal. Kadang-kadang seorang guru perlu menggunakan ilmu untuk menyelesaikan masalah yang timbul kerana ilmu seseorang boleh membezakan perkara baik dan buruk. Bukan itu saja, seorang guru perlu perihatin akan masalah yang dihadapi pelajarnya dan cuba memahami pelajar tersebut. Setelah mengetahui punca masalah tersebut, guru perlu bertindak dengan sebaiknya dan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Guru yang mursyid atau baik dapat mendorong pembentukan sahsiah pelajar yang terpuji. Berdasarkan al- quran dan hadith amat jelas islam menganjurkan manusia hidup dalam aman damai.Oleh itu, persaudaraan yang terjalin diantara guru dan pelajar amat perlu bagi menyemai kasih sayang antara satu sama lain. Guru yang mursyid perlu menanamkan nilai agama dalam diri pelajar agar masalah disiplin dapat dibendung. Semakin tinggi nilai agama dalam diri maka makin tinggilah sahsiah seseorang itu. Seterusnya, masalah disiplin dalam diri pelajar dapat diatasi dengan baik.

2. Pendidikan melalui persekitaran yang baik Al-Ghazali yakin bahawa pendidikan sahsiah dapat dicapai apabila terdapat proses pengaruh mempengaruhi antara fitrah dengan lingkungan atau persekitaran. Beliau percaya bimbingan yang berguna boleh mengubah tabiat manusia. Menyanggah pandangan setengah ilmuan yang mengatakan bahawa tabiat manusia tidak boleh diubah seperti malas dan menyerah diri kepada nasib sahaja. Persekitara fizikal yang baik dapat meningkatkan kuasa pengajaran guru dan dapat menyumbang kepada pembelajaran yang berkesan.

Untuk membina persekitaran P&P yang mesra budaya, keselesaan, kegembiraan serta hasil pembelajaran murid perlu dititikberatkan. Ruang fizikal boleh menjadi salah satu daya penarik dalam sesebuah bilik darjah. Contohnya ruang bacaan, sudut informasi, ruang hasil kerja murid dan sebagainya. Dengan wujudnya ruanganruangan seperti ini, guru boleh memupuk budaya positif seperti budaya cintakan ilmu dan budaya membaca. Selain itu, dengan mewujudkan ruang hasil kerja murid, guru boleh meningkatkan motivasi murid untuk belajar, mencuba sesuatu yang baru dan memperkembangkan bakat yang dimiliki.

Alat bantu mengajar yang bukan sahaja menarik tetapi juga sesuai dengan topik pembelajaran pasti akan mendorong murid untuk memberi tumpuan semasa guru mengajar. Contohnya, dengan menggunakan diorama semasa mengajar topik habitat haiwan dalam subjek sains, murid akan lebih tertarik dan sekaligus membina kefahaman yang lebih tinggi tentang topik berkenaan.

Daya tarikan sesungguhnya sangat berkesan dalam membina memori jangka masa panjang. Oleh yang demikian, murid dapat mengingat isi pembelajaran dengan lebih baik. Contoh lain pula ialah dengan budaya satu dapat, semua dapat. Jika seorang murid yang melakukan kesalahan, maka semua murid dalam satu kelas itu juga akan dikenakan hukuman. Misalnya, jika ada seorang murid yang berbuat bising, maka murid- murid lain juga akan sama- sama didenda.

Dengan cara ini, disiplin murid akan dapat dikawal dengan lebih baik kerana setiap individu akan mengingatkan individu lain. Selain itu, budaya seperti ini juga dapat memupuk kesatupaduan dalam kalangan pelajar. Dengan cara ini, tabiat manusia yang malas dapat diubah kepada sikap rajin dan seterusnya masalah disiplin dapat dibendung dengan jayanya.

3. Pembentukan sahsiah melalui proses pelaziman Tabiat binatang dapat diubah melalui latihan dan pengajaran seperti binatang buas dapat dijinak dan dilatih dengan sifat tertentu. Maka tidak mustahil manusia juga dibentuk. Terdapat dua bende yang wujud dalam ala mini iaitu ada makhluk Teori Pembelajaran dibahagi kepada teori tingkah laku Behaviorisme dan teori

Pembelajaran Sosial. Pelaziman klasik dan pelaziman operan merupakan konsep asasteori pembelajaran.

Teori pembelajaran mengutamakan proses peniruan tingkah lakuin dividu di sekeliling. Tokoh-tokoh yang menyumbang jasa dalam pelaziman klasik ialah Edward Thorndika (1874-1949) dan John Watson(1878-1958).Manakala Ivan Pavlov (19491936) dan B.F Skinner (1904-1990) menyumbang jasa dalam pelaziman operan. Albert Bandura (1925- sekarang) menyumbang jasa dalam pembelajaran sosial.

Pelaziman klasik merupakan tingkah laku dianggap terhasil daripada gerak balas terhadaprangsangan di sekitar. Bagi Pelaziman operan, tingkah laku akan diulang semula ataudiperhentikan bergantung kepada kesan yang diterima selepas menunjukkan tingkah laku tersebut. Pembelajaran sosial menyatakan tingkah laku dianggap terhasil daripada pemerhatian dan peniruan yang melibatkan proses mental.

Melalui peneguhan positif, generalisasi, diskriminasi, penghapus, membentuk dan latihan kemahiran tingkah laku,murid dapat diterapkan dengan tingkah laku yang baik. Manakala hukuman positif dan hukuman negatif menjadi pilihan terakhir bagi guru untuk memghentikan tingkah laku murid yang tidak dihendaki.

4. Mencegah dan Membaiki kesilapan dengan bijaksana Selain itu, pihak sekolah juga hares menangani kemerosotan disiplin pelajar dengan bijak dan bersungguh-sungguh. Pihak pentadbir sekolah perlu memperketat pelaksanaan peraturan sekolah kepada mereka yang terlibat supaya menjadi teladan kepada pelajar lain dan memberi kuasa sepenuhnya kepada semua guru untuk melaksanakan peraturan sekolah. Pihak pentadbir sekolah juga mesti bekerjasama sepenuhnya dengan PIBG agar kedua-dua pihak sentiasa prihatin mengenai masalah disiplin pelajar. Di samping itu, pihak pentadbir sekolah perlu sentiasa menjalankan kempen Sekolah Penyayang, `Sekolahku Rumahku dan Disiplin Sifar secara berterusan untuk menanam kesedaran dalam diri pelajar tentang betapa pentingnya disiplin kepada manusia. Guru pula harus mempunyai kesedaran yang mendalam akan tanggungjawab mereka.

Guru bukan sahaja sekadar mengajar dan menghabiskan sukatan pelajaran yang diberi, sebaliknya harus peka mengenai perkembangan murid di dalam atau di luar kelas. Pasti ada di antara kita yang merasai zaman persekolahan dahulu dan masih ingat kawalan disiplin dilaksanakan. Hukuman rotan di depan pelajar dilihat sebagai cara paling berkesan menangani masalah disiplin pelajar ditambah dengan sesi kaunseling dan memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar terbabit. Adakah tindakan guru merotan pelaksanaan pelajar boleh mengakibatkan pelajar itu cedera parah atau mati?

Guru diberi kepercayaan dan kuasa untuk merotan pelajar bersalah. Ia ditambah dengan sokongan penuh ibu bapa yang berpendapat hukuman rotan adalah perlu dalam proses mendidik dan menghukum pelajar yang melakukan kesalahan. MEROTAN bukannya tindakan menghukum semata-mata, tetapi sebagai satu PERINGATAN kepada pelajar.

Cuba waktu dulu kalau kita dirotan, tidak berani rasanya mengadu kepada ibu bapa bahawa telah dirotan kerana kita tahu ayah kita akan merotan lagi. Ia terjadi disebabkan pendirian ibu bapa bahawa guru tidak akan merotan tanpa sebab. Keadaan sangat berbeza pada hari ini. Hukuman rotan dilihat sebagai tindakan mendera, kasar dan tidak sesuai dilaksanakan dalam proses mendidik pelajar. Hukuman rotan di khalayak dimansuhkan dan guru tidak dibenarkan merotan pelajar kecuali pengetua atau guru besar dan guru disiplin. Ramai juga pelajar dahulu yang telah berjaya.

10.0 RUMUSAN

Jurnal ini telah ditulis oleh E.D. Nakpodia dari Department of Educational Administration and Policy Studies Delta State University, Abraka, Nigeria. Jurnal ini diberi tajuk Teachers disciplinary approaches to students discipline problems in Nigerian secondary schools atau terjemahannya ialah Tingkah laku guru disiplin dalam menangani masalah disiplin pelajar di Sekolah Menengah Nigeria.

Masalah disiplin dalam kalangan pelajar merupakan sesuatu yang lumrah dalam dunia pendidikan. Walaupun begitu, masalah disiplin tidak boleh dipandang ringan kerana sekolah merupakan tempat proses pengajaran dan pembelajaran berlaku serta memerlukan suasana yang kondusif supaya keberkesanan kedua-dua proses tersebut berjaya dimanfaatkan oleh pelajar. Dalam jurnal ini, Imam Al- Ghazali mengutamakan pencapaian sahsiah pelajar dalam pendidikan. Dengan proses pendidikan, sebagai contoh, kaedah atau cara guru dalam mengatasi masalah disiplin pelajar perlu memastikan setiap pelajar mencapai sahsiah terpuji bagi melengkapkan kehidupannya sebagai hamba Tuhan Rabbul Alamin. Semakin tinggi agamanya semakin baik sahsiah pelajar. Oleh itu, peranan guru-guru di sekolah amat penting dalam mengawasi disiplin pelajar dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pelajar yang mempunyai masalah disiplin. Daripada dapatan kajian yang dijalankan seperti yang dinyatakan dalam jurnal ini , kita dapat simpulkan bahawa masalah disiplin pelajar di sekolah telah menjadi seperti cendawan tumbuh selepas hujan . Sekiranya masalah ini tidak ditangani dengan segera , ia akan mendatangkan impak yang negatif kepada pelajar , guru , pihak sekolah dan juga kepada masyarakat dan negara. Kekurangan penekanan terhadap disiplin juga akan menyebabkan persekitaran sekolah berada dalam keadaan tidak selamat dan seterusnya akan mengundang kekacauan dan kemusnahan kepada individu yang terlibat dalam masalah ini . Hal ini kerana minda yang berdisiplin adalah satu aset kepada mana- mana masyarakat dan sekolah dan ini adalah sebahagian daripada proses untuk melatih belia dan lain- lain manusia dalam melahirkan warganegara yang seimbang dan berdisiplin . Walaupun masalah disiplin ini dikatakan sama tua dengan umur sekolah itu sebagai satu institusi tetapi langkah-langkah haruslah diambil untuk mengatasinya. Kita harus sedar bahawa untuk mengatasi sesuatu masalah kita haruslah mengenal pasti punca-punca utama yang menjadi penyebab kepada masalah itu. Untuk membetulkan seseorang itu menjadi insan mulia yang terhindar daripada masalah-masalah disiplin, ciri-ciri disiplin yang baik haruslah disemai sejak seseorang pelajar itu masih kecil lagi. Kata pepatah Melayu, anak kecil itu ibarat sehelai kain putih, bagaimana dididik dan diasuh begitulah corak hidupnya nanti. Apabila timbul masalah disiplin, pelajar perlu dikenakan hukuman atau denda baik ringan atau berat bergantung kepada tahap kesalahan yang dilakukan. Pelaksanaan hukuman ini perlu kerana ia merupakan salah satu daripada kaedah atau cara pendidikan yang berkesan. Bagaimanapun sebelum pelaksanaan sesuatu hukuman, pihak ibu bapa hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu supaya tidak timbul sebarang masalah berbangkit selepas

sesuatu tindakan dilakukan. Namun begitu pihak sekolah juga harus bertanggung jawab sepenuhnya terhadap tindakan yang dibuat. Ini bertujuan mempastikan sesuatu tindakan yang diambil adalah wajar dan berpatutan dengan keslahan yang dilakukan. Secara tidak langsung dapat mengelakkan daripada timbulnya masalah guru mendera pelajar. Kesimpulannya, dalam pembinaan sahsiah, kita perlu tahu perkara yang hendak dibina iaitu aspek kebijaksanaan, keadilan, keberanian, dan mencegah diri. Aspek keempat iaitu boleh mencegah diri sememangnya menarik kerana ia digunakan untuk kesemua tiga asas yang lain. Oleh itu, pihak sekolah perlu menyedari bahawa tujuan utama meningkatkan tahap disiplin sekolah adalah untuk meningkatkan prestasi akademik di sekolah tersebut. Selain itu, disiplin yang dikenakan dapat melatih pelajar menjadi lebih bertanggungjawab dalam apa-apa perkara dan tindakan yang dilakukan oleh mereka.

11.0 LAMPIRAN