ulasan buku

18
PRACTITIONER RESEARCH FOR EDUCATORS: A Guide to Improving Classrooms and Schools By: Viviane Robinson & Mei Kuin Lai

Upload: myzara

Post on 18-Jun-2015

1.409 views

Category:

Technology


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ulasan Buku

PRACTITIONER RESEARCH FOR EDUCATORS:

A Guide to Improving Classrooms and Schools

By: Viviane Robinson & Mei Kuin Lai

Page 2: Ulasan Buku

MAKSUD KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan adalah satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti

pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar, kritis dan bersedia untuk mengubah amalan pengajarannya. Kajian tindakan juga sebagai

satu kajian terhadap persekitaran sekolah yang melibatkan warga sekolah itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki

kualiti amalan masing-masing. Kesimpulannya, kajian tindakan adalah “belajar daripada apa

yang telah dilakukan” (learning by doing).

Page 3: Ulasan Buku

MENGAPA GURU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN

1. Mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran pelajar, keadaan pelajar, suasana dalam bilik darjah dan sebagainya.

2. Dapat merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan.

Page 4: Ulasan Buku

3. Dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran, memudahkan pencapaian objektif serta dapat memahami, mengubah dan memperbaiki amalan sendiri.

4. Dapat menyediakan guru sebagai penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima perubahan dan berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum.

Page 5: Ulasan Buku

5. Meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang lebih aktif dan efektif.

6. Membentuk budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat sebarang perancangan untuk tindakan.

Page 6: Ulasan Buku

BILA GURU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN

• Apabila guru ingin melakukan penambahbaikan terhadap amalan pengajarannya di dalam kelas bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

• Mencari alternatif baru terhadap permasalahan yang wujud di dalam bilik darjah atau di sekolah.

• Menilai amalan pengajaran sendiri di dalam kelas untuk menjadikan pengajaran lebih berkesan.

Page 7: Ulasan Buku

DI MANAKAH GURU MELAKUKAN KAJIAN

TINDAKAN

Bilik DarjahSekolah

Institut Pengajian Tinggi

Page 8: Ulasan Buku

BAGAIMANA GURU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN

Guru melakukan kajian menggunakan kaedah penyelesaian masalah (problem based methodology) bagi menilai amalan pengajaran yang dilakukan di dalam kelas.

Page 9: Ulasan Buku

PROSEDUR1) PerancanganMembuat perancangan penambahbaikan

yang ingin dilakukan terhadap isu/masalah yang dihadapi.

Menganalisis isu, persoalan dan apa yang perlu dipelopori.

2) TindakanPenyelidik dan rakan sepasukan (kolaboratif)

bertindak ke atas permasalahan kajian. Cuba mencari jalan untuk berhadapan

dengan isu.

Page 10: Ulasan Buku

3) PemantauanMemantau aktivi atau proses yang sedang

berlaku dalam penyelidikan. Bertujuan untuk melihat perubahan yang

berlaku dalam proses penyelidikan Selepas pemantauan dilakukan, proses

mendokumentasi dapat dilakukan dan perlu dilaksanakan dengan teratur.

Page 11: Ulasan Buku

4) RefleksiPenyelidik membuat refleksi

terhadap data yang terkumpul dari perlaksanaan yang sudah dirancang pada fasa perancangan.

Penyelidik juga membuat refleksi pada tindakan dan proses yang telah dijalankan.

Page 12: Ulasan Buku

PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA

1) Pemerhatian• Penyelidik boleh melakukan

pemerhatian secara tidak langsung untuk mengetahui apa yang berlaku sepanjang proses pengajaran berlangsung.

• Pemerhatian juga boleh dilakukan secara langsung seperti menggunakan rakaman video.

Page 13: Ulasan Buku

2) Skala penilaian• Penyelidik boleh memasukkan skala

penilaian semasa melakukan temubual dan soal selidik bagi tujuan pengumpulan data.

• Hasilnya boleh digunakan bagi membandingkan pencapaian dan minat pelajar di dalam kelas.

Page 14: Ulasan Buku

3) DokumenPenyelidik boleh menggunakan

segala dokumen yang berkaitan dengan sekolah seperti pencapaian pelajar, kad laporan pelajar dan sebagainya untuk memperoleh maklumat bagi membantu dalam proses pengumpulan data.

Page 15: Ulasan Buku

4) DiariPenyelidik boleh menggunakan pendekatan

diari berstruktur dan tidak berstruktur semasa proses pengumpulan data.

Pendekatan diari berstruktur boleh digunakan semasa aktiviti tertentu seperti memantau pembahagian masa untuk sesuatu aktiviti semasa proses P&P berlangsung.

Pendekatan diari tidak berstruktur pula biasanya digunakan dalam problem based methodology untuk penyelidik lebih memahami pengalaman individu dalam kehidupan mereka.

Page 16: Ulasan Buku

ANALISIS DATAPenyelidik boleh melakukan analisis data

semasa pengumpulan data dijalankan. Berikut merupakan langkah-langkah bagi menganalisis data yang diperolehi:- Baca dan asingkan mengikut jenis maklumat - Tentukan titik permulaan analisis - Analisis tindakan - Analisis kekangan - Analisis akibat

Page 17: Ulasan Buku

ETIKA DALAM MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN

Bukti atau data yang diperoleh tidak boleh melibatkan pengenalan identiti kecuali dengan kebenaran.

Hak-hak kerahsiaan terpelihara Penyelidik juga perlu memberikan

kebebasan kepada responden untuk mereka membuat pilihan

Page 18: Ulasan Buku

Penyelidik perlu memastikan proses dan prosedur tidak akan menyebabkan kecederaan atau mendedahkan individu kepada risiko hasil daripada kajian.

Penyelidik perlu jujur dan ikhlas sewaktu mengumpul, menganalisis dan menulis apa jua laporan mengenai kajian yang dijalankan.