tugasan pertama ulasan jurnal kpt 6044 oleh m20131001010

17
1 PROGRAM IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN SEMESTER 2 SESI 2014/2015 KPT 6044 : PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB TUGASAN PERTAMA DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK ZARMIZA BINTI SHAH RUDIN M20131001010 FAKULTI : PENDIDIKAN & PEMBANGUNAN MANUSIA ( PENDIDIKAN KHAS ) NAMA PENSYARAH : PROF MADYA DATODR ABD LATIF BIN HJ GAPOR TARIKH SERAH: ________________ PEMARKAHAN ANALISIS JURNAL

Upload: -

Post on 09-Aug-2015

201 views

Category:

Education


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan pertama ulasan jurnal kpt 6044 oleh m20131001010

1

PROGRAM IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN SEMESTER 2 SESI 2014/2015

KPT 6044 : PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

TUGASAN PERTAMA

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. MATRIK

ZARMIZA BINTI SHAH RUDIN M20131001010

FAKULTI : PENDIDIKAN & PEMBANGUNAN MANUSIA ( PENDIDIKAN KHAS )

NAMA PENSYARAH : PROF MADYA DATO’ DR ABD LATIF BIN HJ GAPOR

TARIKH SERAH: ________________

PEMARKAHAN

ANALISIS JURNAL

Page 2: Tugasan pertama ulasan jurnal kpt 6044 oleh m20131001010

2

ULASAN JURNAL

Tajuk Jurnal : Using Mobile – Assisted Exercises To Support Students’ Vocabulary

Skill Development

Hasil Kajian Oleh : Ornprapat Suwantarathip dan Orawiwatnakul

Sumber Jurnal : TOJET - The Turkish Online Journal of Educational Technology

Tahun Terbitan : 2015

Bilangan Muka surat : 179 – 187 ( 9 muka surat )

Abstrak : The use of mobile phones for learning has become well-known and is widely

adopted in many language classes. The use of SMS for transmitting short messages is a fast way

of helping students to learn vocabulary. To address this issue, this study was conducted to

examine the effects of mobile-assisted vocabulary exercises on vocabulary acquisition of first-

year students. Eighty students from two sections enrolled in a fundamental English course

participated in the study. Each section consisted of 40 students. One of the groups was chosen as

the experimental group, and the other as the control group. All students received the same

amount of new words and dictation in class. Then only the students in the experimental group

did vocabulary exercises on mobile phones via SMS. Those in the control group received paper-

based exercises to be done in class. The instruments were pre-and post-vocabulary tests and a

questionnaire surveying the students’ attitudes toward mobile-assisted exercises. The findings

revealed that vocabulary knowledge of students in the experimental group outperformed the

control group. They used and learned target vocabulary better than those in the control group.

Mobile-assisted vocabulary exercises had a significant effect on vocabulary ability of the

students. The results of the questionnaire also illustrated their positive attitudes toward doing

mobile-assisted exercises as a whole. It can be concluded that using mobile phones as a learning

tool contributes to the success of students meanwhile increases their learning motivation.

Page 3: Tugasan pertama ulasan jurnal kpt 6044 oleh m20131001010

3

Ulasan : Berdasarkan kandungan di dalam abstrak, pengkaji telah menyatakan sampel yang

dikaji iaitu seramai 80 orang pelajar tahun pertama yang mendaftar untuk Kursus Asas

Bahasa Inggeris. Di samping itu, pengkaji juga telah membahagi sama rata sampel

dengan menggunakan kaedah eksperimen kuasi di mana pelajar secara rawaknya telah

dipecahkan kepada 2 kumpulan iaitu seramai 40 orang pelajar dalam kumpulan

eksperimen dan 40 orang pelajar lagi dalam kumpulan kawalan. Pengkaji juga telah

menyatakan di mana kumpulan eksperimen akan menggunakan alat bantuan mudah

alih iaitu telefon bimbit untuk latihan perbendaharaan kata melalui SMS manakala

kumpulan kawalan pula menerima latihan perbendaharaan kata yang sama seperti

kumpulan eksperimen tetapi menggunakan kaedah biasa iaitu berasaskan kertas

sepanjang tempoh tersebut. Selain itu, pengkaji juga telah memberikan pra dan pasca

ujian serta soal selidik kepada setiap sampel yang dikaji.

Namun demikian, pengkaji tidak menyatakan lokasi yang spesifik untuk sampel

yang dipilih sepanjang tempoh kajian ini. Selain itu, pengkaji juga tidak menyatakan

kaedah statistik yang digunakan semasa mengumpul data sama ada menggunakan

ujian parametrik iaitu ujian t dan korelasi atau ujian bukan parametrik seperti ujian

Wilcoxon-Signed Ranks. Di samping itu, pengkaji juga perlu menerangkan serba

sedikit mengenai latar belakang pelajar yang dikaji untuk melihat sama ada terdapat

keseimbangan yang baik di antara kedua – dua sampel.

Justeru itu, pengkaji juga menyatakan secara ringkasnya kesimpulan daripada

keputusan kajian bahawa bahan bantu belajar dengan menggunakan telefon bimbit

dalam pembelajaran perbendaharaan kata yang digunakan pada akhir kajian memberi

kesan yang positif serta meningkatkan motivasi pembelajaran pelajar.

Oleh yang demikian, dari segi olahan di dalam tajuk abstrak pengkaji masih perlu

memperbaiki dari segi metadologi kajian yang ingin digunakan serta menyatakan

secara ringkas rekabentuk kajian yang dijalankan agar pembaca akan tertarik untuk

mengetahui selanjutnya mengenai kajian tersebut.

Page 4: Tugasan pertama ulasan jurnal kpt 6044 oleh m20131001010

4

PENGENALAN

Ulasan : Dari segi pengenalan, pengkaji beranggapan bahawa penggunaan bahan bantu

belajar menggunakan teknologi mudah alih seperti telefon bimbit, kamus poket

elektronik, pembantu digital peribadi (PDA), pemain MP3, dan PC tablet yang

digunakan untuk tujuan pendidikan merupakan alat komunikasi yang berkesan dalam

pembelajaran terutamanya perbendaharaan kata Bahasa Inggeris bagi pencapaian

akademik pelajar EFL. Pengkaji juga menyatakan bahawa dengan adanya teknologi

mudah alih ini, pelajar boleh mengakses kemudahan internet dengan mencari lebih

banyak lagi maklumat atau bahan pembelajaran dalam perbendaharaan kata di mana –

mana serta bila – bila masa sahaja.

Walaubagaimanapun, terdapat juga pihak fakulti yang tidak membenarkan

penggunaan teknologi mudah alih ini kerana bimbang pelajar tiada tumpuan semasa

proses pembelajaran dan pengajaran. Namun begitu, pengkaji menegaskan bahawa

proses pembelajaran dan pengajaran menggunakan teknologi mudah alih ini

sebenarnya memberi manfaat kepada pelajar sekiranya tenaga pengajar bijak memberi

tugasan pembelajaran kepada pelajar.

PENYATAAN MASALAH

Ulasan : Berdasarkan penyataan masalah yang telah dihasilkan oleh pengkaji,

pembelajaran perbendaharaan kata melalui SMS dan MMS boleh diselesaikan dengan

‘Mobile – Assisted Language Learning’ (MALL). Sehubungan itu, pengkaji menyatakan

bahawa pada masa kini penggunaan telefon bimbit melalui SMS memberi kesan yang

positif kepada pelajar kerana ia menyumbang kepada peningkatan pelajar di dalam

pengetahuan bahasa khususnya perbendaharaan kata. Malahan, pengkaji juga berharap

hasil daripada kajian ini berpontesi memberi maklumat kepada pelajar dengan

menggabung atau mengintegrasikan teknologi mudah alih di dalam proses pembelajaran

dan pengajaran untuk lebih menarik perhatian pelajar. Justeru itu, pengkaji juga

Page 5: Tugasan pertama ulasan jurnal kpt 6044 oleh m20131001010

5

menyatakan bahawa peranan tenaga pengajar juga adalah perlu untuk membangunkan

kemahiran bahasa dalam kalangan pelajar.

PERSOALAN KAJIAN

Ulasan : Berdasarkan soalan – soalan kajian yang telah diutarakan oleh pengkaji, terdapat

dua persoalan yang perlu dijawab pada akhir kajian sama ada berkesan atau sebaliknya.

1. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam keupayaan perbendaharaan kata

pelajar antara kumpulan yang membuat latihan berasaskan kertas dengan kumpulan

yang membuat latihan melalui SMS ?

2. Bagaimana pelajar bertindak balas terhadap latihan perbendaharaan kata

menggunakab bantuan teknologi mudah alih ?

Namun begitu, pada tajuk abstrak pengkaji telah menyatakan bahawa beliau

menjalankan pra dan pasca ujian kepada kedua – dua kumpulan ini tetapi pengkaji tidak

menyatakannya dalam persoalan kajian. Contoh persoalan kajian tersebut ialah :

1. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan di antara kumpulan eksperimen dengan

kumpulan kawalan yang menduduki pra ujian ?

2. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan di antara kumpulan eksperimen dengan

kumpulan kawalan yang menduduki pasca ujian ?

Ini kerana persoalan kajian ini adalah penting untuk menunjukkan keputusan yang

telus untuk kajian yang dijalankan sama ada memberi kesan kepada pelajar atau tidak

sebelum kajian dimulakan serta selepas kajian dijalankan.

Page 6: Tugasan pertama ulasan jurnal kpt 6044 oleh m20131001010

6

HIPOTESIS KAJIAN

Ulasan : Berdasarkan kajian ini, pengkaji tidak menyatakan hipotesis kajian. Ini kerana

hipotesis kajian adalah penting apabila pengkaji menggunakan kaedah kuantitatif dalam

penyelidikan.

Oleh yang demikian, pengkaji perlu menjustifikasikan persoalan kajian dengan

hipotesis kajian agar hasil kajian pada akhirnya akan lebih bersistematik dan tidak

mengelirukan pembaca untuk menganalisis data yang telah dikumpul oleh pengkaji.

METADOLOGI KAJIAN

Ulasan : Berdasarkan Metadologi Kajian, melalui rekabentuk kajian pengkaji telah

menjalankan kajian terhadap pelajar semester pertama tahun 2014 di sebuah unversiti

yang mendaftar untuk Kursus Asas Bahasa Inggeris di mana panjang semester tersebut

adalah sebanyak 7 minggu. Justeru itu, pengkaji perlu menyatakan lebih spesifik lagi

lokasi universiti tersebut sama ada menyatakan daerah ataupun nama universiti yang

dikaji untuk menentukan kesahihan hasil kajian ini. Sehubungan itu, pengkaji juga telah

menyatakan bahawa seramai 80 orang pelajar sebagai sampel yang dipilih oleh pengkaji

di mana pelajar akan hadir ke kelas sebanyak dua kali seminggu dan 140 minit setiap kali

hadir . Di samping itu, pengkaji juga menyatakan bahawa sampel yang dipilih adalah

secara rawak.

Selain itu, pengkaji tidak menyatakan latar belakang dari segi jantina, taraf

akademik, ekonomi dan bangsa sampel yang dipilih untuk mengelak berlakunya

ketidakseimbangan semasa akhir kajian. Sepatutnya, sebelum kajian dimulakan kedua –

dua kumpulan ini apabila telah menjalankan pra ujian menggunakan kaedah yang berbeza

mereka boleh dibahagikan mengikut kesamarataan latar belakang mereka. Di samping

itu, pengkaji juga telah tersilap membahagikan sampel yang ingin dikaji di mana

kumpulan eksperimen akan diberi rawatan berasaskan kertas, manakala kumpulan

kawalan pula diberi latihan berasaskan SMS. Sepatutnya, pengkaji menjalankan kajian

Page 7: Tugasan pertama ulasan jurnal kpt 6044 oleh m20131001010

7

terhadap kumpulan eksperimen dengan latihan berasaskan SMS manakala kumpulan

kawalan pula berasaskan kertas.

Berdasarkan instrumen kajian pula pengkaji telah menggunakan pra ujian dan

pasca ujian di mana pengkaji membina ujian perbendaharaan kata dengan jawapan aneka

pilihan sebanyak 50 soalan berpandukan buku teks EN 011 semester pertama tahun 2014

yang direka untuk menilai tahap penguasaan pelajar.

Di samping itu, pengkaji juga telah menyediakan satu skema jawapan untuk ujian

pra dan ujian pasca di mana skema tersebut menjadi panduan kepada pengkaji untuk

memeriksa jawapan pelajar. Justeru itu, pengkaji juga telah menyediakan naskhah –

naskhah surat khabar daripada Berita Harian dan Utusan Malaysia untuk kegunaan

pelajar semasa pengajaran. Selain itu, pengkaji pada mulanya telah membina 60 soalan

untuk kesahan dan kebolehpercayaan melalui ujian perbendaharaan kata tersebut di mana

setiap soalan mempunyai empat jawapan aneka pilihan.

Setelah ujian ini dibina, pengkaji telah menghantar ujian tersebut kepada tiga

pakar di Language Institute of Bangkok University untuk diperiksa dan memberi

maklum balas terhadap kandungan ujian tersebut. Selain itu, para pakar ini diminta

menilai setiap item tersebut untuk melihat sama ada ia selari secara objektifnya.

Kemudian, markah bagi setiap soalan diberi berdasarkan Indeks Kongruen Objektif Item

(IOC) dengan tiga skala jawapan iaitu 1=kongruen, 0=dipersoal dan -1=tidak sesuai.

Sehubungan itu, ujian yang telah dikira telah menunjukkan nilai yang lebih tinggi iaitu

0.5 indeks IOCnya. Ini bermakna ujian yang dibina ini telah diterima secara objektifnya

di mana kesahihan kandungan yang diukur adalah 0.66 – 1.00. Namun demikian, terdapat

5 soalan yang perlu dikeluarkan daripada ujian tersebut kerana masalah dan salah faham.

Kemudiannya, 55 soalan yang diterima ini telah dirintis kepada 40 orang pelajar yang

tiada di dalam kumpulan sasaran. Skor untuk ujian yang dirintis ini digunakan untuk

mencari nilai kesukaran dan diskriminasi. Setelah itu, hanya 50 soalan yang telah

diterima di mana nilai bagi indeks kesukaran di antara 0.20 hingga 0.80 dan indeks

diskriminasi adalah sama dengan atau lebih besar daripada 0.20. Oleh yang demikian,

Page 8: Tugasan pertama ulasan jurnal kpt 6044 oleh m20131001010

8

hanya 50 soalan ini yang akan dijalankan semasa kajian yang sebenar. Di samping itu,

pekali kebolehpercayaan ujian secara keseluruhanya dikira menggunakan formula Kuder

– Richardson – 20 (KR-20) sebanyak 0.79 yang ditafsirkan bahawa ujian ini mempunyai

kebolehpercayaan yang tinggi.

Selain itu, instrumen yang digunakan oleh pengkaji adalah soal selidik di mana

pengkaji ingin mengkaji perbandingan sikap dengan latihan yang diberi menggunakan

bahan bantu mudah alih di mana ia mengadungi 10 item soalan. Di samping itu, pengkaji

menggunakan skala Likert untuk soal selidik di mana 1=Sangat Tidak Setuju, 2=Tidak

Setuju, 3=Tidak Berkenaan, 4=Setuju dan 5=Sangat Setuju. Sehubungan itu, soal selidik

ini juga telah dirintis kepada 40 orang pelajar yang bukan kumpulan sasaran. Malahan,

soal selidik ini juga telah dikira menggunakan formula Alpha Cronbach dengan pekali

keseluruhannya sebanyak 0.98. Justeru itu, instrumen soal selidik ini akan diberi kepada

kumpulan eksperimen pada 7 minggu terakhir untuk dijawab oleh mereka.

Menurut pengkaji, sebelum kajian dijalankan semua pelajar yang mengikuti EN

1011 perlu menyertai aktiviti imlak bagi perkembangan kemahiran perbendaharaan kata

di mana aktiviti ini membantu pelajar untuk memperoleh perbendaharaan kata yang baru

dalam konteks bermakna. Justeru itu, setiap imlak yang diberi telah dipilih oleh guru

daripada senarai perbendaharaan kata di dalam buku teks sebanyak 10 perkataan dan

terdiri daripada setiap perkataan itu adalah ayat. Di samping itu, pelajar juga akan

menerima hukuman bagi setiap imlak yang diambil oleh mereka. Walau bagaimana pun,

prosedur yang dijalankan bagi aktiviti ini terdiri daripada tiga langkah iaitu :

1. Pertama, pelajar mendengar keseluruhan ayat tanpa jeda.

2. Kedua, guru berulang kali dan berhenti selepas setiap sebutan yang bermakna, dan

pelajar menulis apa yang mereka dengar.

3. Ketiga, mereka mendengar sekali lagi untuk seluruh ayat untuk menyemak apa yang

telah ditulis oleh mereka.

Page 9: Tugasan pertama ulasan jurnal kpt 6044 oleh m20131001010

9

Selepas imlak, guru menunjukkan ayat yang betul diikuti dengan makna melalui

sebutan dalam Bahasa Inggeris. Mereka akan belajar daripada imlak tersebut dengan

menulis kembali kesilapan – kesilapan yang telah dibuat. Mereka diperiksa penulisan

mereka sendiri. Setiap imlak akan mengambil kira – kira 15 minit. Imlak ini bermula dari

minggu 2 – minggu 6. Selain itu, pelajar perlu menghadiri kelas sebanyak dua kali

seminggu dan dikehendaki menyertai 10 kali lagi daripada imlak tersebut. Ini bermakna

jumlah perbendaharaan kata kesemuannya adalah 100 patah perkataan. Oleh yang

demikian, pelajar akan menjadi biasa dengan perkataan – perkataan yang baru. Selain itu,

mereka juga dapat mempelajari di mana setiap perkataan yang boleh digunakan dengan

betul. Selepas itu, mereka dikehendaki melakukan dua jenis latihan perbendaharaan kata

iaitu :

1. Pertama, memberi pelajar ayat yang berbeza dengan mengisi tempat kosong (minggu

2, 4, 6). Mereka dikehendaki untuk mengisi tempat kosong dengan perkataan yang

betul berpandukan apa yang dipelajari pada minggu itu.

2. Kedua, menggunakan kata – kata untuk membina cerita (minggu 3, 5, 7). Pelajar

memilih tujuh perkataan yang telah dipelajari pada minggu itu untuk menulis cerpen.

Sementara itu, latihan yang diberi boleh menggunakan bahan bantu mudah alih

sebagai teknik pengajaran untuk meningkatkan keupayaan pelajar dalam perbendaharaan

kata dalam kumpulan eksperimen. Namun demikian, kedua – dua kumpulan ini perlu

melakukan latihan yang sama pada minggu yang sama cuma cara mereka memperoleh

pengetahuan adalah berbeza. Latihan berasaskan kertas telah disediakan bagi kumpulan

kawalan manakala latihan berasaskan SMS telah diberikan kepada kumpulan eksperimen.

Justeru itu, latihan yang pertama, pelajar akan meningkatkan pengetahuan

perbendaharaan kata mereka dengan menggunakan perkataan – perkataan baru dalam

konteks yang betul. Pelajar dalam kumpulan kawalan melakukan latihan berasaskan

kertas di dalam kelas, manakala mereka dalam kumpulan eksperimen mendapat mesej

latihan daripada guru selepas kelas. Mereka dikehendaki menghantar jawapan melalui

SMS dari telefon bimbit kepada guru pada yang minggu tersebut. Latihan tersebut telah

dijalankan dalam bentuk persaingan di mana tiga orang pelajar yang pertama dengan

jawapan yang semuanya betul akan menerima ganjaran daripada mata tambahan. Guru

Page 10: Tugasan pertama ulasan jurnal kpt 6044 oleh m20131001010

10

juga perlu mendedahkan jawapan yang betul bersama – sama dengan penjelasan yang

jelas sebelum latihan seterusnya akan dihantar kepada mereka. Kemudian, untuk latihan

kedua, pelajar dalam kumpulan kawalan menulis cerita dalam kelas dan perlu diserahkan

kepada guru. Mereka menerima maklum balas tentang tugasan mereka apabila kertas itu

dikembalikan pada minggu berikutnya. Sebaliknya, pelajar dalam kumpulan eksperimen

melakukan tugasan selepas kelas dan menghantar kepada guru secara mesej teks yang

mengandungi satu perenggan dan dihantar pada akhir minggu tersebut. Guru memberi

maklum balas yang diperlukan dengan jelas sebaik sahaja beliau menerima cerita.

Kajian empirikal ini telah dijalankan dalam dua kelas di mana penyelidiknya

adalah guru mereka. Pada awal semester pula, pelajar dalam dua kumpulan telah

diberikan 60 minit untuk melakukan perkara yang sama dengan menjawab 50 soalan pra

ujian perbendaharaan kata. Prestasi setiap pelajar akan dicatat melalui mata. Maka bagi

enam minggu yang akan datang mereka dikehendaki menyertai aktiviti yang disediakan.

Pada minggu ke 7, kedua – dua kumpulan ini akan diberi pasca ujian. Selepas itu, hanya

kumpulan eksperimen sahaja diberi nilai pendapat mereka melalui bahan bantu mudah

alih latihan perbendaharaan kata pada 10 item soal selidik.

DAPATAN KAJIAN

Ulasan : Berdasarkan taburan sampel kajian, pengkaji telah menggunakan dua ujian t

bebas bagi melihat perbezaan antara skor min kumpulan eksperimen dan kumpulan

kawalan melalui pra ujian dan pasca ujian. Selain itu, ujian t berpasangan juga turut

digunakan mencari perbezaan di antara markah pada pra ujian dan pasca ujian bagi

kumpulan kawalan manakala kumpulan eksperimen pula untuk melihat jika terdapat

sebarang perbezaan di antara prestasi mata pelajaran di pra dan

pasca ujian. Nilai – nilai P < 0.05 dianggap statistik yang signifikan. Selain itu, dalam

usaha untuk mengetahui apa yang pelajar dalam kumpulan eksperimen alami melalui

bahan bantu mudah alih berpandukan latihan perbendaharaan kata, mereka juga diminta

untuk menjawab soal selidik selepas pasca ujian. Sehubungan itu, skor telah diambil

untuk menganalisis data bagi min dan sisihan piawai di mana data yang diperolehi

Page 11: Tugasan pertama ulasan jurnal kpt 6044 oleh m20131001010

11

daripada soal selidik yang telah dikira dengan menggunakan min dan sisihan piawai

dengan menunjukkan bagaimana pelajar mempelajari perbendaharaan kata melalui SMS.

Justeru itu, skor min 1 – 1.50 menunjukkan mempunyai sikap pada tahap yang sangat

negatif, 1.51 – 2.50 pada tahap yang negatif, 2.51 – 3.50 pada tahap sederhana, 3.51 –

4.50 pada tahap positif, dan 4.51 – 5.00 pada tahap yang sangat positif.

Berdasarkan keputusan bagi Jadual 1, Skor min pra ujian kumpulan kawalan

dengan kumpulan eksperimen dibandingkan untuk melihat sama ada terdapat perbezaan

sebelum kajian dijalankan dengan menggunakan ujian t bebas. Manakala, ujian Levene

pula adalah untuk menunjukkan persamaan varians dengan F = 0.233 dan p = 0.631 di

mana ia membuktikan bahawa varians untuk kedua kumpulan adalah setara. Selain itu,

melalui skor min pelajar dalam pra ujian menunjukkan kumpulan eksperimen adalah

sedikit lebih kecil berbanding kumpulan kawalan ( 22.57, 22.85 ). Ini bermakna hasil

kajian menunjukkan t = 0.205, df = 0.78 dan p = 0.838 dan menunjukkan bahawa tidak

terdapat perbezaan yang signifikan antara kedua kumpulan sebelum kajian dimulakan dan

tahap penguasaan bahasa untuk kedua kumpulan adalah sama. Oleh itu, kesimpulannya

pengkaji menyatakan bahawa kedua kumpulan tiada berbeza pada mulanya tetapi

homogenous pada awal kajian.

Berdasarkan keputusan bagi Jadual 2, hasil kajian menunjukkan bahawa skor min

bagi pasca ujian untuk kumpulan eksperimen ( min = 33.25, sd = 5.67 ) adalah lebih

tinggi berbanding kumpulan kawalan ( min = 29.70, sd = 5.57 ). Selain itu, menurut

pengkaji untuk mengetahui sama ada terdapat perbezaan yang bermakna secara statistik

antara kedua kumpulan menggunakan ujian t bebas dan hasil kajian membuktikan

bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor ujian di peringkat .05 seperti yang

ditunjukkan dalam Jadual 2 ( p=0.008).

Page 12: Tugasan pertama ulasan jurnal kpt 6044 oleh m20131001010

12

Berdasarkan Jadual 3, hasil kajian menunjukkan statistik deskriptif untuk

keputusan sebelum dan selepas ujian bagi kedua kumpulan. Di samping itu, pengkaji

menyatakan skor min perbendaharaan kata pelajar untuk kedua – dua kumpulan adalah

baik iaitu 22.85 dan 22.57 daripada 50 mata. Selain itu, markah mereka meningkat

kepada 29.70 dan 33.25 selepas intervensi. Ini menunjukkan bahawa sisihan piawai bagi

kedua kumpulan juga sedikit berubah. Melalui analisis ujian t, ujian skor min adalah

lebih tinggi berbanding skor min pra ujian dalam kedua – dua kumpulan ( p = .000 ). Ini

bermakna pelajar dalam setiap kumpulan mempunyai pengetahuan perbendaharaan kata

yang baik. Walau bagaimanapun, didapati bahawa pelajar yang melakukan latihan

melalui SMS lebih baik keupayaan perbendaharaan katanya berbanding pelajar yang

berasaskan kertas.

Berdasarkan Jadual 4, hasil kajian menunjukkan sikap keseluruhan pelajar dalam

kumpulan eksperimen terhadap latihan perbendaharaan kata yang menggunakan bahan

bantu mudah alih pada tahap yang positif ( min = 3.98 ). Ini menjelaskan pada setiap item

yang disoal selidik iaitu item 1 didapati skor min yang tertinggi ( latihan SMS berguna,

min = 4.30 ), diikuti dengan item 2 ( latihan SMS membantu saya menghafal perkataan

yang baharu, min = 4.15 ). Selain itu, terdapat dua item yang mempunyai skor min yang

Page 13: Tugasan pertama ulasan jurnal kpt 6044 oleh m20131001010

13

sama pada ketiga yang tertinggi ( latihan SMS menjadikan pembelajaran perbendaharaan

kata lebih menarik, min = 4.10 ) dan item 9 ( latihan SMS memberi kebebasan

pembelajaran, min = 4.10 ). Namun begitu item dengan skor min yang paling rendah

ialah item 10 ( latihan SMS meningkatkan kesedaran penggunaan perbendaharaan kata,

min = 3.67 ). Walau bagaimanapun, sikap dalam semua item tersebut didapati positif.

PERBINCANGAN

Ulasan : Berdasarkan tajuk Perbincangan pengkaji mendapati bahawa pendekatan

pembelajaran menggunakan teknologi mudah alih adalah berkesan dalam meningkatkan

perbendaharaan kata pelajar. Selain itu, secara objektifnya kajian ini membincangkan

iaitu peningkatan sama rata melalui bertulis dalam kedua – dua kumpulan untuk

menyediakan sokongan yang mencukupi bagi latihan yang boleh membantu pelajar

meningkatkan pengetahuan perbendaharaan kata mereka. Ini berkemungkinan pelajar

mempunyai peluang untuk berlatih dengan perkataan yang baru di mana pelajar ini diberi

peluang menulis cerita pendek.

Walau bagaimana pun, kedua – dua kumpulan ini diperkukuhkan dengan kaedah

latihan yang berbeza. Ini membuktikan bahawa pelajar dalam kumpulan eksperimen

Page 14: Tugasan pertama ulasan jurnal kpt 6044 oleh m20131001010

14

mendapat markah yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang berada di kumpulan

kawalan. Selain itu, pelajar dalam kumpulan eksperimen yang menggunakan telefon

bimbit boleh membina persekitaran pembelajaran yang menarik di mana pelajar boleh

belajar di mana – mana dan pada bila – bila masa. Di samping itu, pelajar ini juga

mempunyai fleksibiliti dalam tempoh masa untuk menumpukan tugas yang diberi dan

latihan yang diberi seolah – olah menjadi motivasi berbanding latihan berasaskan kertas.

Malahan, kaedah pengajaran tradisional juga adalah punca kebosanan pelajar ini

di mana mereka kurang motivasi untuk melakukan latihan yang diberi. Di samping itu,

kumpulan pelajar berasaskan SMS boleh menyelesaikan latihan mereka bila – bila masa,

manakala kumpulan berasaskan kertas terpaksa menyelesaikan tugasan mereka di dalam

kelas. Selain itu, menurut pengkaji pengajaran perbendaharaan kata bukanlah satu tugas

yang mudah kerana perbendaharaan kata perlu mewujudkan struktur pengetahuan dan

kemudahan komunikasi dan penghantaran mesej adalah salah satu cara komunikasi.

Malahan, keberkesanan pembelajaran melalui bantuan teknologi mudah alih ini disokong

secara positif oleh pelajar ( min = 3.98, sd = 0.29 ).

Walau bagaimanapun, pengkaji berharap agar guru tidak terlepas pandang apa

yang dilihat pelajar mengenai kesedaran penggunaan perbendaharaan kata selepas

pembelajaran melalui latihan SMS kerana ia menunjukkan skor min yang paling rendah

dalam kajian dengan (min = 3.67, sd = 0,57). Ini mencerminkan bahawa kebanyakan

pelajar masih kurang faham peraturan asas penggunaan bahasa. Ini dapat dilihat melalui

tugasan penulisan mereka. Walaupun pelajar mengetahu banyak perkataan, mereka tidak

mampu menggunakan perkataan tersebut dengan betul. Dengan ini, guru perlu

menyediakan bahan – bahan tambahan yang menjelaskan mengenai struktur ayat dan

cara pertuturan yang boleh membantu mereka menyedari apa yang betul atau salah

apabila mereka menulis cerita. Selain itu, kesilapan dalam penulisan mereka perlu

diperbetulkan dan dimaklumkan dengan segera.

Page 15: Tugasan pertama ulasan jurnal kpt 6044 oleh m20131001010

15

KESIMPULAN

Ulasan : Berdasarkan rumusan daripada pengkaji, kajian ini menunjukkan bahawa telefon

mudah alih boleh dilaksanakan dalam kursus bahasa di mana tumpuan adalah melalui

penggunaan SMS yang mewujudkan pengalaman pembelajaran fleksibel kepada pelajar

sarjana muda. Selain itu, hasil yang positif memberi peluang perkembangan bahasa

dalam kursus ini pada masa depan dengan melaksanakan penggunaan telefon bimbit.

Salah satu kelebihan pembelajaran mudah alih yang paling ketara adalah

peningkatan autonomi pelajar di mana pelajar mempunyai kebebasan untuk mengakses

pembelajaran alat dan sumber pada bila – bila masa dan di mana sahaja. Di samping itu,

pelajar boleh menggunakan alat teknologi ini dalam kehidupan seharian mereka untuk

tujuan akademik lebih mudah. Malahan, aktiviti yang bermanfaat boleh disediakan untuk

hanya meningkatkan pengetahuan perbendaharaan kata sahaja, tetapi juga kemahiran

yang lain. Walau bagaimanapun, mereka yang menggunakan pembelajaran mudah alih,

satu penyelarasan pedagogi dalam isu ini adalah yang perlu dipertimbangkan di mana

faktor – faktor lain yang perlu diambilkira ialah seperti aktiviti yang sesuai dengan

keperluan, kesesuaian aktiviti, kesediaan belajar pelajar memilih alat pembelajaran dan

sebagainya.

Oleh yang demikian, faktor - faktor inilah yang boleh menjejaskan kejayaan

perkembangan pembelajaran bahasa. Sebagai contoh, walaupun pembelajaran dengan

telefon mudah alih boleh berlaku sepanjang masa, guru perlu mengambil kira jumlah

masa pelajar menghabiskan tugasannya serta menyertai terlalu banyak aktiviti atau

melakukan banyak tugasan boleh menjadi beban besar pada mereka dan boleh

mewujudkan persekitaran pembelajaran yang membosankan.

Page 16: Tugasan pertama ulasan jurnal kpt 6044 oleh m20131001010

16

RUJUKAN

Ulasan : Berdasarkan tajuk rujukan, pengkaji telah menyenaraikan sebanyak 29 nama

sebagai rujukan sama ada melalui badan kerajaan, penulis jurnal, penulis tesis mahupun

penulis buku. Di samping itu, pengkaji juga menggunakan kaedah APA untuk menulis

nama penulis dalam rujukan. Selain itu, pengkaji juga perlu meluaskan lagi

pembacaannya agar hasil kajian yang digarap akan lebih berkesan dan memberi impak

yang positif oleh pembaca yang lain.

ULASAN KESELURUHAN JURNAL

Berdasarkan keseluruhan pembacaan saya, hasil kajian ini perlu digarap dengan lebih

berkesan lagi agar pembaca tidak keliru dari segi olahan isi serta kaedah statistik yang digunakan

oleh pengkaji. Sehubungan itu, jika dilihat daripada tajuk Abstrak pengkaji seharusnya

menyatakan jenis kaedah eksperimen yang digunakan sama ada tulen atau kuasi. Justeru itu,

pengkaji juga perlu menyatakan secara terperinci bilangan sampel yang dikaji mengikut jantina

sama ada dalam kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan agar kesahannya dapat diterima

oleh pembaca yang lain. Selain itu, pengkaji juga tidak menyatakan lokasi kajian yang ingin

dikaji oleh pengkaji di dalam tajuk abstrak. Ini kerana lokasi juga memainkan peranan yang

penting untuk pembaca mengetahui penempatan sampel yang dikaji dari segi ekonomi, sosial,

pendidikan dan politik kawasan tersebut.

Di samping itu, melalui sudut pandangan saya untuk tajuk penyataan masalah pengkaji

seharusnya lebih menumpukan masalah yang ingin dikaji dengan lebih mendalam iaitu mengenai

keberkesanan penggunaan bantuan teknologi mudah alih melalui kemahiran perbendaharaan kata

dapat menyokong pembelajaran pelajar. Seharusnya, untuk huraian isi berkenaan pengkaji hanya

perlu menyatakan rujukan hasil kajian yang lepas dengan mewujudkan tajuk tinjauan literatur

agar fokus yang ingin disampaikan tidak bercampur aduk dalam tajuk penyataan masalah.

Selain itu, pengkaji juga perlu menyatakan objektif kajian yang ingin dikaji oleh pengkaji

agar pembaca yang lain dapat mengetahui objektif sebenar kajian yang ingin dijalankan

Page 17: Tugasan pertama ulasan jurnal kpt 6044 oleh m20131001010

17

sepanjang tempoh kajian. Justeru itu, secara sistematiknya sekiranya pengkaji menyatakan

objektif kajian, pengkaji juga boleh melihat dengan lebih mudah persoalan kajian yang ingin

dinyatakan dan seterusnya akan mampu membina hipotesis nul yang lebih berkesan. Ini kerana

dalam penulisan pengkaji persoalan kajian dan hipotesis nul tidak mempunyai keseragaman dan

ini akan mengelirukan pembaca yang lain. Selain itu, sepanjang saya membaca hasil kajian

pengkaji ini terdapat kesalahan kumpulan yang ingin dikaji iaitu sepatutnya kumpulan

eksperimen adalah berasaskan SMS tetapi sebaliknya yang telah dilakukan oleh pengkaji dengan

kumpulan kawalan adalah berasaskan SMS.

Oleh yang demikian, pengkaji seharusnya meneliti dahulu hasil kajian yang telah ditulis

agar tidak menimbulkan kekeliruan kepada pembaca. Selain itu, pengkaji juga seharusnya lebih

peka dengan setiap kaedah statistik yang digunakan dan perlu menganalisis data dengan kesahan

yang tinggi agar hasil kajian yang diterbitkan boleh diterima oleh pembaca.

Akhir kata, saya sebagai pembaca jurnal ini berharap agar pengkaji dapat menggarap isi

yang ingin dihuraikan lebih sistematik. Selain itu, saya juga berharap melalui pembacaan ini saya

dapat menghasilkan kajian yang berkualiti pada masa akan datang.