pembentangan ulasan jurnal

10
Tajuk Jurnal: Kesedaran, penilaian dan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik. Oleh: Rubiah Omar dan Jamilah Hj Ahmad.

Upload: haesller10

Post on 06-Jul-2015

462 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pembentangan Ulasan Jurnal

Tajuk Jurnal: Kesedaran, penilaian dan penerimaan

e-pembelajaran dalamkalangan ahli akademik.

Oleh: Rubiah Omar dan Jamilah Hj Ahmad.

Page 2: Pembentangan Ulasan Jurnal

Menerusi jurnal ‘Kesedaran, penilaian danpenerimaan e-pembelajaran dalam kalangan

ahli akademik’ persoalan yang diketengahkan adalah tentang tahap

kesedaran, penilaian dan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli

akademik yang dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran di IPT. Ini

kerana tahap perlaksanaan e-pembelajaranpada masa kini belum dapat mencapai

matlamat yang diharapkan. Di Malaysia, e-pembelajaran merupakan teknologi asas.

Page 3: Pembentangan Ulasan Jurnal

Impak dan penerimaan oleh masyarakatcontohnya di Pusat Pengajian Tinggi (IPT) masihlagi diragui. Oleh itu diharapkan dengan adanyakajian tentang kesedaran, penilaian danpenerimaan e-pembelajaran dapat memberigambaran awal tentang tahap penerimaan ahliakademik terhadap sistem pembelajaran yangberasaskan teknologi maklumat ini. Seterusnyamembantu kemajuan teknologi dan menjadipemangkin kepada budaya IT yang berterusanbermula di peringkat pendidikan tinggi.

Page 4: Pembentangan Ulasan Jurnal

Seterusnya persoalan lain yang dinyatakan menerusijurnal ini adalah penilaian terhadap hubungan yangsignifikan antara kefahaman terhadap e-pembelajarandengan kesediaan pembelajaran arahan kendiri dalamkalangan ahli akademik. Kajian ini melihat sejauhmanakah tahap kefahaman responden terhadapkepentingan perlaksanaan e-pembelajaran dalam kalanganpelajar dan persepsi mereka terhadap kesediaan merekamenguruskan pembelajaran arahan kendiri sebagaitenaga pengajar. Oleh itu, disamping memiliki tenagaakademik yang cemerlang dan berkelayakan,universitiharus mempunyai prasarana yang terbaik seperti bilikkuliah, makmal,perpustakaan, asrama, komputer danpelbagai kemudahan pembelajaran yang lain (Jamilah,2006).

Page 5: Pembentangan Ulasan Jurnal

Jadi kajian ini dijalankan bertujuanuntuk melihat sejauh manakahkesediaan ahli akademik menerima e-pembelajaran dalam aktivitipengajaran mereka, dan apakahfaktor yang menjadi penyebabpenerimaan atau penolakan kepadakaedah e-pembelajaran ini.

Page 6: Pembentangan Ulasan Jurnal

Manakala persoalan yang ketiga yang disentuh adalah tentang tahappenerimaan bagi penggunaan e-pembelajaran dalam membantuproses pembelajaran dan pengajaran di IPT. Menerusi kajian

ini, teori Resapan Inovasi oleh Rogers’ telah dijadikan asas untukmengenal pasti tahap penerimaan e-pembelajaran dalam pengajaran.

Ini penting kerana penerimaan e-pembelajaran berupayamempercepatkan pengajaran dan proses pembelajaran dengan lebih

efektif. Penerimaan e-pembelajaran dapat menukar modultradisional, kos program dan bilik darjah dalam versi atastalian, bahkan penggunaan teknologi e-pembelajaran dapat

menyumbang kepada persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel. Dengan adanya program e-pembelajaran tersebut, boleh

membantu kepada anjakan paradigma dalam kalangan ahliakademik, terutamanya dalam aspek pengajaran dan pembelajaran

yang lebih luas dan tidak terbatas di bilik kuliah sahaja.

Page 7: Pembentangan Ulasan Jurnal

Seterusnya menerusi jurnal ini, kajian menggunakan rekabentuk tinjauan. Kaedah kajian ini turut menggunakan

kaedah non-probability kerana tujuan kajian bukan untukdigeneralisasikan kepada keseluruhan populasi. Kajianyang telah dijalankan berbentuk kajian deskriptif yang bertujuan memberi gambaran awal tentang kesediaan

penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahliakademik. Teori resapan Inovasi oleh Rogers’ dijadikan

asas untuk mengenal pasti tahap penerimaan e-pembelajaran dalam pengajaran. Responden kajian

terdiri daripada ahli akademik di semua Pusat pengajianUSM, Pulau Pinang yang menggunakan e-pembelajarandalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.

Sejumlah 165 borang soal selidik telah diedarkan kepadaahli akademik di 15 Pusat Pengajian.

Page 8: Pembentangan Ulasan Jurnal

Daripada jumlah tersebut, 119 borang soalselidik telah berjaya dikumpulkan mengikut Pusat

Pengajian. Analisis kuantitatif menggunakanprogram SPSS (Statistical package for social

sciences) perisian SPSS versi 14.0 telahdigunakan dalam kajian ini. Data yang diperolehi

seterusnya ditukar kepada kod-kod tertentuyang akan mewakili pemboleh ubah yang terdapat

dalam soal selidik. Seterusnya, data dianalisismenggunakan kaedah analisis deskriptif sepertifrekuensi, peratusan, min, sisihan piawaian dankaedah analisis inferensi seperti Ujian-t dan

Anova.

Page 9: Pembentangan Ulasan Jurnal

Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa ahli akademik sedar tentangkonsep e-pembelajaran. ICT dimajukan sebagai alat utama bagi

membolehkan ahli akademik menggunakan ICT dan melibatkan pelajar dalampelbagai aktiviti pembelajaran di dalam kuliah berteraskan kemajuan

teknologi maklumat. Kebanyakan IPT di Malaysia mengambil berat tentangkepentingan ICT bagi memastikan ahli akademik dan pelajar dapat bersatusecara produktif dalam persekitaran pendidikan yang baru. Hal ini secara

tidak langsung menyokong hasil kajian yang telah dijalankan olehAmbigapathy (2004), iaitu majoriti daripada ahli akademik menerimaprogram ICT dalam sistem pembelajaran secara terbuka dan positif.Selain itu, menerusi kajian ini terdapat faktor-faktor lain yang turut

menyumbang kepada kejayaan perlaksanaan e-pembelajaran. Terutamanyafaktor mempunyai kemudahan komputer sempurna dan lengkap dan ia tidak

hanya bergantung kepada kesediaan pembelajaran arahan kendiri ahliakademik sahaja. Mereka turut berperanan memotivasikan pelajar, memberi

info dan input, mempengaruhi serta menggalakkan pelajar menggunakankemudahan talian e-pembelajaran ketika belajar. Ini penting kerana sebagai

pelajar mereka seharusnya mempunyai kesediaan pembelajaran arahankendiri yang tinggi untuk mencapai matlamat pembelajaran yang ditetapkan.

Page 10: Pembentangan Ulasan Jurnal

Kesimpulannya, ahli akademik memainkan peranan pentingdalam memupuk budaya ICT yang cemerlang di peringkat

pendidikan tinggi. Di Malaysia, era pendidikan melaluiaplikasi e-pembelajaran bermula menerusi sistem

Pendidikan jarak jauh yang diperkenalkan. Oleh itu, Kesedaran, penilaian dan penerimaan e-pembelajarandalam kalangan ahli akademik secara positif semakinmemantapkan lagi kemajuan teknologi dan dunia ICT

sesuai dengan kehendak masyarakat serta perkembangankemajuan teknologi masa kini. Dengan harapan, pada

masa akan datang situasi ini mampu melahirkanmasyarakat intelek yang berpengetahuan tinggi danmahir teknologi selaras dengan kehendak pendidikan

dunia sejagat.