ulasan jurnal: factors affecting e-learning effectiveness

14
Pembelajaran Berasaskan Web & Elektronik (KPT6044 ) Disediakan Oleh: Nor Zakaria bin Wahi M20141000724 Disediakan Untuk: Prof. Madya Dato’ Dr. Abd Latif bin Hj. Gapor ULASAN JURNAL

Upload: zek-wahi

Post on 15-Jul-2015

164 views

Category:

Education


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ulasan Jurnal: Factors Affecting E-Learning Effectiveness

Pembelajaran Berasaskan Web & Elektronik(KPT6044)

Disediakan Oleh:

Nor Zakaria bin Wahi

M20141000724

Disediakan Untuk:

Prof. Madya Dato’ Dr. Abd Latif bin Hj. Gapor

ULASAN JURNAL

Page 2: Ulasan Jurnal: Factors Affecting E-Learning Effectiveness

Tajuk Jurnal Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kebekesanan e-

Pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia

Factors Affecting E-Learning Effectiveness in a Higher

Learning Institution in Malaysia

Penulis Md. Aminul Islam, Chuthamas Chittithaworn, Ahmad

Zulhusny Rozali & Hee Liang

Sumber Jurnal Jurnal Pendidikan Malaysia 35(2)(2010): 51-60

Page 3: Ulasan Jurnal: Factors Affecting E-Learning Effectiveness

• Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat

faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan

penggunaan sistem e-pembelajaran di pusat pengajian

tinggi.

• Empat faktor yang dikaji adalah:

reaksi dan kepuasan,

hasil pembelajaran dan pencapaian,

kebiasaan dengan teknologi pembelajaran dalam

talian,

penyertaan danpenglibatan.

Page 4: Ulasan Jurnal: Factors Affecting E-Learning Effectiveness

• Kaedah yang digunakan untuk kajian ini adalah kajian

tinjauan deskriptif yang menggunakan borang soal

selidik sebagai alatan kajian untuk mendapatkan

ukuran kuantitatif.

• Borang soal selidik dibina untuk mendapatkan maklum

balas pelajar mengenai reaksi dan kepuasan,

penyertaan dan penglibatan, kebiasaan dengan

teknologi pembelajaran dalam talian, hasil

pembelajaran dan pencapaian dan keberkesanan e-

pembelajaran.

Page 5: Ulasan Jurnal: Factors Affecting E-Learning Effectiveness

• Sampel kajian dipilih secara rawak terdiri daripada

pelajar yang mengambil kursus diploma dan ijazah di

sebuah institiut pengajian tinggi.

• Empat faktor dipilih sebagai pemboleh ubah/variabel

terhadap kajian ini iaitu reaksi dan kepuasan, hasil

pembelajaran dan pencapaian, kebiasaan dengan

teknologi pembelajaran dalam talian serta penyertaan

dan penglibatan.

Page 6: Ulasan Jurnal: Factors Affecting E-Learning Effectiveness

• Ho1: Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara

reaksi dan kepuasan pelajar dengan keberkesanan e-

pembelajaran.

• Ho2: Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara

penyertaan dan interaksi pelajar dengan keberkesanan

e-pembelajaran.

• Ho3: Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara

hasil pembelajaran dan pencapaian pelajar dengan

keberkesanan e-pembelajaran.

• Ho4: Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara

kebolehan pelajar menggunakan pembelajaran atas

talian dengan keberkesanan e-pembelajaran.

Page 7: Ulasan Jurnal: Factors Affecting E-Learning Effectiveness

Jadual di bawah menunjukkan Profil Demografi Responden.

Page 8: Ulasan Jurnal: Factors Affecting E-Learning Effectiveness

• Konsistensi dalaman pembolehubah bersandar (Keberkesanan

e-pembelajaran) dengan empat pembolehubah bebas (reaksi

dan kepuasan, penyertaan dan interaksi, kebiasaan dengan

teknologi dan pembelajaran, dan pencapaian hasil

pembelajaran) adalah dianggarkan dengan menggunakan

Cronbach’s Alpha.

• Pembolehubah dengan indeks Cronbach’s Alpha yang lebih

rendah daripada 0.7 telah ditolak . Semua pembolehubah

menunjukkan Cronbach’s Alpha yang melebihi 0.7 .

Jadual di bawah menunjukkan Keputusan Ujian Kebolehpercayaan

bagi semua pembolehubah.

Page 9: Ulasan Jurnal: Factors Affecting E-Learning Effectiveness

• Analisis regresi berganda digunakan untuk mengetahui

sama ada pemboleh ubah bebas (reaksi dan kepuasan,

penyertaan dan interaksi, kebiasaan dengan teknologi

pembelajaran dalam talian, dan hasil pembelajaran dan

pencapaian) mempunyai apa-apa kesan yang ketara

terhadap keberkesanan e-pembelajaran.

Page 10: Ulasan Jurnal: Factors Affecting E-Learning Effectiveness

• Terdapat hubungan yang signifikan antara reaksi dan

kepuasan dan keberkesanan e-pembelajaran di aras

keertian 1% (p = 0.001) dengan nilai beta positif 0.339.

• Reaksi dan kepuasan mempunyai kesan signifikan positif

terhadap e-pembelajaran.

• Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara

penyertaan dan interaksi dan keberkesanan e-

pembelajaran di aras keertian 5% (p = 0.182) dengan

nilai beta negatif 0.102.

• Pertemuan bersemuka adalah lebih praktikal dalam

proses pembelajaran.

Page 11: Ulasan Jurnal: Factors Affecting E-Learning Effectiveness

• Terdapat hubungan yang signifikan antara hasilpembelajaran dan pencapaian dan keberkesanan e-pembelajaran di aras keertian 1% (p = 0.000) dengannilai beta positif 0.700.

• Hasil pembelajaran dan pencapaian mempunyai kesan signifikan positif terhadap e-pembelajaran.

• Terdapat hubungan yang signifikan antara kebiasaandengan teknologi pembelajaran dalam talian dankeberkesanan e-pembelajaran di aras keertian 5% (p = 0.035) dengan nilai beta positif 0.183.

• Kebiasaan dengan teknologi pembelajaran dalam talianmempunyai kesan signifikan positif terhadap e-pembelajaran.

Page 12: Ulasan Jurnal: Factors Affecting E-Learning Effectiveness

• Coefficient of determination, R2 (r square) =0.667

• Ini menunjukkan bahawa reaksi dan kepuasan, penyertaan dan interaksi , kebiasaan dengan teknologi pembelajaran atas talian, dan hasil dan pencapaian adalah 66.7 % daripada variasi dalam keberkesanan e-pembelajaran.

• Statistik kolinearan kepada Toleransi dan VIF dan Keadaan Indeks terletak dalam julat yang boleh diterima (Nilai Durbin-Watson= 2.081 terletak dalam julat 1.5 hingga 2.5)

• Ini menunjukkan bahawa tidak ada masalah pelbagai kolinearan dalam model regresi yang digunakan untuk kajian ini.

Page 13: Ulasan Jurnal: Factors Affecting E-Learning Effectiveness

• Kajian ini memberikan penekanan kepada beberapa

fungsi utama dalam mengkaji keberkesanan sistem

pembelajaran iaitu reaksi dan kepuasan, hasil

pembelajaran dan pencapaian, penyertaan dan

interaksi, kebolehan pelajar menggunakan teknologi

pembelajaran atas talian.

• Hasil kajian menunjukkan bahawa keberkesanan e-

pembelajaran adalah dipengaruhi secara signifikan oleh

pembolehubah bebas seperti reaksi dan kepuasan, hasil

pembelajaran dan pencapaian dan kebiasaan dengan

teknologi pembelajaran dalam talian.

Page 14: Ulasan Jurnal: Factors Affecting E-Learning Effectiveness

• Penyertaan dan interaksi tidak mempunyai pengaruh

ketara ke atas keberkesanan e-pembelajaran kerana

interaksi bersemuka dalam sistem pengajaran

tradisional adalah lebih penting dalam proses

pembelajaran.

• Pengkaji mencadangkan penambahan skop

pembolehubah dan juga mendapatkan pendapat dari

pihak lain yang berkepentingan dengan e-pembelajaran

bagi mendapatkan gambaran yang baik tentang

keberkesanannya.