ulasan jurnal

14
Tajuk Disgrafia dan cara membantu: kajian kes ke atas murid program integrasi pendidkan khas Pengenalan Kajian tindakan ini telah perolehi daripada Jurnal Penyelidikan Tindakan yang diterbitkan oleh Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak. Kajian tindakan ini telah dijalankan oleh Yusof Bin Hj. Malie dan Walter Alvin Janiti di salah sebuah sekolah pendidikan khas di Kuching pada tahun 2010. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat masalah dalam kemahiran tulisan mekanis murid yang dikaitkan dengan disgrafia. Hanya seorang murid iaitu murid lelaki bernama Kamal diambil sebagai responden kajian. Secara amnya objektif kajian tindakan ini adalah untuk melihat adakah tulisan Kamal menunjukkan ciri-ciri disgrafia berdasarkan teori dan pemerhatian yang telah dilakukan, melihat punca kepada masalah penulisan Kamal dalam konteks disgrafia dan menggunakan kaedah yang sesuai bagi membantu Kamal menulis dengan lebih baik. Masalah disgrafia Disgrafia merupakan masalah pembelajaran spesifik yang mempengaruhi kemahiran tulisan dan pengaplikasian kemahiran menulis untuk menjana idea. Banyak kajian berkaitan disgrafia telah dijalankan. Adi Japha et al. (2007) telah membuat kajian ke atas kanak-kanak ADHD mengalami 1

Upload: eddy

Post on 25-Nov-2015

155 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

TajukDisgrafia dan cara membantu: kajian kes ke atas murid program integrasi pendidkan khas

PengenalanKajian tindakan ini telah perolehi daripada Jurnal Penyelidikan Tindakan yang diterbitkan oleh Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak. Kajian tindakan ini telah dijalankan oleh Yusof Bin Hj. Malie dan Walter Alvin Janiti di salah sebuah sekolah pendidikan khas di Kuching pada tahun 2010. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat masalah dalam kemahiran tulisan mekanis murid yang dikaitkan dengan disgrafia. Hanya seorang murid iaitu murid lelaki bernama Kamal diambil sebagai responden kajian. Secara amnya objektif kajian tindakan ini adalah untuk melihat adakah tulisan Kamal menunjukkan ciri-ciri disgrafia berdasarkan teori dan pemerhatian yang telah dilakukan, melihat punca kepada masalah penulisan Kamal dalam konteks disgrafia dan menggunakan kaedah yang sesuai bagi membantu Kamal menulis dengan lebih baik.

Masalah disgrafiaDisgrafia merupakan masalah pembelajaran spesifik yang mempengaruhi kemahiran tulisan dan pengaplikasian kemahiran menulis untuk menjana idea. Banyak kajian berkaitan disgrafia telah dijalankan. Adi Japha et al. (2007) telah membuat kajian ke atas kanak-kanak ADHD mengalami disleksia yang mempunyai masalah mengeja dan menulis. Kajian ini mendapati kanak-kanak ADHD disleksia mempunyai masalah dalam kesalahan ejaan di samping penambahan, penggantian dan pelenyapan perkataan atau huruf.Terdapat tiga kategori disgrafia yang dikenal pasti iaitu Dyslexic Dysgraphia yang mana hasil penulisan spontan adalah sukar dibaca. Walau bagaimanapun, tulisan mereka boleh dibaca apabila menggunakan kaedah menyalin semula perkataan atau meniru perkataan. Kanak-kanak dalam kategori ini juga menghadapi kesukaran dalam mengeja tetapi tidak semestinya mereka mengalami masalah membaca atau disleksia. Kategori kedua adalah Motor Dysgraphia yang didefinisikan sebagai masalah yang disebabkan oleh kekurangan dari segi kemahiran motor halus. Kanak-kanak ini sering menunjukkan tulisan yang tidak boleh dibaca walaupun ianya menulis menggunakan kaedah menyalin semula. ayat. Spatial Dysgraphia pula merupakan kategori ketiga. Kanak-kanak kategori ini sebenarnya mempunyai kebolehan mengeja yang normal. Namun begitu, hasil tulisan tangan masih sukar dibaca sama ada penulisan secara spontan atau menyalin semula (Deuel, 1995).Menurut Grave (1983) menyatakan bahawa murid sekurang-kurangnya mesti menulis setiap hari atau minimun empat hari dalam seminggu yang mana pada hari-hari menulis sekurang-kurangnya 30 minit sesi menulis. Guru perlu menilai prestasi murid dengan apa yang telah ditulis oleh murid dengan menyuruh mereka membaca apa yang telah ditulis. Dengan ini murid akan lebih memahami dan menilai apa yang ditulis dan apa yang difahami. Bagi Graves, disgrafia ini terbahagi kepada dua kategori iaitu visual dan audio.

Masalah KajianKemahiran menulis adalah asas kepada pendidikan yang lebih baik bagi murid menguasai kemahiran asas 3M. Guru perlu peka terhadap bagaimana dan apakah mekanisme yang boleh membantu murid bermasalah dalam menulis. Ini adalah kerana terdapat perkaitan antara menulis dengan bagaimana proses motor halus dan psikologikal murid itu sendiri (Deuel, 1995). Secara umumnya, proses dalam pengajaran dan pembelajaran banyak menumpukan kepada satu kaedah yang sesuai bagi murid pendidikan khas. Poses mengajar akan lebih mencabar dengan beberapa pengubahsuaian dalam pengajaran dan pembelajaran. Murid perlu dibimbing dan memerlukan tunjuk ajar yang lebih dan ini akan dapat membantu murid. Murid sekolah kebanyakannya boleh menulis tetapi sesetengahnya dalam cara yang tidak betul. Cara memegang alat tulis akan mempengaruhi bentuk tulisan yang dihasilkan (Sassoon, 1993). Dalam mengajar celik huruf, kadang-kadang guru kurang memberi perhatian kepada pengajaran membentuk huruf mengikut pergerakan yang betul. Sassoon (1993) mendapati guru kurang memberi penekanan kepada pengajaran menulis di kelas khususnya cara memegang alat tulis dengan betul, menulis huruf mengikut pergerakan yang betul, menentukan saiz huruf dan menentukan ruang antara huruf dan perkataan. Pendedahan kepada cara dan teknik menulis yang betul pada peringkat awal boleh membantu murid membentuk kemahiran dalam menulis. Ini termasuklah dalam keseragaman tulisan, tatacara menulis yang betul dan tumpuan dalam menulis.

Kaedah KajianSeorang murid berumur sepuluh tahun bernama Kamal telah dipilih sebagai responden bagi kajian ini. Kamal menghadapi masalah tulisan mekanis. Terdapat dua kaedah utama yang telah digunakan dalam menjalankan kajian ini. Kaedah yang pertama ialah kaedah pemerhatian. Kamal telah diperhatikan bermula dari cara memegang pensel sehingga ke proses pembentukan huruf, perkataan dan ayat. Kaedah ini memberi fokus kepada kesilapan yang dilakukan oleh Kamal semasa menulis. Pengkaji A dan B bersama-sama melakukan pemerhatian ke atas murid secara individu selama dua belas minggu. Kamal dikehendaki menulis perkataan yang telah disediakan serta menulis ayat mudah dalam perenggan pada sesi pengajaran dan pembelajaran semasa kelas Program Integrasi Pendidkan Khas selama tiga puluh minit sehari setiap minggu. Di samping itu, tingkah laku dan reaksi murid sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas juga diperhatikan dan pelaksanaan tindakan hanya dilakukan oleh pengkaji B. Kaedah kedua untuk menyokong kaedah kajian yang disebutkan ialah kaedah penilaian dengan cara memberi ujian melalui lembaran kerja. Penilaian dilakukan dengan melihat kekemasan kerja yang dibuat oleh Kamal terutamanya dari segi tulisan tangan. Selain itu, Kamal juga diminta untuk menulis atau membina ayat mudah berasaskan suku kata yang telah diberikan. Data tulisan Kamal direkod menggunakan senarai semak oleh kedua-dua pengkaji bagi tujuan menyemak maklumat yang dikumpul.Setiap prosedur yang terdapat dalam kajian penyelidik adalah seiring dengan Model Somekh (1989).

Rajah 1: Model Somekh (1989)

Dapatan kajianHasil pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji mendapati bahawa terdapat beberapa teknik menulis yang telah ditunjukkan oleh Kamal. Cara Kamal memegang pensel didapati adalah normal. Dia juga didapati berupaya membentuk huruf dengan baik dan mengikuti cara membentuk huruf yang betul. Dari segi ruang perkataan, Kamal didapati sukar untuk membentuk ruang antara perkataan dan saiz huruf juga tidak konsisten iaitu bercampur aduk dengan saiz besar dan kecil. Selain itu, postur badan Kamal tidak sesuai kerana terlalu membongkokkan badan. Berikut merupakan masalah tulisan yang dikenal pasti.1. Pegangan pensel: Cara memegang pensel adalah normal dan menggunakan tangan kanan. Walau bagaimanapun, menurut Levine (1987), cara memegang alat tulis akan mempengaruhi bentuk tulisan yang dihasilkan.2. Pembentukan huruf: Hanya sesetengah mengikut tatacara urutan pembentukan huruf yang betul, iaitu mula menulis huruf pada titik permulaan yang tepat dan terus menulis dengan menggunakan arah pergerakan yang betul.3. Saiz huruf: Saiz huruf tidak konsisten, saiz besar dan kecil bercampur aduk.4. Teknik penulisan: Perlu mengikut tata cara yang betul dalam menulis.Dari segi penulisan, beberapa masalah ketara yang dihadapi oleh Kamal adalah seperti berikut:1. Masalah ejaan: Dalam setiap aktiviti pada lembaran kerja yang diberikan, didapati satu daripada lima barisan ayat mempunyai masalah ejaan.2. Pengunaan rangkap: Tidak tahu bila menggunakan rangkap yang sepatutnya.3. Ruang di antara perkataan: Ruang pada ayat yang disalin / dibina secara umumnya menunjukkan masalah ruang yang amat serius iaitu jarak antara dua perkataan amat dekat dan sukar untuk dibezakan.4. Perkataan tidak lengkap: Contoh Pasar-Pasr

Kaedah pemulihan Berdasarkan kajian yang dijalankan, pengkaji telah mencadangan beberapa tindakan pemulihan berikut boleh dilakukan dalam kalangan murid-murid disgrafia yang menghadapi isu kemahiran menulis dan penulisan.1. Isu ruang: Menggunakan pensel sebagai alat menjarakkan setiap ayat.2. Keseragaman huruf: Menggunakan buku petak atau bergaris.3. Pembentukan huruf: Mengikuti kaedah tatacara yang betul dalam menulis (huruf besar dan kecil).4. Teknik pegangan pensel: Memegang pensel mengikut kaedah yang betul dan selesa bagi murid.5. Masalah ejaan: Membaca sambil menulis.6. Perkataan tidak lengkap: Konsentrasi, motivasi dan memberi masa yang lebih kepada murid untuk menulis berbanding dengan murid yang lain.

Kesimpulan Terdapat beberapa kelebihan dan kelemahan yang dapati semasa pengkaji menjalankan kajian ini. Kelebihan dan kekurangan ini akan membantu pengkaji lain dari segi penambahbaikan dan pencarian kaedah yang lebih baik untuk kajian lapangan pada masa hadapan. Kelebihan daripada kajian ini adalah masalah-masalah yang dihadapi oleh Kamal dapat dilihat dengan lebih jelas dan masalah ini mungkin diabaikan oleh sesetengah guru. Kajian ini juga dapat membantu Kamal menangani masalah dalam kelas dan membantunya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, latihan serta terapi yang sesuai boleh digunakan apabila masalah telah dikenal pasti bagi membolehkan pengkaji untuk memerhati dan melihat masalah lain yang mungkin wujud pada murid-murid yang lain. Beberapa kelemahan telah dikenal pasti dalam kajian ini. Antaranya ialah pengujian sebenar perlu dilakukan agar pengkaji dapat mengetahui dengan lebih lanjut masalah disgrafia Kamal. Latihan demi latihan yang berpanjangan perlu dilakukan bagi membantu Kamal dalam menangani masalah yang dihadapi. Perlaksanaan yang berperingkat dan sistematik perlu dilakukan dalam membantu Kamal. Kaedah pemerhatian saja mungkin tidak cukup dalam melihat dengan lebih dekat. Maka adalah baik juga kaedah atau ujian-ujian diagnostik dijalankan.

Rujukan Adi-Japha, E., Landau, Y.E., Frenkle, L., Teicher, M.,Gross-Tsur, V., & Shalev, R.S. (2007). ADHD anddysgraphia: Underlying mechanisms. Cortex, 43, 700-709.

Deuel, Ruthmary K., (1995). Developmental dysgraphia and motor skills disorders. Journal of Child Neurology,10, Supp.1, S6-S8.

Graves, D. (1983). Writing: Teachers and children at work. New Hampshire: Heinemann.

Sassoon, R. (1993) Handwriting: The way to teach it. Cheltenham: Stanley Thornes.

Somekh, B. (1989). Teachers becoming researchers an exploration in dynamic collaboration. A Paper Presented To The National Educational Computing Conference, Boston, Mass. June.

Lampiran 1 Muka depan jurnal

Lampiran 2Abstrak jurnal

2