ulasan jurnal kpt6044 sem 2 20142015

25
PROGRAM IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN SEMESTER 2 SESI 2014/2015 KPT 6044 : PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB TAJUK TUGASAN PERTAMA ULASAN JURNAL DISEDIAKAN OLEH ZARMIZA BINTI SHAH RUDIN ( M20131001010 ) FAKULTI : PENDIDIKAN & PEMBANGUNAN MANUSIA ( PENDIDIKAN KHAS ) NAMA PENSYARAH : PROF. MADYA DATO’ DR ABD LATIF BIN HJ GAPOR

Upload: -

Post on 18-Jul-2015

131 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ulasan jurnal kpt6044 sem 2 20142015

PROGRAM IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN

SEMESTER 2 SESI 2014/2015

KPT 6044 : PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

TAJUK TUGASAN PERTAMA ULASAN JURNAL DISEDIAKAN OLEH ZARMIZA BINTI SHAH RUDIN ( M20131001010 ) FAKULTI : PENDIDIKAN & PEMBANGUNAN MANUSIA ( PENDIDIKAN KHAS ) NAMA PENSYARAH : PROF. MADYA DATO’ DR ABD LATIF BIN HJ GAPOR

Page 2: Ulasan jurnal kpt6044 sem 2 20142015

Tajuk Jurnal : Using Mobile-assisted Exercises To Support

Students’ Vocabulary Skill Development

Hasil Kajian Oleh :

Ornprapat Suwantarathip dan Orawiwatnakul

Sumber Jurnal: TOJET - The Turkish Online Journal of Educational

Technology

Tahun Terbitan : 2015

Bilangan Muka surat : 179 – 187 ( 9 muka surat )

Page 3: Ulasan jurnal kpt6044 sem 2 20142015

ABSTRAK

Page 4: Ulasan jurnal kpt6044 sem 2 20142015

Ulasan

• Sampel yang dikaji = seramai 80 orang pelajar tahun pertama yang mendaftar untuk Kursus Asas Bahasa Inggeris. • Kaedah eksperimen kuasi • Dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu seramai 40 orang pelajar dalam kumpulan eksperimen dan 40 orang pelajar lagi dalam kumpulan kawalan. • Kumpulan eksperimen menggunakan alat bantuan mudah alih iaitu telefon bimbit untuk latihan perbendaharaan kata melalui SMS. • Kumpulan kawalan pula menerima latihan perbendaharaan kata yang sama tetapi menggunakan kaedah biasa iaitu berasaskan kertas.

Abstrak

Page 5: Ulasan jurnal kpt6044 sem 2 20142015

Ulasan

• Pra dan pasca ujian serta soal selidik kepada setiap sampel yang dikaji. • Tidak menyatakan lokasi yang spesifik untuk sampel yang dipilih sepanjang tempoh kajian ini. • Tidak menyatakan kaedah statistik yang digunakan semasa mengumpul data sama ada menggunakan ujian parametrik iaitu ujian t dan korelasi atau ujian bukan parametrik seperti ujian Wilcoxon-Signed Ranks. • Dari segi olahan di dalam tajuk abstrak pengkaji masih perlu memperbaiki dari segi metadologi kajian yang ingin digunakan serta menyatakan secara ringkas rekabentuk kajian yang dijalankan agar pembaca akan tertarik untuk mengetahui selanjutnya mengenai kajian tersebut.

Abstrak

Page 6: Ulasan jurnal kpt6044 sem 2 20142015

• Penggunaan bahan bantu belajar menggunakan teknologi mudah alih seperti telefon bimbit, kamus poket elektronik, pembantu digital peribadi (PDA), pemain MP3, dan PC tablet yang digunakan untuk tujuan pendidikan merupakan alat komunikasi yang berkesan dalam pembelajaran terutamanya perbendaharaan kata Bahasa Inggeris bagi pencapaian akademik pelajar EFL. • Teknologi mudah alih : pelajar boleh mengakses kemudahan internet dengan mencari lebih banyak lagi maklumat atau bahan pembelajaran dalam perbendaharaan kata di mana – mana serta bila – bila masa sahaja. • Terdapat pihak fakulti yang tidak membenarkan penggunaan teknologi mudah alih ini kerana bimbang pelajar tiada tumpuan semasa proses pembelajaran dan pengajaran. Namun begitu, pengkaji menegaskan bahawa proses pembelajaran dan pengajaran menggunakan teknologi mudah alih ini sebenarnya memberi manfaat kepada pelajar sekiranya tenaga pengajar bijak memberi tugasan pembelajaran kepada pelajar.

Ulasan

Pengenalan

Page 7: Ulasan jurnal kpt6044 sem 2 20142015

• Pembelajaran perbendaharaan kata melalui SMS dan MMS boleh diselesaikan dengan ‘Mobile – Assisted Language Learning’ (MALL). • Penggunaan telefon bimbit melalui SMS memberi kesan yang positif kepada pelajar kerana ia menyumbang kepada peningkatan pelajar di dalam pengetahuan bahasa khususnya perbendaharaan kata. • Berpontesi memberi maklumat kepada pelajar dengan menggabung atau mengintegrasikan teknologi mudah alih di dalam proses pembelajaran dan pengajaran untuk lebih menarik perhatian pelajar. • Peranan tenaga pengajar juga adalah perlu untuk membangunkan kemahiran bahasa dalam kalangan pelajar.

Ulasan

Pernyataan Masalah

Page 8: Ulasan jurnal kpt6044 sem 2 20142015

1. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam keupayaan perbendaharaan kata pelajar antara kumpulan yang membuat latihan berasaskan kertas dengan kumpulan yang membuat latihan melalui SMS ? 2. Bagaimana pelajar bertindak balas terhadap latihan perbendaharaan kata menggunakab bantuan teknologi mudah alih? • Namun begitu, pada tajuk abstrak pengkaji telah menyatakan bahawa beliau menjalankan pra dan pasca ujian kepada kedua – dua kumpulan ini tetapi pengkaji tidak menyatakannya dalam persoalan kajian.

Ulasan

Persoalan Kajian

Page 9: Ulasan jurnal kpt6044 sem 2 20142015

1. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan di antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan yang menduduki pra ujian ? 2. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan di antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan yang menduduki pasca ujian ? • Persoalan kajian ini adalah penting untuk menunjukkan keputusan yang telus untuk kajian yang dijalankan sama ada memberi kesan kepada pelajar atau tidak sebelum kajian dimulakan serta selepas kajian dijalankan.

Cadangan

Persoalan Kajian

Page 10: Ulasan jurnal kpt6044 sem 2 20142015

• Pengkaji tidak menyatakan hipotesis kajian. Ini kerana hipotesis kajian adalah penting apabila pengkaji menggunakan kaedah kuantitatif dalam penyelidikan. • Pengkaji perlu menjustifikasikan persoalan kajian dengan hipotesis kajian agar hasil kajian pada akhirnya akan lebih bersistematik dan tidak mengelirukan pembaca untuk menganalisis data yang telah dikumpul oleh pengkaji

Ulasan

Hipotesis Kajian

Page 11: Ulasan jurnal kpt6044 sem 2 20142015

Metodologi Kajian

• Pengkaji telah menjalankan kajian terhadap pelajar semester pertama tahun 2014 di sebuah unversiti yang mendaftar untuk Kursus Asas Bahasa Inggeris di mana panjang semester tersebut adalah sebanyak 7 minggu. • Pengkaji perlu menyatakan lebih spesifik lagi lokasi universiti tersebut sama ada menyatakan daerah ataupun nama universiti yang dikaji untuk menentukan kesahihan hasil kajian ini. • Pengkaji juga telah menyatakan bahawa seramai 80 orang pelajar sebagai sampel yang dipilih oleh pengkaji di mana pelajar akan hadir ke kelas sebanyak dua kali seminggu dan 140 minit setiap kali hadir. • Pengkaji juga menyatakan bahawa sampel yang dipilih adalah secara rawak.

Ulasan

Page 12: Ulasan jurnal kpt6044 sem 2 20142015

Metodologi Kajian

• Pengkaji tidak menyatakan latar belakang dari segi jantina, taraf akademik, ekonomi dan bangsa sampel yang dipilih untuk mengelak berlakunya ketidakseimbangan semasa akhir kajian. • Sepatutnya, sebelum kajian dimulakan kedua – dua kumpulan ini apabila telah menjalankan pra ujian menggunakan kaedah yang berbeza mereka boleh dibahagikan mengikut kesamarataan latar belakang mereka. •Pengkaji juga telah tersilap membahagikan sampel yang ingin dikaji di mana kumpulan eksperimen akan diberi rawatan berasaskan kertas, manakala kumpulan kawalan pula diberi latihan berasaskan SMS. Sepatutnya, pengkaji menjalankan kajian terhadap kumpulan eksperimen dengan latihan berasaskan SMS manakala kumpulan kawalan pula berasaskan kertas.

Ulasan

Page 13: Ulasan jurnal kpt6044 sem 2 20142015

Metodologi Kajian

1. Instrumen kajian : pra ujian dan pasca ujian di mana pengkaji membina ujian perbendaharaan kata dengan jawapan aneka pilihan sebanyak 50 soalan berpandukan buku teks EN 011 semester pertama tahun 2014 yang direka untuk menilai tahap penguasaan pelajar. 2. Soalselidik : hanya kumpulan eksperimen sahaja diberi nilai pendapat mereka melalui bahan bantu mudah alih latihan perbendaharaan kata pada 10 item soal selidik. Menggunakan Skala Likert : 1 = Sangat Tidak Setuju 2 = Tidak Setuju 3 = Tidak Berkenaan 4 = Setuju 5 = Sangat Setuju

Ulasan

Page 14: Ulasan jurnal kpt6044 sem 2 20142015

Dapatan Kajian Ulasan

Berdasarkan keputusan bagi Jadual 1, Skor min pra ujian kumpulan kawalan dengan kumpulan eksperimen dibandingkan untuk melihat sama ada terdapat perbezaan sebelum kajian dijalankan dengan menggunakan ujian t bebas. Manakala, ujian Levene pula adalah untuk menunjukkan persamaan varians dengan F = 0.233 dan p = 0.631 di mana ia membuktikan bahawa varians untuk kedua kumpulan adalah setara. Selain itu, melalui skor min pelajar dalam pra ujian menunjukkan kumpulan eksperimen adalah sedikit lebih kecil berbanding kumpulan kawalan ( 22.57, 22.85 ). Ini bermakna hasil kajian menunjukkan t = 0.205, df = 0.78 dan p = 0.838 dan menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kedua kumpulan sebelum kajian dimulakan dan tahap penguasaan bahasa untuk kedua kumpulan adalah sama

Page 15: Ulasan jurnal kpt6044 sem 2 20142015

Dapatan Kajian Ulasan

Berdasarkan keputusan bagi Jadual 2, hasil kajian menunjukkan bahawa skor min bagi pasca ujian untuk kumpulan eksperimen (min = 33.25, sd = 5.67 ) adalah lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan (min = 29.70, sd = 5.57 ). Selain itu, menurut pengkaji untuk mengetahui sama ada terdapat perbezaan yang bermakna secara statistik antara kedua kumpulan menggunakan ujian t bebas dan hasil kajian membuktikan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor ujian di peringkat .05 seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2 (p=0.008).

Page 16: Ulasan jurnal kpt6044 sem 2 20142015

Dapatan Kajian Ulasan

Berdasarkan Jadual 3, hasil kajian menunjukkan statistik deskriptif untuk keputusan sebelum dan selepas ujian bagi kedua kumpulan. Di samping itu, pengkaji menyatakan skor min perbendaharaan kata pelajar untuk kedua – dua kumpulan adalah baik iaitu 22.85 dan 22.57 daripada 50 mata. Selain itu, markah mereka meningkat kepada 29.70 dan 33.25 selepas intervensi. Ini menunjukkan bahawa sisihan piawai bagi kedua kumpulan juga sedikit berubah. Melalui analisis ujian t, ujian skor min adalah lebih tinggi berbanding skor min pra ujian dalam kedua – dua kumpulan ( p = .000 ). Ini bermakna pelajar dalam setiap kumpulan mempunyai pengetahuan perbendaharaan kata yang baik. Walau bagaimanapun, didapati bahawa pelajar yang melakukan latihan melalui SMS lebih baik keupayaan perbendaharaan katanya berbanding pelajar yang berasaskan kertas.

Page 17: Ulasan jurnal kpt6044 sem 2 20142015

Dapatan Kajian Ulasan

Page 18: Ulasan jurnal kpt6044 sem 2 20142015

Dapatan Kajian Ulasan

Berdasarkan Jadual 4, hasil kajian menunjukkan sikap keseluruhan pelajar dalam kumpulan eksperimen terhadap latihan perbendaharaan kata yang menggunakan bahan bantu mudah alih pada tahap yang positif ( min = 3.98 ). Ini menjelaskan pada setiap item yang disoal selidik iaitu item 1 didapati skor min yang tertinggi ( latihan SMS berguna, min = 4.30 ), diikuti dengan item 2 ( latihan SMS membantu saya menghafal perkataan yang baharu, min = 4.15 ). Selain itu, terdapat dua item yang mempunyai skor min yang sama pada ketiga yang tertinggi (latihan SMS menjadikan pembelajaran perbendaharaan kata lebih menarik, min = 4.10 ) dan item 9 ( latihan SMS memberi kebebasan pembelajaran, min = 4.10 ). Namun begitu item dengan skor min yang paling rendah ialah item 10 ( latihan SMS meningkatkan kesedaran penggunaan perbendaharaan kata, min = 3.67 ). Walau bagaimanapun, sikap dalam semua item tersebut didapati positif.

Page 19: Ulasan jurnal kpt6044 sem 2 20142015

• Pendekatan pembelajaran menggunakan teknologi mudah alih adalah berkesan dalam meningkatkan perbendaharaan kata pelajar. • Ini membuktikan bahawa pelajar dalam kumpulan eksperimen mendapat markah yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang berada di kumpulan kawalan. • Kumpulan eksperimen yang menggunakan telefon bimbit boleh membina persekitaran pembelajaran yang menarik di mana pelajar boleh belajar di mana – mana dan pada bila – bila masa. Di samping itu, pelajar ini juga mempunyai fleksibiliti dalam tempoh masa untuk menumpukan tugas yang diberi dan latihan yang diberi seolah – olah menjadi motivasi berbanding latihan berasaskan kertas.

Perbincangan Ulasan

Page 20: Ulasan jurnal kpt6044 sem 2 20142015

• Rumusan daripada pengkaji, kajian ini menunjukkan bahawa telefon mudah alih boleh dilaksanakan dalam kursus bahasa di mana tumpuan adalah melalui penggunaan SMS yang mewujudkan pengalaman pembelajaran fleksibel kepada pelajar sarjana muda. Selain itu, hasil yang positif memberi peluang perkembangan bahasa dalam kursus ini pada masa depan dengan melaksanakan penggunaan telefon bimbit. • Salah satu kelebihan pembelajaran mudah alih yang paling ketara adalah peningkatan autonomi pelajar di mana pelajar mempunyai kebebasan untuk mengakses pembelajaran alat dan sumber pada bila – bila masa dan di mana sahaja. Di samping itu, pelajar boleh menggunakan alat teknologi ini dalam kehidupan seharian mereka untuk tujuan akademik lebih mudah.

Kesimpulan Ulasan

Page 21: Ulasan jurnal kpt6044 sem 2 20142015

• Pengkaji telah menyenaraikan sebanyak 29 nama sebagai rujukan sama ada melalui badan kerajaan, penulis jurnal, penulis tesis mahupun penulis buku. • Pengkaji juga menggunakan kaedah APA untuk menulis nama penulis dalam rujukan. • Selain itu, pengkaji juga perlu meluaskan lagi pembacaannya agar hasil kajian yang digarap akan lebih berkesan dan memberi impak yang positif oleh pembaca yang lain.

Rujukan Ulasan

Page 22: Ulasan jurnal kpt6044 sem 2 20142015

• Berdasarkan keseluruhan pembacaan saya, hasil kajian ini perlu digarap dengan lebih berkesan lagi agar pembaca tidak keliru dari segi olahan isi serta kaedah statistik yang digunakan oleh pengkaji. • Jika dilihat daripada tajuk Abstrak pengkaji seharusnya menyatakan jenis kaedah eksperimen yang digunakan sama ada tulen atau kuasi. Justeru itu, pengkaji juga perlu menyatakan secara terperinci bilangan sampel yang dikaji mengikut jantina sama ada dalam kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan agar kesahannya dapat diterima oleh pembaca yang lain. • Selain itu, pengkaji juga tidak menyatakan lokasi kajian yang ingin dikaji oleh pengkaji di dalam tajuk abstrak. Ini kerana lokasi juga memainkan peranan yang penting untuk pembaca mengetahui penempatan sampel yang dikaji dari segi ekonomi, sosial, pendidikan dan politik kawasan tersebut.

Keseluruhan Jurnal Ulasan

Page 23: Ulasan jurnal kpt6044 sem 2 20142015

• Di samping itu, melalui sudut pandangan saya untuk tajuk penyataan masalah pengkaji seharusnya lebih menumpukan masalah yang ingin dikaji dengan lebih mendalam iaitu mengenai keberkesanan penggunaan bantuan teknologi mudah alih melalui kemahiran perbendaharaan kata dapat menyokong pembelajaran pelajar. •Seharusnya, untuk huraian isi berkenaan pengkaji hanya perlu menyatakan rujukan hasil kajian yang lepas dengan mewujudkan tajuk tinjauan literatur agar fokus yang ingin disampaikan tidak bercampur aduk dalam tajuk penyataan masalah. • Selain itu, pengkaji juga perlu menyatakan objektif kajian yang ingin dikaji oleh pengkaji agar pembaca yang lain dapat mengetahui objektif sebenar kajian yang ingin dijalankan sepanjang tempoh kajian.

Keseluruhan Jurnal Ulasan

Page 24: Ulasan jurnal kpt6044 sem 2 20142015

• Justeru itu, secara sistematiknya sekiranya pengkaji menyatakan objektif kajian, pengkaji juga boleh melihat dengan lebih mudah persoalan kajian yang ingin dinyatakan dan seterusnya akan mampu membina hipotesis nul yang lebih berkesan. Ini kerana dalam penulisan pengkaji persoalan kajian dan hipotesis nul tidak mempunyai keseragaman dan ini akan mengelirukan pembaca yang lain. • Selain itu, sepanjang saya membaca hasil kajian pengkaji ini terdapat kesalahan kumpulan yang ingin dikaji iaitu sepatutnya kumpulan eksperimen adalah berasaskan SMS tetapi sebaliknya yang telah dilakukan oleh pengkaji dengan kumpulan kawalan adalah berasaskan SMS.

Keseluruhan Jurnal Ulasan

Page 25: Ulasan jurnal kpt6044 sem 2 20142015

• Oleh yang demikian, pengkaji seharusnya meneliti dahulu hasil kajian yang telah ditulis agar tidak menimbulkan kekeliruan kepada pembaca. • Selain itu, pengkaji juga seharusnya lebih peka dengan setiap kaedah statistik yang digunakan dan perlu menganalisis data dengan kesahan yang tinggi agar hasil kajian yang diterbitkan boleh diterima oleh pembaca. • Akhir kata, saya sebagai pembaca jurnal ini berharap agar pengkaji dapat menggarap isi yang ingin dihuraikan lebih sistematik. Selain itu, saya juga berharap melalui pembacaan ini saya dapat menghasilkan kajian yang berkualiti pada masa akan datang.

Keseluruhan Jurnal Ulasan