ulasan jurnal

17
1.0 Ulasan Jurnal Jurnal ini membandingkan perihal atau sifat guru yang efektif dengan sifat guru yang tidak efektif yang dibuat keatas tiga kumpulan utama iaitu bakal guru, guru yang baru mengajar, dan guru-guru yang berpengalaman. Penerangan umum tentang jurnal ini menumpukan apa yang dilaksanakan oleh guru-guru efektif dan tidak efektif. Lima tema utama yang dilihat dalam jurnal ini ialah persekitaran emosi, motivasi guru, penglibatan pelajar dan kaedah-kaedah dan gred digunakan. 2.0 Tiga Kategori Guru Terdapat tiga kategori guru yang dikaji oleh penyelidik iaitu bakal guru, guru baru dan guru berpengalaman. 2.1 Bakal Guru Guru, apabila kita mendengar perkataan guru kemungkinan ramai diantara kita mengenali siapa guru yang sebenarnya. Guru boleh diklasifikasikan sebagai seseorang yang diberikan tanggungjawab untuk mendidikan anak remaja bermula daripada lahir sehinggalah menjadi seseorang yang berjaya. Bakal guru ialah mereka yang memilih halaun pendidikan untuk melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi. Oleh itu, kepada mereka yang akan menjadi bakal guru perlulah mengaplikasikan atau mengamalkan sikap-sikap yang mempunyai nilai murni bagi menggambarkan seorang guru. Tetapi pada masa ini, terdapat bakal guru yang efektif dan tidak efektif dalam kalangan bakal guru. 2.1.1 Bakal Guru Yang Efektif 1

Upload: syazwan-salleh

Post on 25-Oct-2015

134 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

ulasan

TRANSCRIPT

Page 1: Ulasan Jurnal

1.0 Ulasan Jurnal

Jurnal ini membandingkan perihal atau sifat guru yang efektif dengan sifat guru yang tidak

efektif yang dibuat keatas tiga kumpulan utama iaitu bakal guru, guru yang baru mengajar, dan

guru-guru yang berpengalaman. Penerangan umum tentang jurnal ini menumpukan apa yang

dilaksanakan oleh guru-guru efektif dan tidak efektif. Lima tema utama yang dilihat dalam jurnal

ini ialah persekitaran emosi, motivasi guru, penglibatan pelajar dan kaedah-kaedah dan gred

digunakan.

2.0 Tiga Kategori Guru

Terdapat tiga kategori guru yang dikaji oleh penyelidik iaitu bakal guru, guru baru dan guru

berpengalaman.

2.1 Bakal Guru

Guru, apabila kita mendengar perkataan guru kemungkinan ramai diantara kita

mengenali siapa guru yang sebenarnya. Guru boleh diklasifikasikan sebagai seseorang

yang diberikan tanggungjawab untuk mendidikan anak remaja bermula daripada lahir

sehinggalah menjadi seseorang yang berjaya. Bakal guru ialah mereka yang memilih

halaun pendidikan untuk melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi. Oleh itu,

kepada mereka yang akan menjadi bakal guru perlulah mengaplikasikan atau

mengamalkan sikap-sikap yang mempunyai nilai murni bagi menggambarkan seorang

guru. Tetapi pada masa ini, terdapat bakal guru yang efektif dan tidak efektif dalam

kalangan bakal guru.

2.1.1 Bakal Guru Yang Efektif

Bakal guru yang efektif lahir daripada mereka yang memilih jalan pendidik

sebagai karier utama mereka. Mereka mempunyai semangat untuk mendidik

anak remaja supaya menjadi berjaya pada suatu masa kelak. Mereka

merasakan bahawa apabila anak murid didikkan mereka menjadi berjaya pasti

mereka menjadi gembira dan berpuas hati dengan cara didikkan mereka.

Mereka juga akan membantu dalam mencegah para pelajar daripada melakukan

kesilapan. Hal ini dapat dikaitkan dengan teori Al-Ghazali yang menekankan

bahawa pembentukan sahsiah anak murid dapat dibentuk melalui pencegahan

1

Page 2: Ulasan Jurnal

dan membaiki kesilapan dengan bijaksana oleh guru. Antaranya, guru perlu

menjadi contoh terbaik kepada anak murid, guru boleh memberikan keterangan

hati kepada ank murid, guru perlu mempelbagaikan cara untuk menegurkan

anak murid.

2.1.2 Bakal Guru Yang Tidak Efektif

Individu yang terdesak atau terpaksa, sahsiah yang tidak baik, mempunyai latar

belakang keluarga yang bermasalah dan sebagainya boleh menjurus kepada

bakal guru yang tidak efektif. Keadaan yang sebegini menyebabkan mereka

melakukan kerja dengan sambil lewa, tidak bersemangat, mengajar secara pasif

dan sebagainya. Contohnya, mereka masuk ke dalam kelas hanya duduk di

kerusi dan berbual kosong dengan pelajar yang tidak mendatang faedah kepada

pelajar itu sendiri. Situasi sebegini akan memberikan kesan kepada para pelajar

dan boleh merosakkan sahsiah pelajar tersebut. Toeri yang boleh dikaitkan

terhadap bakal guru yang tidak efektif ialah teori psikonalitik dalam struktur

personaliti.

Menurut psikonalitik struktur personality terbahagi kepada tiga bahagian

iaitu id didorong tenaga kenikmatan, ego terjerumus kepada prinsip realiti dan

superego bahagian psike yang sentiasa memikirkan realiti. Bakal guru yang tidak

efektif boleh dikatakan dikuasai oleh bahagian id, iaitu bahagian kebinatangan

yang dikawal ole dorongan-dorongan naluriseperti makan minum dan seks. Motis

utama mereka untuk menikmati dan kepuasan yang membawa kepada sifat yang

agresif. Oleh itu, bakal guru seperti ini perlu mengawal bahagian id mereka

dengan sebaiknya supaya tidak mendatangkan keburukan pada masa kelak.

2.2 Guru Baru

Guru baru merupakan warga pendidik yang baru sahaja menyelami dunia pendidikan

yang sebenarnya. Guru ini terdiri daripada lepasan-lepasan pelajar dalam kursus

pendidikan daripada pelbagai institusi yang menawarkan kursus pendidikan ini. Secara

amnya, guru baru ini dilihat lebih bersemangat dan lebih berkomitmen daripada guru-

guru yang telah lama berada dalam dunia pendidikan. Ini kerana salah satu daripada

faktornya ialah guru baru ini masih tidak bosan melakukan pekerjaan ini kerana guru

baru ini baru sahaja berdepan dengan situasi baru yang bagi mereka begitu

2

Page 3: Ulasan Jurnal

menyeronokan dan begitu mencabar. Guru baru ini juga dilihat mempunyai cara

pengajaran dan pembelajaran yang lebih kreatif berbanding guru-guru lama. Ini kerana

pada era globlalisasi mengejar urbanisasi tanpa limitasi ini, perletakan teknologi itu lebih

baik dan hampir semua proses pembelajaran menggunakan teknologi yang semakin

canggih ini. Selain itu juga, guru baru berada pada julata umur 20-an, pada peringat ini

minda masih lagi aktif dan berbagai cara yang kreatif dpat ditemui oleh bakal-bakal guru

ini.

2.2.1 Guru Baru Yang Efektif

Berdasarkan konsep-konsep utama teori pemusatan insan yang dikemukakan

oleh Carls Rogers yang merangkumi fenomologi, organisma dan kendiri ini dapat

menyatakan dengan lebih jelas bagaimana guru baru yang efektif. Berdasarkan

bidang fenomologi yang secara keseluruhan menyatakan pengalaman yang

dirasai dan dipersepsikan oleh seseorang. Rogers memberi keprihatinan yang

tinggi dengan bidang fenomologi ini kerana ia merupakan rangka rujuk bagi

seseorang individu.

Berbalik pada guru yang baru yang efektif, berdasarkan teori pemusatan

ini guru yang baru akan menzahirkan setiap pengalaman yang ada ketika

menuntut ilmu dalam kursus pendidikan ini kepada para pelajarnya. Guru yang

efektif merupakan seorang guru yang cuba sedaya upaya menzahirkan segala

pengalaman yang ada kepada para pelajarnya bagi membentuk para pelajar

yang mempunyai fikiran segenap cabang. Guru baru yang efektif ini kita boleh

klasifikasikan sebagai seorang guru yang jika dilihat secara total mempunyai

kesempurnaan dalam segenap aspek yang merangkumi jasmani, emosi, rohani

dan intelek yang. Bidang organisma menjelaskan organisma akan bertindak

sebagai satu entiti yang menyeluruh bagi memenuhi keperluan-keperluan

tertentu.

Seterusnya, guru baru yang efektif ini dapat dikatakan sebagai seorang

guru yang pandai memulakan dan memelihara perhubungan dengan orang lain.

Ini dapat dijelaskan lagi dengan bidang kendiri yang menyatakan konsep

keseluruhan persepsi yang tersusun dan konsisten yang mewakili ciri-ciri aku

dan persepsi terhadap perhubungan diantara aku dengan orang lain dan

3

Page 4: Ulasan Jurnal

pelbagai lagi aspek kehidupan, bersama nilai-nilai yang tersemat dengan

persepsi.

2.2.2 Guru Baru Yang Tidak Efektif

Guru baru yang tidak efektif pula dapat dikatakan sebagai seorang guru yang

tidak mahir berkomunikasi ataupun sukar untuk berkomunikasi dengan apa yang

ada di sekelilingnya. Hal ini akan membuatkan para pelajar sukar untuk

memahami apa yang diajar oleh guru tersebut. Masalah komunikasi ini

kebiasaanya akan dialami oleh guru baru kerana faktor persekitaran dan

bagaimana untuk menyuaikan dengan persekitaran tersebut. Teori personaliti

lima utama menerusi andaian pertama pendekatan tret menyatakan bahawa

ada individu yang jenis pendiam dan individu sebegini akan menghadapi

masalah untuk berkomunikasi dengan orang lain.

Seterusnya, guru baru yang tidak efektif ini sukar untuk mengadaptasi diri

mereka dalam suasana baru. Ini dapat dilihat sekiranya seseorang guru itu

dihantar ke pedalaman contohnya Sabah dan Sarawak, ramai yang akan

mengeluh kerana mengatakan hidup merek akan berada dalam keadaan yang

susah. Jika mereka beranggapan seperti ini, sudah tentu motivasi kerja mereka

akan menurun dan sekiranya motivasi kerja mereka menurun maka komitmen

yang diberikan ketika mengajar juga akan menurun. Ini amatlah bercanggah

dengan teori Imam Al-Ghazali yang menytakan untuk membina sahsiah guru

yang baik haruslah melalui proses pelaziman. Pelaziman disini membawa erti

bagaimana membiasakan diri dengan persekitaran baru.

2.3 Guru berpengalaman

Jurnal ini telah mengkaji perwatakan guru yang berpengalaman untuk mengetahui guru

tersebut efektif ataupun sebaliknya. Umumnya, guru berpengalaman adalah guru yang

telah lama melibatkan diri dan mengajar dalam sesebuah institusi pendidikan. Mereka

boleh dikatakan mempunyai jawatan yang tinggi dalam sekolah seperti pengetua,

penolong kanan dan sebagainya. Hal ini kerana mereka telah banyak menyumbang

dalam membangunkan pendidikan bagi negara.

4

Page 5: Ulasan Jurnal

2.3.1 Guru Berpengalaman Efektif

Hasil kajian menunjukkan guru berpengalaman juga merupakan guru yang efektif

dan mempunyai sahsiah yang tinggi. Mereka boleh dijadikan mentor kepada

bakal guru dan guru baru yang akan menjadi pendidik pada masa akan datang.

Guru yang berpengalaman dapat mengajar dan membentuk guru baru ke arah

pembentukan sahsiah yang mulia. Selain itu, guru baru juga boleh

menyesuaikan diri dengan persekitaran dengan lebih baik sekiranya mereka

mendapat tunjuk ajar dan galakan daripada guru berpengalaman.

Menurut teori yang diperkenalkan Al-Ghazali, guru berpengalaman yang

efektif dikaitkan dengan kaedah berkesan dalam pembentukan sahsiah mulia

iaitu mendampingi guru yang mursyid. Guru berpengalaman boleh dikatakan

guru yang mursyid oleh sebab mereka menjadi tempat rujukan bagi guru-guru

baru. Al-Ghazali menyatakan bahawa guru yang mursyid dapat menunjukkan

jalan yang betul untuk menghapuskan tingkah laku jahat. Selain itu, teori ini juga

mengatakan pembentukan sahsiah melalui proses pelaziman. Mengikut Al-

Ghazali, tabiat binatang dapat diubah melalui latihan dan pengajaran seperti

binatang buas dapat dijinak dan dilatih dengan sifat tertentu. Maka tidak mustahil

manusia juga boleh dibentuk. Melalui ini, guru berpengalaman haruslah

membentuk sahsiah guru baru dengan baik agar meraka bersifat sederhana iaitu

tidak terkurang dan terlebih.

2.3.2 Guru Berpengalaman Tidak Efektif

Guru berpengalaman juga mempunyai keburukan di mana kadangkala mereka

dikatakan tidak efektif. Antara faktor yang menyebabkan guru berpengalaman

tidak efektif adalah faktor masa. Oleh sebab mereka telah lama bertugas, ada

sesetengah guru yang tidak mengikut masa dan jadual yang telah ditetapkan.

Contohnya, guru tersebut tidak masuk ke dalam kelas tepat pada waktunya

kerana mereka mula berasa bosan dan tidak berminat untuk mengajar. Selain

itu, mereka juga tidak mempunyai disiplin yang tinggi dan tanggungjawab yang

dipikul sebagai guru diambil secara sambil lewa sahaja.

Teori yang boleh dikaitkan dengan guru tidak efektif adalah teori pilihan

dan terapi realiti yang ditekankan oleh William Glasser. Berdasarkan teori pilihan,

5

Page 6: Ulasan Jurnal

Glasser menegaskan bahawa tingkah laku manusia dipengaruhi oleh beberapa

faktor seperti perlakuan tidak efektif dan efektif. Antara tingkah laku yang tidak

efektif adalah selalu mengkritik, selalu menuduh orang lain tanpa bukti, tidak

berdisiplin, tidak bertanggungjawab dan sebagainya.

3.0 Kategori Perlakuan Guru

Terdapat empat kategori guru yang telah dikaji oleh penyelidik iaitu persekitaran emosi,

motivasi guru, penglibatan pelajar dan peraturan dan gred.

3.1 Persekitaran Emosi

Persekitaran emosi merupakan tema utama ataupun dominan dalam membentuk guru

efektif ini. Guru efektif yang cakna dengan persekitaran emosi ini akan mengambil berat

tentang hal para pelajar. Dengan cara ini, guru-guru akan dianggap mempunyai sifat-

sifat penyayang, baik hati, peramah dan sebagainya. Sebaliknya, guru yang tidak efektif

tidak akan mengambil berat tentang persekitaran emosi. Ini akan mewujudkan suasana

bilik darjah yang tegang. Guru-guru seperti ini akan dianggap memiliki sifat garang,

bengis dan tidak ambil peduli oleh para pelajar. Oleh itu, para guru seharusnya

mengambil berat dan tidak harus memandang enteng atau memandang sebelah mata

sahaja tentang tema persekitaran emosi ini.

Teori yang dikaitkan dengan persekitaran emosi ialah teori Al-Ghazali. Beliau

telah mencadangkan beberapa kaedah yang berkesan dalam proses pembentukan

sahsiah mulia antaranya pendidikan melalui persekitaran yang baik. Al-Ghazali yakin

bahawa pendidikan sahsiah dapat dicapai apabila terdapat proses pengaruh-

mempengaruhi antara fitrah dengan lingkungan atau persekitaran. Beliau percaya

bimbingan yang berguna boleh mengubah tabiat manusia. Pandangan beliau

bercanggah dengan sesetengah ilmuan yang menyatakan bahawa tabiat manusia tidak

boleh diubah seperti malas dan menyerah diri kepada nasib sahaja.

Selain itu, persekitaran emosi juga dikaitkan dengan teori pilihan dan terapi realiti

yang diasaskan oleh William Glasser. Melalui aplikasi terapi realiti beliau memberitahu

bahawa guru perlu mewujudkan suasana perbincangan yang kondusif. Guru perlu

mewujudkan pembinaan hubungan yang tulen, mesra, tidak menghukum, menerima

6

Page 7: Ulasan Jurnal

dengan seadanya, menunjukkan empati, fokus kepada isu yang dikemukakan,

berkongsi cerita dan dengan menggunakan sedikit humor. Guru perlulah mengelak

daripada berhujah keterlaluan, menuduh, mengkritik, memaksa, tidak menghargai

mana-mana sekolah yang tidak diperlukan, mewujudkan ketakutan dan mudah berputus

asa.

3.2 Motivasi Guru

Dalam aspek kedua iaitu aspek motivasi guru, guru yang berkesan digambarkan

sebagai seorang yang mengambil berat tentang aktiviti pembelajaran dan pengajaran

para pelajar. ‘semangat’ sering muncul dalam memberikan penjelasan atau huraian

dikatakan guru ini telah mempunyai motivasi yang tinggi. Sebaliknya, guru yang tidak

efektif mempunyai motivasi yang amat teruk. Guru-guru ini tidak bersemangat dalam

melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran. Guru-guru ini juga tidak

memberikan penjelasan sejelasnya. Guru-guru ini akan berpandukan buku teks semata-

mata. Oleh itu, dapat dikatakan disini, motivasi guru juga seharusnya dibekalkan

secukupnya kedalam diri seseorang guru agar sentiasa bersemangat dalam mendidik

anak-anak bangsa kelak.

Menurut teori Al-Ghazali, bagi membangunkan motivasi dalam diri guru, beliau

telah mengemukakan syarat-syarat keperibadian seorang guru. Pertama, guru yang

efektif perlu bersabar dengan karenah para pelajar dan menerima mereka dengan baik.

Kedua, guru perlu membuahkan kasih sayang terhadap para pelajar dan tidak

mengamalkan sikap pilih kasih. Ketiga, guru juga perlu menghubungkan tali

persahabatan dengan semua muridnya supaya anak murid tidak berasa janggal

terhadap guru tersebut. Keempat, dalam mengawal kemarahan guru tidak boleh

menengking para pelajar yang lemah dan menghormati mereka. Kelima apabila guru

berada dalam kelas para pelajar yang kurang cerdik, guru efektif perlu membimbing

mereka dengan cara yang berhikmah. Keenam, Al-Ghazali juga menekankan bahawa

guru yang efektif perlu memberi pernyataan yang benar apabila para pelajar melakukan

kesalahan dan membantu pelajar untuk kembali kepada arah kebenaran.

Melalui teori pemusatan insan yang telah dipelopori oleh Roger, belia

menekankan bahawa individu yang sempurna terhasil daripada perkembangan psikologi

dan evolusi sosial. Antaranya ialah guru perlu mempunyai sifat kesedaran tentang

semua pengalamannya. Pernyataan ini bermaksud bahawa tiada pengalaman yang

7

Page 8: Ulasan Jurnal

boleh dinafikan. Selain itu, guru yang efektif juga perlu mempunyai kesedaran terhadap

diri mereka. Menurut Roger, individu yang sempurna percaya terhadap reaksi tentang

maklum balas mereka sendiri berbanding panduan atau bimbingan daripada orang lain.

Di samping itu, guru yang bermotivasi juga perlu membuat pilihan tanpa ada sebarang

paksaan. Hal ini kerana kebebasan ini akan membawa ke arah kuasa. Guru yang

sempurna tahu bahawa masa depan mereka bergantung kepada tindakan masa ini,

bukannya perkara yang telah berlalu.

3.3 Penglibatan Pelajar

Dalam kategori tema penglibatan pelajar, guru-guru yang efektif akan berusaha sedaya

upaya menglibatkan para pelajar dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran. Guru-guru

efektif ini akan membekalkan soalan-soalan yang interaktif untuk ditanya kepada para

pelajar. Guru-guru ini juga akan melibatkan para pelajar dalam aktiviti perbincangan dan

mengambil pendapat-pendapat yang dikemukakan oleh para pelajar. Suasana ini akan

menghidupkan lagi bilik darjah agar tidak kusam dan sunyi. Sebaliknya, guru yang tidak

efektif tidak melibatkan para pelajar dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran dan

pengajaran. Ada juga guru akan melenting apabila pelajar-pelajar menanyakan soalan

kepada mereka. Hal seperti inilah yang menyebabkan para pelajar takut untuk

menglibatkan diri dalam sesuatu perbincangan. Ini jelas menunjukkan bahawa

penglibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran juga akan

menghidupkan suasana bilik darjah agar para pelajar dapat perolehi apa yang diajarkan

kepada mereka.

Teori yang mengaitkan penglibatan pelajar adalh teori pilihan dan terapi reliti.

Menurut Glasser, guru yang efektif perlulah meneroka kehendak, keperluan dan

persepsi individu bagi menggalakan penglibatan pelajar dalam pelajaran. Langkah

pertama yang dilakukan oleh guru ialah meneroka apakah harapan di dalam hidup

pelajar dan apakah yang tergambar dalam kotak fikiran serta keinginan mereka yang

tidak dapat. Seterusnya, guru juga perlu berkongsi dari segi sejauh manakah keperluan

asas psikologi pelajar tersebut dipenuhi mengikut terapi realiti. Antaranya, keperluan

untuk disayangi dan menyayangi, keperluan membuat pilihan diatas kebebasan yang

diberi, kuasa untuk menghargai dan dihargai oleh orang lain dan rasa kegembiraan yang

wujud didalam diri. Hasil daripada perkongsian antara guru dan para pelajar tersebut

akan timbul rasa dirinya terlibat ketika mengadakan perbincangan dengan guru.

8

Page 9: Ulasan Jurnal

Selain itu, pendekatan tret iaitu teori personaliti lima utama juga boleh dikaitkan

dengan penglibatan para pelajar dan proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam teori

ini penulis telah membentangkan beberapa andaian tentang manusia dari sudut

pandangan pendekatan tret. Antara andaian ialah manusia mempunyai tret personaliti

unik dan tersendiri yang membezakan dirinya dengan orang lain. Bagi pelajar yang

melibatkan diri, mereka dikatakan sebagai seseorang yang aktif dan tidak boleh duduk

diam ketika berada di dalam kelas. Sebaliknya jika para pelajar yang tidak suka

melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti merupakan mereka yang pasif.

3.4 Peraturan Dan Gred

Dalam kategori kaedah-kaedah dan gred, dapat dilihat guru-guru yang paling

berkesan ialah guru-guru yang mendorong dan membantu pelajar-pelajar mereka

menghadapi rintangan yang melanda dalam bilik darjah. Kaedah ini akan membuat para

pelajar lebih bersemangat untuk belajar kerana para pelajar akan sedar bahawa

sekirannya mereka rebah pasti akan ada seseorang yang membantu para pelajar itu

untuk meneruskannya semula. Dalam aspek pengredan, guru-guru efektif ini akan

sentiasa meletakan gred yang tinggi keatas diri mereka. Guru-guru ini akan menilai

sendiri pada tahap mana mereka berada. Jika mereka masih berada dibawah tahap

mereka letakkan, guru-guru ini akan berusaha lebih keras untuk menggapai gred yang

disasarkan itu.

Sebaliknya, guru yang tidak efektif pula tidak mengamalkan kaedah-kaedah

yang berkesan untuk menarik minat para pelajar. Guru-guru ini hanya tahu makan gaji

sahaja. Dalam aspek pengredan pula, guru-guru tidak efektif ini tidak meletakkan gred

yang terlalu tinggi untuk dicapai oleh mereka. Guru-guru ini hanya meletakkan gred

yang rendah agar mereka dapat capai. Seterusnya hal ini akan membuatkan guru-guru

tersebut tidak bermotivasi.

Teori tingkah laku dapat dikaitkan dalam peraturan dan gred. Terdapat pelbagai

prinsip dalam pembentukan sahsiah. Antara prinsip yang boleh dikaitkan ialah galakan.

Galakan dapat memberi rangsangan sama ada sebelum atau semasa tingkah laku

dilakukan. Ia bertujuan untuk membolehkan tingkah laku pada masa yang diingini.

Selain itu, pengajaran dan latihan dapat diberi dengan lebih efisyen dengan

menggunakan galakan. Guru yang efektif perlu memberi galakan kepada para pelajar

supaya mereka dapat memberi kerjasama dalam proses pembelajaran. Contohnya guru

9

Page 10: Ulasan Jurnal

yang tidak pernah bermain boling. Pertama kali beliau pergi bermain dengan guru-guru

sekolahnya, mereka menunjukkan cara-cara bermain. Seorang guru akan menunjukkan

cara memegang bola dan menjatuhkan pin. Daripada situasi ini kita boleh

menggambarkan bahawa guru-guru boleh memberi ransangan kepada para pelajar

untuk meneruskan pelajaran.

Prinsip yang kedua yang boleh dikaitkan ialah diskriminasi. Diskriminasi pula

adalah kebolehan untuk menunjukkan tingkah laku yang berbeza mengikut rangsangan

atau situasi yang hampir sama. Dalam situasi yang dinyatakan dalam kes seperti pelajar

kurang cerdik telah belajar untuk merasa takut apabila berhadapan dengan pelajar yang

bijak. Walau bagaimanapun, perasaan ini tidak wujud apabila pelajar kurang cerdik

berada dalam kalangan pelajar-pelajar yang lain.

4.0 Hasil Kajian

Hasil kesusasteraan mengenai prestasi pakar berbanding baru mencadangkan agar guru pakar

supaya bergantung kepada pengetahuan prosedur dan guru-guru yang kurang pakar

bergantung kepada pengetahuan pengistiharan. Guru pakar akan muncul untuk mempunyai

skema yang lebih maju untuk pengajaran dibilik darjah dengan hubungan yang erat antara

perkara dan cara-cara untuk mengajar, untuk menjadi perancang dan pelaksana pengajaran

yang berkesan dan menjadi lebih fleksibel dan relatif dalam memenuhi kehendak para pelajar.

Hasil daripada kajian telah mendapati guru berpengalaman tidak mempunyai motivasi

yang tinggi berbanding bakal guru dan guru baru. Ini terjadi kerana guru berpengalaman telah

melakukan kerja ini bertahun-tahun dan menimbulkan kebosanan dalam diri mereka.

Bagaimanapun ini bukan masalah utama, masalah utama disini ialah bagaimana untuk

menyediakan pendidik ataupun guru yang mempunyai sifat-sifat yang murni untuk mendidik

anak bangsa kelak.

Dengan memberi peluang kepada bakal guru untuk memberi pengajaran ditempat yang

kompleks, multidimensi, dan realistik, ini akan menyebabkan bakal guru ini akan lebih matang

dalam menghadapi sesi pembelajaran dan pengajaran yang sebenar. Melalui cara ini juga, para

guru yang bakal dilahirkan dilihat lebih berdaya saing dan lebih produktif. Dengan cara ini

dapatlah juga melahirkan guru yang efektif sepertimana yang kita mahukan untuk melahirkan

anak didik yang mampu membimbing negara kita kelak.

10

Page 11: Ulasan Jurnal

Kajian mendapati guru yang berkesan ialah guru yang mampu menjaga emosi para

pelajar, ambil peduli tentang para pelajar, berinteraksi dengan para pelajar, melaksanakan

aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang efektif, mengadakan perbincangan yang hangat

antara guru-guru dan para pelajar dan menyediakan soalan-soalan yang mampu untuk

membuatkan para pelajar berfikir.

Penyelidikan yang dilaksanakan ini dibina atas penemuan sebelum ini untuk memberi

gambaran yang lebih lengkap prosedur bagi melahirkan yang mempunyai sifat yang positif dan

mengelakkan sifat yang negative. Penyelidikan ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk

membentuk guru yang efektif agar dapat melahirkan generasi yang produktif yang mampu

meneroka kelebihan yang ada pada dunia ini dengan lebih menyeluruh.

Dapatlah dirumuskan disini bahawa untuk menjadi guru yang efektif para guru ataupun

bakal guru haruslah memperbaiki mutu keperibadian, sifat dan cara-cara bagi memastikan

suasana dibilik darjah sentiasa berada dalam keadaan ceria. Dengan wujudnya suasana bilik

darjah yang ceria sudah pasti aktiviti pembelajaraan dan pengajaran dapat dilaksanakan

dengan lebih telus dan lebih interaktif dan dengan suasana sebeginilah kebosanan para pelajar

dibilik darjah dapat diatasi dan akan menimbulkan minat para pelajar untuk terus belajar bagi

memastikan masa hadapan para pelajar terjamin kelak.

5.0 Kesimpulan

Jika dilihat dari sudut pandangan mata kasar sekalipun, sudah pasti karakter guru yang efektif

dan berkesan dalam menjalankan proses pengajaran lebih baik prestasinya berbanding sikap

guru yang tidak efektif. Di sini dapat dibuat konklusi bahawa, sesebuah pengajaran yang

berkesan oleh guru yang efektif merupakan satu sistem yang dapat meningkatkan lagi hasil

pembelajaran terakhir yang dikehendaki dalam suasana yang sihat, demokratik dan

bersemangat.

Hasil pembelajaran terakhir yang ingin dicapai ialah suatu perubahan tingkahlaku pelajar

akibat penerimaan pengetahuan atau kepercayaan baru. Ia juga merangkumi perkembangan

seseorang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek. Melalui catatan jurnal ini juga dapat

diterangkan tentang ciri-ciri guru yang efektif iaitu pengajaran yang berkesan dihasilkan oleh

guru yang efektif. Menurut satu kajian oleh Daveid G. Ryans (1959), menyatakan bahawa guru

yang efektif mempunyai ciri-ciri seperti adil, bertanggungjawab, tidak beremosi, mudah

11

Page 12: Ulasan Jurnal

dihampiri pelajar, berpersonaliti menarik, tahap kecerdasan yang tinggi, tegas, penyabar dan

bersikap terbuka.

Selain daripada itu, guru yang efektif ini mestilah mementingkan ketepatan masa

dimana guru yang menepati masa ketika masuk ke bilik darjah akan dihormati dan akan

menjadi contoh teladan yang baik kepada pelajar. Manakala menurut pandangan Imam Al-

Ghazali, guru yang efektif mempunyai lapan ciri yang merangkumi aspek kualiti dan tugas

seorang guru yang cemerlang iaitu, mereka ini mempunyai rasa simpati kepada pelajar dengan

melayan seperti anak sendiri. Kedua ialah dengan mengikuti sikap dan sunnah Nabi

Muhammad s.a.w. Ketiganya ialah tidak membenarkan pelajar melaksanakan sesuatu tugas

kecuali dengan tunjuk ajar dari guru yang berpengetahuan sahaja. Seterusnya menasihati

pelajar-pelajar supaya meninggalkan kelakuan buruk secara berhemah, bukannya dengan cara

memarahi mereka. Kelima ialah guru yang efektif tidak sekali-kali merendahkan-rendahkan

disiplin ilmu yang lain dihadapan pelajar dan menghadkan pembelajaran bersesuaian dengan

tahap pemahaman pelajar.

12