ulasan jurnal 2.docx

3
ULASAN JURNAL 2 TAJUK: DISGRAFIA DAN CARA MEMBANTU: KAJIAN KES KE ATAS MURID PROGRAM INTEGRASI PENDIDKAN KHAS PENDAHULUAN Pengkaji mengkaji tentang masalah yang dihadapi kanak-kanak yang mengalami masalah dalam kemahiran tulisan mekanis yang dikaitkan dengan disgrafia. Masalah kemahiran tulisan mekanis merupakan satu daripada ciri-ciri yang terdapat pada murid yang bermasalah pembelajaran (Abdullah bin Yusof, 2006). Smith (1998) menjelaskan bahawa ramai murid bermasalah pembelajaran menghadapi masalah menulis dan kemahiran tulisan mekanis ini memerlukan seseorang menterjemah pemahaman bahasa ke dalam sistem simbol. Pengamatan terhadap bentuk-bentuk huruf yang pelbagai dan mengikut kategori huruf besar dan kecil banyak memberi kesan kepada murid pendidikan khas. Dalam kes ini, murid yang usof Bin Hj. Malie & Walter Alvin Jiniti/ Disgrafia dan cara membantu: Kajian kes ke atas murid Program Integrasi Pendidikan Khas 3 Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2010, 4, ms 1-22. menghadapi masalah penulisan tangan terutamanya tulisan tangan yang buruk, tidak konsisten dan seragam, masalah dalam penggunaan ruang-penjarakan, huruf, perkataan atau ayat tertinggal, dan kesilapan dalam memasukkan huruf-huruf yang sesuai dalam ayat selalunya dikaitkan dengan disgrafia. Pengkaji yang menulis artikel ini ialah Yusof Bin Hj. Malie dan Walter Alvin Jiniti (2010). Pengkaji menyatakan terdapat tiga kategori disgrafia iaitu dylexic dysgraphia iaitu hasil tulisan murid-murid itu spontan dan sangat sukar untuk dibaca. Walau bagaimanapun tulisan murid itu mampu dibaca sekiranya guru menggunakan kaedah menyalin semula atau meniru perkataan. Kategori kedua ialah motor dysgraphia iaitu murid dianggap bermasalah menulis disebabkan oleh gangguan dari aspek kemahiran motor halus. Tulisannya yang dihasilkan amat sukar dibaca walaupun setelah menggunakan kaedah menyalin semula. Manakala

Upload: hikari-sota

Post on 01-Feb-2016

62 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: ULASAN JURNAL 2.docx

ULASAN JURNAL 2

TAJUK: DISGRAFIA DAN CARA MEMBANTU:

KAJIAN KES KE ATAS MURID PROGRAM INTEGRASI PENDIDKAN KHAS

PENDAHULUAN

Pengkaji mengkaji tentang masalah yang dihadapi kanak-kanak yang mengalami

masalah dalam kemahiran tulisan mekanis yang dikaitkan dengan disgrafia. Masalah kemahiran

tulisan mekanis merupakan satu daripada ciri-ciri yang terdapat pada murid yang bermasalah

pembelajaran (Abdullah bin Yusof, 2006). Smith (1998) menjelaskan bahawa ramai murid

bermasalah pembelajaran menghadapi masalah menulis dan kemahiran tulisan mekanis ini

memerlukan seseorang menterjemah pemahaman bahasa ke dalam sistem simbol.

Pengamatan terhadap bentuk-bentuk huruf yang pelbagai dan mengikut kategori huruf besar

dan kecil banyak memberi kesan kepada murid pendidikan khas. Dalam kes ini, murid yang

usof Bin Hj. Malie & Walter Alvin Jiniti/ Disgrafia dan cara membantu: Kajian kes ke atas murid

Program Integrasi Pendidikan Khas 3 Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2010, 4,

ms 1-22. menghadapi masalah penulisan tangan terutamanya tulisan tangan yang buruk, tidak

konsisten dan seragam, masalah dalam penggunaan ruang-penjarakan, huruf, perkataan atau

ayat tertinggal, dan kesilapan dalam memasukkan huruf-huruf yang sesuai dalam ayat

selalunya dikaitkan dengan disgrafia.

Pengkaji yang menulis artikel ini ialah Yusof Bin Hj. Malie dan Walter Alvin Jiniti

(2010). Pengkaji menyatakan terdapat tiga kategori disgrafia iaitu dylexic dysgraphia iaitu hasil

tulisan murid-murid itu spontan dan sangat sukar untuk dibaca. Walau bagaimanapun tulisan

murid itu mampu dibaca sekiranya guru menggunakan kaedah menyalin semula atau meniru

perkataan. Kategori kedua ialah motor dysgraphia iaitu murid dianggap bermasalah menulis

disebabkan oleh gangguan dari aspek kemahiran motor halus. Tulisannya yang dihasilkan amat

sukar dibaca walaupun setelah menggunakan kaedah menyalin semula. Manakala yang ketiga

ialah kategori spatial dysgraphia mempunyai kebolehan mengeja seperti murid normal namun

begitu mengalami kesukaran menulis dan tulisan yang sukar dibaca walaupun menggunakan

kaedah menyalin semula atau penulisan spontan.

Page 2: ULASAN JURNAL 2.docx

PERSAMPELAN KAJIAN/ INSTRUMEN DAN REKA BENTUK KAJIAN

Pengkaji hanya menggunakan seorang sahaja sampel kajian iaitu murid yang

bernama Kamal yang berumur 10 tahun. Murid ini merupakan murid bermasalah pembelajaran

Program Integrasi Pendidikan Khas di Kuching, Sarawak. Pengkaji menggunakan kaedah

pemerhatian dan ujian menulis untuk menilai tahap kesukaran menulis murid tersebut.

TUJUAN KAJIAN

Tujuan pengkaji melaksanakan kajian ini ialah untuk mengenal pasti ciri-ciri dan

kategori kanak-kanak yang mengalami kesulitan menulis (disgrafia). Daripada kajian yang

dijalankan pengkaji telah mendapati hasil kajian telah mendapati beberapa mekanisme tindakan

yang boleh digunakan untuk membantu Kamal memperbaiki tulisan tangan iaitu dari aspek

fizikal, latih tubi menulis, dan membina keseragaman penulisan. Selain itu, dapatan kajian ini

juga telah berjaya membantu mengubah tingkah laku Kamal iaitu dia mampu menyalin semula

dan membina ayat yang lengkap dan sempurna.

PERBINCANGAN KAJIAN

Pengkaji melaksanakan kajian dan mendapati Kamal mengalami kesukaran

menulis disgrafia berdasarkan ciri-ciri disgrafia antaranya ialah pembentukan huruf yang

dihasilkan tidak mengikut tatacara atau turutan yang betul. Pengkaji mendapati Kamal

mengalami tiga aspek kesulitan penulisan iaitu dari aspek penulisan huruf, contohnya; Kamal

tidak memulakan penulisan sesuatu huruf dengan titik mula yang betul dan juga tidak mengikut

arah yang tepat. Terdapat banyak lagi contoh lain dari aspek penulisan huruf. Kedua ialah dari

aspek fizikal murid itu sendiri. Iaitu kedudukan postur badan Kamal yang terlalu menunduk

ketika menulis dan kelihatan sangat tidak selesa. Ketiga ialah dari aspek masa yang diambil

terlalu lama untuk ,menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru. Namun begitu,

pengkaji membuat kesimpulan bahawa banyak masalah yang ditunjukkan oleh Kamal dari

aspek penulisan huruf berbanding aspek-aspek yang lain.

Pengkaji juga ada menyenaraikan beberapa kaedah pemulihan untuk Kamal di

antaranya ialah menggunakan pensel sebagai alat untuk menjarakkan antara satu perkataan

dengan perkataan lain. Selain itu, penggunaan buku petak atau bergaris sebagai panduan

untuk Kamal menulis secara berpandu dan sebagainya. Pengkaji menjalankan pemulihan

Page 3: ULASAN JURNAL 2.docx

terhadap Kamal berdasarkan hasil penilaian yang telah dilakukan terlebih dahulu. Barulah

cadangan pemulihan terhadapnya dilaksanakan.

PENAMBAHBAIKAN/ULASAN KRITIS

Daripada pembacaan artikel jurnal di atas pada pendapat saya pengkaji sangat

terperinci dalam menerangkan definisi kesukaran menulis digrafia dan juga masalah-masalah

yang dihadapi oleh kanak-kanak yang mengalami disgrafia. Pengkaji juga sangat berfokus

dengan memilih seorang sahaja sampel kajian iaitu Kamal. Pengkaji membuat pemerhatian

berkenaan tingkah laku, cara kerja, dan juga menilai hasil tulisan Kamal dengan begitu teliti.

Setelah itu, hasil dapatan kajian, maka pengkaji berjaya kemukakan beberapa kaedah

pemulihan terhadap Kamal. Dari pembacaan tentang artikel jurnal ini juga telah membantu saya

memahami sedikit sebanyak berkenaan kanak-kanak yang mengalami disgrafia. Kebanyakan

pelajar pendidikan khas mengalami kesukaran menulis seperti Kamal. Namun begitu, guru-guru

kurang mengambil perhatian terhadap perkara ini kerana guru pendidikan khas ada tugasan

lain yang lebih banyak yang perlu diberi perhatian.