jurnal fasa 1.docx

22
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR Bilangan Jurnal : Ke-1 Minggu Praktikum : Pertama Tarikh : 21-25 Januari 2013 Tarikh Jurnal : Minggu Pertama di Sek. Keb. Alam Damai Pada hari pertama, saya bersama rakan-rakan praktikum saya iaitu Nur Syafiqah Binti Ruslan dan Nur Fatihah Binti Adnan telah menghadirkan diri di Sekolah Kebangsaan Alam Damai. Kami diminta untuk bersama-sama menghadirkan diri ke majlis perhimpunan harian yang berlangsung di tapak perhimpunan. Kami telah diberi peluang untuk memperkenalkan diri masing-masing oleh guru bertugas kepada semua guru dan para murid ketika perhimpunan berlangsung. Sejurus selesainya majlis perhimpunan mingguan, kami telah melaporkan diri kepada Puan Norzila Binti Otoh yang merupakan Guru Penolong kanan Pentadbiran dan Kurikulum (GPK1).. Kami memperkenalkan diri dan menyerahkan surat pengenalan diri kepada beliau. Kami telah diperkenalkan tentang latar belakang sekolah serta taklimat ringkas berkaitan tentang selok belok sekolah. Selain itu, beliau juga telah memberikan taklimat tentang pelbagai perkara berkaitan sekolah, seperti peraturan dan disiplin sekolah, struktur organisasi, sejarah, peranan dan tanggungjawab semua pihak di sekolah dari guru besar hinggalah staf sokongan.

Upload: farrahannyfaryhah

Post on 14-Sep-2015

222 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

Bilangan Jurnal: Ke-1Minggu Praktikum: PertamaTarikh: 21-25 Januari 2013Tarikh Jurnal: Minggu Pertama di Sek. Keb. Alam Damai

Pada hari pertama, saya bersama rakan-rakan praktikum saya iaitu Nur Syafiqah Binti Ruslan dan Nur Fatihah Binti Adnan telah menghadirkan diri di Sekolah Kebangsaan Alam Damai. Kami diminta untuk bersama-sama menghadirkan diri ke majlis perhimpunan harian yang berlangsung di tapak perhimpunan. Kami telah diberi peluang untuk memperkenalkan diri masing-masing oleh guru bertugas kepada semua guru dan para murid ketika perhimpunan berlangsung. Sejurus selesainya majlis perhimpunan mingguan, kami telah melaporkan diri kepada Puan Norzila Binti Otoh yang merupakan Guru Penolong kanan Pentadbiran dan Kurikulum (GPK1).. Kami memperkenalkan diri dan menyerahkan surat pengenalan diri kepada beliau. Kami telah diperkenalkan tentang latar belakang sekolah serta taklimat ringkas berkaitan tentang selok belok sekolah. Selain itu, beliau juga telah memberikan taklimat tentang pelbagai perkara berkaitan sekolah, seperti peraturan dan disiplin sekolah, struktur organisasi, sejarah, peranan dan tanggungjawab semua pihak di sekolah dari guru besar hinggalah staf sokongan.

Pada hari kedua, setibanya kami di sekolah kami telah berjumpa dengan Puan jamilah Binti Iberahim iatu Guru Besar Sekolah Kebangsaan Alam Damai berikut beliau tidak hadir ke sekolah pada hari kami melapor diri. Kami juga telah berjumpa dengan GPK 1 untuk mendapatkan jadual waktu. Saya telah diperuntukkan lapan waktu mengajar untuk tahun 1, 2, 3, 4 dan 5. Selain itu, saya juga telah membuat tinjauan disekolah itu. Saya telah melawat Bilik Muzik dan melihat alat muzik serta kelengkapan yang terdapat didalam Bilik Muzik tersebut. Hal ini amat penting untuk membuat perancangan untuk persediaan rancangan pengajaran yang akan dilakukan. Oleh itu, masalah tidak akan timbul pada sesi pengajaran yang akan diterajui kami nanti. Kami bertiga telah mengisi borang pemilihan kokurikulum. Saya telah memilih unit beruniform Bulan Sabit Merah yang merupakan unit beruniform saya ketika menuntut di institut perguruan. Oleh itu, saya berharap dengan ilmu yang telah disampaikan semasa di Institut Perguruan dapat saya salurkan kepada bakal murid saya kelak.

Pada hari ketiga, kami bertiga telah berjumpa dengan GPK 1 untuk berbincang tentang jadual waktu yang telah diberikan. Hal ini kerana, terdapat sedikit masalah tentang jadual waktu tersebut. Tiada jadual waktu mengajar yang melibatkan guru yang merupakan obsyen muzik. Oleh itu, timbul sedikit masalah tentang pemilihan guru pebimbing. Sebagai langkah penyelesaian, jadual waktu telah diubah dengan jadual waktu mengajar yang melibatkan guru opsyen muzik. Saya juga telah memperolehi jadual waktu mengajar saya sendiri. Saya ditugaskan untuk mengambil jadual guru pembimbing saya iaitu tahun 4 Nilam. Saya juga bakal mengajar murid tahun 1 Intan, 2 Nilam, 3 Berlian, 3 Intan 4 Nilam dan 4 Berlian. Selepas itu, kami telah berjumpa dan berbincang dengan pembimbing saya iaitu Puan Poh Ee Chiun. Beliau telah memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami tentang jadual waktu, sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, panduan guru dan rancangan semesta. pada sesi petang, kami telah menghadirirkan diri untuk sesi kokurikulum unit beruniform. Saya bersama rakan saya iaitu Nur Syafiqah Binti Ruslan dan Nur Fatihah Binti Adnan telah Kami telah diberi sedikit taklimat ringkas oleh Puan Suhaila yang merupakan guru penaung Persatuan Unit Beruniform Bulan Sabit Merah berkenaan persatuan tersebut serta aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut. Kami telah ditugaskan untuk mengawal serta menjalankan aktiviti untuk tahun enam. Aktiviti yang telah dijalankan ialah membuat hiasan botol yang berisi kacang, sesi amali cara memindahkan mangsa dan menyanyikan lagu bertemu dan berpisah diakhir aktiviti.

Pada hari keempat, saya dan rakan bersama-sama mendapatkan maklumat seperti takwim sekolah, carta organisasi pentadbiran dan lain-lain untuk diisi dalam folio praktikum mengikut kehendak tugasan kami. Selepas itu, kami bertiga juga pergi mencari guru kelas bagi kelas yang bakal diambil oleh kami untuk mendapatkan senarai nama murid. Ini bagi memudahkan kami untuk mendekati murid serta berkomunikasi ketika di dalam kelas. Selain itu, ia juga penting bagi persediaan rancangan pengajaran yang bakal dibuat kelak. Beliau telah memberitahu kami semua mengenai guru pembimbing kami.Pada hari kelima, saya telah membuat pemerhatian terhadap sesi pengajaran guru bimbingan saya iaitu Puan Poh Ee Chiun. Saya telah memerhatikan kawalan kelasnya serta aktiviti yang dijalankan. Saya amat kagum dengan cara beliau mengendalikan kelas kerana kawalan kelas yang ditunjukkan oleh beliau sangat baik dan berkesan. Selain itu kaedah dan pengajaran beliau juga berjalan lancar dan diterima oleh murid. Kemudian saya membuat rancangan mingguan, rancangan pengajaran harian dan bahan sumber pembelajaran yang akan saya gunakan dalam minggu kedua kelak.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Tandatangan :

Nama : Nama :

Tarikh : Tarikh :

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

Bilangan Jurnal: Ke-2Minggu Praktikum: KeduaTarikh: 9 Januari 2013Tarikh Jurnal: Masalah Pengurusan Masa

Bil

Senarai cadangan tindakanTarikh pelaksanaanCadangan kemajuan tindakan susulan.(Diisi oleh pelajar sendiri selepas mengambil tindakan susulan)

1Saya akan lebih bersikap tegas supaya murid dapat menghadiri sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik muzik tepat pada masanya.

2Saya akan memaklumkan dan memberi peringatan awal kepada ketua kelas yang terlibat untuk memberi persediaan awal serta memastikan murid-murid yang lain hadir tepat pada waktunya ke bilik muzik.

3Saya akan menjemput sendiri murid-murid dari kelas mereka ke bilik muzik.

4Saya akan menyediakan plan A dan plan B pada waktu tertentu terutama pada hari-hari yang melibatkan perhimpunan sekolah dan pada waktu pengajaran selepas perhimpunan sekolah.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

Bilangan Jurnal: Ke-3Minggu Praktikum: KetigaTarikh Peristiwa / Kejadian: 15 April 2013Tajuk Jurnal: Masalah Sukar Mendengar Arahan

1. Masalah / Peristiwa

Pada hari ini (15 April 2013), saya telah menghadapi masalah di mana murid sukar untuk mendengar arahan yang saya berikan. Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, murid tidak memberi perhatian terhadap arahan yang saya berikan khususnya dalam melakukan aktiviti berkumpulan dan menyebabkan saya mengulangi arahan tersebut berulang kali.

2. Analisis

Masalah ini timbul apabila ada sebilangan murid yang terlalu bising dan teruja ketika arahan diberikan sebelum memulakan aktiviti berkumpulan. Di samping itu, masalah ini turut timbul daripada kelemahan saya sendiri apabila saya tidak menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh murid selain terlepas pandang murid-murid yang bersembang dan tidak memastikan mereka betul-betul bersedia untuk melakukan aktiviti berkumpulan.

3. Cadangan Tindakan Susulan

(a) Saya patut mengawal keseluruhan kelas agar murid-murid tidak mempunyai kesempatan untuk bersembang dan bercakap sehingga tidak memberi tumpuan kepada sesi P&P.(b) Merancang aktiviti yang sesuai dan menguruskan organisasi yang betul dan sistematik yang melibatkan pergerakan murid yang dapat dikawal dan mudah untuk menerima arahan.

(c) Saya perlu menggunakan laras bahasa yang lebih mudah dan ringkas selari dengan perkembangan bahasa murid-murid berusia 9 tahun agar mereka memahami tugas yang perlu mereka lakukan.

(d) Saya perlu membaca dengan lebih banyak bahan-bahan mengenai pengurusan bilik darjah agar kelas yang saya ajar berada dalam keadaan terkawal.

(e) Saya perlu mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah pembimbing mengenai cara untuk mendapatkan perhatian dan memberikan arahan kepada murid selain berbincang perkara ini dengan rakan guru pelatih yang lain.

4. Tempoh Masa Tindakan SusulanSaya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Pengurusan bilik darjah amat penting ketika sesi P&P sedang berlangsung supaya semua murid menerima dan mencapai objektif pembelajaran yang telah disasarkan. Selain itu, cara penerangan arahan juga penting bagi memastikan setiap murid melakukan aktiviti dan tugasan dengan betul.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

Bilangan Jurnal: Ke-3Minggu Praktikum: KetigaTarikh Peristiwa / Kejadian: 15 April 2013Tajuk Jurnal: Masalah Sukar Mendengar Arahan

Bil

Senarai cadangan tindakanTarikh pelaksanaanCadangan kemajuan tindakan susulan.(Diisi oleh pelajar sendiri selepas mengambil tindakan susulan)

1Saya patut mengawal keseluruhan kelas agar murid-murid tidak mempunyai kesempatan untuk bersembang dan bercakap sehingga tidak memberi tumpuan kepada sesi P&P.

2Merancang aktiviti yang sesuai dan menguruskan organisasi yang betul dan sistematik yang melibatkan pergerakan murid yang dapat dikawal dan mudah untuk menerima arahan.

3Saya perlu menggunakan laras bahasa yang lebih mudah dan ringkas selari dengan perkembangan bahasa murid-murid berusia 9 tahun agar mereka memahami tugas yang perlu mereka lakukan.

4Saya perlu membaca dengan lebih banyak bahan-bahan mengenai pengurusan bilik darjah agar kelas yang saya ajar berada dalam keadaan terkawal.

5Saya perlu mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah pembimbing mengenai cara untuk mendapatkan perhatian dan memberikan arahan kepada murid selain berbincang perkara ini dengan rakan guru pelatih yang lain.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

Bilangan Jurnal:Ke-4Minggu Praktikum: KeempatTarikh Peristiwa / Kejadian: 22 April 2013Tajuk Jurnal: Masalah Pelajar Datang Lambat

1. Masalah / Peristiwa

Pada hari ini (22 April 2013), saya telah menghadapi masalah dari segi pengurusan masa. Aktiviti yang telah saya rencanakan pada awal tidak dapat dijalankan dan mengalami kelewatan. Hal ini menyebabkan saya terkejar-kejar dalam melaksanakan setiap langkah dalam sesi P&P saya dan menyebabkan saya tidak dapat menyampaikan penerangan dengan sempurna.

2. Analisis

Masalah ini timbul apabila murid-murid datang lambat ke bilik muzik di mana saya mengadakan sesi P&P di situ. Sebelum bermula kelas, saya sudah memesan kepada murid-murid di kelas 4 Berlian untuk pergi ke bilik muzik apabila tiba waktu saya namun mereka tidak berbuat demikian. Hal ini menyebabkan saya terpaksa ke kelas untuk memanggil mereka dan mereka menyatakan mereka terlupa. Perkara ini menyebabkan saya telah kehilangan masa lebih daripada 10 minit.

3. Cadangan Tindakan Susulan(a). Saya perlu meminta izin daripada guru waktu sebelumnya untuk membenarkan murid keluar sedikit lebih awal untuk mereka bergerak ke bilik muzik.(b). Saya patut memanggil dan menjemput mereka di kelas supaya mereka beratur dengan baik dan bergerak ke bilik muzik dalam keadaan teratur dan tidak mengganggu murid-murid di kelas lain untuk belajar.(c). Saya perlu mengadakan sesi P&P di bilik darjah bagi memudahkan murid untuk belajar dan menjimatkan masa. Selain itu, murid-murid juga tidak perlu membuang masa bergerak untuk ke bilik muzik.(d). Saya perlu mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru pembimbing dan pensyarah pembimbing mengenai perkara ini dan berbincang dengan rakan guru pelatih yang lain.4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam masa seminggu. Pengurusan masa yang baik memudahkan saya untuk mencapai ojektif pembelajaran.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

Bilangan Jurnal:Ke-4Minggu Praktikum: KeempatTarikh Peristiwa / Kejadian: 22 April 2013Tajuk Jurnal: Masalah Pelajar Datang Lambat

Bil

Senarai cadangan tindakanTarikh pelaksanaanCadangan kemajuan tindakan susulan.(Diisi oleh pelajar sendiri selepas mengambil tindakan susulan)

1Saya perlu meminta izin daripada guru waktu sebelumnya untuk membenarkan murid keluar sedikit lebih awal untuk mereka bergerak ke bilik muzik.

2Saya patut memanggil dan menjemput mereka di kelas supaya mereka beratur dengan baik dan bergerak ke bilik muzik dalam keadaan teratur dan tidak mengganggu murid-murid di kelas lain untuk belajar.

3Saya perlu mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru pembimbing dan pensyarah pembimbing mengenai perkara ini dan berbincang dengan rakan guru pelatih yang lain.

4Saya perlu mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru pembimbing dan pensyarah pembimbing mengenai perkara ini dan berbincang dengan rakan guru pelatih yang lain.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

Bilangan Jurnal:Ke-4Minggu Praktikum: KeduaTarikh Peristiwa / Kejadian: 12 April 2013Tajuk Jurnal: Masalah Kekurangan BBM

1. Masalah / Peristiwa

Pada hari ini (12 April 2013), saya telah mengalami masalah kekurangan bahan bantu mengajar (BBM). Bagi aktiviti berkumpulan untuk kelas hari ini, saya menyediakan setiap kumpulan sekotak tanah liat untuk mereka membina rumah seperti yang terdapat dalam isi pelajaran. Walau bagaimanapun, tanah liat yang dibekalkan tidak mencukupi bagi setiap kumpulan untuk membina sebuah rumah. Hal ini menyebabkan murid-murid tidak berpuas hati dan gagal membina rumah dengan sempurna.

2. Analisis

Masalah ini timbul apabila saya hanya menyediakan satu kotak tanah liat sahaja bagi setiap kumpulan. Hal ini menyebabkan bbm tersebut tidak mencukupi. Saya juga terpaksa membantu mereka bagi menggunakan bahan yang ada seoptimum yang boleh.

3. Cadangan Tindakan Susulan

(a) Saya seharusnya menyediakan tanah liat yang lebih bagi setiap kumpulan bagi memastikan mereka mampu membina rumah dengan sempurna.(b) Saya perlu mencari alternative lain dalam menggantikan tanah liat sebagai bahan utama dalam membina rumah.(c) Saya perlu memantau bilik bbm sama ada terdapat tanah liat yang lebih bagi membantu saya dalam menyediakan bbm yang lebih baik dan sempurna.

(d) Saya perlu meminta nasihat dan bimbingan daripada guru pembimbing dan pensyarah pembimbing bagi membincangkan masalah ini di samping berdiskusi dengan rakan guru pelatih lain.

4. Tempoh Masa Tindakan SusulanSaya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Penggunaan bbm amat penting bagi sesi P&P kerana ianya membantu guru memudahkan murid untuk memahami sesuatu isi pelajaran. Sekiranya masalah ini dapat diatasi dengan secepat mungkin, murid-murid akan lebih seronok dengan sesi P&P dan memahami dengan lebih mudah isi pelajaran yang diajar.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :