ulangkaji peribahasa

3

Click here to load reader

Upload: linda-izrin-mahmood

Post on 18-Dec-2015

236 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

peribahasa

TRANSCRIPT

ULANGKAJI PERIBAHASA

Set SatuBaca dan fahami petikan-petikan di bawah ini. Kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi yang berbeza yang dinyatakan dalam setiap petikan.

Petikan 1Sudah hampir sedekad Azlan tidak pulang ke kampungnya setelah sebegitu lama merantau di luar negara. Kini dia ingin menetap di kampungnya itu. Kepulangannya amat kena pada tempatnya dan sangat dinanti-nantikan oleh penduduk kampung untuk memajukan Kampung Siamang Gagap. Azlan telah merancang untuk menubuhkan Koperasi Peladang. Azlan telah menghadapi pelbagai rintangan dan dugaan. Walau bagaimanapun, hasil usaha Azlan yang tidak berputus asa, beliau akhirnya berjaya menubuhkan koperasi tersebut.1.2.3.

Petikan 2Farhan sangat kedekut dan sikapnya itu tidak disenangi oleh rakan-rakan sekelasnya. Rakan-rakannya sering berasa hati apabila dia enggan meminjamkan sebarang peralatan yang dimilikinya. Farhan juga tidak dapat menyesuaikan diri apabila bersama-sama dengan rakan sekelas. Oleh yang demikian, lama-kelamaan rakan-rakan mula menjauhi diri daripadanya. Akhirnya, dia menyedari kesalahan yang telah dilakukannya. Bagaimanapun, segala-galanya telah terlambat kerana rakan-rakannya telah muak dengan sikapnya itu.1.2.3.

Petikan 3Maznan teringat akan penyelianya yang baharu. Maznan meluat dengan sikap penyelianya itu. Dia selalu menasihati Maznan agar bekerja dengan bersungguh-sungguh sedangkan dia sendiri selalu tidak berada di pejabat. Masanya banyak dihabiskan dengan berfoya-foya pada masa pejabat. Bagaimanapun, Maznan sedar akan kekurangan dirinya. Dia hanya seorang pekerja biasa. Jikalau dahulu dia belajar dengan bersungguh-sungguh, tentu dia akan mendapat pekerjaan yang lebih baik. Bagaimanapun, tiada guna disesalkan hal yang telah berlaku.1.2.3.

Set DuaNyatakan peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam ayat tersebut.1. Sherin sekadar mendengar leteran ibunya tetapi tidak pernah menghiraukan kata-kata ibunya itu.

2. Semua kerja yang dibuat oleh Mun Chew ala kadar sahaja dan tidak dilakukannya dengan bersungguh-sungguh.

3. Puan Anisa selalu menceritakan keburukan jiran-jirannya, sedangkan tingkah lakunya yang buruk tidak disedarinya.

4. Di sebaliknya perbuatannya berbaik-baik dengan Tuan Haji Ismail, Haikal mempunyai tujuan yang tertentu.

5. Televisyen yang cuba dibaiki oleh Syazrul bukannya bertambah elok malahan bertambah rosak.

6. Walaupun Tengku Jalil anak orang bangsawan, beliau tidak kekok bercampur gaul dengan orang kebanyakan.

7. Disebabkan segelintir penyokong pasukan bola sepak sekolah itu bertindak liar, nama sekolah tersebut telah tercemar.

8. Sally berasa tersisih dalam kumpulannya dan beranggapan bahawa sama ada dia ada atau tiada tidak memberikan sebarang kesan.