tutorial m7

3
TUTORIAL M7: SUMBANGSARAN DEFINISI, CIRI-CIRI, PUNCA DAN INTERVENSI MURID DISKALKULIA SUMBANGSARAN DEFINISI Apa itu Diskalkulia? Merujuk kepada istilah sastera, "Dys" dalam bahasa Greek bermaksud kesukaran, "Calculia" dalam bahasa Latin bermaksud pengiraan. Maka Diskalkulia didefinisikan sebagai masalah pembelajaran spesifik yang mempengaruhi pemerolehan/pembelajaran kemahiran aritmetik (Wikipedia, 2008). Menurut Departmant for Education Skills 2001(DfES), Diskalkulia diterangkan sebagai sesuatu keadaan yang mempengaruhi keupayaan menguasai / memperolehi kemahiran aritmetik. Kanak-kanak diskalkulia menghadapi masalah dalam memahami konsep nombor yang mudah, kekurangan kefahaman intuisi terhadap nombor dan bermasalah dalam mempelajari fakta nombor dan prosedur-prosedur. Contohnya, mereka tahu 3+5=8, tetapi tidak dapat mentafsirkan bahawa 5+3=8. Walaupun mereka dapat menghasilkan jawapan yang betul, tetapi mereka melakukannya dengan tanpa keyakinan diri. (Messenger et al). CIRI-CIRI Seseorang yang menghadapi masalah Diskalkulia akan menghadapi kesukaran: Mengenal nombor dan simbol-simbol dalam matematik seperti +, -, x dan ÷ besar dan kecil. Contohnya: tidak dapat menentukan nilai terbesar antara 23 dan 32 mengira dalam bilangan 2 atau 5 dan sebagainya serta tertib menurun membuat anggaran dan pengukuran, seperti saiz, nilai, wang, jarak atau cecair mengira wang atau melihat masa

Upload: siew-juen

Post on 06-Feb-2016

216 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

None

TRANSCRIPT

Page 1: Tutorial m7

TUTORIAL M7: SUMBANGSARAN DEFINISI, CIRI-CIRI, PUNCA DAN INTERVENSI MURID DISKALKULIA

SUMBANGSARAN DEFINISI

Apa itu Diskalkulia?

Merujuk kepada istilah sastera, "Dys" dalam bahasa Greek bermaksud kesukaran, "Calculia" dalam bahasa Latin bermaksud pengiraan. Maka Diskalkulia didefinisikan sebagai masalah pembelajaran spesifik yang mempengaruhi pemerolehan/pembelajaran kemahiran aritmetik (Wikipedia, 2008).

Menurut Departmant for Education Skills 2001(DfES), Diskalkulia diterangkan sebagai sesuatu keadaan yang mempengaruhi keupayaan menguasai / memperolehi kemahiran aritmetik. Kanak-kanak diskalkulia menghadapi masalah dalam memahami konsep nombor yang mudah, kekurangan kefahaman intuisi terhadap nombor dan bermasalah dalam mempelajari fakta nombor dan prosedur-prosedur. Contohnya, mereka tahu 3+5=8, tetapi tidak dapat mentafsirkan bahawa 5+3=8. Walaupun mereka dapat menghasilkan jawapan yang betul, tetapi mereka melakukannya dengan tanpa keyakinan diri. (Messenger et al).

CIRI-CIRI

Seseorang yang menghadapi masalah Diskalkulia akan menghadapi kesukaran:

Mengenal nombor dan simbol-simbol dalam matematik seperti +, -, x dan ÷

besar dan kecil. Contohnya: tidak dapat menentukan nilai terbesar antara 23 dan 32 mengira dalam bilangan 2 atau 5 dan sebagainya serta tertib menurun

membuat anggaran dan pengukuran, seperti saiz, nilai, wang, jarak atau cecair

mengira wang atau melihat masa

membaca peta dan jadual, kerana kurang kesedaran tentang kedudukan, arah, orientasi dan organisasi ruang

menggunakan peraturan dan prosedur, oleh itu mereka tidak dapat mengingati langkah-langkah untuk menyelesaikan pengiraan matematik

Lemah dalam pengiraan spontan.

Bagaimana untuk mengajar kanak-kanak Diskalkulia?

Memberi penyampaian pelajaran secara part-part-whole

Memberi pengulangan dan latih tubi yang kerap

Mengenalpasti mereka faham akan soalan atau latihan yang ditujukan

Page 2: Tutorial m7

Mementingkan kefahaman konsep

Mengkaitkan contoh dengan kehidupan harian dan bahan maujud

Menggunakan bahasa yang senang difahami

Memberi penghargaan dan pujian, elakan melabel dan memarahi mereka depan khalayak ramai

Menggunakan alat bantu mengajar yang pelbagai

Sokongan Keluarga

Ahli keluarga, khasnya ibubapa perlu mengambil bahagian sepenuhnya bagi membantu kanak-kanak bermasalah pembelajaran

Sentiasa merujuk kepada guru kelasnya untuk mengikuti perkembangan anak di sekolah.

Mengajar anak-anaknya atau memberi pendedahan tentang pengiraan melalui permainan

Memberi peluang kepada mereka untuk berhadapan dengan pengiraan dan penghitungan dalam aktiviti harian

Ibubapa memberi kerjasama dengan pihak sekolah bagi membimbing anak-anak mereka supaya berjaya dalam kehidupan.