tutorial kumpulan 2-1

2
EDU 3083 Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru Tajuk : Isu dalam Etika Keguruan Pengenalan Bidang perguruan merupakan satu profesion untuk membentuk manusia yang pelbagai latar belakang dan acuan rohaninya ke arah satu matlamat yang sama. Sebagai seorang guru, kita sering lupa dengan kod dan etika yang telah digariskan. Etika dan kod etika ini merupakan peraturan dan landasan yang perlu dituruti oleh seseorang yang bergelar profesional. Malangnya, kebanyakan guru hanya melihat profesion keguruan ini hanya kepada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) sahaja dan tidak melihat pada aspek lain menyebabkan ketirisan dalam dunia pendidikan dewasa ini. Sebagai warga pendidik, kita haruslah sedar bahawa masalah yang kita hadapi sekarang dan membawa profesion ini kembali ke landasan yang sebenar supaya tidak lari dari garis sempadan yang ditetapkan. Pergerakan masa sememangnya turut membawa perubahan kepada dunia pendidikan. Sememangnya perubahan yang wujud dalam dunia pendidikan ini merupakan satu aspek yang penting agar sistem pendidikan kita sentiasa sinonim dengan keperluan semasa dan sejajar dengan pergerakan kemajuan dunia. Hakikatnya perubahan tersebut turut mewujudkan pelbagai isu

Upload: dae-eira

Post on 19-Jan-2016

28 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

EDU 3083

TRANSCRIPT

Page 1: Tutorial Kumpulan 2-1

EDU 3083 Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru

Tajuk : Isu dalam Etika Keguruan

Pengenalan

Bidang perguruan merupakan satu profesion untuk membentuk manusia yang

pelbagai latar belakang dan acuan rohaninya ke arah satu matlamat yang sama.

Sebagai seorang guru, kita sering lupa dengan kod dan etika yang telah digariskan.

Etika dan kod etika ini merupakan peraturan dan landasan yang perlu dituruti oleh

seseorang yang bergelar profesional. Malangnya, kebanyakan guru hanya melihat

profesion keguruan ini hanya kepada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)

sahaja dan tidak melihat pada aspek lain menyebabkan ketirisan dalam dunia

pendidikan dewasa ini. Sebagai warga pendidik, kita haruslah sedar bahawa

masalah yang kita hadapi sekarang dan membawa profesion ini kembali ke

landasan yang sebenar supaya tidak lari dari garis sempadan yang ditetapkan.

Pergerakan masa sememangnya turut membawa perubahan kepada dunia

pendidikan. Sememangnya perubahan yang wujud dalam dunia pendidikan ini

merupakan satu aspek yang penting agar sistem pendidikan kita sentiasa sinonim

dengan keperluan semasa dan sejajar dengan pergerakan kemajuan dunia.

Hakikatnya perubahan tersebut turut mewujudkan pelbagai isu yang perlu ditempuhi

dan diharungi oleh warga dunia pendidikan khususnya barisan guru-guru. Antara isu

berkenaan dengan etika dan kod keguruan melibatkan tanggungjawab guru kepada

pelajar itu sendiri.