tutorial 8

2
KEPENTINGAN TAHAP-TAHAP KAUNSELING 1. Membentuk dan membina hubungan Mewujudkan perhubungan yang baik dan erat antara kaunselor dengan klien. Tentukan matlamat awal untuk menjalankan kaunseling Membina kepercayaan antara satu sama lain. Kaunselor dianggap berjaya mengendalikan tahap ini apabila dapat melaksanakan empat tugas yang berkaitan iaitu: Mewujudkan suasana yang menggalakkan interaksi Menentukan matlamat awal kaunseling Menstruktur hubungan Membina kepercayaan 2. Penerokaan masalah klien secara mendalam Menimbulkan kepercayaan klien kepada kaunselor dimana klien merasakan kaunselor berminat untuk membantu dirinya dalam menyelesaikan pemasalahan yang klien hadapi. Klien dapat menjelaskan masalah yang dihadapinya dengan teliti. Klien dapat mengeluarkan seluruh perasaannya supaya mengurangkan stres. Kaunselor dapat mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh klien supaya mencari cara penyelesaian. 3. Tahap perlaksanaan Tahap ini penting supaya masalah klien dapat diselesaikan menggunakan pendekatan dan juga kaedah yang telah dipersetujui. Klien juga perlulah bekerjasama dengan

Upload: sathis-menagah

Post on 14-Dec-2015

223 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

,mj l

TRANSCRIPT

Page 1: Tutorial 8

KEPENTINGAN TAHAP-TAHAP KAUNSELING

1. Membentuk dan membina hubungan

Mewujudkan perhubungan yang baik dan erat antara

kaunselor dengan klien.

Tentukan matlamat awal untuk menjalankan kaunseling

Membina kepercayaan antara satu sama lain.

Kaunselor dianggap berjaya mengendalikan tahap ini apabila

dapat melaksanakan empat tugas yang berkaitan iaitu:

• Mewujudkan suasana yang menggalakkan interaksi

• Menentukan matlamat awal kaunseling

• Menstruktur hubungan

• Membina kepercayaan

2. Penerokaan masalah klien secara mendalam

Menimbulkan kepercayaan klien kepada kaunselor dimana

klien merasakan kaunselor berminat untuk membantu dirinya

dalam menyelesaikan pemasalahan yang klien hadapi.

Klien dapat menjelaskan masalah yang dihadapinya dengan

teliti.

Klien dapat mengeluarkan seluruh perasaannya supaya

mengurangkan stres.

Kaunselor dapat mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh

klien supaya mencari cara penyelesaian.

3. Tahap perlaksanaan

Tahap ini penting supaya masalah klien dapat

diselesaikan menggunakan pendekatan dan juga

kaedah yang telah dipersetujui.

Klien juga perlulah bekerjasama dengan kaunselor

Page 2: Tutorial 8

semasa proses ini dijalankan.

4. Tahap penamatan

Peringkat ini merupakan tahap pencapaian keputusan.

Lazimnya satu penamatan sesi dicapai melalui persetujuan

pihak kaunselor dengan klien.

Di peringkat ini hasil atau pencapaian klien akan dirumuskan.

Sebaliknya jika klien tidak mahu lagi meneruskan sesi, maka

klien tersebut bolehlah merujuk kepada kaunselor atau pakar-

pakar lain.

Dapatlah dirumuskan bahawa peringkat penamatan ini

merupakan peringkat penilaian kaunselor terhadap

keberkesanan strategi atau teknik yang telah diaplikasikan

terhadap kliennya.

Sebaliknya, jika tidak berkesan, mungkin sesi dan tindakan

susulan akan diteruskan.

Menilai keberkesanan strategi dan teknik yang digunakan

terhadap klien.