tutorial 8 (syam)

21
ULASAN BERDASARKAN TEORI-TEORI KEPEPIMPINAN BERKAITAN KEBOLEHAN MEMIMPIN MERUPAKAN BAKAT SEMULA JADI ATAU DILATIH MEJADI PEMIMPIN SYAMSIDAR BINTI HJ MAJIT PISMP BM2 AMBILAN JANUARI 2012

Upload: zam-miaq

Post on 12-Dec-2015

251 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tutorial 8 (Syam)

ULASAN BERDASARKAN TEORI-TEORI KEPEPIMPINAN

BERKAITAN KEBOLEHAN MEMIMPIN MERUPAKAN

BAKAT SEMULA JADI ATAU DILATIH MEJADI PEMIMPIN

SYAMSIDAR BINTI HJ MAJITPISMP BM2 AMBILAN JANUARI

2012

Page 2: Tutorial 8 (Syam)

Konsep Asas KepemimpinanSegala bentuk aktiviti yang bertujuan

mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli.

Mengikut Takrifan Kamus Dewan (2002), kepemimpinan ialah keupayaan untuk memimpin.

Page 3: Tutorial 8 (Syam)

Leadership/Kepimpinan“One of the most interesting aspects of

the results was that respondents believe great leaders are made and not born”.

Tine Schneiderman (President, Leaders in Dubai/London)

3

Page 4: Tutorial 8 (Syam)

Menurut Fidler (1997)

Keupayaan menjana rasa hala tuju dan keyakinan dalam kalangan pengikutnya.

Mempengaruhi pengikut ke arah mencapai matlamat.

Page 5: Tutorial 8 (Syam)

Jenis-jenis Kepemimpinan

Kepemimpinan Semula Jadi

- Manusia yang paling berpengalaman, serta mempunyai kemahiran interpersonal yang tinggi.

Page 6: Tutorial 8 (Syam)

Kepemimpinan Berkarisma Diutarakan oleh Max Weber (1947)

Pemimpin berkarisma dapat menyelesaikan masalah dengan berjaya.

Pengikut akan mempunyai kesetiaan yang tidak berbelah bagi .

Tret-tret personaliti: Berorientasikan pencapaian. Berorientasikan kreativiti dan inovasi.

Page 7: Tutorial 8 (Syam)

Amat bertenaga dan penglibatan diri yang tinggi.

Keyakinan diri yang tinggi.

Keperluan untuk menggunakan pengaruhnya terhadap orang lain.

Sanggup menanggung risiko.

Membina (nurturing),bertimbang rasa dan sensitif.

Page 8: Tutorial 8 (Syam)

Teori Tradisional – Teori Tret• Seseorang pemimpin dikenal pasti mengikut

tret-tret yang dimilikinya.• Manusia yang mempunyai tret-tret tertentu

sahaja sesuai menjadi seorang pemimpin yang berkesan.

• Stogdill telah mengemukakan beberapa tret yang sepatutnya dimiliki oleh seorang pemimpin yang berkesan.

Page 9: Tutorial 8 (Syam)

Tret Kemahiran

Menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi.

Kecerdasan yang tinggi.

Peka kepada persekitaran sosial. Berkemahiran konseptual

Cita-cita tinggi dan berorientasikan pencapaian.

Kreatif

Asertatif Diplomatik dan tactful

Dapat bekerjasama. Petah bertutur

Boleh membuat keputusan. Berpengetahuan tentang tugas kumpulan.

Boleh diharapkan (dependable) Teratur (kemampuan mentadbir)

Dominasi (ingin mempengaruhi orang lain)

Daya pujuk

Bertenaga Berkemahiran sosial

Tidak mudah putus asa

Keyakinan diri

Daya tahan tinggi terhadap tekananRela menerima tanggungjawab

Page 10: Tutorial 8 (Syam)

Konsep Nature and Nurture dalam Kepimpinan(teori tret)Persoalannya ;

Adakah pemimpin dilahirkan daripada sifat kepimpinan yang semula jadi atau diasah kemahirannya?

Adakah sifat kepimpinan semula jadi lebih penting berbanding kepemimpinan yang diasah?

Page 11: Tutorial 8 (Syam)

Ahli psikologi dah ahli sains kemanusiaan berpendapat bahawa beberapa kebijaksanaan dan personaliti atau karakter seseorang adalah terbentuk secara semula jadi iaitu melalui genetik.

Terdapat juga ahli psikologi dan ahli sains kemanusiaan berpendapat bahawa kebijaksaan, personaliti atau karakter seseorang adalah dipengaruhi oleh keadaaan sekeliling dan didikan.

Page 12: Tutorial 8 (Syam)

Sesetengah pengkaji melihat dari sudut ciri-ciri fizikal iaitu tinggi dan berat serta berpendapat bahawa personaliti dan tingkah laku mempengaruhi sifat seseorang pemimpin.

Keadaan ini membuktikan bahawa sifat kepimpinan adalah lahir secara semula jadi dari segi tingkah laku, tahap kebijaksanaan dan personaliti.

Page 13: Tutorial 8 (Syam)

Aspek berdasarkan tretMenyesuaikan

diri dalam pelbagai situasi.

Peka kepada persekitaran

sosial.

Cita-cita tinggi dan

berorientasikan pencapaian.

Asertatif

Dapat bekerjasama

.

Boleh membuat

keputusan.

Boleh diharapkan

(dependable)

Dominasi (ingin mempengaruhi

orang lain)

Bertenaga

Tidak mudah

putus asa

Keyakinan diri

Daya tahan tinggi terhadap

tekanan

Page 14: Tutorial 8 (Syam)

Aspek berdasarkan kemahiran atau dilatih untuk memimpin Kemahi

ranKecerdasan yang tinggi.

Berkemahiran

konseptual

Kreatif Diplomatik

Petah bertutur

Berpengetahuan tentang tugas

kumpulan.

Teratur (kemampuan mentadbir)

Daya pujuk

Berkemahiran sosial

Page 15: Tutorial 8 (Syam)
Page 16: Tutorial 8 (Syam)

Kemahiran BersosialTeori Tingkah Laku juga dapat dilihat dalam

aspek kepimpinan Guru Besar dalam aktiviti kokurikulum.

Guru Besar membina hubungan mesra dengan guru akan memperoleh sokongan daripada mereka dalam pelaksanaan aktiviti atau program sekolah di samping mewujudkan perasaan bahawa diri mereka dihargai.

Page 17: Tutorial 8 (Syam)

Guru Besar menunjukkan usaha mencipta ruang dan peluang untuk menimbulkan semangat bekerjasama dan keakraban antara guru-guru ke arah mencapai matlamat organisasi.

Guru-guru lain akan menunjukkan minat yang lebih untuk bekerja jika suasana kerja yang harmonis dapat dirasakan, bebas daripada tekanan emosi, mental dan sosial.

Page 18: Tutorial 8 (Syam)

Teori KontegensiBerdasarkan kajian-kajian yang dijalankan oleh Fiedler

beliau merumuskan kebekersanan kepimpinan tertakluk kepada kesepadanan di antara dua variable, iaitu gaya kepimpinan dan tahap sokongan persekitaran.

Tingkah laku pemimpin mungkin digerakkan oleh tugasan atau perhubungan antara manusia dan diperjelaskan dalam tiga dimensi kritikal iaitu kedudukan kuasa (position power), hubungan pemimpin dengan ahli (leader-member relation) dan struktur tugasan (task structure).

Kedudukan kuasa (position power) ialah sekiranya pemimpin mempunyai kuasa rasmi yang kuat untuk melantik, mendisplin, menukar, menentukan naik pangkat maka situasi menyokong proses kepimpinan.

Page 19: Tutorial 8 (Syam)

Hubungan pemimpin dengan ahli (leader-member relation) ialah sejauh mana pemimpin diterima dan disokong oleh ahli. Jika ahli kumpulan menerima pemimpin, pemimpin berasa dirinya dihormati dan diinspirasikan untuk memimpin ahli ke tahap yang lebih berkesan.

Struktur tugasan (task structure) pula merujuk kepada kejelasan tugas dan kejelasan peranan ahli dalam melaksanakan tugas tersebut.

Apabila tugas adalah rutin dan didefinisikan dengan jelas, ahli mengetahui bidang tugasannya, maka situasi menyokong proses kepimpinan.(daya pujuk-teori kemahiran)

Page 20: Tutorial 8 (Syam)

KesimpulanOleh itu, sebenarnya teori tret ini membawa kepada

keadaan di mana seseorang pemimpin itu mempunyai karakter terbaik untuk menjadi “pemandu” kepada “penumpang”.

Tidak semua manusia memiliki ciri-ciri tret kepimpinan, tetapi semua orang boleh memiliki ciri-ciri pemimpin secara dilatih dan dipupuk.

Jika keadaan ini berlaku serentak, ia menunjukkan bahawa pemimpin tersebut mempunyai keseimbangan tertinggi dan pemimpin terbaik yang dianggap satu bonus atau “gifted”, dan jika ia hanya dipengaruhi oleh satu bahagian sahaja, ia tidak menjadi masalah, kerana latihan secara tidak langsung akan wujud untuk menambah kemahiran pucuk kepimpinan seseorang.

Page 21: Tutorial 8 (Syam)

RujukanAbdullah, S.Y, Abdul Rashid, M. & Abdul Ghani, A.

(2007), Guru Sebagai Pemimpin. Kuala Lumpur. PTS Profesional Sdn.Bhd.

Akhiar Pardi. (2012). Asas Kepimpinan & Perkembangan Profesional Guru. Kuala Lumpur. Freemind Horizons Sdn.Bhd.

Boon Pong Ying, Noriati A.Rashid, Wong Kiet Wah. (2010). Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru. Selangor. Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Syed Ismail. (2013). Asas Kepimpinan & Perkembangan Profesional. Selangor Darul Ehsan. Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.