tugasan sjh 3103

3
MOHD FITRI BIN SHAHRUDDIN 930118-02-5539 TUGASAN SJH 3103 MOHD FITRI BIN SHAHRUDDIN 930118-02-5539 Soalan Sejauh manakah penghayatan terhadap sejarah negara amat penting dalam kehidupan generasi alaf ke-21? Jawapan Jika kita ingin melihat sejauh manakah kepentingan penghayatan terhadap sejarah negara dalam kehidupan generasi alaf ke-21, kita boleh merujuk kepada pendapat salah seorang tokoh sejarah yang agak terkenal iaitu Mohd Yusof Ibrahim. Menurut Mohd Yusof Ibrahim (1977), dalam Omardin Haji Ashaari (1996), berpendapat bahawa “sejarah ialah sesuatu yang hidup bersama dan membiak bersama pengalaman, perkembangan dan kehidupan semuanya itu”. Berdasarkan kepada pendapat diatas dapatlah disimpulkan bahawa betapa pentingnya sesuatu sejarah itu dalam kehidupan seseorang individu pada masa kini yang mana pada zaman era teknologi maklumat dan komunikasi yang sedang meledak. Hal ini kerana, berdasarkan kepada pendapat di atas yang menegaskan bahawa sejarah itu merupakan sesuatu yang hidup bersama dan membiak

Upload: pisastrus-d-tyrant

Post on 01-Dec-2015

915 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: TUGASAN SJH 3103

MOHD FITRI BIN SHAHRUDDIN

930118-02-5539

TUGASAN SJH 3103

MOHD FITRI BIN SHAHRUDDIN

930118-02-5539

Soalan

Sejauh manakah penghayatan terhadap sejarah negara amat penting dalam kehidupan

generasi alaf ke-21?

Jawapan

Jika kita ingin melihat sejauh manakah kepentingan penghayatan terhadap

sejarah negara dalam kehidupan generasi alaf ke-21, kita boleh merujuk kepada

pendapat salah seorang tokoh sejarah yang agak terkenal iaitu Mohd Yusof Ibrahim.

Menurut Mohd Yusof Ibrahim (1977), dalam Omardin Haji Ashaari (1996), berpendapat

bahawa “sejarah ialah sesuatu yang hidup bersama dan membiak bersama

pengalaman, perkembangan dan kehidupan semuanya itu”. Berdasarkan kepada

pendapat diatas dapatlah disimpulkan bahawa betapa pentingnya sesuatu sejarah itu

dalam kehidupan seseorang individu pada masa kini yang mana pada zaman era

teknologi maklumat dan komunikasi yang sedang meledak. Hal ini kerana, berdasarkan

kepada pendapat di atas yang menegaskan bahawa sejarah itu merupakan sesuatu

yang hidup bersama dan membiak bersama pengalaman serta perkembangan dalam

kehidupan seseorang individu. Perkara ini memperlihatkan bahawa betapa pentingnya

sejarah itu dipelajari dan dihayati oleh semua individu terutamanya oleh generasi alaf

ke-21 yang ketika ini ada sesetengahnya yang memandang enteng terhadap

kepentingan sejarah negara. Mereka ini sebenarnya tidak mempunyai kesedaran yang

tinggi dan tidak diberi pendedahan tentang peri pentingnya menghargai dan mencintai

sejarah negara mereka itu sendiri. Konklusi daripada pendapat tokoh sejarah ini dapat

Page 2: TUGASAN SJH 3103

MOHD FITRI BIN SHAHRUDDIN

930118-02-5539

disimpulkan bahawa sesuatu sejarah itu sangat bernilai dari segi kepentingannya

kerana ianya beriringan dengan pengalaman seseorang individu tersebut dalam

menjalani kehidupan seharian.

Seterusnya, menurut Krug (1967), dalam Omardin Haji Ashaari (1996),

berpendapat bahawa “pembelajaran mengenai sejarah zaman silam amat mustahak

sebagai asas untuk mencapai dan memperkuatkan lagi perpaduan kebangsaan di

kalangan masyarakat majmuk seperti Malaysia”. Hal ini kerana banyak unsur-unsur

sejarah yang dapat digunakan untuk mengukuhkan perpaduan dalam kalangan pelajar

dan generasi alaf ke-21 tentang bagaimana masyarakat pada zaman dahulu dan

sekarang menggunakan perpaduan dalam mempertahankan negara mereka. Perkara

ini bertujuan supaya Peristiwa 13 Mei 1969 yang telah berlaku suatu masa dahulu tidak

akan berulang kembali. Seperti yang kita semua sedia maklum, peristiwa tersebut

merupakan cetusan daripada perbalahan antara dua suku kaum terbesar di negara ini

iaitu antara kaum Melayu dengan kaum Cina. Jadi, berdasarkan kepada tradegi ini, kita

sebagai warganegara yang bertanggungjawab hendaklah mengambil iktibar dan

pengajaran supaya peristiwa sebegini tidak akan berulang lagi pada masa akan datang.

Konklusinya, istilah perpaduan sangat perlu diterapkan dalam diri setiap individu agar

permasalahan sebegini tidak lagi tercetus dan seterusnya menjamin keamanan dan

kemakmuran negara yang kita cintai.

Akhir sekali, menurut Lewenstein (1963), dalam Omardin Haji Ashaari (1996),

juga berpendapat bahawa “pengajaran sejarah dapat mencetuskan semangat

kebangsaan dan cintakan tanah air”. Pemahaman dan pengetahuan terhadap sejarah

mempengaruhi kesetiaan dan semangat perjuangan masyarakat terhadap negara

mereka. Mengembangkan semangat kesetiaan dan kebangsaan dalam kalangan

warganegara amat penting memandangkan wujudnya corak dan keadaaan masyarakat

berbilang kaum di negara ini. Tuntasnya, penghayatan terhadap sejarah amatlah

penting dalam generasi kehidupan generasi alaf ke-21 ini bagi memberi penafsiran,

gambaran, tanggapan, serta memahami keadaan yang sebenar masyarakat pada

zaman dahulu supaya segala kebaikan yang dilakuan oleh masyarakat terdahulu dapat

diteladani dan dipelajari oleh generasi muda pada zaman yang serba moden ini.