tugasan projek psv ppg 2

4
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN SABAH. TUGASAN PROJEK TAJUK PROGRAM : PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) MOD KURSUS DALAM CUTI NAMA PELAJAR : TAJUK KURSUS : PSV 3103 KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK SEMESTER : 2 TARIKH MULA 21 JULAI 2012 TARIKH HANTAR 1 SEPTEMBER 2012 HASIL PEMBELAJARAN KURSUS 1. Membanding beza peringkat pengutaraan tampak kanak-kanak mengikut pandangan tokoh-tokoh pendidik dan pengkaji lukisan kanak- kanak. 2. Menjelaskan konsep kreativiti, estetika dan ekspresi visual 3. Menghurai ciri-ciri kreativiti, estetika dan ekpresi visual dan faktor yang menghalang kreativiti kanak-kanak 4. Menganalisis ciri lukisan kanak-kanak berdasarkan peringkat perkembangan fizikal, emosi, rohani, sosial, mental dan estetik. 5. Mengaplikasikan rangsangan lukisan kanak-kanak mengikut peringkat-peringkat perkembangan. 6. Membuat apresiasi dan menghargai lukisan kanak-kanak. Kerja Kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3, 5, dan 6 OBJEKTIF TUGASAN PROJEK Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut : 1. Mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber tentang konsep pendidikan kanak-kanak, kreativiti, pandangan tokoh seni terhadap seni kanak-kanak dan peringkat perkembangan pengutaraan tampak kanak- kanak. 2. Menganalisis dan membuat huraian terperinci mengenai maklumat tersebut. 3. Membuat perbandingan ciri-ciri kreativiti kanak-kanak dan orang dewasa serta menjelaskan kaedah menarik minat kanak-kanak untuk berkarya. 4. Menjalankan kajian terhadap lima lukisan kanak-kanak yang berumur antara 2 hingga 12 tahun beserta latarbelakang kanak- kanak dan visual gambar penghasilan lukisan. 5. Menganalisis dan membuat apresiasi terhadap lukisan kanak-kanak tersebut.

Upload: siti-jamariah

Post on 27-Oct-2015

49 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

psv

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan Projek PSV PPG 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN SABAH.

TUGASAN PROJEK

TAJUK PROGRAM : PROGRAM

PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

MOD KURSUS DALAM CUTI

NAMA PELAJAR :

TAJUK KURSUS : PSV 3103 KREATIVITI DAN

SENI KANAK-KANAK

SEMESTER : 2

TARIKH MULA 21 JULAI 2012 TARIKH HANTAR 1 SEPTEMBER 2012

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS

1. Membanding beza peringkat pengutaraan tampak kanak-kanak mengikut pandangan tokoh-tokoh pendidik dan pengkaji lukisan kanak-kanak.

2. Menjelaskan konsep kreativiti, estetika dan ekspresi visual3. Menghurai ciri-ciri kreativiti, estetika dan ekpresi visual dan faktor yang menghalang

kreativiti kanak-kanak4. Menganalisis ciri lukisan kanak-kanak berdasarkan peringkat perkembangan fizikal,

emosi, rohani, sosial, mental dan estetik.5. Mengaplikasikan rangsangan lukisan kanak-kanak mengikut peringkat-peringkat

perkembangan.6. Membuat apresiasi dan menghargai lukisan kanak-kanak.

Kerja Kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3, 5, dan 6

OBJEKTIF TUGASAN PROJEK

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut :1. Mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber tentang konsep pendidikan

kanak-kanak, kreativiti, pandangan tokoh seni terhadap seni kanak-kanak dan peringkat perkembangan pengutaraan tampak kanak-kanak.

2. Menganalisis dan membuat huraian terperinci mengenai maklumat tersebut.3. Membuat perbandingan ciri-ciri kreativiti kanak-kanak dan orang dewasa serta

menjelaskan kaedah menarik minat kanak-kanak untuk berkarya.4. Menjalankan kajian terhadap lima lukisan kanak-kanak yang berumur antara 2 hingga

12 tahun beserta latarbelakang kanak-kanak dan visual gambar penghasilan lukisan.5. Menganalisis dan membuat apresiasi terhadap lukisan kanak-kanak tersebut.

TAJUK TUGASAN PROJEK (100%)

Tugasan kursus bagi subjek Kreativiti dan Seni Kanak-kanak adalah bertujuan melengkapkan guru pelatih dengan ilmu pengetahuan berkaitan dengan konsep, latar belakang kanak-kanak, teori perkembangan pengutaraan tampak kanak-kanak, tokoh-tokoh pendidik dan pengkaji lukisan kanak-kanak. Selain itu, tugasan ini juga membuka peluang kepada guru pelatih untuk mendekati kreativiti dan imaginasi kanak-kanak, nilai estetika dan ekspresi visual. Tidak kurang penting rangsangan yang perlu dititikberatkan pada minat kanak-kanak, faktor-faktor yang mempengaruhi lukisan kanak-kanak dan menjalankan apresiasi terhadap hasil seni 2 dan 3 dimensi. Kebolehan memperlihatkan pemerolehan ilmu bersifat teori serta konsep yang mantap dan keupayaan menjalankan kajian serta dapat menganalisis serta

Page 2: Tugasan Projek PSV PPG 2

mengapresiasi karya seni visual secara ilmiah memberi impak baik bagi melahirkan seorang guru Pendidikan Seni Visual yang berkualiti dan berketrampilan akademik.

PERINCIAN TUGASAN

Tugasan A:

1. Berdasarkan pernyataan di atas, dapatkan maklumat daripada pelbagai sumber tentang: (i) Konsep pendidikan kanak-kanak, kreativiti, pandangan tokoh seni terhadap

seni kanak-kanak dan peringkat perkembangan pengutaraan tampak dan intelektual kanak-kanak.

(ii) Menganalisis dan membuat huraian terperinci mengenai maklumat tersebut.(iii) Membuat perbandingan ciri-ciri kreativiti kanak-kanak dan orang dewasa

serta menjelaskan kaedah menarik minat kanak-kanak untuk berkarya.

(50 Markah)Tugasan B:

(i) Menjalankan kajian terhadap lima lukisan kanak-kanak yang berumur antara 2 hingga 12 tahun. Latarbelakang kanak-kanak dan visual gambar penghasilan lukisan perlu disertakan.

(ii) Menganalisis dan membuat apresiasi terhadap lukisan kanak-kanak tersebut..

(50 Markah)

Tugasan perlu didokumentasi dan dihantar dalam bentuk ‘Hardcopy’ dan ‘Softcopy’(CD)

PANDUAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS

1. Tugasan ini adalah tugasan INDIVIDU.2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul maklumat dari pelbagai

sumber.3. Penulisan ilmiah yang dihasilkan perlulah menggunakan laras bahasa seni yang

sesuai.3. Maklumat boleh juga dipaparkan dalam bentuk visual (pengurusan grafik) bagi

mengukuhkan fakta dan sebagainya.4. Format penulisan tugasan adalah seperti berkut :

i. Fon Arial bersaiz 12ii. Format helaian adalah potretiii. Langkau satu setengah barisiv. Rujukan mengikut format APAv. Lampiran

5. Format muka depan tugasan adalah seperti berkut :i. Logo rasmi IPGii. Programiii. Namaiv. No. Matrikv. Kod Kursus dan Nama Kursusvi. No. Telefonvii. Nama dan tandatangan pensyarah

6. Amalan plagiat TIDAK DIBENARKAN.7. Panjang tugasan tidak kurang daripada 20 muka surat (termasuk persembahan

visual)8. Tugasan ini membawa markah 100%.

Page 3: Tugasan Projek PSV PPG 2

TUGASAN YANG BAIK HARUS MENUNJUKKAN KRITERIA-KRITERIA BERIKUT:

1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.2. Tugasan anda perlu merangkumi perkara berikut :

i. Pemahaman yang mendalam berkaitan dengan konsep pendidikan kanak-kanak, kreativiti, pandangan tokoh seni terhadap seni kanak-kanak dan peringkat perkembangan pengutaraan tampak dan intelektual kanak-kanak.

ii. Perbandingan ciri-ciri kreativiti kanak-kanak dan orang dewasa serta menjelaskan kaedah menarik minat kanak-kanak untuk berkarya yang jelas.

iii. Pengkajian terhadap lukisan kanak-kanak yang sesuai serta proses menganalisis dan apresiasi yang bertepatan.

iii. Bukti dan bahan-bahan yang menyokong hujah anda hendaklah dikemukakan.

iv. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dan sokongan ilmiah.

v. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.

KRITERIA PEMARKAHAN

Tugasan kerja projek akan disemak berdasarkan kriteria pemarkahan yang disediakan.

Tugasan disediakan oleh: Disahkan oleh:

_______________________ _____________________

(MOHD SAWARI BIN RAHIM) (KANG HWA CHOO)Pensyarah Pendidikan Seni Visual Menjalankan Tugas Ketua Jabatan Jabatan Pengajian Sains Sosial Jabatan Pengajian Sains Sosial IPG Kampus Kent IPG kampus Kent010-3424707