intership ppg

Upload: caby-tasha-caca

Post on 06-Jan-2016

279 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

notes

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

INTERNSHIP PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH(PGSR)DANPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU(PPG)

1. KONSEPInternship adalah latihan lapangan yang bertujuan untuk mengembang serta mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada sebagai seorang guru. Pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan menilai projek inovasi yangberkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pada peringkat ini,pelajar perlu menunjukkan daya kreativiti dan inovasi dalam pengajaran danpembelajaran di sekolah. Internship juga memberi peluang kepada pelajar untukmeningkatkan kompetensi diri, keyakinan, ketahanan dan jati diri serta membentuk sifat kepemimpinan serta memupuk nilai profesionalisme keguruan ke arah melahirkan guruyang berinovasi.2. OBJEKTIFMelalui Internship, pelajar dapat:i. Merancang dan melaksana projek inovasi yang berkaitan dengan pengajarandan pembelajaran di dalam bilik darjah.ii. Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti dan integriti dalam melaksanakan tugas.iii. Menampilkan ciri-ciri kepemimpinan bersesuaian dengan tanggungjawab yang diberikan.iv. Mengaplikasi kemahiran komunikasi secara berkesan dengan komunitisekolah/tempat bertugas dalam pelbagai situasi.v. Menunjukkan usaha menangani pelbagai cabaran untuk memenuhi kehendak program pendidikan semasa.vi. Membuat refleksi dan menilai amalan pengajaran dan pembelajaran serta projek inovasi yang telah dilaksanakan untuk penambahbaikan yang berterusan.

vii. Memantapkan usaha dan inisiatif ke arah pemupukan ciri-ciri inovasi dan kreativiti dalam meningkatkan nilai profesionalisme keguruan secara berterusan.

3. PROSEDUR PELAKSANAANi. TempohPelajar perlu menjalani Internship selama empat (4) minggu dengan peruntukan sebanyak dua (2) kredit dalam Semester 8.ii. Penempatan InternshipPelajar wajib menjalani Internship di sekolah rendah sahaja.iii. Bilangan Waktu Mengajar Bilangan waktu mengajar untuk pelajar yang terdiri daripada Guru Besar/Penolong Kanan/Ketua Panitia/guru yang mengajar di sekolah rendah adalah tertakluk kepada pihak sekolah.

Bilangan waktu mengajar untuk pelajar yang tidak mengajar di sekolah rendah seperti PPPBS yang bertugas di Bahagian-bahagian di KPM/JPN/PPD/SM adalah sebanyak 2 - 4 waktu seminggu di sekolah rendah.iv. Mata PelajaranPelajar wajib mengajar mata pelajaran bidang pengkhususan sahaja disamping melaksanakan tugas hakiki dalam tempoh Internship.( Pelan Tindakan Intership)v. Taklimat InternshipPelajar wajib menghadiri taklimat Internship yang dikendalikan oleh Unit Praktikum IPGK.vi. PortfolioPelajar mesti menyediakan portfolio Internship (rujuk Lampiran 3).4. PROJEK INTERNSHIPi. Pelajar wajib melaksanakan satu (1) projek inovasi dalam pengajaran danpembelajaran (PdP) yang berkaitan dengan major masing-masing. Projek tersebut perlu dibuat rakaman video berdurasi 20 30 minit (satu waktu)ii. Pelajar dikehendaki mengaplikasikan inovasi tersebut dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah.iii. Projek inovasi hendaklahdijalankan secara individu dan atas pembiayaansendiri.iv. Pelajar perlu menyediakan kertas cadangan yang menjelaskan objektif, strategi dan pelan tindakan projek inovasi.v. Pelajar hendaklah membuat penilaian pelaksanaan dan keberkesanan projek inovasi dalam PdP yang telah dilaksanakan. Sehubungan dengan itu, penulisan perancangan dan laporan perlu melibatkan output, outcome,aplikasi ilmu, kreativiti dan inovasi.

vi. Pelajar hendaklah menyediakan laporan bertulis antara 8 10 muka surat(tidak termasuk abstrak, lampiran atau keterangan berkenaan bahangrafik seperti rajah, peta, jadual, gambar, illustrasi dan sebagainya) mengenai projek yang dijalankan berdasarkan panduan yang disediakan (rujuk Lampiran 1).vii. Laporan bertulis yang dimuatkan di dalam portfolio, portfolio internship berserta rakaman video pelaksanaan projek inovasi dalam PdP hendaklah diserahkan kepada mentor/pensyarah dalam tempoh SATU (1) mingguselepas tamat Internship untuk dinilai.5. PENETAPAN MENTOR/PENILAI DAN PENGURUS SEKOLAH YANGMENGESAHKAN MARKAH PENILAIAN BAGI PELAJAR YANG MENGIKUTIINTERNSHIP

i. Ketetapan mentor dan pengurus sekolah/tempat bertugas yangmengesahkan markah penilaian bagi pelajar yang mengikuti Internshipadalah seperti berikut :-6. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB(i) Pelajara) Menghadiri taklimat yang dikendalikan oleh Unit Praktikum IPGK.b) Memahami, menghayati dan berusaha mencapai matlamat dan objektifInternship.c) Memaklumkan kepada Unit Praktikum (PPPBS yang bertugas diBahagian-bahagian di KPM/JPN/PPD/SM):i. maklumat sekolah yang dipilih untuk melaksanakanInternshipii. mentor yang telah dilantik oleh pengurusan sekolahberkenaand) Menyediakan kertas cadangan projek inovasi yang akan dilaksanakan sebelum menjalani Internship.e) Berbincang dengan pengurus sekolah dan mentor/pensyarah untukmencapai persetujuan bersama tentang projek inovasi yang akandilaksanakan.f) Membina hubungan profesional dengan pengurus sekolah,guru/pegawai dan staf sokongan..g) Mematuhi dan mengamalkan Tatasusila Profesion Perguruan, Etika Kerja Kementerian Pendidikan Malaysia, peraturan IPG, dan peraturan sekolah.h) Hadir ke sekolah/tempat bertugas dan terlibat dengan aktiviti anjuran sekolah/tempat bertugas sepanjang tempoh Internship. Pelajar kategori PPPBS yang bertugas di Bahagian-bahagian di KPM/JPN/PPD/SM dikehendaki hadir ke sekolah satu (1) hari untuk sesi persekolahan dalam seminggui) Merekod kehadiran pada setiap hari persekolahan/bertugas.j) Melengkap dan menghantar borang kehadiran Internship kepada Unit Praktikum IPGK.k) Melaksanakan projek inovasi dalam PdP yang dicadangkan secara individu. Projek inovasi dalam PdP hendaklah berkaitan dengan mata pelajaran pengkhususan, praktikal dan boleh disempurnakan dalam masa empat minggu. Projek inovasi hendaklah asli dan tidak memplagiat inovasi terdahulu. Walau bagaimanapun, penambahbaikan terhadap projek inovasi sedia ada adalah dibenarkan. Contoh Projek Inovasi dalam PdP:i. Kaedah Baca Cepat Dalam Pengajaran Jawi (bidang Pendidikan Islam)ii. Rekreasi Matematik (bidang Matematik)iii. Teknik Parodi Dalam Set Induksi (bidang Sains Sosial)

l) Membuat rakaman video satu slot pengajaran pelaksanaan projekinovasi tersebut berdurasi selama 20 hingga 30 minit (1 waktu) dalambentuk cakera padat (CD) beserta RPH. Pelajar perlu membuat duasalinan rakaman video tersebut di mana satu salinan masing-masinguntuk diserahkan kepada mentor dan Unit Praktikum IPG untuk prosespenilaian dalam tempoh satu minggu selepas tamat Internship.(Pelajar juga dinasihatkan membuat 1 salinan rakaman dalam fail peribadi)m) Membina dan melengkapkan portfolio Internship yang mengandungi antaranya laporan bertulis projek inovasi serta menghantar kepada mentor/penilai

n) Mengamalkan pemikiran reflektif dan membuat penulisan refleksi pada setiap minggu sepanjang tempoh Internship berpandukan format yang ditetapkan. (rujuk Lampiran 2 dan 2a).o) Menghantar portfolio internship untuk dinilai oleh mentor yang dilantik pihak sekolah dalam tempoh satu (1) minggu selepas tamat Internship. Seterusnya portfolio internship yang telah dinilai oleh mentor perlu dihantar ke IPGK untuk proses penilaian oleh pensyarah yang berkenaan selewat-lewatnya dua (2) minggu selepas tamat Internship.(iv) Pensyarah

a) Menerima surat pelantikan sebagai penilai daripada Pengarah IPGK.b) Menerima maklumat berkaitan Internship daripada Unit Praktikum.c) Menyemak dan menilai portfolio serta rakaman pelaksanaan projekinovasi pelajar dalam PdP. d) Melengkapkan dan menyerahkan Borang Penilaian (PR5) kepada Unit Praktikum7. KEHADIRAN INTERNSHIPa) Pelajar wajib hadir 100% kecuali dengan kebenaran Pengarah JPN/Pengarah IPGK /Pegawai Pendidikan Daerah /Pengetua/Guru Besar/Ketua Jabatan tempat bertugas tetapi tidak melebihi 30% daripadajumlah hari internship adalah atas sebab-sebab berikut: Pelajar sakit atau cedera dan disahkan oleh pegawai perubatan. Menjadi saksi atau terlibat dalam perbicaraan kes mahkamah. Keluarga terdekat meninggal dunia dengan disertakan sijil kematian.(Nyatakan ahli keluarga terdekat. Rujuk Pekeliling PerkhidmatanAwam Bab Cuti) Peristiwa di luar jangkaan atau hal-hal kecemasan.

b) Kehadiran yang kurang daripada 100% tanpa sebab atau tanpakebenaran, kesnya akan dirujuk kepada pihak jawatankuasatatatertib IPGK untuk tindakan seperti yang berikut:

8. PENANGGUHAN INTERNSHIPa) Semua permohonan penangguhan Internship hendaklah dibuat kepadaRektor IPGM melalui Pengarah IPGK.b) Kelulusan penangguhan Internship tertakluk kepada keputusan yangdibuat oleh Rektor IPGM.c) Penangguhan tidak boleh melebihi satu tahun selepas tamat tempohpengajian.d)Internship yang tertangguh perlu disempurnakan sebagai syarat lulus dan sebelum boleh dianugerahkan ijazah.e) Pelajar mesti melaporkan diri ke IPGK asal mereka selepas tamat tempoh penangguhan yang dimohon untuk meneruskan Internship.f) Pelajar tidak dibenarkan menukar sekolah penempatan Internship kecuali dengan kelulusan Pengarah IPGK. g) Pelajar tidak dibenarkan bertukar IPGK ketika melaksanakan Internshipkecuali dengan kebenaran Rektor IPGM9. PENILAIAN INTERNSHIPa) Penilaian oleh mentor/pensyarah terhadap projek inovasi dalampengajaran dan pembelajaran akan dilaksanakan selepas tamat internship.b) Penilaian pelajar dalam Internship melibatkan aspek-aspek perancangan,pelaksanaan dan penilaian projek inovasi yang dijalankan, penulisan refleksi.c) Penilaian Internship pelajar PPG dilakukan oleh mentor (50%) danPensyarah (50%) menggunakan Borang PR5 (Rujuk Lampiran 4 dan4a).d) Pengesahan markah penilaian yang dilakukan oleh mentor dilakukan oleh Guru Besar.e) Pengesahan markah penilaian yang dilakukan oleh Pensyarah dilakukanoleh Ketua Jabatan di IPGK.f) Wajaran bagi penilaian pelajar adalah seperti berikut:

g) Komponen Penilaian Internship adalah seperti berikut :-

10. SYARAT LULUS ATAU GAGAL INTERNSHIPa) Syarat penentuan keputusanPrestasi pelajar dalam Internship diputuskan mengikut gred seperti yangditetapkan dalam syarat dan peraturan sistem peperiksaan, penilaian dan penganugerahan pendidikan guru yang dikeluarkan oleh Senat.b) Penentuan lulus berdasarkan kepada syarat-syarat berikut:- Kehadiran 100 %. Lulus dalam penilaian Internship (rujuk PR5) Tidak melanggar mana-mana peraturan di bawah Akta 174 dandisabitkan kesalahan.c) Penentuan gagal Internship berdasarkan kepada syarat-syarat berikut:- Pelajar tidak memenuhi syarat-syarat seperti disenaraikan dalam syarat penentuan lulus.d) Pelajar yang lulus/gagal perlu disahkan oleh JKIPIPGK/JKIAPIPGK.e) Pelajar yang gagal diberi peluang mengulang sekali sahaja.LAMPIRAN Terima KasihUnit Amalan ProfesionalIPG Kampus Perempuan Melayu