ppg sintaksis ia

37
BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Upload: haly76

Post on 04-Jan-2016

286 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ppg Sintaksis Ia

BML 3063

SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Page 2: Ppg Sintaksis Ia

SINTAKSIS - Pengenalan

Cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat.

Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.

Page 3: Ppg Sintaksis Ia

FUNGSI SINTAKSIS

Fungsi sintaksis ialah hubungan antara unsur-unsur bahasa yang dilihat dari sudut penggunaannya dalam ujaran atau klausa.

Jenis fungsi sintaksis yang umum ialah subjek, predikat, objek, dan keterangan.

Page 4: Ppg Sintaksis Ia

FUNGSI SINTAKSIS

Subjek ialah benda atau perkara yang ingin diterangkan.

Predikat ialah cerita atau perihal yang menerangkan subjek.

Subjek + Predikat = AyatSubjek + Predikat = Ayat BiasaPredikat + Subjek = Ayat Songsang

Page 5: Ppg Sintaksis Ia

FUNGSI SINTAKSIS

SUBJEK PREDIKAT

Azmi pergi ke sekolah.

Kambing itu kepunyaan saya.

Modul Bahasa Melayu ditulis oleh Cikgu Ali.

Page 6: Ppg Sintaksis Ia

FUNGSI SINTAKSIS

Objek (kata nama) berfungsi wajib mengikuti kata kerja dalam binaan ayat transitif. Jika tidak, ayat yang dibina itu menjadi salah atau tidak gramatis.

Contoh :

Pak Ali membuang sampah. (Subjek) (FK) (Objek)

Hakim menyiang ikan.Suraya sedang melipat kain. Anis terlanggar seekor anak kucing.

Page 7: Ppg Sintaksis Ia

FUNGSI SINTAKSIS

Keterangan/adverba

Perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama, dan sendi nama dari segi cara, masa, dan tempat.

Za’ba: sifat kata Asmah: adverba.

Adverba baru dimasukkan dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan tergolong sebagai salah satu kata tugas.

Page 8: Ppg Sintaksis Ia

FUNGSI SINTAKSISKeterangan/adverba

Keterangan boleh hadir dalam ayat dalam dua kedudukan, iaitu sama ada sebelum unsur yang diterangkan atau selepas unsur yang diterangkan.

Bentuk adverba: (i) Adverba jati: tiba kelmarin, menulis begini, kerap kali

bertegur sapa, nyaris tertembak (ii) Adverba yang asalnya kata adjektif: bertiup kencang,

ketawa besar, hampir terjatuh, sakit kuat, besar panjang, tinggi lampai, segera ke pejabat

Page 9: Ppg Sintaksis Ia

FUNGSI SINTAKSIS

Bentuk keterangan/adverba

(iii) Adverba yang asalnya kata kerja: berjalan mengiring, terbang mengawan, hitam berkilat, putih berseri.

(iv) Adverba bentuk kata ganda: pura-

pura tidak dengar, jarang-jarang datang; tinggal bermalam-malam.

Page 10: Ppg Sintaksis Ia

FUNGSI SINTAKSISPELENGKAP

Pelengkap (terdiri daripada kata nama, kata adjektif dan kata sendi nama) ialah unsur yang perlu mengikuti kata kerja tak transitif (KKTT) untuk melengkapkan ayat.

Unsur pelengkap tidak sama dengan objek atau penyambut kerana objek atau penyambut hadir selepas Kata Kerja Transitif yang boleh mengalami proses pasif. Ayat yang mengandungi pelengkap tidak boleh dipasifkan.

1. Keadaan banjir sudah beransur surut.2. Pasaran saham di Malaysia sudah bertambah baik.3. Pengemis itu tidur berbantalkan lengan.4. Ying Ying bercita-cita untuk menjadi arkitek.5. Cikgu Zakiah tinggal di Kepala Batas.6. Hampir lima tahun Mak Limah menetap di kampung ini.

Page 11: Ppg Sintaksis Ia

Ayat

DefinisiAyat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap.

Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna.

Page 12: Ppg Sintaksis Ia

Binaan Ayat

Setiap pembentukan ayat dalam sesuatu bahasa dikenali sebagai satu binaan atau konstruksi.

Sesuatu binaan ayat itu bukan sekadar gabungan atau rentetan bentuk kata yang sewenang-wenangnya tetapi terbentuk daripada susunan beberapa unit kecil rangkaian kata yang dalam ilmu bahasa dikenali sebagai unsur atau konstituen.

Page 13: Ppg Sintaksis Ia

Binaan Ayat

• Ayat mengandungi unsur klausa, unsur frasa dan perkataan.

• Ayat terdiri daripada subjek dan predikat.

• Subjek dan predikat ialah dua bahagian yang mesti ada dalam setiap ayat.

• Subjek ialah suatu binaan yang menjadi hal atau judul percakapan atau penulisan, dan predikat pula ialah suatu binaan yang menerangkan perkaratersebut

Page 14: Ppg Sintaksis Ia

BINAAN SUBJEK DAN PREDIKATStruktur Binaan Ayat

Ayat ialah binaan yang terdiri daripada konstituen (unsur) ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat.

Contohnya: Hakimi tersenyum. FN FK (subjek) (predikat)

Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu:

(i) Hakimi (kategori FN - subjek)(ii) tersenyum (kategori FK - predikat)

Bahagian subjek dan predikat merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu.

Page 15: Ppg Sintaksis Ia

Subjek dan predikat

Subjek ialah konstituen, sama ada terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan, yang bersifat frasa nama dan menjadi unsur yang diterangkan.

Predikat ialah kumpulan perkatan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek.

Page 16: Ppg Sintaksis Ia

SUBJEK DAN PREDIKAT

Predikat sesuatu ayat tunggal dapat dibina daripada unsur-unsur (kategori) frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama.

Aini sedang menyiang ikan.(FN) (KB) (FK) (FN)

subjek Predikat

Page 17: Ppg Sintaksis Ia

BINAAN SUBJEK DAN PREDIKAT

Subjek

Subjek ialah konstituen, sama ada terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan,yang bersifat frasa nama dan menjadi unsur yang diterangkan.

Menurut Profesor Abdullah Hassan dalam bukunya Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis untuk guru dan pelajar,subjek ialah benda.

Istilah lain untuk subjek ialah hal.Subjek juga dikenali sebagai perkara yang diceritakan.

Page 18: Ppg Sintaksis Ia

Binaan Subjek

Unsur-unsur subjek mestilah terdiri dariapda orang, benda atau perkara.

Contoh:

Dia juga pandai memasak.

Subjek dalam ayat ini adalah kata ganti nama diri (dia) merujuk kepada manusia.

Page 19: Ppg Sintaksis Ia

BINAAN SUBJEK

Kata Nama

Kata nama yang menjadi subjek sesuatu ayat boleh terbentuk daripada kata nama am, kata nama khas, atau kata nama terbitan.

Contoh

Zanariah sedang bersedih sekarang.

Subjek ayat ini adalah Zanariah iaitu kata nama khas hidup manusia.

Page 20: Ppg Sintaksis Ia

BINAAN SUBJEKKata Kerja Yang Berfungsi Sebagai Kata Nama Subjek

Kehadiran kata kerja sebagai subjek dalam ayat bukanlah suatu perkara baru. Terdapat kata kerja yang mengambil tugas kata nama.

Contoh:

Bersenam dapat menyihatkan badan.

ialah suatu frasa kerja yang menduduki kedudukan subjek frasa nama.

Bersenam boleh diikuti oleh suatu frasa nama seperti ‘aktiviti ‘ yang menjadikannya suatu frasa nama – aktiviti bersenam.

Page 21: Ppg Sintaksis Ia

BINAAN SUBJEKKata Adjektif Yang Berfungsi Sebagai Subjek

Kata adjektif juga merupakan salah satu unsur yang dijadikan subjek dalam ayat.

Subjek Predikat

Merah lambang keberanian.Besar tidak bererti kuat.

Page 22: Ppg Sintaksis Ia

PREDIKAT

Predikat ialah kumpulan perkatan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek.

Manakala menurut profesor Abdullah Hassan dalam bukunya Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis, predikat ialah bahagian yang mengandungi ayat yang mengandungi cerita.

Cerita itu ialah berkenaan benda,orang ataupun perkara yang disebut dalam subjek.Predikat mempunyai fungsinya yang tersendiri.

Page 23: Ppg Sintaksis Ia

FUNGSI PREDIKAT

Antara fungsi predikat adalah memberitahu maklumat lanjut berkenaan benda, memberitahu apa yang dilakukan oleh benda, memberitahu sifat-sifat benda, dan memberitahu di mana, ke mana, mengapa, bagaimana, dengan sifat dan bila.

Oleh yang demikian, predikat boleh terdiri daripada mana-mana satu jenis daripada empat jenis frasa iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa sifat dan frasa sendi.

Page 24: Ppg Sintaksis Ia

BINAAN PREDIKAT

Predikat sesuatu ayat dapat dibina daripada unsur-unsur utama seperti frasa nama,frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Page 25: Ppg Sintaksis Ia

BINAAN PREDIKAT

(i) Predikat Frasa Nama

Predikat Frasa Nama yang menjadi predikat sama seperti binaan frasa nama yang berfungsi sebagai subjek dalam sesuatu ayat.

Unsur ini boleh terbina daripada kata nama am, kata nama khas, dan kata nama terbitan.

Contoh:

Aini seorang guru.

Page 26: Ppg Sintaksis Ia

BINAAN PREDIKAT(ii) Predikat Frasa Kerja

Frasa kerja yang menjadi predikat dalam boleh terbentuk daripada beberapa unsur seperti unsur kata kerja asal, kata kerja terbitan, kata bantu dan unsur-unsur keterangan.

Kata kerja asal terdiri daripada dua jenis iaitu kata kerja asal tidak berimbuhan dan asal berimbuhan.

Contohnya:

Kakak sedang menggoreng ikan.

Page 27: Ppg Sintaksis Ia

BINAAN PREDIKAT(iii) Frasa Adjektif

Frasa adjektif boleh berfungsi sebagai predikat.

Kata adjektif boleh didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh dan sebagainya.

Ada juga kata penguat yang boleh hadir sesudah kata adjektif seperti sungguh, sekali, betul dan benar.

Selain itu,kata adjektif juga boleh hadir bersama-sama kata bandingan seperti lebih dan paling dan juga boleh disertai imbuhan ter- yang membawa maksud “paling”.

Page 28: Ppg Sintaksis Ia

BINAAN PREDIKAT

Contoh frasa adjektif sebagai predikat:

(a) Cikgu Hamid rajin.

(b) Mahani sangat baik.

(c) Pemandangan itu cantik sungguh.

(d) Sofea paling pandai dalam kelas itu.

Page 29: Ppg Sintaksis Ia

BINAAN PREDIKAT(iv) Predikat Frasa Sendi Nama

Frasa sendi nama yang menjadi predikat terbina daripada kata sendi nama yang diikuti oleh frasa nama.Kata sendi nama adalah seperti di, ke, dari, daripada, kepada, untuk, pada, dengan, oleh, dan sebagainya.

Berikut adalah contoh ayat yang predikatnya terdiri daripada frasa sendi nama.

a) Rumah itu di atas bukit.

b) Mereka semua di bawah pokok.

Page 30: Ppg Sintaksis Ia

BINAAN FRASA

Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.

Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat.

Page 31: Ppg Sintaksis Ia

BINAAN FRASA

Empat jenis frasa:

Frasa Nama (FN)Frasa Kerja (FK) Frasa Adjektif (FA)Frasa Sendi Nama (FS)

Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik.

Page 32: Ppg Sintaksis Ia

BINAAN FRASAFrasa endosentrik

1. Frasa yang mengandungi satu unsur inti.

2. Unsur inti ini mewakili seluruh frasa berkenaan. Frasa dinamakan mengikut unsur inti ini.

3. FN, FK dan FS ialah frasa endosentrik.

4. Ini kerana kata nama, kata kerja, dan kata adjektif boleh menjadi unsur inti setiap frasa itu.

Contoh

sepasang mata biru (Inti frasa ini ialah mata, jenis kata nama)

Page 33: Ppg Sintaksis Ia

BINAAN FRASA

Frasa EksosentrikFrasa sendi nama seperti ke tandas, di sekolah tidak mempunyai unsur inti.

Kewujudan sendi nama di bergantung kepada sekolah dan ke kepada tandas.

Oleh itu, frasa jenis ini dikatakan frasa eksosentrik kerana pusatnya bergantung kepada suatu unsur luaran.

Page 34: Ppg Sintaksis Ia

KLAUSA

Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat yang menjadi konstituen kepada ayat.

Klausa merupakan ayat yang membentuk ayat majmuk.

Klausa terbahagi kepada dua jenis, iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas.

Page 35: Ppg Sintaksis Ia

BINAAN KLAUSA

Klausa bebasKlausa bebas ialah klausa yang boleh berdiri dengan sendiri dan apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna, klausa bebas ini akan menjadi ayat yang lengkap.

Contoh:

Ahmad menari. (klausa bebas)

Page 36: Ppg Sintaksis Ia

BINAAN KLAUSA

Klausa tak bebasKlausa tak bebas ialah klausa yang tidak dapat berdiri sendiri dan dalam ayat majmuk, klausa tak bebas ini dipancangkan ke dalam klausa bebas atau klausa utama.

Contoh:

Dia lulus dalam ujian kerana belajar bersungguh-sungguh.

Dia lulus dalam ujian (klausa utama/klausa bebas)kerana belajar bersungguh-sungguh (klausa tak bebas)

Page 37: Ppg Sintaksis Ia

TAMAT