modul titas ppg

27
5.0 Tokoh-Tokoh Tamadun Islam dan Tamadun Asia i. Tokoh-tokoh Tamadun Islam. 1 Ibn Khaldun 2 A-Lfarabi 3 Ibn Sina 4 Al-Khawarizmi 5 Al-Biruni 6 Al-Ghazali 7 Sheikh Tahir Jalaluddin 8 Hamka 9 Ibn Baitutah 10 Al-Zarkhali 11 Al-Haitham ii. Tokoh-Tokoh Tamadun Asia 1. Tokoh-tokoh Tamadun China 2. Tokoh-tokoh Tamadun India 3. Tokoh-tokoh Tamadun Jepun TOKOH-TOKOH TAMADUN ISLAM Ibnu Khaldun 1. Nama sebenar beliau ialah Abdul Rahman bin Muhammad bin Muhammad. 2. Belia lebih dikenali sebagai Ibnu Khaldun. 3. Beliau dilahirkan di Tunisia pada tahun 732 Hijrah bersamaan dengan tahun 1332 Masihi. 4. Keluarga beliau berketurunan Arab dari Yaman yang berhijrah ke Andalus. 5. Bapa Ibnu Khaldun adalah seorang sarjana terkenal. 6. Sejak Tunisia dilanda wabak taun pada tahun 749 hijrah,Ibnu Khaldun berpindah ke beberapa tempat iaitu Algeria, Fez, Granada, Bougie, dan Mesir. 7. Ibnu Khaldun meninggal dunia di kaherah, mesir pada tahun 808 hijrah bersamaan dengan tahun 1406 Masihi ketika berusia 87 tahun. Sumbangan Ibnu Khaldun dalam Bidang Ilmu dan Pemikiran Islam 1. Ibnu khaldun banyak meninggalkan sumbangan yang bernilai kepada tamadun manusia. 2. Ibnu khaldun berjaya menganalisis sejarah dari aspek kemasyarakatan,ekonomi,politik dan pendidikan dalam karyanya. 3. Beliau telah memberi panduan terbaik kepada manusia tentang asas pembinaan sesebuah tamadun. Beliau berpendapat bahawa sesebuah tamadun tertegak di atas hasil kombinasi di

Upload: razimi-husin

Post on 12-Jul-2015

1.682 views

Category:

Education


17 download

TRANSCRIPT

Page 1: Modul TITAS PPG

5.0 Tokoh-Tokoh Tamadun Islam

dan Tamadun Asia

i. Tokoh-tokoh Tamadun Islam.

1 Ibn Khaldun2 A-Lfarabi3 Ibn Sina4 Al-Khawarizmi5 Al-Biruni6 Al-Ghazali7 Sheikh Tahir Jalaluddin8 Hamka9 Ibn Baitutah10 Al-Zarkhali11 Al-Haitham

ii. Tokoh-Tokoh Tamadun Asia

1. Tokoh-tokoh Tamadun China2. Tokoh-tokoh Tamadun India3. Tokoh-tokoh Tamadun Jepun

TOKOH-TOKOH TAMADUN ISLAM

Ibnu Khaldun

1. Nama sebenar beliau ialah Abdul Rahman bin Muhammad bin Muhammad.2. Belia lebih dikenali sebagai Ibnu Khaldun.3. Beliau dilahirkan di Tunisia pada tahun 732 Hijrah bersamaan dengan tahun 1332 Masihi.4. Keluarga beliau berketurunan Arab dari Yaman yang berhijrah ke Andalus.5. Bapa Ibnu Khaldun adalah seorang sarjana terkenal.6. Sejak Tunisia dilanda wabak taun pada tahun 749 hijrah,Ibnu Khaldun berpindah ke beberapa tempat iaitu Algeria, Fez, Granada, Bougie, dan Mesir.7. Ibnu Khaldun meninggal dunia di kaherah, mesir pada tahun 808 hijrah bersamaan dengan tahun 1406 Masihi ketika berusia 87 tahun.

Sumbangan Ibnu Khaldun dalam Bidang Ilmu dan Pemikiran Islam

1. Ibnu khaldun banyak meninggalkan sumbangan yang bernilai kepada tamadun manusia.2. Ibnu khaldun berjaya menganalisis sejarah dari aspek kemasyarakatan,ekonomi,politik dan pendidikan dalam karyanya.3. Beliau telah memberi panduan terbaik kepada manusia tentang asas pembinaan sesebuah tamadun. Beliau berpendapat bahawa sesebuah tamadun tertegak di atas hasil kombinasi di

Page 2: Modul TITAS PPG

antara keunggulan rohani dengan jasmani.4. Ibnu Khaldun merupakan pelopor kepada pemikiran-pemikiran moden khususnya dalam bidang sejarah, politik, ekonomi, sosiologi dan pendidikan.

5. Kejayaan Ibnu Khaldun itu mendorang para sarjana mengiktiraf karya beliau sebagai bahan kajian dan rujukan dalam bidang-bidang tersebut.6. Sanjungan terhadap beliau hingga ke hari ini. Pemikiran beliau sering dijadikan wacana, tema-tema seminar, bengkal dan persidangan ilmiah serta judul-judul buku dan tesis di peringkat pengajian tinggi.7. Sebuah anugerah ilmiah yang berpestij dinamakan semperna nama beliau iaitu Ibnu Khaldun Chair Of Islamic Studies di Universiti Amerika.8. Nama Ibnu Khaldun diabadikan dalam sebuah universiti terkemuka di Jakarta Indonesia iaitu Universiti Ibnu Khaldun

Al-Farabi(Aristotle Kedua)

1. Tulisan ahli falsafah Yunani seperti Plato dan Aristotle mempunyai pengaruh yang besar terhadap pemikiran ahli falsafah Islam. Salah seorang ahli falsafah Islam yang terpengaruh dengan pemikiran kedua tokoh tersebut ialah Al-Farabi.2. Nama sebenarnya Abu Nasr Muhammad Ibnu Muhammad Ibnu Tarkhan Ibnu Uzlaq Al Farabi. 3. Beliau lahir pada tahun 874M (260H) di Transoxia yang terletak dalam Wilayah Wasij di Turki.

4. Bapanya merupakan seorang anggota tentera yang miskin tetapi semua itu tidak menghalangnya daripada mendapat pendidikan di Baghdad. Beliau telah mempelajari bahasa Arab di bawah pimpinan Ali Abu Bakr Muhammad ibn al-Sariy.

Sumbangan Al-Farabi

1. Sumbangan al-Farabi adalah dalam bidang mantik, falsafah dansosiologi. Beliau juga memberi sumbangan yang amat besardalam bidang ilmu hisab, sains, perubatan dan muzik. Beliau jugamerupakan pengarang ensiklopedia. Dalam bidang mantik, beliau membuat pengajiansistematik dengan membahagikan subjek kepada 2 kategori : Takhayyul(pendapat/ idea) dan Thubut (bukti / dalil).

2. Beliau mahir dalam muzik dan menyumbang karyanya serta menciptabeberapa alat muzik. Al-Farabi mampu membuat penontonnya tertawa ataumenangis hanya dengan memainkan alat muziknya. Karangannga tentangmuzik 'Kitab al-Musiqa' amat terkenal.

3. Buku beliau yang bertajuk 'Fusus al-Hikam' telah digunakan sebagaibahan teks falsafah buat beberapa abad di Eropah. Beliau banyakmempengaruhi bidang sains dan falsafah untuk beberapa abad lamanya.

Page 3: Modul TITAS PPG

Ibnu Sina

1. Nama sebenar beliau ialah Al-Hussain bin Abdullah bin Al-hasan bin Ali bin sina.2. Beliau dikenali sebagai Ibnu Sina di timur dan Avicenna di barat.3. Beliau dilahirkan pata tahun 370 Hijrah bersamaan dengan tahun 980 Masihi di Afsyanah,Bukhara,Turkistan. Beliau berasal daripada keturunan Turki.5. Bapanya ialah pengusaha Kharmathain , Bukhara.6. Selepas bapanya meninggal pada tahun 390 hijrah bersamaan dengan tahun 1000 masihi, Ibnu Sina berpindah ke Khawarizm, Jurjan, Rai dan Hamazan.7. Beliau pernah bertugas sebagai pakar perubatan di wilayah Rai dan penasihat agung Amir Ala Al-Daulah di Asfahan.8. Beliau meninggal dunia pada tahun 428 Hijrah bersamaan dengan tahun 1037 Masihi di Hamazan.

Sumbangan Ibnu Sina

1. Penemuan penyakit baru serta puncanya- Pengaruh kuman dalam penyakit.- Jangkitan virus seperti tibi dan sebagainya.- Penyakit seperti rubella, alahan(allergy), cacar (smallpox), penyakit jiwa dan seumpamanya

2. Penemuan dalam bidang farmasi- Menghasilkan ubat dan preskripsi yang mujarab untuk pelbagai jenis penyakit.- Ubat bius.- Membantu teknologi perubatan- Mencipta benang khusus untuk menjahit luka pembedahan.- Mencipta picagari dan lain-lain.

Kesan Peninggalan Ibnu Sina Dalam Bidang Ilmu Perubatan

1. Penyelidikan dan penulisan Ibnu Sina berjaya menggilap kembali bidang perubatan yang kian malap pada masa itu.2. Beliau melakukan metod pemerhatian (observation) dan analisis. Berdasarkan metod ini, ilmu perubatan berkembang maju hingga ke hari ini.3. Beliau juga banyak membuat analisis tentang pelbagai penyakit dan menyenaraikan lebih kurang 760 jenis penyakit serta kaedah merawatnya.4. Penyelidikan dan penulisan Ibnu Sina banyak mempengaruhi perkembangan ilmu perubatan moden.5. Pada zaman ini, hasil perkembangan sains dan teknologi telah muncul kaedah- kaedah perubatan baru menggunakan peralatan–peralatan canggih. Contohnya organ dalam badan

Page 4: Modul TITAS PPG

manusia boleh dilihat hanya menggunakan x-ray atau ultra sound. Oleh itu suatu penyakit atau kecederaan dapat dikesan dan dirawat dengan lebih cepat dan berkesan.

Sumbangan Ibnu Sina Dalam Bidang Ilmu Dan Pemikiran

1. Ibnu Sina menghasilkan 116 karya dalam pelbagai bidang separti falsafah, mantik, matematik, astronomi, kimia, fizik, biologi, dan sains politik.2. Buku-buku tersebut telah dihimpun oleh Domonican Institute For Orental Studies di kaherah, Mesir.3. Kemudian pada tahun 1950 masihi ia telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab dan dinamakan sebagai Muallafat Ibni Sina ( Karya-karya Ibnu Sina).4. Jasanya dihargai hingga ke hari ini. Sebuah universiti pendidikan di Hungry telah mengambil semperna nama beliau iaitu Avicenna College (kolej Ibnu Sina).

Al Khawarizmi

1. Nama al-Khawarizmi ialah Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi. Selain itu beliau dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff. Al-Khawarizmi dikenal di Barat sebagai al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi dan beberapa cara ejaan lagi.

2. Beliau dilahirkan di Bukhara. Tahun 780-850 masihi adalah zaman kegemilangan al-Khawarizmi. Al-Khawarizmi telah wafat antara tahun 220 dan 230M. Ada yang mengatakan al-Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan abad ke-9 masihi. Sumber lain menegaskan beliau hidup di Khawarism, Usbekistan pada tahun 194 hijrah bersamaan dengan 780 masihi dan meninggal tahun 266 hijrah bersamaan dengan 850 masihi di Baghdad.

Sumbangan Al-Khawarizmi

1. Al-Jabr wa’l Muqabalah : beliau telah mencipta pemakaian secans dan tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.

2. Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Beliau telah mengajukan contoh-contoh persoalan matematik dan mengemukakan 800 buah masalah yang sebagian besar merupakan persoalan yang dikemukakan oleh Neo Babylian dalam bentuk dugaan yang telah dibuktikan kebenarannya oleh al-Khawarizmi.

3. Sistem Nomor : Beliau telah memperkenalkan konsep sifat dan ia penting dalam sistem Nomor pada zaman sekarang. Karyanya yang satu ini memuat Cos, Sin dan Tan dalam penyelesaian persamaan trigonometri , teorema segitiga sama kaki dan perhitungan luas segitiga, segi empat dan lingkaran dalam geometri.

4. Banyak lagi konsep dalam matematik yang telah diperkenalkan al-khawarizmi . Bidang

Page 5: Modul TITAS PPG

astronomi juga membuat al-Khawarizmi terkenal. Astronomi dapat diertikan sebagai ilmu falaq (pengetahuan tentang bintang-bintang yang melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan, dan pemikiran serta tafsiran yang berkaitan dengan bintang).

Al Biruni

1. Nama penuh Al-Biruni ialah Abu Rayhan Muhammad bin Ahmad Al-Biruni.2. Beliau dilahirkan di Parsi dalam keluarga yang mementingkan pendidikan.3. Beliau merupakan sarjana abad ke-4 yang pakar dalam astronomi, sejarah dan bahasa.4. Al-Biruni telah memberikan sumbangan yang sangat besar dalam bidang astronomi untuk kegunaan praktis seharian.5. Karya beliau yang terbesar ialah ‘Sina’at al-tanjim’ (seni astronomi).

Sumbangan Al Biruni

1. Teori Alam Semesta• Alam semesta terletak di luar permukaan sfera yang terhad.• Menolak konsep graviti alam semesta.• Planet bergerak dalam bentuk elips.

2. Kosmogeni• Menulis kitab al-Tauhid yang membincangkan secara terperinci asal-usul alam semesta.• Menolak pandangan alam semesta ini keka

3. Teori Geosentrik• Menjelaskan teori tentang pergerakan matahari.• Menuliskan kitab al-Tatbiq fi Tahqiq Haraqat al-Syam menerangkan tentang pergerakan bumi.

4. Kalendar dan kronologi• Menerangkan tentang siang dan malam yang juga membuktikan panjang siang dalam setahun di kutub.• Mencipta sejenis alat untuk mengukur masa dan waktu di siang hari.• Menulis buku tentang tarikh.• Menulis buku tentang terbitnya fajar.• Qanun al-Masudi disusun sebagai pelengkap kepada semua teorinya.

5. Matahari• Kajian tentang sifat fizikal matahari – menunjukkan bahawa matahari ialah jasad yang panas

Page 6: Modul TITAS PPG

bagi letusan solar.• Gerakan tahunan – percaya kepada teori geosentrik yang menyatakan matahari bergerak mengelilingi bumi.• Panjang tahun solar adalah 365 hari, 5 jam, 49 minit. • Kejadian fajar dan senja diterangkan dalam kitab al-Lam’at. Fajar dan senja terjadi apabila matahari berada 18 darjah di bawah ufuk.

Al Ghazali

1. Imam Al-Ghazali dilahirkan pada tahun 450 Hijrah bersamaan dengan 1058 Masihi di at-

Taabiran/Ghazalah di bandar Tus, Khurasan (Iran).

2. Nama sebenarnya ialah Abu Hamad Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali.

3. Beliau digelar "Al-Ghazali" bersempena dengan gelaran bapanya yang bekerja sebagai pemintal bulu kambing (al-Ghazzal). Ada yang mengatakan mengambil sempena kampung kelahirannya, Ghazalah.

4. Beliau berasal dari keluarga yang miskin. Bapanya merupakan seorang ahli Sufi yang sangat warak. Bapanya mempunyai cita-cita yang tinggi iaitu ingin melihat anaknya menjadi orang alim dan soleh.

5. Imam Al-Ghazali adalah seorang ulama, ahli fikir dan ahli falsafah Islam yang terkemuka hingga kini.

6. Beliau meninggal dunia pada hari Isnin 14 Jamadilakhir tahun 505 Hijrah ( 1111 Masihi) di Tus dan jenazahnya dikebumikan di tempat kelahirannya.

Sumbangan Al-Ghazali

1. Imam Al-Ghazali berpendapat bahawa, untuk mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat,seseorang itu hendaklah mempunyai ilmu dan diamalkan dengan baik dan ikhlas hanya kerana Allah S.W.T.

2. Imam Al-Ghazali adalah merupakan ahli fikir Islam yang telah meninggalkan jasa yang dapat dinilai melalui hasil-hasil karyanya.

3. Beberapa hasil karya Imam Al-Ghazali telah diterjemahkan ke dalam berbagai-bagai bahasa Eropah untuk dijadikan rujukan kepada penuntut-penuntut di pusat-pusat pengajian tinggi. Hasil karya beliau yang terkenal ialah Ihya Ulumiddin yang merangkumi ilmu akidah, fikah,falsafah, akhlak dan tasawuf.

Page 7: Modul TITAS PPG

4. Segala hasil-hasil tulisan beliau telah mempengaruhi ahli fikir Islam selepasnya, seperti Jalaluddin ar-Rumi, Syeikh Al-Ashraf, Ibnu Rusyd dan Syah Waliyullah. Kebanyakkan hasil-hasil karya Imam Al-Ghazali berbentuk falsafah. Oleh hal yang demikian

5. Pengkaji-pengkaji Barat menganggap, Imam Al-Ghazali adalah seorang ahli falsafah. Antara hasil-hasil karya beliau yang lain termasuklah:

• i. Ihya Ulumiddin. ii. Al-Munqiz Min ad-Dalal

• iii. Mizanul-amal. iii.Tahafut al-Falasifah

• iv.Hidayah Al-Salikin v.Jawahir Al-Quran.

• vi. Minhaj al-Abidin vii. Asma Allah al-Husna

• viii. Ayyuha al-Walad ix. Kimia as-Sa’adah.

Al-Ghazali

RIWAYAT HIDUP

1. Dilahirkan pada tahun 450 Hijrah bersamaan

dengan tahun 1058 masihi di bandar Tus,Khurasan(Iran). Nama sebenarnya Abu Hamad Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali.

2. Beliau digelar “Al-Ghazali” bersempena dengan gelaran bapanya yang bekerja sebagai pemintal bulu kambing.Selain itu,beliau juga digelar “Abu Hamad” kerana salah seorang anaknya bernama Hamad.

3. Imam Al-Ghazali adalah seorang ulama,ahli fikir dan ahli falsafah Islam yang terkemuka yang banyak memberi sumbangan ke arah perkembangan tamadun manusia.

4. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Naib Canselor di Madrasah Nizamiah,pusat pengajian tinggi di Baghdad.

5. Imam Al-Ghazali meninggal dunia pada tahun 505 Hijrah bersamaan 111 Masihi di Tus.Jenazahnya dikebumikan di tempat kelahirannya.

SIFAT PERIBADI

1. Imam Al-Ghazali mempunyai daya ingatan yang kuat dan bijak berhujah sehingga digelar “Hujjatul Islam”.

2. Imam Al-Ghazali sangat mencintai ilmu pengetahuan.

Page 8: Modul TITAS PPG

3. Beliau terkenal sebagai ahli falsafah Islam yang telah mengharumkan nama ulama Islam di Eropah melalui hasil karyanya yang bermutu tinggi.

4. Sejak kecil beliau dididik dengan akhlak yang mulia.Beliau juga seorang yang kuat beribadat,warak dan zuhud.

5. Beliau mempunyai ketokohan dalam pelbagai bidang ilmu terutamanya fikah,usul fikah,dan siasah syariah.Oleh hal yang demikian,beliau digelar “fakih”.

Sumbangan Al-Ghazali

1. Merupakan ahli fikir Islam yang telah meninggalkan jasa yang tidak ternilai melalui hasil-hasil karyanya.

2. Hasil karya beliau telah diterjemahkan ke dalam berbagai-bagai bahasa Eropah untuk dijadikan rujukan.

3. Hasil karya beliau yang terkenal ialah Ihya Ulumuddin yang merangkumi ilmu akidah,fikah,falsafah,akhlak dan tasawuf.

4. Segala hasil tulisan beliau telah mempengaruhi ahli fikir selepasnya seperti Jalaluddin Ar-Rumi,Syeikh Al-Asyraf,Ibnu Rusyd,dan Syah Waliyullah.

5. Hasil karya Imam Al-Ghazali juga merangkumi pelbagai bidang termasuk fizik,metafizik,dan yang lain-lain.

6. Antara hasil-hasil karya beliau yang bermutu tinggi selain Ihya Ulumuddin termasuklah:

7. Mizanul-Amal

8. Al-Munkaz Minal Halal

9. Minhajul-Abidin

10. Tahafutul-falsafah

Syiekh Tahir Jalaluddin

• 1. Nama sebenar beliau ialah Muhammad Tahir Bin Syiekh Muhammad bin Ahmad Jalaluddin.2. Dilahirkan pada 7 november 1869 Masihi di Ampek Angkek, Bukit Tinggi, Sumatera Barat, Indonesia.3. Syiekh Tahir berasal dari keluarga berilmu.

Page 9: Modul TITAS PPG

4. Bapanya Syiekh Ahmad adalah seorang ulama dan hakim terkenal yang berketurunan melayu Minangkabau.5. Apabila Syiekh Tahir Jalaluddin kembali dari pengajian pada tahun 1900 masihi, beliau terus menetap di perak.

• 6. Antara tugas dan jawatan yang pernah disandang oleh Syiekh Tahir Jalaluddin ialahA. guru di Madrasah Al-Masyhur, Pulau Pinang.B. Guru di Mabrasah Parit Jamil,Muar Johor.C. Guru di Masjidil Haram MakkahD. Mufti negeri PerakE. Mufti negeri JohorF. Nazir sekolah-sekolah agama Johor.

7. Ketika menjadi mufti negeri Perak, beliau mendapat gelaran Syiekh.8. Beliau meninggal dunia pada 26 oktober 1956 Masihi di Perak.

Dalam bidang pemikiran1. Melalui majalah Al-Imam, Syeikh Tahhir Jalaluddin menyalurkan idea Islahnya serta maklumat-maklumat intelektual Islam untuk membebaskan masyarakat Melayu daripada sebarang unsur penjajahan fizikal dan pemikiran.

Dalam bidang pendidikan1. Syeikh Tahir Jalaluddin memberi sumbangan yang bermakna dalam bidang pendidikan.2. Pada tahun 1908 Masihi, beliau menubuhkan Madrasah Al-Iqbal Al-Islamiah di Singapura.3. Penubuhannya menjadi sumber inspirasi kepada penubuhan Madrasah Al-Iqbal Al-Islamiah di Riau, Al-Madrasah Al-Adabiah, di Sumatera Barat Madrasah Al-Hadi di Melaka dan Madrasah Al-Masyur, Pulau Pinang.

Dalam bidang ilmu Falak1. Syeikkh Tahir Jalaluddin merupakan orang yang bertanggung jawab mengembangkan ilmu falak di Malaysia.2. Kemahiran beliau dalam ilmu falak menyebabkan beliau di gelar Al-Falaki.3. Walaupun ilmu falak kurang mendapat sambutan ketika itu, namun beliau sentiasa optimis dengan keperluannya sebagai ilmu yang bersifat futurastik.4. Menjelang akhir tahun 60-an, ilmu falak mula mendapat perhatian khusus daripada pihak kerajaan. Ia mula dengan penubuhan jawatan kecil takwim Islam di bawah pusat Islam.5. Pusat-pusat pengajian tinggi juga menawarkan kursus falak syerie sebagaimana yang dilakukan oleh jabatan syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1981.

Dalam bidang kesusasteraan1. Syeikh Tahir Jalaluddin merupakan penggiat sastera. Ini terserlah melalui penulisan-penulisannya seperti yang terdapat dalam majalah Al-Imam dan seumpamanya.

Page 10: Modul TITAS PPG

Hamka

1. Nama sebenar beliau ialah Haji Abdul Malik bin Syeikh Abdul Karim bin Syeikh Muhammad Amarullah.2. Hamka ialah nama singkatan yang manggabungkan nama beliau dengan bapanya.3. Beliau dilahirkan pada 13 muharam 1362 hijrah bersamaan 16 februari 1908 Masihi di Desa Tanah Sirah, Sungai Batang, Maninjau, Minangkabau, Sumatera Barat,Indonesia.4. Bapanya ialah seorang ulama terkenal yang membawa pembaharuan di Minangkabau.

5. Antara jawatan dan tugas yang pernah disandang oleh Hamka ialah:(a) Guru agama di Tebing Tinggi, Medan dan Padang Panjang.(b) Pensyarah di Umiversiti Islam Jakarta.(c) Pensyarah di Universiti Muhammadiah Padang panjang.(d) Rector Perguruan Tinggi Jakarta.(e) Pegawai Tinggi Agama Indonesia.(f) Ketua umum Majlis Ulama Indonesia.6. Hamka menerima banyak anugerah daripada pelbagai pahak kerana jasa dan sumbangan beliau.7. Hamka meninggal dunia pada 24 Julai 1981 Masihi ketika berusia 73 tahun.

Sumbangan Hamka dalam bidang ilmu dan pemikiran

• 1. Hamka merupakan tokoh ulama yang melakukan pembaharuan yang besar kepada umat Islam di Nusantara.2. Karya-karya beliau dalam bidang agama menyentuh secara langsung kehidupan umat Islam di rantau ini.3. Hamka merupakan penyumbang idea islah yang dibawa oleh Sayyid Jamaludin Al Afghani dan Muhamad Abduh di nusantara.4. Pendekatan Hamka yang sederhana diterima baik oleh masyarakat Islam di Indonesia malah pada peringkat antarabangsa.

Hasil karya· Agama· Tafsir Al Azhar· Tasawuf Moden· Pedoman Mubaligh Islam· Arkanun Islam· Sejarah Umat Islam· Revolusi Agama

· Falsafah· Falsafah Hidup· Lembaga Hidup· Falsafah Ideologi Islam

Page 11: Modul TITAS PPG

· Ekspensi Ideologi· Pandangan hidup Muslim

· Sastera· Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck· Dibawah lindungan Kaabah· Laila Majnun· Mandi cahaya di Tanah Suci· Menunggu beduk berbunyi

Ibn Baituta

Nama: Muhammad bin Abdullah bin Muhammad Al-Lawati Al-Tanji

Gelaran : Ibnu Battuta atau As-Sham Ad-Din

Tarikh Lahir : 24 Februari 1304 bersamaan Rejab 704 Hijrah

Tempat lahir : Bandar Tanjah, Morocco

Meninggal Dunia : Tahun 779 Hijrah bersamaan 1372 Masihi

Sumbangan:

Pelopor pengembaraan yang menghasilkan buku karangan mengenai benua Asia dan Afrika berdasarkan pengalaman perjalanan sendiri

• Setiap kali mengunjungi sesebuah negeri atau negara, Ibnu Battuta akan membuat catatan terperinci mengenai penduduk, pemerintah, ulamak serta kezaliman yang dilaksanakannya.

Page 12: Modul TITAS PPG

• Beliau turut menceritakan pengalamannya menempuh pelbagai cabaran seperti diserang penjahat, hampir lemas bersama kapal yang karam dan nyaris dihukum penggal oleh pemerintah yang zalim.

• Tetapi malangnya, pencapaian Ibnu Battuta yang luar biasa itu tidak mendapat penghargaan sewajarnya apabila manuskrip catatannya dirampas dan di sembunyikan kerajaan Perancis yang menjajah kebanyakan negeri di benua Afrika.

• Manuskrip catatan beliau dipercayai disimpan di Bibliotheque Nationale, Paris, menyebabkan bangsa Arab sendiri tidak dapat menghargai pencapaiannya sebagai seorang pelayar Islam yang agung.

• Hakikatnya, Ibnu Battuta adalah perintis pengembaraan dunia yang berjaya menguasai benua Afrika dan Asia serta pengarang yang menghasilkan karya penting dalam dunia Islam

Al-Zarqali

Sumbangan Al-Zarqali kepada Tamadun Islam dan Dunia

Pendahuluan

Nama sebenar beliau ialah Abu Ishaq Ibrahim ibn Yahya al-Zarqali dan lebih dikenali sebagai Arzachel di Eropah Latin dan Azarquiel di Andalusia dan Itali. Ia merupakan sarjana yang terkenal di Andalusia (sekarang dikenali sebagai Sepanyol) juga dikenali sebagai Al-Zarqalluh dan Al-Zarqallah. Dia dilahirkan pada tahun 1029 dan menghembuskan nafas terakhirnya pada 1087. Dia hidup disaat-saat kerajaan Islam Andalusia terpisah-pisah dan hampir runtuh di tangan tentera Kristian yang cuma diselamatkan oleh Ibn Tashfin dari Morocco yang menyeberangi Andalusia memerangi tentera Kristian di Zalaqa pada 1089. Sumbangan Ibn Tashfin dan kesinambungan daripada ketumbukan tentera Morocco telah meletakkan Andalusia di bawah pemerintahan Islam untuk selama dua abad kemudiannya sebelum jatuh kepada Kristian pada pertengahan abad ke tiga belas.

Page 13: Modul TITAS PPG

Kehidupan dan pencapaian Al-Zarqali

Bidang astronomi dewasa ini dilihat seperti sudah tidak begitu penting sekarang ini hanya kerana kita senang mendapatkan kalendar dan masa yang tepat begitu juga untuk pergi dari satu tempat ke satu tempat kita disediakan dengan peta yang sangat tepat. Sekarang ini kita mungkin tidak perlu tahu mengambil tahu “sun’s passage” yang ditandai oleh “equinoxes” (berhubung dengan waktu malam dan siang) dan “solstices” (berhubung dengan hari musim panas dan sejuk) kerana sudah tidak relevan dengan kehidupan moden kini. Namun itu sangat berbeza dengan Zaman Pertengahan (Medieval) seluruh kehidupan masyarakatnya bergantung penuh kepada astronomi dalam menentukan waktu membajak, menanam, menuai termasuklah dalam menentukan soal-soal hari perayaan agama mereka.

Sebelum membincangkan kenapa sumbangan Al-Zarqali sangat penting kepada tamadun Islam kita sebenarnya harus mengetahui bagaimana bidang astronomi sangat sinonim dengan agama Islam. Astronomi dan Islam tidak mungin dapat dipisahkan terutama dalam soal-soal perkara asas iaitu penentuan bulan hijrah, waktu solat dan arah kiblat.

Diceritakan oleh Barron Carra de Vaux bahawa beliau juga digelar sebagai “Al-Nekkach” kerana mampu mengukir besi. Beliau mampu menghasilkan pelbagai alat yang diperbuat daripada besi untuk ahli-ahli astronomi di Toledo pada tahun 1062 walaupun beliau bukanlah ahli astronomi, di mana usaha pemantauan astronomi disaat itu dimulakan oleh Yahya Bin Abi Mansur. Setelah sekian lama beliau menarik perhatian para ahli astronomi yang lain kerana dengan pengetahuan yang sedikit, tidak pernah mempelajari sains mahupun buku mengenainya tetapi mampu menyiapkan peralatan astronomi. Dua tahun kemudian dia menjadi ahli astronomi dan kemudiannya menjadi ketua kepada sesebuah kumpulan ahli astronomi. Namun beliau tetap membuat peralatan untuk ahli astronomi yang lain dan telah mula mencipta peralatan astronomi untuk dirinya sendiri. Malah beliau turut mengajar gurunya yang kemudiannya menjadi pengikutnya dalam ukuran yang telah diciptanya.-

Page 14: Modul TITAS PPG

Dia juga telah membina jam Telado yang amat masyhur dimana Al-Zuhri menggambarkan jam tersebut digunakan hingga tahun 1135 hinggalah pada suatu hari Raja Alphonso VI cuba untuk mengetahui bagaimana jam tersebut berfungsi dan mengarahkan Hamis Bin Zabara menceraikann setiap bahagiannya satu-persatu. Malangnya setelah ia diceraikan tiada siapa yang dapat memasangnya semula seperti keadaan asal!.

Mengikut Ahmad Thomson jam ini mempunyai dua bekas air yang mana akan terisi air ataupun kosong mengikut keadaan bulan sabit mahupun bulan penuh. Jika bulan penuh kedua-dua bekas ini akan penuh dan mula berkurangan selepas 15 haribulan dan akan kosong sepenuhnya apabila mencecah ke malam 29.

Sebenarnya itu bukanlah satu-satunya ciptaan beliau, yang paling menarik perhatian ialah ciptaan yang paling canggih dan tepat iaitu “astrolabe” mendatar. Ciptaan beliau yang disertakan penulisan panduan penggunaannya dinamakan al-Safiha al-Zarqaliya dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah astronomi untuk semua laltitud dan termasuk juga koordinasi 29 bintang juga ditandakan dan juga mampu memantau pergerakan matahari.

Ciptaan beliau ini telah menarik beberapa tokoh dunia selepasnya seperti Raja Alfonso dan Regiomontanus untuk menggunakannya dan mengkaji ciptaan beliau hingga panduan penggunaannya dialih ke beberapa bahasa seperti latin dan roman-sepanyol.

Seperti sarjana Islam yang lain beliau juga dapat membetulkan teori orang Greek yang sekali lagi menafikan sains Islam adalah bayangan dari Greek. Plotemy melalui kiraannya menganggarkan bahawa jarak laut Mediterranean adalah 62º namun kemudian dibetulkan oleh al-Kwarizmi kepada 52 º manakala pembetulan oleh al-Zarqali memberikan bacaan yang paling tepat iaitu 42º.

Beliau telah berjaya mencipta “Toledan Table” yang mana telah bertanggungjawab untuk memberi nafas baru kepada para astronomi kerana berjaya menjadikan kenyataan untuk memposisikan sistem planet-planet secara berkomputer pada zamannya pada bila-bila masa semasa cerapan dijalankan. Beliau kemudiannya telah menyunting jadual yang telah dihasilkan beliau di balai cerap beliau di Toledo, Andalusia, juga jadual-jadual lain yang terhasil dari para astronomi lain dari kalangan Islam mahupun bukan Islam.

Page 15: Modul TITAS PPG

Beliau juga adalah orang yang pertama menjelaskan secara terperinci tentang pergerakan matahari yang menjauhi bumi (aprehelion) yang mana jaraknya yang terjauh dari bumi sebanyak 12.0 saat per/tahun dan melalui kaedah kajian moden jarak yang sebenarnya ialah 11.8 saat per/tahun. Kajian-kajian yang dibuat beliau telah menjadi rujukan oleh Nicolaus Copernicus dalam mentafsirkan matahari sebagai pusat sistem solar dalam tesisnya”De Revolutionibus Orbium Celestium”

Kesimpulan

Secara umumnya, pengaruh Islam di Andalusia merupakan tempat yang paling utama bagi Eropah dalam menyerap peradaban Islam terutamanya dalam khazanah ilmu pengetahuan astronomi. Masyarakat Eropah juga menyaksikan kenyataan bahawa Andalusia berada di bawah kekuasaan Islam jauh meninggalkan negara-negara tetangganya Eropah, terutama dalam bidang pemikiran dan sains disamping bangunan fizik.

Pengaruh ilmu pengetahuan Islam atas Eropah telah menimbulkan gerakan kebangkitan kembali (renaissance) pusaka Yunani di Eropah pada abad ke-14 M. Berkembangnya pemikiran Yunani di Eropah adalah melalui terjemahan-terjemahan Arab yang dipelajari dan kemudian diterjemahkan kembali ke dalam bahasa Latin.

Walaupun Islam akhirnya terusir dari negeri Andalusia dengan cara yang sangat kejam, tetapi ia telah mempengaruhi gerakan-gerakan penting di Eropah. Gerakan-gerakan itu adalah: kebangkitan kembali kebudayaan Yunani klasik (renaissance) pada abad ke-14 M yang bermula di Itali, gerakan reformasi pada abad ke-16 M, rasionalisme pada abad ke-17 M, dan pencerahan pada abad ke-18 M

Al Haitham

• - Nama penuh beliau ialah Al-Hasan Abu Ali Muhammad bin Al-Hasan bin Al-Haitham.- Dilahirkan di Basrah, Iraq.- Salah seorang daripada ahli matematik dan fizik.- Pengasas ilmu optik.- Bekerja sebagai pegawai di jabatan kerajaan di Iraq.- Ibnu Al-Haitham tekun di dalam membuat kajian dan penyelidikan.- Beliau mempelajari ilmu falsafah dan anatomi. Beliau berjaya menguasai bidang anatomi dengan baik lebih-lebih lagi tentang mata.

Sumbangan

• Ibnu Al-Haitham menguasai pelbagai bidang ilmu di antaranya:- Geometri.- Falsafah.- Mantik.

Page 16: Modul TITAS PPG

- Kedoktoran.- Falak.

• - Ibnu Al-Haitham juga telah menemui sistem pembiasan dan pemantulan cahaya serta hubungan di antara sudut tempat terkena cahaya dan pembiasannya.

• - Ibnu Al-Haitham telah membuat beberapa uji kaji sains di dalam melakukan fotolisis cahaya kepada warna-warnanya yang biasa dengan warna-warna spektrum.

• - Di samping itu Ibnu Al-Haitham juga pernah membuat kajian tentang tabiat cahaya, pelangi, bayang dan gerhana.

• -Beliau pernah mengkaji pelbagai jenis kaca sama ada kaca cembung, cekung dan mendatar serta membuat kajian di dalam pembelokan kaca cembung.

• - Ibnu Al-Haitham pernah membuat kajian tentang teori eksperimen di antara jisim-jisim dan perbezaan kecepatan jisim-jisim yang jatuh ke bumi disebabkan oleh tarikan daya graviti. Ibnu Al-Haitham juga mencadangkan kaedah pertama di dalam bidang mekanik.

• - Ibnu Al-Haitham terlalu banyak meninggalkan karangan-karangan di dalam pelbagai bidang ilmu seperti di dalam bidang matematik, falak, optik, kedoktoran dan anatomi.

TUTORIAL

Pilih 5 orang tokoh Islam dan nyatakan sumbangan mereka kepada Tamadun Islam

Mengapakah Iman Al-Ghazali digelar “Al-Ghazali

Bagaimana Ibnu Sina membantu dalam teknologi perubatan

Apakah tugas Syiekh Tahir Jalaluddin

Nyatakan 3 teori yang telah dikemukakan oleh Al-Biruni

Page 17: Modul TITAS PPG

TOKOH TAMADUN CHINA

Kong Fu Tze

Putera Cheng

Beliau telah membentuk empayar negara China dalam masa kurang daripada 20 tahun.

Beliau adalah seorang pemerintah yang keras.

Menggelar dirinya sebagai Chih Shih Huang-ti atau Maharaja Chin yang pertama.

Beliau memerintah berdasarkan sistem wilayah-daerah.

Tembok Besar China telah dibina di sempadan utara empayar dan beliau telah meluaskan kawasan taklukan ke selatan hingga Vietnam.

Pemerintahan empayar Chin telah mengikuti aliran legalis iaitu:

Beliau mengawal pengajaran konfusian dengan keras

Page 18: Modul TITAS PPG

Mengambil dasar membakar buku konfusian selain buku tentang perubatan dan pertanian.

Beliau telah membunuh beratus-ratus pemikir aliran konfusian.

SUMBANGAN Putera Cheng

Melengkapkan rangkaian pengangkutan

Menyatukan unit mata wang, unit ukuran dan huruf dalam negara China

Menyatukan negara China menerusi militari dan perluasan empayar, tetapi telah menjalankan beberapa dasar tegas dalam soal bahasa, ekonomi, falsafah dan pentadbiran

TOKOH TAMADUN INDIA

Mahatma Ghandi

Gandhi adalah pengikut ajaran Hindu yg setia.

Beliau lahir pada 1869 di Porbandar.

Perkahwinannya pada usia muda merupakan halangan yg besar kepada masyarakat India untuk maju.

Beliau bersekolah Inggeris dan pada tahun 1888 telah belajar ke England. Ini mendedahkan beliau dengan perkembangan pemikiran dari Britain.

Lulus dengan cemerlang dengan menjadi peguam dan balik ke India tetapi gagal mendapat kerja.

Tawaran yg mengubah kehidupan Gandhi ialah apabila beliau bekerja di Afrika Selatan pada tahun 1891.

Pengalaman yg menikam kalbu apabila dikeluarkan dari keretapi oleh orang kulit putih kerana membeli tiket yg hanya diduduki oleh orang kulit putih akibat dari dasar Apartied iaitu perbezaan warna kulit.

Memulakan Sathyagraha selepas balik semula ke India 1915.

(Tolstoy iaitu pemikir Rusia merujuk Kemerdekaan India dengan Sathyagraha)

Idea ini berlaku 1891 - 1914 semasa Gandhi di Afrika Selatan.

Page 19: Modul TITAS PPG

Gandhi lancarkan Sathyagraha di India untuk mendapatkan ruang yg besar dalam aktiviti ekonomi, politik dan sosial.

SUMBANGAN MAHATMA GHANDI

Beliau berupaya menarik golongan massa iaitu rakyat jelata termasuk Hufcaste untuk terlibat dalam politik. Kesedaran politik meningkat 1920-an hingga 1940-an.

Kesannya politik India berkembang pesat.

Beliau membawa method perjuangan yang bukan kekerasan iaitu konsep Sathyagraha - Kartel 1919.

British akur untuk menentang golongan yang tidak bersenjata.

Menjalin hubungan orang Muslim dengan Hindu melalui Gerakan Khilafat

Memimpin Kongres Kebangsaan India iaitu dari bersifat elit ke terbuka menarik masyarakat Hindu Islam dan Budishsm.

Idea-idea Gandhi

Sathyagraha = Taktik Corak PerjuanganSwadesyi = Kesederhanaan Bagi Menentang Kerakusan Golongan Koprat Idea Ekonomi

Beliau Menekankan Barangan Local. Memintal Kain Kapas Untuk Berdikari Namun Tidak Praktikal Untuk Sara Hidup Sahaja Tetapi Penting Konsep Idea Gandhi.

Hind Swaruj = Mempunya Idea Politik

Ahimsa = MEMPUNYAI Pegangan Agama

Tamadun Jepun

Aspek politik jepun

Maharaja dan Sistem Pemerintahan

Maharaja tidak mempunyai kuasa dalam kerajaan tetapi hanya menjadi simbol negara dan lambang perpaduan rakyat.

Tugas baginda hanya melantik secara rasmi Perdana Menteri dan Ketua Hakim pula dicandangkan oleh Kabinet.

Maharaja Jepun juga bertanggungjawab mengumumkan undang-undang dan perjanjian yang dibuat oleh kerajaan, memangil ahli-ahli parlimen untuk bersidang dan menganugerahkan pingat dan darjat kebesaran.

Page 20: Modul TITAS PPG

Kuasa politik dikongsi oleh tiga bahagian kerajaan:

• Kuasa menggubal undang-undang dipegang oleh Diet.

• Kuasa pengurusan dipegang oleh kabinet.

• Kuasa undang-undag dipegang oleh bahagian kehakiman.

Diet

– Organisasi politik yang paling tinggi.

– Terdiri daripada:

• Dewan Perwakilan

Terdiri daripada 512 orang ahli yang berkhidmat untuk jangka masa 4 tahun

Berkuasa meluluskan perkara-perkara yang ditolak oleh Dewan ‘ Councillors’ dan seterusnya mengumumkannya sebaga keputusan Diet.

Berkuasa menambahkan rasa curiga pada pergerakan kabinet.

• Dewan ‘ Councillors’

Terdiri daripada 252 orang ahli yang dipilih untuk tempoh 6 tahun.

• Kabinet

Diketuai oleh Perdana Menteri yang dipilih oleh ahli-ahli Diet.

Perdana Menteri merupakan ketua parti yang memperoleh undian yang paling banyak.

Bertanggungjawab dalam persidangan antarabangsa.

• Kehakiman

– Mahkamah bebas dari pengawasan bahagian eksekutif dan perundangan kerajaan.

– Hakim mahkamah rendah dipilih untuk tempoh 10 tahun sahaja untuk mengelakkan daripada penyalahan penggunaan kuasa.

Page 21: Modul TITAS PPG

– Hakim Mahkamah Tinggi pula diminta berhenti dari perkhidmatan pada masa yang ditetapkan oleh undang-undang.

– Pemilihan mereka disemak oleh referendum nasional.

– Hakim akan didakwa oleh Court of Impeachment jika melakukan kesalahan.

• Politik

– Terdapat tiga parti politik utama.

• Parti Demokratik Liberal (LDP) ialah parti konservatif.

• Tujuannya ialah:

• Meningkatkan taraf hidup rakyat dan membentuk semula institusi-institusi ang telah ada selari dengan prinsip asas demokrasi.

• Ingin berkerja keras bagi memulihkan hubungan antarabangsa mengenai dasar keadilan sejagat, ketenangan, dan kebebasan serta membina negara yang mampu berdikari.

• Untuk menjamin kestabilan ekonomi da sosial dan seterusnya menyumbang kepada kepantingan awam.

• Parti Sosialis.

– Untuk membentuk masyarakat yang berbentuk sosialis.

– Dilakukan memlalui revolusi yang aman.

• Parti Demokratik Sosialis.

– Berpegang kepada ideologi yang ekstrem dan berusaha untuk membentuk masyarakat sosialis melalui prinsip demokratik.

– Prinsipya adalah serupa dengan Parti Demokratik Sosialia di Eropah, dan polisinya termasuklah mendapatkan kerjaya penuh, sistem kebajikan sosial yang kukuh dan peningkatan taraf hdup golongan miskin.

– Parti ini mempunyai polisinya tersendiri dan tidak bergantung kepada parti-parti lain.

• Kewujudan Puak dalam politik.

– Parti Demokrtik Liberal mempunyai lima kumpulan besar.

– Setiap kumpulan dibentuk berdasarkan persamaan kepentingan peribadi.

Page 22: Modul TITAS PPG

– Ketua-ketua bagi setiap kumpulan memberikan wang kepadapengikut-pengikutnya semasa pilihan raya dan membabtu ahli-ahli yang setia untuk mendapatkan kedudukan penting dalam parti dan kabinet.

Sumbangan tamadun Jepun dari segi agama

Sumbangan agama tamadun jepun

• Dalam sejarah jepun, agama memberikan sumbangan yang penting kepeda proses pembinaan tamadun dalam semua aspek sama ada dalam bidang sosial, politik dan ekonomi

Aspek Sosial

• Agama bukanlah sesuatu yang tidak sesuai dalam zaman jepun kontemporari (moden).

• Pada zaman kontemporari ini, terdapat sejumlah masyarakat yang merasa kecewa dengan keadaan hubungan sesama manusia yang menunjukkan corak kehidupan mementingkan diri sendiri dan mengasingkan diri masyarakat sekeliling.

• Mereka seolah-olah tidak mengenali identiti mereka sendiri.

• Oleh itu, keperluan kepada agama merupakan suatu yang diharapkan dengan matlamat dapat mengatasi masalah-masalah mengenai kemanusiaan tersebut.

• Namun begitu, agama-agama baru menarik minat orang Jepun kontemporari kerana kesesuaiannya dengan masyarakat moden antaranya Aum Shinrikyo.

Aspek Politik

• Agama memainkan peranan penting dalam Perlembagaan Meiji yang diistiharkan pada 11 Februari 1889 .

• Dalam perlembagaan ini, ditubuhkan badan pemerintah iaitu badan legislatif, perundangan dan eksekutif, dan menubuhkan kabinet menteri2 negara.

• Maharaja merupakan ketua empayar yang bergabung di dalam dirinya hak-hak memerintah dan menjalankan kuasa berdasarkan perlembagaan.

• Terdapat kenyataan Maharaja Jepun bahawa kuasa ini kami warisi daripada Maharaja nenek moyang kamu, didalam Artikel 17 dinyatakan , Maharaja adalah suci dan boleh ditentang.

Page 23: Modul TITAS PPG

• Pernyataan ini menunjukkan, ianya dikaitkan dengan ciri-ciri ketuhanan.

• Maharaja merupakan pemimpin negara termasuklah kuasa sekular dalam kuasa yang melebihi kerajaan dan kuasa ketenteraan dan juga berfungsi sebagai ketua bangsa dan memegang kuasa agama

• Mengenai kuasa ketenteraan, tentera merupakan barisan hadapan negara, pembela dan penjaga tradisi-tradisi purba termasuk Bushido (tatahukum peraturan-peraturan moral golongan samurai jepun)

Aspek Ekonomi

• Sumbangan agama dapat dilihat melalui peranan sifat rajin dan ekonomi merupakan sebahagian drpd Bushido.

• Sifat rajin dan ekonomi digalakkan untuk mewujudkan keseimbangan dan kestabilan.

• Sememangnya, semurai pada zaman Kesyogunan Tokogawa tidak semuanya terlibat secara langsung dalam bidang ekonomi iaitu perdagangan dan perniagaan

• Namun begitu, etika ekonomi samurai penting berdasarkan dua faktor iaitu faktor pertama ianya memberi kesan kepada etika yang berkaitan dengan ekonomi pada zaman Kesyogunan Tokugawa.

• Faktor kedua, ianya penting untuk memahami tingkah laku sebahagian besar samurai yang memerintah @ mentadbir perniagaan dan industri pada zaman Pemulihan Meiji.

• Sifat-sifat ini membantu pembinaan negara Jepun sehingga kini.

• Orang Jepun sebenarnya bukanlah masyarakat monoteistik dan berfikiran luas terhadap agama.

• Adat merupakan sebahagian dp tradisi kehidupan org Jepun walaupun ia berdasarkan kpda agama yg berbeza dan dihayati tanpa sebarang perasaan konsisten.

• Agama asli org Jepun, Shintoisme tidak pernah menjadi agama yg eksklusif @ tidak bertoleransi dan pengenalan serta kemasukan agama buddha dan Konfusiannisme dan kemudiannya kristian pada kurun ke-17, tidak mengakibatkan banyak pergeseran.

• Kepelbagaian dan keadaan yg kompleks mengenai agama-agama di negara Jepun menunjukkan perkaitannya dengan kecenderungan untuk berasimilasi (menyerap) ke dalam kebudayaan Jepun.

• Negara Jepun telah menerima masuk pelbagai bentuk keagamaan @ kerohanian, termasuk idea-idea baru.

Penerimaan idea2 baru diasimilasikan ternyata tidak dapat memikirkan @ mghapuskan kepercayaan tradisi asal org jepun sebaliknya ianya bergabung dan saling melengkapi, yang

Page 24: Modul TITAS PPG

kemudiannya dikenali sebagai Agama Orang Jepun yang berkesinambungan dan berharmoni.

Kesimpulan

• Perkembangan agama tamadun jepun dari sudut sosial, politik dan ekonomi memberikan kesan positif kepada Malaysia.

• Dasar Pandang ke Timur menggalakkan rakyat mengikut jejak langkah Jepun yang mengasimilasi perkara-perkara @ ajaran yang baik serta perkara yang dapat membangunkan negara.

Pendidikan

• Zaman Meiji :

• agenda utama negara menandingi kemajuan barat

• Beratus penuntut dihantar keluar negara menimba ilmu dlm pelbagai bidang sains, pentadbiran dan teknologi

• 1871 Kementerian Pelajaran ditubuhkan dan negara itu dibahagi kpd 8 wilayah pelajaran. Di setiap wilayah wujud sebuah universiti,32 sek men.dan 210 sek rendah

• Zaman Meiji :

• agenda utama negara menandingi kemajuan barat

• Beratus penuntut dihantar keluar negara menimba ilmu dlm pelbagai bidang sains, pentadbiran dan teknologi

• 1871 Kementerian Pelajaran ditubuhkan dan negara itu dibahagi kpd 8 wilayah pelajaran. Di setiap wilayah wujud sebuah universiti,32 sek men.dan 210 sek rendah

• Pada tahun 1886 Mori Arinori ( menteri pelajaran 1885 -89) telah memulakan sistem pelajaran sekolah rendah selama lapan tahun, sekolah menengah menawarkan kursus selama empat tahun.

• Pada tahun 1980 perintah Diraja mengenai pelajaran yang menghuraikan mengenai kepatuhan dan penghormatan kepada maharaja harus diterapkan di dalam kurikulum sekolah dan intitusi pengajian tinggi di Jepun.

• Walaupun Jepun dah bergelar negara membangun ,namun Jepun tetap memberi penekanan dan tumpuan dalam bidang pendidikan.

• Pendidikan moden wujud di Jepun selepas Pembaharuan Meiji dan tradisi pendidikan wajib serta pendidikan tinggi dibentuk dalam tahun – tahun seterusnya.

Page 25: Modul TITAS PPG

• Sistem ini telah diubah selepas Perang Dunia Kedua iaitu mengikut sistem yang berasaskan sistem Amerika Syarikat.

• Keluarga Jepun yang mempunyai anak membelanjakan bahagian yang sangat besar daripada belanjawan isi rumah mereka untuk pendidikan seperti ini.

• Untuk memasuki sekolah tinggi yang bagus, seseorang itu perlu lulus daripada sekolah menengah rendah yang baik dan dengan ini persaingan dalam sistem pendidikan wujud terus sejak dari tadika lagi.

Soalan

• Apakah aspek politik Jepun?

• Siapakah yang mengetuai Kabinet?

• Apakah sistem parti politik di Jepun?

• Apakah itu Dewan Perwakilan?

• Bilakah Pendidikan moden wujud di Jepun

• Apakah kreteria untuk menduduki sekolah tinggi di jepun

• Nyatakan badan pemerintah yang ditubuhkan ketika zaman Meiji:

• Nyatakan faktor-faktor ekonomi samurai:

• Apakah kenyataan yang termaktub dalam Artikel 17 dalam Perlembaagaan Meiji.

TOKOH TAMADUN JEPUN Maharaja Meiji

Maharaja Meiji ialah Maharaja Jepun yang ke-122

Nama sebenar baginda ialah Mutsuhito dan dilahirkan pada 3 November 1852.

Meiji merupakan anakanda kepada Maharaja Komei dengan gundik diraja, Nakayama Yoshiko.

Page 26: Modul TITAS PPG

Maharaja Meiji telah memerintah sejak tahun 1868 sehinggalah hari kemangkatan baginda pada 30 Julai 1912. (44 tahun

Sumbangan Terhadap Tamadun Jepun

Pemansuhan Sistem Feudalisme

i. Penyerahan Tanah oleh golongan Daimyo

ii. Pengharaman pemakaian pedang

iii. Penghapusan sistem heirarki

Pemodenan Angkatan Tentera Darat

i. Sistem kerahan tentera moden

ii. Ambil khidmat pegawai tentera asing

iii. Peningkatan kemudahan

iv. Penubuhan Kementerian Angkatan Laut

v. Pengenalan Industri Persenjataan Moden

PENDIDIKAN

i.Konsep pendidikan moden

ii. Hantar pelajar ke luar negeri

iii. Membawa masuk pakar dan golongan professional dari Barat

iv. Penubuhan Kementerian Pelajaran Jepun

v. Pembinaan institusi pendidikan pada 8 bahagian

vi. Penetapan satu sistem dengan pelajaran sekolah rendah

vii. Penubuhan sekolah- sekolah tinggi

viii. Penubuhan Universiti di Raja Tokyo

3.Apakah sumbangan Putera Cheng semasa zaman pemerintahan mentadbir tamadun China?

Page 27: Modul TITAS PPG

5.Apakah sumbangan Maharaja Meiji dalam tamadun Jepun?

Apakah sumbangan Maharaja Meiji dalam aspek pendidikan?

Disediakan oleh:

1. MOHD RAZIMI HUSIN

Jabatan Pendidikan Islam dan Moral

Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh