esaimen lengkap pk oum

30
1.0 Pendahuluan Datuk Dr. Abdul Shukor b Abdullah, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dalam kata penghantarnya dalam buku Sukatan Pelajaran Pendidikan Kesihatan, Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999 menjelaskan bahawa Pendidikan Kesihatan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat. Kurikulum Pendidikan Kesihatan di Malaysia digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat sihat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan dibahagikan kepada 3 tunjang pembelajaran iaitu: 1. Kesihatan Diri dan Keluarga 2. Gaya Hidup Sihat 3. Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran. Matlamat dan objektif Pendidikan Kesihatan diharap dapat dicapai melalui tunjang yang dinyatakan. Pemahaman dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman Pendidikan Kesihatan kepada murid-murid amat perlu agar dapat mengamalkan gaya hidup sihat sebagai budaya masyarakat Malaysia. Murid dididik supaya sentiasa bersedia menyesuaikan diri dengan cabaran perubahan persekitaran dan sosial. Kurikulum Pendidikan Kesihatan yang terancang dan persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi individu ke tahap optimum. ( Sukatan Pelajaran Pend. Kesihatan, 1999 )

Upload: syukur-kamaruddin

Post on 05-Sep-2015

73 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

blblalala

TRANSCRIPT

1.0 PendahuluanDatuk Dr. Abdul Shukor b Abdullah, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dalam kata penghantarnya dalam buku Sukatan Pelajaran Pendidikan Kesihatan, Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999 menjelaskan bahawa Pendidikan Kesihatan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat. Kurikulum Pendidikan Kesihatan di Malaysia digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat sihat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan dibahagikan kepada 3 tunjang pembelajaran iaitu:1. Kesihatan Diri dan Keluarga 2. Gaya Hidup Sihat 3. Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran. Matlamat dan objektif Pendidikan Kesihatan diharap dapat dicapai melalui tunjang yang dinyatakan. Pemahaman dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman Pendidikan Kesihatan kepada murid-murid amat perlu agar dapat mengamalkan gaya hidup sihat sebagai budaya masyarakat Malaysia. Murid dididik supaya sentiasa bersedia menyesuaikan diri dengan cabaran perubahan persekitaran dan sosial. Kurikulum Pendidikan Kesihatan yang terancang dan persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi individu ke tahap optimum.( Sukatan Pelajaran Pend. Kesihatan, 1999 )

2.0 Teks Ceramah Kepentingan Amalan Kebersihan dan Keselamatan SekolahSelamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Tua Pengurusi Majlis, Yang Berbahagia Encik Abdul Manap bin Kulup, Yang berusaha Encik Maling Kundang bin Saari, Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Gemuruh, Yang Dihormati Guru Penolon Kanan 1, Guru penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, barisan guru,ibu bapa seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh dan selamat pagi.Terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi menjemput saya dalam program Sekolah Menjana Modal Insan Terbilang untuk berkongsi sedikit ilmu yang dipinjamkan kepada saya untuk anda semua. Sebelum saya meneruskan sesi perkongsian saya, izinkan saya menyampaikan dua rangkap pantun. Pergi ke pasar membeli raga,Raga dibawa dari Bintulu;Kebersihan dan keselamatan perlu dijaga,Supaya hidup bahagia selalu.

Daripada bait-bait pantun yang telah saya bacakan tadi, sudah pasti hadirin sekelian sudah tahu tujuan saya berdiri di sini. Pada pagi yang berbahagia ini, saya ingin menyampaikan sebuah ceramah tentang kepentingan menjaga kebersihan dan keselamatan di sekolah. Seperti mana yang kita ketahui keselamatan dan kebersihan merupakan dua buah elemen yang penting dan saling bergantung antara satu sama lain. Agama kita juga sangat mementingkan kebersihan dan keselamatan. Hal ini dapat dilihat bagaimana Islam meminta umatya bersuci sebelum melakukan solat. Firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 6yang bermaksud :

Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan shalat, Maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki, dan jika kamu junub Maka mandilah.

Hal ini jelas menunjukkan betapa Allah mengasihi hamba-hambanya yang menjaga kebersihan dan sentiasa mensucikan diri mereka. Hal ini juga telah menjadi tunjang utama pengenalan program 3k (Keselamatan, Kesihatan dan Keceriaan) iaitu sebuah program yang diperkeenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di semua sekolah di Malaysia sejak tahun 1991. Selepas 13 tahun perlaksanaannya, mulai tahun 2004, program ini tampil dengan konsep baru yang menggabungkan tiga program berasingan menjadi satu program sahaja yang dikenali sebagai Insiatif Meningkatkan Keselamatan, Kesihatan dan Kecerian Sekolah atau Insiatif 3K meliputi Program Sekolah Selamat, Program Kesihatan dan Kebersihan serta Program Keceriaan dan Keindahan Sekolah. Sekitar tahun 2006 program ini diubah dan jatawankuasa 4K pula ditubuhkan. Ini adalah bertujuan agar segala gerak kerja pengurusan perancangan dan pelaksanaan program peningkatan keselamatan, kebersihan, keindahan dan keceriaan alam sekitar sekolah (4K) dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan bersistematik.

Sebelum kita pmelangkah lebih jauh, suka saya memperhalusi apakah yang dimaksudkan dengan kebersihan dan kelematan itu sendiri. Menurut Kamus Deawan Edisi ke 3, kebersihan membawa maksud keadaan yang bersih manakala keselamatan pula bermaksud keadaan yang selamat. Kebersihan menurut Imam al-Ghazali pula terbahagi kepada empat bahagian iaitu menyucikan zahir dari segala hadas, kotoran dan benda yang menjijikkan, kedua mensucikan anggota badan dari segala perbuatan jahat dan dosa, ketiga menyucikan hati dari segala pekerti yang tercela dan keempat menyucikan sirr (rahsia dan batin) dari sesuatu yang lain, selain daripada Allah. Diaz Corner (2007) pula mengatakan bahawa Kesehatan sangat berkaitan rapat dengan kebersihan. Seseorang akan sehat, jika selalu hidup bersih. Prof .Dr. M. Aburrahman MA pula menyatakan bahwa kebersihan merupakan salah pokok dalam memelihara kelangsungan eksistensinya, sehingga tidak ada satupun makhluk kecuali berusaha untuk membersihkan dirinya, walaupun makhluk tersebut dinilai kotor. Keselamatan menurut Simanjuntak (1994) ialah satu keadaan yang bebas daripada risiko berbahaya dan kerosakan. Kebersihan dan keselamatan di sekolah pula merujuk kepada suasan dan persekitaran sekolah yang bebas daripada sesuatu yang boleh memberi risiko kepada warga sekolah dan boleh mewujudkan susana persekolah yang selesa kepada semua warga sekolah. Berdasarkan definisi yang telah saya sebutkan, jelaslah kepada kita bahawa kebersihan dan keselamatan berkait rapat dalam meahirkan sebuah persekitaran yang sihat dan selesa.

Di atas kesedaran tersebut, kerajan telah memperkenalkan jawatankuasa 4K yang bertanggungjawab memastikan keselamatan, kebersihan, keceriaan dan keindahan sekolah sentiasa terjaga. Program ini dilihat dapat memberikan banyak faedah kepada sekolah-sekolah dinegara kita samada untuk jangka masa pendek dan panjang khasnya. Antara faedah yang dapat diperolehi melalui pelaksanaan program ini ialah, kita dapat mewujudkan suasana institusi persekolahan yang baik, murid dapat menumpukan perhatian terhadap pembelajaran disamping membanu mereka dalam kemahiran bersosial dengan baik. Suasana yang indah dan cantik mampu memberi keyakinan dalam diri pelajar dan juga para guru dalam memastikan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) berjalan dengan baik. Selain itu, dengan adanya program Sekolah Dalam Taman yang diperkenalkan di dalam program 4K juga mampu menjadikan sesebuah sekolah lebih kondusif sekali gus menarik minat murid untuk ke sekolah. Hal ini juga sekaligus dapat menambahkan keyakinan pihak sekolah dalam melaksanakan Dasar Falsafah Pendidikan Negara.

Hadirin yang saya hormati sekilian,Seharusnya kita merafakkan setinggi kesyukuran terhadap Sang Pencipta kerana dilahirkan sebagai makhluk terhebat di bumi pinjamannya. Seperti mana yang kita ketahui manusia merupakan sebaik-baik ciptaan Allah S.W.T. Hal ini jelas dinyatakan di dalam surah Al Isra ayat yang ke 70 yang bermaksud :Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan dil autan, Kami beri mereka rezki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan. Manusia merupakan satu mekanisme yang kompleks dan mengagumkan. Oleh itu kita sebagai manusia perlu bersyukur dengan menjaga kesihatan diri kita khususnya kesihatan fizikal yang merangkumi fungsi fisiologi dan anotomi badan. Kesihatan badan juga bukan hanya merangkumi kesihata fizikal malahan juga kesihatan mental, rohani, emosi dan sosial. Justeru itu, bagi mencapai tahap kesihatan yang optimum kita perlulah mengamalkan gaya hidup yang sihat sekali gus dapat menjamin kesejahteraan hidup.

Di sekolah, perkara ini amat diambil perhatian secara serius. Hal ini terbukti dengan pelaksaan Rancangan Kesihatan Sekolah ( RKS ) telah dimulakan sejak tahun 1967. Dalam tempoh dua puluh tahun RKS dijalankan, dunia secara am dan Malaysia secara khusus telah mengalami banyak perubahan dari aspek kesihatan dan tren penyakit. Sesuai dengan perubahan itu amat wajar RKS dikaji semula untuk membentuk satu jentera pelaksanaan kesihatan sekolah yang lebih komprehensif.Pada tahun 1996, Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan projek " Health Promoting School" ( HPS ) di enam buah negeri iaitu Johor, Kedah, Melaka, Sarawak, Selangor dan Terengganu. Ini adalah berdasarkan konsep "HPS" yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ) berteraskan Ottawa Charter. Persidangan " HPS " yang telah diadakan pada bulan Disember 1996 di antara Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah mencadangkan supaya RKS sedia ada diberi nafas baru, dengan mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat ( PBSS ) . Tujuan PBSS ialah untuk menyatupadukan dan menyelaras semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah.

Hadirin yang saya hormati, Dalam kerangka gaya hidup sihat, komponen utama yang harus dititikberatkan ialah pemakanan yang seimbang. Secara amnya, makanan berfungsi sebagai pembekal tenaga dan berperanan dalam perkembangan mental dan fizikal seseorang. Diet yang seimbang mengandungi kesemua tujuh kelas makanan dalam kadar yang betul sejajar dengan keperluan tubuh manusia. Namun, implikasi pengambilan makanan yang berkolestrol dan berparas glukosa tinggi secara berlebihan pula ialah penyakit-penyakit popular pada masa kini. Contohnya, kencing manis dan tekanan darah tinggi. Ekoran daripada itu, kita perlu peka dan mengamalkan sikap berwaspada dalam pemilihan barangan makanan. Aspek-aspek mikro seperti pengambilan makanan secara teratur serta mengelakkan makanan ringan tidak harus dipandang enteng terutamanya bagi pelajar yang kurang mengamalkan pengambilan makan yang seimbang.Hal ini termasuklah penyediaan makanan kepada murid dan guru di sekolah. Seperti mana yang kita ketahui kebanyakan sekolah mempunyai kantin yang menyediakan khidmat penyediaan makanan kepada warga sekolah. Di samping itu, kerajaan juga telah menyediakan program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) kepada pelajar yang tidak berkemampuan. Makanan yang disediakan perlulah memenuhi piaiwaian yang telah disediakan bagi memastikan makan yang disediakan selamat dan berkhasiat. Bahan-bahan yang digunakan juga perlulah daripada sumber yang diketahui, bersih, segar dan tidak rosak, dibasuh dengan air bersih sebelum dimasak dan perlu dibuat di tempat yang bersih. Bilik penyimpanan bahan mentah mesti bersih, teratur dan berasingan dari bahan bukan makanan. Kebersihan alatan juga perlu dititik beratkan, seperti menggunakan kain yang bersih untuk mengelap pinggan mangkuk. Pastikan tidak menggunakan bekas yang telah retak atau sumbing untuk menghidang makanan. Simpan makanan di tempat yang sesuai, misalnya makanan yang mudah rosak di dalam peti sejuk.

Hadirin sekelian,

Di samping itu juga, kebersihan diri dan persekitaran pelu diberi perhatian. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini jelas menunjukkan peranan ibu bapa dalam memupuk tabiat cintakan kebersihan sejak anak-anak masih kecil. Hal ini akan melahirkan masyarakat madani yang sentiasa cintakan kebersihan dan mampu menjadikannya sebagai satu amalan dalam khidupan seharian. Ibu bapa perlulah menjadi role model kepada anak-anak dalam memastikan perkara ini boleh menjadi kenyataan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud:Sesungguhnya bagi jasad kamu ke atas kamu ada hak dan sesungguhnya bagi anak kamu ke atas kamu ada hak Hal ii jelas menunjukkan betapa besarnya pengaruh ibu bapa terhadap anak mereka. Mana mungkin seorang anak akan menjadi seorang yang pembersih sekiranya tempat tinggal mereka sendiri tidak terurus. Pelbagai jenis penyakit dapat dielakkan jika amalan ini telah dibudayakan. Semua hal ini membuktikan kepentingan menjaga kebersihan diri dan alam sekitar demi menyejahterakan hidup.

Para hadirin yang mulia,Selain itu, kita perlulah sentiasa pea terhadap perubahan fizikal anak-anak. Untuk itu kita perlulah sentiasa menjalani rawatan di hospital secara berkala. Hal ini penting bagi memastikan kita dan anak-anak bebas daripada penyakit. Rawatan gigi juga perlu dilakukan dalam enam bulan sekali bagi memastikan kesihatan gigi anak-anak terjaga. Sesungguhnya, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Justeru, kita harus membuat rawatan untuk mengenal pasti lebih awal akan penyakit yang kita hidapi. Kemudian, barulah kita dapat mengawal penyakit tersebut.

Para hadirin yang dihormati, Kesimpulannya, saya ingin mengingatkan kepada hadirin sekalian agar mengamalkan gaya hidup yang sihat demi kebersihan, keselamatan, keceriaan dan keindahan dalam hidup yang lebih baik. Sebelum saya mengundur diri, saya ingin mengambil kesempatan untuk menyusun sepuluh jari , memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan yang tidak disengajakan dalam penyampaian ceramah saya untuk kali ini.Akhir kata, sekian terima kasih.

3.0 Borang senarai semak pemantuan kantin sekolah dan senarai semak pemantauan kesihatan sekolah Kendiri 1ALAPORAN HARIAN PEMERIKSAAN KENDIRI KANTIN SEKOLAHTarikh : ....Hari : .BILPERKARA*Status** Markah DemeritUlasan/Tindakan

YaTidak

1Pengendali Makanan

Semua pengendali makanan sihat dan tiada luka terdedah2

Memakai pakaian, penutup kepala, apron dan kasut yang bersih dan sesuai3

Pengendali makanan bersih dan berkuku pendek 3

2Amalan Pengendali Makanan

Mencuci tangan sebelum mengendali makanan / selepas ke tandas4

Menanggalkan apron apabila ke tandas 2

Tidak batuk / bersin ke arah makanan3

Tidak menyentuh makanan sedia dimakan dengan tangan1

3Bahan Mentah

Segar, berkualiti dan selamat5

Bahan mentah disediakan di tempat yang bersih, tinggi dan kalis air.5

4Makanan

Makanan masak atau dimakan terus diasing daripada bahan mentah.5

Makanan yang dimasak disimpan / dihidang di dalam keadaan bertutup5

Makanan masak tidak disimpan pada suhu bilik melebihi 4 jam 5

Baki makanan tidak dibawa ke hidangan seterusnya5

Makanan dari pembekal luar bersih dan selamat5

5Bekalan Air

Bersih dan mencukupi2

Bekas simpanan bersih dan tertutup2

Pengendali dan penyimpan ais adalah bersih dan selamat5

6Penstoran

Bersih dan tersusun / teratur serta bebas dari bahan kimia / racun2

7Peti Sejuk

Suhu 'Chiller' ( 0C hingga 4C ) 2

Suhu 'Freezer' ( < -18C )2

Makanan disimpan dalam bekas tertutup, teratur dan bersih1

8Peralatan / Perkakas

Peralatan / perkakas sentiasa bersih, mudah dicuci, kalis air dan sempurna4

Gunakan peralatan berasingan untuk bahan mentah dan makanan sedia dimakan4

Papan dan pisau pemotong bersih1

Meja penyediaan bersih2

Kain lap yang digunakan bersih dan khusus 2

Pinggan mangkuk dan lain-lain pekakas dicuci di tempat yang tinggi( melebihi 1 meter dari lantai )2

9Tandas dan Sinki Mencuci Tangan

Tandas dibersihkan dengan sempurna3

Kemudahan mencuci tangan bersih dan berfungsi serta mempunyai sabun cecair dan tisu tangan2

10Tong Sampah

Tong sampah mempunyai beg plastik dan bertutup 4

11Kawalan Serangga dan Haiwan Lain

Ada kawalan makluk perosak (Lalat, Lipas & Tikus ) dan berfungsi dengan baik2

Tiada anjing, kucing dan haiwan peliharaan yang lain1

12Lain-lain

Lantai, dinding dan siling hendaklah sentiasa bersih2

Kepala paip dan pemegang pintu hendaklah sentiasa bersih1

Perlimbahan dan perparitan sentiasa diselenggara1

JUMLAH DEMERIT

JUMLAH MARKAH100( ) ***

Nota : * Sila tandakan ( X ) pada ruangan tarikh penilaian markah mengikut status kepatuhan. ** Markah dimerit sekiranya satus TIDAK ditanda (X)*** Jumlah markah dimerit

MarkahStatus Keselamatan Makanan

90 -100Baik

80 - 89Memuaskan

70 - 79Berisiko