tugasan ko-kurikulum oum

14
T1A4: JURNAL REFLEKTIF Kokurikulum merupakan sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan. Ini bermaksud apa-apa jua kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberi peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah. Pelaksanaan kokurikulum adalah wajib dan kegagalan melaksanakan kegiatan ini adalah suatu kesalahan yang boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau 3 bulan penjara atau kedua-duanya ( Akta Pendidikan, 1996: Seksyen 18 Akta 550). Sehubungan itu kehadiran murid-murid dalam aktiviti kokurikulum mestilah direkodkan. Arahan ini termaktub sebagaimana dalam SPI Bil. 1/1986, KP(BS)8591/Jld. 11/(41) bertarikh 15 Januari 1986. Peraturan peraturan dan arahan ini jelas menunjukkan kegiatan kokurikulum adalah sebahagian masa instruktional yang wajib dilaksanakan Kokurikulum merupakan pelengkap kepada kurikulum dan pembangunan diri murid secara menyeluruh. Kokurikulum diberi penekanan yang seimbang dalam pengurusan sekolah. Program-program yang dirancang perlu memenuhi keperluan diri murid-murid agar murid- murid bersedia dan cergas pada setiap masa. Bagi memastikan setiap perancangan dan program kokurikulum berjalan dengan baik, maka tarikh-tarikh mesyuarat melibatkan kokurikulum dicatat di dalam buku takwim sekolah. Sebahagian besar aktiviti kokurikulum dilaksanakan di luar bilik darjah. Dengan erti kata lain, ianya merupakan aktiviti amali sebagai lanjutan kepada mata pelajaran di dalam bilik darjah, iaitu sebahagian daripada kurikulum formal yang merangkumi aktiviti-aktiviti persatuan, kelab, permainan dan sukan, serta unit beruniform yang dijalankan sebelum atau selepas waktu persekolahan. Proses pembelajaran dan pengajaran dalam aktiviti kokurikulum lebih banyak dilaksanakan secara tidak langsung, dengan menekankan perkara dan aspek yang tersembunyi seperti nilai, bakat, peranan, kepimpinan, sosial dan sebagainya. Pada tahun 60-an dan 70-an, masyarakat dan pendidik menganggap kokurikulum sebagai tempelan sahaja, sebagai sesuatu yang berasingan, tambahan dan tidak begitu penting dalam perkembangan dan proses pengajaran serta pembelajaran pelajar di sekolah. Walau bagaimanapun, pendapat itu telah berubah dan kini kokurikulum telah diterima. sebagai sebahagian daripada kurikulum sekolah. 1

Upload: alicius78

Post on 22-Oct-2015

539 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

Laporan aktiviti ko-kurikulum Badminton

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan Ko-Kurikulum OUM

T1A4: JURNAL REFLEKTIF

Kokurikulum merupakan sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan. Ini bermaksud

apa-apa jua kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran

dalam bilik darjah yang memberi peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan

pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah. Pelaksanaan

kokurikulum adalah wajib dan kegagalan melaksanakan kegiatan ini adalah suatu kesalahan

yang boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau 3 bulan penjara atau kedua-duanya ( Akta

Pendidikan, 1996: Seksyen 18 – Akta 550). Sehubungan itu kehadiran murid-murid dalam

aktiviti kokurikulum mestilah direkodkan. Arahan ini termaktub sebagaimana dalam SPI Bil.

1/1986, KP(BS)8591/Jld. 11/(41) bertarikh 15 Januari 1986. Peraturan peraturan dan arahan

ini jelas menunjukkan kegiatan kokurikulum adalah sebahagian masa instruktional yang

wajib dilaksanakan

Kokurikulum merupakan pelengkap kepada kurikulum dan pembangunan diri murid

secara menyeluruh. Kokurikulum diberi penekanan yang seimbang dalam pengurusan

sekolah.  Program-program yang dirancang perlu memenuhi keperluan diri murid-murid agar

murid-murid bersedia dan cergas pada setiap masa.  Bagi memastikan setiap perancangan dan

program kokurikulum berjalan dengan baik, maka tarikh-tarikh mesyuarat melibatkan

kokurikulum dicatat di dalam buku takwim sekolah.

Sebahagian besar aktiviti kokurikulum dilaksanakan di luar bilik darjah. Dengan erti

kata lain, ianya merupakan aktiviti amali sebagai lanjutan kepada mata pelajaran di dalam

bilik darjah, iaitu sebahagian daripada kurikulum formal yang merangkumi aktiviti-aktiviti

persatuan, kelab, permainan dan sukan, serta unit beruniform yang dijalankan sebelum atau

selepas waktu persekolahan.

Proses pembelajaran dan pengajaran dalam aktiviti kokurikulum lebih banyak

dilaksanakan secara tidak langsung, dengan menekankan perkara dan aspek yang

tersembunyi seperti nilai, bakat, peranan, kepimpinan, sosial dan sebagainya. Pada tahun 60-

an dan 70-an, masyarakat dan pendidik menganggap kokurikulum sebagai tempelan sahaja,

sebagai sesuatu yang berasingan, tambahan dan tidak begitu penting dalam perkembangan

dan proses pengajaran serta pembelajaran pelajar di sekolah. Walau bagaimanapun, pendapat

itu telah berubah dan kini kokurikulum telah diterima. sebagai sebahagian daripada

kurikulum sekolah.

Aktiviti-aktiviti kokurikulum dapat mengukuhkan dan mengayakan pembelajaran

murid di dalam kelas. Ini kerana kokurikulum mengutamakan pembelajaran melalui amalan

1

Page 2: Tugasan Ko-Kurikulum OUM

iaitu pengetahuan yang diperoleh di bilik darjah diamalkan melalui aktiviti amali, samada

latihan sukan, persatuan atau unit beruniform. Oleh yang demikian, aktiviti kokurikulum

sebenarnya berperanan membentuk dimensi-dimensi sosial, di samping sifat-sifat dan kualiti

kognitif, afektif serta psiko-motor.

Sepanjang pelaksanaan Pertandingan Badminton 2013, peringkat SK Tampasak

Tongod, terdapat beberapa isu yang saya ingin ketengahkan sebagai seorang guru yang

dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada pertandinga ini. Isu yang pertama adalah dari

segi perancangan dan pelaksanaan pertandingan ini. Sepanjang tiga bulan sebelum

pertandingan (Januari - Mac), beberapa siri mesyuarat dan perjumpaan di antara wakil PIBG,

pihak sekolah dan murid-murid telah diadakan. Bermula daripada cadangan dan disusuli

dengan kertas kerja, semua mesyuarat yang dibuat bertujuan untuk membincangkan

pelantikan ahli jawatankuasa pertandingan, melaporkan perkembangan terkini persiapan

pertandingan dan membincangkan isu-isu berbangkit. Masalah yang saya hadapi sepanjang

tiga bulan ini adalah dari

Saya membahagikan penulisan reflektif ini kepada tiga bahagian utama iaitu sebelum

pertandingan, semasa pertandingan dan selepas pertandingan. Aspek yang saya tekankan

sebelum penganjuran pertandingan ini ialah perancangan. Sepanjang tiga bulan sebelum

petandingan, perancangan demi perancangan dilakukan dengan melibatkan semua pihak iaitu

PIBG, guru-guru dan pentadbir sekolah, dan murid-murid.

yang perlu diambil perhatian dalam

- (Penulisan reflektif ini memerlukan anda melihat keseluruhan tugasan ini dan

membuat penilaian daripada aspek-aspek berikut ):

2.1: Pelaksanaan (melibatkan proses pengurusan, kemahiran, kejurulatihan,

kepegawaian dan lain-lain semasa menjalankan aktiviti).

Pertandingan Badminton peringkat Sekolah Kebangsaan Tampasak telah berjalan

selama tiga hari iaitu pada 11, 12 dan 13hb. April 2013. Sepanjang tempoh ini, kesemua

2

Page 3: Tugasan Ko-Kurikulum OUM

pertandingan yang telah dirancang sebelum ini telah dilangsungkan dengan jayanya.

Walaupun pada peringkat awal pertandingan ini, pihak penganjur menghadapi beberapa

masalah teknikal, tetapi dengan kerjasama dan semangat kerja berpasukan yang ditunjukkan

oleh semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan

pertandingan ini, masalah-masalah tersebut dapat ditangani dengan baik.

Dewan Mini Tampasak telah digunakan sepanjang pertandingan badminton ini

berlangsung kerana kedudukannya yang berhampiran dengan sekolah dan persekitaran serta

kemudahan gelanggang yang sesuai untuk pertandingan.

Sistem yang diguna pakai dalam pertandingan ini adalah kalah mati sekali atau

dikenali juga sebagai kalah mati berterusan. Berdasarkan sistem pertandingan ini, perlawanan

diadakan untuk menyingkirkan peserta atau pasukan yang kalah. Proses ini akan berterusan

sehingga hanya terdapat seorang atau satu pasukan peserta yang tinggal. Sistem ini

mempunyai kelemahan yang ketara kerana ianya bukan cara yang terbaik untuk mengukur

keupayaan sesuatu pasukan atau peserta. Walau bagaimanapun, berdasarkan perbincangan

dan keupayaan pihak penganjur serta kemudahan dan jangka masa pertandingan yang

singkat, maka sistem ini diguna pakai kerana ianya sangat sesuai dalam mengelolakan

pertandingan yang terdapat banyak penyertaan tetapi kekurangan masa, sumber kewangan,

tempat, kemudahan, peralatan dan sumber manusia.

.

Pertandingan Badminton peringkat Sekolah Kebangsaan Tampasak bagi tahun 2013

telah disertai oleh ramai bakat-bakat baru berbanding dengan tahun lalu. Setelah meneliti

kesemua borang penyertaan pertandingan, pihak penganjur telah menetapkan

pemain/pasukan adalah seperti dalam jadual 1 di muka surat seterusnya.

Acara Jumlah Peserta/Pasukan Nama Peserta/Pasukan

Perseorangan

Lelaki 4

Yusri Sukri

Cleve Lee

Alfred Wisi

3

Page 4: Tugasan Ko-Kurikulum OUM

Relly Lorand

Perseorangan

Perempuan 4

Marion Jane Setim

Viani Villa Sukri

Jennyvie Erlyn

Sherlya Saimon

Beregu

Lelaki 8

(A) Yusri Sukri/Ejai Raslin

(B) Ronleson/Rejhen Sati

(C) Azroy Gibon/Sharlosthein Lugasa

(D) Edwin Parit/Yuzlee Toneh

(E) Relly Lorand/Alfred Wisi

(F) Vicky Sukri/Suhairi Jasnah

(G) Joey Ericious Jileo/Elvinci Ekson

(H) Cleve Lee/Willman Bit

Beregu

Perempuan 8

(A) Jennyvie Erlyn/Suhaimah Jasnah

(B) Chrisniwie Lugasa/Velvet

(C) Sherlya Saimon/Noraini Tarining

(D) Jusilah Mindin/Alice Johnlee

(E) Mazrinah Lasius/Ceverlicia Dinie

(F) Adelina Edward/Chrisline Juan

(G) Noraini Tarining/Yunijah Lugasa

(H) Viani Sukri/Sujaima Roskila

Beregu

Campuran 4

(A) Yusri Sukri/Marion Jane

(B) Relly Lorand/Suhaimah Jasnah

(C) Eric Arthur/Wiwin Wijinin

(D) Nikmon Tauning/Santi Awang

Jadual 1: Senarai peserta dan pasukan yang bertanding mengikut acara

2.0: Pelaksanaan Pertandingan

Jadual perlawanan bagi pertandingan badminton ini disusun mengikut kesesuaian

dengan memastikan sesi persekolahan pada hari Khamis dan Jumaat dapat berjalan seperti

biasa. Pertandingan yang jatuh pada 11 dan 12hb diadakan pada waktu petang iaitu pada jam

4

Page 5: Tugasan Ko-Kurikulum OUM

Yusri Sukri

Cleve Lee

Alfred Wisi

Relly Lorand

Cleve Lee

Alfred Wisi

Cleve Lee

2 petang hingga 5 petang manakala bagi pertandingan pada 13hb, pertandingan dimulakan

seawal jam 7.00 pagi. Jadual perlawanan bagi pertandingan badminton ini adalah seperti

jadual 2 di bawah;

Tarikh 07:00 am – 9:30 am 10:00 am – 12:30 pm 02:00 pm – 05:30 pm

11 April 2013

(Khamis)

Perseorangan

Lelaki

12 April 2013

(Jumaat)

Perseorangan

Perempuan

13 April 2013

(Sabtu)

Beregu

Lelaki

Beregu

Perempuan

Beregu

Campuran

Jadual 2: Jadual Pertandingan

Acara perasmian pembukaan pertandingan disempurnakan oleh Encik Justa Bin Alin,

selaku Guru Besar SK Tampasak Tongod Telupid yang juga merangkap penaung bagi

Pertandingan Badminton SK Tampasak Tongod Telupid. Acara perasmian diadakan pada

11hb. April, pukul 1.00 petang di tapak perhimpunan SK Tampasak Tongod Telupid. Acara

perasmian ini diselitkan dengan ucapan guru besar, guru penyelaras kokurikulum dan

senamrobik.

Bagi mengelakkan masalah dalam pertemuan perlawanan, jadual perlawanan bagi

setiap acara disusun berdasarkan cabutan undi sepertimana yang diadakan pada 10hb. April

2013. Keputusan bagi cabutan undi adalah seperti dalam jadual 3, 4, , 5, 6 dan 7

5

Page 6: Tugasan Ko-Kurikulum OUM

Marion Jane

Viani Villa Sukri

Jennyvie Erlyn

Sherlya Saimon

Marion Jane

Jennyvie Erlyn

Marion Jane

Yusri/EjaiYusri/Ejai

Ronleson/Rejhen

Edwin/YuzleeAzroy/Sharlos

Edwin/Yuzlee

Relly/AlfredRelly/Alfred

Vicky/Suhairi

Cleve/WillmanJoey/Elvinci

Cleve/Willman

Cleve/Willman

Yusri/Ejai

Cleve/Willman

Chrisni/VelvetJenny/Suhaimah

Chrisni/Velvet

Sherlya/NorainiSherlya/Noraini

Jusilah/Alice

Adelina/ChrislineMazrinah/Ceverlicia

Adelina/Chrisline

Noraini/Yunijah

Noraini/Yunijah

Sherlya/Noraini

Noraini/Yunijah

Jadual 3: Jadual Perlawanan Acara Perseorangan Lelaki

Jadual 4: Jadual Perlawanan Acara Perseorangan Perempuan

Jadual 5: Jadual Perlawanan Acara Beregu Lelaki

6

Page 7: Tugasan Ko-Kurikulum OUM

Yusri/Marion

Relly/Suhaimah

Eric/Wiwin

Nikmon/Santi

Yusri/Marion

Eric/Wiwin

Yusri/Marion

Jadual 6: Jadual Perlawanan Acara Beregu Perempuan

Jadual 7: Jadual Perlawanan Acara Beregu Campuran

7

Page 8: Tugasan Ko-Kurikulum OUM

Acara Perasmian Pembukaan Pertandingan Badminton

diselitkan dengan senamrobik di tapak perhimpunan sekolah

8

Page 9: Tugasan Ko-Kurikulum OUM

Perlawanan Beregu Lelaki

9

Page 10: Tugasan Ko-Kurikulum OUM

Perlawanan Beregu Perempuan

3.0: Perbelanjaan

70 peratus (RM340.00) daripada kos pertandingan badminton ini dibiayai oleh wang

sekolah di bawah peruntukan aktiviti kokurikulum Kelab/Permainan manakala selebihnya

(RM155.00) adalah daripada sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Tampasak

10

Page 11: Tugasan Ko-Kurikulum OUM

Tongod Telupid. Maklumat kewangan bagi perbelanjaan pertandingan bandminton ini adalah

seperti berikut.

A) Makanan/Minuman

Makanan AJK (kuih muih)

RM 2.00 x 3 hari x 10 orang RM 60.00

Air mineral

RM 10.00 x 3 hari x 3 kotak RM 30.00

RM 90.00

B) Hadiah

Johan (hamper) RM 20.00 x 5 RM 100.00

Naib johan (hamper) RM 15.00 x 5 RM 75.00

Saguhati (ketiga dan keempat) RM 10.00 x 10 RM 100.00

RM 275.00

C) Bulu tangkis RM 30.00 x 3 tabung RM 90.00

Jumlah Perbelanjaan Keseluruhan RM 455.00

4.0: Keputusan Pertandingan

Keputusan penuh bagi kesemua acara badminton yang dipertandingkan adalah seperti

dalam jadual di bawah.

11

Page 12: Tugasan Ko-Kurikulum OUM

Acara Johan Naib Johan Ketiga Keempat

Perseorangan Lelaki Cleve Lee Alfred Wisi Yusri Sukri Relly Lorand

Perseorangan Perempuan Marion Jane Jennyvie Erlyn Sherlya Saimon Viani Villa

Beregu Lelaki Cleve/Willman Yusri/Ejai Relly/Alfred Edwin/Yuzlee

Beregu Perempuan Noraini/Yunijah Sherlya/Viani Adelina/Chrisline Chrisniwie/Velvet

Beregu Campuran Yusri/Marion Eric/Wiwin Relly/Suhaimah Nikmon/Santi

5.0: Hadiah

Johan menerima hadiah berupa hamper bernilai RM 20.00, naib johan menerima

hadiah berupa hamper bernilai RM 15.00, manakala tempat ketiga dan kempat menerima

hamper bernilai RM10.00. Selain daripada itu, kesemua peserta yang mengikuti pertandingan

ini diberi sijil penyertaan yang disampaikan oleh Encik Justa Alin. Penyampaian hadiah dan

sijil diadakan pada pagi hari Isnin (15hb April 2013) semasa perhimpunan mingguan. Dalam

ucapan guru besar, beliau berasa sangat bangga dengan kesungguhan para peserta

pertandingan. Beliau juga beharap agar pertandingan seumpama ini dapat diteruskan pada

masa-masa akan datang bagi mencari dan mengasah bakat murid-murid dalam permainan

badminton.

6.0: Cabaran dan masalah dihadapi sepanjang pertandingan berlangsung.

Masalah yang saya hadapi semasa melaksanakan pertandingan ini dapat dilihat

daripada dua aspek utama iaitu aspek dalaman dan luaran. Aspek dalaman yang saya

maksudkan adalah daripada diri saya sendiri seperti kelemahan saya dalam pengurusan masa,

kekurangan pengalaman sedia ada dalam mengendalikan sesebuah kejohanan/pertandingan,

tidak mempunyai pengetahuan asas yang kukuh dalam kejurulatihan dan undang-undang

serta peraturan dalam permainan badminton. Aspek luaran pula dapat dilihat dari sudut

kekurangan kemudahan fizikal yang ada, kekangan wang ringgit, dan faktor cuaca.

Masalah utama yang saya hadapi sepanjang penganjuran pertandingan ini adalah dari

segi pengurusan masa. Bebanan tugas mengajar di dalam bilik darjah ditambah dengan kerja-

kerja rutin yang lain seperti mengisi markah murid-murid secara online dan tugas-tugas

pentadbiran selaku penolong kanan HEM banyak mengganggu tumpuan saya dalam

12

Page 13: Tugasan Ko-Kurikulum OUM

penganjuran pertandingan ini. Mesyuarat dan perbincangan dengan guru-guru lain berkaitan

dengan pertandingan badminton ini sering tertunda. Begitu juga dengan perjumpaan dengan

ahli kelab permainan badminton. Saya seringkali terpaksa mewakilkan kepada guru penasihat

yang lain untuk mengendalikan sesi perjumpaan dengan murid-murid.

Saya juga menghadapi masalah dari segi pelaksanaan pertandingan badminton ini

kerana saya tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam mengendalikan sesebuah

pertandingan sukan/permainan. Masalah ini juga berpunca daripada kekurangan pengetahuan

dalam aspek undang-undang dan peraturan, khususnya dalam permainan badminton.

Faktor luaran yang turut menjejaskan kelancaran pertandingan badminton ini adalah

dari segi kemudahan fizikal. Gelanggang yang digunakan untuk pertandingan berada dalam

keadaan yang agak daif dan kurang selesa untuk digunakan. Garisan gelanggang yang pudar

dan pencahayaan yang tidak sempurna (tidak mempunyai kemudahan lampu) ada kalanya

turut menjejaskan prestasi pemain.

Masalah kekurangan sumber kewangan juga turut menjejaskan kelancaran

pertandingan ini. Sumber kewangan yang diperuntukan perlu digunakan dengan sebaik

mungkin. Keperluan yang kurang mendesak seperti air minuman untuk peserta pertandingan

terpaksa diketepikan. Para peserta terpaksa membawa air minuman sendiri dari rumah.

Keadaan gelanggang pertandingan yang sering berangin pada waktu petang

menyebabkan perjalanan pertandingan memakan masa yang lama untuk dihabiskan. Masalah

ini berlaku disebabkan keadaan dewan kampuny yang uzur dan tidak mempunyai kemudahan

penghadang angin.

7.0: Cadangan Penambahbaikan

Berdasarkan kepada post moterm penganjuran pertandingan badminton ini, saya telah

menyenaraikan beberapa cadangan penambahbaikan agar pertandingan ini dapat dijalankan

dengan lebih baik dan berjaya pada masa akan datang.

13

Page 14: Tugasan Ko-Kurikulum OUM

Cadangan pertama yang perlu diambil perhatian adalah dari segi pemilihan tarikh

penganjuran pertandingan peringkat sekolah. Memandangkan sukan tahunan peringkat zon

hanya akan diadakan pada penghujung bulan September atau awal bulan Oktober,

pertandingan peringkat sekolah ini sesuai diadakan selepas peperiksaan penggal pertama iaitu

pada penghujung bulan Mei. Ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada penganjur

merancang dan menyediakan peralatan/kemudahan dalam tempoh masa yang lebih lama.

Cadangan seterusnya adalah berkaitan dengan pelantikan guru yang menganjurkan

pertandingan. Saya mencadangkan agar guru yang mempunyai asas dalam kejurulatihan dan

undang-undang serta peraturan permainan dilantik menjadi ketua penganjur dengan dibantu

oleh guru-guru lain. Dengan cara ini, guru-guru yang tidak berpengalaman dan tidak

mempunyai asas dalam kejurulatihan dapat belajar secara berperingkat-peringkat daripada

guru berpengalaman. Agak berisiko untuk menyerahkan sesuatu tugas yang penting kepada

guru-guru yang kurang berpengalaman kerana ini melibatkan kelancaran dan kejayaan

sesuatu pertandingan.

Peruntukan kewangan yang mencukupi juga perlu diambil perhatian dalam

merancang sesuatu pertandingan. Kertas kerja yang dibuat perlulah mengambil kira sumber

kewangan yang diperuntukkan kerana kejayaan sesuatu penganjuran berkait rapat dengan

sumber kewangannya. Pihak sekolah perlu memikirkan cara lain yang boleh digunakan untuk

menampung perbelanjaan sesuatu pertandingan. Sebagai contoh, mencari penaja yang boleh

memberikan sumbangan dalam bentuk barangan seperti sumbangan hamper atau air mineral.

Cara ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan kos yang perlu ditanggung oleh pihak sekolah.

14