kajian tindakan oum 2013

46
1 ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah masalah yang dihadapi oleh murid murid Tahun 4 dan 5 di SK Buayan Penampang, Sabah. Minat murid dalam matapelajaran matematik ini semakin lama semakin berkurangan dan ini merupakan suatu perkara yang amat serius dan sekiranya tidak dibendung, maka minat murid akan sama sekali hilang dan peratusan kelulusan matapelajaran Matematik di sekolah ini sudah tentulah akan menjadi suatu mimpi buruk. Diharapkan dengan adanya hasil kajian tindakan saya ini, matlamat panitia sekolah untuk memartabatkan matapelajaran Matematik di SK Buayan ini dapat dicapai dan dimajukan lagi.

Upload: joey-julian-lobijin

Post on 14-Aug-2015

320 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Tindakan Oum 2013

1

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah – masalah yang dihadapi oleh murid – murid

Tahun 4 dan 5 di SK Buayan Penampang, Sabah. Minat murid dalam matapelajaran matematik

ini semakin lama semakin berkurangan dan ini merupakan suatu perkara yang amat serius dan

sekiranya tidak dibendung, maka minat murid akan sama sekali hilang dan peratusan kelulusan

matapelajaran Matematik di sekolah ini sudah tentulah akan menjadi suatu mimpi buruk.

Diharapkan dengan adanya hasil kajian tindakan saya ini, matlamat panitia sekolah untuk

memartabatkan matapelajaran Matematik di SK Buayan ini dapat dicapai dan dimajukan lagi.

Page 2: Kajian Tindakan Oum 2013

2

1.0 PENGENALAN

Pengajaran dan pembelajaran matematik telah mengalami perubahan ketara bukan sahaja

melibatkan perubahan sukatan bahkan dari segi pendekatannya. Kurikulum Bersepadu Sekolah

Rendah yang disemak semula oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2000 telah

memberi penekanan terhadap aspek pendekatan pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah dalam

usaha untuk mewujudkan pembelajaran berkesan dan penguasaan pemahaman konsep matematik

di kalangan murid. Murid perlu dibawa keluar dari kepompong pemikiran yang sempit terhadap

matematik kepada bentuk yang lebih praktikal dan analitik yang memerlukan pemahaman

konsep. Dalam usaha ke arah itu, murid perlu dikaji bukan sekadar tentang cara mereka belajar

dan menjawab soalan bahkan perlu mendalami cara mereka berfikir serta berinteraksi dalam

memahami sesuatu konsep matematik. Seperti kata Wood (1988), “Satu-satunya cara untuk

mengelakkan dari terbentuknya salah faham konsep adalah melalui perbincangan dan interaksi.

Suatu masalah yang dikongsi dalam perbincangan matematik, boleh menyelesaikan suatu

masalah”. Menurut Biggs (1990), perbezaan ini berlaku kerana proses pembelajaran melibatkan

teknik yang kompleks, strategi dan pendekatan yang mana di arah oleh nilai dan sikap yang

relevan.

Seperti yang diketahui, matematik merupakan disiplin ilmu yang sentiasa mengalami

anjakan paradigma apabila unsur-unsur baru dimasukkan ke dalam sukatan pelajarannya bagi

memenuhi kehendak dan cabaran masa hadapan murid. Pengajaran dan pembelajaran matematik

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan yang terkini Kurikulum Standard Sekolah

Rendah (KSSR) perlulah dirancang dan dikendalikan dengan berkesan bagi mewujudkan suatu

pengalaman yang memberi makna serta mencabar bagi murid-murid. Pengalaman, kebolehan,

minat, daya dan gaya murid yang berbeza-beza perlu diambil kira dan diberi perhatian.

Matlamat pendidikan matematik sekolah rendah ialah untuk membina dan mengembangkan

kefahaman murid dalam konsep nombor dan kemahiran asas mengira (Kementerian Pendidikan

Malaysia, 1995). Sehubungan dengan itu, program Matematik sekolah rendah memberi tumpuan

kepada kemahiran mengira iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi dalam penyelesaian masalah

harian secara berkesan dan penuh tanggungjawab. Penekanan terhadap aspek kemahiran berfikir

Page 3: Kajian Tindakan Oum 2013

3

secara kreatis dan kreatif yang berteraskan penyelesaian masalah juga dimasukkan ke dalam

Sukatan Pelajaran Matematik. Ramai pendidik telah bersetuju bahawa penyelesaian masalah

ialah satu tujuan yang paling penting dalam pendidikan matematik (Kroll & Miller, 1993). Oleh

itu, usaha untuk memperkembangkan kebolehan menyelesaikan masalah telah diberi keutamaan

yang semakin meningkat oleh pendidik-pendidik matematik (Farivar & Webb, 1994). Terdapat

beberapa model penyelesaian masalah yang sering digunakan dalam pendidikan matematik.

Antaranya ialah Model Lester (1975), Model Mayer (1983), Model Polya (1973) dan Model

Schoenfeld (1985). Model Polya digunakan dalam kurikulum matematik bagi Kurikulum

Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan sekolah rendah (KBSR) dan yang terkini ialah

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang bermula pada tahun 2011.

Elemen-elemen yang terdapat dalam proses belajar merangkumi motif, matlamat,

sumber, kekangan, maklumat kemaskini, kebolehan, strategi pemantauan dan ‘finalising’.

Kesemua elemen ini memaparkan satu jaringan kerja yang kompleks yang mana ia akan

membawa kepada pendekatan pembelajaran 1 yang berbeza bagi individu. Suasana pengajaran

yang sistematik dan harmoni juga merupakan salah satu faktor penting yang menyumbang

kepada kejayaan pengajaran dan pembelajaran. Ini dapat membantu murid meningkatkan

pencapaian dalam matematik. Dalam konteks ini, Biggs mengusulkan tiga jenis pendekatan yang

dapat dirujuk sebagai pendekatan permukaan, pendekatan dalaman dan pendekatan mencapai.

Pendekatan permukaan adalah dari motivasi luaran dan pendekatan ini menggalakkan murid

belajar secara mekanikal melebihi belajar untuk pemahaman. Pendekatan dalaman digunakan

apabila seseorang murid adalah dimotivasikan secara dalaman dan gemar menggunakan strategi

untuk memaksimumkan pemahaman. Pendekatan mencapai pula didorong oleh motif untuk

mencapai kejayaan dan penggalakan penggunaan strategi yang dapat meningkatkan kemahiran

belajar yang efektif (Maznah et all, 1998).

Matematik merupakan satu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara

bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Matematik juga sangat

mempengaruhi kehidupan kita.  Kita tidak boleh lari daripadanya sama ada kita suka ataupun

tidak.  Semasa membeli-belah, matematik mengekori kita.  Semasa memasak di dapur,

matematik mengintip kita.  Matematik adalah penting untuk kehidupan manusia seharian.  Itulah

Page 4: Kajian Tindakan Oum 2013

4

hakikat dan kebenarannya.    Dalam matematik, murid-murid diajar menyelesaikan masalah bagi

setiap topik-topik kemahiran-kemahiran yang dipelajari.  Mengapa penyelesaian masalah

menjadi puncak kemahiran dalam sesuatu topik matematik? Ini kerana penyelesaian masalah

merupakan satu aspek yang sangat penting dan merupakan objektif utama dalam pembelajaran

matematik. Ia juga merupakan bentuk pembelajaran pada tahap yang tertinggi (Gagne, 1985).

Pelajar diharapkan dapat membina pengetahuan dan kemahiran baru melalui proses penyelesaian

masalah, menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kurikulum matematik serta

mengaplikasikan pelbagai strategi penyelesaian masalah matematik dalam konteks yang berbeza.

Menurut Krulik dan Rudnick (1996), penyelesaian masalah merupakan satu proses yang

kompleks dan sukar dipelajarinya. Ia mengandungi satu siri tugasan dan proses pemikiran yang

dihubungkait rapat untuk membantu pembentukan satu set heuristik atau corak heuristik. Ia

merupakan satu set cadangan dan soalan yang harus dilalui oleh pelajar untuk membantunya

dalam penyelesaian masalah. Heuristik adalah kaedah umum yang dapat diaplikasikan kepada

semua kelas masalah.

Terdapat beberapa model penyelesaian masalah yang sering digunakan dalam pendidikan

matematik seperti Model Lester (1975), Model Mayer (1983), Model Polya (1973) dan Model

Schoenfeld (1985). Model Polya digunakan di sekolah dalam kurikulum matematik bagi

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan sekolah rendah (KBSR).

Berdasarkan Noor Shah Saad (2005: 182), Model Polya merupakan model penyelesaian masalah

Matematik yang dibina oleh George Polya. Menurut Polya (1957) penyelesaian masalah

lazimnya dikaitkan dengan penggunaan matematik dalam situasi di mana prosedur penyelesaian

tidak begitu nyata atau ketara. Pengajaran matematik di sekolah lebih menekankan kepada

kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran. Adalah menjadi persoalan pula sama ada cara

pendekatan yang didapati sama dan dapat membantu pelajar untukmenghadapi pelbagai

penyelesaian masalah dalam kehidupan seharian dan dalam mata pelajaran matematik. Cabaran

ini dapat membantu guru-guru dalam merancang strategi yang lebih efektif untuk membantu

pelajar mengatasi kelemahan mereka dalam menyelesaikan masalah penyelesaian masalah di

samping menarik minat mereka semula.

Page 5: Kajian Tindakan Oum 2013

5

2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Menurut Noor Shah Saad (2005: 182), Model Polya merupakan model penyelesaian

masalah Matematik yang dibina oleh George Polya. George Polya telah memperkenalkan satu

model penyelesaian masalah dalam bukunya ‘How to Solve It’ yang memberi tumpuan teknik

penyelesaian masalah yang menarik dan juga prinsip pembelajaran matematik dapat dipindahkan

sebaik mungkin. Model ini membabitkan empat fasa utama iaitu:

i) Memahami dan mentafsir sesuatu masalah

ii) Merancang / membentuk rancangan penyelesaian

iii) Melaksanakan penyelesaian

iv) Menyemak semula

Kita sentiasa mendengar aduan murid-murid sekolah rendah dan menengah bahawa

matematik adalah mata pelajaran yang susah. Tambahan pula, ada yang berkata bahawa

matematik adalah mata pelajaran yang membosankan. Mengapakah keadaan demikian terjadi?

Salah satu faktanya adalah salah faham tentang cara-cara bagaimana murid-murid di sekolah

rendah dan menengah mempelajari matematik. Sebagai contoh, pada masa dahulu apabila

mengajar operasi darab di sekolah rendah, guru cuma menulis sifir darab pada papan tulis dan

murid menyalinnya kedalam buku latihan. Kemudian, murid-murid menghafaznya dan

meluahkan semuanya tanpa berfikir langsung apabila disoal oleh guru. Selain itu, mereka juga

diberi banyak latihan kira-mengira dalam topik berkenaan. Akibatnya, murid-murid memang

mahir dalam kira-mengira operasi darab tetapi tidak mengerti apa yang dilakukannya. Oleh

sebab matematik merupakan mata pelajaran yang bertimbun dan memerlukan kefahaman pada

pelajaran yang diajar dahulu sebelum mempelajari topik baru dimulakan, pembelajaran

matematik akan bertambah susah kepada murid-murid apabila umur mereka meningkat sehingga

kehilangan minat terhadap mata pelajaran itu, akibat kurang faham pada peringkat awal.

Dalam kajian tindakan yang telah saya jalankan di Sekolah Kebangsaan Buayan, iaitu

sekolah tempat saya mengajar, saya telah menggunakan murid-murid Tahun 4 dan 5 sebagai

specimen untuk kajian saya. Saya menggunakan 2 darjah yang berlainan ini berikutan masalah

Page 6: Kajian Tindakan Oum 2013

6

faktor kurangnya jumlah murid dan juga untuk mewujudkan suasana yang lebih kondusif dalam

kajian tindakan saya ini. Ini juga disebabkan oleh masalah kehadiran murid, iaitu pengaruh

daripada ibu bapa kerana ada dikalangan murid-murid yang mempunyai masalah kehadiran yang

amat teruk. Dengan jumlah murid Tahun 5 seramai 6 orang dan Tahun 4 seramai 6 orang, maka

saya jalankan kajian saya ini untuk 12 orang murid di SK Buayan, Penampang, Sabah.

Page 7: Kajian Tindakan Oum 2013

7

5.0 PENYATAAN MASALAH

Saya telah menjalankan kajian tindakan saya ini di sekolah tempat saya sendiri mengajar

iaitu di Sekolah Kebangsaan Buayan Penampang, Sabah. Saya yakin, melalui kajian yang dibuat

oleh Jemaah Nazir Institusi Pendidikan (JNIP) mengenai pengajaran dan penguasaan fakta asas

Matematik di kalangan 3569 orang murid Tahun 3 sekolah-sekolah kebangsaan di 128 sekolah di

seluruh negara pada tahun 1994 menunjukkan bahawa pada keseluruhannya prestasi murid

menjawab secara spontan bagi semua operasi belum mencapai tahap yang diharapkan iaitu 70 %

ke atas daripada jumlah bilangan soalan (JNIP, 1996). Keadaan ini telah mendorong kepada

keperluan untuk membentuk suatu strategi penilaian dan pemulihan yang dapat mengatasi

masalah akademik yang dialami oleh murid. Di Sekolah Kebangsaan Buayan, Penampang,

dalam kajian yang telah saya jalankan, murid-murid yang mengalami kesukaran dalam

memahami konsep dan kemahiran matematik telah dikenalpasti bidang kelemahan mereka

seawal yang mungkin. Dengan membuat diagnostik pada peringkat awal iaitu pada Tahun 4,

program-program pemulihan yang bersesuaian dapat dilakukan sebelum mereka melangkah ke

tahap matematik yang lebih tinggi lagi. Program pemulihan ini telah dimulakan apabila

kelemahan-kelemahan asas dikenalpasti agar pembelajaran Matematik dapat bermula daripada

kekuatan yang ada pada murid yang bermasalah itu. Jika murid-murid mengalami masalah

pembelajaran dalam Matematik tidak dibantu dan tidak diberi bimbingan yang sewajarnya dari

awal lagi mereka dikhuatiri akan menghadapi kegagalan yang berterusan. Pada akhirnya, murid-

murid ini akan kehilangan motivasi untuk belajar Matematik dan seterusnya membenci dan

melupakan mata pelajaran ini.

Berikut saya ingin kongsikan satu artikel yang saya perolehi daripada Internet yang rasa

sangat baik untuk kita renungi dan laksanakan dalam P&P guru Matematik. Cadangan

pendekatan P&P ini diharap akan dapat membantu guru menarik lebih minat murid terhadap

matapelajaran Matematik. Matematik ialah suatu ilmu yang berkaitan dengan nombor. Nombor

yang memberi nilai. Matematik menjadi asas kepada  banyak bidang ilmu di dunia ini.

Matematik juga boleh menerangkan fenomena semulajadi alam ini. Sebagai contoh, kejadian

malam dan siang. Dalam memahami kejadian ini, para saintis menggunakan ilmu astronomi yang

mana ilmu ini memerlukan matematik sebagai asas yang utama.  Begitu juga kejadian pasang

Page 8: Kajian Tindakan Oum 2013

8

surut air, gerhana matahari, ribut taufan, banjir, semuanya menggunakan matematik untuk

menerangkannya.  

Sebagai seorang warga pendidik, cuba bayangkan hidup kita tanpa matematik. Kita tidak

tahu apa itu matematik.Tidak tahu nombor, sukatan, dan berbagai-bagai lagi istilah matematik

yang lain. Kita juga tidak tahu apa itu tolak, tambah, bahagi dan darab. Hidup kita seumpama

manusia zaman purba yang tidak tahu menilai sesuatu benda. Alangkah huru-haranya kita kalau

tidak tahu matematik. Banyak perkara di dunia ini kita tidak dapat lakukan. Aktiviti rutin kita

juga akan terganggu. Perkembangan ilmu seperti ilmu jurutera, senibina, perubatan, ekonomi dan

sebagainya juga akan menghadapi jalan buntu. Menyedari betapa pentingnya ilmu matematik

maka perlulah kita menanamkan minat yang sewajarnya kepada matematik. Selain untuk

diaplikasikan dalam kehidupan matematik juga merupakan satu senanam untuk minda kita

supaya kita tidak jumud dan beku untuk berfikir. Syukur kerana Allah telah mengkurniakan kita

akal fikiran yang amat sesuai sekali untuk kita gunakan bagi mempelajari ilmu matematik.

Ilmu matematik adalah berkaitan dengan minda manusia. Kebanyakan tokoh-tokoh yang

banyak menyumbangkan kemodenan dan penemuan baru dan berguna kepada dunia adalah

mereka yang mempunyai kepakaran yang tersendiri dalam matematik seperti Ibnu Sina, Ibnu

Khaldun, dan Isaac Newton. Oleh sebab itulah, matematik seringkali dikaitkan dengan konsepsi

pemikiran manusia iaitu matematik mempunyai hubungan yang rapat dengan minda manusia.

Orang yang mudah menguasai matematik biasanya seorang yang kreatif. Mereka berupaya

menyelesaikan matematik yang susah dan mengelirukan berdasarkan pengetahuan dan kreativiti

mereka. Boleh dikatakan matematik ialah satu seni yang diterbitkan daripada kreativiti,

imaginasi seseorang hinggalah ia berkembang menjadi satu ilmu yang sangat berguna kepada

manusia hingga ke zaman moden ini. Betapa pentingnya matematik itu boleh kita lihat dalam

kehidupan seharian kita. Kita guna matematik untuk membuat keputusan dan banyak perkara.

Contohnya dalam membuat belanjawan. Kita akan memerlukan kemahiran dalam kira-kira asas

matematik iaitu operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Kita perlu mengira berapa banyak wang

yang kita akan keluarkan dengan menggunakan operasi tolak dan mengunakan operasi tambah

bagi memasukkan pendapatan baru dalam belanjawan kita.

Dalam kehidupan seharian, kita tidak akan terlepas daripada membuat sukatan. Sukatan

Page 9: Kajian Tindakan Oum 2013

9

merupakan salah satu daripada cabang matematik. Terma-terma seperti meter, liter, persegi, kaki

dan padu perlu dikuasai dengan berkesan. Barulah kita dapat melakukan sukatan dengan betul.

Kita juga menggunakan sukatan untuk menyukat makanan, melaksanakan jual-beli dan

menentukan isipadu barangan di kilang-kilang.

      

Kejuruteraan merupakan satu bidang ilmu yang sangat penting dewasa ini. Ia merupakan

tunjak utama bidang perindustrian. Ia menjadi asas penghasilan teknologi baru dalam kehidupan

kita. Jurutaralah yang mencipta alatan keperluan di rumah kita seperti mesin basuh, televisyen,

radio, komputer, dan sebagainya. Untuk mencipta alatan seperti peti sejuk yang kita gunakan

sekarang bukanlah sesuatu yang senang. Ia memerlukan pengetahuan yang tinggi dalam bidang

kejuruteraan. Manakala bidang kejuruteraan pula memerlukan pengetahuan yang tinggi dalam

ilmu fizik iaitu salah satu sub  bidang ilmu sains yang sangat penting dalam  kejuruteraan.

Sebagaimana yang kita tahu ilmu fizik merupakan satu ilmu yang sangat memerlukan asas

matematik yang kukuh.  Perkembangan ilmu fizik adalah selari dengan ilmu matematik.

Matematikyang menjadi tunjak utama dalam fizik. Ilmu fizik mengaplikasikan matematik

peringkat tinggi  yang memerlukan penguasaan yang kukuh dan jitu. Contoh penggunaan

matematik dalam kejuruteraan ialah penggunaan sudut dan trigonometri untuk mencipta suatu

alatan, penggunaan pembezaan dan pengamiran dalam mengukur kelajuan cahaya dan elektrik.

Begitu untuk mengukur amaun elektrik  yang diperlukan untuk menjanakan sesustu alatan

elektrik.

Bidang kedoktoran juga memerlukan matemetik. Suakatan dos ubat untuk sesuatu

penyakit  dikira dengan teliti mengunakan formula matematik. Sewaktu pembedahan ukuran

untuk lakukan bedahan adalah dikira dengan teliti dengan menngunakan matematik. Dalam

bidang sains seperti kimia dan  biologi  juga memerlukan matematik. Dalam kimia matematik

digunakan untuk mengira bilangan molekul dan unsur dalam sesuatu sebatian. Untuk mengira

nombor jisim dan isotop juga memerlukan formula matematik. Statistik juga memainkan peranan

yang penting dalam kehidupan kita. Statistik digunakan untuk menyajikan data yang dikumpul

daripada manusia supaya manusia dapat faham dan guna  untuk buat keputusan dalam beberapa

perkara yang penting dalam kehidupan kita. Statistik adalah sebahagian daripada matematik.

Bidang ini menumpukan kepada pengiraan nilai-nilai unik dalam matematik seperti min, median

Page 10: Kajian Tindakan Oum 2013

10

dan mod untuk menggambarkan ciri-ciri sesuatu sampel atau populasi. Matematik juga penting

dalam perniagaan dan ekonomi. Matematik digunakan untuk menentukan untung, berapa

keluaran yang perlu dikeluarkan, titik pulang modal, harga dan kuantiti keseimbangan dalam

perniagaan dan ekonomi.

Terdapat pelbagai sebab yang menyebabkan murid-murid bermasalah dalam menjawab

soalan Matematik terutama sekali bahagian penyelesaian masalah. Ini kerana kebanyakan dari

mereka lemah dalam penyusunan ayat terutama sekali apabila mata pelajaran Matematik diajar

dalam Bahasa Inggeris. Baretta-Lorton (1997) juga menegaskan bahawa keadaan ini berlaku

kerana penyelesaian masalah bercerita memerlukan tahap pemikiran yang tinggi. Selain itu juga,

ia memerlukan kefahaman teks dan arahan serta proses mengira. Sekiranya murid-murid dapat

mengatasi masalah tersebut, lazimnya kegagalan mereka dalam menyelesaikan masalah bercerita

disebabkan oleh kecuaian atau kesilapan dalam penyusunan data atau langkah mengira. Kajian

ini dijalankan untuk mengkaji peningkatan minat murid darjah 4dan 5 terhadap mata pelajaran

Matematik KBSR. Pemerhatian tingkah laku murid menghadapi proses pengajaran dan

pembelajaran Matematik kelihatan tidak menyeronokkan, mengharapkan semua jawapan dari

persoalan aktiviti diberi oleh guru. Guru dan murid menjalani proses pengajaran dan

pembelajaran seperti dalam keadaan terkongkong dengan teks. Perancangan kajian tindakan

difokuskan bagi meningkatkan minat murid kepada mata pelajaran Matematik dengan

menjalankan aktiviti “Kad Interaktif Bernombor”.

Page 11: Kajian Tindakan Oum 2013

11

6.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan minat pelajar Tahun 4 dan 5 di SK Buayan,

Penampang, Sabah. Terhadap mata pelajaran Matematik.

6.2 Objektif Khusus

i. Penggunaan Kad Interaktif dapat menarik minat murid terhadap mata pelajaran Matematik

dengan lebih berkesan.

ii. Murid dapat memahami dan meningkatkan tahap penguasaan dan pemahaman asas mata

pelajaran Matematik melalui Kad Interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.

iii. Murid dapat menggunakan Kad Interaktif untuk menyelesaikan kemahiran-kemahiran asas

Matematik seperti tambah, tolak, bahagi dan darab.

iv. Guru dapat menggunakan Kad Interaktif sebagai salah satu alat bantu mengajar dalam

pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

6.3 Soalan Kajian

i. Adakah penggunaan Kad Interaktif dapat menarik minat murid terhadap mata pelajaran

Matematik dengan lebih berkesan?

ii. Adakah dengan menggunakan Kad Interaktif murid dapat meningkatkan tahap penguasaan

dan pemahaman asas mata pelajaran Matematik?

iii. Adakah Kad Interaktif dapat digunakan oleh murid untuk menyelesaikan kemahiran-

kemahiran asas Matematik seperti tambah, tolak, bahagi dan darab?

iv. Adakah guru dapat menggunakan Kad Interaktif sebagai salah satu alat bantu mengajar dalam

pengajaran dan pembelajaran Matematik yang berkesan?

Page 12: Kajian Tindakan Oum 2013

12

7.0 Definisi Konsep

7.1 Murid

Murid merujuk kepada semua murid dalam Tahun 4 iaitu 6 orang dan Tahun 5 juga terdiri

daripada 6 orang, di Sekolah Kebangsaan Buayan, Penampang, Sabah yang telah dijadikan

sampel untuk kajian tindakan ini.

7.2 Guru Matematik

Merujuk kepada guru Matematik kelas tersebut yang akan menggunakan kaedah Kad Interaktif

Bernombor sebagai bahan & cara di dalam Proses Pengajaran & Pembelajaran (P & P)

7.3 Guru Kelas

Merujuk kepada guru kelas Darjah 4 dan 5 iaitu Guru Kelas Gabung yang menyokong tindakan

guru Matematik dalam meningkatkan kemahiran asas penguasaan Matematik khususnya operasi

tambah, tolak, darab dan bahagi.

7.4 Matematik

Carl Friedrich Gauss merujuk Matematik sebagai "ratu kepada sains (ilmu pengetahuan)".

Matematik selalunya didefinisikan sebagai pembelajaran atau kajian mengenai corak struktur,

perubahan dan ruang atau dalam erti kata lain, kajian mengenai nombor dan gambar rajah.

Matematik juga ialah penyiasatan aksiomatik yang menerangkan struktur abstrak menggunakan

logik dan simbol matematik. Matematik dilihat sebagai lanjutan mudah kepada bahasa perbualan

dan penulisan dengan kosa kata dan tatabahasa yang sangat jelas untuk menghurai dan

mendalami hubungan fizikal dan konsep.

7.5 Kad Interaktif

Interaktif merupakan aplikasi yang membenarkan pengguna untuk berinteraksi dengan media

yang disampaikan secara aktif. Pengguna boleh mengawal apa yang dilihat dan dengar serta

boleh menentukan

Page 13: Kajian Tindakan Oum 2013

13

hala tuju masing-masing semasa berinteraksi. Kad Interaktif merupakan kepingan kad-kad

manila kecil yang di depannya dilekatkan gambar untuk membantu proses pengajaran dan

pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan (Gambarajah 1).

Gambarajah 1: Contoh Kad Interaktif

Gambarajah 2: Contoh Kad Interaktif

Page 14: Kajian Tindakan Oum 2013

14

Gambarajah 3: Contoh Kad Interaktif

Gambarajah 4: Contoh Kad Interaktif

Page 15: Kajian Tindakan Oum 2013

15

Gambarajah 5: Contoh Kad Interaktif

Gambarajah 6: Contoh Kad Interaktif

Page 16: Kajian Tindakan Oum 2013

16

Gambarajah 7: Contoh Kad Interaktif

8.0 METODOLOGI KAJIAN

Terdapat beberapa kaedah yang akan digunakan bagi memastikan kajian ini dapat dijalankan

dengan sempurna.

8.1 Instrumen Kajian

Dalam kajian ini, beberapa kaedah akan digunakan dalam pengumpulan data seperti:

a) Tinjauan Masalah

Salah satu kaedah yang akan digunakan untuk mengenalpasti murid lemah dan tahap penguasaan

asas matematik di kalangan mereka ini ialah melalui kaedah tinjauan. Kaedah ini sangat

membantu penyelidik untuk fokus kepada kumpulan murid-murid lemah dan mengenalpasti

sikap dan mencari punca pelajar-pelajar tersebut gagal menguasai asas matematik dengan baik.

Samaada tinjauan dibuat sendiri oleh penyelidik ataupun ia boleh dilakukan oleh guru-guru

sekolah yang mengajar di kelas tersebut.

Page 17: Kajian Tindakan Oum 2013

17

b) Sesi Temubual

Dalam kajian ini, kaedah temubual akan dijalankan untuk mengumpul maklumat secara terus

daripada kumpulan sasar. Temubual dijalankan secara tidak formal. Hasil maklumat daripada

temubual akan dijadikan panduan asas bagi merangka kaedah intrumetasi bagi kajian ini. Pada

kebiasaanya, temubual boleh dilakukan samaada terus kepada kumpulan sasaran yang ingin

dikaji atau terhadap faktor-faktor persekitaran seperti guru yang mengajar, ibu bapa atau rakan-

rakan.

Masalah Hipotesis1. Tidak dapat mencari kata kunci Jika murid-murid tidak dapat mencari kata

kunci sesuatu soalan, pasti mereka tidak dapat

menjawab dengan betul.

2. Tidak dapat mengenal pasti operasi Jika mereka tidak dapat mengenal pasti

operasi yang betul untuk digunakan, sudah

pasti mereka tidak dapat menjawab soalan.

3. Tidak tahu menggunakan kemahiran

atau melaksanakan strategi untuk

menyelesaikan masalah.

Jika mereka tidak tahu menggunakan

kemahiran atau strategi dengan betul,

mereka tidak akan dapat menjawab soalan

penyelesaian dengan tepat dan yakin.

4. Tidak menyemak semula. Jika mereka tidak menyemak semula jawapan

mereka, kemungkinan jawapan mereka akan

salah.

c) Pemerhatian

Pemerhatian akan dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung untuk

mengenalpasti tahap sebenar penguasaan asas Matematik di kalangan pelajar-pelajar darjah 4

Page 18: Kajian Tindakan Oum 2013

18

dan 5 SK Buayan. Selain itu, kaedah ini akan dapat memberi gambaran tentang keberkenasan

kaedah pengajaran oleh guru di dalam kelas. Samaada minat terhadap mata pelajaran Matematik

tadi adalah kerana faktor guru atau faktor-faktor lain.

d) Ujian Pra dan Pasca

Ujian Pra dijalankan untuk mengesan kelemahan murid dalam penguasaan asas Matematik. Ini

secara tidak langsung akan dapat membantu penyelidik menilai tahap penguasaan asas

Matematik sebenar di kalangan murid-murid yang lemah. Ujian Pasca pula dijalankan untuk

menguji tahap keberkesanan kaedah ini untuk kumpulan sasaran.

e) Soal Selidik

Set Dokotomus digunakan dalam soal selidik bagi mendapatkan persetujuan responden terhadap

pernyataan minat responden terhadap aktiviti Penggunaan Kad Interaktif Bernombor dengan

menggunakan skala pengukur “Ya” dan “Tidak”. Borang soal selidik akan disediakan dan

diedarkan kepada murid untuk mendapatkan maklum balas murid mengenai minat mereka

terhadap mata pelajaran Matematik sebelum dan selepas aktiviti Penggunaan Kad Interaktif

Bernombor dijalankan.

f) Bahan-bahan dokumentasi

Dokumen-dokumen ini boleh membekalkan maklumat yang berkaitan dengan isu atau masalah

yang diselidiki. Ia merupakan bahan yang penting untuk memahami tujuan, rasioal dan sejarah

sesuatu program atau sesuatu dasar. Contoh bahan-bahan dokumentasi seperti kerja murid, jadual

kedatangan sekolah, rekod keputusan peperiksaan, rekod latarbelakang murid, kertas peperiksaan

murid dan bab-bab dalam buku teks yang yang dikaji.

g) Bercerita

Menurut Kamus Dewan (1989:356) lagi cerita bermaksud, kisah riwayat(mengenai satu

peristiwa atau kejadian). Di dalam kajian ini ‘bercerita’ bermaksud sesuatu kisah dan situasi atau

peristiwa yang diaplikasikan dalam penyelesaian masalah untuk menguji tahap kefahaman

murid-murid dalam mengaitkannya dengan ilmu matematik. Selain itu, kaedah Analisis

Page 19: Kajian Tindakan Oum 2013

19

Kesilapan Newman ‘Newman Error Analysis’(1983) juga digunapakai dalam membantu pelajar-

pelajar menyelelesaikan masalah becerita dalam matematik. Terdapat lima hierarki yang perlu

diambil kira iaitu;

1. Membaca masalah.

2. Memahami apa yang dibaca.

3. Membuat transformasi pemikiran.

4. Mengaplikasikan kemahiran proses yang diperlukan.

5. Membuat pengkodan jawapan dalam bentuk bertulis.

Berdasarkan kaedah ini juga, kesilapan pelajar dapat di kenal pasti sama ada dari segi masalah

pemahaman, membuat transformasi pemikiran, mengaplikasikan kemahiran proses, membuat

pengkodan jawapan ataupun kesilapan komputasi.

h) Temu Duga Individu.

Temu duga secara individu adalah berdasarkan kepada Prosedur Temu Duga Newman

yang telah diubahsuai. Mengikut Prosedur Temu Duga Newman, responden yang

melakukan kesilapan dalam ujian bertulis yang diberikan akan diminta untuk menjawab soalan

itu semula. Apabila ujian semula ini dijalankan, pengkaji akan menemu duga responden

berdasarkan lima soalan mengikut urutan. Pengkaji akan mengklafikasikan kesilapan responden

berdasarkan Kriteria Newman iaitu sama ada kesilapan berpunca daripada kecuaian, motivasi,

kebolehbacaan, kefahaman, keupayaan untuk membuat transformasi (menukarkan masalah

kepada ayat matematik), kemahiran proses (komputasi) atau membuat pengkodan (menulis

jawapan yang betul).

8.2 KUMPULAN SASARAN

Berdasarkan kepada refleksi dan penyataan masalah di atas, didapati bahawa murid lemah dalam

mata pelajaran Matematik disebabkan oleh kegagalan menguasai kemahiran asas Matematik.

Kemahiran asas Matematik adalah operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Penguasaan

kemahiran asas matematik adalah penting agar murid boleh menguasai kemahiran-kemahiran

Page 20: Kajian Tindakan Oum 2013

20

lain dalam matematik dan menyelesaikan masalah matematik seperti pecahan, perpuluhan dan

gandaan nombor. Oleh itu, kajian ini berfokuskan kepada kemahiran asas dalam matapelajaran

Matematik seperti tambah, tolak, darab dan bahagi.

9.0 Keputusan Kajian

Kefahaman tentang sesuatu konsep dan minat adalah penting dalam sesuatu pembelajaran.

Howard Gardner (1983) ada mengatakan ketidakserasian antara kaedah mengajar dengan profil

kecerdasan pelajar boleh menyebabkanseseorang murid itu gagal atau hilang minat terhadap

sesuatu mata pelajaran. Bagi pendapat kami kaedah pengajaran guru Matematik tersebut boleh

diperbaiki dari semasa ke semasa mengikut profil kecerdasan murid di dalam kelas namun

kehilangan minat terhadap sesuatu mata pelajaran amat merbahaya pada diri seorang murid

khususnya dan sekolah amnya. Kami yakin jika kami dapat membantu meningkatkan kefahaman

serta minat murid terhadap mata pelajaran ini atau sekurang-kurangnya mengekalkan minat sedia

ada. Selain daripada itu, guru Matematik kelas tersebut dapat pula meneruskan proses Pengajaran

dan Pembelajaran (P & P) menggunakan pelbagai pendekatan di dalam kelas dan seterusnya

meningkatkan prestasi akademik murid Tahun 4 dan 5 SK Buayan dalam mata pelajaran

Matematik. Jelaslah di sini bahawa kajian ini amat penting dari sudut pembelajaran kerana ianya

memberikan peluang kepada murid untuk lebih memahami dan meminati mata pelajaran ini.

Apabila murid dapat menguasai asas matematik ini, maka teknik ini dapat membantu murid

untuk menguasai ke peringkat yang lebih tinggi. Bagi guru pula, kaedah ini dapat membantu

dalam proses pengajaran kerana kaedah ini memberi peluang untuk murid berinteraksi antara

satu sama lain. Lantaran itu, kaedah ini dapat menarik perhatian murid ketika proses Pengajaran

dan Pembelajaran (P & P) dijalankan.

Cadangan penambahbaikan untuk peringkat penguasaan Matematik yang dikenalpasti semasa

kajian di buat di SK Buayan, Penampang, Sabah.

Peringkat Kanak-kanak

Kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun merupakan masa yang paling untuk

merangsang perkembangan otak mereka. Pada peringkat ini kanak-kanak mudah menerima apa

Page 21: Kajian Tindakan Oum 2013

21

yang diajar kepada mereka. Mereka juga suka kepada benda-benda baru. Di sini ibu bapa perlu

memainkan peranan mendedahkan kanak-kanak tadi dengan sistem penomboran. Ibu bapa perlu

mengajar kanak-kanak dengan asas matematik yang berkaitan dengan nombor-nombor asas. Kita

perlu ajar mereka dengan nombor-nombor satu hingga sepuluh. Suruh mereka sebut dan hafal

nombor-nombor tersebut.

Peringkat Kanak-kanak Remaja

Pada usia tujuh hingga dua belas tahun kanak-kanak perlu diajar dengan operasi asas matematik

seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Pada peringkat ini, kanak-kanak berada dalam alam

persekolahan. Di sekolah, mereka diajar dengan pelbagai teknik pembelajaran, pelbagai operasi

matematik dan terma-terma matematik . Mereka juga didedahkan dengan pecahan, peratus,

statistik dan pelbagai operasi lain yang selalu diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita.

Peringkat Remaja

Pada usia tiga belas sehingga tujuh belas tahun, pelajar sudah berada dalam alam persekolahan

menengah. Pada ketika ini, pelajar akan mempelajari matematik algebra dan matematik diskrit di

mana ianya lebih susah sedikit. Pada masa ini, pelajar-pelajar dianggap sudah dapat menguasai

matematik secara luas selepas tamat zaman persekolahan.

Peringkat Umum

Peringkat ini ialah daripada umur lapan belas sehingga ke atas. Tahap ini merupakantahap di

mana seseorang diharap mempunyai penguasaan yang kuat dalam matematik algebra dan

matematik diskrit serta berjaya menguasai matematik secara keseluruhannya.

  

Individu Yang Terlibat Dalam Menanam Sikap Sukakan Matematik Dan Peranan Mereka

1. Ibu bapa 

Ibu bapa merupakan agen yang banyak mempengaruhi seseorang kanak-kanak. Ibu bapalah yang

mencorakkan  kehidupan seseorang itu. Segala yang ibubapa lakukan banyak memberi kesan

kepada perkembangan mental kanak – kanak. Ibubapa perlulah prihatin dalam hal ini. Ibubapa

Page 22: Kajian Tindakan Oum 2013

22

perlu memberi contoh yang baik kepada kanak-kanak dan mengajar anak-anak mereka dengan

ilmu yang betul. Sikap sukakan matematik perlu ditanam kedalam diri kanak-kanak sejak mereka

kecil lagi. Ibubapalah yang bertanggungjawab dalam hal ini. Mereka perlu memperkenalkan

anak-anak mereka sejak mereka kecil lagi.  Perkembangan ilmu yang bermula di rumah akan

memberi kesan yang besar kepada penguasaan dan minat kanak-kanak tersebut kepada ilmu itu.

Kanak-kanak tersebut mungkin akan dapat menguasai ilmu itu dengan berkesan dan sangat

berminat dengan subjek tersebut.

Oleh sebab itulah ibu bapa perlulah dedahkan anak-anak mereka  dengan masalah matematik.

Galakan daripada ibu bapa adalah perlu. Ibu bapa perlu sentiasa menyatakan kepada anak-anak

mereka yang matematik itu senang.  Wujudkan perpustakaan di rumah dengan mengadakan

banyak buku-buku matematik. Biar hidup mereka tidak lengkang dengan matematik. Biar

mereka biasa dengan matematik dan merasa matematik itu suatu subjek yang senang. Biar

mereka lihat matematik itu adalah sebahagian daripada  kehidupan mereka dan lihat matematik

adalah suatu subjek yang mudah.

Apabila anak-anak kita memasuki alam persekolahan kita mestilah menggalakkan mereka

supaya sukakan matematik. Selalulah kita sarankan mereka supaya skor markah yang tinggi

dalam mata pelajaran matematik ini. Ibu bapa juga perlu selalu menyatakan kepada anak-anak

mereka bahawa matematik adalah satu subjek yang mudah dan senang untuk   dipelajari serta

boleh dikuasai dengan senang. Di samping itu sebagai ibu bapa, kita juga perlu untuk

mengaplikasikan matematik dalam kehidupan seharian kita. Sarankan anak-anak kita supaya

gunakan matematik dalam kehidupan di mana yang perlu.

  

2. Guru-Guru

Sekolah juga penting dalam menanam semangat sukakan matematik di kalangan pelajar.

Sebagaimana yang kita tahu punca utama kita mendapat ilmu adalah daripada guru.  Bagaimana

kita menerima sesuatu subjek itu adalah bergantung kepada pendekatan yang guru itu gunakan

untuk memperkenalkan subjek itu kepada pelajar-pelajarnya. Guru pula perlu tahu bagaimana

hendak membuat seseorang pelajar berminat terhadap pengajaran yang diberikan. Guru perlu

guna pendekatan yang mampu menarik perhatian pelajar terhadap matapelajaran yang diajar

Page 23: Kajian Tindakan Oum 2013

23

terutama mata pelajaran matematik. Pendekatan yang paling sesuai ialah pendekatan yang dapat

membuat pelajar mudah faham apa yang diajar dan dapat mengingatinya sampai bili-bila.

Guru-guru berperanan menerangkan kepada para pelajar supaya minat terhadap mata

pelajaran matematik. Jika pelajar malas dan susah faham dengan subjek matematik maka guru

perlu memainkan peranan untuk menasihatkan mereka dan memberi tunjuk ajar yang sepatutnya

dengan penuh dedikasi dan hikmah.

Guru pula jangan sekali-kaliu biarkan pelajarnya patah semangat dalam matematik.

Pastikan prestasi pelajar dalam matematik sentiasa stabil dan sentiasa ambil berat jika ada

bahagian yang peljar tidak faham. Guru juga jangan patahkan semangat pelajar dengan

memarahi atau memalukan pelajar yang tidak tahu atau tidak mampu menyelesaikan  untuk

sesuatu masalah matematik. Galakan mereka mengguanakan daya kreativiti mereka dalam

menyelesaikanmasalah matematik yang kompleks dan susah. Guru juga mesti gilapkan

kekreativiti dalam diri pelajar. Walaupun ada sesetengah orang mengatakan kreativiti adalah

wujud secara semulajdi namun kita masih boleh untuk gilaapkan dalam diri kita.

Guru juga mesti cuaba dengan sedaya upaya untuk mahirkan pelajar denagn matematik.

Perbanyakkan latihan dalam kelas. Pastikan semua pelajar dapat memahami apa yang diajar oleh

guru setiap selepas kelas. Guru juga mesti selalu dedahkan para pelajar dengan kepentingan

matematik dalam kehidupan manusia.

3. Masyarakat

Masyarakat juga memainkan peranan yang penting dalam memupuk semangat sukakan

matematik di kalangan pelajar sekolah. Masyarakat merupakan satu komuniti yang banyak

mempengaruhi perkembangan mental dan minda pelajar-pelajar. Jika masyarakat tersebut adalah

msyarakat yang mementingkan matematik maka pelajar aka mempunyai kepercayaan bahawa

subjak matematik merupakan subjek yang penting dan sangat berguna dalam kehidupan,

masyarakt dan negara. Dengan yang demikian mereka akan skor markah yang tinggi dalam

peperiksaan.

Page 24: Kajian Tindakan Oum 2013

24

Masyarakat yang mundur dan bodoh tidak menyedari kepentingan matematik dan ini

menyebabakan pelajar dalam masyarakat tersebut memandang rendah subjek matematik dan

menganggap subjek tersebut tidak penting  serta tidak mempelajari ilmu tersebut dengan

bersungguh-sungguh.

Oleh sebab itu, masyarakat mesti disedarkan betapa pentingnya subjek ini. Langkah ini

sepatutnya dilakukan oleh kerajaan melalui kempen–kempen.

4 . Kerajaan

Kerajaan juga perlu memainkan perana ynag penting dalam mewujudkan semangat sukakan

matematik dikalangan pelajar. Kerajaan boleh melakukan usaha melalui sekolah-sekolah

menganjurkan kuiz matematik untuk menggalakakn  pelajar mempelajari subjek matematik

dengan    lebih maju lagi.

  

Page 25: Kajian Tindakan Oum 2013

25

Kaedah-kaedah yang dilaksanakan semasa Kajian Tindakan di SK Buayan, Penampang,

Sabah.

Terdapat banyak faedah untuk memahirkan diri kita dengan matematik. Individu yang berlainan

mempunyai kaedah yang berlainan untuk memahirkan diri dengan subjek matematik.

Kaedah main sambil belajar

Aktiviti ini dijalankan secara spontan untuk faedah perbuatan itu sendiri. Ini bermakna kaedah

tersebut memberi kepuasan dalam keadaan sedar atau tidak. Terdapat unsur-unsur kespontanan,

kurang berstruktur, tiada paksaan, dan menimbulkan kepuasan. Sebagai contoh kanak-kanak

bermain batu sermban, mereka bukan sahaja seronok tetapi juga dapat membina  ketelusan dalam

mengira mata yang diperolehi.

  

Tujuan kaedah bermain sambil belajar adalah untuk mendatangkan keseronokan dan hiburan di

samping merangsang individu mempelajari sesuatu dengan cara yang aktif dalam keadan yang

tidak formal. Kaedah ini membantu perkembangan fizikal, sosio-emosi dan mental  di mana

mereka juga dapat meningkatkan kekekuatan dan ketangkasan, dapat berinteraksi juga

mempelajari nilai – nilai sosial yang positif seperti bertolak-ansur, bertimbang – rasa dan lain-

lain lagi. Kesan keseronokan daripada bermain dapat mempercepatkan lagi proses pembelajaran

di mana maklum balas yang di beri serta merta tentang betul atau salah akan mengukuhkan lagi

pembentukan satu-satu konsep.

Di dalam melaksanakan aktiviti permainan, ia harus berkaitan dengan objektif pembelajaran.

Permaianan tersebut mesti sesuai dengan umur, pengalaman, kebolehan serta kecenderungan

murid-murid. Arahan tentang permainan mestilah jelas, tepat dan mudah difahami. Kaedah ini

harus melibatkan senua murid sekiranya dijalankan di dalam kelas. Maklum balas tentang betul

atau salah dalam sesutu permainan hendaklah di beri dengan serta merta agar murid-murid

bermotivasi untuk meningkatkan lagi motivasi mereka. Tempoh permainan tidak boleh pendek

dan tidak boleh terlalu panjang. Ia seharusnya mengambil masa yang sederhana dan sesuai.

Permainan harus melibatkan aspek psikomotor, kognitif dan efektif. Ia harus menekankan nilai

Page 26: Kajian Tindakan Oum 2013

26

kerjasama, keadilan, keseronokan dan kemahiran sosial. Permainan dijalankan dalam bentuk

yang boleh menarik minat murid-murid dan merupakan satu bentuk pengajaran bukan sebagai

pengganti guru.

Kaedah inkuiri

Inkuri adalah merupakan satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang mempunyai:

1. berasaskan proses penyelesaian masalah

2. berpusat kepada murid (murid mengambil bahagian yang aktif)

3. memberi latihan yang sebenar (dalam proses kemahiran berfikir secra kreatif dan  kritis

4. menggalakkan murid alami proses pembelajari secara mengalami situasi yang sebenar

5. mengggalakkan murid membuat penyelidikan

Teknik ini mempunyai proses yang berikut:-

1. mengenal pasti masalah

2. mengkaji masalah

3. mengumpul maklumat

4. menganalisis masalah

5. merumus masalah

Mengenal pasti masalah

Pelajar harus  mengenal pasti soalan dan menentukan fakta yang di fahami. Dalam proses

mengenal pasti masalah, kaedah, teknik, rujukan dan sumber yang sesuai perlu

ditekankan.pertama sekali pelajar perlu mengkaji ramalan kerana ia dapat membantu memandu

murid-murid mendapatkan maklumat yang paling mudah. Ia juga memandu murid-murid

membuat ramalan tentang apa yang mungkin berlaku, bagaimana masalah ini boleh diselesaikan

dan apakah langkah yang perlu dilakukan. Kedua mengumpul maklumat, setelah maklumat

dikumpul murid dapat menyusun maklumat mengikut urutan. Di sini murid dapat membuat

ramalan, memeriksa maklumat dan menentukan kebenarannya. Seterusnys murid-murid harus

merangka prosedur dan urutan untuk menyelesaikan masalah melalui uji kaji. Ketiga ialah

menganalisis, di mana murid-murid membuat analisis dan ujian tentang ramalan yang dibuat. Di

sini murid – murid cuba menyelesaikan masalah, membuat penilaian kreatif untuk pengsahan.

Page 27: Kajian Tindakan Oum 2013

27

Akhir sekali membuat rumusan iaitu murid-murid seharusnya sudah mempunyai rumusan dan

kesimpulan tentang masalah atau fenomena yang dikaji.

Pengendalian aktiviti inkuiri

1)Pemerhatian 

Mempunyai dua keperluan asas iaitu pengesahan, kebolehpercayaan.

2) Penjelasan 

Melalui pemerhatian murid-murid dapat mengenalpasti persamaan  perbezaan terhadap masalah

yang dikaji.

3) Membuat ramalan 

Di sini murid-murid memberi penjelasan dan huraian tentang maklumat yang telah mereka

kumpul. Ini melibatkan kemahiran murid -murid  untuk mengemukan sebab ynag munasabah

bagi hujah atau kenyataan tentang sesuatu kejadian, perkara, benda atau fenomena.

4) Uji kaji 

Dijalankan untuk membuktikan ramalan yang telahdibuat. Murid dapat menentukan ramalan itu

sama ada benar atau salah. Murid juga sedar tentang arahan yang mereka ikut sama ada betul

atau salah. Ini membolehkan mereka membuat uji kaji yang lain.

  

  

Kaedah perbincangan

Kaedah perbincangan merupakan satu aktiviti yang dijalankan secara berkumpulan dimana

pelajar berkerja sama antara satu sama lain untuk meneliti dan membincangkan sesuatu topik

atau masalah. Kaedah perbincangan dikatakan dapat mengalakkan murid-murid lebih

bergerakbalas atau berreaksi tentang topik atau masalah matematik yang sedang atau sudah

dibincangkan.kaedah perbincangan merupakan satu aktiviti yang sangat mudah dijalankan dan

mudah dilaksanakan dalam apa jua matapelajaran terutama sekali matematik dan (semua tajuk

Page 28: Kajian Tindakan Oum 2013

28

dalam matapelajaran matematik) kaedah ini boleh dijalankan dalam sebarang situasi bilik darjah

mahupun di rumah.

Perbincangan boleh menjadi satu aktiviti yang berstruktur atau aktiviti yang bebas bergantung

penilaian yang dijalankan. Disini peranan guru atau ibubapa boleh berubah mereka sepatutnya

kurang bercakap, walaubagaimana pun mereka harus meransang pelajar mengeluarkan pendapat,

bertanya, memikirkan jawapan, memberi komentar dan menyelesaikan masalah, guru dan

ibubapa tidak seharusnya menjadi sumber rujukan utama sumber maklumat tetapi bertindak

sebagai permudah aktiviti perbincangan.

    

Matlamat dalam kaedah ini adalah memperkembangkan kebolehan dalam matapelajaran

matematik dimana kaedah ini, mempertajamkan fikiran pelajar, melatih keupayaan pelajar dalam

menyelesaikan masalah matematik dan mengalakkan perkembangan kanak-kanak dalam

matematik menjadi lebih subur.kaedah ini juga bermatlamat dalam melatih keupayaan murid

dalam membuat perhubungan idea, membina keyakinan dalam diri kanak-kanak, memperluaskan

ilmu pengetahuan dan juga bermatlamat mengembangkan kemahiran dalam diri kanak-kanak

tersebut.

Kaedah menyelesaikan masalah

Di dalam kaedah ini kanak-kanak dikehendaki mengatasi rintangan atau kerumitan untuk

mencapai matlamat. Faktor utama dalam menyelesaikan  apa jua masalah matematik adalah

dengan mengunakan segala pengalaman lampau dalam mendapatkan sesuatu penyelesaian yang

belum pernah diketahui oleh kanak-kanak tersebut.  Dalam kaedah menyelesaikan masalah

terdapat 5 pekara yang telah dikaji.

(1) pengeluaran idea individu

Merupakan tindakan kanak-kanak mengeluarkan idea dalam mengatasi masalah dimana

penyelesaian yang betul diperolehi daripada pengunaan sumber-sumber ingatan dan pesekitaran

walaupun penyelesaian masalah yang betul tidak diketahui oleh kanak-kanak tersebut

  

(2) Pencapaian konsep

Page 29: Kajian Tindakan Oum 2013

29

Dimana kanak-kanak perlu mencari perhubungan mengenai pelbagai pekara dalam masalah

tersebut dimana hasil daripada perhubungan atau penjelasan tentang masalah tersebut maka

lahirlah konsep untuk menyelesaikan masalah tersebut.

(3) Kerja kreatif.

Tidak semua penyelesaian masalah dapat dapat digolongkan sebagai masalah yang begitu jelas.

Ada juga keadaan-keadaan yang dapat diselesaikan dengan berbagai-bagai cara dan tidak ada

satu cara pun dianggap terbetul sekali.

  

(4)  Membuat keputusan 

  

Dalam menyelesaikan masalah jenis lain kanak-kanak dikehendaki membuat pilihan, dan

pemilihan tersebut tidak semestinya bergantung kepada peraturan-peraturan tertentu tetapi

bergantung kepada tekaan atau keinginan kanak-kanak semata-mata.

(5)  Menyelesaikan masalah dalam kumpulan 

Sesuatu masalah boleh juga diselesaikan dalam kumpulan, kaedah penyelesaian ini diminati oleh

para psikologist.

  

Kaedah dapatan

Kaedah ini lahir daripada teori-teori pembelajaran, ia perlu bagi ibubapa dan guru untuk

mencapai pengajaran yang berkesan kepada kanak-kanak dan murid. Walaubagaimana pun ia

hanya sesuai dalam keadaan tertentu sahaja. Kaedah ini bertujuan mencabar murid supaya

mencari jawapan dari maklumat yang kurang lengkap, biasanya pembelajaran dari kaedah ini

terdiri daripada bahagian-bahagian maklumat yang tidak lengkap dan murid juga perlu membuat

kesipulan dari apa yang telah dilaksanakan.Cara pengajaran yang paling sesuai untuk kaedah

dapatan ialah dengan cara memberi panduan, bantuan atau petunjuk.

Peranan guru dan ibubapa ialah untuk mengadakan perbincangan terbuka dan untuk mendorong

murid mengeluarkan pendapat serta memberi jawapan kearah yang ingin matlamat dicapai.

Pendukung kaedah ini adalah Hilda Taba, beliau menerangkan kaedah ini dapat membentuk dan

Page 30: Kajian Tindakan Oum 2013

30

membina kebolehan dalam menyelesaikan masalah dikalangan murid dimana daripada maklumat

yang tidak lengkap murid terpaksa berfikir dan mencari jawapan dan dengan secara tidak

langsung mereka dapat belajar sendiri.

Kaedah ini dapat mengekalkan pembelajaran murid kerana segala maklumat dan kesimpulan

telah digunakan semasa pembelajaran. Menurutnya juga kaedah ini seharusnya dapat pegerakan

atau motivasi intrinsik dikalangan murid dan pelajaran dapatan harus mencungkil, mencabar dan

melahirkan minat dalam diri murid.

Hafalan dan latih tubi

Teknik ini telah lama digunakan iaitu sejak beribu-ribu tahun sebelum masihi, pada masa itu

persekolahan masi belum wujud dan pengajaran khususnya agama diturunkan kepada anak cucu

dengan teknik hafalan dan latih tubi, teknik ini telah digunakan oleh orang Yahudi untuk

mengajar agama dan pekara-pekara berkaitan dengan Tuhan mereka. Bagi mereka Tuhan adalah

satu-satu pekara yang tidak boleh dipersoalkan oleh murid-murid mereka dengan itu teknik

hafalan dan latih tubi digunakan untuk mengajar murid-murid tersebut dan tekni tersebut

dikatakan sangat berjaya dan sangat berkesan sekali.

Pada masa kini teknik hafalan dan latih tubi masih digunakan, teknik ini telah difahami dengan

lebih mendalam dan kurang digunakan secara keterlaluan.

Terdapat 2 jenis hafalan yang dikenalpasti iaitu hafalan rot dan hafalan logik. Hafalan rot adalah

hafalan berbentuk simbol-simbol yang perlu diingat sepatah demi sepatah contohnya menghafal

sefer dimana sefer adalah sejenis simbol yang perlu dihafal dan diingat satu persatu. Hafalan rot

masih perlu digunakan pada masa kini untuk mengajar sefer, kira-kira, atau prinsip-prinsip.

Pelajar pada mulanya hanya mengunakan hafalan rot kemudian hafalan rot mengenai sesuatu

pembelajaran akan diambilalih oleh hafal logik.

Hafalan lojik pula merupakan hafalan secara rasional yang melibatkan fenomena yang bermakna

tentang tentang prinsip-prinsip yang perlu dipelajari, hafalan lojik memerlukan fahaman yang

rasional mengenai konsep yang terlibat. Kebolehan membuat taakulan memainkan peranan

Page 31: Kajian Tindakan Oum 2013

31

penting untuk membawa kefahaman rasional ini, disamping kebolehan membuat perkaitan antara

satu dengan yang lain diperlukan juga.

Dalam situasi pengajaran didalam bilik darjah merupakan cara yang paling berkesan untuk

mengajar teknik hafalan dengan berpandukan kepada 4 langkah,

MEMIKIR + MENGULANG + MENYEBUT = MENGINGAT

1. Memikirkan—pelajar  harus memikirkan tentang sesuatu pekara dengan lebih mendalam

samada sifir atau formula matematik ini bermakna murid lebih menumpukan kepada isi

kandungan yang harus diingat

2. Mengulang—pelajar harus mengulangi bahan yang telah dipelajari, bahan-bahan tersebut

diulang-ulang hingga murid tidak lagi teragak-agak apabila mengeluarkan idea tentang 

maklumat yang  dipelajari.

3. Mengucapkan—pelajar juga harus mengucapkan segala bahan yang telah dipelajari

dihadapan guru atau sesiapa sahaja yang boleh menyemak dan memperbetulkan

sekiranya terdapat sebarang kesalahan.

4. Mengingatkan—pelajar harus mengingat secara bersendirian bahan-bahan yang telah

dipelajari supaya segala ilmu yang dipelajari lebih kekal dan ini merupakan peringkat

terakhir dalam proses hafalan.

Latih tubi ialah pengulangan fakta-fakta dalam meningkatkan kecekapan tentan apa  yang telah

diajar ia bertujuan untuk mencapai tahap kemahiran atau untuk melekatkan sesuatu perkaitan

supaya ia menjadi lebih kekal dalam ingatan. Dalam situasi pengajaran, latih tubi harus harus

dielakkan dalam pelajaran yang bercorak kemasyarakatan ini disebabkan lati tubi dalam

matapelajaran tersebut akan mengalakkan hafalan tetapi kaedah latih tubi amat digalakkan dalam

matapelajaran matematik. Latih tubi amat sesuai untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti

mengingati formula-formula yang penting.

Page 32: Kajian Tindakan Oum 2013

32

Hafalan dan latih tubi biasanya digunakan dalam langkah kedua iaitu mengulang bahan dan

langkah ketiga iaitu mengucapan isi kandungan dihadapan guru. Dengan itu latih tubi adalah

sebahagian daripada usaha menghafal atau mengingat sesuatu.

Walau bagaimana pun kaedah ini mempunyai kelemahan iaitu ia akan menyekat dan

menghadkan kebebasan berfikir dan menghalang daya kreatif murid.  Namun begitu ia tidak

harus ditolak secara bulat-bulat kerana banyak hikmah yang tersembunyi disebalik kaedah ini.

Sebenarnya terdapat terlalu banyak kaedah yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah dan

membantu proses meningkatkan kecekapan dan kemahiran dalam bidang matematik.

Page 33: Kajian Tindakan Oum 2013

33

Kesimpulan

Pada akhir pelaksanaan kajian, setelah menilai murid-murid Tahun 4 dan 5 di SK Buayan

Penampang, Sabah, akhirnya saya telah berjaya menganalisis dan menilai pelan tindakan yang

dilaksanakan. Menerusi hasil Ujian Pra dan Ujian Pos yang dijalankan, kajian tindakan ini telah

memberikan impak yang positif dalam membantu meningkatkan prestasi murid terhadap

matapelajaran matematik terutamanya topik pendaraban. Pencapaian yang ditunjukkan oleh

kesemua murid adalah sangat memberansangkan dengan peningkatan. Murid juga berasa tidak

bosan dengan teknik pengajaran ini, sekaligus dapat meransang minat murid untuk terus

menguasai kemahiran mencongak fakta asas darab dan sebagainya dan banyak kaedah-kaedah

yang digunakan dalam kajian tindakan khususnya dalam matapelajaran matematik. Suasana

yang terkawal, ceria dan harmonis turut memberikan kesan yang mendalam terhadap konsentrasi

dan minat murid. Di samping itu, aktiviti beberapa jenis pendekatan yang telah nyatakan di hasil

kajian tindakan ini dapat membina keyakinan diri yang tinggi dalam diri murid. Sebagai seorang

guru, saya juga berhasrat untuk mengaplikasikan kajian tindakan ini kepada kumpulan sasaran

yang lain agar dapat membantu meningkatkan kemahiran dalam penguasaan matapelajaran

Matematik. Selain itu, penyelidik juga akan mengaplikasikan kajian tindakan ini dalam fakta

asas tambah, tolak dan bahagi bagi meningkatkan prestasi dan minat murid terhadap

matapelajaran matematik.

Kesimpulan terhadap laporan kajian tindakan ini, kami dapati bahawa ianya amat

berguna dan berkesan kepada murid yang mengalami masalah dalam penguasaan dalam

matapelajaran matematik. Selain itu, kajian tindakan ini dapat membantu para guru

meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran khususnya matapelajaran matematik di

masa hadapan dan saya juga mengharapkan usaha berterusan untuk penambahbaikan dapat

diteruskan di Sekolah Kebangsaan Buayan, Penampang, Sabah untuk kebaikan bersama.

Page 34: Kajian Tindakan Oum 2013

34

Lampiran-lampiran Kajian Tindakan

BORANG SOAL SELIDIK

Borang Soal Selidik Ini Adalah Untuk Melengkapkan Kajian Tindakan Program Ijazah Sarjana Muda

Pengajaran Dengan Kepujian

SATU KAEDAH MENINGKATKAN MINAT MURID DARJAH 5 TERHADAP MATA

PELAJARAN MATEMATIK DI SK BUAYAN PENAMPANG, SABAH.

Fakulti Pendidikan dan Bahasa

Open University Malaysia

Sabah

2013

PANDUAN MENJAWAB BORANG SOAL SELIDIK PELAJAR

1. Tujuan kajian ini ialah untuk mendapat maklumat mengenai sikap dan pandangan pelajar terhadap

pendaraban dalam Matematik. Maklumat yang diberikan membantu untuk mempertingkatkan lagi tahap

pengajaran dan pembelajaran Matematik di sekolah-sekolah.

2. Borang soal selidik ini bukan satu ujian dan tidak ada jawapan salah atau betul serta bukan bertujuan

untuk menguji pelajar.

3. Sebarang maklumat yang diberikan dalam boring soal selidik ini akan dianggap rahsia dan digunakan

untuk tujuan kajian sahaja.

Page 35: Kajian Tindakan Oum 2013

35

4. Borang soal selidik ini mengandungi empat bahagian iaitu lampiran A dan B.

5. Sila tandakan () dengan jujur dan ikhlas berdasarkan pandangan anda yang sebenar kerana maklumat

yang anda berikan adalah amat berguna untuk kajian ini.

6. Atas kerjasama semua pelajar-pelajar, saya dahului dengan ucapan terima kasih.

LAMPIRAN A

BORANG MAKLUMAT PELAJAR

1. Nama Sekolah: _________________________________________________

2. Jantina :

Lelaki ( )

Perempuan ( )

3. Bangsa :

Melayu ( )

Cina ( )

India ( )

Lain-lain ( ) Nyatakan : ___________

4. Gred mata pelajaran Matematik dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2011?

Gred A ( )

Page 36: Kajian Tindakan Oum 2013

36

Gred B ( )

Gred C ( )

Gred D ( )

Gred E ( )

5. Apakah tingkat pelajaran ibu / bapa / penjaga yang tertinggi?

Tamat Sekolah Rendah / Tidak Bersekolah ( )

Tamat Tingkatan 3 / SRP / PMR ( )

Tamat Tingkatan 5 / SPM ( )

Diploma / STPM ( )

Ijazah ( )

6. Pekerjaan Ibu / Bapa: ________________________________________ (Nyatakan)

Page 37: Kajian Tindakan Oum 2013

37

LAMPIRAN B

BORANG SOAL SELIDIK

KHUSUS UNTUK TAHUN 4 DAN 5 SK BUAYAN, PENAMPANG

LAMPIRAN B: Soal selidik tentang minat pelajar dan penggunaan alat bantu mengajar terhadap proses

pengajaran dan pembelajaran dalam tajuk Pendaraban.

Arahan : Sila tandakan sejauhmanakah anda bersetuju berdasarkan perasaan dan pendapat anda sendiri

tanpa terpengaruh atau disuruh oleh orang lain. Dengan menggunakan skala dari 1 hingga 5, sila tandakan

() pada satu jawapan sahaja. Sila pastikan anda menanda pada setiap pernyataan.

1 Sangat Tidak Setuju

2 Tidak Setuju

3 Kurang Setuju

4 Setuju

5 Sangat Setuju

Page 38: Kajian Tindakan Oum 2013

38

Sikap Dan Minat Pelajar Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Guru Matematik di SK Buayan,

Penampang, Sabah.

Bil Pernyataan 1 2 3 4 5

1 Saya sangat meminati mata pelajaran Matematik.

2Pembelajaran mata pelajaran Matematik menggalakkan

saya berfikir.

3Pembelajaran mata pelajaran Matematik memberi kesan

dalam kehidupan saya.

Bil Pernyataan 1 2 3 4 5

4

Penggunaan alat bantu mengajar (Pistol dan Tukul)

menarik minat saya untuk menjawab soalan darab yang

melibatkan pengumpulan semula.

5

Adakah anda suka menjalankan aktiviti individu atau

berkumpulan semasa proses pembelajaran Matematik

dijalankan?

6Adakah anda berminat menjawab soalan darab secara

kumpulan / individu?

7Adakah anda bersetuju mata pelajaran Matematik subjek

yang sukar?

8Saya tahu menggunakan alatan (Pistol dan Tukul) dalam

operasi darab.

Page 39: Kajian Tindakan Oum 2013

39

9Penggunaan alatan (Pistol dan Tukul) membantu saya

meningkatkan kefahaman dalam operasi darab.

10Penggunaan alatan (Pistol dan Tukul) menjadikan saya

lebih berminat dalam sesi pembelajaran.

11Penggunaan alatan (Pistol dan Tukul) membolehkan saya

mengingat konsep operasi darab.

12Guru mata pelajaran Matematik saya berjaya

menghidupkan suasana pembelajaran melalui kaedah ini.

13Pemahaman dalam konsep darab ini akan menjadikan saya

lebih berkeyakinan dan rajin.

14Kaedah ini mampu melahirkan pelajar yang kreatif dalam

mencari ilmu.

15Kaedah ini sesuai dilaksanakan dalam pengajaran dan

pembelajaran Matematik.

Page 40: Kajian Tindakan Oum 2013

40

Jadual 1: Analisa data soal selidik Mengenai pandangan responden terhadap mata pelajaran

Matematik dan penyelesaian masalah bercerita dalam matematik

Di SK Buayan Penampang, Sabah. ( Tahun 4 dan 5)

PERNYATAAN1. Saya amat meminati matapelajaran matematik.

Page 41: Kajian Tindakan Oum 2013

41

Jadual 2: JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN

BIL AKTIVITIJANGKA MASA

PELAKSANAAN

1Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data

awal2 minggu

2 Menulis proposal kajian 5 minggu

3 Merancang tindakan 3 minggu

4 Ujian Pra 2 hari

5 Melaksanakan tindakan 3 hari

6Membincangkan masalah yang timbul dalam

tindakan3 minggu

7 Ujian Pos 2 hari

8 Refleksi kajian 2 minggu

9 Menulis laporan kajian 9 minggu

10 Rumusan Dapatan Kajian 1 minggu