tugasan individu hubungan etnik

7
Masyarakat majmuk di Malaysia Malaysia amat terkenal dengan adanya masyarakat majmuk yang berbilang kaum. Pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum di Malaysia pada abad ke 19 adalah kesan daripada Kolonialisme yang mutlak. Pada tahun 1948, seorang pakar antropologi, J.S Furnival pernah menulis dan menghuraikan pandangan beliau berhubung dengan masyarakat majmuk. Masyarakat majmuk menurut kamus dewan bermaksud masyakat yang terdiri daripada beberapa kaum. Definisi masyarakat majmuk menurut Furnival merujuk kepada pelbagai jenis manusia yang bercampur tetapi tidak bersatu. Mereka hidup berdekatan tetapi terpisah dalam system politik yang sama. Masing-masing berpegang kepada kebudayaan, agama , bahasa, idea dan kaedah sendiri. Mereka berinteraksi secara minima dalam urusan tertentu seperti di pasar tetapi kemudian balik kek kelompok masing- masing. Pekerjaan juga dibahagikan mengikut garis perkauman Halangan Perpaduan di Kalangan Masyarakat Majmuk Di Malaysia Di negara yang di jajah seperti Tanah Melayu masalah hubungan inter-etnik dalam masyarakat majmuk diketahui wujud , secara langsung ataupun tidak akibat daripada niat dan rancangan penjajah sendiri demi mengekalkan hegemoni dan kepentingan ekonomi mereka Masalah ini bukan didorong oleh sebab semula jadi perbezaan mereka. Ia memang suatu yang direncanakan untuk menjaga kepentingan penjajah Inggeris. Melalui dasar pecah dan perintah ( devide and rule) penjajah memisahkan pekerjaan, tempat tinggal dan pendidikan etnik-etnik utama ini. Dengan strategi halus ini komunikasi di halang agar mereka tidak berpeluang bergaul mesra, saling kenal mengenal dan akrab. Akibatnya, persefahaman budaya sukar diwujudkan. Tipisnya semangat kekitaan walaupun tinggal di bumi yang sama. Sebaliknya menebal pula semangat kebangsaan masing-masing. Kesan-Kesan Sentimen Perkauman/Rasisme

Upload: firdaus-azreen

Post on 10-Aug-2015

161 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

hubungan etnik

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan Individu Hubungan Etnik

Masyarakat majmuk di Malaysia

Malaysia amat terkenal dengan adanya masyarakat majmuk yang berbilang kaum.

Pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum di Malaysia pada abad ke 19

adalah kesan daripada Kolonialisme yang mutlak. Pada tahun 1948, seorang pakar

antropologi, J.S Furnival pernah menulis dan menghuraikan pandangan beliau berhubung

dengan masyarakat majmuk. Masyarakat majmuk menurut kamus dewan bermaksud

masyakat yang terdiri daripada beberapa kaum. Definisi masyarakat majmuk menurut

Furnival merujuk kepada pelbagai jenis manusia yang bercampur tetapi tidak bersatu.

Mereka hidup berdekatan tetapi terpisah dalam system politik yang sama. Masing-masing

berpegang kepada kebudayaan, agama , bahasa, idea dan kaedah sendiri. Mereka

berinteraksi secara minima dalam urusan tertentu seperti di pasar tetapi kemudian balik

kek kelompok masing-masing. Pekerjaan juga dibahagikan mengikut garis perkauman

Halangan Perpaduan di Kalangan Masyarakat Majmuk Di Malaysia

Di negara yang di jajah seperti Tanah Melayu masalah hubungan inter-etnik dalam

masyarakat majmuk diketahui wujud , secara langsung ataupun tidak akibat daripada niat

dan rancangan penjajah sendiri demi mengekalkan hegemoni dan kepentingan ekonomi

mereka

Masalah ini bukan didorong oleh sebab semula jadi perbezaan mereka. Ia memang suatu

yang direncanakan untuk menjaga kepentingan penjajah Inggeris.

Melalui dasar pecah dan perintah (devide and rule) penjajah memisahkan pekerjaan,

tempat tinggal dan pendidikan etnik-etnik utama ini. Dengan strategi halus ini

komunikasi di halang agar mereka tidak berpeluang bergaul mesra, saling kenal

mengenal dan akrab.

Akibatnya, persefahaman budaya sukar diwujudkan. Tipisnya semangat kekitaan

walaupun tinggal di bumi yang sama. Sebaliknya menebal pula semangat kebangsaan

masing-masing.

Kesan-Kesan Sentimen Perkauman/Rasisme

Page 2: Tugasan Individu Hubungan Etnik

Sifat perkauman jika dibiarkan berterusan boleh mengancam kestabilan politik dan

keamanan negara. Negara kita juga pernah mengalami peristiwa berdarah akibat dari

rusuhan kaum dalam peristiwa 13 Mei 1969, sehinggakan keadaan darurat terpaksa

diisytiharkan di seluruh negara kita. Konflik ras juga boleh mengakibatkan pengasingan

kumpulan-kumpulan tertentu dari segi pelajaran, perumahan dan pekerjaan.

Kaum-kaum minoriti yang tertindas akan tersisih dari segi kawasan perumahan, peluang

pendidikan dan pekerjaan. Terdapat juga kaum-kaum yang tinggal jauh dari kemajuan

sebagai contoh kaum Negro, ramai daripada mereka yang masih tinggal di kawasan-

kawasan mundur yang dikenali sebagai ghettoes, puak asli di Australia dan kaum kulit

hitam di Afrika Selatan. Rasisme juga boleh mengakibatkan keganasan dan pembunuhan

secara besar-besaran seperti yang telah berlaku ke atas kaum Yahudi di Jerman semasa

pemerintahan Hitler.

Konflik Etnik Di Malaysia

Isu perkauman memang tidak dapat dielakkan apabila terdapat golongan atau kumpulan

manusia yang mempunyai beberapa ciri kesamaan seperti biologi atau budaya cuba

mempertahankan golongan masing-masing dan pada masa yang sama menindas kaum

lain. Banyak organisasi politik dan sosial di negara kita dibentuk berasaskan kepada garis

perkauman atau etnik.

Organisasi sedemikian hanya memperjuangkan kepentingan dan merebut hak-hak yang

dirasakan perlu tanpa memikirkan kepentingan golongan lain, keharmonian dan

kesejahteraan negara. Negara kita juga pernah mengalami peristiwa berdarah akibat dari

rusuhan kaum dalam peristiwa 13 Mei 1969, sehinggakan keadaan darurat terpaksa

diisytiharkan di seluruh negara kita. Konflik ras juga boleh mengakibatkan pengasingan

kumpulan-kumpulan tertentu dari segi pelajaran, perumahan dan pekerjaan.

Organisasi-organisasi yang demikian akan bersaing untuk mendapatkan sokongan seluas

mungkin dari kumpulan etnik masing-masing dengan menggunakan beberapa faktor

penting seperti persamaan bahasa, agama, ras atau pengenalan etnik. Apabila

kepercayaan dan tindakan demikian meluas dalam masyarakat, sudah tentu ia akan dapat

Page 3: Tugasan Individu Hubungan Etnik

mempengaruhi dan kadang-kadang menentukan perkembangan politik dalam sesebuah

negara.

Kesan penjajahan merupakan faktor utama punca konflik etnik dan ras di Malaysia.

Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaannya selama 40 tahun, tetapi kesan

penjajahan British masih segar di minda setiap rakyat. Dasar pemerintahan British

bercorak pecah dan perintah telah mengasingkan tiga golongan utama bangsa di Malaysia

iaitu golongan Melayu. Cina dan India.

Dasar kolonial mengenai imigrasi, pelajaran, pentadbiran, ekonomi, tanah, bahasa dan

kebudayaan telah meninggalkan kesan yang berpanjangan sehingga sekarang. Dasar

imigrasinya yang bebas telah mengubah sama sekali komposisi penduduk di negara ini.

Dasar ekonominya pula telah menyebabkan timbul pengkhususan ekonomi mengikut

etnik dan pengasingan tempat tinggal di kalangan mereka akibat dari kegiatan ekonomi

yang berlainan.

Penjajah Inggeris tidak menjadikan pendidikan sebagai alat penting untuk

menyatupadukan rakyat yang berbagai etnik itu. Malah apa yang dilakukan ialah

mementingkan pendidikan bahasa Inggeris kepada segelintir rakyat khususnya golongan

yang berada demi kepentingan pentadbirannya. Sedangkan pendidikan Melayu dilakukan

secara melepaskan batuk di tangga sahaja. Pendidikan untuk orang-orang bukan Melayu

tidak dipedulikan langsung.

Oleh sebab itu, orang-orang Cina dan India terpaksa mengendalikan sekolah mereka

sendiri dan menanggung perbelanjaan sendiri. Perkembangan pendidikan yang tidak

terkawal ketika itu akhirnya menimbulkan sikap dan orientasi politik yang berbeza. Di

samping itu, melalui dasar dan pentadbirannya pula, Inggeris telah meninggalkan kesan

psikologi yang meluas di kalangan rakyat dengan menanam prasangka dan stereotaip di

kalangan mereka.

Penjajah Inggeris akhirnya berjaya mempengaruhi sikap orang yang dijajahnya itu supaya

menghormati dan menyanjung tinggi mereka sebagai kumpulan yang lebih tinggi

daripada kumpulan-kumpulan ras yang lain pada ketika itu. Sebaliknya pula, terdapat

Page 4: Tugasan Individu Hubungan Etnik

banyak prasangka dan stereotaip negatif yang memandang rendah dan hina di kalangan

berbagai kumpulan ras. Hal ini bukan sahaja menghalang wujudnya kerjasama dan

persefahaman di kalangan mereka tetapi juga boleh menimbulkan syak wasangka dan

perasaan benci membenci di kalangan mereka. Semua kesan ini sukar untuk dikikis DI

Punca yang menyebabkan Pergaduhan Kaum

Kerajaan sebenarnya perlu mengkaji tentang punca yang menyebabkan peristiwa

pergaduhan dan keretakan hubungan antara kaum ini. Hal ini kerana kesan daripada

pergaduhan dan keretakan antara kaum akan membawa padah lagi jika tiada tindakan

yang diambil.

Perkara begini sepatutnya tidak boleh dipandang remeh. Ketegangan kaum mudah

tercetus sekiranya sensitiviti antara kaum tidak dijaga.

Langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini bukan sesuatu yang senang dan harus

berlaku secara timbal balas.

Kekurangan penyertaan rakyat dalam urusan pergaulan merupakan punca utama proses

perpaduan antara kaum dilambatkan dan melemahkan keberkesanan apa jua dasar

kerajaan yang ingin dilaksanakan untuk tujuan perpaduan.

Usaha kerajaan akhirnya menjadi tidak berkesan sangat kerana hanya kerajaan saja yang

beria-ia bertindak, manakala sebagai rakyat, kebanyakkan kita menganggapkan isu

perpaduan ini akan wujud dengan sendiri tanpa sebarang usaha sehingga lupa ancaman

yang boleh tercetus.

Sikap rakyat yang sombong dan enggan bergaul terutamanya di bandar besar serta tidak

prihatin terhadap isu-isu perpaduan dan menganggap ia tidak mendatangkan sebarang

faedah, akhirnya menjadikan kita semakin jauh antara satu sama lain.

Sifat sombong dan bangga diri merupakan penghalang utama bagi kita untuk menerima

pendapat atau buah fikiran orang lain.

Page 5: Tugasan Individu Hubungan Etnik

Sikap ini turut mendorong berlakunya keretakan dan perpecahan baik di peringkat rumah

tangga, keluarga, masyarakat dan juga bernegara.

Sikap sombong sering membawa individu atau kumpulan tertentu melakukan keganasan

dan kekerasan ke atas orang lain. Akhirnya ia mencetuskan permusuhan dan peperangan

malah anarki.

Selain itu, sikap tidak jujur atau tidak adil terhadap orang lain juga menimbulkan rasa

tidak puas hati dan dendam yang berpanjangan antara sesama manusia, lebih-lebih lagi

antara yang memerintah dengan yang diperintah.

Perbuatan ini akan merenggangkan perhubungan dan menghapuskan perasaan kasih

sayang dan hormat menghormati antara satu sama lain.

Di samping itu, sebilangan rakyat pula tidak memberi kerjasama, malah membantah

segala yang dilakukan oleh kerajaan.

Seperti sesetengah pemuda enggan menyertai khidmat negara menjelmakan penentangan

mereka terhadap berbagai-bagai perkara yang mereka anggap tidak adil.

Cara mengatasi

Segala sikap yang dinyatakan merupakan faktor utama yang menjadikan tahap perpaduan

kita dalam keadaan sekadar ‘cukup makan’ sahaja.

Sikap yang suka bergantung terhadap kerajaan harus diubah, kerana perpaduan tidak

bergantung kepada kerajaan semata-mata tetapi memerlukan penyertaan setiap seorang

daripada kita rakyat Malaysia.

Bersifat terbuka merupakan kunci kejayaan pergaulan antara kaum. Pergaulan dengan

mereka yang berlainan bangsa tidak bermakna kita harus mengorbankan prinsip dan

agama masing-masing.

Kita harus bersifat terbuka dan perbezaan itu bukan penghalang untuk kita mengenali

lebih rapat antara satu sama lain.

Page 6: Tugasan Individu Hubungan Etnik

Sikap terbuka ini jika tidak disemai dari kecil telah terbukti akan menyukarkan sebarang

usaha mewujudkan perpaduan kaum.

Ibu bapa juga berperanan besar dalam membentuk sikap yang mulia ini kepada anak-anak

mereka. Hal ini kerana, segala yang ada pada ibu bapa sebenarnya akan diwarisi kepada

generasi akan datang.

Ibu bapa perlu memahami tanggungjawab mendidik anak-anak tidaklah terhad kepada

soal adab, asuhan keagamaan dan juga pembentukan jati diri.

Sebaliknya kanak-kanak harus diterapkan dengan nilai-nilai murni yang universal seperti

menghormati bangsa dan agama lain, bertolak ansur serta saling hormat menghormati.

Semua ini patut bermula dari rumah ketika anak-anak masih kecil lagi. Kita mampu

mengubahnya. Kita hanya perlu mengamalkan sikap terbuka terlebih dulu.

Aktiviti merapatkan hubungan dan menjalin hubungan serta menambah kemesraan antara

kaum perlu diperbanyakkan lagi.

Seperti sempena hari perayaan, rumah terbuka harus digalakkan supaya kita mempunyai

peluang untuk bergaul dan memahami budaya kaum lain.

Pendidikan juga merupakan alat meningkatkan tahap perpaduan yang penting. Guru-guru

di sekolah juga perlu mendidik pelajarnya supaya tahu betapa pentingnya perpaduan itu

kepada pembentukan sebuah masyarakat yang aman dan bersatu padu.

BERKONGSI BERSAMA DEMI KESEJAHTERAAN DAN KEHARMONIAN

Semangat Bangsa Malaysia patut disemai ke dalam hati rakyat Malaysia. Sebagai rakyat

Malaysia, kita tidak patut dibezakan dari segi kaum. Maka dasar ini perlu diperkuatkan

lagi.

Bangsa Malaysia ialah satu bangsa yang bersatu padu, mempunyai satu masa depan yang

sama dan dikongsikan bersama.

Page 7: Tugasan Individu Hubungan Etnik

Penulis percaya, segala masalah yang wujud pasti ada faktor yang mencetuskannya. Jadi

segala usaha yang dilakukan perlu berpandukan faktor itu, supaya tindakan yang diambil

akan lebih berkesan.

Jadi kerjasama semua lapisan masyarakat amat diperlukan untuk kita berjaya. Jika rakyat

kita boleh bersikap terbuka tanpa mengira dari mana kita datang, tanpa mengira tentang

kepentingan diri, dan tanpa prasangka, sudah pasti ketika itu kita semua akan bangga

terhadap diri kita sendiri sebagai satu bangsa yang bersatu padu.

Demi tanah tumpah darah, kita patut dan rela berkorban bukan untuk kita semua tetapi

sebagai contoh kepada generasi akan datang

habis-habisan biarpun kita telah lama bebas dari belenggu penjajahan British.