Download - Tugasan Individu Hubungan Etnik
Masyarakat majmuk di Malaysia
Malaysia amat terkenal dengan adanya masyarakat majmuk yang berbilang kaum.
Pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum di Malaysia pada abad ke 19
adalah kesan daripada Kolonialisme yang mutlak. Pada tahun 1948, seorang pakar
antropologi, J.S Furnival pernah menulis dan menghuraikan pandangan beliau berhubung
dengan masyarakat majmuk. Masyarakat majmuk menurut kamus dewan bermaksud
masyakat yang terdiri daripada beberapa kaum. Definisi masyarakat majmuk menurut
Furnival merujuk kepada pelbagai jenis manusia yang bercampur tetapi tidak bersatu.
Mereka hidup berdekatan tetapi terpisah dalam system politik yang sama. Masing-masing
berpegang kepada kebudayaan, agama , bahasa, idea dan kaedah sendiri. Mereka
berinteraksi secara minima dalam urusan tertentu seperti di pasar tetapi kemudian balik
kek kelompok masing-masing. Pekerjaan juga dibahagikan mengikut garis perkauman
Halangan Perpaduan di Kalangan Masyarakat Majmuk Di Malaysia
Di negara yang di jajah seperti Tanah Melayu masalah hubungan inter-etnik dalam
masyarakat majmuk diketahui wujud , secara langsung ataupun tidak akibat daripada niat
dan rancangan penjajah sendiri demi mengekalkan hegemoni dan kepentingan ekonomi
mereka
Masalah ini bukan didorong oleh sebab semula jadi perbezaan mereka. Ia memang suatu
yang direncanakan untuk menjaga kepentingan penjajah Inggeris.
Melalui dasar pecah dan perintah (devide and rule) penjajah memisahkan pekerjaan,
tempat tinggal dan pendidikan etnik-etnik utama ini. Dengan strategi halus ini
komunikasi di halang agar mereka tidak berpeluang bergaul mesra, saling kenal
mengenal dan akrab.
Akibatnya, persefahaman budaya sukar diwujudkan. Tipisnya semangat kekitaan
walaupun tinggal di bumi yang sama. Sebaliknya menebal pula semangat kebangsaan
masing-masing.
Kesan-Kesan Sentimen Perkauman/Rasisme
Sifat perkauman jika dibiarkan berterusan boleh mengancam kestabilan politik dan
keamanan negara. Negara kita juga pernah mengalami peristiwa berdarah akibat dari
rusuhan kaum dalam peristiwa 13 Mei 1969, sehinggakan keadaan darurat terpaksa
diisytiharkan di seluruh negara kita. Konflik ras juga boleh mengakibatkan pengasingan
kumpulan-kumpulan tertentu dari segi pelajaran, perumahan dan pekerjaan.
Kaum-kaum minoriti yang tertindas akan tersisih dari segi kawasan perumahan, peluang
pendidikan dan pekerjaan. Terdapat juga kaum-kaum yang tinggal jauh dari kemajuan
sebagai contoh kaum Negro, ramai daripada mereka yang masih tinggal di kawasan-
kawasan mundur yang dikenali sebagai ghettoes, puak asli di Australia dan kaum kulit
hitam di Afrika Selatan. Rasisme juga boleh mengakibatkan keganasan dan pembunuhan
secara besar-besaran seperti yang telah berlaku ke atas kaum Yahudi di Jerman semasa
pemerintahan Hitler.
Konflik Etnik Di Malaysia
Isu perkauman memang tidak dapat dielakkan apabila terdapat golongan atau kumpulan
manusia yang mempunyai beberapa ciri kesamaan seperti biologi atau budaya cuba
mempertahankan golongan masing-masing dan pada masa yang sama menindas kaum
lain. Banyak organisasi politik dan sosial di negara kita dibentuk berasaskan kepada garis
perkauman atau etnik.
Organisasi sedemikian hanya memperjuangkan kepentingan dan merebut hak-hak yang
dirasakan perlu tanpa memikirkan kepentingan golongan lain, keharmonian dan
kesejahteraan negara. Negara kita juga pernah mengalami peristiwa berdarah akibat dari
rusuhan kaum dalam peristiwa 13 Mei 1969, sehinggakan keadaan darurat terpaksa
diisytiharkan di seluruh negara kita. Konflik ras juga boleh mengakibatkan pengasingan
kumpulan-kumpulan tertentu dari segi pelajaran, perumahan dan pekerjaan.
Organisasi-organisasi yang demikian akan bersaing untuk mendapatkan sokongan seluas
mungkin dari kumpulan etnik masing-masing dengan menggunakan beberapa faktor
penting seperti persamaan bahasa, agama, ras atau pengenalan etnik. Apabila
kepercayaan dan tindakan demikian meluas dalam masyarakat, sudah tentu ia akan dapat
mempengaruhi dan kadang-kadang menentukan perkembangan politik dalam sesebuah
negara.
Kesan penjajahan merupakan faktor utama punca konflik etnik dan ras di Malaysia.
Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaannya selama 40 tahun, tetapi kesan
penjajahan British masih segar di minda setiap rakyat. Dasar pemerintahan British
bercorak pecah dan perintah telah mengasingkan tiga golongan utama bangsa di Malaysia
iaitu golongan Melayu. Cina dan India.
Dasar kolonial mengenai imigrasi, pelajaran, pentadbiran, ekonomi, tanah, bahasa dan
kebudayaan telah meninggalkan kesan yang berpanjangan sehingga sekarang. Dasar
imigrasinya yang bebas telah mengubah sama sekali komposisi penduduk di negara ini.
Dasar ekonominya pula telah menyebabkan timbul pengkhususan ekonomi mengikut
etnik dan pengasingan tempat tinggal di kalangan mereka akibat dari kegiatan ekonomi
yang berlainan.
Penjajah Inggeris tidak menjadikan pendidikan sebagai alat penting untuk
menyatupadukan rakyat yang berbagai etnik itu. Malah apa yang dilakukan ialah
mementingkan pendidikan bahasa Inggeris kepada segelintir rakyat khususnya golongan
yang berada demi kepentingan pentadbirannya. Sedangkan pendidikan Melayu dilakukan
secara melepaskan batuk di tangga sahaja. Pendidikan untuk orang-orang bukan Melayu
tidak dipedulikan langsung.
Oleh sebab itu, orang-orang Cina dan India terpaksa mengendalikan sekolah mereka
sendiri dan menanggung perbelanjaan sendiri. Perkembangan pendidikan yang tidak
terkawal ketika itu akhirnya menimbulkan sikap dan orientasi politik yang berbeza. Di
samping itu, melalui dasar dan pentadbirannya pula, Inggeris telah meninggalkan kesan
psikologi yang meluas di kalangan rakyat dengan menanam prasangka dan stereotaip di
kalangan mereka.
Penjajah Inggeris akhirnya berjaya mempengaruhi sikap orang yang dijajahnya itu supaya
menghormati dan menyanjung tinggi mereka sebagai kumpulan yang lebih tinggi
daripada kumpulan-kumpulan ras yang lain pada ketika itu. Sebaliknya pula, terdapat
banyak prasangka dan stereotaip negatif yang memandang rendah dan hina di kalangan
berbagai kumpulan ras. Hal ini bukan sahaja menghalang wujudnya kerjasama dan
persefahaman di kalangan mereka tetapi juga boleh menimbulkan syak wasangka dan
perasaan benci membenci di kalangan mereka. Semua kesan ini sukar untuk dikikis DI
Punca yang menyebabkan Pergaduhan Kaum
Kerajaan sebenarnya perlu mengkaji tentang punca yang menyebabkan peristiwa
pergaduhan dan keretakan hubungan antara kaum ini. Hal ini kerana kesan daripada
pergaduhan dan keretakan antara kaum akan membawa padah lagi jika tiada tindakan
yang diambil.
Perkara begini sepatutnya tidak boleh dipandang remeh. Ketegangan kaum mudah
tercetus sekiranya sensitiviti antara kaum tidak dijaga.
Langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini bukan sesuatu yang senang dan harus
berlaku secara timbal balas.
Kekurangan penyertaan rakyat dalam urusan pergaulan merupakan punca utama proses
perpaduan antara kaum dilambatkan dan melemahkan keberkesanan apa jua dasar
kerajaan yang ingin dilaksanakan untuk tujuan perpaduan.
Usaha kerajaan akhirnya menjadi tidak berkesan sangat kerana hanya kerajaan saja yang
beria-ia bertindak, manakala sebagai rakyat, kebanyakkan kita menganggapkan isu
perpaduan ini akan wujud dengan sendiri tanpa sebarang usaha sehingga lupa ancaman
yang boleh tercetus.
Sikap rakyat yang sombong dan enggan bergaul terutamanya di bandar besar serta tidak
prihatin terhadap isu-isu perpaduan dan menganggap ia tidak mendatangkan sebarang
faedah, akhirnya menjadikan kita semakin jauh antara satu sama lain.
Sifat sombong dan bangga diri merupakan penghalang utama bagi kita untuk menerima
pendapat atau buah fikiran orang lain.
Sikap ini turut mendorong berlakunya keretakan dan perpecahan baik di peringkat rumah
tangga, keluarga, masyarakat dan juga bernegara.
Sikap sombong sering membawa individu atau kumpulan tertentu melakukan keganasan
dan kekerasan ke atas orang lain. Akhirnya ia mencetuskan permusuhan dan peperangan
malah anarki.
Selain itu, sikap tidak jujur atau tidak adil terhadap orang lain juga menimbulkan rasa
tidak puas hati dan dendam yang berpanjangan antara sesama manusia, lebih-lebih lagi
antara yang memerintah dengan yang diperintah.
Perbuatan ini akan merenggangkan perhubungan dan menghapuskan perasaan kasih
sayang dan hormat menghormati antara satu sama lain.
Di samping itu, sebilangan rakyat pula tidak memberi kerjasama, malah membantah
segala yang dilakukan oleh kerajaan.
Seperti sesetengah pemuda enggan menyertai khidmat negara menjelmakan penentangan
mereka terhadap berbagai-bagai perkara yang mereka anggap tidak adil.
Cara mengatasi
Segala sikap yang dinyatakan merupakan faktor utama yang menjadikan tahap perpaduan
kita dalam keadaan sekadar ‘cukup makan’ sahaja.
Sikap yang suka bergantung terhadap kerajaan harus diubah, kerana perpaduan tidak
bergantung kepada kerajaan semata-mata tetapi memerlukan penyertaan setiap seorang
daripada kita rakyat Malaysia.
Bersifat terbuka merupakan kunci kejayaan pergaulan antara kaum. Pergaulan dengan
mereka yang berlainan bangsa tidak bermakna kita harus mengorbankan prinsip dan
agama masing-masing.
Kita harus bersifat terbuka dan perbezaan itu bukan penghalang untuk kita mengenali
lebih rapat antara satu sama lain.
Sikap terbuka ini jika tidak disemai dari kecil telah terbukti akan menyukarkan sebarang
usaha mewujudkan perpaduan kaum.
Ibu bapa juga berperanan besar dalam membentuk sikap yang mulia ini kepada anak-anak
mereka. Hal ini kerana, segala yang ada pada ibu bapa sebenarnya akan diwarisi kepada
generasi akan datang.
Ibu bapa perlu memahami tanggungjawab mendidik anak-anak tidaklah terhad kepada
soal adab, asuhan keagamaan dan juga pembentukan jati diri.
Sebaliknya kanak-kanak harus diterapkan dengan nilai-nilai murni yang universal seperti
menghormati bangsa dan agama lain, bertolak ansur serta saling hormat menghormati.
Semua ini patut bermula dari rumah ketika anak-anak masih kecil lagi. Kita mampu
mengubahnya. Kita hanya perlu mengamalkan sikap terbuka terlebih dulu.
Aktiviti merapatkan hubungan dan menjalin hubungan serta menambah kemesraan antara
kaum perlu diperbanyakkan lagi.
Seperti sempena hari perayaan, rumah terbuka harus digalakkan supaya kita mempunyai
peluang untuk bergaul dan memahami budaya kaum lain.
Pendidikan juga merupakan alat meningkatkan tahap perpaduan yang penting. Guru-guru
di sekolah juga perlu mendidik pelajarnya supaya tahu betapa pentingnya perpaduan itu
kepada pembentukan sebuah masyarakat yang aman dan bersatu padu.
BERKONGSI BERSAMA DEMI KESEJAHTERAAN DAN KEHARMONIAN
Semangat Bangsa Malaysia patut disemai ke dalam hati rakyat Malaysia. Sebagai rakyat
Malaysia, kita tidak patut dibezakan dari segi kaum. Maka dasar ini perlu diperkuatkan
lagi.
Bangsa Malaysia ialah satu bangsa yang bersatu padu, mempunyai satu masa depan yang
sama dan dikongsikan bersama.
Penulis percaya, segala masalah yang wujud pasti ada faktor yang mencetuskannya. Jadi
segala usaha yang dilakukan perlu berpandukan faktor itu, supaya tindakan yang diambil
akan lebih berkesan.
Jadi kerjasama semua lapisan masyarakat amat diperlukan untuk kita berjaya. Jika rakyat
kita boleh bersikap terbuka tanpa mengira dari mana kita datang, tanpa mengira tentang
kepentingan diri, dan tanpa prasangka, sudah pasti ketika itu kita semua akan bangga
terhadap diri kita sendiri sebagai satu bangsa yang bersatu padu.
Demi tanah tumpah darah, kita patut dan rela berkorban bukan untuk kita semua tetapi
sebagai contoh kepada generasi akan datang
habis-habisan biarpun kita telah lama bebas dari belenggu penjajahan British.