hubungan etnik (tugasan)

Upload: hooi-ling

Post on 04-Apr-2018

316 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Hubungan Etnik (Tugasan)

    1/23

    Isi Kandungan

    Muka Surat Kandungan

    Penghargaan

    Pendahuluan

    Isi-isi

    Kesimpulan

    Lampiran

    Bibliografi

  • 7/31/2019 Hubungan Etnik (Tugasan)

    2/23

    Penghargaan

    Sekalung budi kepada pensyarah mata pelajaran hubungan etnik iaitu Cik

    Chan Way Lay yang sudi meluangkan masa beliau untuk memberi penerangan yang

    lebih teliti tentang pelaksanaan kerja kursus kami. Selain itu, ribuan terima kasih

    kepada tutor kami iaitu, Cik Norfadilah Mat Ripin yang sentiasa mengalu-alukan

    sebarang pertanyaan daripada kami dan tidak mengenal erti penat dalam memberi

    tunjuk ajar kepada kami. Juga tidak ketinggalan, pustakawan Kolej Tunku Abdul

    Rahman cawangan Pulau Pinang yang turut membantu kami dalam pencarian buku-

    buku, journal dan keratan akhbar yang berkaitan dengan kerja kursus kami.

  • 7/31/2019 Hubungan Etnik (Tugasan)

    3/23

    Pendahuluan

    Malaysia, sebuah negara yang beraneka budaya, agama dan kaya dengan

    makanan yang memikat hati merupakan sebuah negara yang amat unik di mata

    masyarakat seantero dunia kerana negara kita berjaya memanifestasikan keharmonian,

    perpaduan, dan integrasi nasional walaupun rakyatnya terdiri daripada kaum, bangsa

    dan kebudayaan yang berlainan.

    Menurut kamus dewan edisi ketiga, perayaan bermaksud pesta untuk

    merayakan sesuatu peristiwa keramaian,perjamuan dan sebagainya.Sesuatu perayaan

    itu disambut oleh sesebuah masyarakat ataupun ras adalah bertujuan untuk

    memperingati peristiwa penting yang pernah berlaku pada suatu masa dahulu.Variasi

    perayaan yang berwarna-warni lagi bermakna ini yang diraikan oleh setiap kaum di

    Malaysia mampu mewujudkan keharmonian dan kesejahteraan antara kaum sekali gus

    merealisasikan aspirasi pembentukan Satu Malaysia yang sentiasa diuar-uarkan oleh

    perdana menteri kita, Datuk Seri Najib Razak.

    Salah satu tonik yang efektif yang menjadi pengikat antara satu kaum dengan

    kaum yang lain adalah melalui sambutan perayaan peringkat kebangsaan atau

    perayaan berkongsi. Perayaan berkongsi atau perayaan peringkat kebangsaan ialah

    satu perayaan yang bukan sahaja disambut oleh kaum yang merayakannya, malah

    kaum yang lain juga turut serta. Sebagai contoh, masyarakat melayu berkunjung ke

    rumah orang cina apabila tibanya sambutan perayaan Tahun Baru Cina untuk

    bersama-sama meriakan dan memeriahkan sambutan itu.Selain itu, hidangan menjadi

    bukti konsep akulturasi yang paling ketara dalam setiap sambutan perayaan.

    Peyediaan ayam rendang atau ayam kari bagi masyarakat cina ketika menyambut

    perayaan Tahun Baru Cina sudah menjadi suatu kebiasaan.

  • 7/31/2019 Hubungan Etnik (Tugasan)

    4/23

    Keprihatinan dan inisiatif pihak kerajaan dalam memperuntukkan cuti umum

    pada musim perayaan untuk seluruh rakyat Malaysia membolehkan setiap rakyat di

    negara ini tanpa membezakan bangsa dan agama berpeluang untuk merayakan

    perayaan-perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali

    bersama-sama. Dengan ini, setiap rakyat Malaysia akan menanti-nantikan setiap

    perayaan dengan penuh debaran. Hal ini sudah pasti akan sedikit sebanyak

    mengutuhkan perpaduan dan kesepakatan masyarakat Malaysia.

    Berikut senarai perayaan yang disambut oleh masyarakat Malaysia:

  • 7/31/2019 Hubungan Etnik (Tugasan)

    5/23

    Hari Perayaan Keagamaan

    Masyarakat beragama Islam

    Hari Awal Muharram - Tahun Baru Islam. Hari Raya Aidiladha Hari Raya Aidilfitri Hari Maulidur Rasul - Hari Keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. Hari Nuzul Quran Hari Israk dan Mikraj

    Masyarakat beragama Kristian

    Hari Ahad Easter Hari Natal (Krismas)

    Masyarakat beragama Yahudi

    Yom Kippur Bar Mitzvah

    Masyarakat beragama Buddha

    Hari Wesak

    Masyarakat beragama Cina

    Hari Chap Goh Mei Hari Kuih Bulan

    Hari Tahun Baru Cina

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Awal_Muharramhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Islamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Raya_Aidil_Adhahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Raya_Aidil_Fitrihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Maulud_Nabihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Nuzul_Quranhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Hari_Israk_dan_Mikraj&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Ahad_Easterhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Krismashttp://ms.wikipedia.org/wiki/Yom_Kippurhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bar_Mitzvahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Wesakhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Chap_Goh_Meihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Kuih_Bulanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Tahun_Baru_Cinahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Tahun_Baru_Cinahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Kuih_Bulanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Chap_Goh_Meihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Wesakhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bar_Mitzvahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Yom_Kippurhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Krismashttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Ahad_Easterhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Hari_Israk_dan_Mikraj&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Nuzul_Quranhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Maulud_Nabihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Raya_Aidil_Fitrihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Raya_Aidil_Adhahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Islamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Awal_Muharram
  • 7/31/2019 Hubungan Etnik (Tugasan)

    6/23

    Perayaan Ching Ming Pesta Tanglung Perayaan Hantu Lapar

    Masyarakat beragama Hindu

    Hari Deepavali Hari Durga Puja Hari Thaiponggol Hari Thaipusam

    Masyarakat minoriti di Malaysia

    Hari Gawai Hari Kaamatan Hari San Pedro

    Hari Perayaan Bukan Keagamaan

    Tahun Baru Cina Hari Kebangsaan/Hari Kemerdekaan Malaysia. Hari Wilayah Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Hari Keputeraan Sultan-sultan Negeri Hari Pekerja

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Perayaan_Ching_Minghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pesta_Tanglunghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perayaan_Hantu_Laparhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Deepavalihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Durga_Pujahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Thaiponggolhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Thaipusamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Gawaihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tadau_Kaamatanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_San_Pedrohttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tahun_Baruhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Kebangsaan_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Wilayahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Yang_di-Pertuan_Agonghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Pekerjahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Pekerjahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Yang_di-Pertuan_Agonghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Wilayahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Kebangsaan_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tahun_Baruhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_San_Pedrohttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tadau_Kaamatanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Gawaihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Thaipusamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Thaiponggolhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Durga_Pujahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Deepavalihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perayaan_Hantu_Laparhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pesta_Tanglunghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perayaan_Ching_Ming
  • 7/31/2019 Hubungan Etnik (Tugasan)

    7/23

    Pengenalan

    Perayaan Masyarakat Melayu Beragama Islam

    Hari Raya Aidifitri

    Hari Raya Aidifitri bermula setelah umat Islam menyempurnakan ibadat puasa

    pada bulan1Ramadan.Sepanjang bulan Ramadan, umat islam berpuasa pada siang

    hari dan mengerjakan2solat tarawih pada sebelah malamnya. Masyarakat Islam wajib

    menyempurnakan pembayaran3zakat fitrah sebelum 1 Syawal, iaitu ketika Hari Raya

    Aidifitri dirayakan.Hari Raya Aidifitri disambut dengan penuh kesyukuran. Umat

    Islam saling mengucapkan Selamat Hari Raya dan kemaafan dipohon , menandakan

    kesalahan lalu telah dilupakan.Rumah terbuka diadakan bagi mengalu-alukan tetamu

    yang datang berkunjung.

    Hari Raya Aidiladha

    Hari Raya Aidiladha dirayakan pada hari ke-10 bulan Zulhijah,ketika umat

    Islam yang mengerjakan ibadat Haji di Mekkah berada pada peringkat akhir ibadat

    mereka.Pada pagi hari tersebut,umat Islam akan menunaikan solat Hari Raya

    Aidiladha di masjid. Selepas selesai menunaikan solat tersebut,umat Islam akan

    berkumpul beramai-ramai di kawasan yang lapang untuk upacara korban. Pada Hari

    Raya Aidiladha,beratus ribu ekor kambing,lembu dan unta setia tahun disembelih oleh

    umat Islam di seluruh dunia sebagai korban dan dagingnya diagihkan kepada kaum

    4fakir.

    1Ramadhan - Bulan kesembilan dalam tahun Hijrah, bulan puasa.

    2Solat tarawih -Solat sunat dengan rasa senang dan kelapangan hati.

    3

    Zakat fitrah -Zakat yg wajib dibayar oleh tiap-tiap orang Islam setahun sekali (pd bulan Ramadansehingga sebelum sembahyang Hari Raya Puasa).4

    Fakir -Golongan yg sangat berkurangan (sangat miskin)

  • 7/31/2019 Hubungan Etnik (Tugasan)

    8/23

    Maulidar Rasul

    Maulidar Rasul jatuh pada bulan Rabiulawal. Maulidar Rasul dirayakan bagi

    memperingati perjuangan Nabi Muhammad S.A.W. Pada hari berkenaan,acara-acara

    seperti perhimpunan,syarahan dan bacaan5berzanji biasanya diadakan.

    Perayaan Masyarakat Cina

    Tahun Baru Cina

    Tahun Baru Cina disambut pada hari pertama dalam bulan pertama kalendar

    cina. Perayaan ini berlanjutan selama 15 hari sehingga Chap Goh Meh yang dirayakan

    pada malam ke-15.Perayaan akan bermula dengan kaum keluarga berkumpul

    beramai-ramai sambil menikmati hidangan yang disediakan.Upacara makan malam

    ini menjadi satu kewajipan bagi masyarakat Cina kerana hari tersebut akan

    mengeratkan jalinan antara keluarga.Ada dalam kalangan mereka yang terpaksa

    pulang dari jauh semata-mata untuk berkumpul dan makan malam bersama.

    Ahli keluarga yang sudah berumah tangga akan memberi angpau dan limau

    Mandarin kepada saudara-mara dan sahabat yang bujang sempena Tahun Baru

    Cina.Sepanjang Tahun Baru Cina berlangsung,tarian singa dipersembahkan dari

    rumah ke rumah dan kedai ke kedai untuk memberi berkat kepada mereka yang

    meraikan perayaan tersebut.

    Hari Chap Goh Meh

    Hari Chap Goh Meh disambut sebagai menandakan berakhirnya perayaan

    Tahun Baru Cina. Hari tersebut disambut dengan mengadakan upacara sembahyang

    secara bear-besaran,colok besar akan dibakar dalam upacara sembahyang. Terdapat

    5Berzanji -Nyanyi puji-pujian utk Nabi pada bulan Maulud.

  • 7/31/2019 Hubungan Etnik (Tugasan)

    9/23

    amalan melontar buah limau ke dalam laut atau sungai dengan doa untuk mendapat

    pasangan sempena malam Hari Chap Goh Meh.

    Hari Kuih Bulan

    Hari Kuih Bulan disambut pada hari ke-15 bulan ke-8 kalendar Cina. Hari

    Kuih Bulan disambut dengan perarakan tanglung dan menghayati bulan sambil

    menikmati kuih bulan pada malam perayaan. Bulan biasanya mengambang dan terang

    pada malam tersebut.

    Perayaan Masyarakat India

    Deepavali

    Kejayaan kuasa baik mengalahkan kuasa jahat diraikan oleh penganut Hindu

    dalam perayaan Deepavali.Perayaan Deepavali juga dikenali sebagai perayaan

    cahaya. Mengikut kepercayaan orang Hindu, perayaan ini diraikan pada bulan gelap

    yang dipanggil aippasi,iaitu pada bulan Oktober dan November.Deepavali bermaksud

    sebarisan pelita.Dengan memasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan

    mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman

    dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan.

    Pada pagi hari Deepavali, masyarakat Hindu akan menyucikan tubuh badan

    dengan memakai sedikit minyak di kepala dan mandi. Kemudian mereka

    bersembahyang di rumah atau di kuil. Selepas bersembahyang, mereka berkunjung ke

    rumah kaum keluarga.

  • 7/31/2019 Hubungan Etnik (Tugasan)

    10/23

    Hari Thaipusam

    Hari Thaipusam disambut sebagai tanda kesyukuran serta sebagai tanda

    penghormatan kepada tuhan Muruga atau Subramaniam.Ribuan penganut Hindu akan

    berarak sambil memikul kavadi pada Hari Thaipusam.

    Perayaan Masyarakat Penganut Kristian

    Hari Natal

    Hari Natal disambut setiap tahun pada tarikh 25 Disember oleh penganut

    agama Kristian bagi memperingati kelahiran Jesus, pengasas ajaran Kristian.

    Sambutan Krismas dimeriahkan dengan hiasan pohon krismas yang dipasang dengan

    lampu berwarna-warni. Amalan pertukaran hadiah akan dilaksanakan antara saudara-

    mara dan sahabat handai sempena Hari Natal.

    Perayaan Masyarakat Di Sabah

    Pesta Tadau Keamatan

    Pesta Tadau Keamatan diadakan pada bulan Mei setiap tahun iaitu sehabis

    selesai menuai padi.Perayaan ini kebiasaannya diadakan selama dua malam berturut-

    turut .Pada malam pertama, upacara magavau atau pemujaan semangat padi yang

    diketuai oleh bobohigan dan beberapa orang pembantunya diadakan . Pada malam

    kedua, upacara habot iaitu beras yang diperam diberikan kepada bobohigan

    sebagai tanda kesyukuran. Tetamu akan dihiburkan dengan tarian Sumazau. Satu

    pesta dengan acara-acara sukan tradisional akan diadakan sempena perayaan tersebut.

  • 7/31/2019 Hubungan Etnik (Tugasan)

    11/23

    Perayaan Masyarakat Di Sarawak

    Perayaan Gawai Dayak

    Perayaan Gawai Dayak ini disambut menjelang 1 dan 2 Jun setiap tahun,

    perayaan Gawai Dayak disambut secara besar-besaran oleh kaum Dayak di seluruh

    pelosok Sarawak sebagai satu cara melahirkan rasa syukur selepas tamatnya musim

    menuai padi.

    Perayaan Gawai Dayak bermula dengan upacara membuang sial oleh Tuai

    Gawai. Tuai Gawai memulakan upacara miring ini diruai (beranda) rumah panjang.

    Beliau berdoa supaya dipanjangkan umur dan dimudahkan rezeki. Pada jam 12.00

    malam upacara minum6air pengayu dilakukan dengan harapan supaya panjang umur,

    sihat dan makmur.

    6Air pengayu -Air tapai yang boleh memabukkan seseorang.

  • 7/31/2019 Hubungan Etnik (Tugasan)

    12/23

    Cara-cara sambutan perayaan peringkat kebangsaan dapat

    memupuk keharmonian dan perpaduan antara kaum.

    Perayaan Satu Malaysia

    Matlamat perayaan Satu Malaysia adalah untuk mengutuhkan perpaduan dan

    kesepakatan masyarakat di negara kita.Meskipun masyarakat berbilang kaum di

    negara ini menyambut perayaan mereka mengikut agama dan bangsa masing-

    masing,namun itu semua tidak menjadi penghalang dengan adanya sambutan

    perayaan Satu Malaysia untuk setiap rakyat di negara kita untuk bersama-sama

    merayakan perayaan yang disambut.

    Sambutan perayaan Satu Malaysia juga membuka ruang kepada segenap

    lapisan masyarakat untuk memahami dengan lebih dekat lagi latar belakang sambutan

    perayaan ,sekali gus dapat mempelajari budaya pelbagai kaum di negara

    kita.Meskipun berbeza latar belakang,budaya dan agama,tetapi dengan adanya

    sambutan perayaan Satu Malaysia ini,masyarakat India,Cina,Iban dan Kadazan

    merayakan sambutan Hari Raya Aidifitri bersama-sama masyarakat Melayu dan

    begitu juga sebaliknya.

    Rumah Terbuka

    Pada 7 Februari 2008, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan

    Warisan Malaysia (KPKKW) telah menganjurkan sambutan Majlis Rumah Terbuka

    Malaysia (MRTM) bersempena Tahun Baru Cina di Kuala Lumpur yang bertemakan

    Perpaduan Melalui Perayaan. Program ini secara tidak langsung telah menjadi titik

    tolak pihak kerajaan untuk mengadakan rumah terbuka peringkat kebangsaan apabila

    tibanya suatu perayaan.

    Rumah terbuka sudah menjadi lumrah dalam kalangan masyarakat apabila

    suatu perayaan disambut. Sambutan perayaan di Malaysia kelihatan tidak lengkap jika

  • 7/31/2019 Hubungan Etnik (Tugasan)

    13/23

    budaya mengadakan rumah terbuka tidak dijayakan. Tradisi rumah terbuka dalam

    kalangan masyarakat majmuk merupakan satu landasan untuk kita meningkatkan

    perpaduan kaum.Hal ini demikian kerana sebagai sebuah negara yang bermasyarakat

    majmuk,kekuatan negara banyak bergantung pada aspek perpaduan rakyat.Lantaran

    itu,majlis-majlis rumah terbuka yang diadakan ketika sesuatu perayaan sudah pasti

    dapat menjalinkan hubungan intim antara pelbagai kaum.

    Rumah terbuka bermaksud sesuatu perayaan agama disambut bukan sahaja

    oleh penganut agama berkenaan tetapi juga disambut oleh penganut pelbagai agama

    dengan tujuan memupuk persefahaman dalam kalangan rakyat Malaysia. Matlamat

    utama rumah terbuka adalah untuk memupuk perpaduan melalui perkongsian

    perayaan dalam suasana yang aman dan harmoni.

    Majlis rumah terbuka telah menjadi budaya masyarakat majmuk di negara kita

    dewasa ini.Majlis rumah terbuka merujuk sesebuah keluarga yang mengadakan

    jamuan terbuka untuk saudara mara,sahabat handai,dan juga untuk jiran

    tetangga.Lazimnya,masyarakat Melayu akan mengadakan majlis rumah terbuka pada

    Hari Raya Aidifitri dan Hari Raya Korbanmanakala masyarakat Cina pula akan

    mengadakan majlis rumah terbuka semasa Tahun Baru Cina.Demikian juga bagi

    kaum yang lain di negara kita.

    Melalui rumah terbuka, wujud amalan kunjung-mengunjungi antara satu

    dengan yang lain tanpa mengira agama dan bangsa. Dalam kita bergembira

    menyambut perayaan satu Malaysia,kebebasan kepada seluruh rakyat di negara kita

    untuk berkunjung ke rumah tanpa sebarang halangan dan kekangan. Musim perayaan

    adalah masa untuk bergembira dan menjalin persahabatan serta muhibah antara

    kaum.Setiap kali perayaan , rakyat tanpa mengira keturunan,turut memeriahkan

    suasana dengan amalan kunjung-mengunjung antara satu sama lain.Melalui amalan

  • 7/31/2019 Hubungan Etnik (Tugasan)

    14/23

    kunjung-mengunjungi,hubungan silaturahim antara saudara mara,sahabat handai serta

    jiran tetangga akan bertambah erat. Dalam kesibukan mengejar kemewahan

    hidup,tentu sekali masyarakat kita jarang-jarang mempunyai masa untuk mengunjungi

    sanak saudara ataupun kawan karib.Sebagai sebuah negara yang bermasyarakat

    majmuk,majlis seumpama ini sangat dialu-alukan.

    Sepertimana yang sedia kita maklum,setiap kaum di Malaysia mengamalkan

    kebudayaan yang berlainan yang merupakan tembok pemisahan yang sangat

    ketara.Namun demikian,melalui majlis rumah terbuka,telah mewujudkan wadah untuk

    rakyat berbilang kaum berinteraksi,berkomunikasi,dan memahami budaya rakan-

    rakan daripada kaum yang lain. Rumah terbuka mampu membantu mengukuhkan

    integrasi antara penduduk Semenanjung,Sabah dan Sarawak menerusi pemahaman

    budaya perayaan masing-masing yang cukup indah untuk dikongsi bersama.Tanpa

    mengira jenis perayaan sama ada Hari Raya Aidifitri,Tahun Baru Cina,Deepevali atau

    sambutan perayaan etnik di Sabah dan Sarawak ,masing-masing menyambutnya

    dengan cara tersendiri,proses pembudayan yang wujud dalam konsep rumah terbuka

    menyaksikan pertembungan dua atau leebih budaya. Ini menyebabkan berlakunya

    proses asimilasi dan penerapan unsur-unsur kebudayaan oleh kaum minority kepada

    kaum majority. Senagai contoh,perayaan Hari Gawai Dayak yang disambut oleh suku

    kaum di Sarawak membolehkan masyarakat Melayu,Cina dan India memahami

    budaya masyarakat minoriti negeri burung Kenyalang itu.

    Pendek kata, sambutan rumah terbuka menjadi medan pertemuan yang paling

    sesuai untuk untuk memperkukuhkan hubungan kekeluargaan,kejiranan dan

    kesetiakawanan. Melalui perayaan yang disambut ini,akan wujud sebuah jambatan

    yang mengeratkan tali persaudaraan dan seterusnya terjalin ikatan perpaduan antara

    kaum. Amalan rumah terbuka ini memberi makna besar kepada anggota masyarakat

  • 7/31/2019 Hubungan Etnik (Tugasan)

    15/23

    tentang erti perpaduan yang harus wujud bagi mengelakkan daripada sebarang

    prejudis. Di samping mewujudkan perpaduan dalam kalangan anggota

    masyarakat ,amalan rumah terbuka juga mendedahkan semua kaum kepada

    kepelbagaian budaya masyarakat di Malaysia.Kita bukan sahaja dapat mempelajari

    budaya dan adat resam kaum yang lain,malah dapat mengeratkan hubungan

    silaturahim.

    Kongsi Raya

    Kongsi raya disambut adalah untuk mewujudkan keharmonian antara kaum

    dan sensitive terhadap fahaman keagamaan terhadap seluruh lapisan masyarakat.

    Rakyat di negara kita telah mewarisi budaya perayaan yang bukan sahaja

    disambut oleh kaum yang merayakannya malah oleh semua kaum tanpa mengira

    bangsa dan agama turut berkongsi kegembiraan.Sebagai contohnya,persiapan

    menyambut Hari Raya Aidifitri turut dilakukan oleh masyarakat bukan

    Melayu.Sebagai menghormati Hari Raya Aidifitri,masyarakat bukan Melayu turut

    menyediakan pakaian tradisional Melayu seperti baju kurung dan baju Melayu untuk

    dipakai ketika berkunjung ke rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidifitri.

    Begitu juga masyarakat Melayu yang tidak lagi kekok mengenakan sari mahupun

    ceongsam pada musim perayaan.

    Selain itu,begitu juga dengan sambutan perayaan etnik di Sabah dan

    Sarawakyang cukup indah untuk dikongsi bersama. Kewujudan lebih 30 etnik

    masyarakat di negeri Sabah merupakan satu keistimewaan yang harus menjadi

    kebanggaan seluruh rakyat,apatah lagi apabila hubungan antara kaum sentiasa berada

    dalam keadaan yang baik,sekali gus mewujudkan suasana yang harmoni dan aman

    sejahtera.

  • 7/31/2019 Hubungan Etnik (Tugasan)

    16/23

    Sambutan Hari Kemerdekaan

    Bulan Ogos pasti bergema suara kemerdekaan di mana-mana sahaja di tanah

    air tercinta ini. Kemerdekaan bukan hanya pada nama sebaliknya kemerdekaan

    menandakan hari ulang tahun kemerdekaan negara. Rakyat Malaysia menyambut Hari

    Kemerdekaan pada setiap tahun mempunyai kebaikan dan kepentingannya yang

    tersendiri. Hari tersebut merupakan hari kebesaran negara yang perlu disambut dan

    dihayati oleh semua rakyat yang mencintai negara ini. Pelbagai acara menarik dan

    berinformasi akan diadakan sempena Hari Kemerdekaan setiap tahun. Sebagai contoh,

    perarakan atau perbarisan, persembahan tarian tradisional, persembahan koir,

    pengibaran Jalur Gemilang dan sebagainya.

    Melalui sambutan hari ulang tahun kemerdekaan, kita dapat memupuk

    perpaduan kaum. Hal ini demikian kerana pelbagai kaum yang terdapat di negara kita

    akan beria-ria dan berganding bahu dalam melibatkan diri dalam persembahan

    sambutan Hari Kemerdekaan. Lazimnya, tarian kipas iaitu tarian tradisional

    masyarakat Cina juga akan dipersembahkan oleh masyarakat bukan Cina seperti

    masyarakat Melayu dan masyarakat India dalam sambutan Hari Kemerdekaan.

    Mereka samasama memakai pakaian tradisional kaum Cina tanpa berasa kekok

    semasa mempersembahkan tarian tersebut. Melalui aktiviti itu,masyarakat Melayu

    dan masyarakat India bukan sahaja dapat mempelajari dan memahami budaya kaum

    Cina,malah juga berpeluang mengalami sendiri tarian tersebut.Begitu juga dengan

    kaum Cina yang berkesempatan melibatkan diri dalam tarian kaum lain. Melalui

    pengalaman tersebut, silaturahim antara satu kaum dengan kaum lain pasti dapat

    dieratkan.

    Di samping itu,dalam kalangan penonton pula kita juga dapat memupuk

    kesepakatan kaum antara satu sama lain.Penonton yang terdiri daripada pelbagai ras

  • 7/31/2019 Hubungan Etnik (Tugasan)

    17/23

    akan berhimpun di sesuatu tempat bersama-sama bersorak dan berkongsi

    kegembiraan negara Malaysia mencecah satu lagi tahun kemerdekaan. Interaksi yang

    baik sesama mereka dapat melahirkan perasaan muhibah antara satu kaum dengan

    kaum lain.

  • 7/31/2019 Hubungan Etnik (Tugasan)

    18/23

    Kesimpulan

    Konklusinya, usaha murni pihak kerajaan dalam menanamkan amalan

    sambutan perayaan peringkat kebangsaan atau perayaan satu Malaysia dalam sanubari

    anak watan malaysia harus disambut baik dan dilihat sebagai salah satu wahana untuk

    mengukuhkan integrasi nasional. Amalan ini tidak harus diperlekehkan dan dianggap

    sebagai satu kekangan sebaliknya kita harus menganggapnya sebagai satu rahmat dan

    harus dipraktikkan. Amalan ini memberi kita satu gambaran yang jelas dan dimensi

    baru kepada masyarakat Malaysia dan juga masyarakat sejagat tentang erti perayaan

    sebenar.

    Malaysia, dikenali sebagai syurga perayaan kerana rakyatnya yang berbilang

    kaum bukan sahaja dapat meraikan perayaan yang disambut oleh etnik mereka malah

    mereka juga bebas menikmati, berkongsi kegembiraan dan memeriahkan suatu

    perayaan yang disambut oleh kaum yang lain. Kepelbagaian perayaan yang disambut

    oleh rakyat Malaysia mendatangkan manfaat dan kebaikan yang melimpah-ruah

    kepada nusa dan bangsa.

    Kepelbagaian perayaan ini akan sedikit sebanyak merangsang pertumbuhan

    ekonomi dan sekali gus mengembangkan ekonomi negara Malaysia . Hal ini demikian

    kerana apabila tibanya suatu perayaan, masyarakat pasti akan berbelanja di pesta

    pembelian, pusat membeli-belah dan juga di pasar untuk persiapan suatu perayaan

    yang bakal disambut. Kekerapan masyarakat berbelanja pada setiap perayaan yang

    disambut amatlah tinggi berbanding dengan perbelanjaan harian, mingguan atau

    bulanan mereka. Dengan ini, pada setiap sambutan perayaan, sudah pasti akan

    member ruang kepada para peniaga atau ahli perniagaan untuk mengaut keuntungan

    yang seterusnya akan membantu dalam penjanaan pertumbuhan ekonomi negara.

  • 7/31/2019 Hubungan Etnik (Tugasan)

    19/23

    Kita sebagai generasi pascamerdeka yang bakal mengemudi bahtera negara

    harus menghayati makna perayaan yang tersurat dan tersirat dan menyokong usaha

    murni kerajaan dalam merealisasikan konsep Satu Malaysia melalui sambutan

    perayaan peringkat kebangsaan. Kehidupan sandar-menyandar untuk mengekalkan

    semangat perpaduan, sikap bertolak ansur, sikap toleransi serta hormat-menghormati

    harus menjadi teras kehidupan masyarakat kita lalu menjadikannyanorma masyarakat

    kita. Melalui sambutan peringkat kebangsaan, anak watan Malaysia pasti akan

    mendapat manfaat dan kebaikan yang melimpah-ruah yang seterusnya akan

    mewujudkan masyarakat madani dan harmoni.

    Mari berfikir sejenak, apakah yang akan terjadi kepada negara kita sekiranya

    tiada sambutan perayaan di negara ini? Sudah tentu integrasi nasional tidak dapat

    direalisasikan. Jadi, kita harus menjadikan sambutan perayaan peringkat kebangsaan

    sebagai salah satu wahana untuk merapatkan silaturahim dan jurang antara ras yang

    berlainan dan sekali gus membentuk satu negara dan satu bangsa yang beracuan

    Malaysia. Sekiranya, agenda ini dapat dicapai, sudah pasti negara Malaysia akan

    cemerlang, gemilang dan terbilang di seantero dunia. Jadi, kita sebagai generasi

    pelapis negara harus memikul tanggungjawab dan kewajipan untuk mengekalkan dan

    memperkukuhkan kemakmuran, keamanan, keharmonian dan kesejahteraan hidup

    masyarakat yang majmuk ini supaya kita tidak akan mengulangi kesilapan yang lalu

    dan biar peristiwa hitam 13 Mei 1969 berlalu dalam lipatan sejarah.

  • 7/31/2019 Hubungan Etnik (Tugasan)

    20/23

    Lampiran

    Gambar-gambar di atas menunjukkan sambutan Hari Kemerdekaan di Malaysia.

    Gambar-gambar di atas menunjukkan perayaan yang disambut oleh masyarakat

    Melayu yang beragama Islam iaitu Hari Raya Aidifitri dan Hari Raya Aidiladha.

    Gambar-gambar di atas menunjukkan perayaan yang disambut oleh masyarakat India

    iaitu Hari Deepavali dan Thaipusam

  • 7/31/2019 Hubungan Etnik (Tugasan)

    21/23

    Gambar-gambar di atas menunjukkan perayaan yang disambut oleh masyarakat Cina

    iaitu Tahun Baru Cina dan Hari Kuih Bulan.

    Gambar-gambar di atas menunjukkan perayaan yang disambut oleh masyarakat Cina

    iaitu Hari Chap Goh Meh dan Hari Wesak.

    Gambar-gambar di atas menunjukkan perayaan yang disambut oleh penganut Kristian

    di Malaysia iaitu Hari Natal dan Hari Easter.

  • 7/31/2019 Hubungan Etnik (Tugasan)

    22/23

    Gambar-gambar di atas menunjukkan perayaan yang disambut oleh masyarakat di

    Sarawak iaitu Hari Gawai.

    Gambar-gambar di atas menunjukkan perayaan yang disambut oleh masyarakat di

    Sabah iaitu Pesta Keamatan.

  • 7/31/2019 Hubungan Etnik (Tugasan)

    23/23

    Bibliografi

    1. Abdul Ghani Abu, Ogos 2010. Dewan Siswa. Selangor: Dawama Sdn.Bhd.

    2. Hairi Ismail, Oktober 2009. Dewan Budaya. Selangor: Dawama SdnBhd.

    3. Dewan Bahasa dan Pustaka, 1998. Kamus Dewan Edisi Ketiga.Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    4. Istilah perkataan Arab. Dirujuk pada 24 Mei 2011. Diperoleh daripadahttp://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pengarang&d=10

    5. Jenis-jenis perayaan di Malaysia. Dirujuk pada 24 Mei 2011.Diperoleh daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_perayaan

    6. Gambar-gambar perayaan di Malaysia. Dirujuk pada 27 Mei 2011.Diperoleh daripada http://psk-syafiq.blogspot.com/2009/04/...sia.html

    7. Gambar-gambar perayaan di Malaysia. Dirujuk pada 27 Mei 2011.Diperoleh daripada http:// www.sabah.gov.my/madfi/press/11-

    ...kt09.htm

    8. Gambar-gambar perayaan di Malaysia. Dirujuk pada 27 Mei 2011.Diperoleh daripada http:// ashgive.blogspot.com/2011/05/pes...-

    do.html

    http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pengarang&d=10http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_perayaanhttp://psk-syafiq.blogspot.com/2009/04/...sia.htmlhttp://psk-syafiq.blogspot.com/2009/04/...sia.htmlhttp://psk-syafiq.blogspot.com/2009/04/...sia.htmlhttp://psk-syafiq.blogspot.com/2009/04/...sia.htmlhttp://psk-syafiq.blogspot.com/2009/04/...sia.htmlhttp://psk-syafiq.blogspot.com/2009/04/...sia.htmlhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_perayaanhttp://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pengarang&d=10