tugasan individu pasar

7
Tugasan 3: Laporan Reflektif (Individu) Pada 3 April 2016 iaitu bersamaan dengan hari Ahad saya dan semua rakan sebaya saya iaitu PISMP SEM 2 Tahun 1, PENDIDIKAN JASMANI, PISMP TESL dan PISMP MATEMATIK telah melaksanakan satu bentuk aktiviti iaitu meneroka peluang perniagaan usahawan kecil-kecilan di Pasar Tamu Putatan. Aktiviti ini juga adalah berkaitan tugasan kerja kursus bagi kursus MPU3031 iaitu Pengurusan Kokurikulum. Kami dikehendaki untuk meneroka usahawan kecil- kecilan di pasar tamu tersebut dan kami juga dikehendaki untuk memilih mana - mana gerai kecil-kecilan mengikut kumpulan yang telah dibahagikan sebelum aktiviti ini dijalankan, menilai jumlah keuntungan dan menolong tuan empunya kedai menjual barangan atau makanan. Tepat jam 6 pagi kami bertolak dari IPGK Gaya, Kota Kinabalu, Sabah ke Pasar Tamu Putatan tersebut dengan menaiki bas yang dipandu oleh En. Reyna. Kira- kira jam 6.45 pagi, Pasar Tamu Putatan menemui kami yang berbaju serba biru. Taklimat selama 5 minit disampaikan oleh Pn Siti Ajar sebelum kami beransur bersama-sama kumpulan masing masing untuk meninjau dan memilih gerai- gerai kecil yang ada di Pasar Tamu tersebut. Pada awalnya saya dan ahli kumpulan saya iaitu Asrul dan Amirul agak gugup dan mungkin sedikit malu untuk memilih gerai-gerai yang ada. Tetapi, mahu tidak mahu, kami mestilah melakukannya juga kerana ini adalah tugasan kerja kursus yang akan mempengaruhi markah kami. Setelah hampir kira-kira 20 minit kami bertiga meronda segenap pelusuk gerai- gerai yang ada di pasar tamu tersebut, akhirnya kami menemui juga sebuah gerai kami berasa agak sesuai dan gerai tersebut agak besar iaitu beranggaran dua kanopi meliputi gerai tersebut. Gerai tersebut menjual selipar dan ada juga beberapa jenis kasut. Kami bertiga tidak menunggu masa yang lama dan terus memperkenalkan diri dan mengambil peluang berjumpa dengan pengusaha gerai tersebut untuk meminta izin melakukan sedikit penilaian dan rekod untuk tugasan kerja kursus kami ini. Setelah kami berbincang, tuan gerai tersebut membenarkan kami untuk melakukan sedikit penilaian dan secara tidak langsung kami juga tidak terkecuali untuk membantu pengusaha gerai ini dalam melakukan sebarang penjualan selipar berkenaan. Pada mulanya memang kami terasa seperti janggal ataupun malu tetapi pengusaha gerai ini merupakan seorang yang sangat peramah dan ianya membuatkan kami berasa sangat selesa dan mudah bergaul. Selain daripada itu, aktiviti seperti ini juga secara tidak langsung dapat memupuk sifat yang positif untuk kami sebgai bakal guru. Amalan sikap berbudi bahasa kepada masyarakat dapat dipupuk melalui komunikasi antara kami bersama pengusaha gerai tersebut. Walaupun berbeza negeri dan daerah, namun, komunikasi tetap berlangsung dengan sempurna melalui bibit-bibit kata yang sopan dan rendah diri. Selain itu juga, aktiviti seperti ini juga dapat memberikan

Upload: ade-takde

Post on 12-Jul-2016

262 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Tugasan Individu Pasar

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan Individu Pasar

Tugasan 3: Laporan Reflektif (Individu)

Pada 3 April 2016 iaitu bersamaan dengan hari Ahad saya dan semua rakan sebaya

saya iaitu PISMP SEM 2 Tahun 1, PENDIDIKAN JASMANI, PISMP TESL dan PISMP

MATEMATIK telah melaksanakan satu bentuk aktiviti iaitu meneroka peluang perniagaan

usahawan kecil-kecilan di Pasar Tamu Putatan. Aktiviti ini juga adalah berkaitan tugasan

kerja kursus bagi kursus MPU3031 iaitu Pengurusan Kokurikulum. Kami dikehendaki untuk

meneroka usahawan kecil-kecilan di pasar tamu tersebut dan kami juga dikehendaki untuk

memilih mana - mana gerai kecil-kecilan mengikut kumpulan yang telah dibahagikan

sebelum aktiviti ini dijalankan, menilai jumlah keuntungan dan menolong tuan empunya

kedai menjual barangan atau makanan.

Tepat jam 6 pagi kami bertolak dari IPGK Gaya, Kota Kinabalu, Sabah ke Pasar Tamu

Putatan tersebut dengan menaiki bas yang dipandu oleh En. Reyna. Kira-kira jam 6.45 pagi,

Pasar Tamu Putatan menemui kami yang berbaju serba biru. Taklimat selama 5 minit

disampaikan oleh Pn Siti Ajar sebelum kami beransur bersama-sama kumpulan masing –

masing untuk meninjau dan memilih gerai-gerai kecil yang ada di Pasar Tamu tersebut.

Pada awalnya saya dan ahli kumpulan saya iaitu Asrul dan Amirul agak gugup dan mungkin

sedikit malu untuk memilih gerai-gerai yang ada. Tetapi, mahu tidak mahu, kami mestilah

melakukannya juga kerana ini adalah tugasan kerja kursus yang akan mempengaruhi

markah kami.

Setelah hampir kira-kira 20 minit kami bertiga meronda segenap pelusuk gerai-gerai yang

ada di pasar tamu tersebut, akhirnya kami menemui juga sebuah gerai kami berasa agak

sesuai dan gerai tersebut agak besar iaitu beranggaran dua kanopi meliputi gerai tersebut.

Gerai tersebut menjual selipar dan ada juga beberapa jenis kasut. Kami bertiga tidak

menunggu masa yang lama dan terus memperkenalkan diri dan mengambil peluang

berjumpa dengan pengusaha gerai tersebut untuk meminta izin melakukan sedikit penilaian

dan rekod untuk tugasan kerja kursus kami ini. Setelah kami berbincang, tuan gerai tersebut

membenarkan kami untuk melakukan sedikit penilaian dan secara tidak langsung kami juga

tidak terkecuali untuk membantu pengusaha gerai ini dalam melakukan sebarang penjualan

selipar berkenaan. Pada mulanya memang kami terasa seperti janggal ataupun malu tetapi

pengusaha gerai ini merupakan seorang yang sangat peramah dan ianya membuatkan kami

berasa sangat selesa dan mudah bergaul.

Selain daripada itu, aktiviti seperti ini juga secara tidak langsung dapat memupuk sifat yang

positif untuk kami sebgai bakal guru. Amalan sikap berbudi bahasa kepada masyarakat

dapat dipupuk melalui komunikasi antara kami bersama pengusaha gerai tersebut.

Walaupun berbeza negeri dan daerah, namun, komunikasi tetap berlangsung dengan

Page 2: Tugasan Individu Pasar

sempurna melalui bibit-bibit kata yang sopan dan rendah diri. Selain itu juga, aktiviti seperti

ini juga dapat memberikan satu kesan yang positif iaitu kami sebagai guru juga dapat

membina pengalaman berjual beli dan melayani kerenah pelanggan dan masyarakat

setempat yang berbeza- beza yang kadangkala membuatkan kami tersenyum.

Kami juga berpeluang berkenalan dengan ahli keluarga pengusaha gerai tersebut iaitu isteri

dan anaknya. Mereka semua juga saling tak tumpah seperti ayahnya yang peramah dan

bersikap terbuka dan membuatkan kami berasa sangat selesa membuat tugasan kami di

gerai tersebut. Sikap seperti inilah sepatutnya dipupuk dalam diri seorang bakal guru yang

akan menjadi model masyarakat secara menyeluruh. Seperti bersikap terbuka dan sentiasa

berlapang dada walaupun didendang dengan pelbagai dugaan dan masih mampu mengukir

senyuman. Walaupun kami tahu pengusaha gerai ini bukanlah orang yang senang, tetapi

mereka tetap ceria dalam menempuh hari-hari yang mendatang dengan sikap yang sangat

positif.

Kami memulakan tugasan kami dengan membantu pengusaha gerai tersebut kira-kira jam

7.30 pagi sehingga jam 12.00 tengahari. Tidak sampai 15 minit kami berkolaborasi bertukar

maklumat, terdapat beberapa orang pelanggan yang mahu membeli selipar. Kami bertiga

membantu pelanggan tersebut untuk memilih dan memberitahu harga setiap selipar yang

dipilihnya. Sungguhpun pelanggan tersebut hanya membeli sepasang selipar sahaja, tetapi

ianya sudah cukup untuk membuatkan kami tersenyum. Aktiviti seperti ini secara tidak

langsung dapat memberikan pengalaman kepada kami tentang proses berjual beli walaupun

kami ini adalah bakal guru. Sesungguhnya setiap pengalaman itu tidak boleh dibeli dengan

wang ringgit tetapi ianya dapat dibeli dengan keringat dan usaha sendiri. Pada lima jam kami

menjalankan aktiviti, kira-kira untung bersih yang diperoleh oleh pengusaha tersebut

berjumlah RM 350.00 dan seramai kira-kira 45 orang pembeli untuk gerai tersebut.

1) Membantu pengusaha menjual selipar.

Page 3: Tugasan Individu Pasar

Terdapat beberapa jenis selipar yang dijual antaranya Flipper, Fipper, Crocs, Sandal, Edwin

dan Selipar Jepun. Terdapat juga beberapa jenis kasut yang dijual antaranya ialah

Converse, Adidas dan Nike. Bagi selipar Flipper dan Fipper, harganya ialah RM 11.50, bagi

Crocs dan Sandal pula berharga RM 13.50 dan Edwin pula berharga RM 20.00 setiap satu.

Terdapat juga selipar buatan China berharga antara RM 15.00 – RM 20.00 sepasang yang

mempunyai corak yang agak menarik. Pada pendapat saya, walaupun penjualan selipar di

gerai ini agak murah, tetapi ianya masih menepati citarasa anak muda malahan golongan

tua untuk membeli selipar yang sangat berpatutan dengan kualiti dan harganya.

2) Jenis selipar yang dijual.

Antara selipar yang paling kerap menjadi pilihan pelanggan ialah selipar Fipper. Terdapat

hampir 20 pasang terjual sepanjang kami berada di gerai tersebut. Ini mungkin jenis selipar

ini adalah jenis yang selesa dipakai dan lembut apabila dipijak. Ianya juga dilihat sangat

ranggi dan bersahaja kepada si pemakainya.

Cadangan untuk prospek barangan yang mempunyai permintaan tinggi ialah pengusaha

tersebut perlulah menjual atau menempah selipar dan kasut yang menepati ‘trend’ terkini. Ini

kerana apabila pengusaha gerai selipar ini menjual barangan yang terkini, ianya akan dapat

menarik perhatian anak muda untuk membeli selipar tersebut. Selain itu, selipar yang bagus

dapat memberikan keuntungan kepada penjual untung menjual. Akhir sekali, penjual juga

boleh menggunakan internet sebagai medan untuk memasarkan barangan ke peringkat

yang lebih tinggi. Ianya mestilah selesa dipakai, berwarna warni, dan mempunyai ciri-ciri

ketahanan yang baik. Ini kerana kualiti selipar dan kasut sangat diberi perhatian pada masa

kini. Bukan sahaja sedap mata memandang, malahan setiap barangan yang dijual mestilah

berkualiti dan tahan lasak.

Page 4: Tugasan Individu Pasar

Rujukan

Boud, D., Keogh, R., dan Walker, D. (1985). Reflection: Turning experience into learning.

London: Kogan Page.

Bryman, A. (2004). Social Research Methods. New York: Oxford University Press, Inc.

Hanipah Hussin (2000). Daya Berfikir dan Struktur Pemikiran Refleksi Kritikal(Critical

Reflection): Bagaiman Amalannya Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Jurnal

Teknologi. 31 (E) 31-41.

Ong, R. (2004) . The role of reflection in student learning: a study of its effectiveness in

complementing problem_based learning environments.

http://discovery.rp.edu.sg/home/ced/research/papers/role_of

reflection_in_student_learning.pdf Di akses pada 8 Mac 2016.

Schon, D. (1983). The Reflective Practioner: How Professionals think in action. New York:

Basic Books.

Page 5: Tugasan Individu Pasar

Lampiran

1) Ahli kumpulan saya. Dari kiri, Asrul, Amirul , saya(Amin)

2) Meronda mencari gerai yang sesuai

Page 6: Tugasan Individu Pasar

3) Menjumpai gerai yang sesuai dan meminta kebenaran.

Page 7: Tugasan Individu Pasar

4) Jenis selipar yang dijual

5) Membantu dalam penjualan.

Page 8: Tugasan Individu Pasar