tugasan individu kreativiti kanak-kanak.docx

21
EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK BBD 28903 PENGAJARAN DRAMATIKA KANAK-KANAK PENGENALAN A. KREATIVITI DAN KANAK-KANAK KREATIVITI Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semula jadi kanak-kanak yang gemar meneroka, dan penuh dengan perasaan ingin tahu. PENGERTIAN KREATIVITI Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu creare yang membawa maksud membuat . Manakala daripada perkataan Greek pula creare bermaksud memenuhi . Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. CIRI-CIRI KREATIVITI (a) Bersifat Fleksibel Seseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam pelbagai keadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan optimis. (b) Sensitif dan Peka Individu ini mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap keadaan sekelilingnya termasuk gaya hidup, keperluan, persekitaran dan turut sensitif menggunakan deria. (c) Gagasan/Idea yang Asli dan Tulen Seseorang yang dikategorikan sebagai kreatif sering kali mengutarakan idea dan gagasan yang asli. Ini bermakna, cetusan idea bukanlah hasil cedokan daripada mana-mana sumber. Idea Pengajaran Dramatika Kanak-kanak 1

Upload: nurul-akmal-ab-aziz

Post on 27-Sep-2015

93 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK BBD 28903

PENGAJARAN DRAMATIKA KANAK-KANAK PENGENALANA. KREATIVITI DAN KANAK-KANAK

KREATIVITI Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semula jadi kanak-kanak yang gemar meneroka, dan penuh dengan perasaan ingin tahu.

PENGERTIAN KREATIVITI Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu creare yang membawa maksud membuat. Manakala daripada perkataan Greek pula creare bermaksud memenuhi. Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli.

CIRI-CIRI KREATIVITI(a) Bersifat Fleksibel Seseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam pelbagai keadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan optimis. (b) Sensitif dan Peka Individu ini mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap keadaan sekelilingnya termasuk gaya hidup, keperluan, persekitaran dan turut sensitif menggunakan deria.(c) Gagasan/Idea yang Asli dan Tulen Seseorang yang dikategorikan sebagai kreatif sering kali mengutarakan idea dan gagasan yang asli. Ini bermakna, cetusan idea bukanlah hasil cedokan daripada mana-mana sumber. Idea mereka unik dan menarik, malah tidak stereotaip dan juga tidak konvensional. Mereka ini biasanya menghasilkan hasil kerja dan karya mengikut cetusan rasa. Hasil karya yang mereka hasilkan sering kali berbeza daripada yang biasa.

(d) Bersifat Terbuka Mempunyai sifat keterbukaan di dalam menerima pandangan dan pendapat orang lain mengenai hasil karya dan kerja mereka. Mengamalkan sikap bebas serta demokratik. (e) Logik Murid-murid peka dan sering berfikir secara logik dan rasional. Mereka tahu membezakan yang baik dan tidak baik. Selain menghargai masa mereka juga sangat menghormati masa. (f) Berfikiran Bebas Golongan kreatif ini mempunyai daya pemikiran yang tidak terkongkong pada satu-satu perkara sahaja. Golongan ini pandai dan bijak merancang agar projek dan perkara yang dirancang selamat dan berjalan lancar. Pada kebiasaannya mereka ini sangat berhati-hati dan bijak membuat keputusan.

B. Pengajaran Dramatika Kanak-kanakDrama Definisi dramaDrama ialah melakukan pergerakan dan melakonkan aksi. Drama mampu membantu perkembangan keseluruhan bagi kanak-kanak. Drama juga merupakan aktiviti yang penting sebagai memberi ruang dan peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan perasaan atau mengekspresi diri mereka.Menurut Sir John Pollock (1958), drama ialah satu pertunjukan yang berlaku penyatuan antara lakonan dan pengucapan atau persembahan gerak laku, serta melakonkan atau meniru watak-watak. Drama harus mengandungi persoalan, tindakan, perkembangan, dan klimaks serta kesimpulan. Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual. Tujuan utamanya adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur para linguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka,gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan. Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk menghubungkan perasaannya dengan mata pelajaran yang dipelajarinya. Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu. Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran. Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada pelajar, disamping dapat menyuburkan sahsiah pelajar.Melakukan pergerakan dan melakonkan aksi - Antara hujah yang pernah disebut oleh Emile Jaques Dalcroze mengenai pergerakan. Pergerakan merupakan salah satu cara untuk mengungkap perasaan melalui muzik. Beliau juga memerhatikan bahawa walaupun kadang-kala kanak-kanak tidak boleh bertepuk dan menyanyi mengikut rentak, namun mereka boleh berjalan atau berlari mengikut rentak. Menerusi hujah yang telah ditulis oleh Dalcroze, bahawa apa yang telah dihujahkan itu sebagai perkara yang benar. Melalui pertunjukan pergerakan kreatif yang dipersembahkan, dapat mengenal pasti bahawa kanak-kanak akan mula memberi tindak balas positif apabila mereka mendengar muzik dan melihat pergerakan kreatif yang telah dipersembahkan di hadapan mereka. Sebagai contoh, apabila watak seperti nenek kebayan atau penjaga hutan sedang keluar secara misteri dan kemudiannya menari ketika muzik dimainkan, kanak-kanak mula menunjukkan respons dengan ketawa lalu menari dan menepuk tangan bersama-sama ketika menjadi penonton. Mereka mula merasai keseronokan ketika nenek kebayan menari mengikut rentak muzik yang rancak. Melalui apa yang dilihat di dalam persembahan ini, ia jelas menunjukkan bahawa setiap emosi yang dipamerkan menerusi pergerakan akan membantu kanak-kanak dalam mengekspresikan perasaan mereka. Mereka mula mengetahui mengenai emosi yang wujud dalam diri mereka seperti perasaan gembira, marah, keliru dan sedih. Melalui pergerakan kreatif yang telah dipersembahkan telah dapat memberi banyak perangsang dan peluang kepada kanak-kanak dalam melahirkan dan mengekspresikan emosi mereka kerana melalui emosi yang lahir dari dalam diri kanak-kanak tersebut telah memudahkan guru-guru prasekolah untuk mengenal pasti seterusnya membimbing setiap perlakuan kanak-kanak tersebut. Teknik pengajaran drama boleh digunakan untuk merangsang kemahiran berfikir, imaginasi dan kreativiti kanak-kanak.Ekspresi dalam dramaKanak-kanak berkeupayaan untuk membuat pernyataan diri menerusi pelbagai aktiviti. Drama merupakan salah satu bentuk aktiviti yang boleh digunakan oleh kanak-kanak untuk meluahkan perasaan mereka secara terkawal dan sistematik. Perasaan ialah melahirkan luahan daripada hati yang merangkumi perasaan sedih, gembira, marah, takut dan benci.Terdapat beberapa jenis drama yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti drama kreatif dan drama dalam pendidikan.

Drama kanak-kanakDrama menceritakan kehidupan yang dilakonkan dengan berdasarkan pengalaman kanak-kanak. Aktiviti drama yang melibatkan gerakan dialog dan pemikiran yang menyeluruh penting untuk perkembangan imaginasi dan kreativiti kanak-kanak. Kanak-kanak dapat menunjukkan ekspresi mereka menerusi aktiviti-aktiviti drama yang dilaksanakan oleh guru.Semasa kanak-kanak berdrama, mereka perlu berfikir, menggunakan daya imaginasi yang tinggi dan kreativiti masing-masing untuk melakukan lakonan dan berinteraksi antara watak dengan watak lain bersama-sama rakan-rakan mereka. Interaksi menerusi aktiviti drama dapat meningkat kemahiran sosial dan emosi kanak-kanak kerana mereka perlu memahami bentuk-bentuk pergaulan rakan-rakan lain, mengenali dan mengurus emosi sendiri dan juga rakan-rakan yang lain.Jenis-jenis drama kanak-kanakJenis-jenis drama untuk kanak-kanak merangkumi drama kreatif dan drama dalam pendidikan. Drama kreatif lebih kepada permainan manakala drama dalam pendidikan merangkumi aktiviti improvisasi, pantomin, memos, main peranan, simulasi, boneka, teater membaca dan teater bercerita. Guru boleh menggunakan drama kreatif dan drama dalam pendidikan untuk mendidik kanak-kanak dan seterusnya mempertingkatkan pemikiran, imaginasi dan kreativiti mereka.Drama kreatifDrama kreatif lebih berbentuk permainan dan berlaku secara spontan. Tujuan drama kreatif adalah untuk menggalakkan perkembangan imaginasi, kreativiti dan konsep kendiri kanak-kanak. Selain itu, drama kreatif juga memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah dalam situasi yang diberi dalam aktiviti drama kreatif.Drama dalam PendidikanDrama dalam pendidikan merangkumi aktiviti improvisasi, pantomin, memos, main peranan, simulasi, boneka, teater membaca dan teater bercerita.

ImprovisasiImprovisasi berlaku secara spontan dalam suatu situasi yang tidak dirancang. Improvisasi boleh dilaksanakan berdasarkan sesuatu situasi, alatan, kostum, gambar dan watak. Pergerakan yang terlibat termasuklah gerak balas, isyarat tangan, gerakkan badan, mimik muka dan isyarat-isyarat lain. Melalui teknik improvisasi, kanak-kanak dirangsang untuk berinteraksi secara spontan berdasarkan simulasi yang diwujudkan oleh guru. Kanak-kanak juga digalakkan membina dialog sendiri serta mencipta situasi dengan rangsangan yang disediakan. Melalui improvisasi juga, daya imaginasi dan kreativiti kanak-kanak dicerna secara maksimum. Menurut Som Hj. Nor (1994) improvisasi membawa maksud bertindak balas secara spontan terhadap situasi yang tidak dijangka. Improvisasi boleh dijalankan berdasarkan situasi, benda/alat, watak, petunjuk dan, biografiContoh aktiviti Improvisasi- Improvisasi berdasarkan petunjuk lebih sesuai untuk pelajar yang lebih dewasa. Daripada petunjuk-petunjuk yang diberikan, pelajar dikehendaki mengimprovisasikan watak yang diwujudkan daripada topi, rotan, televisyen, beg, buku dan lain-lain.- Improvisasi berdasarkan biografi ini juga sesuai untuk pelajar yang lebih dewasa. Biografi seorang watak terkenal seperti Mahatma Gandhi mungkin dipilih. Setelah berbincang satu babak dalam kehidupan watak itu mungkin diimprovisasikan. Improvisasi boleh dijalankan secara berpasangan, tiga orang atau lebih.- Improvisasi berdasarkan situasi bermaksud satu situasi diberikan kepada pelajar secara individu, pasangan atau kumpulan. Pelajar-pelajar ini diminta melakonkan situasi yang diberi secara spontan.- Improvisasi berdasarkan benda/alat pula bermakna dengan menggunakan benda atau alat-alat yang ada, pelajar diminta mengimprovisasikan satu misteri dengan alat tersebut atau sekiranya pakaian digunakan pelajar dikehendaki mereka lakonkan watak yang sesuai. Pakaian yang digunakan di sini bukan untuk dipakai tetapi adalah untuk merangsang pelajar menjadi lebih imaginatif.

PantominMerupakan lakonan tanpa dialog. Aktiviti pantomin memerlukan seorang atau satu kumpulan kanak-kanak membaca skrip lakonan manakala seorang atau satu kumpulan kanak-kanak lagi akan berlakon berdasarkan situasi yang dibaca. Kanak-kanak yang berlakon tidak perlu berdialog. Pantomin dapat melatih kanak-kanak berlakon dengan yakin tanpa memikirkan masalah untuk menghafal dialog.

MemosMemos ialah lakonan bisu. Mesej lakonan disampaikan menerusi mimik muka dan pergerakan anggota badan. Memos dapat melatih kanak-kanak memahami dan menaakul pergerakan anggota badan. Lakonan yang mengutamakan gerak laku seluruh anggota dan ekspresi muka bagi menyampaikan idea, cerita, perasaan dan emosi pelakon tanpa dialog. Penonton membuat laporan tentang apa yang dilihatnya dengan menggunakan perkataan yang tepat, ayat yang betul dan idea yang tersusun selepas aktiviti.Main perananAktiviti main peranan ini merujuk kepada sesuatu situasi atau masalah yang timbul. Pemain atau pelakon perlu membayangkan bagaimana situasi tersebut kemudian melakokannya mengikut situasi tersebut. Murid melakonkan satu watak daripada satu suasana yang dipetik daripada peristiwa, novel,cerita atau situasi. Murid menghayati dan berlagak seperti watak dengan menggunakan laras bahasa yang sesuai. Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada pelajar-pelajar lain supaya mempraktikkan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan. Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.

SimulasiSimulasi dimulakan dengan mewujudkan suatu situasi secara bertulis atau lisan. Kanak-kanak perlu mengenal pasti permasalahan, peranan watak-watak dan tempoh masa yang diberi dalam aktiviti simulasi. Melalui simulasi, bakat kanak-kanak dapat dicungkil dan diasuh dengan baik. Kanak-kanak dikehendaki berlakon dengan gaya dan cara yang betul dan berkesan. Mempunyai elemen-elemen dunia sebenar dan dapat dibentuk serta dipersembahkan di dalam bilik darjah. Situasi dilakonkan berdasarkan pemerhatian, pengalaman, dan pembacaan yang dilakukan murid. Dalam proses ini pelajar digalakkan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah.BonekaPersembahan boneka dimulakan dengan menyediakan boneka dan skrip sama ada mereka cerita baru atau mengubahsuai cerita daripada buku cerita. Boneka boleh dikendalikan dengan pentas atau tanpa pentas. Boneka tersebut hanya dipegang dan diarahkan kepada kanak-kanak. Alatan mainan seperti boneka sangat selamat untuk kanak-kanak. Penghasilan boneka begitu serasi dan sesuai terhadap diri kanak-kanak kerana mereka masih lagi berfikiran animisme dan sangat suka terhadap boneka. Boneka juga disesuaikan dengan aspek kemahiran bahasa terhadap kanak-kanak. Melalui boneka, pelbagai bentuk dan gaya bahasa dapat diperkenalkan kepada kanak-kanak. Perlaksanaan boneka dapat memberi pengalaman belajar yang sangat seronok kepada diri kanak-kanak. Boneka adalah objek-objek yang diukir untuk mewakili watak-watak cerita. Apa yang perlu ada pada sesuatu boneka adalah ia mesti boleh digerak-gerakkan seolah-olah hidup. Boneka juga mempunyai sifat-sifat yang tersendiri, yang menampilkan watak-watak riang, sedih, marah dan lain-lain.Boneka ialah objek atau bahan yang digerakkan serentak dengan skrip yang dibaca ataupun cerita yang disesuaikan. Nillie Mc Caslin (1984), menyatakan bahawa boneka dapat berfungsi sebagai alat bantuan mengajar dan dapat menarik perhatian pelajar, menghidupkan suasana yang lebih menyeronokkan dan seterusnya memotivasikan pelajar.Biasanya, penggunaan boneka tidak hanya terhad kepada bentuk orang, tetapi boleh juga berbentuk haiwan dan objek-objek lain mengikut watak, situasi dan cerita yang tertentu. Ketika boneka dimainkan atau digerakkan, muzik latar, suara ataupun bunyi-bunyian dimainkan bagi mengiringi pergerakan yang dibuat. Boneka boleh dimainkan oleh guru sendiri ataupun sekumpulan kanak-kanak.

Puisi dan pantun dalam pengajaran drama.Melalui drama kanak-kanak bebas untuk melahirkan perasaan mereka. Melakonkan cerita tertentu membantu mereka memahami cerita yang ingin disampaikan dengan lebih mudah, kerana mengalami sendiri pengalaman tersebut. Selain itu, kanak-kanak merasa mereka di beri kepercayaan untuk menjalankan tugas yang diberikan kepada mereka.Ini memupuk rasa tanggungjawab dan penghargaan kendiri kanak-kanak.Kanak-kanak mudah belajar apabila mereka dapat mendengar perkataan yang mempunyai bunyi yang sama, malah mereka seronok pula mengulang - ulang sesuatu perkataan tersebut. Jadi puisi dan pantun merupakan rangkap-rangkap ayat yang mudah untuk dibaca.Pantun untuk kanak-kanak mempunyai kepelbagaian bentuk dan boleh dinyanyikan dalam bentuk lagu mengikut irama. Pantun mudah dicipta dan dideklamasikan secara spontan. Kanak-kanak dapat mengecam bunyi perkataan dalam pantun dan mengungkap keindahan bahasa melalui aktiviti berpantun.Sajak mempunyai keharmonian, baris-baris ayat yang membangunkan rangkap tetapi bilangan baris ayat pada serangkap tidaklah tetap. Sajak untuk kanak-kanak tidak semestinya mengemukakan pertentangan ritma akhir di hujung setiap baris ayat. Sajak untuk kanak-kanak perlu dideklamasikan secara indah, segar dan bebas.

Teater Membaca dan Teater BerceritaTeater MembacaTeater membaca menggabungkan teknik teater dan membaca. Aktiviti ini membantu kanak-kanak membaca cerita dengan lancar, menggunakan nada intonasi yang betul berdasarkan cerita serta melakukan gerakan yang sesuai dengan isi dan suasana cerita. Melalui aktiviti ini, skrip yang sesuai perlu disediakan dan mempunyai dialog. Terdapat dua cara untuk menjalankan aktiviti ini iaitu : Penceritaan berada dalam kelompok cerita :- pembaca membaca skrip sambil berjalan-jalan ke arah tempat pelakon yang wataknya dibaca. Pelakon akan berdiri apabila wataknya dibacakan. Pencerita di luar kelompok cerita :- pembaca membacakan cerita di suatu tempat lain yang telah di sediakan dan pelakon akan bertindak balas terhadap cerita itu dengan berdiri dan berlakon apabila skrip mengenai wataknya dibaca oleh pencerita tersebut.

Teater BerceritaTeater bercerita menggabungkan teknik teater dan teknik bercerita. Kanak-kanak perlu bercerita dan seterusnya melakonkan cerita. Teknik drama bercorak cerita yang dilakonkan secara spontan hasil gabungan antara pencerita dengan pelakon. Pelakon boleh membina dialog sendiri untuk menjadikan cerita lebih menarik. Apabila pencerita menyebut nama watak dalam cerita, pelakon keluar ke ruang lakon secara spontan sambil melakonkan aksi yang disebut oleh pencerita. Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

Kepentingan pengajaran drama kanak-kanak untuk mempertingkatkan kreativiti kanak-kanakPengajaran drama dapat membantu perkembangan keseluruhan kanak-kanak terutamanya perkembangan kemahiran berfikir, imaginasi dan kreativiti kanak-kanak. Dalam aktiviti drama kanak-kanak sering diminta oleh guru untuk berimaginasi dan melakonkan watak-watak dalam cerita. Selain itu, kanak-kanak juga diminta untuk menyelesaikan masalah yang wujud dalam aktiviti drama. Secara tidak langsung, kanak-kanak yang melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti drama dapat berfikir lebih kreatif.Drama meningkatkan kemahiran berfikir kanak-kanakAktiviti drama penting untuk membina kebolehan kanak-kanak dalam pemikiran dan kefahaman. Kanak-kanak selalu memikirkan perkara yang mereka tahu dan melalui aktiviti drama dapat membantu mereka sedar tentang pengetahuan mereka sendiri. Aktiviti drama yang dilaksanakan oleh guru membenarkan kanak-kanak menjelajahi dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Selain itu, aktiviti-aktiviti drama juga memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengambil risiko dan mencuba sesuatu yang baru.Drama meningkatkan kreativiti kanak-kanakAktiviti drama yang dilaksanakan untuk kanak-kanak memberi fokus kepada sifat kreatif dan ekspresif. Setiap aktiviti drama kanak-kanak memerlukan kanak-kanak berimaginasi dan berfikir secara kreatif dalam menghayati sesuatu watak, melihat sesuatu dalam cara yang berbeza dan mencari kepuasan dalam persembahan drama. Penglibatan aktif kanak-kanak dalam aktiviti drama menggalakkan kreativiti mereka. Perkembangan kreativiti kanak-kanak dalam aktiviti drama melibatkan imaginasi atau khayalan. Secara tidak langsung, nilai estetika kanak-kanak juga dapat dipupuk.

Drama meningkatkan imaginasi kanak-kanakDrama memberi peluang kepada kanak-kanak untuk berimaginasi. Semasa kanak-kanak berlakon, mereka dikehendaki berimaginasi. Contohnya mereka berimaginasi dirinya sebagai kucing yang sedang makan ikan. Situasi ini sekadar khayalan dan berlaku dalam minda bawah sedar kanak-kanak. Imaginasi kanak-kanak luar biasa dan sukar untuk dibuktikan secara logik.Merancang aktiviti pengajaran drama kanak-kanakGuru perlu merancang dan melaksanakan pengajaran drama dengan menggunakan pelbagai kaedah. Antaranya ialah : kaedah demonstrasi kaedah tayangan video kaedah penyelesaian masalahKaedah Demonstrasi Menentukan jenis drama. Menyatakan tujuan demonstrasi drama. Melaksanakan demonstrasi dan memastikan setiap kanak-kanak dapat melihat demonstrasi serta mendengar penerangan dengan jelas. Bersoal jawab dengan kanak-kanak berkenaan aksi drama yang dilakukan untuk menarik perhatian kanak-kanak. Minta kanak-kanak mengulangi aksi drama yang ditunjukkan oleh guru. Memberi pujian kepada kanak-kanak yang berlakon. Kanak-kanak menyatakan pandangan. Guru membuat rumusan.

Kaedah tayangan video Menentukan drama yang hendak ditayangkan. Menyatakan tujuan tayangan video drama. Menayangkan drama yang dipilih dan memastikan setiap kanak-kanak dapat melihat tayangan video serta mendengar penerangan dengan jelas. Bersoal jawab dengan kanak-kanak berkenaan video yang ditayangkan. Minta kanak-kanak mengulangi aksi drama yang ditayangkan. Memberi pujian kepada kanak-kanak yang berlakon. Kanak-kanak menyatakan pandangan masing-masing. Guru membuat rumusan.

Kaedah Penyelesaian Masalah Nyatakan pendapat mengenai pengajaran drama kreatif untuk kanak-kanak. Mereka suatu situasi yang bermasalah kepada kanak-kanak. Bersoal jawab dengan kanak-kanak berkenaan situasi yang bermasalah Minta kanak-kanak berlakon berdasarkan situasi yang bermasalah dan menyelesaikan masalah yang wujud dalam lakonan. Memberi pujian kepada kanak-kanak yang berlakon. Kanak-kanak untuk menyatakan pandangan. Guru membuat rumusan.

KesimpulanKesimpulannya kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya. Pengajaran drama merupakan salah satu pergerakan kreatif. Dari aspek ini kita dapat melihat kanak-kanak sejauh mana pergaulannya dengan rakan-rakan lain dalam aktiviti berkumpulan yang dijalankan. Seterusnya melihat kepada perkembangan kognitif iaitu mencungkil bakat kanak-kanak dalam menjalani sesuatu aktiviti dan penyelesaian dalam sesuatu tindakan. Yang ketiga adalah perkembangan emosi iaitu penerimaan kanak-kanak dalam melakukan aktiviti yang dilakukan sama ada memberi kesan yang positif atau positif dan yang terakhir adalah perkembangan fizikal. Aktiviti ini melibatkan anggota badan individu. Menekankan kepada aspek motor halus dan motor kasar. Pergerakan kreatif pengajaran drama juga merupakan kombinasi antara pergerakan anggota badan, irama dan daya kreativiti untuk melahirkan insan yang kreatif dan mempunyai daya ekspresi pergerakan kreatif bermaksud suatu tafsiran idea, perasaan atau tanggapan deria yang dapat dilahirkan secara simbolik melakukan pergerakan . Pergerakan kreatif dalam pengajaran drama juga dapat bentuk ekspresi diri yang unik untuk menyampaikan pemikiran, idea atau perasaan. Pergerakan kreatif ini dapat menggalakkan perkembangan kebolehan untuk bekerja dengan memuaskan dan mahir di dalam sesuatu kelompok, berkongsi dan bekerja sama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang diberikan.Selain daripada itu, penerapan nilai bekerjasama dalam kumpulan dapat memberi pengalaman yang menyeronokkan kepada kanak-kanak bersama rakan mereka. Pergerakan kreatif dalam pengajaran drama kanak-kanak merupakan suatu elemen penting dalam menjana perkembangan psikomotor, kognitif dan efektif kanak-kanak. Aktiviti-aktiviti yang melibatkan pergerakan ini perlu diaplikasikan oleh guru dalam pengajaran untuk mewujudkan suasana yang lebih efisyen dan berkesan serta dapat menarik minat kanak-kanak untuk mengikuti pembelajaran yang diajar. Secara keseluruhannya pergerakan kreatif dalam pengajaran drama telah memberikan pengalaman yang sangat bermakna kepada kanak-kanak kerana sedikit sebanyak telah memberikan input yang sangat berguna kepada mereka.

RUJUKANCox, M. (2005). The Pictorial World of the Child. United Kingdom: Cambridge University Press.Koster, J.B. (2001). Growing Artists:Teaching Art to Young Children. 2th Edition. New York: Thomson DelmarLearning.Loy Chee Luen. (2010). Seni Persembahan Kanak-kanak: Modul Pengajaran dan Pembelajaran. Petaling Jaya:L.C.L.Loy Chee Luen. (2010). Seni Visual Kanak-kanak: Modul Pengajaran dan Pembelajaran. Petaling Jaya: L.C.L.Mayesky, M. (2002). Creative Activities for Young Children. 7th Edition. New York: Thomson Delmar Learning.Mohd. Azhar Abd. Hamaid. (2004). Kreativiti: Konsep dan Teori Praktis. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.Schirrmacher, R. & Fox, J.E. (2009). Art and Creative Development for Young Children. 6th Edition. New York:Thomson Delmar Learning.

LampiranPersembahan Boneka

Persembahan Pantomin

Persembahan Teater Bercerita Kanak-kanak

Persembahan Teater Membaca

Pengajaran Dramatika Kanak-kanak 19