tugasan individu kemahiran tumpuan sains

17
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SEKOLAH RENDAH) AMBILAN MAC 2011 NAMA : MOHAMAD FADLI BIN SABIT ALI KURSUS : KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS - BBR 36903 NO. MATRIK : DB100345 INSTITUSI : UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA Untuk perhatian Pensyarah: 1

Upload: mohamad-fadli

Post on 06-Aug-2015

181 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan individu kemahiran tumpuan sains

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SEKOLAH RENDAH)

AMBILAN MAC 2011

NAMA : MOHAMAD FADLI BIN SABIT ALI

KURSUS :KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS - BBR 36903

NO. MATRIK : DB100345

INSTITUSI :UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Untuk perhatian Pensyarah:

En Ghazally Spahat

KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS

BBR 36903

1

Page 2: Tugasan individu kemahiran tumpuan sains

BIODATA PELAJAR

NAMA MOHAMAD FADLI BIN SABIT ALI

NO. KAD PENGENALAN 810504-05-5131

NO. MATRIK DB100345

KURSUSProgram Pensiswazahan Guru (Ppg)Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah)Ambilan Mac 2011

NO. TELEFON BIMBIT 019-6282171

ALAMAT TETAP

NO TELEFON

KUARTERS GURU,

SK MENSUDUT LAMA,

85100 BATU ANAM,

SEGAMAT, JOHOR.

ALAMAT SEMASA

(PENJAGA)

NO. 429 FELDA PALONG DUA,

73450, GEMAS

NEGERI SEMBILAN.

TARIKH LAHIR 4 MEI 1981

UMUR SEKARANG 32 TAHUN

e-mail [email protected]

PENGALAMAN BERKERJA

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma

3 Januari 2005 – Sekarang

SK SPANG LOI, Segamat)

ISI KANDUNGAN

2

Page 3: Tugasan individu kemahiran tumpuan sains

Bil TajukMuka surat

1 ISI KANDUNGAN 3

2 Soalan4

3A PICTURE’S WORTH A THOUSAND WORDS – FROM IMAGE TO DETAILED NARRATIVE

5 - 11

4 Rujukan 12

SUBJEK KOD : BBR 36903

3

Page 4: Tugasan individu kemahiran tumpuan sains

MATA PELAJARAN : KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS

TUGASAN INDIVIDU :

A PICTURE’S WORTH A THOUSAND WORDS – FROM IMAGE TO DETAILED

NARRATIVE

FOTO

KOGNITIF (60%)

- LAPORAN

- RUJUKAN

- KESARJANAAN

- UPLOAD PENULISAN

PSIKOMOTOR (40%)

- TARIKH

- LOKASI

- SPESIFIKASI KAMERA

- TAJUK / MESEJ

- KUALITI FOTO

- UPLOAD BAHAN

4

Page 5: Tugasan individu kemahiran tumpuan sains

A PICTURE’S WORTH A THOUSAND WORDS – FROM IMAGE TO DETAILED

NARRATIVE

( Disediakan oleh : Mohamad Fadli Bin Sabit Ali – DB100345 )

“ SIHAT SEBELUM SAKIT”

GAMBAR 1 (SAYA DAN KELUARGA KETIKA SIHAT)

GAMBAR 2 ( SAYA MASUK HOSPITAL 3 HARI )

5

Page 6: Tugasan individu kemahiran tumpuan sains

A PICTURE’S WORTH A THOUSAND WORDS – FROM IMAGE TO DETAILED

NARRATIVE

( Disediakan oleh : Mohamad Fadli Bin Sabit Ali – DB100345 )

LOKASI 01: NO 429, FELDA PALONG DUA, 73450 GEMAS, NEGERI SEMBILAN.LOKASI 02: HOSPITAL BESAR KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN.TARIKH : 22 NOVEMBER 2013MASA : 12.30 PETANGNAMA : HANSET SONY ERICSSON LIVE WITH WALKMAN (WT19)

Primary 5 MP, 2592x1944 pixels, autofocus, LED flash, check quality

Features Geo-tagging, touch focus, face and smile detection, image stabilization

Kemahiran Tumpuan Dalam Sains juga merupakan satu proses yang mengutamakan

kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah. Justeru, ia memperkembangkan kemahiran untuk

menyiasat alam sekitar yang melibatkan kemahiran berfikir dan strategi berfikir serta kemahiran

saintifik. Ilmu pengetahuan diperoleh sebagai hasil penyiasatan. Inkuiri secara saintifik juga

memerlukan dan membolehkan individu memperkembangkan sikap yang positif.

Selain itu, kemahiran saintifik juga merupakan kemahiran yang perlu dikuasai oleh

setiap individu bagi menghasilkan kemajuan dalam kehidupan seharian. Kemahiran saintifik

adalah kemahiran yang penting untuk menjalankan sebarang aktiviti mengikut kaedah saintifik.

Kaedah seperti eksperimen, penyelidikan dan projek merupakan aktiviti yang menggunakan

kemahiran saintifik. Pelbagai kajian yang telah dijalankan di dunia ini bagi mencari penyelesaian

sesuatu masalah adalah menggunakan kemahiran saintifik.

Kemahiran berfikir yang terdiri daripada kemahiran berfikir kritis dan kemahiran berfikir

kreatif juga merupakan kemahiran yang penting dalam kehidupan seharian. kemahiran berfikir

dapat dirumuskan sebagai proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan

pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan

masalah. Kemahiran berfikir boleh dibahagikan kepada kemahiran berfikir kritis dan kreatif.

6

Page 7: Tugasan individu kemahiran tumpuan sains

Kemahiran berfikir kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan

bersifat evaluatif. Kemahiran berfikir kreatif ialah kebolehan untuk mencerna dan

menghasilkan idea asli dan bersifat generatif. Idea baru terhasil melalui ilham atau gabungan

idea-idea yang ada.

Tugasan kali ini mengkehendaki saya untuk menterjemahkan gambar yang dilihat dengan

mengggunakan kemahiran tumpuan sains secara naratif iaitu penceritaan dalam bentuk ilmiah.

Saya telah memilih gambar saya sewaktu saya sihat dan terlantar sakit di Hospital Besar Kuala

Pilah selama tiga hari. Gambar pertama menunjukkan diri saya yang disangkakan sentiasa sihat.

Ramai rakan-rakan dan ahli keluarga yang telah menegur gaya hidup dan pemakanan saya yang

tidak seimbang. Mereka sentiasa menasihati dan mengingati saya agar menjaga kesihatan kerana

kesihatan adalah aset terbesar dalam kehidupan seharian kita. Malang tidak berbau, saya

dimasukkan ke Wad Kecemasan akibat cirit-birit tetapi ada penyakit lain yang tersembunyi. Saya

telah diberitahu yang kandungan gula dalam darah dan air kencing saya sangat tinggi. hampir 22

tahap glukos dalam darah saya. Gambar kedua membuktikan penyataan rakan-rakan dan ahli

keluarga saya adalah benar.

Penjagaan kesihatan amat penting tetapi sentiasa diabaikan oleh hampir ke semua rakyat

khususnya di negara kita. Apa yang menjadi persoalannya adalah mengapa perkara ini diabaikan

oleh segelintir daripada kita termasuklah saya? Percaya atau tidak, idea tercetusnya untuk

menjaga kesihatan adalah daripada proses berfikir dalam otak manusia. Otak manusia yang

merupakan organ bagi pusat kawalan utama bagi badan. Ia menerima maklumat melalui deria

dari dalam dan luar tubuh. Ia menganalisa maklumat ini dan kemudiannya menghantar perutusan

kepada badan yang mengawal fungsi dan tindakannya. Otak meningati pengalaman lepas, dan

merupakan punca fikiran, mood, dan emosi.

Menyentuh tentang proses berfikir seseorang manusia, ianya adalah merangkumi

beberapa kemahiran yang khusus. Kemahiran ini termasuklah kemahiran tumpuan dalam sains,

kemahiran saintifik, kemahiran berfikir kritis dan kemahiran berfikir kreatif. Kesemua kemahiran

ini digunakan oleh semua individu normal dan ianya dibezakan dari segi penterjemahan hasil

daripada kemahiran berfikir seseorang. Sebagai contoh, bagaimana seseorang individu itu

mensintesiskan apa yang dilihat dari mata kasar, apa pandangan dan terjemahan mereka

terhadap sesuatu isu.

7

Page 8: Tugasan individu kemahiran tumpuan sains

Berdasarkan gambar yang telah diambil ini, beberapa perkara perlu dihuraikan secara

lebih teliti. Secara logiknya, saya yang baru berusia 32 tahun ini sepatutnya sihat dan tidak ada

penyakit diabetes melitus jenis 2 atau dikenali sebagai 'T2DM'. Namun begitu, kemahiran

berfikir dan kemahiran tumpuan sains telah berlaku dalam diri saya. Sebelum saya sakit, saya

telah menggunakan kemahiran tumpuan sains iaitu pemerhatian. Pemerhatian merupakan

proses di mana menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untuk

mengumpulkan maklumat tentang objek atau fenomena. Berdasarkan gambar ini, saya telah

melihat beberapa sintom

1. Kerap kencing – Simtom awal orang yang menghidap penyakit ini adalah kerap ke

tandas. ya, untuk kencing! Selalu dahaga dan membuatkan tandas adalah peneman sejati

2. Berat badan turun – Walaupun ramai yang suka dengan penurunan berat badan, simtom

untuk kencing manis juga boleh dilihat dengan penurunan berat badan yang mendadak.

Penurunan ini sudah pasti tidak sihat dan kalau korang tiba2 je turun berat badan tanpa

lakukan apa-apa, baik check!

3. Cepat lapar – lapar je memanjang juga adalah tanda untuk menghidap kencing manis.

pelik? jangan fikir lama sangat, jumpa doktor cepat-cepat!

4. Masalah kulit – kalau tiba2 rasa kulit cukup sensitif, buat ini tidak selesa, buat itu tidak

selesa, itu adalah antara simtom yang perlu perjumpaan dengan doktor secepat mungkin

5. Proses sembuh luka yang lambat – mana2 anggota badan tercedera misalnya dan

mengambil masa yang lama untuk pulih juga simtom penyakin ini. berhati2lah!

6. Cepat letih – takde tenaga nak buat itu ini, bahaya sebab ia sudah peringkat teruk. Perlu

mendapat khidmat doktor dengan secepat mungkin

7. Jangkitan kulat – bahaya terutama perempuan, badan akan cepat sangat berasa effect

sebarang penyakit yang merebak. imunisasi sangat kurang. kalau di bahagian vagina,

pompuan perlu sangat berhati2 dengan kebersihan

8. Mata kabur – dulu kalau mata ok je, tiba2 start jadi kabur, tak boleh nak tengok benda

jauh, masa untuk berjumpa dengan dontor!

8

Page 9: Tugasan individu kemahiran tumpuan sains

9. Kaki sembap – orang kata kalau kaki sembap ni tak cukup air. Jangan ambil remeh

sangat, check dengan doktor takut ia merupakan kesan dari kencing manis sebab kaki sembap

ini antara simtom akhir untuk seseorang berpenyakit kencing manis ini

Saya juga menjalankan pemerhatian dan menganalisis berkemungkinan besar saya

telah menghidapi penyakit kencing manis, tetapi saya masih tidak percaya. Gambar kedua telah

membuktikan sangkaan saya dulu adalah benar. Tetapi saya mesti berfikiran positif dan yakin

yang setiap penyakit pasti ada ubatnya.

Selain itu, kemahiran proses sains iaitu kemahiran meramal juga telah digunakan oleh saya.

Hal ini dapat dibuktikan apabila saya meramalkan kesan jangka masa panjang jika saya tidak

menjaga aras gula dalam darah saya. saya akan berdepan dengan pelbagai komplikasi penyakit

kronik seperti kerosakan jantung dan buah pinggang. selain itu juga, dalam Keadaan kecemasan

pesakit kencing manis seperti saya boleh mengalami perkara-perkara seperti di bawah:

Hipoglisemia -ialah apabila tahap gula dalam darah adalah rendah. Anda akan mengalami

sakit kepala, rasa pening, pusing, ketar tangan dan berpeluh. Anda boleh pengsan atau di

serang sawan jika kandungan gula anda adalah terlalu rendah

Diabetes Ketoacidosis adalah keadaan serius apabila tahap gula terlalu tinggi. (Ini

biasanya bermaksud anda benar-benar kekurangan insulin). Ia juga boleh di hasilkan oleh

tekanan, jangkitan kuman, kecederaan, penggunaan ubatan atau kemasukan wad bagi

angin ahmar atau sakit jantung. Anda akan mengalami mengantuk dan tidak sedar diri.

Hiperglisemia - adalah apabila tahap gula dalam darah tinggi. Anda akan mengalami

mengantuk dan tidak sedar diri

Saya juga menggunakan kemahiran berfikir kreatif iaitu membuat gambaran mental

apa yang perlu saya lakukan selepas saya keluar dari wad nanti. Membuat gambaran mental

membawa makna membuat tanggapan atau membayangkan sesuatu idea, konsep, keadaan atau

gagasan dalam minda sebelum diterjemahkan dalam bentuk lakaran lukisan atau sebagainya.

Selesai proses melakukan gambaran mental, Saya akan mensintesiskan gambaran mental

tersebut dengan menulis perkara-perkara yang harus saya lakukan seperti membuat jadual makan

9

Page 10: Tugasan individu kemahiran tumpuan sains

mengikut masa, menentukan makanan yang seimbang dalam diet untuk pesakit kencing manis

seperti saya, jadual untuk pemeriksaan doktor, jadual untuk makan ubat, dan lain-lain lagi.

Pada kebiasaaan rakyat Malaysia adalah mereka lebih gemar makan mengikut nafsu dan

kurang bersenam. Gaya hidup yang tidak sihat ini boleh mengakibatkan penyakit ini menjadi

lebih kronik. Oleh itu, kita pelu memilih untuk kekal sihat atau menanggung penyakit kronik

seperti kencing manis ini. Proses ini dinamakan membanding beza iaitu mencari persamaan

dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek dan

peristiwa. Bagi kes ini, banding beza amat penting bagi menyedarkan mereka betapa pentingnya

pemakanan seimbang dan senaman. Proses banding beza ini merupakan salah satu kemahiran

berfikir kritis.

Melalui proses kemahiran berfikir kritis iaitu menyusun mengikut keutamaan. Saya

perlu merancang kerana diabetes adalah penyakit kronik yang akan kekal seumur hidup. Setakat

ini belum ada ubat yang dapat menyembuh penyakit diabetes tetapi penyakit ini boleh dikawal

dengan cara berikut:

1. Penjagaan pemakanan dan berat badan

2. Kerap bersenam

3. Pengubatan

4. Pemakanan pesakit Diabetes seharusnya kurang lemak dan kalori serta seimbang.

Selepas selesai membuat perancangan , banyak perubahan yang dapat dilihat dari mata kasar

hasil daripada kemahiran-kemahiran yang telah digunakan dan diterjemahkan. Hasilnya, Pesakit

diabetes boleh menjalani kehidupan yang normal dengan syarat pesakit itu dikawal dengan betul.

Lebih kurang 40% pesakit diabetes mampu mengawal keadaan penyakit mereka dengan menjaga

pemakanan dan bersenam. Manakala selebihnya adalah dengan mengambil sama ada ubat (pil)

dan/atau suntikan insulin di samping pemakanan yang sihat dan bersenam. Walau apa pun ubat

yang diambil, perkara-perkara berikut perlu diketahui dan dipatuhi :

Bila hendak mengambil/makan ubat dan berapa banyak ubat yang perlu diambil?

10

Page 11: Tugasan individu kemahiran tumpuan sains

Jenis rawatan yang diterima?

Dimana hendak mendapat ubat?

Penilaian ini merupakan salah satu kemahiran befikir kritis. Menilai iaitu membuat

pertimbangan tentang sesuatu perkara dari segi kebaikan dan keburukan berdasarkan bukti atau

dalil yang sah. Kemahiran berfikir, kemahiran saintifik, kemahiran tumpuan sains yang telah

digabungjalinkan dan diterjemahkan menbolehkan saya menjalankan kehidupan yang normal

seperti individu lain.

Walaupun secara rambangnya, kebanyakkan rakyat Malaysia bukan terdiri daripada

kumpulan masyarakat yang menjaga makan dan kesihatan, ini terbukti dengan fakta yang ada

melalui corak pengambilan gula di malaysia. Berdasarkan Kajian Pengambilan Makanan di

Kalangan Orang Dewasa Malaysia 2002/2003, pengambilan gula yang ditambah dalam minuman

di kalangan orang dewasa ialah sebanyak 7 sudu teh sehari (51g) iaitu 4 sudu teh (21g) gula pasir

dan 3 sudu teh (30g) susu pekat manis. Berdasarkan jumlah penduduk seramai 28.31 juta pada

tahun 2009 dan pengedaran gula domestik sebanyak 806,381.88 metrik tan, pengambilan gula

per kapita sehari pada tahun 2009 adalah 78 gram atau 16 sudu teh sehari atau 16% daripada

keperluan tenaga sehari bagi orang dewasa. Jika dicampurkan gula domestik dan gula industri

iaitu 1,281,183.04 metrik tan pada tahun 2009, pengambilan gula per kapita sehari adalah 124

gram atau 25 sudu teh sehari atau 25% daripada keperluan tenaga sehari bagi orang dewasa.

Namum, mereka juga boleh mencapai keselesaan dalam kehidupan dengan cara

mengelakkan dari mendapat Kencing Manis dengan cara:

Mengawal pengambilan makanan: Mengambil makanan seimbang kerana pengambilan

makanan berlebihan akan meninggikan tahap gula dalam darah 

 Melakukan senaman fizikal: Senaman dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah

dan membantu insulin bekerja dengan lebih berkesan. Senaman juga dapat membantu anda

mengurangkan berat badan.

 Ubatan

o Jika anda pengidap diabetes jenis 1, anda memerlukan suntikan insulin

11

Page 12: Tugasan individu kemahiran tumpuan sains

o Jika anda pengidap diabetes jenis 2, anda mungkin hanya memerlukan pengambilan ubat

hipoglisemia untuk menurunkan tahap gula dalam darah dan sesetengah mungkin

memerlukan suntikan insulin. Ubatan herba juga mungkin membantu.

RUJUKAN

Tan, J. N. (1999). The Development and Implementation of The Primary School Science

Curriculum in Malaysia. Unpublished PhD thesis of the University of East Anglia, Norwich,

United Kingdom.

Pusat Pembangunan Kurikulum (2002). Huraian Sukatan Pelajaran Sains. Kementerian

Pelajaran Malaysia.

Bahagian Pembangunan Kurikulum (2012). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Tahun Tiga.

Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bahagian Pendidikan Guru(1995). Mempelajari Kemahiran Proses Sains. Buku Sumber

Pengajaran Pembelajaran Sains Sekolah Rendah Jilid 2. Projek PIER. Kuala Lumpur:

Kementerian Pendidikan Malaysia.

Zurida Ismail (1998). Penguasaan kemahiran proses sains. Jurnal Kurikulum, PusatPerkembangan Kurikulum. 1 (1), 109-120.

12