tugasan hubungan etnik

28
PENGHARGAAN Aktiviti menemubual yang berfokus pada nilai-nilai asas agama berdasarkan agama Islam dan Agama Kristian telah sempurna dijalankan dengan jayanya. Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Mohd Ali Bin Jainah dan Pastor George Lee Tiong Seng yang telah sudi ditemuramah dan memberi kerjasama bagi menjayakan tugasan ini. Adalah menjadi harapan kami supaya hasil kajian ini akan menjadi sebuah laporan yang berguna dan boleh dijadikan rujukan serta panduan. Kerjasama ahli-ahli yang terlibat amatlah dihargai dalam membantu melengkapkan program ini. Dalam konteks kemasyarakatan dalam negara ini, Malaysia merupakan satu negara yang mempunyai masyarakat majmuk yang terdiri daripada berbilang agama, bangsa dan budaya. Dalam kata lain kita hidup dan bergaul dengan kumpulan etnik yang berlainan setiap hari. Terdapat pelbagai cabaran serta halangan yang perlu dihadapi bagi mengekalkan hidup kemesraan, muhibah, keharmonian, kebahagian, kemakmuran dan keamanan dalam kehidupan sejagat. Sekian, terima kasih.

Upload: khairulnizam

Post on 03-Dec-2015

63 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

Kristian Dan Islam

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan Hubungan Etnik

PENGHARGAAN

Aktiviti menemubual yang berfokus pada nilai-nilai asas agama

berdasarkan agama Islam dan Agama Kristian telah sempurna dijalankan dengan

jayanya. Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih

kepada Ustaz Mohd Ali Bin Jainah dan Pastor George Lee Tiong Seng yang telah

sudi ditemuramah dan memberi kerjasama bagi menjayakan tugasan ini. Adalah

menjadi harapan kami supaya hasil kajian ini akan menjadi sebuah laporan yang

berguna dan boleh dijadikan rujukan serta panduan. Kerjasama ahli-ahli yang

terlibat amatlah dihargai dalam membantu melengkapkan program ini. Dalam

konteks kemasyarakatan dalam negara ini, Malaysia merupakan satu negara

yang mempunyai masyarakat majmuk yang terdiri daripada berbilang agama,

bangsa dan budaya. Dalam kata lain kita hidup dan bergaul dengan kumpulan

etnik yang berlainan setiap hari. Terdapat pelbagai cabaran serta halangan yang

perlu dihadapi bagi mengekalkan hidup kemesraan, muhibah, keharmonian,

kebahagian, kemakmuran dan keamanan dalam kehidupan sejagat.

Sekian, terima kasih.

Page 2: Tugasan Hubungan Etnik

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKASURAT

1 ABSTRAK 1

2 PENGENALAN 2

3 KAEDAH KAJIAN 3

4 ANALISIS 4 - 19

5 CADANGAN 20-22

6 KESIMPULAN 23

7 BIBLOGRAFI 24

8 LAMPIRAN 25-26

Page 3: Tugasan Hubungan Etnik

A) Abstrak

Keharmonian hubungan etnik merupakan antara faktor utama kepada kelangsungan kestabilan sesebuah negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk seperti Malaysia. Signifikan dengan perkara itu, usaha atau langkah-langkah yang efisien perlu diambil bagi memastikan keharmonian yang dikecapi mampu dikekalkan. Justeru itu, penulisan ini membincangkan pandangan dua agama iaitu Agama Islam dan Agama Kristian berkenaan nilai-nilai asas dalam agama iaitu kedamaian, keadilan, kebebasan, toleransi, dan kasih sayang. Pandangan tersebut seterusnya dianalisa dan dipadankan dengan usaha untuk menambahbaik seterusnya mengekalkan keharmonian hubungan etnik di Malaysia

1

Page 4: Tugasan Hubungan Etnik

B) Pengenalan

Suatu ketika dahulu, Malaysia juga dikenali sebagai Persekutuan Tanah

Melayu. Namun, pada tanggal 16 September 1969,gabungan antara Persekutuan

Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak akhirnya telah membentuk Malaysia.

Mengikut catatan sejarah, Malaysia telah terjajah selama lebih kurang 129 tahun,

iaitu bermula sejak 20 Mac 1824 sehinggalah negara ini mencapai kemerdekaan

pada 31 Ogos 1957. Kini, Malaysia bergerak menuju ke arah mencapai status

negara maju, seperti yang dicita-citakan dan dinyatakan dalam visi negara iaitu

Wawasan 2020. Menurut ukuran sejarah dunia, Malaysia merupakan satu negara

yang unik dan istimewa kerana proses pergerakan daripada sebuah negara

mundur kepada negara sedang membangun berlaku hanya dalam tempoh 50

tahun iaitu perkiraan daripada tahun kemerdekaan malaysia pada tahun 1957

sehingga tahun 2007. Namun, pada tanggal 13 Mei 1969, iaitu selepas 12 tahun

Malaysia mengecapi kemerdekaan , suatu peristiwa hitam telah terpahat dalam

sejarah Malaysia. Rusuhan kaum yang tecetus pada tahun tersebut telah

membuat semua rakyat tersentak lalu membuka mata bahawa ada sesuatu yang

tidak kena dalam masyarakat kita, khususnya dari segi hubungan etnik. Detik itu

merupakan pencetus kepada transformasi sosioekonomi yang luar biasa dalam

negara malaysia. Daripada pengalaman tersebut, malaysia sedar bahawa

kemajuan ekonomi sahaja tidak lengkap sekiranya tidak disertai kestabilan politik

dan begitu juga sbaliknya.1 Justeru itu, untuk mengelak daripada timbulnya konflik

seperti yang tercetus pada 13 Mei 1969, keseimbangan dalam kemajuan ekonomi

dan politik hendaklah berjalan seiringan. Peristiwa itu juga memberi pengajaran

kepada kita betapa pentingnya faktor hubungan etnik dalam memastikan

keseimbangan dan kekukuhan ekonomi dan politik terjamin.

________________________________________________________________ 1 Shamsul Amri Baharuddin, (2007). Modul Hubungan Etnik, Shah Alam. Penerbitan PRESS, Universiti Teknologi Mara.

2

Page 5: Tugasan Hubungan Etnik

C) KAEDAH KAJIAN

Semasa proses temu bual ini dilaksanakan kami telah menyediakan soalan

dan memberikan soalan tersebut kepada orang yang akan ditemu bual melalui

emel. Kami memberikan sedikit masa kepada orang yang ditemubual untuk

menyiapkan soalan tersebut serta mempersiapkan dirinya sebelum di temubual.

Selain itu bahan yang digunakan untuk merekod suara dan mengambil gambar

adalah dengan menggunakan telefon bimbit. Proses temubual untuk agama

kristian dilakukan di rumah orang yang hendak ditemubual iaitu beralamat di Lot

289, Jalan Westwood, 93200 Kuching, Sarawak manakala temubual untuk

Agama Islam dijalankan di Perpustakaan UiTM Kota Samarahan, Sarawak.

3

Page 6: Tugasan Hubungan Etnik

D) Analisis Perspektif Islam

i) Kedamaian

Kedamaian adalah cita-cita Islam dan prinsip yang telah ditanamkan ke dalam jiwa

setiap muslim sejak ia memancarkan sinarnya di atas bumi Allah ini. Perdamaian

dan cinta damai sudah menjadi bahagian dari hidup umat Islam. Islam sejak

diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w, telah menyebarkan benih kedamaian

dan mengajak umat manusia hidup damai dan rukun, bebas dari ketakutan dan

bayangan peperangan dan pertumpahan darah. Firman Allah :

Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk

menjadi rahmat bagi sekalian alam. (Surah Al-Anbia' Ayat : 107)

Oleh itu, kempen keamanan yang dilakukan mahupun diuar-uarkan pada masa

kini, bukanlah perkara baru dan bukanlah masalah yang asing bagi umat islam.

Bahawasanya kata "Islam" sebagai nama agama yang diwahyukan kepada Nabi

Muhammad s.a.w adalah berpangkal tolak dari kata "Silim" yang bererti damai,

cukuplah sebagai tanda betapa agama Islam menjunjung tinggi cita-cita

perdamaian dan hidup damai di antara umat manusia. Dalam konteks kehidupan

masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik pula, Islam telah mengajar

umatnya cara-cara yang amat jelas untuk berhubung gaul dengan masyarakat

lain.

4

Page 7: Tugasan Hubungan Etnik

Firman Allah :

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki

dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku

puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan

yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih

taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya

(akan keadaan dan amalan kamu).

(Surah Al-Hujaraat Ayat : 13)

Melaui ayat ini, Islam sememangnya mendidik umatnya untuk menghormati

masyarakat lain baik dari segi kaum, budaya mahupun agama. Justeru itu, umat

Islam hendaklah bijak menggunakan setiap garis panduan yang telah digariskan

dalam Agama Islam bagi mengekalkan keharmonian hubungan etnik di negara

ini.

5

Page 8: Tugasan Hubungan Etnik

ii) Keadilan

Dalam Al-Quran, tercatat beberapa ayat yang berkaitan soal keadilan. Dalam

Bahasa Arab, keadilan disebut sebagai al-’Adalah. Pengertiannya adalah keadilan

dalam semua aspek kehidupan. Dalam etika pergaulan manusia, tiada prinsip

yang diimpikan umat manusia sepanjang sejarah, seperti keadilan. Istilah adil

berasal dari Bahasa Arab yang bererti tengah atau seimbang. Keadilan ertinya

mizan atau kesimbangan , yakni suatu sikap tidak berlebih-lebihan yang berkaitan

dengan sifat kearifan. Islam meletakkan aspek keadilan pada kedudukan yang

sangat tinggi dalam sistem perundangannya. Firman Allah :

Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi

bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan

perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu

(dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan

mematuhiNya.

(Surah An-Nahl Ayat : 90)

Tiada bukti keadilan yang begitu kompleks, kecuali dalam ayat Al-Quran. Oleh itu,

Islam menganjurkan umatnya melaksanakan keadilan dalam setiap aspek

kehidupan mereka. Tambahan pula, perintah itu datang seiringan dengan sifat

Allah sendiri yang Maha Adil dan mengharamkan Zat-Nya daripada melakukan

kezaliman.

6

Page 9: Tugasan Hubungan Etnik

Firman Allah lagi :

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah

kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan

hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil.

Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang

sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi

sentiasa Melihat.

(Surah An-Nisaa‟ Ayat : 58)

Apa yang pasti keadilan bukanlah bermakna semua orang harus diperlakukan

sama-rata. Sebaliknya kezaliman pula yang akan menjelma apabila rakyat yang

berlainan taraf sosial dan ekonomi diperlakukan secara sama. Sebab itulah

keadilan yang hakiki wajar mengambil kira pelbagai faktor termasuk latar situasi

dan realiti setiap orang sebelum melaksanakan sesuatu tindakan demi menjamin

kelangsungan kebaikan dan kesejahteraan hidup bermasyarakat. Namun dasar

mengutamakan kaum peribumi tidaklah sekali-kali menafikan hak kaum lain.

Memang kerajaan selama ini pun tidak pernah mengabaikan kaum-kaum lain

dalam agenda pembangunan negara.

Malah fakta ekonomi semasa jelas membuktikan bagaimana kaum bukan

bumiputera masih berada pada tahap yang lebih baik dalam pelbagai aspek

termasuklah ekonomi, pendidikan mahupun sosial.

7

Page 10: Tugasan Hubungan Etnik

iii) Kebebasan

Kebebasan beragama menurut pandangan Islam berbeza dengan persepsi Barat.

Ia berbeza dengan tafsiran Barat yang mengasingkan agama dan negara, iaitu

berasaskan negara sekular, manakala Islam tidak mengasingkan agama dengan

negara. Persepsi Islam mengenai agama tidak hanya meliputi kehidupan peribadi

manusia sahaja, malah merangkumi keseluruhan hidup, individu dan masyarakat,

material dan moral, ekonomi dan politik, perundangan dan

kebudayaan,kebangsaan dan antarabangsa. Di sisi Islam, setiap individu

dilahirkan bersih (fitrah) dan bebas daripada perhambaan, dosa dan kasta.

Walaupun manusia dilahirkan bebas , namun kebebasan yang diberikan tidaklah

bersifat mutlak kerana kebebasan mutlak hanya milik Allah SWT. Dalam Islam,

setiap individu mempunyai hak kebebasan beragama, mengamalkan dan

beribadat mengikut agama yang dianutinya. Firman Allah :

Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata

kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan

Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah

berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan

(ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

(Surah Al-Baqarah Ayat 256)

8

Page 11: Tugasan Hubungan Etnik

Justeru itu, setiap manusia juga diberi kebebasan untuk memilih mana-mana

agama untuk dianutinya manakala Kebebasan bersuara boleh dimaksudkan

kebebasan untuk menyuarakan sesuatu pandangan secara verbal termasuk juga

tindakan mencari, menerima dan menyebarkan maklumat tanpa sekatan. Ia

berkait rapat dengan kebebasan berfikir dan kebebasan menilai. Pada dasarnya,

kebebasan bersuara pula merupakan hak individu yang dijamin Agama Islam.

Akan tetapi, kebebasan bersuara dalam Islam tidak bersifat mutlak seperti

diamalkan negara-negara Barat. Ia masih terikat kepada prinsip syariat di mana ia

tidak terkeluar daripada skop menjamin kemaslahatan atau jalbul maslahah dan

menolak kemudaratan atau daf’ul mafsadah (menghindari kerosakan) terhadap 5

perkara asasi iaitu kesucian agama, kehormatan nyawa, akal, keturunan dan harta.

Umat Islam di negara ini tidak wajar meniru bulat-bulat amalan kebebasan seperti

di sana.

9

Page 12: Tugasan Hubungan Etnik

iv) Toleransi

Islam adalah agama yang mudah dan penuh toleransi. Allah mengutus

Muhammad s.a.w dengan membawa agama yang lurus dan yang mudah.

Hukum-hukum Islam dibangun di atas kemudahan dan tidak menyulitkan,

norma-norma agama ini seluruhnya dicintai oleh Allah namun yang mudah dari itu

semualah yang paling dicintai oleh Allah. Maka dari itu sangat perlu usaha

manusia untuk mewujudkan hubungan yang harmoni antara umat manusia. Salah

satu caranya iaitu mengembangkan sikap Toleransi. Toleransi adalah amalan

yang paling ringan dan paling utama. Toleransi Islam menolak sikap fanatisme.

Islam telah menyucikan diri dari ikatan dan belenggu jahiliyyah, maka Islam pun

menghapus pengaruh fanatisme yang merupakan sumber hukum yang dibangun

di atas hawa nafsu. Apatah lagi Islam telah mendapat tempat serta diiktiraf

sebagai agama persekutuan di dalam perlembagaan. Peruntukan ini tidak

sepatutnya dibiarkan beku dan kaku begitu saja tanpa usaha untuk mendaulat

dan merealisasikannya. Ditambah dengan kedudukan Malaysia sebagai sebuah

negara yang mempunyai pelbagai latar belakang kaum , agama, bahasa dan

budaya. Salah faham tentang toleransi dan budaya pelbagai bangsa dalam

masyarakat berbilang agama, bahasa dan budaya boleh menjejaskan peranan

Islam sebagai agama pembina tamadun atau khaira ummah. Toleransi disebut

sebagai tasamuh di dalam perbendaharaan ilmu Islam.

10

Page 13: Tugasan Hubungan Etnik

Kata tasamuh berasal dari 'samaha' yang membawa maksud murah hati,

menderma, lemah lembut dan pemaaf. Ini memberikan satu gambaran bahawa

sikap tasamuh atau toleransi itu berasaskan lemah-lembut, bertolak-ansur dan

berlapang dada bukannya kekerasan, cemuhan dan cercaan.

v) Kasih Sayang

Kasih sayang adalah satu sifat yang terpuji yang amat digalakkan bagi setiap

individu Muslim. Belaian dan layanan yang mesra akan melahirkan suasana yang

mesra, harmoni dan tenang dalam kehidupan. Oleh itu Islam amat menekankan

tentang pentingnya nilai kasih sayang dalam sistem kekeluargaan dan juga

kehidupan bermasyarakat. Sabda Nabi Muhammad s.a.w :

“Tidak halal bagi seseorang apabila ia memutuskan hubungan dengan

saudaranya sesama muslim melebihi tiga hari, keduanya saling bertemu namun

saling mengacuhkan satu sama lain dan yang terbaik dari keduanya adalah yang

memulai menegur dengan mengucapkan Salam.”

(Hadits Riwayat AI Bukhari, no. 5727 dan Muslim, no. 2560)

Apabila ditinjau tentang kehidupan masyarakat hari ini ternyata punca

perpecahan yang berlaku ialah kerana kurangnya semangat kasih sayang dalam

pergaulan mereka. Akibatnya mudahlah musuh Islam menyebarkan pelbagai

hasutan dan propaganda agar umat Islam terus berpecah dan bertelingkah

sesama sendiri yang akhirnya membawa kepada kejatuhan umat.

11

Page 14: Tugasan Hubungan Etnik

Masyarakat yang kita harapkan ialah sebuah masyarakat yang penuh dengan

semangat kasih sayang serta kerjasama, dapat mengembalikan maruah dan

kekuatan perpaduan sesama Muslim. Apa yang penting ialah nilai-nilai kasih

sayang perlu diberi perhatian utama dalam pembentukan sahsiah Muslim,

seterusnya diserap dalam keluarga dan masyarakat kita. Kasih sayang dalam

Islam tidak mengenal samada seseorang itu Muslim atau sebaliknya. Kepimpinan

Rasulullah s.a.w sebagai model pemimpin teragung membuktikan bahawa

kesatuan dan perpaduan dalam kepelbagaian kaum dan agama mampu dicapai

melalui penyemaian kasih sayang di kalangan masyarakat. Kasih sayang juga

adalah satu sifat yang terpuji yang amat digalakkan bagi setiap individu Muslim

yang mengamalkannya dalam kehidupan. Setiap insan mahu diri mereka

disayangi. Oleh itu wujud sistem kekeluargaan dalam masyarakat yang

berteraskan kasih sayang ini untuk kehidupan yang aman damai. Apabila sifat

kasih sayang mula luntur ditambah pula sifat dendam dan kebencian, ianya akan

menjanjikan kehancuran kepada sesuatu bangsa atau masyarakat. Akhir kata,

kasih sayang membentuk jiwa dan hati kita supaya menjadi halus dan suka

kepada kedamaian dan kesejahteraan. Semoga semangat itu terus menjadi teras

pembina akhlak anak kita di rumah. Biarlah cerita dan andaian ke arah kebencian

antara kita dihentikan. Semoga tidak merosakkan hati kita dan anak-anak kita.

12

Page 15: Tugasan Hubungan Etnik

Perspektif Kristian

Soalan 1

Kegagalan masyarakat dalam mewujudkan kedamaian telah mewujudkan konflik

yang pada akhirnya membawa kepada krisis kemanusiaan. Pada hari ini, banyak

contoh-contoh yang terdapat di hadapan kita di mana nilai-nilai asas

keagamaan diketepikan demi memenuhi agenda politik dan kekuasaan

semata-mata. Keadaan ini berlaku kerana mereka ingin mengambil kesempatan

daripada sesuatu isu yang amat sensitif bagi mencetuskan kekecohan. Terangkan

perkaitan antara nilai kedamaian dalam sesebuah hubungan etnik di Malaysia

dengan agama Kristian?

(Deborah Stefi anak George)

Seringkali, perkataan kedamaian dikaitkan dengan ketiadaan peperangan di

antara negara atau pertengkaran dalam pelbagai bentuk dalam sebuah kerajaan,

masyarakat atau keluarga. Sumber pergaduhan di antara manusia adalah

disebabkan konflik salahfaham, pentingkan diri atau gila kuasa, tamak, dan

sebagainya. Jika kita bolen mencari jawapan untuk mengatasi konflik tersebut,

maka kedamaian akan wujud. Konsep kedamaian dalam alkitab yang pertama

ialah, berdamai dengan Tuhan.

“ Sekarang kita sudah berbaik semula dengan Allah kerana kita percaya kepada

Nya. Oleh itu, kita hidup dalam kedamaian dengan Allah melalui Tuhan Yesus,

Tuhan kita. (Roma 5:1) Dosa telah menjadikan kita musuh Tuhan, tetapi

kedatangan Yesus ke dunia ini dan kematian-Nya di atas kayu salib memalingkan

murka Tuhan, sekiraya kita boleh didamaikan dengan Dia. Setelah hubungan kita

dengan Tuhan baik semula, sekarang Yesus memampukan kita bertindak supaya

meruntuhkan penghalang di antara kita dan orang lain.

Satu lagi ajaran agama Kristian tentang nilai kedamaian ialah “Kesejahteraan

daripada Allah yang tidak mungkin difahami oleh manusia, akan menjaga hati dan

fikiran kamu kerana kamu sudah bersatu dengan Kristus Yesus.” (Filipi 1:7)

13

Page 16: Tugasan Hubungan Etnik

Kita tidak usah khuatir akan apapun kerana kita diberitahu bahawa kita boleh

menyatakan segala permohonan kita kepada-Nya. Setelah membawa

perdamaian, sekarang Yesus duduk di sebelah kanan Bapa (Ibrani 12:2). Pada

hari ini kita boleh memiliki perdamaian bersama dengan Tuhan. Dengan dasar

ajaran tersebut masyarakat Kristian dengan bimbingan kuasa Roh Kudus, boleh

meruntuhkan penghalang kedamaian di antara mereka dan sesama manusia.

Bagi orang Kristian, kedamaian yang sejati adalah ketiadaan perang, melainkan

wujud dengan kehadiran Tuhan.

(Pastor George Lee Tiong Seng)

Soalan 2

Apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan bagi mengekalkan kedamaian bagi

masyarakat majmuk di Malaysia dalam konteks agama Kristian?

(Deborah Stefi anak George)

Langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengekalkan kedamaian bagi

masyarakat majmuk di Malaysia dalam konteks agama Islam ialah penerapan

nilai teras kedamaian dalam kehidupan dan menyaksikannya kepada orang lain.

Kita seharusnya bergaul dengan penuh kasih sayang terhadap saudara dan

saudari kita di dalam Kristus dan manusia sesama kita. Ini adalah satu panggilan

bagi kita agar “mempunyai fikiran yang sama untuk memperhatikan keperluan

yang lain”. (Fil 2:2) Apabila menghadapi satu konflik, kita harus mengambil inisiatif

untuk pergi berdamai dengan orang yang bercanggah itu. Ini berdasarkan

pengajaran Yesus :... Pergilah berdamai dengan dia ... ( Mat 5:24b)

Kita menghormati Tuhan apabila kita mengutamakan perdamaian dengan orang

lain. Apabila kita telah berdamai, barulah kita boleh menikmati perdamaian yang

penuh dengan Allah.

(Pastor George Lee Tiong Seng)

14

Page 17: Tugasan Hubungan Etnik

Soalan 3

Sifat keadilan adalah amat penting supaya semua manusia mendapat keadilan

yang sama dalam kehidupan walau pun dalam aspek yang berlainan. Apakah

maksud keadilan dalam agama Kristian?

(Deborah Stefi anak George)

Biasanya perkataan keadilan berkait rapat dengan penghakiman dalam sesebuah

mahkamah atau dengan kata lain ia melibatkan kebenaran.

Dalam agama Kristian, alkitab menyatakan Allah itu adil - “ Tuhan pembela kamu

yang perkasa , Dia sempurna dan adil dalam segala perkara. Dia melakukan yang

baik dan yang yang benar”. (Ulangan 32:4)

Ini bererti bahawa Allah menyokong saranan, moral semesta alam dan dalam

perlakuan- Nya terhadap umat manusia. Ia bersikap benar dan tidak berdosa

(Neh 9:33, Dan 9:14). Dengan kata lain, keadilan mengenalpasti prinsip moral di

mana Tuhan mengukur tingkah laku manusia („justice‟ identify that moral standard

by which God measure human conduct) . Sifat-sifat keadilan ternyata hanya

dalam hati mereka yang takut akan Tuhan (Luk 18:2) kerana keadilan secara

alkitabiah bermula dengan kekudusan (Mi 6:8; Mk 6:20;Tes 2:10)dan juga dengan

renungan yang ikhlas. Sebagai contoh, kita boleh merujuk kepada hukum-hukum

yang Allah telah arahkan kepada kita.

(Pastor George Lee Tiong Seng)

Soalan 4

Kaitkan nilai keadilan dalam mengekalkan hubungan etnik di Malaysia.

(Deborah Stefi anak George)

Kegagalan mengamalkan keadilan menyebabkan hubungan antara masyarakat

majmuk akan terjejas. Ini disebabkan sikap gila kuasa, pentingkan diri dari sikap

pihak-pihak yang tertentu dan mengenepikan nilai keadilan. Bagi memulihkan

keadaan tersebut, kita harus mengamalkan nilai keadilan dan bersikap takut akan

Tuhan.

15

Page 18: Tugasan Hubungan Etnik

Mereka yang mempunyai kuasa dalam bidang-bidang tertentu seharusnya

memberi perhatian sesungguhnya terhadap keperluan setiap lapisan masyarakat,

sama ada di bandar mahupun di luar bandar. Pemimpin masyarakat harus

bersikap ikhlas untuk menolong mereka yang kurang berkemampuan dalam

hal-hal tertentu dan mengenepikan kepentingan diri mereka.

(Pastor George Lee Tiong Seng)

Soalan 5

Di Malaysia, kebebasan beragama telah sedia terjamin di dalam perlembagaan

Negara. Kebebasan ini telah mewujudkan keharmonian dalam masyarakat

Malaysia sejak kita memperolehi kemerdekaan. Kesefahaman kepada pengaruh

dan peranan nilai agama yang ditunjukkan telah mewujudkan masyarakat yang

mampu bekerjasama, berinteraksi dan harmoni dalam menangani masalah yang

dihadapi. Di negara ini setiap penganut agama bebas mempraktikkan agama

masing-masing. Apakah pandangan tuan perkaitan antara nilai kebebasan

beragama dan kebebasan bersuara dalam konteks masyarakat majmuk di

Malaysia dengan agama Kristian?

(Deborah Stefi anak George)

Kewujudan Artikel 10 dan 11 dalam Perlembagaa Persekutuan Malaysia adalah

baik untuk masyarakat majmuk di Malaysia kerana ia menunjukkan satu garis

panduan yang sangat penting terhadap rakyatnya. Di sini kita dapat mengetahui

bahawa artikel ini tidak dilaksanakan dengan sempurna kerana ia tidak

dipraktikkan di negara demokrasi seperti di Malaysia. Kebatasan yang kita dapat

dalam Artikel 10 dan 11 ini telah menimbulkan masalah tertentu terhadap rakyat di

negara ini. Kebatasan yang kita hadapi dalam Artikel 10 dan 11 ini telah

mangundang masalah tertentu terhadap rakyat di negara ini. Isu kebebasan

beragama timbul apabila sebahagian pihak menyalahgunakan kuasa demi

kepentingan diri mereka. Misalnya penggunaan khalimah Allah menimbulkan

perasaan ketidakadilan dalam penganut agama Kristian dan Islam di Malaysia.

16

Page 19: Tugasan Hubungan Etnik

Isu kebebasan bersuara tercetus apabila pihak pemerintahan telah

menyalahgunakan kuasa mereka dan menggunakan Akta Hasutan dalam

mengendalikan aktiviti-aktiviti yang tidak elok. Ini merupakan satu keadaan yang

tidak sihat di negara kita. Ini merupakan satu keadaan yang tidak sihat di negara

kita. Ia membatasi rakyat untuk membentangkan isu-isu yang memberi kesan

yang tidak sihat dalam kehidupan mereka.

(Pastor George Lee Tiong Seng)

Soalan 6

Toleransi adalah asas perpaduan dan kekuatan rakyat Malaysia. Dalam hal yang

berkaitan dengan keagamaan, semua kaum perlulah bersikap toleransi. Nilai-nilai

murni dan ajaran agama memainkan peranan penting dalam usaha mencorakkan

kemajuan, keamanan, mengukuhkan persefahaman dan membina kesejahteraan

hidup rakyat di negara ini. Apakah definisi nilai toleransi dalam agama Kristian?

(Deborah Stefi anak George)

Perkataan „toleransi‟ ada digunakan dalam Alkitab Berita Baik dalam terjemahan

Bahasa Malaysia. Ia tidak digunapakai dalam Alkitab “ Holy Bible” terjemhan

Bahasa Inggeris. “ New King Java Version”.

“ Your eyes are too pure to look on evil, you cannot tolerate wrong, Why then you

tolerate the treacherous? Why are you silent while the wicked swallow up those

wore righteous than themselves?” (Hab 1:3)

“ Or do you show contempt for the riches of his kindness, tolerance and patience,

not realizing that Gods kindness leads you forward repentance.”( Rom 2:4)

“ I know your deeds you hard work and you perseverance. I know that you cannot

tolerate wicked men, that you have tested those who claim to be apostles, but are

not, and have formed them false.” (Rev 2:2)

Dalam ayat-ayat tersebut, merujuk kepada Alkitab “ Berita Baik” perkataan

toleransi diterjemahkan sebagai “ kemurahan hati-Nya, tahan melihat, dan

kesabaran (patience)”.

17

Page 20: Tugasan Hubungan Etnik

Dalam konteks di atas, nilai toleransi dalam agama Kristian melibatkan kebencian

terhadap dosa, satu perkara yang sama yang ditunjukkan oleh Allah. Allah tidak

mengizinkan toleransi terhadap perbuatan yang jahat. Pada pandangan saya,

nilai toleransi yang diamalkan oleh rakyat merupakan satu kompromi walaupun

mereka tidak setuju dengan sesuatu perkara yang tidak baik. Misalnya, kita tidak

bersunggut terhadap kawan-kawan yang beragama Islam kita dengan bunyi

pembesar suara yang datang dari masjid pada waktu pagi, tengah hari, petang

dan malam disebabkan mereka sedang bersembahyang. Dalam hidup

masyarakat majmuk, kita harus melihat dari sudut yang positif nilai toleransi demi

kesejahteraan hidup yang makmur dan aman. Dalam hal ini, setiap bangsa atau

budaya, harus memahami budaya atau kepercayaan bangsa-bangsa lain. Apa

yang penting adalah mereka harus menerima perlakuan sesuatu bangsa serta

menghormati mereka. Dengan adanya sikap ini, kita dapat mewujudkan

persekitaran hidup yang aman, damai dan bahagia dalam masyarakat majmuk.

(Pastor George Lee Tiong Seng)

Soalan 7

Terangkan bagaimana agama Kristian mengajar umatnya dalam mengamalkan

nilai toleransi.

(Deborah Stefi anak George)

Umat Kristian di negara ini, harus mengamalkan bebeberapa perkara untuk

menjadikan toleransi sebagai satu nilai yang positif dalam hidup mereka. Pertama

sekali kita harus mengetahui sejarah kaum-kaum yang terdapat di Malaysia.

Sehubungan dengan itu, hal kebudayaan dan bangsa, cara hidup mereka harus

diketahui dan difahami oleh penganut bergama Kristian. Sikap tolak-ansur juga

penting dalam umat agama Kristian. Mereka tidak boleh mengkhritik bangsa lain

bagi mengelakkan perasaan sakit hati terhadap bangsa lain. Sebagai umat

Kristian, selalu menyedari sikap Kristus dan mempraktikkan tingkah laku-Nya

supaya menjadi saksi-Nya kepada orang-orang yang mengenal Dia.

18

Page 21: Tugasan Hubungan Etnik

Akhir sekali, sentiasa menunjukkan kerendahan hati dalam semua perbuatan bagi

mengurangkan konflik di antara kaum-kaum lain dengan umat Kristian.

(Pastor George Lee Tiong Seng)

Soalan 8

Terangkan erti nilai kasih sayang dalam agama Kristian..

(Deborah Stefi anak George)

Kasih sayang dalam agama Kristian membawa kepada banyak maksud. Kasih

sayang dalam agama Kristian bermaksud perasaan cinta kasih dan sayang

terhadap ibubapa, anak-anak, rakan-rakan, Tuhan dan orang di sekeliling.

Terdapat tiga maksud kasih sayang dalam agama Kristian iaitu kasihi Allah, kasihi

jiranmu dan kasihi satu sama lain. Menurut Isa perintah yang utama ialah

mengasihi Allah, perintah yang kedua ialah mengasihi jiranmu dan yang terakhir

ialah kasihi satu sama lain. (Yohanes 13:4-17). Dalam aspek agama Kristian kita

harus belajar untuk mengampuni satu sama lain. Walaupun seseorang itu

menyinggung perasaan kita beberapa kali kita harus memaafkan mereka .

Selain itu terdapat empat aspek kasih sayang dalam agama Kristian iaitu

“physical love (eros), famili love (storage), affectionate love (phillia and love of

choice (agape)”.

(Pastor George Lee Tiong Seng)

19

Page 22: Tugasan Hubungan Etnik

E) Cadangan Bagi Mengukuhkan Hubungan Etnik Di Malaysia

Pertamanya ialah melalui Perkahwinan Campur. Perkahwinan Campur ialah

perkahwinan antara dua pihak yang berlainan latar belakang kaum, etnik,

mahupun budaya. Melalui perkahwinan seperti ini, hubungan kaum mampu

dikukuh dan dieratkan seterusnya meningkatkan lagi semangat perpaduan dalam

kalangan pelbagai kaum di Malaysia. Walau bagaimanapun, bagi masyarakat

Islam mereka hendaklah tetap berpegang teguh dengan syariat Islam agar tidak

menyimpang daripada fitrah sebagai seorang muslim atau muslimah. Kebaikan

Perkahwinan Campur dapat dilihat melalui lahirnya suasana yang ampuh lagi

kukuh dalam hubungan antara satu kaum dengan kaum yang lain meskipun

mereka mempunyai fahaman dan pegangan agama yang berbeza. Selain itu,

sifat perkauman atau kenegerian yang menebal dalam segelintir masyarakat di

Malaysia juga mampu dileraikan. Melalui Perkahwinan Campur juga, setiap kaum

di negara ini akan lebih memahami dan mampu menyelami cara hidup dan

budaya antara satu kaum dengan kaum yang lain. Dengan itu, sifat syak

wasangka dan prejudis dalam kalangan kaum di negara ini dapat dihapuskan.

Cadangan yang kedua ialah kempen yang berkisar kepada pembentukan jati

diri Bangsa Malaysia. Melalui kempen seperti ini, pihak kerajaan khususnya dapat

membentuk kembali jati diri dalam kalangan rakyat Malaysia yang terkenal

dengan sifat sopan santun dan berbudi bahasa. Selain itu, dengan tertanamnya

jati diri Bangsa Malaysia dalam diri setiap rakyat di negara ini, pandangan negatif

antara satu kaum terhadap kaum yang lain mungkin tidak akan timbul. Meskipun

20

Page 23: Tugasan Hubungan Etnik

pada dasarnya, mereka mempunyai latar budaya, agama dan kaum yang berbeza,

namun mereka adalah satu iaitu Bangsa Malaysia. Ibarat peribahasa 'cubit paha

kanan, paha kiri terasa sakitnya'.

Cadangan yang seterusnya ialah dengan mempertingkatkan iklan-iklan

berkenaan kebudayan daripada pelbagai etnik di Malaysia. Umum mengetahui,

iklan merupakan antara cara yang paling berkesan dalam menyampaikan sesuatu

mesej. Oleh itu, kementerian yang berkaitan perlu menyarankan kepada media

massa untuk memperbanyakkan iklan-iklan berkenaan budaya dan gaya hidup

setiap kaum di negara ini supaya setiap kaum boleh memahami antara satu sama

lain seterusnya menjayakan lagi usaha dalam menambahbaik hubungan etnik di

Malaysia.

Cadangan yang keempat dan terakhir ialah menerapakan matapelajaran

Hubungan Etnik seawal peringkat sekolah rendah. Kita sedia maklum,

matapelajaran Hubungan Etnik hanya diperkenalkan di peringkat IPT. Namun kita

harus ingat, tidak semua orang mampu melanjutkan pelajaran sehingga ke

peringkat universiti sama ada disebabkan oleh kegagalan pada peringkat sekolah

menengah mahupun disebabkan oleh faktor-faktor lain. Oleh itu, kewajaran untuk

menerapkan atau memperkenalkan matapelajaran ini seawal peringkat sekolah

rendah adalah amat perlu. Bak kata pepatah 'melentur buluh biarlah dari

rebungnya'. Mungkin ada pendapat yang mengatakan matapelajaran ini rumit dan

mempunyai skop pembelajaran yang luas. Lantaran itu, ianya tidak sesuai untuk

diajar pada peringkat tersebut. Namun, kita boleh memadankan silibus

pembelajaran mengikut kesesuaian peringkat umur.

21

Page 24: Tugasan Hubungan Etnik

Setidak-tidaknya, pelajar masih mampu mempelajari perkara asas dalam

hubungan etnik dan memahami mengapa mereka harus tahu mengenainya

seterusnya diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka. Penerapan yang

dilakukan melalui matapelajaran ini sangat penting sebagai panduan kepada

mereka untuk bergaul dalam kalangan berlainan kaum atau etnik.

22

Page 25: Tugasan Hubungan Etnik

F) Kesimpulan

Berdasarkan kepada dapatan hasil daripada perbincangan ini, jelas bahawa

setiap agama menyeru umatnya untuk berbuat kebaikan. Bertitik tolak daripada

seruan itu, perbezaan dari segi fahaman atau anutan agama bukanlah satu faktor

yang boleh memecah belahkan masyarakat terutama dalam konteks masyarakat

majmuk seperti di Malaysia. Malahan setiap agama telah menyediakan garis

panduan kepada para penganutnya untuk mewujudkan suasana harmoni, aman

dan damai meskipun hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum, berbagai

latar kebudayaan, ras dan fahaman agama. Justeru itu, nilai-nilai agama yang

dianuti oleh setiap bangsa perlu dipupuk dan diamalkan oleh masyarakat bagi

mewujudkan kesederhanaan, toleransi, kesefahaman, hormat-menghormati,

kesabaran, keamanan dan perpaduan. Nilai-nilai ini perlu dijadikan pegangan dan

amalan setiap bangsa, kaum atau etnik di negara ini bagi mewujudkan kekuatan

perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Di samping itu,

setiap sentimen agama mahupun isu perkauman yang timbul perlulah ditangani

dengan bijkasana oleh setiap ahli masyarakat agar ianya tidak menganggu gugat

kerharmonian hubungan etnik di Malaysia. Bak peribahasa Melayu " Ibarat

menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak berserak".

23

Page 26: Tugasan Hubungan Etnik

G) Biblografi

Al-Quran

Al-Hadis

Bible

Shamsul Amri Baharuddin, (2007). Modul Hubungan Etnik, Shah Alam. Penerbitan PRESS, Universiti Teknologi Mara Ustaz Mohd Ali Bin Jainah, Fakulti Pengajian UiTM Kota Samarahan,

Kota Samarahan, Sarawak. Pastor George Lee Tiong Seng, Paderi Gereja Methodist Trinity, Kuching, Sarawak

24

Page 27: Tugasan Hubungan Etnik

H) Lampiran

Sesi temubual bersama dengan Ustaz di Perpustakaan UiTM Kota Samarahan

Sesi temubual bersama dengan Pastor di Pejabat beliau.

25

Page 28: Tugasan Hubungan Etnik

: Lokasi temubual dijalankan ( Perpustakaan UiTM Kota Samarahan )

Lokasi Gereja Methodist Trinity.

26